Pages

Khamis, 1 Januari 2015

STRING THEORY (TEORI BENANG)

STRING THEORY (TEORI BENANG)
DITERANGKAN OLEH SEORANG GURU AGAMA SEKOLAH PONDOK
 
Suatu hari ditakdirkan saya berpeluang berbual2 panjang dengan seorang rakan lama yang kini telah menjadi seorang guru agama di salah sebuah sekolah pondok di Pahang. Dia takder facebook, malah handphone pun dia takder. So, oleh kerana itu... saya masuk la cerita dia kat facebook saya Saya bertemunya pun di sebuah kedai makan di KL secara tidak dirancang.
 
Semasa zaman persekolahan dulu, dia memang amat berbakat di dalam subjek Fizik dan Matematik Tambahan. Keputusan SPM pun cemerlang dengan kedua2 subjek ini mendapat keputusan A1.
 
Walaupun demikian, dia memilih untuk menyambung pengajian ke sekolah pondok. Suatu keputusan yang pada saya aneh... Al-maklum, masa zaman saya sekolah dulu... tak sampai lagi pemahaman saya bahawa ini adalah keputusan yang teramat baik.
 
Berbual punya berbual... termasuk pulak kami kepada topik String Theory. Saya pun ghairah la bercerita tentang apa yang saya rasa saya faham mengenainya untuk mendapat maklumbalas dia. Tak sangka pulak rupanya perbuatan saya ini ibarat sengaja menghantar bola tanggung dalam permainan badminton... maka kena smash la saya... hu hu.
 
Jawapan dia seolah2 smash cross-court yang tajam menghentam saya. Hentamannya tepat kena pada batang hidung saya... "Tu la kau... kau mesti tak tau ni yang sekolah pondok pun ada ajar String Theory".
 
Saya ingat mula2 dia melawak... Akan tetapi selepas mendengar penerangan dia selanjutnya, ternyata kata2 dia ada kebenarannya. Berikut ialah penerangan dia tentang String Theory yang diajar di sekolah pondok.
 
Zul... aku kiaskan String Theory ini sebagai kiasan Teori Benang. Katakan la aku aku ada seutas benang. Aku boleh pintal benang ni jadik apa2 sahaja. Contohnya, aku boleh pintal benang ni jadik huruf alif sampai la huruf ya.
 
Dari kiasan benang yang dipintal menjadi huruf alif sehingga huruf ya itu, bukan aku nak suruh kita lihat pintalan benang atau benang menjadi huruf! Maksud kiasan dari pintalan benang itu, adalah bagi mengambarkan kepada kita bahawa segala buruk-baik, jahil-alim, taat-ingkar, kafir-Islam, hitam-putih, perang-damai, masak-putik, Budha, Kristien, Hindu, makhluk manusia –makhluk binatang, malaikat-syaitan, Firaun-Rasul, Quran-surat khabar dan segalanya itu, adalah datangnya dari Allah yang SATU!.
 
Aku tercengang... dan mintak dia jelaskan lagi.
 
Benang yang satu itu juga yang menjadikan huruf alif dan benang yang itu juga, menjadikan sehingga huruf ya. Sebenarnya benang itu, bukan aku nak suruh kita lihat huruf alif atau huruf ya, sebenar-benarnya maksud benang itu, adalah nak suruh kita lihat benang, bukan nak suruh lihat huruf!
 
Benang nak bagi tahu kepada kita yang bahawasanya alif pun benang, ba pun benang dan ya pun dari benang yang sama. Cuma bentuk benang sahaja yang berlainan!
 
Aku menyambung lagi tercengang.... Pastu dia dok sambung lagi...
 
Ko paham ke tak ni? Huruf alif, tidak sama dengan huruf lam dan huruf lam pula tak sama dengan huruf mim. Tetapi dari mana datangnya huruf alim, lam atau mim?, jika tidak dari benang yang satu! Benang ni la jugak.
 
Apakah huruf alif boleh berbangga dengan cara dia berdiri, apakah huruf ba berbangga dengan kerana dia ada titik dibawah, apakah huruf mim boleh berbangga kerana dia huruf yang bersimpul dan huruf lam pula boleh berbangga kerana hurufnya seperti mata pancing? Siapa yang boleh berbangga dengan dirinya yang berhuruf sedangkan semuanya tu datang dari benang yang sama? Cuba ko jawab?
 
Bolehkan huruf dal berbangga dan bolehkah huruf shim berbangga? Cuba jawab?………….Benang bukan suruh tengok sifat huruf, sebenarnya benang mengajak kita mengenal benang, walaupun dalam bentuk yang berbagai.
 
Sebenarnya lepas habis cerita String Theory ni, panjang lagi perbualan kami... Tapi rasanya cukup saya kongsikan setakat ini dahulu.
 
Hebat... memang hebat. Saya memang betul2 tak terfikir bahawa String Theory boleh diterangkan semudah ini.
 
Sekian dulu. Semoga bermanfaat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.