Pages

Ahad, 27 November 2016

JANGAN SAMPAI TERLIHAT ADANYA DIRI

Assalamualaikum.. Wbt,

Salam Makrifat Buat Semua....

Hadis Qudsi ada Menyebut,

Manusia itu Rahsia ku,
Dan Rahsia Itu Adalah Aku.

Jadi Soalnya Apakah Yang Di Katakan Rahsia itu???

Aku Adalah Rahsia Yang Tersembunyi Maka Suka Aku Untuk di Kenali.

Aku Jadikan Alam ini Mengenal Dia Akan Daku.

Man Arafa panaf sahu Fakod Arafa Parab bahu
Fakod Arafa Parobbahu Fakad la jasad.

Barang siapa Mengenal Diri Mengenal Dia Akan Allah,
Barang siapa Mengenal Allah Binasa Jasad.

Terokai,selami Ke Dalam Diri akan Ketemui lah Rahsia Yang Di Cari.

Wafi amfusikum afala tubsirun Aku Berada Di Dalam Kamu,Tidakkah Kamu Lihat.....

Amin drp MegatSiFakir.

Assalamualaikum.. Wbt,

Ayahanda Tuan Guru Haji Shaari, Tuan2 Puan2 Guru dan Sahabat2 Sekalian... Salam Hormat Kepada Semua, Salam Kasih  Sayang Allah.

4 Liku 4 Tangga 4 Tingkat 4 Jalan

1. iLmu,
2. AMAL
3. RASA
4. NYATA.

Izinkan Kalam Sifakir berbicara bagi Merungkai Di Sebalik Rahsia RASA.

❗Raa Alif Syin Alif ➡ (RASA.)

🌺Berkenaan Dengan Perkara (RASA)🌺

APA YANG DI MAKSUDKAN DENGAN PERKARA (RASA)❓

Rasa Yang Bagaimana❓
Rasa Yang Sebagaimana❓
Rasa Yang Seperti Apa❓
Rasa Kelatkah❓
Rasa Pahitkah❓
Rasa Manis2 Buah Kah❓

▶  Untuk Memahami Perkara Rasa Ini, kita Perlu Fahami Maksud perkataan RASA Pada Pandangan dan Kefahaman Marifat...

Jika Pada Kefahaman syariat Fekah kefahaman nya Adalah Tertumpu Kepada Perkara Perasaan, Rasa sedih Rasa Sayang Rasa Bosan Rasa Suka Rasa Gelisah Rasa Manis Rasa Masin dan Segala Macam Rasa, Rasa itu Tertumpu Kepada Perasaan Yang Di Alami.

▶Jika pada Kefahaman Thoriqat perkara Rasa ini tertumpu Kepada Rasa Zukk Yang Hadir Melalui Zikir2 yang Di amalkan, selagi Masih tidak Ketemui seLagi itu di banyak bilangan Zikir.

Zikir dengan Cara dan kaedah yg Di sarankan Oleh Para Guru mursyid di Jalan Thoriqat sehingga Hadir Satu Rasa Yang Asyik Di Jalan Zikir tersebut. Kita terokai pula kefahaman pada Jalan Hakikat Berkenaan dengan Perkara Rasa....

▶Jika Pada Kefahaman Hakikat Perkara RASA ini Tertumpu Kepada Gerak2 Rasa Di Hujung2 Jari, Gerak Rasa Pada Berdiri Bulu Roma, Terpancar Cahaya2 Kuning, Biru, Hijau, Bilamana Hadir nya Suatu Gerak Yang Di Katakan Kenyataan Allah Bagi Mengenalkan Diri Kepada Diri Sebenar Diri.

Perkara ini Selalu Di Pratikan Agar Gerak Rasa itu Sentiasa Hadir Pada Diri. Agar Gerak Rasa itu menyeliputi Menyelubungi dan Memenuhi Diri Sentiasa Ada RaSa itu Berkekalan.

Wala Yak zuk ala Ya Arif Hanya Merasa Sahaja Yang Tahu. Inilah Jalan2 Yang Di Lalui Jalan2 di tempuhi oleh Para wali2 Terdahulu.

▶ . Tapi soalnya.........sejauh mana dan Di Mana Perhentian RASA ini? Di mana Parking Nya? Jika Tidak ada Parking nya Bagaimana utk Kita berhenti Bagaimana Untuk Kita Duduk Bagaimana Mana untuk kita Letakan iktikad kita Pada Tahap RASA ini?

Untuk mengetahui nya ayuh Bersama saya Kita Menerokai kita merungkai Perkara Rasa ini melalui suluhan kefahaman ilmu Makrifat....

Apa Yang Di Katakan Dengan Perkara RASA ini.... Kita Tinggalkan seketika Berkenaan Kefahaman Pada Tangga Hakikat ini, kita menyeberangi Lautan ilmu Hakikat dan Kita Menyelami Ke Dasar Lautan ilmu Makrifat, ayuhh Tinggal kan Seketika, setelah Saya Jelaskan Terpulang Kepada Tuan2 Dan Puan2 untuk Mengambil nya Balik atau Tidak Ya.....

Tapi Ingat Ya Sahabat2 Semua sy Tidak mengatakan Salah Pada Kefahaman Syariat, feqah, Thoriqat dan hakikat, sama Sekali Tidak Kerana itulah Tingkat2 nya Perjalanan Menuju Kepada Allah..............kita teruskan Dengan Kefahaman Makrifat.

▶  Apakah Maksud Rasa Apa Makna Rasa melalui Suluhan kefahaman ilmu Makrifat..... Raa Alif Syin Alif (RASA). Dalam Perjalanan ilmu ada 4 Liku 4 Tangga 4 Tinggkat 4 Jalan, iaitu 1. iLMU 2. AMAL 3. RASA 4.NYATA

Jangan Kita Terlena Pada Jalan Rasa, Seharusnya Kita Terokai setingkat lagi Pelajaran ilmu iaitu setelah kita lalui jalan ilmu, jln amal, jalan RASA Terokai PuLa Jalan Rasa.

▶  Di Dalam kita Belajar Ilmu Makrifat kita Belajar ilmu Rasa Di Dalam Ilmu Rasa Kita Belajar Ilmu Nyata.....

Bukan Hayut dan Terbuai Oleh Buaian Rasa, bukan lagi Nak rasa2.... Jika masih nak Rasa2 itu, itu masih Tidak Nyata.

▶ . Raa Alif Syin Alif (RASA) RUH AKU SIRR ALLAH, RUH AKU RAHSIA ALLAH. Manusia itu Rahsia Aku dan Rahsia Itu adalah Aku......

Jika pada Kefahaman hakikat Gerak Rasa Itu adalah untuk kita Fahami apa Yang Di Dalam Diri jasad. Setelah kita Fahami apa yg Di Dalam Diri Jasad itu apakah Masih Tidak Kita Yakin akan Kenyataan Allah itu???

Apakah Masih kita Perlu Kepada Bukti Bahawasa Kenyataan Allah Itu @pon bagaimana lagi kah Perlu kita Kepada Pembuktian berkenaan dengan Kenyataan Allah ini??? Cukup2lah kita Dengan apa Yang Ada Pada Diri Ini........

Wafi amfusikum afala tubsirun Aku Berada Di dalam Kamu Tidak kah Kamu lihat? Kenyataan Allah sememangnya Jelas Nyata dan Terang, Apakah Yang Berada Di Dalam Diri Kita ini? Yang BERADA di dalam diri kita ini Adalah Diri Batin Diri Ruh...........

Sifat Ruh ini adalah Hayat iaitu Hidup!!! Hidupnya Ruh itu Sememangnya Sedia Ada ianya.... Apakah Perlu Kepada runting2 Tertentu Cara2 Tertentu Baru lah Ruh itu hidup? 

Jika begitu Bermaksud di sini Ruh Itu Perlu kepada cara dan Kaedah Baru lah di jumpai Baru Lah Di Ketemui, Baru lah Di Kenali akan Diri Sebenar Diri.

▶Pada Jalan Pengajian Ilmu hakikat itulah cara dan kaedah2 nya. Tidak salah pada Pengajian nya......

Tapi jika pada Ikhtikad, jika Kita Letak Pada cara pada Kaedah ianya sememangnya Syirik, Kerana Allah itu tidak Perlu Kepada Usaha, tidak Perlu kepada ikhtiar tidak perlu kepada sebarang cara Dan Kaedah untuk Menyatakan Allah, Kerana Yang Menyatakan Allah Yang Mengenal Allah Hanya Lah Allah.

Untuk mengenal Allah itu bukan dgn jalan ilmu, jalan amal, jalan RASA, bukan Melalui Guru, Sebagaimana Sabda baginda Nabi Muhammad saw, Ana Araftu Robbi Birobbi, sesungguhnya aku mengenal Allah itu Dengan Allah.

Jadi Bagaimana dengan ilmu, amal dan Rasa yg kita lalui ini, apakah ianya Salah? Bukan salah Tapi lihat lah Sebalik ilmu, amal, Rasa itu, Siapakah Yang Di Sebalik ilmu, amal,Rasa, Tidak Lain Dan tidak Bukan Tentunya Allahlah Di sebalik ilmu,amal,Rasa Baru lah NYATA...

▶. Belajar ilmu makrifat bukan Untuk Di rasa2, dan bukan Ilmu Rasa2, ilmu makrifat itu adalah ilmu Yang NYATA.

Jika kita nak pada Rasa kita masih Sangkut, cuba lepaskan seketika jalan Rasa Terokai jalan NYATA.........

Soalnya Bagaimana untuk Sampai Kepada Tahap NYATA.? Kita Berbalik kepada Apa Yang Di Dalam!!!!

Apa Yang Di Dalam Itu adalah Ruh, Ruh Itu Adalah Diri Sebenar Diri, Diri Sebenar Diri itu adalah Ruh, Ruh itu Yang Bergelar nya Nur Muhamad, Nur Muhamad itu tidak Lain dan tidak bukan Ianya adalah dari NuRullah.

Asap Bukan Api, Api Bukan Asap, Tapi Tidak Lain Asap itu Dari Api. Wap bukan Air, Air Bukan Wap Tapi Tidak Lain Wap itu dari Air.

▶ Man Arafa panaf sahu Fakod Arafa Parab bahu Fakod Arafa Parobbahu Fakad la jasad, Barang Siapa Mengenal Diri Mengenal Dia Akan Allah Barang Siapa Mengenal Allah Binasa Jasad.

▶ Kenal Diri Rata2 Maka Kenal Allah Dengan Nyata, Di Jalan RASA, Jangan lagi nak di Rasa2 Nyatakan lah Rasa Itu Bahawa RASA Itu Adalah Tuan Empunya, jika kita masih mencari2 berkira2 menghitung2 menilai dan bahagi2 kan berkenaan Perkara RASA ini itu makanya Tidak NYATA akan Kenyataan Allah ini.

Cuba kita ulang kaji balik Pelajaran kita di dalam pelajaran sifat 20, Di Dalam Pelajaran sifat 20 segala ianya Tertumpu kepada Allah, jika ada haq kita Cuba kita Tunjuk Mana Hak Kita??? Cuba.........

Ada Tidak Hak kita, Berkenaan Dengan Perkara RASA, PERKARA RASA ini tertumpu Kepada Ruh, Ruh ini Sifat nya Hayat, Hayat itu Hidup, Jadi Yang Hidup itulah Yang MENZAHIRKAN (RASA) apakah Barang yang Mati boleh utk Menzahirkan Rasa?

Apakah boleh utk Mengerakan Hujung2 jari? Sudah Tentu Tidakkk.......... RASA ini adalah Kenyataan Allah,  Kenyataan Allah Yang tidak Berbelah Bagi, bukan Sekadar di Hujung2 Jari, RASA INI menyeliputi Diri Baik Di Dalam Mahu Pon Di Luar!!!

Wal Awallu Wal akhiru Wa zahiru Wa Batillu. Yang Awal Yang Akhir Yang Zahir Yang Batin Kenyataan Allah lah Semata2......

LEBURKAN LEPASKAN FANA KEAKUAN DIRI DI DALAM RASA BARU LAH KENYATAAN ALLAH ITU NYATA SENYATA2 NYA.

▶ jika Masih ada aku kau itu masih Berdua, jika masih berdua syirik Adanya... Jika masih berbilang-bilang, mengira2, menghitung2 bagaimana untuk sampai kepada iktikad Tauhid.?

Untuk mencapai atau mengapai Allah itu Bukan Dengan Cara Memperdagangkan Amalan2,ianya tidak Lain dan tidak Bukan Ianya Adalah Dengan Cara (TAUBAT) iaitu kembali Kepada Allah,  kembali kan Segalanya Kepada Allah.

JANGAN SAMPAI TERLIHAT ADANYA DIRI. Raa Alif Syin Alif (RASA) RUH AKU Sirr Allah. Rasa itu adalah Kenyataan Allah Semata2........

Jadi Fahamilah Bahawasa Kenyataan Rasa itu Adalah Penzahiran Kenyataan Allah.

▶. Gapailah iktikad Tauhid Dengan Sebenar2 iktikad iaitu Kenyataan Allah itu dan ini Tiada Lain dan Tiada Bukan ianya Adalah Bagi bertujuan Menyatakan Allah senyata2 nya tiada bersakat tiada berbelah bagi kenyataan Allah itu Jelas Terang, Terang Cahaya matahari, Terang Lagi ALLAH. Lepaskan Medan ilmu, amal, Rasa masuki Medan NYATA.

▶ . Sekian Dulu Kupasan Berkenaan Dengan
4 Liku, 4 Tangga , 4 Tinggkat , 4 Jalan, 1.iLMU
2.AMAL
3.RASA
4.NYATA

▶ Bilamana Nyata Rasa Itu adalah Kenyataan Allah, maka tiadalah lagi berbelah bagi, tiada lah Lagi menghitung2 Mengira2, Kenyataan Allah itu TETAP KENYATAAN ALLAH ITU MELIPUTI SEKALIANNYA ADANYA YANG ADA. baik ilmu baik amal baik Rasa, ianya Adalah Kenyataan Allah.

JANGAN SAMPAI TERLIHAT ADANYA DIRI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.