DR. BAGINDO MUCHTAR
Percayalah Pada Diri Sendiri
Diri sendiri yang telah dikenal dan yang telah dapat ditemui di dalam badan mempunyai jalan tersendiri pula; jalan yang berpetunjuk guna untuk menunjukkan jalan kepada yang dituju, jalan hidup lagi dihidupkan, jalan kiri dan kanan, jalan mempertemukan yang lahir dengan yang batin, positif dan negatif, jalan badan dan diri, jalan berisi, berisikan rasa; rasa yang dapat dirasakan, rasa yang banyak mengandung rahsia, rahsia ghaib, rahsia diri.
Mungkinkah diri yang telah kita kenal akan merosak badannya sendiri? Dari itu ingatlah akan pesan orang tua-tua kita, “Jangan lupa kepada diri sendiri.”
Jadi, maka adalah Aku orang yang berdiri dan berbadan, orang yang telah mengenal dirinya sendiri, orang yang telah menemui dirinya sendiri, orang yang banyak sedikitnya telah dapat mengetahui rahsia diri dan orang yang telah dapat mengenal dan mengetahui Aku yang sebenarnya.
Aku duduk di tempatku. Dudukku duduk menanti, menantikan kedatangan sesuatu untuk sesuatu dengan sesuatu.
Walaupun duduk, akan tetapi aku sentiasa berjalan dan terus berjalan dan berdasarkan penyataanku itu makanya aku menamakan diriku seorang hamba yang musafir yang sentiasa dalam pengembaraan.
Dalam perjalanan, yang kulakukan sentiasa aku berbuat, berlaku dan bertindak kalau perlu.
Aku akan ke Sana. Ya, memang di Sana tempatku kembali, dan untuk itu Aku harus melakukan perjalanan; perjalanan yang kunamakan perjalanan ‘balik batang’ dari Ya menuju ke Alif.
Itulah dia Aku yang sebenarnya untuk dapat menjawab pertanyaan- pertanyaan siapa aku, mahu apa aku, hendak ke mana aku?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.