Assalamualaikum...
Sahabat-sahabat yang dihormati. Sesungguhnya di luar sana jutaan "manusia" dan "jin" ingin mempelajari serta mengetahui ilmu makrifat.
Dari jumlah tersebut hanya berapa ramai yang Allah tentukan untuk mempelajari, memahami, menyakini dan mengenali Haq dan Bathil.
Ingat bathil itu adalah segala persangkaan atau segala yang bersifat makhluk, termasuk sesuatu yang lahir, terbit serta anggapan "keakuan". Itulah bathil. Dan bathil sifatnya adalah binasa serta tiada.
Adapun yang Haq pula adalah Wujud selain atau selepas tiada/binasanya sekelian makhluk termasuk keakuan itu tadi.
Setelah binasanya diri bathil atau keakuan itulah, maka diri atau batang tubuh yang sama sama ada tubuh zahir atau batin, Berubah atau bertukar kepada Diri
sebenar Diri.
Dan inilah yang Haq. Diri sebenar diri inilah Roh, Muhammad, atau Rasul . Roh inilah yang sebelum binasa atau makrifat merupakan Diri Bathil yang terhasil dari Lupanya si Roh pada dirinya sendiri lantaran terpesona dlm penjara tubuh jasad atau alam kasar.
Sehingga menyangka dirinya ada seperti adanya Allah. Maka itulah jalan Tarekat, Hakikat dihidang sebagai landasan untuk kembali mengenal diri seperti fitrahnya yang Adom atau Tiada.
Setelah sempurna mengenal serta memahami hakikat diri atau roh, maka dari yang bathil, roh yang mengenal menjadi Yang Hidup.
Mengapa Roh, Diri sebenar diri atau Yang hidup "menjadi Allah"??
Sesungguhnya:
* Tiada wujud selain Allah.
* Diri itu Roh, roh itu Hayat, hayat itu Hidup dan hidup itulah Allah.
Sempurna mengenal, faham serta yakin serta dapat membezakan antara yang bathil dan yang haq, itulah maknanya "Telah memperolehi Al Furqan".
Ditegaskan lagi, kemusnahan kebathilan itu hendaklah dengan cara total atau menyeluruh... afaalnya, sifatnya, asmanya serta zatnya. Hendaklah meliputi tanpa ada bathil yang tertinggal untuk dibinasa atau dinafikan.
Sesungguhnya menNyatanya yang hak adalah setelah binasa semua kebathilan.
Setelah diri yang haq nyata, **Jangan pulak lupa apa yang selalu disebut-sebut dengan sifat Maani diambil semula**
Kerana gagal untuk kembali mengambilnya, itu yang masih bersangka boleh Itu dan ini biarpun macam dah makrifat. Masih bersangka dah mati masih boleh untuk itu dan ini.
Hendaklah diambil semula 7 sifat maani yang dinafikan sewaktu dijalan belajar atau kenal diri.
Diambil dan digunakan semula. Jika dulu diri bathil yang tiada disangka yang menggunakannya, kini diri yangg hiduplah yang menggunakannya.
Maka bermulalah yang berjalan, melihat,mendengar dan lain2 sifat maani tersebut, digunakan oleh Yang Hidup.
Berkekalan dalam menggunakan sifat maani inilah BAQO. Maka baqolah yang hidup dalam kandung atau pangkuan Allah. Hidup dan tidak ada lagi kematian.
Ingat beza antara Qadim dan Baqo.
Seperti bezanya antara Alim dan Ariff.
Setelah baqo inilah baru "LAYAN". Layan pulak dari kandung Allah, kamar Allah, pangkuan Allah. Maka bermulalah kepatuhan Yang Hidup terhadap " Syariat".
Jika sebelum Baqo, syariat yang wajib dipatuhi adalah Syariat Nabi atau jika ilmunya adalah Feqah.
Tetapi syariat yang wajib dipatuhi atau dilayan oleh yang hidup atau roh yang mengenal adalah Syariat Allah. Yang dimaksudkan dengan syariat Allah adalah semua gerak Roh. Dan inilah juga maksud "sunah rasul" atau perbuatan Roh.
Setelah tercapai kedudukkan ini, maka cukupkah apa yg perlu dikenal dan tersingkaplah sudah "rahasiaNya" yang menjadi amanah. Maka kenallah, bertemulah diri yang bathil akan diriNya sendiri. Dan itulah Allah.
Maka jasad hanya patuh taat syariat atau arahan roh.
Manakala roh patuh taat akan perintah dari yang tidak berhuruf tidak bersuara iaitu Tuhan semesta Alam.
Roh dalam menyampaikan arahan kepada jasad, berlaku tanpa adanya arahan dalam bentuk bersuara atau bertulis. Tanpa keduanya, arahan roh tajali pada jasad.
Berbeza dengan Roh, arahan dilaksanakan dari yang tidak berhuruf tidak bersuara dama bentuk "suratan takdir" ketentuan terperinci yang telah Allah siapkan.
Kun... tinggal lagi fayakun mengikut bentuk, corak, masa dan ketika yang juga telah Allah siapkan.
Bertemu kenalnya (makrifatnya)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.