Pages

Memaparkan catatan dengan label lalai dalam solat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lalai dalam solat. Papar semua catatan

Isnin, 27 Februari 2017

KHUSU’ DAN LALAI DALAM SOLAT / SEMBAHYANG.

KHUSU’ DAN LALAI
DALAM SOLAT / SEMBAHYANG.

Allah mewajibkan kita sembahyang atau solah lima waktu sehari semalam. Yang menentukan waktu itu ialah Allah, dan Bilal telah diarahkan untuk melaungkan Azan bagi menandakan masuknya waktu itu, dengan seruan Hai Ya Alas-solah yang bermaksud Marilah Sembahyang, Marilah Sembahyang.

Allah juga mengajar kita menjawab seruan itu dengan ucapan yang disebut sebagai HAUQALAH yaitu LA HAULAWALA QUWWATA-ILLAH-BILLAH yang bermaksud TIADA DAYA UPAYA dan KEHENDAK ( kita sebagai manusia ) MELAINKAN DENGAN DAYA UPAYA dan KEHENDAK ALLAH. ( untuk mendirikan sembahyang itu )

DAYA UPAYA bagi Allah ialah SIFAT QUDRATNYA manakala KEHENDAK pula ialah SIFAT IRADATNYA. Bila anda menjawab seruan Bilal itu anda sebenarnya MENGAKUI dan BERIMAN bahawa anda sebenarnya tiada langsung mempunyai Daya Upaya dan Kehendak. Daya Upaya dan Kehendak ini adalah SIFAT Allah bukannya Sifat anda.

Pengakuan ini hendaklah anda teruskan dan akui ketika anda berwudhu’ hinggalah keakhir sembahyang yaitu ketika memberi salam.

Yang terbaik ialah itulah Amalan dan Tauhid anda sepanjang hidup anda yaitu mengakui Yang Berkuasa dan Berkehendak itu ialah Allah semata-mata. Anda TIADA Kehendak dan Daya Upaya.

Jika ini ( pengakuan tadi ) anda tidak lakukan ketika anda berwudhu dan ketika anda sembahyang, maka anda pasti akan mengalami gangguan berupa lintasan fikiran didalam sembahyang anda.

Untuk menjiwai perkara ini maka anda perlulah memahami akan perkara Daya Upaya dan Kehendak ini Maka cubalah fahamkan dengan membaca huraian huraian berkaitannya didalam Risalah Kecil ini.

Selasa, 20 Mei 2014

Hadis Makrifat!

Hadis Makrifat!


Dikesempatan yang sempit dan terbatas ini, ingin saya kemukakan satu lagi Hadis. Hadis ini, adalah ubat kepada hati mereka yang makrifat kepada Allah Taala.
“Bertanya sahabat kepada Baginda Rasulullah, apakah amal yang paling afdhal ya Rasulullah?. Sabda Rasulullah, “makrifatullah”. Bertanya lagi sahabat kepada baginda Rasulullah, “Amal apakah yang terlebih afdhal pahalanya ya Rasulullah?. 
Jawab Baginda Rasulullah, “makrifatullah”. Bertanya lagi para sahabat, bertanya buat kali ketiga oleh sahabat itu, bukan lagi sekadar betanya tetapi membangkang!. “kami bertanya dari segi amal, kenapa engkau menjawab dari segi ilmu ya Rasulullah?. Menjawab baginda Rasulullah, “sedikit beramal denngan mengenal Allah (makrifatullah) itu, terlebih menafaat (terlebih afdhal). manakala banyak beramal dengan tidak makrifatullah (mengenal Allah)tiada menafaat (tiada afdhal)”.
Amal ibadah termasuk solat itu, hanya akan berfaedah, bermenafaat dan akan menjadi afdhal, sekiranya kita mengenal Allah!.
Sekali lagi saya ingin tuan-tuan tanya kepada diri sendiri, apakah kita sudah mengenal Allah?.Sekiranya bersolat atau beramal tanpa mengenal Allah itu apakah hukumnya, tuan–tuan jawablah sendiri……………………
Surah Al-Ma’un : 4
“Maka celaka bagi orang-orang yang solat, dimana lalai dalam solatnya”.
Daripada Hj. Shaari