GERAK dan RAHSIA DAYA GUNA
Sesungguhnya gerak yang kita telah dapat itu banyak daya gunanya kalau kita tahu membawa dan mengunakan nya.
Didalam Ilmu BBM kita telah maklum bahawa ilmu gerak ini banyak sekali rahsia yang terkandung didalam gerak itu. Maka tugas kita adalah mengkaji dan mencuba agar daya pembawaan nya berhasil.
Tenaga-tenaga ghaib yang terhasil dari pembawaan gerak itu merupkan titik mula untuk kita olah menjadi daya-daya kekuatan gaib mengikut niat dan hajat kita. Anda boleh mengunakan kuasa ghaib itu untuk sesuatu keperluan contohnya......
1-membela diri (silat misal nya)
2-perubatan
3-mengubah kehidupan
4-kewibawaan diri
5-memajukan kerjaya
6-scan penyakit
7-memagar diri
8-melenyapkan diri dr pandangan musuh
9-memerintah makhluk halus dll
Kalau kita yakini akan hal2 ini maka kita boleh test dan kita berkemungkinan besar akan merasa perubahan yang ketara pada keadaan yg kita hajatkan.
Daya-daya ghaib yang terbit dari pergerakkan akan bertindak sebagai pencetus kepada apa yang kita niatkan. Suatu contoh........
Kalau anda berada pada bidang perubatan maka secara asasnya air penawarlah yg selalu dibuat bagi memulakan sesi rawatan.
Maka proses mengisi daya-daya energy ghaib pada air itulah yang perlu kita fahami dan mempelajarinya secara lengkap agar daya-daya atau energy ghaib yang terhasil itu 100% terisi pada air itu.
Proses Mengisi....TRANSFER / PINDAHKAN ENERGI = KUDRATULLAH ..Gelombang RESONAN-nya = ZIKIR ASMAUL HUSNA yang KHUSUS ( pilihlah )
Bermula dari membaca password kemudian doa serta berserah pada Yang Esa dan yang perlu kita lakukan lagi ialah fokus …
letakkan telapak tangan atau hujung jari tangan anda berdekatan dengan permukaan air maka zikirlah dan tumpulah pada rasa yang terasa dihujung jari2 anda.
Itulah daya2 ghaib yang memancar dari dalam diri anda menembusi alam nya melalui jari2 anda ia akan terbentuk mengikut niat dan daya tumpuan kita (fokus)
Transfer energy ini terjadi melalui gerak. Ikutilah gerak itu sehingga gerakan2 itu terhenti sendiri,
Kalau kita dapat melihat keadaan perubahan struktur molikul air maka kita akan terasa hairan, yaaaa inilah kebenaran nya molikul air akan tersusun secara baik sekali hasil dari proses pengisian daya2 ghaib.
Perlu kita tahu adalah sifat air, sifat semula jadi air akan berubah-ubah bila suatu hal yang berlaku padanya contohnya bunyi ini kerana air berfungsi secara semula jadi merakam, menyimpan dan memindahkan akan keadaan nya kepada sesuatu keadaan.
Maka banyak lagi hal2 yang kita dapat lakukan dgn gerak dan rahsia daya ghaib itu.
Aliran-aliran elektron, eion, baion, nitron yang mengalir dari dalam badan kita itu merupakan suatu tenaga yang amat kuat kuasanya.
Pergunakanlah apa yang ada padamu itu mengikut keadaan2 yang kita perlukan dalam kehidupan ini.
Bagi anda yang telah memahami hal2 ini tingkatkan lagi tumpuan agar kita dapat lebih lagi akan manfaatnya. Tetapi ingatlah segala-galanya atas Ketentuan Allah jua maka kita serahkanlah kepadaNya segala apa yang kita ada ini.....
Saya hanya memberi contoh agar kita dapat memahami rahsia2 dari gerak. Kalau anda sudah memahami sebagaimana contoh diatas baguslah kerana saya amat2 yakin dengan cara ini.
Gunakanlah gerak dan daya kuasa ghaib (pancaran nur ilahi) untuk mencipta kebahagiaan dialam maya ini, kerana aku telah dapat nikmatnya walaupun aku ini baru dan jahil tapi aku amat2 suka jalan ini........dunia dapat , akhirat pun dapat.
*****
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.