Pages

Memaparkan catatan dengan label Al-Qaşaş. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Al-Qaşaş. Papar semua catatan

Ahad, 18 Mei 2014

PENDAPAT YANG MENGATAKAN ALLAH TIDAK BERZAT, ALLAH TIDAK BERSIFAT, ALLAH TIDAK BERNAMA, ALLAH TIDAK BERPEBUATAN

PENDAPAT YANG MENGATAKAN ALLAH TIDAK BERZAT, ALLAH TIDAK BERSIFAT, ALLAH TIDAK BERNAMA, ALLAH TIDAK BERPEBUATAN...

FIRMAN ALLAH :-
28.Surah Al-Qaşaş (Verse 88)

وَلَا تَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَٰهًا آخَرَۘ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۚ كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجْهَهُۚ لَهُ الْحُكْمُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ


Dan janganlah engkau menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah. Tiada Tuhan melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Zat Allah. BagiNyalah kuasa memutuskan segala hukum, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan (untuk dihitung amal masing-masing dan menerima balasan).

2.Surah Al-Baqarah (Verse 127)

وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَاهِيمُ الْقَوَاعِدَ مِنَ الْبَيْتِ وَإِسْمَاعِيلُ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّاۖ إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ


Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;

MENDENGAR DAN MENGETAHUI ADALAH SIFAT ALLAH....

1.Surah Al-Fātiĥah (Verse 1)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

2.Surah Al-Baqarah (Verse 198)

لَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَن تَبْتَغُوا فَضْلًا مِّن رَّبِّكُمْۚ فَإِذَا أَفَضْتُم مِّنْ عَرَفَاتٍ فَاذْكُرُوا اللَّهَ عِندَ الْمَشْعَرِ الْحَرَامِۖ وَاذْكُرُوهُ كَمَا هَدَاكُمْ وَإِن كُنتُم مِّن قَبْلِهِ لَمِنَ الضَّالِّينَ


Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah (dengan doa,"talbiah" dan tasbih) di tempat Masy'ar Al-Haraam (di Muzdalifah), dan ingatlah kepada Allah dengan menyebutnya sebagaimana Ia telah memberikan petunjuk hidayah kepadamu; dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang salah jalan ibadatnya.


39.Surah Az-Zumar (Verse 45)

وَإِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَحْدَهُ اشْمَأَزَّتْ قُلُوبُ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِۖ وَإِذَا ذُكِرَ الَّذِينَ مِن دُونِهِ إِذَا هُمْ يَسْتَبْشِرُونَ


Dan (di antara keburukan orang-orang yang melakukan syirik): apabila disebut nama Allah semata-mata (di dalam doa dan sebagainya), segan serta liarlah hati mereka yang tidak beriman kepada hari akhirat; dan apabila disebut nama-nama yang mereka sembah dan puja yang lain dari Allah, mereka dengan serta merta riang dan gembira.

27.Surah An-Naml (Verse 88)

وَتَرَى الْجِبَالَ تَحْسَبُهَا جَامِدَةً وَهِيَ تَمُرُّ مَرَّ السَّحَابِۚ صُنْعَ اللَّهِ الَّذِي أَتْقَنَ كُلَّ شَيْءٍۚ إِنَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَفْعَلُونَ


Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; (demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap - tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya; sesungguhnya Ia Amat mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.

LAGI FIRMAN ALLAH

57.Surah Al-Ĥadīd (Verse 3)

هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ


Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Ddalam firman Allah seperti diatas Allah telah memberitahu bahawa Allahlah segala-galanya. Yang awal, yang akhir, yang zahir dan yang batin kesemuanya ialah Allah..

Untuk meringkaskannya, yang awal iaitu zat Allah, yang akhir iaitu asma' Allah, yang zahir iaitu afa'al Allah dan yang batin iaitu sifat Allah...

Kalau disusun mengikut susunan ialah kenyataan zat Allah iaiatu Dialah yang Awal, kenyataan sifat Allah Dialah yang batin, kenyataan asma' Allah Dialah yang akhir, kenyataan afa'al Allah Dialah yang zahir...

“Aku ini perbendaharaan tersembunyi,kemudian Aku ingin dikenal,kemudian Aku menciptakan makhluk-Ku, dengan Allah-lah mereka mengenal Aku…”.
(Hadits Qudsi)


APABILA KESEMUANYA ALLAH, TIDAK ADA LAGI SELAIN DARI ALLAH....
LAA ILAHA ILLALLAH - TIADA ADA HANYA ALLAH - TIADA SESUATU YANG ADA HANYA ALLAH, TIADA MENYERUPAI ALLAH DENGAN SEGALA SESUATU, ALLAH SAHAJA YANG BERSIFAT ADA, KITA DAN SELAIN DARI ALLAH TIDAK MEMPUNYAI SIFAT ADA SENDIRI.

ADANYA DIRI DAN ADA SELAIN DARI ALLAH SEBENARNYA SEDANG MENYATAKAN ADA ALLAH, ADA DIRI SENDIRI DAN ADA SELAIN DARI ALLAH ADALAH SEBAGAI TANDA DAN AYAT-AYAT YANG SEDANG MENERANGKAN ADA ALLAH, BUKAN MENUNJUKKAN ADA DIRI SENDIRI DAN ADA SELAIN DARI ALLAH

FIRMAN ALLAH 51.Surah Adh-Dhāriyāt (Verse 20)

وَفِي الْأَرْضِ آيَاتٌ لِّلْمُوقِنِينَ


Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin,

51.Surah Adh-Dhāriyāt (Verse 21)

وَفِي أَنفُسِكُمْۚ أَفَلَا تُبْصِرُونَ


Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?

Badan diri kita dan keseluruh isi alam adalah kenyataan zat, sifat, asmak dan afa'al Allah..

MASAALAH YANG TIMBUL
APABILA KITA BERPEGANG DAN SEDANG MERASAI ADA DIRI KITA DAN ADA SELAIN DARI ALLAH, ADALAH ADA DIRI SENDIRI DAN ADA SELAIN DARI ALLAH ( TIDAK MERASAKAN ADA DIRI SENDIRI DAN ADA SELAIN DARI ALLAH SEBAGAI TANDA YANG SEDANG MENUNJUKKAN ATAU SEDANG MENERANGKAN TENTANG ADA ALLAH).

MAKA ADA YANG SEDANG DIRASAI ADALAH ADA DIRI SENDIRI, BUKAN SEDANG MENERANGKAN TENTANG ADA ALLAH, SIFAT YANG SEDANG DIRASAI ADALAH SIFAT DIRI SENDIRI, BUKAN SIFAT YANG SEDANG MENERANGKAN TENTANG SIFAT ALLAH, NAMA YANG SEDANG DIRASAI ADALAH NAMA DIRI SENDIRI BUKAN DIRASAI SEBAGAI NAMA YANG SEDANG MENERANGKAN TENTANG NAMA ALLAH, PERBUATAN YANG SEDANG DIRASAI DAN DIHADAPI ADALAH PERBUATAN DIRI SENDIRI DAN BUKAN PERBUATAN YANG SEDANG MENERANGKAN TRNTANG PERBUATAN ALLAH...

MAKA AKAN SENTIASA HADZIR DIDALAM RASA DAN PERASAAN SENDIRI, YANG ADA, YANG BERSIFAT, YANG BERNAMA DAN YANG BERPEBUATAN ADALAH DIRI KITA SENDIRI, APABILA SEDANG MERASAKAN ADA DIRI SENDIRI, DIDALAM MASA YANG SAMA TIDAK AKAN MERASA ADA ALLAH KERANA SIFAT ADA ITU ESA, (TIDAK BERBILANG-BILANG)..

APABILA HENDAK MENGHURAIKAN TENTANG ADA DAN KEADAAN ALLAH DALAM KEADAAN SEDANG MERASAKAN ADA DIRI SENDIRI DAN ADA SELAIN DARI ALLAH (SECARA TIDAK DISEDARI AKAN TIMBUL DIDALAM RASA DAN PERASAAN SENDIRI UNTUK MEMBANDINGKAN ALLAH DENGAN ADA DIRI SENDIRI..

KITA TAHU TIDAK ADA SESUATU YANG SEBANDING DENGAN ALLAH, OLEH KERANA KITA SEDANG MERASAKN ADA DIRI SENDIRI DAN ADA SELAIN DARI ALLAH, SECARA TIDAK DISEDARI AKAN TIMBUL PERBANDINGAN DIANTARA ALLAH DENGAN RASA ADA DIRI KITA SENDIRI..

KITA TAHU YANG ALLAH TIDAK BOLEH DISEKUTUKAN DENGAN DIRI SENDIRI DAN DENGAN SELAIN DARI ALLAH...

OLEH KERANA SEDANG MERASAKAN ADA DIRI SENDIRI DAN ADA SELAIN DARI ALLAH, SECARA RIDAK DISEDARI MITA AKAN MENGATAKAN ALLAH TIDAK BERZAT KERANA KITA SEDANG MEMBANDINGKAN ALLAH DENGAN DIRI KITA YANG SEDANG DIRASAI ADA, ZAT YANG SEDANG DIRASAI ADALAH SEDANG DIRASAI SEBAGAI ZAT DIRI SENDIRI MAKA SECARA TIDAK LANGSUNG KITA AKAN MENGATAKAN ADA ALLAH ITU TIDAK BERZAT KERANA KITA SEDANG MERASAKAN ZAT YANG SEDANG DIRASAI ITU ADALAH ZAT DIRI SENDIRI BUKAN SEDANG MERASAI ZAT YANG SEDANG DIRASAI ITU ADALAH ZAT ALLAH...

JIKA SEDANG MERASAI DAN MENGAKUI ZAT YANG SEDANG DIRASAI ITU ADALAH ZAT ALLAH (KERANA YANG WAJIB ADA HANYALAH ALLAH, DIRI KITA DAN SELAIN DARI ALLAH SEBENARNYA BERSIFAT DENGAN SIFAT ASALNYA IAITU TIDAK ADA,) KITA AKAN BERKATA ALLAH YANG BERZAT, DIRI KITA DAN SELAIN DARI ALLAH YANG TIDAK BERZAT..

JIKA SEDANG MERASAI DAN MENGAKUI ZAT YANG SEDANG DIRASAI ITU ADALAH ZAT DIRI KITA DAN ZAT SELAIN DARI ALLAH, (BERDASARKAN KEPADA ILMU PENGETAHUAN YANG MENGATAKAN ALLAH TIDAK BOLEH DISEKUTUKAN DENGAN MAKHLOKNYA) SECARA TIDAK DISEDARI KITA AKAN MENGHURAIKAN ALLAH TIDAK BERZAT, ALLAH TIDAK BERSIFAT, ALLAH TIDAK BERNAMA, DAN ALLAH TIDAK BERAFA'AL KERANA KITA SEDANG MERASAKAN ZAT, SIFAT, ASMA' DAN AFA'AL ALLAH SEBAGAI ZAT, SIFAT, ASMA' DAN AFA' AL DIRI KITA SENDIRI DAN ZAT, SIFAT, ASMA' DAN AFA'AL SELAIN DARI ALLAH...

DIDALAM ILMU PENGETAHUAN TELAH MENERANGKAN ALLAH TIDAK MENYAMAI DENGAN MAKHLOK (;ALLAH TIDAK BOLEH DISEKUTUKAN DENGAN MAKHLOKNYA),

KITA TAHU ADA ITU ADALAH SIFAT YANG WAJIB BAGI ALLAH, TETAPI KERANA SEDANG MERASA ADA DIRI SENDIRI (TIDAK MERASA YANG ADA HANYA ALLAH IAITU ADA YANG SEDANG DIRASAI ITU ADALAH TANDA YANG SEDANG MENYATAKAN ADA ALLAH TETAPI SEDANG MERASAI ADA DIRI SENDIRI DAN RASA ADA SELAIN DARI ALLAH),

OLEH KERANA ALLAH TIDAK MENYAMAI DENGAN MAKHLOK, DAN ADA ALLAH TELAH DAN SEDANG DIRASAI SEBAGAI ADA DIRI SENDIRI DAN ADA SELAIN DARI ALLAH, SECARA TIDAK DISEDARI KITA AKAN MENGHURAIKAN TENTANG ALLAH BERKAITAN HAL DAN KEADAAN YANG TIDAK ADA...(ALLAH TIDAK BERZAT, ALLAH TIDAK BERSIFAT, ALLAH TIDAK BERNAMA DAN ALLAH RIDAK BERAFA'AL,,)

SEBENARNYA YANG TIADA (BERZAT, BERSIFAT, BERASMA' DAN BERAFA'AL ADALAH SELAIN DARI ALLAH)...

OLEH KERANA SEDANG MERASAI DIRI SENDIRI DAN SELAIN DARI ALLAH YANG BERZAT, BERSIFAT, BERASMA' DAN BERAFA'AL, MAKA SECARA TIDAK DISEDARI KITA AKAN MENYATAKAN HAL YANG BERLAWANAN DENGAN APA YANG SEDANG DIRASAI SENDIRI... SEBAGAI ALLAH (ALLAH ITU LAISA KAMISLIHI SYAIK...)

JIKA SEDANG MERASAI YANG BERZAT, BERSIFAT, BERASMA' DAN BERAFA'AL ADALAH ALLAH, SECARA AUTOMATIK DIRI SENDIRI DAN SELAIN DARI ALLAH TIADA BERZAT, TIDAK BERSIFAT, TIDAK BERASMA' DAN TIDAK BERAFA'AL..

SEBENAR YANG BERSIFAT TIADA ITU SIAPA ? ADAKAH MAKHLOK ATAU ALLAH?
YANG BERSIFAT ADA ITU SIAPA?, ADAKAH ALLAH ATAU MAKHLOK?

BAGAIMANAKAH CARA YANG HENDAK DILAKUKAN SUPAYA MENDAPAT HIDAYAH DAN PETUNJUK DARI ALLAH AGAR DAPAT MERASAKAN ADA ALLAH DISETIAP DETIK DAN MASA... ?
APABILA SEDAH DAPAT MERASAKAN ADA ALLAH, TIDAK LAGI AKAN HADZIR RASA ADA DIRI SENDIRI DAN RASA ADA SELAIN DARI ALLAH...

SEPERTI SEKARANG INI KITA SEDANG MERASAI ADA DIRI SENDIRI KITA TIDAK PERNAH DAPAT MERASAKAN ADA ALLAH, KITA CUMA TAHU ALLAH ADA, TETAPI TIDAK MERASAI ADA ALLAH KERANA SEDANG MERASAI ADA DIRI SENDIRI...

KITA HANYA TAHU YANG ALLAH ITU BERSIFAT DENGAN SIFAT ADA, TETAPI KITA TIDAK MERASAI ADA ALLAH KERANA SEDANG MERASAI ADA DIRI SENDIRI (SEBENARNYA ADA ALLAH YANG SEDANG DIANGGAP DAN DIRASAI SEBAGAI ADA DIRI SENDIRI)...

BAGAIMANAKAH KITA SEMUA HENDAK KEMBALI KEJALAM TAUHID SUPAYA TIDAK SEKUTUKAN ADA ALLAH DENGAN RASA ADA DIRI SENDIRI???

YANG LEBIH MENYEDIHKAN KITA SAMPAI MENGHURAIKAN TENTANG ALLAH SESUATU YANG TIADA KERANA SEDANG MERASAI ADA DIRI SENDIRI DAN ADA SELAIN DARI ALLAH..

SEMUGA KITA SEMUA AKAN DIBUKAKAN HIDAYAH DAN PETUNJUK OLEH ALLAH UNTUK KEMBALI BERTAUHID KEPADA ALLAH.... AMIN

TANDA-TANDA KENYATAAN ALLAH

TANDA-TANDA KENYATAAN ALLAH

51.Surah Adh-Dhāriyāt (Verse 20)


وَفِي الْأَرْضِ آيَاتٌ لِّلْمُوقِنِينَ


Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin,
51.Surah Adh-Dhāriyāt (Verse 21)


وَفِي أَنفُسِكُمْۚ أَفَلَا تُبْصِرُونَ


Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?

Badan diri kita dan keseluruh isi alam adalah kenyataan zat, sifat, asmak dan afa'al Allah..

Ini adalah satu kenyataan dan yang sebenar-benarnya...

Mari sama-sama kita menyelami disebalik kehidupan seharian kita, apa sebenarnya yang kita semua rasai.

Tanyalah diri sendiri, apakah semuanya ini, adakah dunia ini dan badan diri kita sendiri ada ujud sendiri atau kesemua ini adalah sedang menyatakan wujud Allah...

Jika telah mendapat pengertian bahawa semua ini adalah kenyataan Allah, lihatlah pada badan diri sendiri apa yang sedang dirasai, adalah kita sedang merasai ujud badan diri sendiri atau kita sedang merasai akan wujud Allah...

Allah telah memberitahu kepada kita melalui firman-firman nya didalam Al-Quran bahawa pada bumi dan pada diri kita terdapat tanda-tanda wujud Allah ... Yang membawa maksud dunia dan badan diri kita adalah pentajalian zat, sifat, asma' dan afa'al Allah...

Syeikh Abdul Khodir Jailani menerangkan
"Juru-bicara dalam diri si hamba menyampaikan: " Allah s.w.t bertitah, ‘Jangan sesiapa mengganggu Keesaan-Ku. Tidak ada sesiapa dapat merobohkan Keperkasaan-Ku. Sesiapa yang mencerobohi Benteng Keperkasaan-Ku akan Aku bakar dengan api Keagungan-Ku dan dia akan binasa! Selamatkanlah diri kamu. Pergilah kamu dan masuklah kamu ke dalam Perbendaharaan-Ku Yang Tersembunyi untuk mengenal Daku sekadar Daku izinkan engkau mengenali Daku'".

Perbendaharaan Yang Tersembunyi itu bernama:
Laa Ilaa Ha Illallah

Pintu gerbangnya bernama:
Muhammadur Rasulullah

Kuncinya bernama:
Bismillah Hirrah Maa nirrahim

Cahaya yang menerangi di dalamnya bernama:
Al Fatihah

Kenderaan di dalamnya bernama:
Laa Hau lawala kuwataillah billah


Dengan izin Allah s.w.t si hamba masuk ke dalam Perbendaharaan-Nya Yang Tersembunyi.

Persoalannya Pernahkah kita mengakui bahawa kesemua ini adalah Allah yang sedang menyatakan akan wujud, sifat, asma' dan afa'alNya sendiri...

Walaupun kesemua ini merupakan kenyataan Wujud, sifat, asma' dan afa'al Allah, kerana kita tidak pernah mengakui bahawa itu adalah Wujud, sifat, asma' dan afa'al Allah, maka dengan sendirinya membawa kepada makna kita mengguna pakai dan beranggapan bahawa Wujud, sifat, asma' dan afa'al Allah sebagai Wujud, sifat, asma' dan afa'al badan diri kita sendiri (jika kita tidak mengaku segala tanda-tanda zat, sifat, asma' dan afa'al Allah sebagai zat, sifat, asma' dan afa'al Allah sendiri, secara automatik memberi makna kita sedang mengaku yang kita ini ada disamping wujud Allah - sedangkan sebenarnya kita ini adalah kenyataan Wujud, sifat, asma' dan afa'al Allah sendiri tetapi badan diri kita sendiri tidak pernah membuat pengakuan itu)...

......SAYA, AKU, DIA, KAMU, KITA, MEREKA adalah kenyataan yang sedang menyatakan Wujud, sifat, asma' dan afa'al Allah yang dipanggil dengan kepelbagaian nama bagi menunjukkan kepelbagaian kenyataan Allah yang berbeza....

Seperti saya adalah seorang lelaki, dipanggil anak kepada ibu bapa saya, Saya juga dipanggil bapa kepada anak-anak saya, saya juga dipanggil abang kepada adik-adik saya, saya juga dipanggil adik kepada abang dan kakak saya, saya juga dipanggil majikan kepada pekerja-pekerja saya, saya juga dipanggil perawat kepada pesakit saya, saya juga dipanggil suami kepada isteri saya... Saya juga dipanggil hamba kepada Allah,

Saya adalah diri yang satu ini juga tetapi dipanggil dengan pelbagai nama mengikut keadaan yang berlainan...
32.Surah As-Sajdah (Verse 9)


ثُمَّ سَوَّاهُ وَنَفَخَ فِيهِ مِن رُّوحِهِۖ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَۚ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُونَ


Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: rohNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.

40.Surah Ghāfir (Verse 13)


هُوَ الَّذِي يُرِيكُمْ آيَاتِهِ وَيُنَزِّلُ لَكُم مِّنَ السَّمَاءِ رِزْقًاۚ وَمَا يَتَذَكَّرُ إِلَّا مَن يُنِيبُ


Dia lah Tuhan yang memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda keesaanNya dan kekuasaanNya (untuk kehidupan rohani kamu), dan yang menurunkan (untuk jasmani kamu) sebab-sebab rezeki dari langit. Dan tiadalah yang ingat serta mengambil pelajaran (dari yang demikian) melainkan orang yang sentiasa bertumpu (kepada Allah).


40.Surah Ghāfir (Verse 14)


فَادْعُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ


Oleh itu maka sembahlah kamu akan Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya (dan menjauhi bawaan syirik), sekalipun orang-orang kafir tidak menyukai (amalan kamu yang demikian).
56.Surah Al-Wāqi`ah (Verse 87)


تَرْجِعُونَهَا إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ


Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar ?

Hakikatnya hanya sedang menerangkan akan Wujud, sifat, asma' dan afa'al Allah yang Esa itu juga...

Cuma tinggal tunggu pengakuan dari badan diri kita masing-masing sehingga tidak lagi tinggal keakuan (zat, sifat, asmak dan afa'al Allah yang sedang diperkenalkan iti )kepada badan diri sendiri walau sebesar zarah sekalipun...

Selagi ada keakuan badan diri sendiri (merasai ada kita sendiri) yang sebenarnya kesemua Wujud, sifat, asma' dan afa'al Allah yang sedang dipertontonkan itu adalah Wujud, sifat, asma' dan afa'al sebagai pengenalan Allah yang dipanggil dengan nama kita.

Kita adalah nama bagi menunjukkan keadaan zat, sifat, asma' dan afa'al Allah yang tidak ada ujud sendiri..

Jadi tugas kita mengaku saja kebenaran itu kepada diri sendiri sehingga hilang rasa (kita menganggap yang Wujud, sifat, asma' dan afa'al Allah itu sebagai Wujud, sifat, asma' dan afa'al diri sendiri dan selain dari Allah)...

Mengakulah kepada badan diri sendiri bahawa kesemua kenyataan Wujud, sifat, asma' dan afa'al Allah adalah Wujud, sifat, asma' dan afa'al Allah sendiri, jadi dengan pengakuan itu akan menafikan yang Wujud, sifat, asma' dan afa'al Allah kepada badan diri sendiri dan selain dari Allah... (selain dari Allah tidak Wujud, sifat, asma' dan afa'al sendiri), dan melalui pengakuan itu juga akan mengisbatkan Wujud, sifat, asma' dan afa'al Allah kepada Wujud, sifat, asma' dan afa'al Allah sendiri...

28.Surah Al-Qaşaş (Verse 88)


وَلَا تَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَٰهًا آخَرَۘ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۚ كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجْهَهُۚ لَهُ الْحُكْمُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ


Dan janganlah engkau menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah. Tiada Tuhan melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Zat Allah. BagiNyalah kuasa memutuskan segala hukum, dan kepadaNyalah kamu semua 
dikembalikan (untuk dihitung amal masing-masing dan menerima balasan).


Maksudnya janganlah kita mengaku atau mengiktikadkan segala zat, sifat, asma' dan afa'al Allah kepunyaan kita sendiri atau kepunyaan selain dari Allah..

Mengakulah segala zat, sifat, asma' dan afa'al Allah yang sedang diperkenalkan keatas badan diri sendiri dan keatas selain dari Allah adalah zat, sifat, asma' dan afa'al Allah sendiri sehingga tidak tinggal walau sebesar zarah sekalipun pengakuan terhadap diri sendiri lagi...

Pengakuan dan anggapan kita selama ini yang kenyataan zat, sifat, asma' dan afa'al Allah itu adalah zat, sifat, asma' dan afa'al kita sendiri sebenarnya binasa, tidak berasas,
Walaupun kita mengaku dan beriktikad bahawa zat, sifat, asma' dan afa'al Allah yang ditunjukkan itu sebagai kepunyaan kita sendiri hakikat sebenarnya zat, sifat, asma' dan afa'al Allah itu tetap kepunyaan Allah.. Tidak pernah berlaku perpindahan milik dari Allah kepada kita, yang berlaku hanyalah kenyataan Allah sendiri yang dipanggil sebagai kita..

Sebenarnya kita adalah nabi Allah sendiri yang sedang menerangkan akan kewujudan Allah sendiri.. Kita tidak ada ujud sendiri (keakuan diri, jika ada ujud keakuan diri sendiri itu adalah hawa nafsu)...

25.Surah Al-Furqān (Verse 43)


أَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَٰهَهُ هَوَاهُ أَفَأَنتَ تَكُونُ عَلَيْهِ وَكِيلًا


Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: 
tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?


55.Surah Ar-Raĥmān (Verse 26)

كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ


Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa:
55.Surah Ar-Raĥmān (Verse 27)

وَيَبْقَىٰ وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ


Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:
57.Surah Al-Ĥadīd (Verse 5)

لَّهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِۚ وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الْأُمُورُ


Dia lah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.