Pages

Memaparkan catatan dengan label Az-Zumar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Az-Zumar. Papar semua catatan

Selasa, 30 September 2014

MASIHKAH ADA TAUBAT BAGI DOSA YANG BERULANG?

MASIHKAH ADA TAUBAT BAGI DOSA YANG BERULANG?
Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin


Soalan: Prof Madya Dr MAZA, saya seorang pemuda dan sering melakukan dosa. Sudah berulang kali saya bertaubat. Tapi kemudian saya tidak mampu kawal diri, saya buat lagi. Sudah berapa kali saya taubat sehingga saya rasa Allah sudah tidak mahu terima lagi taubat saya. Adakah taubat saya palsu? Adakah saya bohong Allah? Saya terus hanyut dengan perbuatan saya sendiri. Saya hendak taubat lagi, tapi rasa macam Allah dah tidak terima, atau takut saya sendiri ulang lagi. Boleh tak Dr berikan nasihat kepada saya?
 Safwan, Melaka.

Jawapan Dr MAZA: Saudara, perasaan kesal atau keinsafan yang ada dalam jiwa saudara –alhamdulillah- menandakan bahawa cahaya iman itu masih kuat dalam diri saudara. Semoga kita semua selalu dibimbing Allah ke jalanNya yang lurus. Untuk soalan saudara maka saya jawab seperti berikut;

1. Secara umumnya taubat bermaksud kekesalan dan keinsafan terhadap dosa yang dilakukan, lalu memohon keampunan Allah dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Ini berdasarkan firman Allah: maksudnya:
“Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) mereka yang beramal” (Surah Ali ‘Imran: 135-136).
Maka, asalnya taubat itu di samping keinsafan dan memohon keampunan, ia juga adalah azam untuk tidak mengulanginya.
2. Keikhlasan atau kesungguhan seseorang yang bertaubat itu hanya diketahui oleh Allah dan dirinya sendiri. Ketika dia bertaubat, jika ia lahir dari keikhlasan maka perasaan khusyuk, duka, insaf, mengharapkan keampunan Allah akan menyelinap masuk ke dalam setiap pelusuk jiwanya. 
Airmata keinsafan antara bukti kejujuran insan yang menyesal dan mengharapkan keampunan. Keinginan untuk berada dalam keampunan itu akan membawanya kepada azam untuk tidak mengulangi dosa. Jika taubat seperti itu berlaku, maka itu adalah taubat yang nasuha atau yang ikhlas. Ia diterima Allah.
Sekalipun kemungkinan selepas itu, atas kelemahan diri dan kecuaian, hamba yang bartaubat tadi tergelincir sekali lagi ke dalam dosa yang sama. Jika, dia ikhlas pada taubatnya yang awal, Allah Maha Mengetahuinya dan insyaAllah akan mengampuni dosanya yang awal, juga dosa kemudian jika dia terus bertaubat lagi.
3. Taubat yang sebenar bukan satu perkara yang boleh dibuat-buat. Ia bukan satu lakonan. Perasaan keinsafan yang hadir dalam jiwa seorang hamba bukannya perkara yang diada-adakan. Ia adalah cahaya iman yang lahir dari kekudusan jiwa yang mengakui kebesaran Allah dan takutkan dosa. 
Apabila perasaan kerohanian itu wujud, maka seorang hamba pun bertaubat dengan penuh insaf dan nekad untuk tidak mengulangi. Siapakah yang mengetahui kewujudan perasaan itu dalam sesuatu jiwa? Sudah pasti hanya Allah dan insan yang bertaubat itu sendiri. Jika keadaan yang disebutkan itu berlaku, insan itu sebenarnya telah benar-benar bertaubat.
4. Insan atau anak Adam itu ada kelemahannya. Kadang-kala dia terjatuh lagi dalam kesalahan setelah bertaubat dengan bersungguh-sungguh. Ini –seperti yang dijelaskan- kegelinciran kedua atau ketiga dan seterusnya tidaklah bererti dia tidak ikhlas dalam taubatnya yang sebelum itu. 
Namun, kelemahannya menyebabkan dia berulang kali jatuh ke dalam dosa, sekalipun telah benar-benar insaf sebelumnya. Maka, jika hal ini berlaku dia hendaklah mengulangi taubat dan jangan berputus asa. Syaitan akan membisikkan perasaan putus asa dalam jiwa, sedangkan Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penerima taubat.
berdoa3.jpg
5. Hal ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w dalam hadis baginda:
“Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya-. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau”. 
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
6. Dari hadis di atas menggambarkan, selagi seseorang hamba Allah menyesal dan insaf, sekalipun telah berulang dosa, Allah Yang Maha Pengampun tetap mengampuninya. Namun, hendaklah kita berhati-hati kerana waktu kematian tidak pasti. Orang yang bertaubat dan berjaya mengawal dirinya tentulah lebih baik dari yang gagal mengawal diri. Tidak mustahil ketika dia gagal mengawal diri itu, kematian menjemputnya pergi.
7. Apapun, pintu taubat dalam Islam ini sentiasa terbuka. Tidak kira besar mana pun dosa, berapa kali ia mengulanginya. Insan jangan berputus asa dari rahmat Allah. Firman Allah: (maksudnya):
“Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah az-Zumar: 53).
Putus asa dari rahmat Allah adalah bisikan syaitan yang enggan melihat hamba-hamba Allah kembali kepada Allah.
8. Antara cara untuk memboleh kita istiqamah dengan taubat kita ialah memohon pertolongan Allah agar kita tetap atas jalan hidayah. Al-Quran mengajar kita doa: (maksudnya)
“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya” (Surah Ali ‘Imran: 8).
Nabi s.a.w pula selalu membanyakkan doa:“Wahai Yang Membolak-balikkan jantung hati (Allah)! Tetapkan daku atas agamuMu” (Riwayat al-Tirmizi, Ahmad, Ibn Abi ‘Asim- dinilai sahih).
9. Juga, antara langkah mengekalkan dalam kebaikan adalah dengan mendampingi mereka yang baik dan soleh. Teman yang baik dan mahukan kebaikan akan membawa kita berterusan dalam kebaikan. Begitulah sebaliknya. Firman Allah: (maksudnya)
“dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang menyeru Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaanNya semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui jantung hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami, serta dia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran”. (Surah al-Kahfi: 28).
Hiduplah dalam lingkungan teman-teman yang selalu berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.
10. Maka, diingatkan jangan kita berputus asa dari rahmat Allah, dan jangan kita jadikan orang lain berputus asa dari rahmat Allah. Insan mempunyai peluang bertaubat sehingga nyawa ke halkumnya. Sabda Nabi:
“Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Ahad, 28 September 2014

Allah telah pun mengajar kita bagaimana cara kita nak ingat kepadaNya

SOALAN SIAPAKAH YANG ???(NYATAKAN SAMADA SIFAT, ASMAK ATAU PERBUATAN ALLAH ) SEDANG DISEDARI DENGAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN DAN DENGAN MENENTUKAN JAWAPANNYA "ALLAH" - JIKA DILAKUKAN SECARA ISTIQOMAH AKAN MEMBUAHKAN MAKRIFATULLAH

Dalam soal ingat kepada Allah ini Allah telah pun mengajar kita bagaimana cara kita nak ingat kepadanya...

Allah telah terapkan ingat kepada kekasih hati kita ingat kepada ibu bapa kita dan lain-lain sebagai pelajaran kepada kita supaya kita belajar darinya bagaimana nak ingat kepada Allah...

Kita ada seorang kekasih hati, dalam ramai-ramai manusia dialah yang selalu kita ingat, ingat sangat-sangat sampai terbawa-bawa sehingga ketempat tidur, kalau tak dapat lihat sikekasih hati itu, dapat lihat harta benda dia seperti rumah, kereta, baju dan lain-lain sudah terubat rasa ingat dan rindu kepadanya..

Jika tidak dapat melihat sikekasih hati, dapat lihat kepada kaum keluarganya cukuplah untuk mengubati ingat dan rindu dendam kepadanya...

Jika kepada sesama manusia yang dipanggil sebagai kekasih hati kita boleh ingat dan rindu sampai separuh gila, kenapa kepada Allah kita tak boleh ingat sampai macam tu..

Sebab kita tidak mengenali Allah seperti kita mengenali kekasih hati kita itu...

Untuk dapat mengingati Allah hendaklah Allah dikenali dengan sebenar-benar kenal. Kita tidak akan dapat ingat kepada yang kita tidak kenali....

Untuk itu marilah kita semua sama-sama mencari jalan bagaimana kita nak kenal Allah.. Bukan membicara bagaimana Allah tetapi belajar apa yang perlu kita lakukan supaya Allah memperkenalkan dirinya..

Allah sentiasa memperkenalkan dirinya, pengenalannya itu kita telah anggap sebagai ujud DIRI SENDIRI disamping wujud Allah...

Apa yang perlu kita buat supaya kita tidak menganggap pengenalan Allah itu sebagai ujud DIRI SENDIRI lain UJUD LAIN selain dari Allah supaya kita boleh ingat kepada Allah seperti kita ingat kepada kekasih hati kita sekarang ini...

Untuk memudah mencapai ingat dan mengenali Allah sentiasalah bertanyakan soalan "Siapa yang ..... Boleh mengambil samada sifat, asma' atau afa'al Allah, sebaiknya apa yang disedari diSAAT dan ketika ini juga"

Contoh kita sedang merasai keujudan diri kita "ajukan soalan siapa yang menjadikan kita, tentukan jawapannya Allah, ketika sedang kita berjalan, tanyalah soalan siapakah yang menjadikan kita sedang berjalan ini, tentukan jawapannya "ALLAH"

Ketika kita sedang berfikir, soallah siapa yang sedang memberi kita berfikir, tentukan jawapannya "ALLAH"

Ketika kita sedang bersama suami atau isteri kita, ajukan soalan siapakah yang memberi kita sedang bersama dengan suami atau isteri kita, tentukan jawapannya "Allah"

Ketika kita sedang menjalankan tugas harian ditempat kerja masing-masing, ajukan soalan siapakah yang bagi kita menjalankan tugas ini, tentukan jawapannya "Allah" dan seterusnya.

Latih memberi soalan seperti ini sehingga kesedaran yang Allah yang menjadikan sesuatu terlahir dengan sendirinya dan kita sedang melihat Allah menjadikan sesuatu itu dengan sebenar-benarnya..

Kaedah ini didapati didalam firman Allah
6.Surah Al-'An`ām (Verse 12)

قُل لِّمَن مَّا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِۖ قُل لِّلَّهِۚ كَتَبَ عَلَىٰ نَفْسِهِ الرَّحْمَةَۚ لَيَجْمَعَنَّكُمْ إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ لَا رَيْبَ فِيهِۚ الَّذِينَ خَسِرُوا أَنفُسَهُمْ فَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ


Bertanyalah (wahai muhammad): "Hak milik siapakah segala yang ada di langit dan di bumi?" Katakanlah: "(Semuanya itu) adalah milik Allah. Ia telah menetapkan atas diriNya memberi rahmat. Demi sesungguhnya Ia akan menghimpunkan kamu pada hari kiamat yang tidak ada sebarang syak padanya". Orang-orang yang merugikan diri sendiri (dangan mensia-siakan pengurniaan Allah), maka mereka (dengan sebab yang tersebut) tidak beriman.


34.Surah Saba' (Verse 24)
قُلْ مَن يَرْزُقُكُم مِّنَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِۖ قُلِ اللَّهُۖ وَإِنَّا أَوْ إِيَّاكُمْ لَعَلَىٰ هُدًى أَوْ فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ


Bertanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): "Siapakah yang memberi 
rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?"


Terangkanlah jawabnya: "Ialah Allah; dan sesungguhnya (tiap-tiap satu golongan), sama ada golongan kami ahli tauhid atau golongan kamu ahli syirik - (tidak sunyi daripada salah satu dari dua keadaan): keadaan tetapnya di atas hidayah petunjuk atau tenggelamnya dalam kesesatan yang jelas nyata".

10.Surah Yūnus (Verse 31)
قُلْ مَن يَرْزُقُكُم مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ أَمَّن يَمْلِكُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَمَن يُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَيُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَمَن يُدَبِّرُ الْأَمْرَۚ فَسَيَقُولُونَ اللَّهُۚ فَقُلْ أَفَلَا تَتَّقُونَ


Bertanyalah kepada mereka (yang musyrik itu): "Siapakah Yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Atau siapakah yang menguasai pendengaran dan penglihatan? Dan siapakah yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda yang mati, dan mengeluarkan benda yang mati dari makhluk yang hidup? Dan siapakah pula yang mentadbirkan urusan sekalian alam?


"(Dengan pertanyaan-pertanyaan itu) maka mereka (yang musyrik) tetap 
akan menjawab (mengakui) dengan berkata: "Allah jualah yang menguasai segala-galanya! "Oleh itu, katakanlah: "(Jika kamu mengakui yang demikian), maka mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?


10.Surah Yūnus (Verse 35)
قُلْ هَلْ مِن شُرَكَائِكُم مَّن يَهْدِي إِلَى الْحَقِّۚ قُلِ اللَّهُ يَهْدِي لِلْحَقِّۗ أَفَمَن يَهْدِي إِلَى الْحَقِّ أَحَقُّ أَن يُتَّبَعَ أَمَّن لَّا يَهِدِّي إِلَّا أَن يُهْدَىٰۖ فَمَا لَكُمْ كَيْفَ تَحْكُمُونَ

Bertanyalah (wahai Muhammad): "Adakah di antara makhluk-makhluk: yang kamu sekutukan dengan Tuhan itu, sesiapa yang dengan memberi petunjuk kepada kebenaran? "Katakanlah: "Allah jualah yang memberi hidayah petunjuk kepada kebenaran; (kalau sudah demikian) maka adakah yang dapat memberi hidayah petunjuk kepada kebenaran itu, lebih berhak diturut, ataupun yang tidak dapat memberi sebarang petunjuk melainkan sesudah ia diberi hidayah petunjuk? Maka apakah alasan sikap kamu itu ? Bagaimana kamu sanggup mengambil keputusan (dengan perkara yang salah, yang tidak dapat diterima oleh akal)?"


10.Surah Yūnus (Verse 34)
قُلْ هَلْ مِن شُرَكَائِكُم مَّن يَبْدَأُ الْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُۚ قُلِ اللَّهُ يَبْدَأُ الْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُۖ فَأَنَّىٰ تُؤْفَكُونَ


Bertanyalah (kepada mereka wahai Muhammad): "Adakah di antara makhluk-makhluk yang kamu sekutukan dengan Tuhan itu, sesiapa yang mula menciptakan sesuatu kejadian kemudian ia mengembalikan adanya semula (pada hari kiamat)? "Katakanlah: Allah jualah yang mula menciptakan sekalian makhluk kemudian Ia mengembalikan adanya semula (untuk menerima balasan); oleh itu, mengapa kamu rela dipalingkan (kepada menyembah yang lain)?"


13.Surah Ar-Ra`d (Verse 16)
قُلْ مَن رَّبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ قُلِ اللَّهُۚ قُلْ أَفَاتَّخَذْتُم مِّن دُونِهِ أَوْلِيَاءَ لَا يَمْلِكُونَ لِأَنفُسِهِمْ نَفْعًا وَلَا ضَرًّاۚ قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الْأَعْمَىٰ وَالْبَصِيرُ أَمْ هَلْ تَسْتَوِي الظُّلُمَاتُ وَالنُّورُۗ أَمْ جَعَلُوا لِلَّهِ شُرَكَاءَ خَلَقُوا كَخَلْقِهِ فَتَشَابَهَ الْخَلْقُ عَلَيْهِمْۚ قُلِ اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ وَهُوَ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ


Bertanyalah (wahai Muhammad): "Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi?"
Jawablah: "Allah".
Bertanyalah lagi: "Kalau demikian, patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri, dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya?"


Bertanyalah lagi: "Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik?

Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang?

Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka?"
Katakanlah: "Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa".

39.Surah Az-Zumar (Verse 62)
اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ وَكِيلٌ


Allah Yang Menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Mentadbirkan serta menguasai segala-galanya.

43.Surah Az-Zukhruf (Verse 45)
وَاسْأَلْ مَنْ أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رُّسُلِنَا أَجَعَلْنَا مِن دُونِ الرَّحْمَٰنِ آلِهَةً يُعْبَدُونَ


Dan bertanyalah kepada umat mana-mana Rasul yang Kami telah utuskan sebelummu; pernahkah Kami memberi hukum menetapkan sebarang tuhan untuk disembah, selain dari Allah Yang Maha Pemurah.


Kembalilah kepada Allah dengan selalu mengajukan soalan kepada diri " SIAPAKAH YANG ???" Dan tentukan jawapannya "ALLAH"

Praktiklah sehingga sampai dapat merasakan Allah sedang mencipta dan Allah sedang menjadikan segala perbuatan...

17.Surah Al-'Isrā' (Verse 41)
وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِيَذَّكَّرُوا وَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا نُفُورًا


Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan mematuhi kebenaran); dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.

Rabu, 4 Jun 2014

TAUHID

TAUHID
Untuk mengamalkan Tauhid kepada Allah hendaklah kita semua tidak menggunakan fikiran yang mendatang , fikiran yang mendatang itu adalah hijab yang akan menghijab daripada sampai kepada Allah..

Hendaklah kita semua penuh keyakinan dan terus mengaku segala firman Allah, hadis Nabi saw dan juga ilmu tauhid yang dipelajari...

Firman Allah :- 57.Surah Al-Ĥadīd (Verse 3)

هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

15.Surah Al-Ĥijr (Verse 29)

فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ

"Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya.

17.Surah Al-'Isrā' (Verse 85)

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِۖ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُم مِّنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا

Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".

Nabi Besar Muhammad saw bersabda, "Wahai pencari rahsia! Mahukah kamu melihat orang mati yang hidup, berjalan dibumi seperti orang hidup tetapi jiwanya berada dilangit, kerana beliau telah diubahpindah sebelum mati dan tidak lagi diubahpindah setelah mati. Rahsia ini berada di luar sempadan fikiran, hanya diketahui melalui mati. Barang siapa hendak melihat orang yang mati berjalan di muka bumi, lihatlah Abu Bakar, seorang yang 'alim dan 'abid kerana beliau menjadi saksi yang benar terhadap Allah swt. Menjadi putera orang-orang yang di hidupkan semula."

Berkata Ali RA..Rasulullah bersabda...Allah berfirman...............;Sesungguh AKU lah ALLAH ,, Tiada Tuhan selain AKU...Barangsiapa BERTAUHID kepadaKu niscaya masuklah ia kedalam benteng Ku,,,Dan barangsiapa yang masuk bentengKu..niscaya terselamatlah dia dari SiksaKu...(H R . Syirazi)

laa ilaaha illallaahu hisnii, faman qoolahaa dakhola hisnii, waman dakhola hisnii aamina 'adzaabii.

Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda: 

 أَسْعَدُ النَّاسِ بِشَفَاعَتِي مَنْ قَالَ لاَإِلَهَ إِلاَّ اللهُ خَالِصاً مِنْ قَلْبِهِ أَوْ نَفْسِهِِ ]رواه البخاري ” 

Manusia yang paling berbahagia dengan syafaatku kelak adalah orang yang mengucapkan La ilaaha illallah dengan penuh ikhlas dari relung hatinya atau dirinya (HR Bukhari).

Mencintai Kalimah Thayibah (Kalimat Tauhid) ini, tuntutan dan mencintai orang-orang yang mengucapkannya, mengamalkan dan konsisten dengan syarat-syaratnya, serta benci terhadap hal-hal yang membatalkannya. 

Allah Ta’ala berfirman : 

وَمِنَ النَّاسِ مَن يَتَّخِذُ مِن دُونِ اللّهِ أَندَاداً يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللّهِ وَالَّذِينَ آمَنُواْ أَشَدُّ حُبًّا لِّلّهِ وَلَوْ يَرَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ إِذْ يَرَوْنَ الْعَذَابَ أَنَّ الْقُوَّةَ لِلّهِ جَمِيعاً وَأَنَّ اللّهَ شَدِيدُ الْعَذَابِ{ سورة البقرة 

“Diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang dhalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat) bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya dan bahwa Allah sangat berat siksa-Nya( niscaya mereka tidaklah melakukannya) “. Al-Baqarah 165

[ مَنْ قَالَ لاَإِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَكَفَرَ بِمَا يُعْبَدُ مِنْ دُوْنِ اللهِ حَرَّمَ عَلَيْهِ مَالُهُ وَدَمُهُ ] 

Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa mengatakan tidak ada Ilah yang berhak disembah selain Allah dan kufur terhadap segala yang diibadahi selain Allah diharamkan harta dan darahnya” (HR Muslim)
Mengingkari thaghut yaitu segala sesuatu yang diibadahi selain Allah dan beriman kepada Allah sebagai Rabb dan sesembahan yang hak. 
Allah Ta’ala berfirman: 

لاَ إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىَ لاَ انفِصَامَ لَهَا وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيم{ (256) سورة البقرة 

“Tidak ada paksaan dalam agama. sesungguhnya Telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat . Maka barang siapa yang kufur terhadap taghut dan beriman kepada Allah ia telah berpegang teguh dengan buhul tali kuat yang tidak akan putus. Allah Maha mendengar dan Maha mengetahui “. (Al Baqarah:256)

Sabda beliau shalallahu ‘alaihi wasallam: 

 إنَّ اللهََ حَرَّمَ على النارِ مَنْ قَالَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ يَبْتَغِي بِذَلِكَ وَجْهَ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ] رواه مسم 

“Sesungguhnya Allah mengharamkan atas neraka orang yang mengucapkan La illaaha illallah yang dengan kalimat itu semata-mata ia mengharapkan wajah Allah Azza wa Jalla” (HR Muslim)
Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda: 

أَسْعَدُ النَّاسِ بِشَفَاعَتِي مَنْ قَالَ لاَإِلَهَ إِلاَّ اللهُ خَالِصاً مِنْ قَلْبِهِ أَوْ نَفْسِهِِ ]رواه البخاري 

” Manusia yang paling berbahagia dengan syafaatku kelak adalah orang yang mengucapkan La ilaaha illallah dengan penuh ikhlas dari relung hatinya atau dirinya (HR Bukhari).

Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka mengucapkan La ilaaha illallah. Barangsiapa mengucapkan Laa ilaaha illallah maka terlindungi harta dan jiwanya dariku kecuali menurut hak Islam dan perhitungannya disisi Allah Azza wa Jalla (Muttafaq Alaihi)

Laa ilaha illallah -Tiada nyata atau ada hanya Allah... Maksudnya selain daripada Allah tidak ada...

Segala keterangan telah diketahui, cuba sama-sama kita menyoal diri sendiri adakah kita pernah mengakui segala keterangan dan pengetahuan seperti diatas.....?

Kita semua sudah mengetahui, sudah yakin, tidak lagi berbelah bagi didalam ilmu pengetahuan.

Tetapi pernahkah sekali kita mengadakan pengakuan yang awal yang akhir yang zahir dan yang batin yang sedang dirasai dan dirasai itu adalah Allah seperti yang difirmankan?

Sebelum mengadakan pengakuan (mengaku) seperti yang difirmankan Allah, pelbagai pemikiran akan datang mengganggu, Jangan dilayan segala fikiran yang mendatang, mengaku sahaja seperti yang difirmankan Allah itu, tanpa perlu menyoal lagi...

Selagi kita belum mengaku yang segala sifat yang wajib bagi Allah dan sifat ketuhanan itu milik Allah, selagi itulah akan lahir didalam rasa dan perasaan kita bahawa kitalah yang memiliki segala sifat yang wajib bagi Allah, Roh kitalah yang memiliki sifat ketuhanan (Ada, hidup, tahu, kuasa, berkehendak, melihat, mendengar, berkata-kata dan lain-lain)

Kita kata dan berpegang roh itu roh kita tetapi Allah firmankan bahawa roh itu roh nya, dan juga roh itu urusannya.

15.Surah Al-Ĥijr (Verse 29)

فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ

"Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya.

17.Surah Al-'Isrā' (Verse 85)

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِۖ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُم مِّنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا

Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".

Masih tidak yakin lagikah kita kepada firman Allah, jika sudah yakin kenapa masih tidak mahu mengaku akan kebenaran firman Allah...

Kenapa masih nak mengatakan roh kita lagi, cantas segala fikiran yang mendatang, jangan banyak berfikir lagi, mengaku saja.

Bila datang fikiran cantas fikiran itu dengan mengaku yang mendatangkan fikiran itu juga adalah Allah seperti firman Allah didalam

39.Surah Az-Zumar (Verse 62)

اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ وَكِيلٌ

Allah Yang Menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Mentadbirkan serta menguasai segala-galanya.

Lagi firman Allah 37.Surah Aş-Şāffāt (Verse 96)

وَاللَّهُ خَلَقَكُمْ وَمَا تَعْمَلُونَ

"Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu!"

Jika Allah sudah berfirman sedemikian rupa, apa lagi yang hendak difikirkan lagi. Tunggu apa lagi mengakulah segala sifat yang wajib bagi Allah yang ternyata pada keseluruhan Alam dan pada insan itu adalah sifat Allah...

Jangan dibiarkan fikiran kita menghijab kita dari memandang dan mengaku yang Allah itu Allah...

Seperkara lagi tentang rasa ketiadaan kita, kebanyakkan kita selalu berkata dan faham bahawa yang Ada hanya Allah, selain dari kita tidak ada.

Persoalannya adalah kita boleh merasai letiadaan kita dan ketiadaan selain dari Allah...

Adakah satu benda atau perkara yang tidak ada?

Sesuatu yang tidak ada itu hakikatnya memang tidak ada.. Bila tidak ada bagaimana nak merasai yang tidak ada..?

Sebenarnya kita tidak pernah boleh merasakan keadaan tidak ada itu. Tidak ada itu hanya ada pada sebutan sahaja untuk menunjukkan kepada lawan sifat yang wajib bagi Allah. Tidak ada itu adalah satu keadaan yang tidak pernah ada dan keadaan tidak ada itu tidak pernah dapat dirasakan..

Perkataan tidak ada itu hanya ada pada sebutan sahaja tetapi tidak ada pada hakikat dan didalam bentuk kenyataan..

Sebenarnya tidak ada satu keadaan yang tidak dapat dirasakan keberadaan tidak ada itu...

Kita sentiasa dan tetap merasakan keadaan ada, kita sentiasa merasai ada, sebelum mengaku sifat ada yang terasa oleh kita itu sebagai sifat ada Allah, kita merasai sifat ada itu sebagai ada kita, kita telah menyangka ada yang sedang Allah nyatakan sebagai AdaNya, itu sebagai ada kita..

Kita salah sangka yang ada Allah yang sedang dinyatakan sebagai AdaNya Allah, sebagai ada diri kita sendiri..

Dengan kata lain kita merasai (menyangka), yang Ada yang terzahir yang dinyatakan oleh Allah sebagai pengenalan kepada Adanya Allah, telah dirasai dan diakui sebagai Ada kita sendiri.

Dengan merasa dan meniati Ada yang dirasai itu diAkui sebagai Ada diri kita dan ada selain dari Allah... Jadi kita merasai diri kita ada sedangkan keadaan sebenarnya ialah Allah telah menyatakan dan memperkenalkan sifat AdaNya Allah...

Sejak dari masa dan saat ini, hendaklah kita mengakui ada yang sedang dirasai itu sebenarnya adalah Ada Allah yang sedang diNyatakan sebagai pengenalan.

Setelah ada yang sedang dirasai itu telah diakui dan dirasai sebagai Ada Allah, (tidak timbul lagi didalam rasa dan perasaan yang kita ini ada)

Tidak timbul lagi rasa ada kita, itulah sebenarnya yang dipanggil dan disebut dengan keadaan tidak ada,

Kita sedang merasai Ada Allah itulah yang disebut sebagai ketiadaan kita dan selain dari Allah..

Maksudnya tidak lagi timbul rasa ada kita, itulah yang selalu yang kita katakan tidak ada kita..

Sedang merasakan ada Allah (keadaan itulah yang disebut sebagai ketiadaan kita)..

Kita tidak pernah boleh merasakan ketiadaan kita, maksudnya tidak ada kita itu hanya ada pada sebutan sahaja kerana Ada yang sedang dirasai itu adalah Ada Allah, yang sedang merasai ada Allah juga Allah sendiri...

Laa ilaha illallah - Tiada yang Ada, hanya Allah sahaja yang Ada, selain dari Allah tidak ada..
Maksudnya ada yang sedang dirasai mesti diakui sebagai Ada Allah..

Apabila ada yang sedang dirasai itu telah diakui sebagai ada Allah, dan tetap melatih melakukan pengakuan dan telah tetap dengan merasa Ada yang sedang dirasai adalah Ada Allah ( kita tidak lagi merasai ada yang sedang dirasai itu sebagai ada kita, keadaan inilah yang dikatakan ketiadaan kita)

Mengaku sahaja sifat Ada yang sedang dirasa sekarang ini sebagai ada Allah tanpa banyak soalan, tanpa perlu bertanya, tanpa disertakan dengan kepelbagaian fikiran...

Fikiran yang mendatang itu sebenarnya adalah hijab yang menghijab kita dari mengaku yang Allah itu Allah, fikiran akan mendorong kita supaya tetap mengaku Ada Allah yang sedang diperkenalkan itu sebagai ada kita.. Inilah yang dipanggil sebagai hawa nafsu...

Dengan kata lain hawa nafsu ialah kita mengaku Ada Allah yang sedang diperkenalkan, Ada Allah yang sedang ditajallikan sebagai ada kita sendiri. Apabila kita mengaku atau kita sedang merasakan Ada yang Allah sedang tunjukkan sebagai AdaNya, adalah sebagai ada kita, bermakna kita sedang menjadikan ada yang disangka ada kita itu sebagai tuhan selain Allah..

Kita sedang melaksanakan firman Allah 21.Surah Al-'Anbyā' (Verse 29)

وَمَن يَقُلْ مِنْهُمْ إِنِّي إِلَٰهٌ مِّن دُونِهِ فَذَٰلِكَ نَجْزِيهِ جَهَنَّمَۚ كَذَٰلِكَ نَجْزِي الظَّالِمِينَ

Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: "Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah", maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam; demikianlah Kami membalas golongan yang zalim.

Walaupun kita tidak melafaskan melalui mulut dan lintasan didalam hati tetapi kita sedang merasakan ada kita secara tidak langsung kita sedang mengakui "Aku diri kita itu sebagai tuhan selain dari Allah"

Ini adalah kerana sifat Ada adalah sebenarnya milik Allah sahaja. Allah tunjukkan sifat AdaNya itu sebagai pengenalan untuk memperkenalkan adanya. Tetapi kita telah salah menyangka pengenalan sifat Ada Allah itu sebagai ada kita...

Kita wajib mengaku yang Ada Allah yang sedang dirasai itu, sifat Ada Allah yang sedang diperkenalkan itu, sifat Ada Allah yang diberi rasa itu adalah sifat Ada Allah tanpa perlu disertakan dengan fikiran lagi...

Sifat Ada Allah itu bukan lain dari Allah...

Insan rahsia Aku, Aku rahsia insan. Rahsia itu sifat Aku, sifat Aku bukan lain daripada Aku

KITA TIDAK SEDAR YANG KITA SEDANG MENGAKU - AKU DIRI SENDIRI ADALAH TUHAN SELAIN DARI ALLAH

KITA TIDAK SEDAR YANG KITA SEDANG MENGAKU - AKU DIRI SENDIRI ADALAH TUHAN SELAIN DARI ALLAH..."

Allah mempunyai segala sifat yang wajib dan hanya layak untuk Dia memiliki sendiri tanpa boleh dikongsi dengan yang lain selain dari Dia sendiri...

Sifat yang wajib bagi Allah tidak terbilang banyaknya, ulamak telah menetapkan yang wajib kita ketahui sebanyak 20 sifat seperti yang telah dihuraikan didalam banyak kitab-kitab ilmu tauhid...

Sifat yang wajib bagi Allah hanya layak untuk Allah sahaja, selain dari Allah haram untuk memakainya, jika ada makhlok yang berani memakainya untuk diri mereka sendiri (makhlok yang tidak ada telah dianggap ada ujud sendiri dengan memakai sifat-sifat yang wajib bagi Allah kepada makhlok yang tidak ada, sehinggakan timbul anggapan segala sifat yang wajib bagi Allah telah dianggap sebagai sifat makhlok sendiri sehingga menimbulkan anggapan bahawa makhlok ada mempunyai ujud sendiri... 

Sehingga dengan rasa memiliki segala sifat yang wajib bagi Allah untuk diri sendiri timbullah didalam rasa dan perasaan diri sendiri akan keAKUan diri (yang sebenarnya yang bersifat tidak ada) tetapi telah dirasai ada oleh diri sendiri kerana mengambil dan meletakkan sifat ada Allah kepada diri sendiri yang sebenarnya tidak ada)...

Keakuan diri sendiri yang sebenarnya bersifat dengan sifat tidak ada, telah dirasai ada kerana kita telah meletakkan sifat ada itu pada tempat yang salah iaitu kepada diri yang tidak ada, sifat ada yang sepatutnya adalah sifat Allah sahaja telah diletakkan kepada selain dari Allah dan pada diri sendiri...

Dengan meletakkan sifat ada (yang sebenarnya sifat ada itu hanya milik Allah sahaja) kepada diri sendiri, maka dengan sendirinya akan menimbulkan sifat keakuan diri (mengaku segala sifat yang wajib bagi Allah adalah milik diri sendiri yang sedang memakai sifat ada yang hanya milik Allah sendiri sahaja...)

Bermula dengan merasai sifat ada yang hanya milik Allah sendiri sahaja sebagai ujud diri sendiri, secara automatik kita akan merasai didalam rasa dan perasaan yang dalam bahawa segala sifat-sifat yang wajib bagi Allah yang hanya layak untuk Allah sahaja telah dirasai menjadi milik diri sendiri ( yaitu ada Allah yang dianggap sebagai ada diri sendiri)..

Secara tidak disedari bermula dengan menganggap diri sendiri dan selain daripada Allah mempunyai ujud sendiri, kita telah memperakui diri kita telah memiliki sifat ketuhanan yang hanya milik Allah sendiri sahaja...

Dengan secara tidak disedari, apabila kita mengakui kita ada ujud sendiri, secara automatik kita telah mengakui diri kita memiliki sifat ketuhanan, secara tidak disedari kita telah memperakui diri kita memiliki sifat-sifat yang wajib bagi Allah yang membawa makna "AKU ALLAH - sebab ADA adalah sifat yang wajib bagi Allah, ADA itu bersifat Esa (tidak berbilang-bilang), sifat ada itu hanya milik Allah dan tidak boleh diletakkan sifat ADA kepada selain dari Allah.

Bila sifat yang wajib bagi Allah telah diletakkan kepada diri sendiri dan selain dari Allah (makhlok Allah).. Secara tidak disedari kita telah menjadikan (diri yang tiada tetapi telah dianggap ada kerana meletakkan sifat ada yang hanya milik Allah kepada diri yang tiada)

Dengan meletakkan sifat ADA kepada diri sendiri yang sebenarnya bersifat dengan sifat tiada akan melahirkan sifat Ke-Aku-an diri sendiri... Sifat ke-Aku-an diri ini adalah hawa nafsu yang secara tidak disedari telah dijadikan tuhan selain dari Allah sebab kita telah meletakkan segala sifat yang wajib bagi Allah kepada selain dari Allah (diri yang tiada tetapi telah dianggap ada kerana meletakkan sifat Ada yang hanya milik Allah kepada diri yang tiada...

Firman Allah
21.Surah Al-'Anbyā' (Verse 29)
وَمَن يَقُلْ مِنْهُمْ إِنِّي إِلَٰهٌ مِّن دُونِهِ فَذَٰلِكَ نَجْزِيهِ جَهَنَّمَۚ كَذَٰلِكَ نَجْزِي الظَّالِمِينَ

Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: "Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah", maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam; demikianlah Kami membalas golongan yang zalim.

Mengaku dan menganggap diri sendiri mempunyai ujud sendiri dengan secara tidak langsung dan secara yang tersembunyi telah berlaku seperti firman Allah

22.Surah Al-Ĥaj (Verse 62)
ذَٰلِكَ بِأَنَّ اللَّهَ هُوَ الْحَقُّ وَأَنَّ مَا يَدْعُونَ مِن دُونِهِ هُوَ الْبَاطِلُ وَأَنَّ اللَّهَ هُوَ الْعَلِيُّ الْكَبِيرُ

Bersifatnya Allah dengan kekuasaan dan luas ilmu pengetahuan itu kerana bahawasanya Allah, Dia lah sahaja Tuhan Yang Sebenar-benarnya, dan bahawa segala yang mereka sembah selain dari Allah itulah yang nyata palsunya. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

Secara tidak sedar kita telah meletakkan sifat yang wajib bagi Allah yang hanya milik Allah kepada diri sendiri (yang dianggap ada).... Yang sebenarnya ada itu adalah sifat Ada Allah yang sedang ditunjukkan sebagai tanda dan ayat yang sedang menerangkan wujud atau ada Allah...

YANG MENJADI MASALAH BESAR KEPADA KITA IALAH KITA TAK JUMPA JALAN UNTUK MENGHILANGKAN RASA ADA DIRI SENDIRI YANG TELAH LAMA MELEKAT DAN TELAH MENJADI DARAH DAGING.....

Selagi kita tidak bertemu jalan bagaimana nak menafikan atau menghilangkan rasa ada diri sendiri selagi itu kita kekal bertuhankan kepada keakuan diri (Aku diri sendiri yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan itu sifat yang wajib bagi Allah yang hanya milik Allah sahaja)...

Orang yang syirik kepada Allah dipanggil didalam Al-Quran sebagai orang musyrik...

39.Surah Az-Zumar (Verse 3)
أَلَا لِلَّهِ الدِّينُ الْخَالِصُۚ وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِن دُونِهِ أَوْلِيَاءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَىٰ إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ فِي مَا هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي مَنْ هُوَ كَاذِبٌ كَفَّارٌ

Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya", - sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik).

2.Surah Al-Baqarah (Verse 163)
وَإِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌۖ لَّا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الرَّحْمَٰنُ الرَّحِيمُ

Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

20.Surah Ţāhā (Verse 14)
إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي

"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.

21.Surah Al-'Anbyā' (Verse 25)
وَمَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلَّا نُوحِي إِلَيْهِ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدُونِ

Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu".

16.Surah An-Naĥl (Verse 2)
يُنَزِّلُ الْمَلَائِكَةَ بِالرُّوحِ مِنْ أَمْرِهِ عَلَىٰ مَن يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ أَنْ أَنذِرُوا أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاتَّقُونِ

Ia menurunkan malaikat membawa wahyu dengan perintahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya (yang layak menjadi Rasul); (lalu Ia berfirman kepada Rasul-rasul): "Hendaklah kamu menegaskan kepada umat manusia bahawa tiada Tuhan melainkan Aku. Oleh itu, bertaqwalah kamu kepadaku".

28.Surah Al-Qaşaş (Verse 88)
وَلَا تَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَٰهًا آخَرَۘ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۚ كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجْهَهُۚ لَهُ الْحُكْمُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

Dan janganlah engkau menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah. Tiada Tuhan melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Zat Allah. BagiNyalah kuasa memutuskan segala hukum, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.

28.Surah Al-Qaşaş (Verse 30)
فَلَمَّا أَتَاهَا نُودِيَ مِن شَاطِئِ الْوَادِ الْأَيْمَنِ فِي الْبُقْعَةِ الْمُبَارَكَةِ مِنَ الشَّجَرَةِ أَن يَا مُوسَىٰ إِنِّي أَنَا اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ

Maka ketika ia sampai ke tempat api itu, (kedengaran) ia diseru dari tepi lembah yang di sebelah kanan, di tempat yang dilimpahi berkat, dari arah pohon kayu (yang ada di situ): "Wahai Musa, sesungguhnya Akulah Allah Tuhan sekalian alam.