Pages

Memaparkan catatan dengan label Khusnul khatimah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Khusnul khatimah. Papar semua catatan

Rabu, 22 Mac 2017

Antara tanda mati husnul khatimah

Itu yang patut kita tanya diri kita, bagaimana ketika kita mengakhiri kehidupan kita nanti dalam 'husnul khatimah' ataupun 'su'ul khatimah.'

Pernahkah kita meminta supaya kita dimatikan dengan penutup yang baik 'husnul khatimah'?

Sebenarnya bukan kena minta sahaja tetapi kena buru dan kena cari. Kali ini kita bincangkan tanda-tanda mati husnul khatimah. Antara tanda mati husnul khatimah ialah:

1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga." (Hadis Riwayat Hakim)

2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: "Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya." (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas'ud)

3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

"Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur." (Hadis Riwayat Ahmad)

4. Mati syahid di dalam medan perang.

5. Mati dalam peperangan fisabilillah.

Rasulullah bersabda, maksudnya: "Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian?

Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.

Baginda bersabda: "Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit."

Kalangan sahabat kembali bertanya: "Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?"

Baginda menjawab: "Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid."(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)

6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:

Rasulullah bersabda, maksudnya: "Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim." (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)

7. Mati kerana tenggelam.

8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.

Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: "Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah." (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)

9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.

10. Mati terbakar.

11. Mati kerana penyakit busung perut.

Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu': "Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid." (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad)

12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).

Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: "Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid." (Hadis riwayat Thabrani)

13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. "Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa'i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

14. Mati dalam membela agama dan jiwa. "Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid."

15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur)."

16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah.

Sumber : tazkirah.yolasite.com

Jumaat, 4 April 2014

PILIHAN AKHIR KEHIDUPAN.


PILIHAN AKHIR KEHIDUPAN.

Pilihan akhir dari kehidupan setiap insan adalah "Kematian secara Khusnul Khatimah", namun tidaklah mudah untuk mengakhiri Kehidupan di-Dunia ini dalam Ketaqwaan kepada-Nya yang diamalkan secara terus menerus tanpa henti [Istiqamah]. 

Allah ber-Firman:

"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan "Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka tetap Istiqamah, maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka. Mereka itulah penghuni-penghuni Surga, mereka kekal didalamnya sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan". [Al-Aahqaaf 13-14].

“Hai orang-orang yang ber-Iman, ber-Taqwalah kepada Allah sebenar-benar Taqwa kepada-Nya”. [Ali-Imran 102].

Oleh sebab itu tetaplah menjalani semua Perintah-Nya serta menjauhlah dari segala Larangan-Nya yang termaktub dalam Al-Quran secara kontinyu & konsisten.

Allah ber-Firman:

"Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan juga orang yang telah ber-Taubat beserta kamu. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan". [Hud. 112].

Masih banyak orang yang belum mengerti makna dari Kehidupan ini, terlihat dari kegiatan sehari-harinya yang hanya mengejar Kehidupan Dunia seolah ia akan hidup selama-lamanya.

Allah ber-Firman:

"Sesungguhnya Kehidupan Dunia ini hanyalah kesenangan sementara dan sesungguhnya Akhirat itulah kehidupan yang kekal". [Al-Mu'min 39].

"Kesenangan di-Dunia ini hanya sebentar, dan Akhirat itu lebih baik untuk orang-orang yang ber-Taqwa”. [An-Nisaa 77].

Khusnul Khatimah adalah pilihan akhir dari kehidupan di-Dunia, yang mutlak ditentukan oleh diri sendiri, sehingga beruntunglah seseorang bila ia termasuk insan yang sibuk dalam mempersiapkan kematiannya, yang akan datang secara tiba-tiba. 

"Jangan sia-siakan kesempatan Dunia untuk mempersiapkan Akhirat". [BRH 2012].

Allah ber-Firman:

"Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan kematian seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan". [Al-Munaafiquun 11].

"Khusnul Khatimah bukan [hanya] diperoleh dengan Doa, namun dengan perjuangan". [BRH-2011].

Semoga kita semua mampu mempersiapkan kematian kita dengan sebaik-baiknya agar dapat mengakhiri Kehidupan di-Dunia ini dalam keadaan Khusnul Khatimah. Aamiin Yaa Rabbal'alaamiin. [BRH].

Selasa, 1 April 2014

Subhanallah! Guru Pondok Meninggal Dunia Pada Rakaat Pertama

Setiap orang semestinya mahu pengakhiran hidupnya dalam keadaan baik. Khusnul khatimah. Namun bagaimanakah kita mahu mencapai khusnul khatimah jika kita masih tidak beramal dengan segala perintah Allah SWT. Pada hari ini kita dikejutkan dengan satu berita apabila seorang hamba Allah SWT telah menghadap Ilahi dalam keadaan sedang bersolat.Melayukini.net difahamkan almarhum sedang solat Isya pada rakaat pertama, tiba-tiba ia rebah dan didapati meninggal dunia.
meninggal1
Pasir Mas: “Walaupun arwah penduduk negara jiran, namun dia selalu solat berjemaah di masjid ini. Saya terkejut arwah meninggal dunia ketika sedang solat di masjid ini.
“Saya lihat wajah arwah kelihatan tersenyum,” kata Samsuddin Yasin, 52, antara saksi seorang guru pondok meninggal dunia ketika solat Isyak pada rakaat pertama di Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra atau lebih dikenali sebagai Masjid Beijing di Rantau Panjang, di sini, kelmarin.
meninggal2
Dalam kejadian jam 8.45 malam itu, Mahama Jehma, 56, dari Kampung Weng, Thailand berkunjung ke Rantau Panjang untuk membeli-belah dan solat Isyak berjemaah di masjid berkenaan sebelum pulang ke kampungnya.
Ketika rakaat pertama, guru pondok itu rebah dan kemudian disahkan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung.
meninggal3
JEMAAH Masjid Beijing melihat anggota polis mengangkat jenazah Mahama yang meninggal dunia ketika solat Isyak, malam kelmarin.
Samsuddin yang juga Setiausaha Ahli Jawatankuasa (AJK) Pengurusan masjid itu berkata, kejadian berlaku ketika kira-kira 60 jemaah sedang solat Isyak pada rakaat pertama sebelum dia terdengar bunyi seperti benda jatuh.