Pages

Memaparkan catatan dengan label Nabi Adam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nabi Adam. Papar semua catatan

Selasa, 2 Mei 2017

Penciptaan Adam

MUJAHIDFILLAH:
*Penciptaan Adam*

عَنْ هَمَّامِ بْنِ مُنَبِّهٍ قَالَ هَذَا مَا حَدَّثَنَا بِهِ أَبُو هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرَ أَحَادِيثَ مِنْهَا وَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَلَقَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ آدَمَ عَلَى صُورَتِهِ طُولُهُ سِتُّونَ ذِرَاعًا فَلَمَّا خَلَقَهُ قَالَ اذْهَبْ فَسَلِّمْ عَلَى أُولَئِكَ النَّفَرِ وَهُمْ نَفَرٌ مِنْ الْمَلَائِكَةِ جُلُوسٌ فَاسْتَمِعْ مَا يُجِيبُونَكَ فَإِنَّهَا تَحِيَّتُكَ وَتَحِيَّةُ ذُرِّيَّتِكَ قَالَ فَذَهَبَ فَقَالَ السَّلَامُ عَلَيْكُمْ فَقَالُوا السَّلَامُ عَلَيْكَ وَرَحْمَةُ اللَّهِ قَالَ فَزَادُوهُ وَرَحْمَةُ اللَّهِ قَالَ فَكُلُّ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ عَلَى صُورَةِ آدَمَ وَطُولُهُ سِتُّونَ ذِرَاعًا فَلَمْ يَزَلْ الْخَلْقُ يَنْقُصُ بَعْدَهُ حَتَّى الْآنَ

Dari Hammam bin Munabbih berkata: Inilah yang diceritakan oleh Abu Hurairah kepada kami dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, ia menyebut beberapa hadis diantaranya:

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Allah Azza Wajalla menciptakan Adam seperti wujudnya, panjangnya enam puluh hasta.

Setelah menciptakannya, Allah berfirman: 'Pergilah lalu ucapkan salam pada mereka itu, mereka adalah kelompok malaikat yang tengah duduk lalu dengarkan jawaban mereka, itulah salammu dan salam keturunanmu."

Beliau bersabda: "Adam pergi lalu mengucapkan: 'ASSLAAMU'ALAIKUM ' Mereka menjawab: 'ASSALAAMU 'ALAIKA WA RAHMATULLAAH'."

Beliau bersabda: "Mereka menambahi: 'WA RAHMATULLAAH'." Beliau bersabda: "Setiap orang yang masuk syurga wujudnya seperti Adam, panjangnya enam puluh hasta dan setelahnya (Adam) saiz tubuh (manusia) terus berkurang hingga sekarang.

HADIS : MUSLIM(No.5075)
KITAB  : Syurga; Sifat Dan Penghuninya
BAB     : Penciptaan Adam
fb.com/Mujahidfillah1
http://telegram.me/Mujahidfillah

Khamis, 15 September 2016

KEJADIAN MANUSIA PERTAMA (NABI ADAM A.S)

Ciptaan Allah yang paling kontroversi atau paling disebut-sebut oleh makhluk Allah yang lain adalah penciptaan manusia pertama iaitu Nabi Adam A.S.

Peristiwa tersebut disebut dalam
Al-Qur'an apabila para malaikat mempersoalkan kejadian (manusia) sebagai khalifah atau pengganti di bumi.

Ketika Allah berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?.

Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya." (2:30)

Allah telah memerintahkan Malaikat Jibril turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanah sebagai bahan untuk menjadikan Adam.

Walau bagaimanapun, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil malah bersumpah dengan nama Allah yang dia tidak rela untuk menyerahkannya kerana kebimbangannya seperti yang dibimbangkan oleh para malaikat.

Jibril kembali setelah mendengar sumpah tersebut lalu Allah mengutuskan pula Malaikat Mikail dan kemudiannya Malaikat Israfil tetapi kedua-duanya juga tidak berdaya hendak berbuat apa-apa akibat sumpah yang dibuat oleh bumi.

Maka, Allah memerintahkan Malaikat Izrail untuk melakukan tugas tersebut dan menggesa agar tidak berundur walaupun bumi bersumpah kerana tugas tersebut dijalankan atas perintah dan nama Tuhan.

Maka, Izrail turun ke bumi dan mengatakan yang kedatangannya adalah atas perintah Allah dan memberi amaran kepada bumi untuk tidak membantah yang memungkinkan bumi menderhaka kepada Allah.

Menurut Ibnu Abbas, tanah bumi dan syurga digunakan untuk dijadikan bahan mencipta Adam. Tanah tersebut adalah:

Tanah Baitulmuqaddis - kepala sebagai tempat kemuliaan untuk diletakkan otak dan akal.
Tanah Bukit Tursina (Mesir) - telinga sebagai tempat mendengar dan menerima nasihat.
Tanah Iraq - dahi sebagai tempat sujud kepada Allah.
Tanah Aden (Yaman) - muka sebagai tempat berhias dan kecantikan.
Tanah telaga Al-Kautsar - mata sebagai tempat menarik perhatian.
Tanah Al-Kautsar - gigi sebagai tempat memanis-manis.
Tanah Kaabah(Makkah) - tangan kanan sebagai tempat mencari nafkah dan bekerjasama.
Tanah Paris (Perancis) - tangan kiri sebagai anggota untuk melakukan istinjak.
Tanah Khurasan (Iran) - perut sebagai tempat berlapar.
Tanah Babylon (Iraq) - kelamin sebagai organ seks dan tempat bernafsu serta godaan syaitan.
Tanah Tursina (Mesir) - tulang sebagai peneguh manusia.
Tanah India - kaki sebagai anggota berdiri dan berjalan.
Tanah Firdaus (Syurga) - hati sebagai tempat keyakinan, keimanan, dan kemahuan.
Tanah Taif (Arab Saudi) - lidah sebagai tempat untuk mengucapkan syahadah, syukur dan doa.

PENYEMPURNAAN TUBUH MANUSIA (NABI ADAM A.S.)
Tubuh Adam mempunyai sembilan rongga atau liang. Tujuh liang di kepala dan dua di bawah badan iaitu dua mata, dua telinga, dua hidung, satu mulut, satu dubur dan satu uretra.

Lima pancaindera dilengkapkan dengan anggota tertentu seperti mata untuk penglihatan, telinga untuk pendengaran, hidung untuk pengesanan bauan, lidah untuk perasa seperti masam, masin, manis dan pahit dan kulit untuk sentuhan bagi panas, sejuk, tekanan, kelikatan dan sakit.

Ketika Allah menjadikan tubuh Adam, tanah dicampurkan dengan air tawar, masin dan hanyir beserta api dan angin.

Kemudian Allah resapkan Nur ke dalam tubuh Adam dengan pelbagai "sifat". Lalu tubuh Adam digenggam dengan genggaman Jabarut dan diletakkan di dalam Alam Malakut.

Tanah itu dicampurkan lagi dengan istilah wangian dan ramuan dari Nur-Sifat Allah dan dirasmi dengan "Bahrul Uluhiyah".

Kemudian, tubuh tersebut dibenam dalam "Kudral 'Izzah" iaitu sifat "Jalan dan Jammal" lalu disempurnakan tubuh tersebut.

Waktu kejadian manusia tidak disebut berapa lama walaupun melalui apa cara perhitungan sekalipun seperti dalam al-Quran: "Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang dia (masih belum wujud lagi dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut..." (76:1)

Menurut keterangan ulama, tubuh Adam diselubungi dalam tempoh 120 tahun, 40 tahun di tanah yang kering, 40 tahun di tanah yang basah dan 40 tahun di tanah yang hitam dan berbau.

Dari situ, Allah ubah tubuh Adam dengan rupa kemuliaan dan tertutuplah dari rupa hakikatnya. Kerana proses kejadian itu yang melalui peringkat yang "kotor", tidak hairan Malaikat dan Iblis memandang rendah akan kejadian manusia yang dicipta dari tanah.

KEMASUKAN ROH KE DALAM TUBUH MANUSIA (NABI ADAM A.S)
Allah memerintahkan Roh untuk memasuki jasad Adam seperti makhluk lain. Roh juga enggan, malas dan segan kerana jasad yang seperti batu.

Dikatakan Roh berlegar-legar mengelilingi jasad Adam sambil disaksikan malaikat. Kemudian, Allah memerintahkan Malaikat Izrail memaksa Roh memasuki tubuh tersebut masuk ke dalam tubuh Adam.

Ia memasukkannya ke dalam tubuh dan roh secara perlahan-lahan masuk hingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun.

Setelah meresapi ke kepala Adam, maka berfungsilah otak dan tersusunlah urat saraf dengan sempurna. Lalu, terjadilah mata dan terus terbuka melihat tubuhnya yang masih keras dan malaikat di sekelilingnya.

Telinga mulai berfungsi dan didengarnya kalimah tasbih para malaikat. Apabila Roh tiba ke hidung, lalu ia bersin dan mulutnya juga terbuka.

Allah mengajarkan kalimah "Alhamdulillah" yang merupakan kalimah pertama diucapkan Adam dan Allah sendiri yang membalasnya.

Kemudian, Roh tiba ke dadanya lalu Adam berkeinginan untuk bangun padahal tubuhnya yang bawah masih keras membatu. Ketika itu ditunjukkan sifat manusia yang terburu-buru.

Ketika Roh sampai di perut, maka organ dalam dan perut tersusun sempurna dan saat itu Adam mula merasakan lapar.

Akhirnya, Roh meresap ke seluruh tubuh Adam, tangan dan kaki dan berfungsilah dengan sempurna segala darah daging, tulang, urat saraf dan kulit.

Menurut riwayat, kulit Adam amat baik ketika itu berbanding kulit manusia di kini dan warnanya masih dapat dilihat di kuku sebagai peringatan kepada keturunan manusia.

Dengan itu, sempurnalah sudah kejadian manusia pertama iaitu Adam & digelar sebagai "Abul Basyar" iaitu Bapa Manusia.

Walau bagaimanapun, hanya Nabi Muhammad S.A.W. mendapat gelaran "Abul Ruh" atau "Abul Arwah" iaitu Bapa segala Roh.

Ahad, 15 Mei 2016

4 kemuliaan umat Nabi Muhammad SAW yang tidak diberikan kepada Nabi Adam a.s

Disebutkan bahawa Nabi Adam AS telah berkata, "Sesungguhnya Allah SWT telah memberikan kepada umat Muhammad SAW empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku :

Pertama : Taubatku hanya diterima di Kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad SAW diterima disebarang tempat oleh Allah SWT.

Kedua : Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah SWT, maka Allah SWT telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad SAW membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah SWT memberi mereka pakaian.

Ketiga : Ketika aku telah berderhaka kepada Allah SWT, maka Allah SWT telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad SAW berbuat derhaka, Allah SWT tidak memisahkan isteri mereka.

Keempat : Memang benar aku telah derhaka kepada Allah SWT dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad SAW durhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah SWT.

Rabu, 4 Jun 2014

KELEBIHAN UMAT RASULULLAH SAW MENURUT PANDANGAN NABI ADAM AS

KELEBIHAN UMAT RASULULLAH SAW MENURUT PANDANGAN NABI ADAM AS.....
Disebutkan bahawa Nabi Adam as telah berkata. " Sesungguhnya Allah swt telah memberikankepada umat Muhammad saw empat kemuliaan yang tidak diberikan kepada ku."....
Taubat ku hanya diterima di Kota Makkah sementara taubat umat Nabi Muhammad saw diterima disebarang tempat oleh Allah swt.
Pada mulanya aku berpakaian tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah swt maka Allah telah menjadikan aku telanjang...

Umat Muhammad saw membuat derhaka dengan telanjang tetapi Allah memberikan mereka pakaian.

Ketika aku telah derhaka kepada Allah swt maka Allah telah memisahkan aku dengan isteri ku....tetapi umat Muhammad saw berbuat derhaka....Allah swt tidak memisahkan isteri mereka.
Memang benar aku telah derhaka kepada Allah swt dalam Syurga dan aku dikeluarkan dari Syurga....tetapi umat Muhammad derhaka kepada Allah swt akan dimasukkan kedalam Syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah.
Shollu 'alan Nabi.....

Selasa, 6 Mei 2014

KENALI ASAL USUL KEJADIAN NABI ADAM

KENALI ASAL USUL KEJADIAN NABI ADAM
Berkata Imam Ats-Tsa’labi Bahawa Ketika Allah Ta’ala Hendak Menciptakan Adam Dari Tanah, Terlebih Dahulu Allah Mengkhabarkan Kepada Bumi: 
“Hai Bumi, Aku Akan Ciptakan Manusia Dari SaripatiMu. Sebahagian Mereka Ada Yang Taat Kepada-Ku Dan Sebahagian LainNya Durhaka Kepada-Ku. Siapa Yang Taat Kepada-Ku Maka Akan Aku Masukkan Dia Ke Dalam Syurga-Ku, Dan Siapa Yang Durhaka Kepada-Ku Akan Aku Masukkan Dia Ke Dalam Neraka-Ku”.
Kemudian Allah Ta’ala Mengutus Kepada Malaikat Jibril Untuk Turun Ke Bumi Mengambil Segenggam Tanah. Ketika Malaikat Jibril Hendak Mengambil Sebahagian Tanah Itu, Bumi Menolak Dan Bersumpah: 
”Demi Allah, Aku Berlindung Kepada-Mu Dari Utusan-Mu, Agar Engkau Tidak Mengambil Sebahagian Dari Kami Jika Nantinya Akan Menjadi Penghuni Neraka”. 
Kerana Sumpah Itu, Akhirnya Malaikat Jibril Membatalkan Niat Untuk Mengambil Tanah Itu Dan Melaporkan Kejadian Tersebut Kepada Allah Ta’ala. Kemudian Allah Ta’ala Menyuruh Malaikat Mikail Untuk Mengambilnya. Bumi Bersumpah Lagi Dan Malaikat Mikail Pun Tijdak adi Mengambil Tanah Itu.
Kemudian Allah Ta’ala Menyuruh Malikat Izrail Pula Mengambil Tanah Itu. Ketika Malaikat Izrail Turun Ke Bumi, Ia Langsung Memukul Bumi Dengan PedangNya Dan Bumi Pun Bergetar Ketakutan. 
Lantas Malaikat Izrail Pun Mencabut Tanah Segenggam. Tanah Yang Diambil Oleh Malaikat Izrail Berasal Dari Tanah Yang Beragam Dan Di Ambil Satu Genggam : Tinggi Rendahnya (Mula Dari Tanah Dataran Tinggi Dan Dataran Rendah); Sifatnya (Dari Tanah Liat Dan Tanah Gembur); Warnanya (Ada Yang Hitam Dan Putih); Dan Penjurunya (Ada Yang Dari Bumi Paling Barat, Timur, Utara Dan Selatan).
Sepertimana Sabda Nabi SAW : “Sesungguhnya Allah Ta’ala Menciptakan Adam AS Dari Segenggam Tanah Dari Seluruh Penjuru Bumi, Maka Kemudian Manusia Pun Seperti Itu, Yakni Ada Yang Baik Dan Ada Yang Buruk, Lemah Lembut Kasar, Senang, Sedih Dan Lainnya” (HR Tirmidzi - Hadis Marfu’)
Kemudian Tanah Itu DiBawa Menghadap Allah Ta’ala. Lalu Allah Ta’ala Berfirman Kepada Malaikat Izrail: “Mengapa Engkau Tidak Mengikuti SumpahNya (Bumi) ? 
Jawab Malaikat Izrail: ”Perintah-Mu Lebih Aku Ikuti Dan Aku Takuti Daripada SumpahNya”. Kemudian Allah Ta’ala Berfirman: “Engkaulah Malaikat Pencabut Nyawa (Malakul Maut)”
Ketika Malaikat Izrail Mengambil Paksa (Mencabut) Sebahagian Dari Bumi, Bumipun Menangis Merasa Kehilangan. Kemudian Allah Ta’ala Berfirman Kepada Bumi : “Sesungguhnya Kelak Akan Aku Kembalikan Kepadamu Apa Yang Aku Ambil DariMu Itu.” 
Dalam Surah Thaha : 55 - Allah Ta’ala Berfirman: “Dari Bumi (Tanah) Kami Jadikan Kamu Dan KepadaNya Kami Akan Kembalikan Kamu Dan DaripadaNya Kami Akan Keluarkan Kamu Pada Kali Yang Lain’.
Kemudian Allah Ta’ala Menyuruh Malaikat Izrail Membawa Tanah Itu Ke Syurga Agar DiSerahkan Kepada Malaikat Ridhwan (Penjaga Syurga).
Kecuali Tanah Warna Putih. Untuk Tanah Putih Ini Allah Ta’ala Menyuruh Malaikat Jibril Yang Menyerahkannya Kepada Malaikat Ridhwan. 
Dari Tanah Putih Ini Allah Ta’ala Ciptakan Para Nabi. Lantas Allah Ta’ala Menyuruh Malaikat Ridhwan Untuk Mencampur Tanah Itu Dengan Air Tasnim Sampai Jadilah Sebuah Cairan Tanah Yang Sangat Besar.

PROSES PEMBENTUKAN JASMANI
Setelah Tanah Tadi Menjadi Cairan, Kemudian Malaikat Jibril DiPerintah Oleh Allah Ta’ala Agar Cairan Itu Didiamkan Melalui Tiga Tahap. 
TAHAP 1 - DiDiamkan Selama 40 Tahun Sampai Akhirnya Menjadi Tanah Liat (Thin Laazib). Inilah Yang Allah Ta’ala Sebutkan Dalam Surah As-Shaffat : 11 - “Sesungguhnya Kami Telah Menciptakan Mereka Dari Tanah Liat”. 
TAHAP 2 - DiDiamkan Lagi Selama 40 Tahun Sampai Menjadi Tanah Kering Yang Berbentuk Manusia (Shalshal). Ini Yang Allah Ta’ala Sebutkan Dalam Surah Al-Hijr : 28 - “Dan (Ingatlah), Ketika Tuhanmu Berfirman Kepada Para Malaikat: "Sesungguhnya Aku Akan Menciptakan Seorang Manusia Dari Tanah Liat Kering (Yang Berasal) Dari Lumpur Hitam Yang Diberi Bentuk”. 
TAHAP 3 - DiDiamkan Kembali Selama 40 Tahun Dalam Posisi Telentang Di Jalanan Tempat Lalu-Lalangnya Para Malaikat Naik Dan Turun Dari Langit Ke Bumi.
Menurut Ibnu Abbas RA: Pada Suatu Ketika, Iblis Melewati Tanah Berbentuk Nabi Adam Itu. Tiba-Tiba Iblis Menampar Perut Nabi Adam Hingga Berbekas. Sampai Akhirnya Jadilah Wujud Nabi Adam AS Dengan Sempurna, Tinggi 60 Dzira’ Dan Lengkap Dengan Anggota Tubuhnya Namun Belum DiBeri Ruh.
Menurut Imam Ats-Tsa’labi : Selama Dalam Tahapan Ketiga, Allah Ta’ala Menghujaninya Dengan Dua Macam Hujan: Selama 40 Tahun Berupa Hujan Kesedihan Dan Satu Tahun Berupa Hujan Kesenangan. Menurut Abu Musa Al-Asy’ari: 
Ketika Allah Ta’ala Menciptakan Qubul Nabi Adam, Allah Ta’ala Telah Berfirman: “Sesungguhnya Ini Adalah Amanat-Ku Pada Dirimu. Jangan Sekali-Kali Engkau Tempatkan Ini Kecuali Pada Haqnya”.

PROSES PENIUPAN RUH
Setelah Jasad Nabi Adam AS Sempurna, Maka Allah Ta’ala Meniupkan Ruh KepadaNya. Sepertimana Tersebut Dalam Surah Al-Hijr : 28 - “Maka Apabila Aku Telah Menyempurnakan Kejadiannya Dan Telah Meniupkan Kedalamnya Ruh (Ciptaan)-Ku, Maka Tunduklah Kamu Kepadanya Dengan Bersujud.”
Berkata Imam Azizi : Roh Pertama Kali DiTiupkan Ke Tubuh Nabi Adam AS Pada Hari Jumaat Siang. Roh DiTiupkan Ke Tubuh Nabi Adam AS Melalui Kepala, Yakni Ubun-Ubun. 
Dalam Suatu Riwayat : Allah Ta’ala Mewahyukan Kepada Roh Agar Masuk Ke Tubuh Nabi Adam AS Melalui Kepala Namun Roh Menolaknya. Akhirnya Allah Ta’ala Memaksanya Dan Akhirnya Roh Pun Masuk Dengan Terpaksa. Kemudian Allah Ta’ala Berfirman Kepada Roh : 
“Seandainya Engkau Masuk Dengan Mudah Niscaya Engkau Akan Keluar Dengan Mudah (Tanpa DiCabut), Maka Masuklah Dengan Terpaksa Dan Keluarlah Dengan Terpaksa ” .
Di Ubun-Ubun, Roh Berputar-Putar Selama 100 Tahun Didalamnya. Kemudian Roh Tersebut Pun Turun Ke Kedua Belah Mata, Nabi Adam AS Pun Langsung Mampu Melihat. 
Lalu Roh Turun Pula Ke Rongga Hidung Dan Nabi Adam Langsung Dapat Mencium Udara Dan Terus Bersin. Lantas Roh Itu Pula Turun Ke Mulut Dan Lidah. Saat Itu Pula Allah Ta’ala Mewahyukan Kepada Nabi Adam AS Doa Pujian Dan Nabi Adam Langsung Mengucapkan : 
“Alhamdu Lillaahi Robbil ‘Aalamiin” (Segala Puji Bagi Allah Tuhan Semesta Alam). Kemudian Allah Menjawabnya : “Yarhamuka Robbuka Ya Adam, Haadzaa Laka Wadzurriyyatika” (Semoga TuhanMu MerahmatiMu Wahai Adam, Ini Buatmu Dan Anak Cucumu).
Kemudian Roh Turun Pula Ke Dada. Dalam Satu Riwayat : Ketika Roh Masuk Ke Bahagian Tubuh, Lantas Nabi Adam AS Menyaksikan Langsung Perubahan Tubuhnya Sendiri Yang Mulanya Berupa Tanah Tiba-Tiba Berubah Dengan Sendirinya Menjadi Daging Lengkap Dengan Kulit, Tulang, Otot, Urat Dan Darah. Kemudian Roh Turun Lagi Ke Lutut.
Dan Seketika Itu Nabi Adam AS Bernafsu Dan TerBuru-Buru Hendak Berdiri Dan Berjalan Tetapi Dia Tidak Kuasa. 
Ketika Roh Sudah Sampai Ke Seluruh Jasad, Maka Jadilah Manusia Sempurna Dan Langsung Berdiri Serta Bergerak Meliuk-Liukkan Badannya.Berkata Al-Hafidz Ismail As-Suda : Dalam Sehari-Semalam (24 Jam) Adalah Nabi Adam AS Bernafas Sebanyak 30,000 Kali Atau 1,292 Kali Setiap Satu Jam.