Pages

Memaparkan catatan dengan label hakikat solat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hakikat solat. Papar semua catatan

Isnin, 3 Julai 2017

Rukun dan Hukum Sembahyang

Rukun dan Hukum Sembahyang


DI SEBALIK FARDU SEMBAHYANG
Siapa Sebenarnya Yang Bersembahyang?
Tuan-tuan yang dirahmati Allah S.W.T sekalian. Semua orang boleh dan semua orang tahu menunaikan atau mengerjakan rukun sembahyang (rukun 13) dengan taat. Sayangnya, tidak ramai di kalangan kita yang tahu mengerjakan sembahyang. Perkara mengerjakan sembahyang dengan perkara mengerjakan rukun 13 sembahyang itu, adalah suatu perkara yang berbeza dan suatu perkara yang berlainan (sembahyang dengan rukun sembahyang itu berbeza). Perkara sembahyang dan perkara rukun sembahyang, akan kita bicarakan pada tajuk di bawah nanti. Dalam bab ini, mari kita tumpukan perhatian kepada perkara, siapakah yang sebenar-benar bersolat?
Perlu diingatkan di sini bahawa sebelum kita mendirikan sembahyang (solat), hendaklah terlebih dahulu kita mengetahui siapakah sebenar-benarnya yang bersembahyang? Untuk menentukan siapakah yang bersolat, hendaklah kita mempelajari terlebih dahulu perkara seperti berikut:
1) Sembahyang sebelum sembahyang (solat sebelum solat atau fardu sebelum fardu)
2) Sembahyang semasa sembahyang (solat semasa solat atau fardu di dalam fardu)
3) Sembahyang sesudah sembahyang (solat sesudah solat atau fardu sesudah fardu)
Sesudah kita benar-benar tahu akan ketiga-tiga perkara di atas, barulah boleh dikatakan yang kita ini benar-benar sembahyang. Barang siapa yang berhajat untuk mengetahuinya, mari kita sama-sama ikut pelayaran ilmu ini bersama saya. Pelayaran melalui bahtera makrifat itu, adalah pelayaran bahtera ilmu yang selalu menempuh gelombang fitnah, tiupan angin sesat yang kencang dan gelora tuduhan salah yang boleh mendatangkan maut dan karam. Gelora fitnah di lautan ilmu makrifat ini, selalunya tidak pernah sepi. Namun, barang siapa yang tahan dengan gelombang, gelora serta ombak lautan fitnah makrifat, ayuh mari kita sama-sama mengembara.
Sebelum kita berlayar di lautan fitnah ini, terlebih dahulu saya ingin mengajukan beberapa persoalan kepada tuan-tuan, siapakah yang bersolat sebelum kita solat? Siapakah terlebih dahulu mengerjakan sembahyang, sebelum tuan-tuan bersembahyang? Bolehkah solat kita itu, dibuat-buat sendiri, ditetapkan, dikerjakan atau diperlakukan dengan kuasa diri kita sendiri?
Bolehkah kita berkuasa untuk berdiri mengerjakan solat, jika tidak “terlebih dahulu didirikan”? Siapakah yang mendirikan kaki tuan-tuan, sebelum tuan-tuan berdiri, siapakah yang mendatangkan gerak sebelum tuan-tuan bergerak untuk bersembahyang? Siapakah yang menetapkan tuan-tuan untuk mengerjakan sembahyang? Cuba jawab dengan ikhlas, bolehkah kaki kita ini berdiri tanpa didahulukan oleh berdirinya Allah S.W.T? Bolehkah kita berniat, sebelum diniatkan terlebih dahulu oleh Allah S.W.T? Bolehkah kita rukuk, sebelum terlebih dahulu dirukukkan oleh Allah S.W.T? Siapakah yang memulakan pekerjaan sembahyang, jika tidak dimulai oleh Allah.
Adakah kuasa sembahyang itu, kita? Adakah yang memulai sembahyang itu, kita? Adakah yang rukuk itu, kita? Adakah yang sujud itu, kita? Cuba jawab, mana kuasa, mana kudrat dan mana kehendak serta kemahuan kita? Jika tidak digerakkan, dimulai dan jika tidak bermula dengan kudrat dan iradat Allah. Jika tidak dengan kehendak, kemahuan dan cita rasa kudrat dan iradat Allah, bolehkah kita bersembahyang?
Sebelum kita bersembahyang, sebenarnya Allah S.W.T telah terlebih dahulu mendirikan sembahyang kita di Luh Mahfuz. Sebelum kita beranak atau sebelum kita dilahirkan ke dunia ini, sebenarnya kita telah pun didirikan oleh Allah S.W.T untuk bersembahyang. Berdirinya kita untuk bersembahyang, sebenarnya adalah berdiri yang telah Allah S.W.T dirikan. Kita sebenarnya telah ditetapkan oleh Allah S.W.T untuk mendirikan sembahyang, semasa di dalam kitab Luh Hul Mahfuz. Allah S.W.T telah terlebih dahulu mendirikan kita untuk bersolat, semasa di alam sebelum kita dilahirkan, Allah S.W.T sudah mendirikan kita sembahyang, semasa di dalam perut ibu lagi.
Jika tidak ditetapkan oleh Allah S.W.T di dalam Luh Hul Mahfuz, masakan kita boleh berdiri sembahyang. Pekerjaan sembahyang yang kita laksanakan itu, adalah pekerjaan yang telah siap dikerjakan oleh Allah S.W.T, sedari di alam Luh Hul Mahfuz. Perbuatan kita itu, sebenarnya bukan atas ketetapan atau kerajinan kita. Kita hanya mengikut garis yang telah Allah S.W.T tetapkan sedari dahulu. Kita hanya lalu, hanya ikut dan hanya turuti apa yang telah ditetapkan olehNya.
Kita hanya ikut apa yang sudah Allah S.W.T tetapkan. Pekerjaan sembahyang yang kita dirikan itu, bukan pekerjaan baru atau bukan perbuatan baru, ianya telah sedia ada di dalam kitab Luh Hul Mahfuz. Kita ini, hanya ajuk atau hanya sekadar melakonkan semula skrip yang telah disiapkan oleh Allah S.W.T. Kita seolah-olah melakukan pekerjaan yang telah siap dikerjakan oleh orang lain. Apakah boleh kita mengaku yang sembahyang itu kita punya? Apakah boleh kita mengaku yang mengerjakan sembahyang itu, kita? Cuba jawab.
Kuasa kaki untuk berdiri sembahyang milik orang. Kehendak untuk berniat sembahyang, milik orang. Yang menggerakkan solat, milik orang. Setelah semua seisi solat itu, milik orang, mana yang dikatakan bersolat itu kita. Cuba jawab?
Saya ingin bertanya kepada tuan-tuan semua, adakah diri tuan-tuan itu, masih bersifat ada? Tidakkah sifat ada itu, hanya bagi Allah S.W.T? Bilamana Allah S.W.T bersifat ada dan tuan-tuan juga bersifat ada, tidakkah telah ada dua sifat wujud? Menduakan sifat Allah S.W.T itu, hukumnya syirik. Barang siapa yang menduakan Allah S.W.T, dosanya tidak akan diampun olehNya?
Sekiranya tuan-tuan sudah tidak ada, siapakah yang mengerjakan sembahyang? Hendak kata kita ada, bermakna kita telah menduakan sifat Allah S.W.T. Hendak kata tidak ada, yang membaca tulisan saya ini siapa? Hendak kata ada, salah dan hendak kata tidak ada pun salah. Hendak kata ada, seperti tidak ada dan hendak kata tidak ada, seperti ada. Bagaimanakah kesudahannya pegangan kita? Adakah kita perlu beriktikad seperti mana biskut Chipmore, sekejap ada dan sekejap tidak ada? Cuba jawab.
Siapakah sebenar-benarnya yang bersifat ada? Apakah yang ada itu, kita atau yang ada itu Allah S.W.T ataupun kedua-duanya dan adakah sekejap ada kita atau sekejap ada Allah S.W.T? Siapakah yang hendak mengerjakan sembahyang, sekiranya diri kita sudah tidak ada? Sekiranya tidak ada, ke mana perginya diri kita? Sekiranya kita mengaku bahawa diri kita ada dan Allah S.W.T juga ada, bermakna sudah kita adakan dua sifat Allah S.W.T. Di mana tempat duduknya iktikad kita? Beriktikad itu, biarlah putus. Jangan main sekejap ada sekejap tidak ada.
Bagi mendirikan sembahyang itu, hendaklah dengan mengunakan anggota kaki. Sekiranya tidak berkaki, bagaimana hendak berdiri? Siapakah pemilik anggota kaki kita?. Dalam geran asal (dalam rekod kad pendaftaran yang asal), siapakah sebenarnya yang menjadi pemilik asal yang sah kepada anggota kaki kita, cuba jawab?
Kaki siapa yang kita guna untuk berdiri? Cuba jawab. Tentu tuan-tuan takut hendak menjawab bahawasanya kaki itu, kaki Allah S.W.T. Mana mungkin Allah S.W.T ada kaki? Jika bukan kaki kita dan bukan kaki Allah S.W.T, kaki siapakah yang kita pakai? Itu baru pertanyaan tentang anggota kaki, bagaimana pula dengan anggota-anggota kita yang lain. Apakah masih ada lagi kepunyaan kita? Jika anggota itu bukan kepunyaan dan bukan milik kita, siapakah yang berdiri untuk bersolat? Kaki siapa, tangan siapa dan tubuh siapa yang bersolat? Sebelum, semasa dan sesudah itu, tidak sedikitpun tubuh kita ini milik kita, melainkan segalanya milik Allah. Setelah segalanya milik Allah, jadi siapakah yang bersolat?
Inilah yang hendak kita perhatikan, hendak kita tilik dan hendak kita amati betul-betul sebelum mengerjakan solat, supaya solat kita itu dikerjakan dengan kaedah yang betul (benar), tidak salah atau dikerjakan dengan cara sebenar-benar mengikut yang dikehendaki oleh solat, bukan hanya sekadar mengerjakan perbuatan sembahyang (mengerjakan perbuatan rukun 13).
Mari saya sebut lagi sekali, sekiranya segala anggota tubuh badan (diri) kita ini adalah hak kepunyaan Allah dan hak milik Allah, apakah lagi yang berbaki untuk kita, yang tersisa dan yang tertinggal untuk kita? Di sini bererti bahawa segala jasad tubuh badan kita ini, adalah milik Allah, sekiranya segalanya milik Allah, bererti sebesar zarah sekalipun, tidak ada hak kita, tidak ada milik kita dan tidak ada kepunyaan kita. Dengan itu, saya berseru kepada semua muslimin dan muslimat yang di luar sana, agar insaflah, sedarlah dan percayalah dengan sebenar-benar yakin bahawa sebenar-benar diri, sebenar-benar milik kita, kepunyaan kita itu, sebenarnya tidak ada. Yang ada, yang wujud dan yang maujud itu, adalah hanya Allah, hanya Allah dan hanya Allah.
Bahawa sesungguhnya wal awalluwal akhiruwal zahiru dan wal batinu itu, adalah Allah. Setelah segalanya telah kembali kepada Allah, manakah lagi adanya diri kita? Itulah sebabnya yang dikatakan berdiri kiam semasa berdiri solat itu, adalah dikatakan berdiri kiam (berdiri mati). Kiam itu, adalah bererti mati. Bila saja kita berdiri solat, itu adalah bererti kita berdiri mati atau bermaksud kita mati.
Semasa berdiri untuk bersolat itu, bererti diri kita sudah mati, iaitu hendaklah dimatikan diri kita atau diserah kembali diri kita kepada Allah. Setelah segalanya telah kita serah kepada Allah, itulah yang dimaksudkan dengan perkataan kiam (mati). Kiamkan dirimu di kala bersolat itu, adalah bererti hendaklah kita matikan diri di kala bersolat. Setelah kita berdiri kiam atau berdiri mati, mana mungkin ada lagi gerak kita. Seandainya kita masih mengaku kita yang bergerak (mengerjakan solat), bererti kita masih hidup, sedangkan makna, maksud atau erti perkara berdiri kiam itu, adalah merujuk kepada maksud “berdiri mati”. Bilamana berdiri mati, bererti kita mati, setelah kita mati, jadilah segala perbuatan solat itu, bukan lagi dikatakan kita, melainkan segalanya adalah kudrat dan iradat Allah. Untuk lebih jelas, mari kita ikuti bab di bawah.
RUKUN DAN HUKUM SEMBAHYANG
Selain dari rukun 13, sembahyang itu ada hukumnya. Hukum sembahyang itu ada 3 perkara, iaitu seperti berikut:
1) Hukum Fekli
2) Hukum Qauli
3) Hukum Qalbi
Di sini tidak bertujuan untuk kita membicarakan soal rukun 13, kerana rata-rata di antara kita kebanyakannya sudah maklum dan sudah mengerti perkara rukun 13. Mari kita guna ruangan yang terhad ini, untuk memberi lorong kepada “hukum sembahyang” dalam tafsiran ilmu makrifat.
1) Hukum Fekli
Soalan:
Apakah maksud, makna atau erti hukum fekli?
Jawapan:
Makna, maksud atau eri hukum fekli itu, adalah perkara “perbuatan” dalam solat. Persoalan perbuatan atau gerak geri dalam sembahyang itu, semua orang tahu dan semua orang mengerti untuk melakukannya. Seumpama berdiri, takbir, rukuk, sujud dan sebagainya itu, adalah dikenali sebagai perbuatan sembahyang. Apa yang kita lakukan di ketika bersolat itu, itulah yang dikatakan hukum fekli atau perbuatan sembahyang. Perbuatan sembahyang itu, adalah suatu perbuatan atau pekerjaan gerak tubuh yang boleh dilakukan oleh siapa sahaja, tidak kira kanak-kanak, dewasa, orang tua, oleh bangsa lain atau yang boleh dilakukan oleh agama-agama lain. Jika boleh diberi markah, boleh dikatakan semua di antara kita lulus dengan markah 100 persen.
2) Hukum Qauli
Soalan:
Apakah maksud, makna atau erti hukum qauli?
Jawapan:
Hukum qauli itu, adalah bermaksud, bermakna dan bererti bacaan, iaitu bacaan surah-surah atau ayat-ayat suci Al-Quran. Barang siapa yang hafal surah Al-Fatihah, sekalipun surah-surah lazim, ianya sudah memadai untuk dibuat sembahyang. Dihafal bacaan rukuk, iktidal, sujud, antara dua sujud, tahayat dan salam, ianya sudah memadai untuk dibaca ketika dalam bersolat. Jika boleh diberi markah, boleh dikatakan semua di antara kita lulus dengan markah 100 persen.
3) Hukum Qalbi
Soalan:
Apakah maksud, erti dan makna hukum qalbi?
Jawapan:
Hukum qalbi itu, adalah bererti, bermakna dan bermaksud bahawa solat itu bukan sahaja tertakluk kepada perbuatan dari anggota tubuh atau bacaan dari anggota bibir sahaja. Bersolat (bersembahyang) dengan hukum qalbi itu, adalah bersembahyang yang berserta dengan perbuatan batin dan bacaan batin. Berniat dengan batin (rohani), berdiri dengan batin (rohani), bertakbir dengan batin (rohani), rukuk dan sujud dengan batin (rohani). Perbuatan (pergerakan) zahir itu, hendaklah juga berserta, bersama dan bergandingan dengan perbuatan (pergerakan) batin (perbuatan rohani). Persoalannya di sini, manakah yang dikatakan mulut rohani, tangan rohani dan manakah yang dikatakan kaki rohani? Manakah yang dikatakan perbuatan atau pergerakan rohani?
AKAN DI JAWAB DI DALAM KITAB YANG KE-6 YANG AKAN TERBIT TIDAK BERAPA LAMA LAGI
Soalan:
Hukum qalbi itu, terbahagi kepada berapa peringkat?
Jawapan:
Hukum qalbi itu, terbahagi kepada tujuh peringkat, tujuh bahagian atau tujuh tangga. Bahagian, peringkat atau tangga itu, adalah terdiri daripada perkara:
1) Qosad
2) Takrukh
3) Takyin
4) Ehram
5) Mikraj
6) Munajat
7) Tabdi

Isnin, 16 Mei 2016

Hanya Tuhan yg tahu bahwa engkau benar-benar shalat

Seorang guru sufi bertanya kepada murid muridnya: "Jika engkau berada sendirian dalam sebuah ruangan, tak ada orang lain, lalu engkau shalat, siapa sajakah yg mengetahui bahwa engkau shalat?"

Seorang Murid menjawab: "Hanya Tuhan dan aku yg tahu".
Murid yang lain menjawab: "Hanya Tuhan, Malaikat, dan aku yg tahu"

Sang guru menjawab: "Semuanya salah. Jawabannya Hanya Tuhan yg tahu bahwa engkau benar-benar shalat. Hilangkanlah sifat keaku-akuan didalam dirimu dan sifat merasa diri dalam pengabdianmu kepada-Nya. Dua sifat itu yg akan membuatmu merasa puas atau bangga terhadap ibadah yg kau lakukan, padahal hakikat pengabdian itu tidak begitu"

Kemudian beliau melanjutkan: "Ketika engkau melaksanakan shalat, engkau harus menganggap bahwa engkau belum shalat. Itu akan membuatmu terus mengabdi kepada-Nya tanpa henti. Siapakah yg tahu bahwa hatimu benar-benar shalat? engkau atau Dia?"

Jadi Tujuan Sholat ialah mengabdi padaNya.

Arrya Sufi :
"ketika engkau menyucikan Tuhan dengan puji-pujianmu dalam ibadah, dan ketika engkau memuji Tuhan dengan kalimat-kalimat suci, sebenarnya Tuhan tidaklah menjadi suci, karena Dia Yang Maha Suci, engkaulah yang menjadi suci"

Wallahu a'lam

Pak habeb

Selasa, 30 September 2014

Kenali Allah Sebelum Solat

Assalamualaikum…Salam persaudaraan dari penulis untuk semua kepada saudara pembaca sekelian.. tujuan saya wujudkan laman ini adalah untuk berkongsi dan berbagi ilmu pengetahuan andai apa yang ada pada saya atas kurnian dari “ALLAH” dapat di manfaat-kan sama-sama, bukan bermaksud untuk menunjuk-nunjuk. Bukan-kah Nabi S.A.W pernah bersabda:
Sebaik-baik manusia itu adalah yang banyak memberi manfaat kepada manusia lain.
Di dalam Al-Qur’an “ALLAH” S.W.T Juga berfirman ( QS:-Al- Asr:-
“ Watawa tsaubil haq, watawa tsaubil tsobri”) (“Berpesan-pesan lah kamu dengan kebenaran…Berpesan-pesan lah kamu dengan kesabaran”). Kebenaran dari Risalah ketuhanan dan sabar di dalam menyebarkan risalah-nya.
Mengapa kita perlu mengenal Allah sebelum solat..? Apakah jika tidak kenal Allah maka tidak boleh solat..? Bagaimana jika orang yang solat selama ini jika tidak kenal pada Allah..? Solat itu tetap wajib di jalankan, hanya apabila solat sudah di tingkatkan dengan mengenal akan ALLAH maka barulah itu di katakan benar-benar solat dan benar-benar menyembah. 

Bukankah solat itu suatu hal yang pertama akan di hitung pada hari  “Yaumul Mahsyar”  kelak. Kita akan di persoalkan tentang kepada siapa kita sembah, dan kepada siapa kita sujud. Membincangkan soal kepada siapa kita sembah kepada siapa kita sujud sudah tentu saudara pembaca semua menganggap penulis memperkotak-katikan soal agama, tetapi itu adalah hakikat Solat itu sendiri. Arwah guru penulis pernah berkata kepada penulis..
(“ Syaria’t tanpa hakikat tidak sempurna..hakikat tanpa syari’at tidak sah”)
Bagaimana yang dikatakan kenal Allah sebelum solat..? Jika di zaman jahiliah dahulu para Nabi bertanggungjawab mengajak kaumnya beriman kepada Allah.. manakala Rasul sejak zaman Baginda Nabi Adam a.s sehingga ke Rasul pilihan akhir zaman pula baginda bertanggungjawab mengajak kaum dan umatnya beriman kepada Sang pencipta yang Maha Agung yakni Allah S.W.T. Dan seterusnya menyebarkan risalah ketuhanan untuk menyempurnakan aqidah supaya menjadi manusia yang bertamadun.
Bagaimana pula di zaman kita..? Di zaman kita pula datuk dan nenek moyang kitalah yang bertanggungjawab memberitahu kepada (Kaum ) yakni keturunannya tentang kepada kepada siapa kita beriman dan menyembah dan kepada siapa pula kita beriman yang menyuruh kita mengikuti suruhan Allah, dan mengikuti sunnahnya... ini mesti dijelaskan..kerana ia amat berkait rapat dengan soal hubungan jasmani dan rohani.. penting. 

Ada Allah ada Muhammad..ada bulan ada matahari..ada jasmani ada rohani dua-dua hendaklah seiring, bagaimana jika diberikan dua kaki hanya digunakan satu sahaja untuk berjalan, dan diberi dua tangan hanya satu digunakan untuk melakukan kerja kan tidak sempurna begitu juga soal ibadat.
Bagaimana pula di zaman anak-anak kita..? Kitalah sebagai ibubapa yang wajib memberitahu perkara asas beriman kepada Allah dan Rasul kepada anak-anak kita..oleh itu menuntut ilmu itu wajib fardhu ain, maka kita perlu dibekalkan dengan ilmu yang mencukupi untuk diberitahu kepada anak-anak kita. 

Berbeza pula dengan orang yang telah sempurna ilmunya, kesudahan kepada kesempurnaan itu pula ialah mati, terputusnya segala kehendak dan keinginan nafsu syahwatnya yang bisa menyesatkannya, tidak begitu rakus lagi terhadap perhiasan dunia yang sentiasa menggoda bagi yang mengejarnya.
Hendaklah diberitakan kepada anak kita tentang ancaman Allah dan azabnya bagi orang yang melalaikan suruhan Rasulnya daripada melakukan perintah Allah. Ini kerana anak kita sejak umur linkungan tiga tahun keatas sangat mudah menerima apa saja yang kita ajarkan kepada mereka tetapi AWAS!!! 

Jangan sampai mereka jemu dari melakukannya, jika kita hanya asyik suruh sahaja tanpa memberitahu akan akibat dari tidak melakukannya, maka ini tidak akan berkesan keatas anak kita, kelak mereka akan berkata, mak bapak aku asyik suruh.. je aku solat.. aku boring la…apa akibatnya jika ini terjadi..? Anda sendiri yang dapat menjawabnya.
Ini yang dikatakan berdakwah..mengajak keluarga kita dan orang lain beriman kepada Allah dan Rasulnya seterusnya melaksanakan suruhan Allah dan Rasul serta memberitahu akan ancaman Allah akibat jika tidak melakukannya. 

jangan juga kita hanya menceritakan jika buat ini dapat pahala, buat itu dapat pahala, jika puasa dapat pahala, jika solat berjemaah dapat pahala, jika beriktikaf dapat pahala, buat baik sesama makhluk Allah dapat pahala, sedangkan itu semua sudah disediakan oleh Allah kepada sesiapa sahaja yang melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangannya.
Bahagian kita hanya laksanakan sahaja dengan ikhlas kepada Allah sebagai bersyukur dan berterima kasih diatas kurniaan nikmatnya keatas kita yang tidak dapat dihitung oleh pancaindera kita sedangkan itu semua adalah kurniaan darinya, nikmat mata boleh melihat, nikmat telinga boleh mendengar, nikmat boleh berfikir, nikmat kalam boleh berkata-kata, dan nikmat hati ada perasaan. 

Semua adalah nikmat pemberian dari Allah,tetapi tidak diberitahu akan akibat dari ancaman Allah jika meninggalkan segala suruhan Allah, maka dia tidak akan berasa takut jika meninggalkannya, sebab buat ni hanya dapat pahala jadi tak buat pun tak pelah, bapak aku mak aku bukannya tahu, sapa tahu aku buat ke tidak, sedangkan Allah sentiasa melihat, bagaimana yang dikatakan Allah sentiasa melihat ..? Rujuk dalil didalam  Al-Qur’an surah An-Nur:-
Allahun nur rutssama wa tiwal ardh, Allah itu cahaya di langit dan di bumi )
kita ini sentiasa tenggelam didalam cahayanya, oleh kerana Dia Maha Cahaya kita tidak nampak akan cahayanya, yang kita nampak hanyalah objek yang sudah di terangi dengan cahaya. Renungkanlah…
Inilah yang dikatakan kenal Allah sebelum solat, bukan bererti tidak kenal maka tak boleh solat,itu tanggapan yang salah, tetapi mengenal dan kenal itu lebih baik, kitalah yang bertanggungjawab kepada generasi kita disamping mengajak anak dan isteri kita mengenal kepada siapa kita beriman dan kepada siapa kita perlu takut.
Petikan dari kata-kata dari Sunan Kalijaga adalah mengajak kita berlumba di dalam membuat kebaikan”. Mari kita tanya pada diri kita apakah solat kita selama ini sudah sempurna ataupun  sebaliknya., bukan soal nak menunjukan solat siapa yang lebih bagus, akan tetapi sama-samalah kita menyelami hakikat solat  yang sebenar-benar solat, ini kerana solat bukanlah suatu hal yang mudah seperti yang di lakukan oleh anak kecil. Nabi S.A.W juga berpesan supaya kita tingkatkan solat kita, kerana solat juga ada tingkatanya dan Rohnya.
 Di dalam solat awal-awal lagi  kita di ajak untuk mengenal akan siapa yang kita sembah dan siapa yang kita sujud, tujuan supaya i’tiqod kita di dalam solat tidak lari dari apa yang hendak ditujukan, kerana sedikit kita cuai di dalam solat maka tersasarlah hakikat asal kita menyembah., kerana kita melampirkan satu lagi tuhan di samping Allah, tuhan yang bernama nafsu. 

Nabi S.A.W pernah bersabda: “ Tuhan manusia yang paling hina di muka bumi adalah nafsu”. Ini kerana bukan senang untuk mencapai tahap kusyuk dan masyuknya ketika di dalam solat, paling hina ketika kita sujud waktu itu pula nafsu kita membisikan kepada kita pelbagai hal-hal di luar solat membuatkan sujud kita itu telah lari dari tujuan sebenar hakikat solat, bukan lagi menyembah kepada yang haq sebaliknya menyembah kepada yang Fana, 

Ini juga boleh di kategorikan menyembah tuhan selain Allah di samping Allah yaitu “NAFSU”. Awas jika nafsu membaluti iman maka rosaklah nawaitu dan i’itiqod, rosaklah solat, ini yang di katakan syirik di dalam solat
 Baiklah.. kita kembali semula kepada bab solat yang ingin di bincangkan di sini, penulis rasa saudara pembaca semua tentu mengatakan kepada Allah lah kita sembah dan sujud kepada siapa lagi, apa yang ingin di sampaikan penulis ni sebenarnya..? 

Penulis juga ingin bertanya kembali, jika Allah yang kita sembah dan sujud, di mana tuan-nya..? Ada nama sudah pasti ada tuannya, mari kita lihat contoh umpama Bangsa Hindu dan Buddha sembahyang bagaimana..? oleh kerana mereka tidak kenal akan tuhan yang mereka sembah, maka  diciptakan tuhan yang berbilang-bilang itu untuk di sembah supaya ia jelas ada di depan mata mereka. Bagaimana pula dengan kita..? Kenalkah kita kepada  siapa yang di sembah..?
 Begitu juga dengan kita seboleh-bolehnya kita tahu dan kenal akan tuhan yang kita sembah, tetapi bagi kita berbeza dengan kedua-dua Ugama di atas kerana tuhanya boleh di andaikan, sedangkan Tuhan kita tidak boleh di andaikan dengan suatu apapun, kerana Tuhan kita Maha Ghaib di antara yang ghaib dan Maha Esa lagi Maha Melihat, barangsiapa tidak beriman kepada hal-hal yang ghaib maka belum lagi di katakan telah beriman kepada Allah. 

Kita juga ditekan kan dengan sifat Ihsan ketika di dalam solat, sebut sahaja  soal Ihsan Nabi S.A.W juga pernah bersabda yang berbunyi:
“Ihsan itu adalah umpama andai kamu solat seolah-olah kamu melihat kepada Allah, jika kamu tidak melihat kepadanya ingatlah bahawasanya Allah sentiasa melihat kepadamu”
Ini yang dikatakan Ihsan ketika di dalam solat, hadirkan hati dan roh solat baru mencapai ihsan di dalam solat, kerana Allah itu Maha Melihat, sesuai dengan makna yang terkandung di dalam Al-Qu’ran Surah An-Nur :
(“Allahun nuurus tssamaa waatiwal ardh..Maksudnya ALLAH itu cahaya di langit dan di bumi”)
Apakala Allah itu cahaya di langit dan juga di bumi, maka kita senantiasa di dalam pengawasan dan perhatianNYA.
ALIF LAM LAM HAA itu suatu nama yang di ambil dari banyak-banyak nama yang terkandung di dalam 99 Asma’ ALLAH itu sendiri, agar senang dan mudah untuk di ingati, akan tetapi ALIF LAM LAM HAA yakni Allah itu hanya suatu nama, bukan sudah bererti diri yang hakiki itu sendiri, setiap umat manusia wajib mengenal Allah lebih-lebih lagi umat Islam khususnya. 

Sebaliknya apa yang kita sembah adalah……..(“ZAT ALLAH”) Allahu Akhbar….bukankah ZAT ALLAH yang berkuasa..? Bukankah Zat yang mencipta..menghidupkan dan mematikan..? Di dalam Al- Qur’an Allah juga ada berfirman:-
” Sembahlah Zat tuhanmu dan dirikanlah solat sebagai untuk mengingati AKU”.
Inilah yang di katakan i’tiqod dan nawaitu kita di dalam solat, ini hendaklah di sebut di dalam hati ketika mengangkat takbir di antara takbir dan takbiratul ihram, dan sujudku pada AF’ALRULLAH, ini yang di katakana Hakikat solat, disini-lah makhluk yang bernama Iblis ingkar untuk sujud pada “ADAM:” a.s seperti firman Allahu S.W.T di dalam surah Al-Baqoroh:-
 Allah berfirman kepada Malaikat dan Iblis supaya sujud kepada Adam, Hanya Malaikat yang sujud dan Iblis sebaliknya, kerana dia menyangka dia adalah sebaik-sebaik kejadian. Bukankah Allah telah berfirman bahawa “AKU ”ingin di kenali, maka sudah tentu mesti ada makhluk yang akan mengenali aku. Maka di ciptakan “ADAM a.s untuk membuktikan ke “WUJUDAN dan Ke ESAANya” setelah Allah bertajalli dari alam Lahut hingga ke alam Insan. Inilah yang di katakan Hakikat Sembahyang. Begitu juga di dalam I’tidal Ruku’ dan duduk diantara dua sujud juga ada hakikatnya, disini penulis bukan untuk mengupas secara mendalam tentang soal solat ini kerana hanya sekadar berkongsi dan berbagi ilmu pengetahuan. Jika saudara pembaca ingin mencarigali dengan lebih mendalam harus mencari guru yang benar-benar Mursyid dan dan Ahli Hakikat di dalam hal ini.
 Di dalam untuk meraih kusyuk dan sempurna di dalam solat itu tidak sekadar hanya apa yang saudara pembaca baca apa yang tertulis di atas, kerana masih banyak perlu di titik beratkan seperti soal rukun solat adab dan tertib ketika di dalam solat. Hukun solat itu terbahagi kepada tiga bahagian, adapun..
1) Hukum Qolbi
Dan adapun Hukum Qolbi adalah Nawaitu dan Hakikat kita mendirikan solat itu sendir

2) Hukum Qouli dan  
Dan adapun Hukum Qouli adalah bacaan kita ketika dalam solat, tidak hanya sekadar bacaan harus memahami akan maksudnya

3) Hukum Fi’li, 
Dan adapun Hukum Fi’li adalah perbuatan atau geraklaku kita di dalam solat
Nah jika salah satu tidak di lakukan adakah sempurna solat itu..? Didalam solat itu juga sudah terkandung apa yang di katakan (“ SyariatTharikat, Ma’arifat dan Hakikat) Syariat itu adalah perbuatan ataupun tingkahlaku kita di dalam solat, Tharikat itu zikir atau bacaan di dalam solat, Ma’arifat itu kita kenal akan kepada siapa kita sembah dan sujud seterusnya membawa kepada Hakikat. Bukankah sudah jelas hakikat kita di suruh sembah kepada yang Esa.seperti kata-kata setengah Ulama:-
 Beriman dahulu sebelum solat, seperti juga petikan kata-kata dari Arwah guru penulis:-
(“Iman, Islam, Tauhid , Ma’arifat,”)
Sejak dari zaman Nabi Adam a.s hingga zaman Nabi Isa a.s umat manusia telah diajak supaya beriman kepada yang Esa dan yang Maha Mencipta, sehinggalah sampai ke zaman Nabi S.A.W maka telah turunlah perintah solat itu keatas umat manusia. Sesuai dengan firman Allahu S.W.T  (“Awaludin Ma’arifatullah”) awal Ugama kenal Allah, kenal Allah maka kenalah kita kepada siapa yang kita sembah, penulis rasa cukuplah setakat ini dahulu yang dapat di tulis kan oleh penulis, ini kerana jika hendak membincangkan secara mendalam terlalu jauh dan dalam lautan ilmu Allah, hanya sebahagian manusia yang biasa mencapai martabat itu. 

Akhir kata jika salah dan silap dari segi penyampaian saya harap ada teguran dari saudara pembaca sendiri yang sudahpun tahu banyak ilmu pengetahuan, saya sendiri masih lagi mencari akan makna dan tujuan di hantar ke muka bumi ini. Masih banyak lagi jika nak di bincangkan soal solat di sini, tentang Nafi dan Isbat, Roh solat dan Qiblat yang kita hadapkan, banyak… masih banyak lagi yang perlu di  nukilkan cukuplah sekadar ini saja dahulu yang dapat di tuliskan, sekian dahulu dan sedikit kata-kata dari saya:-
(“SESUNGGUHNYA SOLAT ITU PENEGUH JIWA SETIAP UMAT MANUSIA”)
Ini adalah lampiran baru di edit sambungan dari kandungan di atas membicarakan hal-hal kenal Allah dulu baru solat, bukanlah bererti tak kenal Allah maka tak boleh solat, semuanya sama datang dari tak tahu bukan terus tahu, tapi kalau dah tahu wajib lebih tekun mengerjakanya baru mencapai Hakikat sebenar menyembah yang Esa. 

Untuk mencapai kusyuk dan masyuk ketika di dalam solat kita wajib mengetahui beberapa perkara yang boleh memberi kita konsentrasi ketika hendak mendirikan solat, tetapi penulis hanya ringkaskan sedikit bab-bab mengenai perkara ini, perkara pertama ialah lupakan segala urusan dunia kerana itu boleh menggangu konsentrasi kita terhadap Allah, kerana kita berurusan dengan Allah dan hal yang berhubung dengan Akhirat, hanya paling lama lebih kurang sepuluh minit sahaja perlu kita putuskan segala hal yang berhubung dengan keduniaan.
Perkara kedua ialah penulis hendak berkongsi sedikit pengalaman dengan saudara pembaca semua iaitu, sebelum mendirikan solat tarik nafas perlahan-lahan sedalam-dalamnya hingga sampai ke kepala kemudian lepaskan pelahan-lahan melalui hidung juga ulangi sebanyak tiga kali, pembaca rasailah sendiri bagaimana rahsia yang penulis kongsikan dengan pembaca semua. Ini bertujuan untuk menghadirkan hati dan Roh solat itu sendiri, jika lalai di dalam mengerjakan solat maka Roh solat akan menghadap kepada Allah dan berkata,
“Ya Allah sesungguhnya dia telah mencuaikan aku maka engkau cuaikanlah ia”
Nau’zubillahi minzaalik…jika Allah telah mencuaikan kita maka terputuslah kita dari rahmat Allah, masya’Allah…jika ni’mat semua umat manusia dapat merasa bagaimana dengan Rahmat Allah..? Sesuai dengan ayat Allah yang berbunyi:-
(“ fawailullil mutsollin, Celakalah bagi orang yang lalai dalam solat”)
Sembahyang pun masuk neraka tak sembahyang lagi cepat masuk neraka, tabarokallah…
Dan lagi  ayat  Allah  yang berbunyi:-
(“Innahum fii tsholaatihim khoosyiuun, sesungguhnya mereka yang lalai di dalam mengerjakan ibadah”)
Subhaanallah….di dalam laman yang lepas penulis juga ada menyebutkan tentang Qiblat…bagaimana dengan qiblat yang kita semua tujukan pada hari ini..? sedangkan beralih arah sedikit sahaja kawan kita sudah menegur, eh qiblat engkau salah, habis bagaimana nak mengetahui arah qiblat yang betul..? 

Bukanlah bereti qiblat yang ingin penulis kongsikan ini benar-benar betul dan tepat, tapi sama-sama kita fikirkan, kesemuanya ada empat Qiblat, mari kita lihat apakah qiblat yang ingin penulis kongsikan bersama ini, bukan bereti qiblat yang kita hadapkan selama ini tidak betul, tapi inilah yang penulis ingin kongsikan,
(“ Qiblat Tubuh ke Baitullah, Qiblat Hati ke Baitulma’mur, Qiblat Roh ke-Arasy Qursy, Qiblat nyawa aku serah pada Allah”)
Jika ini ada dalam diri kita insya’Allah tidak ada sifat ragu-ragu dan was-was lagi dalam soal qiblat, semasa berdiri di atas tikar sembahyang maka bacalah keempat-empat qiblat tadi dan hadirkan roh solat supaya solat kita benar-benar sampai ke tempat yang nak di tuju, wuduk juga harus sempurna jika tidak solat kita hanya sia-sia, kerana solat adalah urusan Akhirat bukan urusan dunia, waspadalah pada urusan dunia..kejarlah urusan akhirat, kerana itulah tujuan kita di hantar ke dunia.
Alhamdulillah…penulis rasa lega dapat berbagi sedikit ilmu pengetahuan yang tak seberapa ini kepada pembaca semua, apapun ia adalah kurnian dari Allah, jika nak di bandingkan ilmu kita dengan Allah S.W.T umpama jarum di celup di tengah lautan lalu di angkat sisa air yang tinggal itulah umpamanya ilmu yang ada pada diri kita subhaanallah…

Maha luas lautan ilmu mu ya Allah. Bagi sesiapa ingin menggalinya, maka galilah dengan bijaksana. Penulis ingin berpesan kepada saudara pembaca semua, dirikanlah solat, kusyuklah di dalam mengerjakanya dan kenalilah Hakikat yang kita sembah, andai kita lalai dari mengerjakan solat dan lalai di dalam mengerjakanya maka sesungguhnya Allahu Taala telah berfiman di dalam hadith qudsy yang berbunyi:-
(“Yaa Ibaadi, kullukum dhollu illa man hadaituhu, fastahduuni ahdikum, wahai hambaku kalian semua sesat kecuali orang yang aku beri hidayah (petunjuk), maka mintalah petunjuk kepada-Ku niscaya Aku akan memberi kalian petunjuk”)
Lihatlah asal muasal kita memang sudah tahu, setelah di turunkan kedunia apabila roh sudah di baluti jasad maka kita di lupakan akan asal pengetahuan kita, firman Allahu Taala lagi yang berbunyi:-
(“ Andai kalian beribadat lima ratus tahun ianya sedikit tidak menambah kekuasaanku, begitu juga andai kalian tidak beribadat kepadaku hal itu juga tidak mengurangkan sedikit pun kekusaanku”)
Astaghfirullah…bagaimana saudara pembaca sekalian..? Siapakah yang rugi..? Kitalah yang rugi, hal ini ini juga Allah telah berfirman di dalam suuratul Asr:-
(“ Wal asr, innalin tsaa nalafi khusyrin, illalladzhi na amanu waamilu tshoolihaat, Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang yang beramal soleh”)
Di dalam urusan mengenai Akhirat tidak ada sesiapa yang dapat menghulurkan bantuan kecual ilmu dan amal yang soleh, apabila kita meninggal kelak, sewaktu kita hendak di turunkan kedalam liang lahad akan kedengaran suara dari langit yang amat keras dan akan bertanya:-
Hai anak Adam bekal apakah yang engkau bawa untuk menghadapi kehancuran ini?}
{ Hai anak Adam cahaya apakah yang engkau bawa untuk menghadapi kegelapan ini?}
{ Hai anak Adam kekayaan apakah yang engkau bawa untuk menghadapi kefakiran ini?}
Siapakah yang akan menghulurkan bantuan untuk kita  menjawab..? Adakah orang yang berkata kepada kita buat apa sembahyang… tak dapat apa…tidak ada sesiapa saudaraku yang dapat menjadi peguambela pada hari yang telah di tetapkan Allah apabila di panggil pulang, melainkan kitalah yang bertanggungjawab mengembalikan yang Haq kepada yang “HAQ“. 

Persiapkanlah bekalmu sebelum ajalmu tiba, kerana maut tidak pernah berpisah dengan kita walau barang sesaat sekalipun, kita ibarat tanam-tanaman apabila tiba masanya kita akan di rengut dan di tuai seperti orang menuai padi apabila sudah tiba masanya, bukankan dasyat apabila mendengar perkataan rengut itu..? 

Sama-sama kita renungkan dan muhasabah diri. Baiklah kita sambung lagi perbincangan kita mengenai solat di lain waktu jika di izinkan Allah untuk penulis menulis lagi bab-bab mengenai solat dan mengenal Allah.