Pages

Memaparkan catatan dengan label muallaf. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label muallaf. Papar semua catatan

Selasa, 18 Ogos 2015

Sangat memerlukan PERHATIAN anda..!!

Assalamu'alaikum. Sangat memerlukan PERHATIAN anda..!! Kalau tak mampu menyumbang, tolong SHARE kan seluas-luasnya.

Lelaki di atas bersama anaknya, ialah seorang Cina yang baru 5-6 tahun memeluk Islam. Namanya ialah Ibrahim Yap Abdullah. Saya pernah kongsikan tentang mereka berdua setahun yang lepas. Hidupnya bukanlah susah seperti fakir miskin yang tiada duit untuk makan, namun pendapatannya yang tidak seberapa, menyebabkan beliau tidak mampu untuk menanggung kos perubatan anaknya.

Anaknya, Muhammad Isa Yap, berbaju merah mengidap 3 penyakit yang dikira kronik bagi pengidap kanak-kanak, iaitu jangkitan saluran darah (VDRL), athopic eczema, dan bronchial asthma. Kos untuk perubatannya di MMC dan hospital PPUM menjangkau RM480 SEMINGGU (tidak termasuk pengangkutan dan kos perubatan lain).

Penyakit VDRL dihidapi sejak dalam kandungan ibunya, tiada penawar. Hanya terpaksa menerima suntikan pengawal virus seminggu sekali.

Ibrahim Yap pula, apabila masuk Islam, isterinya meninggalkannya dengan bebanan hutang kad kredit berjumlah RM20,000 lebih atas namanya, menyebabkannya terpaksa membayar hutang tersebut setiap bulan sedangkan ia dibelanjakan tanpa relanya, menambahkan lagi bebanan hidup beliau. Sebelum ini beliau bekerja sebagai designer di syarikat GIVI, beliau diberhentikan kerja tanpa diketahui sebabnya (dipercayai perbuatan khianat bekas isterinya)

Buat masa sekarang, beliau bekerja sebagai salesman jual motosikal dengan komisyen tidak seberapa, dan sedang apply buka syarikat enterprise di SSM untuk mendapatkan tender potong rumput daripada Majlis-majlis perbandaran di Selangor. Dan beliau baru sahaja selesai mendapatkan lesen teksi, dan sedang mencari teksi untuk disewa beli, namun tidak cukup duit down payment (sedang apply bantuan dari pusat zakat).

Sempena Syawal yang mulia ini, tanda meraikan kemenangan kita berpuasa sebulan dan kelansungan tarbiyah bulan Ramadhan yang kita dah lalui, marilah sama-sama kita hulurkan bantuan samada dalam bentuk kewangan, material mahupun sebarkan artikel ini.
Panduan gambar: kiri atas ialah bukti laporan doktor tentang penyakit Muhammad Isa Yap. Kanan atas ialah kad pengenalan Ibrahim Yap, kad memeluk Islamnya, lesen PSV yang baru dimilikinya, dan kad MMC atas perubatan anaknya. Kiri bawah ialah gambar Isa Yap.
Untuk membantu, anda boleh salurkan sumbangan terus ke akaun bank beliau:

Bank islam: 12092022865277
Maybank: 114209458576


Dan untuk berhubung dengan beliau sendiri, boleh contact di nombor 0172487006.
Jasamu dikenang.

Selasa, 30 September 2014

BOLEHKAH BERI ZAKAT KEPADA BUKAN MUSLIM?

BOLEHKAH BERI ZAKAT KEPADA BUKAN MUSLIM?
Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

Soalan: Prof Madya Dr Asri, saya ingin bertanya mengenai bolehkah orang bukan Islam mendapat peruntukan zakat. Saya difahamkan ada pendapat yang menyatakan golongan muallaf yang berhak dapat zakat itu, ada pendapat kata termasuk yang bukan muslim. Begitu juga fakir miskin. Tapi ada yang beritahu tidak boleh. Sehingga timbul isu politik. Saya rasa di Malaysia ini kita patut faham Islam dengan lebih luas. Harap tuan dapat berikan pencerahan kepada kami.
 Nuruddin, Selangor.

Jawapan Prof Madya Dr MAZA: Terima kasih saudara yang bertanya. Usaha saudara dan rakan-rakan untuk memahami Islam dengan lebih luas adalah sesuatu yang terpuji. Apatah lagi dalam isu-isu muamalat yang membabit interaksi antara agama yang memberi impak kepada perkembangan Islam. Untuk menjawab persoalan saudara, di sini saya sebutkan beberapa perkara;

1. Masalah bolehkah bahagian sadaqah wajib atau yang dinamakan zakat diberikan kepada bukan muslim adalah masalah khilafiyyah (perbezaan pendapat) dalam kalangan fuqaha(sarjana fekah). Al-Imam al-Syafi’i r.h (w. 204H) berpendapat tidak boleh. Pendapat yang sama dikeluarkan oleh fuqaha lain. Pendapat ini beliau sebutkan dalam karyanya yang terkenal al-Umm, katanya:
“Golongan muallaf (mereka yang dijinakkan jantung hati) ialah sesiapa yang masuk ke dalam Islam. Tidak diberikan sadaqah (zakat) kepada musyrik untuk menjinakkannya dengan Islam. Jika ada yang berkata: Ketika peperangan Hunain Nabi telah berikannya kepada sebahagian muallaf dari kalangan musyrikin. (Jawapannya) itu adalah pemberian dari harta fai (harta rampasan), atau dari harta Nabi s.a.w sendiri. Bukan dari harta zakat”. (al-Umm, 2/338. Beirut: Dar Ihya al-Turath al-‘Arabi).
2. Pendapat al-Imam al-Syafi’i r.h tersebut telah menjadi pegangan dalam Mazhab al-Syafi’i. Maka, kita dapati tokoh-tokoh dalam mazhab al-Syafi’i akan menegaskan hal yang sama. Ini seperti al-Imam al-Syirazi dalam al-Muhazzab, al-Imam an-Nawawi dalam al-Majmu’ dan lain-lain. Berdasarkan asas ‘kekufuran’ itu menghalang bukan muslim menerima peruntukan zakat, maka –dalam Mazhab al-Syafi’i mereka tidak boleh menerimanya samada atas tiket kefakiran ataupun muallaf.
3. Adapun jika kita melihat pendapat yang lain, sebahagian para fuqaha menyatakan mereka boleh menerima zakat atas peruntukan ‘al-muallafah qulubuhum’ iaitu yang dijinakkan jantung hati mereka kepada Islam. Ini seperti yang dinaskan oleh al-Quran dalam Surah al-Taubah ayat 60. Peruntukan ini merangkumi mereka yang masih kafir dan yang telah menjadi muslim. Kata al-Imam Ibn Qudamah (w. 620):
“Muallaf itu dua bahagian: kuffar dan muslimin yang mana mereka itu pemimpin yang ditaati dalam kaum dan keluarga mereka. Bahagian kuffar ini pula ada dua kelompok: pertama; orang yang diharapkan dia menganut Islam, maka diberikan zakat agar hasrat keislamannya bertambah dan jiwanya cenderung kepada Islam, lalu dia menjadi muslim…kelompok kedua; orang yang dibimbangi kejahatannya. Diharapkan dengan pemberian kepadanya akan menghalang kejahatannya dan mereka yang bersamanya..” (Ibn Qudamah, al-Mughni 9/317. Kaheran: Hijr).
zakat1.jpg
4. Inilah pendapat yang ditarjihkan (dinilai lebih kuat penghujahannya) oleh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam Fiqh al-Zakah, Dr ‘Abd al-Karim Zaidan dalam al-Mufassal, juga Dr ‘Umar Sulaiman al-Asyqar dalam kertas Ta’lif al-Qulub ‘ala al-Islam bi Amwal al-Sadaqah dan lain-lain. Maka, berdasarkan pendapat ini boleh diberikan zakat bahagian muallaf kepada bukan muslim yang berpengaruh dalam kaum atau masyarakat mereka yang diharapkan pemberian itu menggalakkan dia atau pengikutnya menerima Islam, atau mengurangkan sikap permusuhan dengan Islam. Pendapat ini disokong oleh pelbagai riwayat yang mana Nabi s.a.w memberikan kepada pemimpin-pemimpin Arab yang masih kafir seperti Sofwan bin Umayyah. Sehingga Sofwan pernah berkata:
“Demi Allah! Rasulullah s.a.w memberikan kepadaku begitu banyak. Dahulunya, dia adalah orang yang paling aku benci. Dia terus memberi kepadaku sehingga dia menjadi orang yang paling aku sayangi” (Riwayat Muslim).
5. Walaupun Mazhab al-Syafi’i dan selainnya menyatakan bahawa nas Surah al-Taubah itu bermaksud mereka yang sudah menganut Islam dan kisah Nabi s.a.w memberikan harta kepada pembesar-pembesar Arab yang masih kafir itu diambil dari peruntukan selain zakat, namun di sana ada ayat al-Quran lain yang menunjukkan bahawa Nabi memberikan sadaqah (zakat) kepada bukan muslim. Firman Allah dalam Surah al-Taubah ayat 58-59: (maksudnya)
“dan antara mereka ada yang mencelamu (wahai Muhammad) mengenai (pembahagian) sedekah-sedekah (zakat); oleh itu jika mereka diberikan sebahagian daripadanya (mengikut kehendak mereka) mereka suka, dan jika mereka tidak diberikan dari zakat itu (menurut kehendaknya), (maka) dengan serta merta mereka marah. Dan (alanglah baiknya) kalau mereka berpuas hati dengan apa yang diberikan oleh Allah dan RasulNya kepada mereka dan berkata: “cukuplah Allah bagi kami; Allah akan memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, demikian juga RasulNya; Sesungguhnya kami sentiasa berharap kepada Allah”.
Kata Dr ‘Umar Sulaiman al-Asyqar:
“Nas ini amat jelas bahawa golongan ini yang mendapat sadaqat (zakat), pemberian tersebut adalah untuk menjinakkan jantung hati mereka kepada Islam. Pastinya belum menganut Islam jantung hati yang orang mencela Rasulullah s.a.w mengenai zakat”. (ibid).
Ertinya, mereka itu belum menganut Islam, jika tidak, mana mungkin mereka mencela Rasulullah s.a.w kerana itu perbuatan yang kufur. Justeru, ayat ini memberi maksud Rasulullah s.a.w memberikan zakat kepada bukan muslim untuk dijinakkan jantung hati mereka pada zaman baginda.
6. Bagi saya, pendapat yang membolehkan zakat bahagian muallaf diberikan kepada bukan muslim dengan tujuan dakwah adalah lebih kukuh dan sangat relevan untuk masa kini. Hari ini Islam disalahfahami dan dituduh sebagai agama yang negatif. Pemberian zakat kepada muallaf yang sudah muslim dan belum muslim dapat membantu memelihara keindahan Islam. 
Jika kita bimbang aktiviti dakwah agama lain yang menggunakan sumbangan kewangan dan bantuan, mengapa tidak kita mengamalkan pendapat para ulama yang membolehkan pemberian zakat muallaf kepada mereka yang bukan muslim untuk menarik minat mereka kepada Islam?!
7. Selain dari peruntukan zakat kepada bukan muslim atas nama muallaf, para ulama juga berbeza pendapat tentang peruntukan zakat fakir miskin kepada bukan muslim. Jumhur (majoriti) berpendapat tidak boleh. Namun, Dr Yusuf al-Qaradawi mentarjihkan bahawa ia dibolehkan (lihat: Fiqh al-Zakat, 2/707) . Antara dalil dalam hal ini, Saidina ‘Umar ketika membaca firman Allah dalam Surah al-Taubah ayat 60 itu: (maksudnya)
“Sesungguhnya sadaqat (zakat) itu untuk golongan fakir…”, beliau berkata: “Di zamanku ini mereka itu adalah Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian)” (Riwayat Ibn Abi Syaibah).
8. Para sarjana fekah bersepakat bahawa peruntukan zakat tidak boleh diberikan kepada kuffar yang memerangi Islam atau golongan kafir harbi. Ini berasaskan firman Allah: (maksudnya):
“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memeberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. (Surah al-Mumtahanah 8-9).
Namun bagi yang tidak memerangi Islam; samada mereka warga negara umat Islam, atau yang ada perjanjian keamanan dengan kerajaan umat Islam, atau anak-anak dan kaum wanita kafir harbi yang bapa mereka memerangi tetapi mereka tidak terlibat, boleh diberikan peruntukan zakat muallaf atau fakir miskin ini.
9. Institusi zakat sebenarnya, jika berperanan dengan betul akan membangun umat Islam, dakwah Islam dan membina imej yang baik untuk masyarakat Islam. Jika zakat diuruskan dengan baik, banyak yang dapat dilakukan. Hanya kepada Allah tempat kita mengadu!

Rabu, 2 April 2014

MUALLAF : KEINDAHAN ISLAM


MUALLAF : KEINDAHAN ISLAM

Dulu sewaktu saya membawa student saya yang memeluk Islam untuk mendaftar ke-Islaman mereka di pejabat agama, saya sering ditanya oleh Pegawai Syariah …. Bagaimana awak Islam kan mereka ?

Saya menjawab …. Ini semua takdir ALLAH. ALLAH hanya pilih saya sebagai asbab mereka mendapat hidayah dan mendapat nikmat iman dan Islam. Hakikatnya saya tak ada apa-apa. 

Mereka tanya lagi …. Tak kan awak tak buat apa-apa, tak kan mereka datang-datang terus masuk Islam ?

Saya jawab … Saya hanya buat apa yang ALLAH suruh buat dan saya tinggalkan apa yang ALLAH larang. ALLAH suruh kita khidmat kepada umat manusia, maka saya beri khidmat sekadar termampu khususnya kepada student saya. ALLAH suruh kita tegakkan kebenaran ke seluruh dunia. Maka saya beri penjelasan dan berhujjah kepada student saya yang ingin berdebat mengenai agama, ketuhanan dan hidup sesudah mati. ALLAH suruh kita cerita keindahan Islam kepada seluruh umat manusia. Maka saya ceritalah keindahan Islam kepada student saya sekadar termampu. Itulah sahaja yang saya lakukan. Yang memberi hidayah ALLAH Ta’ala. Bukan saya. 

Dan ini adalah cerita saya berkenaan keindahan Islam kepada student saya …….


ALLAH SWT berfirman yang ertinya :

"Sesungguhnya agama yang diterima di sisi ALLAH hanyalah Islam" [Ali Imran : 19]

Satu-satunya agama yang ALLAH akui kebenarannya, kesempurnaannya dan terbaik untuk manusia adalah ISLAM. 

Sebab apa Islam ? 

Sebab Islam itu ialah agama yang datang dari ALLAH, sedangkan agama-agama lain adalah bikinan manusia semata-mata. 

SOALAN : Adakah sama sesuatu yang datang dari ALLAH dengan sesuatu yang direka oleh manusia ? 

Jawapannya : MEMANG BERBEZA. Jaauh, dan amat jauh sekali bezanya.

BUKTINYA, ada dalam diri kita.

ALLAH adalah pencipta manusia, kerana itulah ALLAH lah yang paling tahu tentang manusia. Oleh kerananya peraturan-peraturan dalam agama dari ALLAH itulah yang paling lengkap dan paling sesuai dengan kejadian semula jadi (fitrah manusia).

APA BUKTINYA ?

Dalam diri kita sebagai manusia yang diciptakan ALLAH ada jawapannya.

Diri manusia terdiri dari 3 unsur, yaitu fizikal (jasad), akal dan Roh. Ada orang menamakannya roh, ada yang menamakannya hati, ada yang menamakannya jiwa. Hakikatnya ianya adalah perkara yang sama. Ada pun Roh atau hati atau jiwa manusia mempunyai perasaan yang Tuhan bekalkan bersamaan dengan lahirnya fizikal (jasad) manusia. 

Indahnya Islam itu adalah agama Islam itu sebenarnya sangat sesuai dengan fitrah manusia, dengan kata lain sesuai dengan perasaan manusia. Apa yang hati manusia setuju, itulah yang ALLAH suruh. Apa yang hati tidak setuju, itulah yang ALLAH larang.

Sebagai contoh … hati manusia setuju untuk hidup aman tenang, maka ALLAH suruh kita berkasih sayang dan hidup secara aman jangan berkrisis. Apa yang hati manusia setuju, itulah yang ALLAH suruh. Hati hendak hidup tenang, ALLAH suruh berkasih sayang.

Hati manusia benci kepada kemusnahan diri, maka ALLAH larang pengambilan dadah. Apa yang hati manusia tidak setuju, itulah yang ALLAH larang.

Kemudian ALLAH utuskan Rasul untuk membawa perintah untuk membenarkan apa yang ada dalam fitrah manusia, menyuburkan apa yang telah ada. Kerana itulah Islam itu indah sebab memberi makanan pada hati. Apa yang hati kehendaki, itu yang dihidangkan oleh Islam. Seperti makanan untuk fizikal (jasad) manusia, kita suka daging, tiba-tiba terhidang daging, betapa indahnya. Kita suka ikan, dihidangkan ikan, betapa indahnya. Tapi ketika kita ingin daging dihidangkan lauk yang kita tidak suka, tidak indah.

Mari kita sebut contoh-contohnya.

PERTAMA … Mari kita lihat contoh yang berhubungan dengan Syariat yang lahir yang kita boleh lihat dan nilai secara zahir.

Dari sudut mencari ILMU : FITRAH manusia ingin menjadi pandai. Tidak ada manusia yang ingin menjadi bodoh. SEMUA manusia ingin menjadi pandai. Maka naluri manusia ingin menambah ilmu. Ingin mencari pengalaman dan ingin pandai, dan tidak menggantungkan hidupnya pada orang lain. Manusia tidak mau hidup beku, jahil dan miskin papa. Itu adalah fitrah. Semua orang memilikinya walau apa pun juga bangsa dan agamanya. Memang ALLAH jadikan jiwa manusia begitu kemahuannya. Oleh kerana itu ALLAH datangkan agama Islam yang mengajar supaya manusia mengisi tuntutan fitrah itu. Firman ALLAH :

Katakanlah : "Berjalanlah kamu di muka bumi, kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang yan mendustakan itu." [Al An'am : 11]

Ertinya kita disuruh mengembara untuk mencari pengalaman. Rasulullah SAW bersabda:

"Menuntut ilmu wajib bagi lelaki dan wanita" (Riwayat Ibnu Abdi Al Barri)

Sabdanya lagi :

"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"

Begitulah yang dikatakan Islam agama fitrah. Yakni apabila sesuatu itu disukai oleh fitrah maka Islam mendorong atau membenarkannya. Disebabkan ALLAH yang menjadikan fitrah manusia itu demikian maka ALLAH pun datangkan cara bagaimana keinginann fitrah itu disalurkan. ALLAH gariskan, ilmu apa yang boleh belajar, ilmu mana yang tak boleh belajar. 

ALLAH jadikan ilmu yang wajib (fardhu ain) belajar ialah ilmu tauhid untuk mengenal ALLAH dan Rasulullah SAW serta, ilm feqah untuk mengenal peraturan-peraturan ALLAH dan ilmu tasawuf untuk membina akhlak dengan ALLAH dan membina akhlak sesame manusia.

ALLAH jadikan ilmu fardhu kifayah dan disuruh manusia belajar agar mereka tidak hina di dunia dan tidak bergantung kepada kaum musyrik. Antara ilmu fardhu kifayah seperti ilmu kedoktoran, ilmu kejururawatan, ilmu perniagaan, ilmu pengiklanan, ilmu kimia, ilmu biologi dan lain-lain lagi.

Untuk menjamin kesejahteraan dan kebahagiaan kemasyarakatan manusia, ALLAH haramkan ilmu sihir, ilmu merompak ilmu menipu dan segala ilmu yang menjurus kepada perlakuan jenayah. Jika diamalkan atas dorongan nafsu, maka akan haru-birulah masyarakat.

Tanpa petunjuk dari ALLAH, nafsulah yang akan memimpin manusia untuk melaksanakan kehendak fitrah itu secara membabi buta. Hasilnya akan buruk sekali.

Misalnya apabila ilmu yang dituntut itu ilmu yang haram (ilmu sihir atau ilmu yang tidak dikaitkan dengan tauhid dan jiwa sufi) maka ia akan membawa akibat buruk. Walaupun adakalanya ilmu itu bersumber dari Islam, tetapi jika TIDAK dikaitkan dengan tauhid dan akhlak, ia akan menyebabkan manusia sombong, dengki, bakhil, pemarah, rasuah, dan lain-lain. Maka lahirlah orang yang sedikit ilmunya, tetapi besar lagaknya bagaikan ulamak mujtahid membida’ahkan, menyesatkan dan mensyirikkan orang yang tidak sependapat dengannya. 

Demikian juga halnya kalau mengembara yang tidak dikendalikan oleh syariah atau tidak diniatkan kerana ALLAH atau untuk kebaikan ia akan membawa hasil yang buruk. Sebab itu Islam menurunkan panduan-panduan yang rapi dalam melaksanakan tuntutan fitrah itu.

ALLAH mewujudkan peraturan kepada manusia untuk menuntut ilmu, disamping itu ALLAH jadikan perisai kepada manusia demi kedelamatan mereka, ALLAH gariskan sempadan, ilmu mana yang boleh dipelajari dan ilmu mana yang tidak boleh dipelajari. Ini yang tidak ada dalam agama-agama yang lain.

FITRAH manusia inginkan KAYA. Dalam mencari kekayaan yang diinginkan oleh fitrah murni manusia misalnya, Islam tidak sama sekali melarang umatnya untuk menjadi kaya. Malah ALLAH mendorong dan memberi motivasi kepada umatnya untuk menjadi kaya. Buktinya adalah dengan firman ALLAH :

"Apabila telah ditunaikan solat hendaknya kamu bertebaran di muka bumi dan hendaklah kamu CARI KURNIAAN ALLAH, dan ingatlah ALLAH banyak-banyak moga-moga kamu dapat kemenangan" [Al Jumuah : 10]

Nabi SAW bersabda yang ertinya :

"Berniagalah kerana sembilan per sepuluh dari rezeki itu ada dalam perniagaan"

Tapi mencari harta tidaklah boleh dibuat secara sewenang-wenang. ALLAH mendorong dan memberi motivasi untuk seseorang menjadi kaya. TETAPI ada cara-caranya. 

Hendak kaya ? 

BOLEH, tapi jangan mencuri, jangan amalkan riba, jangan menipu, jangan menzalimi, jangan menindas.

Hendak kaya ? 

BOLEH, tapi kena kerja keras, kena berniaga bersungguh-sungguh dan bijak.

Islam mengatur cara-cara yang bersih dari riba, penipuan dan tindas-menindas, kerana hal-hal yang buruk itu bertentangan dengan fitrah. Hasilnya tidak untuk berfoya-foya, berjudi atau membekukannya dalam bank, tapi untuk kebaikan seperti membantu fakir miskin, membangun projek yang memenuhi keperluan masyarakat atau membantu usaha jihad fisabilillah. Hal ini diatur begitu rupa kerana ia sesuai dengan fitrah. Sebaliknya apa yang Islam halangi adalah bertentangan dengan fitrah.

Kita pergi pula mengambil satu contoh hal yang remeh-temeh dan dianggap kecil. Siapa saja, tanpa melihat apakah orang itu Islam atau yang bukan Islam, sama ada dia Melayu, Cina, India, Dusun, Iban atau sesiapa saja. 

Semua kita suka kepada makanan sedap; lelaki suka pada perempuan, perempuan suka pada lelaki. Semua dari kita ingin mempunyai badan yang sihat dan fikiran yang waras. Begitulah fitrah manusia. Kalau keinginan fitrah ini tidak tercapai, manusia akan rasa susah dukacita dan gelisah. ALLAH yang menciptakan manusia sedemikian rupa, maka ALALH sahaja yang tahu cara yang sebaik-baiknya untuk manusia mencapai keinginan-keinginan itu, dan ALLAH juga tahu cara-cara atau perkara-perkara yang dapat merosakkan manusia dalam usaha mereka mencapai keinginan-keinginan itu. 

Maka sebab itu ALLAH rela memberikan PETUNJUK bagaimana keinginan itu boleh dipenuhi dengan sebaik-baiknya. Islam tidak menghalang keinginan fitrah tetapi tidak juga terlalu membiarkan keinginan itu dipenuhi secara membabi buta.

Contohnya : Makan sedap, Islam membolehkan makan sedap, dengan syarat …. Jangan makan makanan yang haram atau berlebihan….. Malah, mengikuti sunnah Rasulullah SAW, sunat hukumnya makan daging seminggu sekali. Dari sudut saintifik, daging memberikan tenaga kepada manusia TETAPI jika diambil berlebihan, kolesterol dalam darah meningkat maka datanglah penyakit jantung dan hipertensi. Nak makan daging boleh, tapi daging dari haiwan yang dihalalkan, bukan daging babi. Bukti saintifik, membenarkan peraturan Islam, mengapa Islam mengharamkan daging babi ? Kerana da kuman dan parasit dalam daging babi yang tidak mati walau dimasak pada suhu tinggi. Ini keindahan Islam.

Demikian juga Islam menunaikan keinginan fitrah manusia untuk menikah. Ia memang dianjurkan oleh Rasulullah SAW :

"Menikah itu adalah Sunnahku, siapa yang benci pada Sunnahku ini bukanlah ia dari umatku"

Hadis lain berbunyi :

"Dua rakaat solat orang yang menikah lebih baik dari 70 rakaat shalat orang bujang"

Demikianlah indahnya Islam. Dalam usaha mengelakkan masalah dalam perkawinan, maka ditentukan syarat rukunnya yang wajib dipenuhi. Tanpa memenuhi syarat, rumah tangga akan goyang dan tumbang. Islam membenarkan menikah dan mengharamkan zina. Sebab zina akan menzalimi dan menganiaya kaum wanita. Anak hasil perzinaan yang tidak tentu bapaknya ini akan terabai hidupnya. Ke mana anak itu akan membawa diri ? Hal ini tidak ada siapapun yang suka. Fitrah menolak. Sebab itulah ALLAH mengharamkan zina kerana ia bertentangan dengan fitrah. Bagaimana tidak, seseorang yang berzina itu akan melibatkan baik itu ibu orang atau isteri orang atau anak perempuan orang. Siapa pun akan marah kalau keluarganya yang terlibat. Kalau begitu sanggupkah kita berzina sedangkan kita sendiri tidak suka perkara itu terjadi dalam keluarga kita ?

Dalam Islam ada kaedahnya. Tidak mudharat dan tidak memberi mudharat.Contohnya. 

Hendak rasa nikmat bersetubuh ? BOLEH, tetapi dengan perKAHWINAN.

Nak kahwin ? BOLEH, tetapi bukan dengan isteri orang.

Sama ada seseorang itu Islam atau bukan Islam, tidak ada yang menganggap zina itu baik. Kalau terjadi juga, itu kerana manusia sudah jadi syaitan dan dan nafsunya sudah jahat sekali. Namun hati kecilnya tetap menolak; ertinya dia senantiasa dalam keadaan melawan hati kecilnya. Orang ini tidak tenang hidupnya. Dia diburu rasa bersalah dan berdosa sepanjang masa.

Keindahan Islam bukan sekadar terlihat dan terbukti pada syariat yang zahir. Malah dari sudut akhlak, keindahan itu lebih-lebih lagi terbukti dengan nyata. Akhlak yang baik, budi pekerti yang mulia yakni berbuat kebaikan sesama manusia sehingga dapat menghibur hati manusa, semua orang suka. Sama ada seseorang itu bangsanya Melayu, India, Cina, Punjabi, Dusun, Iban atau apa sahaja. Sama ada seseorang Islam, Kristian, Buddhist, Hindu atau apa saja. Kesemuanya suka kepada akhlak mulia. Semua suka kepada orang yang sentiasa tersenyum, peramah, baik hati, lemah-lembut, suka memberi khidmat. Tidak ada yang tidak suka.

Sebaliknya, tidak ada orang yang suka kepada orang yang suka menyakitkan hati manusia. Bagi orang yang suka menyakiti hati orang lain sebetulnya dia pun tidak mau orang lain menyakiti hatinya dan suka kalau ia dihibur. Begitulah fitrah. Maka Islam agama fitrah ini datang memerintahkan agar manusia berakhlak baik sesama manusia. Sabda Rasulullah SAW :

“Sebaik-baik manusia ialah manusia yang paling banyak membuat kebaikan untuk manusia lain.”

Dengan itu, siapa saja yang berakhlak buruk dengan sesama manusia, seperti sombong, bakhil, hasad dan lain-lain, bererti dia menentang ALLAH dan juga menentang fitrahnya. Orang begini bukan saja dimurkai ALLAH tapi dia membenci dirinya sendiri. Hidupnya tidak akan tenang dunia lebih-lebih lagi tidak tenang di akhirat. Kalau manusia saling mengisi fitrah, aman damailah masyarakat. Tapi apa yang terjadi sekarang kita susahkan orang tapi minta orang jangan susahkan kita. Lantas ianya menjadi penyebab tercetusnya permusuhan lalu sengketa semakin merata.

Dalam kehidupan manusia, tidak ada yang lebih penting hidupnya di dunia melainkan mempunyai TUHAN. Yang berkata TUHAN itu tidak wujud hanyalah aethist. Tetapi bila mereka ditimpa musibah atau masalah besar, mulut mereka akan terlafaz perkataan…. OH GOD.

Indahnya Islam, dalam menjadikan seseorang itu BERTUHAN pun ianya sangat indah, sangat memenuhi tuntutan hati dan fitrah seseorang manusia sehingga mereka rasa asyik kerana adanya Tuhan.

Manusia sifatnya suka menghambakan diri kepada tuannya yang menolong, melindungi dan yang memperhatikan dirinya. Atau dengan kata lain manusia rela mengabdikan diri kepada siapa yang dicintainya. Kalau kecintaannya itu perempuan maka ia akan menjadi hamba pada perempuan itu. Setiap saat dan setiap masa ber-SMS atau ber-WHATSAPP dengan yang dicintai. Kalau tak nampak wajah kekasihnya, nampak bumbung rumah kekasihnya pun jadilah.

Begitu juga jika kecintaannya pada kereta mewah, maka menghambalah ia pada kereta mewah. Maka setiap ada masa lapang, akan dicuci, akan dipolish kereta mewahnya. Pantang ada sebutir habuk singgah di dashboard keretanya, terus masuk salon kereta dan divaccum. Begitulah kecintaan dan menghambaakan diri kepada kereta mewah.

Kalau cintanya atau pautannya pada nafsu yakni menurut kata nafsu, jadilah ia seorang hamba nafsu. Maka berderetanlah dosa dan mungkar yang dilakukan. Tidak dipedulikan apa orang kata. Yang penting dia akan lakukan apa kehendak nafsunya kata.

Tapi aneh …. manusia sangat marah kalah dilabel dengan panggilan hamba wanita, hamba kereta atau hamba nafsu. Fitrah menolak sekalipun sikapnya memang betul begitu. 

Mengapa ? 

Sebab fitrah manusia ingin menjadi hamba ALLAH. Dan keinginan menjadi hamba selain ALLAH itu bukan fitrah. Hati, rohani, jiwa, perasaan, fitrah kejadian manusia tidak boleh terima dan tidak boleh gembira jika dirinya dilabel dengan pangilan hamba perempuan, hamba kereta atau hamba nafsu.

Sebaliknya, Hati, rohani, jiwa, perasaan dan fitrah kejadian manusia amat suka, amat gembira, amat tenang, amat bahagia jika dilabel dengan panggilan HAMBA ALLAH.

Katakanlah kepada siapa saja tanpa memandang orang kafir atau Islam, "Kamu ini hamba ALLAH", nescaya ia mengiyakan dan rasa senang dengan kata-kata itu baik di mulut atau di hati. Hal ini adalah kerana fitrah manusia telah ALLAH ciptakan untuk menyembah-NYA dan untuk menghambakan diri kepada-NYA. Lihat firman-NYA :

"Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah AKU" [Az-Zaariat : 56]

ALLAH mau manusia menyembah-Nya dan tidak pada yang lain. Maka dijadikan fitrah manusia itu INGIN mempunyai rasa bertuhan dan menghamba diri pada-NYA. Tanyakanlah pada orang-orang yang menyembah ALLAH atau tidak menyembah ALLAH, adakah dia ingin menyembah ALLAH dan suka pada orang-orang yang menyembah ALLAH ? Nescaya mereka akan menjawab memang suka. Suka pada pekerjaan menyembah ALLAH dan suka pada orang yang melakukannya. Cuma kalau mereka tidak melakukannya, itu bukan kerana benci, atau hati tidak mengakui, tetapi kerana nafsu dan syaitan menghalangi dan melalaikan mereka. Mereka tidak kuasa melawan nafsu (yang sifatnya ego), lalu menurutinya. Kalaulah bukan kerana nafsu dan syaitan, nescaya manusia ini akan sentiasa merindukan dan membesarkan Tuhannya dan sangat taat pada-NYA. 

Fitrah roh sudah kenal ALLAH dan mengaku untuk menyembah-NYA. Di dalam Al-Quran ada menceritakan hakikat ini : 

"ALLAH bertanya kepada roh : "Bukankah Aku Tuhanmu ?" Mereka menjawab : "Betul (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi"[Al A'raf : 172]

DAN … bagaimana dan apakah sifat TUHAN yang hendak disembah dan diperhambakan diri kepada NYA ?

Tidak ada siapa yang mahu Tuhan yang lemah yang boleh dibunuh mati, seperti tuhan yang bernama JESUS. Di bunuh mati oleh makhluk ciptaannya. 

Tiada siapa yang mahu Tuhan yang akalnya bodoh sehinga terpaksa berkongsi kerja tuhan dengan tuhan AYAH, tuhan ANAK dan tuhan ROH KUDUS, dalam ajaran Trinity.

Tidak ada siapa yang mahu Tuhan yang lemah, yang boleh dibunuh dengan memasukkan racun dalam makanan seperti yang berlaku kepada Gautama Buddha.

Tidak ada siapa yang mahu Tuhan yang lemah dan cacat sifatnya, mempunyai tangan yang banyak, atau berkepala gajah. 

Tidak ada siapa yang mahu Tuhan yang terpaksa diukir atau dibuat oleh penyembahnya. Perumpamaannya, seseorang membuat roti, lalu roti itu disembah sedangkan roti itu tidak mampu bergerak. Lantas bagaimana roti itu hendak memberi manfaat dunia dan akhirat kepada pembuat roti. Jika pembuat roti menyembah roti yang dibuat, akal yang waras, hati, rohani, jiwa, perasaan dan fitrah akan mengatakan, pembuat roti itu bodoh atau gila. Begitulah perumpamaan kepada penyembah berhala, mereka mengukir berhala dan mereka menyembahnya. Akal yang waras, hati, rohani, jiwa dan fitrah tidak dapat menerimanya dan akan mengatakan penyembahnya adalah gila atau bodoh.

Tidak ada siapa yang mahu Tuhan yang lemah sehingga terpaksa mempunyai tuhan langit, tuhan gunung, tuhan sungai, tuhan angin, dan lain-lain tuhan yang mempunyai portfolio masing-masing mengalahkan ahli-ahli parlimen di dunia demokrasi.

Tidak ada siapa yang mahu Tuhan yang lemah sehingga memerlukan tempat di langit. Sedangkan langit itu adalah ciptaan Tuhan. Sebelum langit di cipta, di mana Tuhan berada ? Apakah Tuhan memerlukan kepada makhluk (tempat di langit) ? Maka akal yang waras, hati, rohani, jiwa, perasaan dan fitrah tidak boleh menerima Tuhan memerlukan tempat. Akal yang waras, hati, rohani, jiwa dan fitrah tidak boleh menerima Tuhan memerlukan kepada makhluk yang dicipta-NYA. Sebaliknya makhluklah yang sebenar memerlukan Tuhan.

Tidak ada siapa yang mahu Tuhan yang lemah sehingga Tuhan perlu mempunyai tangan. Kerana tangan adalah juzuk anggota. Hanya makhluk sahaja yang mempunyai juzuk anggota. Jika Tuhan mempunyai juzuk anggota, itu sudah pun menyerupai makhluk. Jika menyerupai makhluk, di mana hebatnya dan di mana kuatnya Tuhan ? Kerana akal yang waras, hati, rohani, jiwa, perasaan dan fitrah yang ALLAH jadikan kepada manusia, hanya boleh menerima Tuhan semestinya TIDAK MENYAMAI sesuatu walau apa pun. Ini berdasarkan firman ALLAH Ta’ala :

“TIDAK ada sesuatupun yang serupa dengan DIA (ALLAH), dan DIA-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Asy-Syura, 11)

Maka tidak dapat disangkal, tidak dapat dinafikan, hanya Islam agama yang memenuhi kehendak fitrah kejadian manusia. Ini adalah kerana fitrah itu ciptaan ALLAH, manusia itu ciptaan ALLAH dan agama Islam itu adalah dari ALLAH, maka kesemua peraturan-peraturan hidup dalam Islam memenuhi kehendak fitrah manusia.

Begitulah huraian tentang indahnya Islam yang sesuai dengan fitrah manusia. Dan siapa yang tidak ikut Islam ertinya menentang fitrahnya. Walaupun mereka kaya-raya, mempunyai jawatan tinggi dan banyak ilmu, tidak akan tenang hidup mereka di dunia apalagi di akhirat, jika tidak mematuhi perintah ALLAH. Kerana bukan saja dia bermusuhan dengan ALLAH tapi juga bermusuhan dengan dirinya sendiri. Pada lahirnya manusia nampak ia senang-senang tapi hatinya hanya ALLAH saja yang tahu; kosong, gelisah, tersiksa, serba salah dan mudah marah.

Di Barat hari ini, orang yang kelihatan bijak pandai dan hidup senang dilaporkan banyak yang terkena sakit jiwa. Sehingga jumlah orang yang masuk rumah sakit jiwa melebihi jumlah orang yang masuk ke universti dan kolej. Di Timur, umat Islam yang sudah rosak imannya kerana terlalu menuruti nafsunya sedang menghadapi hal yang sama. Cara hidup yang mereka pilih telah menghantarkan mereka ke lembah masalah dan kesusahan.

Hanya Islam satu-satunya agama yang sistem hidupnya benar dan terbaik untuk diikuti. Yakni kehidupan Sunnah yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah dan Khulafaur Rasyidin serta semua salafussoleh. Dengan mencontohi mereka, nescaya manusia akan kembali kepada fitrah murninya dan akan bahagia di dunia dan akhirat. Antara ciri-ciri hidup mereka yang bahagia adalah :

1. Beriman dan bertaqwa
2. Beribadah dan berzikir.
3. Berakhlak mulia dengan ALLAH dan sesama manusia.
4. Berjuang dan berjihad dengan ALLAH dan sesama manusia.
5. Berkorban pada jalan ALLAH.
6. Menuntut ilmu dunia dan akhirat untuk melaksanakannya.
7. Bekerja mencari rezeki yang halal, di samping membangunkan tamadun ummah.
8. Taat dan patuh pada ALLAH, pada Rasul dan pada pemimpin yang taat kepada ALLAH.
9. Berkasih sayang.
10. Saling membantu dalam kebaikan dan menolak kejahatan.
11. Bermaaf-maafan.
12. Berlapang dada dalam masalah khilafiyah atau di sudut-sudut yang dibolehkan.

Ayuh sama-sama kita jadikan diri kita hamba ALLAH yang sebenar-benar hamba.

JIKA NOTES INI ADA MANFAAT ATAS IMAN DAN ISLAM. SILA SEBARKAN !!!

TIDAK ADA COPYRIGHT.