Pages

Memaparkan catatan dengan label dakwah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dakwah. Papar semua catatan

Selasa, 18 Ogos 2015

KISAH JENERAL SIAM MEMELUK ISLAM SETELAH MELIHAT KEINDAHAN USAHA DAKWAH DI THAILAND

 

KISAH JENERAL SIAM MEMELUK ISLAM SETELAH MELIHAT KEINDAHAN USAHA DAKWAH DI THAILAND

Suatu hari, seorang ketua tentera kerajaan Thailand yang bertugas di wilayah Selatan datang berjumpa Hj Abdul Rahman Patalong dan berkata, "Saya mahu bincang dengan tuan sesuatu ... "

"Nak bincang boleh. Tapi saya nak kena cepat pergi jord kat Yala." Haji Abdul Rahman diputuskan untuk menyampaikan bayan di Yala.

"Kalau camtu, saya nak ikut pergi sekali," kata Jeneral Phek yang beragama Buddha itu. Phek ( kambing ) adalah gelaran untuknya kerana beliau menyukai kambing.

"Nak ikut boleh, tapi tak boleh pakai camni." Ketika itu Jeneral Phek lengkap berpakaian seragam.

Haji kemudian membawa beliau ke tapak ijtimak. Sebelum masuk, Haji membelikan sepasang kurta untuk Jeneral Phek.

Setelah menukar pakaiannya, maka, beliau pun tanya apa yang beliau nak buat? Sebab waktu tu dah masuk waktu solat.

Haji Abdul Rahman pun kata, "Kalau dah pakai macam ni, kalau tak masuk sembahyang kat dalam masjid, nanti pelik pula orang tengok."

"Abistu saya nak buat camana?" Jeneral Phek tidak tahu sembahyang. Whudhuk pun tak pandai.
"Tuan masuklah sembahyang sekali. Pergi basahkan apa yang patut."
Beliau pun pergi ke tempat wuduk dan tiru-tiru orang Islam kat situ ambil wuduk. Kemudian masuk ke masjid dan bersolat sekali.

Kemudian, beliau pun duduk di dalam majlis bayan. Berbetulan waktu itu, Haji Abdul Rahman yang menyampaikan bayan.

Bayannya berkisar mengenai ekonomi Islam, akhlak Islam dan lain-lain. Tak ada sentuh bab-bab yang sensitif. Siapa yang pernah dengar bayan Haji Abdul Rahman tentunya tahu stail beliau bayan.

Selepas bayan, Jeneral Phek berjumpa Haji dan berkata yang beliau menyukai dakwah Islam. Lalu, beliau menyatakan keinginannya untuk membantu orang Islam.

"Kalau tuan nak bantu orang Islam, tuan kenalah peluk Islam dulu. Baru tuan faham perasaan orang Islam," kata Haji.

Jeneral Phek meminta masa agar dapat berfikir dahulu. Setelah pertemuan dengan Haji, beliau pun balik dan berfikir. Pada malam itu, lebih kurang jam 1.00 pagi , beliau menelefon Haji Abdul Rahman untuk menyatakan hasratnya memeluk Islam. Maka, pada malam itu juga beliau memeluk Islam.

Kisah ini berlaku antara lima - enam tahun lepas (2009-2010). Sejak keIslaman beliau, Jeneral Phek sering menghubungkan dirinya dengan Markaz Yala. Beliau juga keluar tiga hari belajar-belajar usaha agama.

Sejak beliau memeluk Islam juga, beliau tidak lagi memakai uniform datang ke pejabat. Sebaliknya beliau memakai kurtah dan jubah!

Atas kuasa sebagai ketua tentera yang ada padanya, beliau telah memberi jaminan keselamatan kepada gerakan dakwah Islam di Thailand sedangkan sejak lebih 10 tahun lalu, Selatan Thailand seringkali berhadapan dengan peristiwa pengeboman. Kawalan tentera agak ketat di beberapa tempat kerana wilayah ini sering diancam pengganas. Namun, gerakan dakwah dan tabligh boleh berjalan secara meluas tanpa sebarang sekatan daripada kerajaan. Salah satu asbabnya ialah jaminan yang diberikan oleh Jeneral Phek yang memakai nama baharu "Muhamad Amin bin Abdullah."

Sejak kebelakangan ini, hampir semua kem tentera di Selatan Thailand mempunyai masjid di dalamnya.Jeneral Phek juga pernah menjemput Habib Umar ke kemnya untuk menyampaikan dakwahnya. Begitu juga dengan ulama lain yang sering dijemput ke kem tentera.Baru-baru ini, Jeneral Phek mengadakan majlis doa selamat sempena pemergian beliau ke Tanah Suci. Masya-Allah!

Jumaat, 29 Mei 2015

Jangan Kasar Saudaraku, Jangan Membuat Manusia Lari dari Agama Allah Ta’ala

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Jangan Kasar
Allah ta’ala berfirman kepada Nabi-Nya Muhammad shallallahu’alaihi wa sallam,
فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ
“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu.” [Ali Imron: 159]
Al-Imam Al-Mufassir Abdur Rahman bin Nashir As-Sa’di rahimahullah berkata,
أي: برحمة الله لك ولأصحابك، منَّ الله عليك أن ألنت لهم جانبك، وخفضت لهم جناحك، وترققت عليهم، وحسنت لهم خلقك، فاجتمعوا عليك وأحبوك، وامتثلوا أمرك
ولو كنت فظا أي: سيئ الخلق { غليظ القلب } أي: قاسيه، { لانفضوا من حولك } لأن هذا ينفرهم ويبغضهم لمن قام به هذا الخلق السيئ
فالأخلاق الحسنة من الرئيس في الدين، تجذب الناس إلى دين الله، وترغبهم فيه، مع ما لصاحبه من المدح والثواب الخاص، والأخلاق السيئة من الرئيس في الدين تنفر الناس عن الدين، وتبغضهم إليه، مع ما لصاحبها من الذم والعقاب الخاص، فهذا الرسول المعصوم يقول الله له ما يقول، فكيف بغيره؟
أليس من أوجب الواجبات، وأهم المهمات، الاقتداء بأخلاقه الكريمة، ومعاملة الناس بما يعاملهم به صلى الله عليه وسلم، من اللين وحسن الخلق والتأليف، امتثالا لأمر الله، وجذبا لعباد الله لدين الله.
ثم أمره الله تعالى بأن يعفو عنهم ما صدر منهم من التقصير في حقه صلى الله عليه وسلم، ويستغفر لهم في التقصير في حق الله، فيجمع بين العفو والإحسان

“Maknanya: Dengan sebab rahmat Allah kepadamu (wahai Muhammad) dan sahabat-sahabatmu, maka Allah ta’ala menganugerahkan nikmat kepadamu sehingga engkau dapat berlemah lembut, rendah hati, halus dan berakhlak baik terhadap mereka, maka mereka pun bersatu bersamamu, mencintaimu dan menaati perintahmu.
“Sekiranya kamu bersikap keras”, maknanya: Berakhlak jelek. “Berhati kasar”, maknanya: Mengeraskan hati. “Tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu”, karena ini membuat mereka lari dan marah terhadap orang yang memiliki akhlak jelek ini.
Maka akhlak yang baik termasuk modal utama dalam agama, yang dapat menarik dan memotivasi manusia kepada agama Allah, bersama dengan pujian dan pahala yang khusus bagi pemiliknya. Adapun akhlak yang jelek dalam agama, termasuk sebab utama yang menjauhkan dan membuat marah umat manusia terhadap agama, bersama dengan celaan dan hukuman yang khusus bagi pemiliknya. Maka inilah Rasul yang maksum (terjaga dari dosa), namun Allah ta’ala berfirman kepada beliau tentang ini, bagaimana lagi dengan selain beliau?!
Bukankah termasuk kewajiban terbesar dan terpenting adalah meneladani akhlak beliau yang mulia dan bergaul dengan manusia sesuai perangai beliau shallallahu’alaihi wa sallam, yaitu perangai kelembutan, akhlak baik dan menyatukan hati demi menaati perintah Allah ta’ala dan menarik hamba-hamba Allah kepada agama Allah.
Kemudian (dalam lanjutan ayat) Allah ta’ala memerintahkan beliau shallallahu’alaihi wa sallam untuk memaafkan kesalahan mereka terhadap beliau dan memohonkan ampun atas kesalahan mereka kepada Allah ta’ala, maka dengan begitu beliau telah mengumpulkan antara pemaafan dan perbuatan baik.”[Tafsir As-Sa’di, hal. 154]
Beberapa Pelajaran:
1) Dengan sebab rahmat (kasih sayang) Allah ta’ala kepada hamba-hamba-Nya sehingga mereka diberikan taufiq oleh Allah ta’ala untuk dapat beramal shalih, maka tidaklah patut bagi seorang hamba untuk menyombongkan diri dan merasa bangga dengan amalan-amalan shalih yang ia kerjakan.
2) Apabila tidak patut menyombongkan diri dan berbanga-bangga dengan amal shalih maka lebih tidak patut lagi untuk sombong dan bangga dengan kemewahan dunia.
3) Perintah berakhlak baik dan celaan terhadap akhlak yang jelek.
4) Pentingnya akhlak yang baik bagi seorang da’i, bahwa dakwah tidak cukup hanya dengan penyampaian ilmu, tapi harus disertai dengan akhlak yang mulia dalam bergaul.
• Dan bahwa kelembutan adalah asal dalam berdakwah,
• Tidak boleh bersikap keras kecuali ketika dibutuhkan,
• Dilakukan sesuai kadarnya,
• Dan tidak memunculkan kemudaratan yang lebih besar.
• Terutama di zaman ini, kelembutan lebih ditekankan lagi, inilah bimbingan ulama besar di masa ini. Asy-Syaikh Ibnu Baz rahimahullah berkata,
هذا العصر عصر الرفق والصبر والحكمة، وليس عصر الشدة. الناس أكثرهم في جهل، في غفلة إيثار للدنيا، فلا بد من الصبر، ولا بد من الرفق حتى تصل الدعوة، وحتى يبلغ الناس وحتى يعلموا. ونسأل الله للجميع الهداية.
“Zaman ini adalah zaman kelembutan, sabar dan hikmah, bukan zaman kekerasan. Kebanyakan manusia dalam kebodohan terhadap agama dan lalai serta lebih mementingkan dunia, maka berdakwah harus dengan kesabaran dan kelembutan agar sampai kepada manusia dan mereka dapat memahami ilmu agama. Dan kita memohon hidayah kepada Allah untuk semuanya.” [Majmu’ Al-Fatawa, 8/376]
5) Peringatan dari bahaya kejelekan akhlak, bukan hanya terhadap diri, tetapi juga terhadap agama, bahwa yang menghalangi manusia dari agama Allah bukan saja para penyesat umat dari kalangan ahlul bid’ah dan kesesatan, tetapi bisa juga dari kalangan ahlus sunnah yang berakhlak jelek, sehingga manusia lari dari agama Allah ta’ala.
Oleh karena itu Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam banyak berpesan kepada para sahabat beliau untuk bersikap lemah lembut kepada manusia dan memberikan kemudahan. Diantaranya sabda beliau shallallahu’alaihi wa sallam kepada dua orang sahabat (Mu’adz bin Jabal dan Abu Musa Al-‘Asy’ari radhiyallahu’anhuma) yang akan diutus ke negeri Yaman untuk berdakwah,
يَسِّرَا وَلاَ تُعَسِّرَا، وَبَشِّرَا وَلاَ تُنَفِّرَا، وَتَطَاوَعَا وَلاَ تَخْتَلِفَا
“Hendaklah kalian berdua memberi kemudahan dan jangan mempersulit, memberi kabar gembira dan jangan membuat manusia lari, saling rukun dan jangan berselisih.” [HR. Al-Bukhari dan Muslim dari Sa’id bin Abi Burdah dari Bapaknya dari Kakeknya radhiyallahu’anhu]
Demikian pula sabda beliau shallallahu’alaihi wa sallam ketika menegur para sahabat dalam memperlakukan Orang Arab Badui yang kencing di masjid,
دَعُوهُ وَهَرِيقُوا عَلَى بَوْلِهِ سَجْلًا مِنْ مَاءٍ، أَوْ ذَنُوبًا مِنْ مَاءٍ، فَإِنَّمَا بُعِثْتُمْ مُيَسِّرِينَ، وَلَمْ تُبْعَثُوا مُعَسِّرِينَ
“Biarkan dia dan siramlah kencingnya dengan seember air atau sebejana air, karena sesungguhnya kalian diutus untuk memberikan kemudahan, bukan untuk mempersulit.” [HR. Al-Bukhari dari Abu Hurairahradhiyallahu’anhu]
Dan lihatlah kelebihan-kelebihan Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam yang dapat membantu dakwah beliau agar diterima manusia, diantaranya:
1. Beliau dikenal sebagai Al-Amin, orang yang jujur lagi terpercaya jauh sebelum diangkat menjadi nabi dan rasul.
2. Beliau memiliki kefasihan bahasa dan diberikan jawaami’ul kalim (kalimat-kalimat yang ringkas namun mengandung makna yang luas).
3. Keluasan ilmu beliau tidak diragukan lagi, karena Al-Qur’an dan As-Sunnah diturunkan kepada beliau.
4. Beliau didukung oleh tanda-tanda kenabian, yaitu berbagai macam mukjizat yang membuktikan kebenaran ajaran beliau.
5. Para penyair Arab yang hebat tidak mampu mendatangkan sebuah syair dan ucapan yang semisal atau lebih baik dari Al-Qur’an yang beliau bawa.
Dan masih banyak lagi keistimewaan-keistimewaan yang beliau miliki untuk menguatkan dan membantu dakwah beliau. Namun, bersamaan dengan itu Allah ta’ala memperingatkan, andaikan beliau berakhlak jelek maka manusia akan lari dari agama Allah ta’ala yang beliau dakwahkan. Maka sudah tentu, kita pun sangat butuh untuk menghiasi diri dengan kelembutan dan akhlak mulia dalam berdakwah.

Selasa, 30 September 2014

BOLEHKAH BERI ZAKAT KEPADA BUKAN MUSLIM?

BOLEHKAH BERI ZAKAT KEPADA BUKAN MUSLIM?
Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

Soalan: Prof Madya Dr Asri, saya ingin bertanya mengenai bolehkah orang bukan Islam mendapat peruntukan zakat. Saya difahamkan ada pendapat yang menyatakan golongan muallaf yang berhak dapat zakat itu, ada pendapat kata termasuk yang bukan muslim. Begitu juga fakir miskin. Tapi ada yang beritahu tidak boleh. Sehingga timbul isu politik. Saya rasa di Malaysia ini kita patut faham Islam dengan lebih luas. Harap tuan dapat berikan pencerahan kepada kami.
 Nuruddin, Selangor.

Jawapan Prof Madya Dr MAZA: Terima kasih saudara yang bertanya. Usaha saudara dan rakan-rakan untuk memahami Islam dengan lebih luas adalah sesuatu yang terpuji. Apatah lagi dalam isu-isu muamalat yang membabit interaksi antara agama yang memberi impak kepada perkembangan Islam. Untuk menjawab persoalan saudara, di sini saya sebutkan beberapa perkara;

1. Masalah bolehkah bahagian sadaqah wajib atau yang dinamakan zakat diberikan kepada bukan muslim adalah masalah khilafiyyah (perbezaan pendapat) dalam kalangan fuqaha(sarjana fekah). Al-Imam al-Syafi’i r.h (w. 204H) berpendapat tidak boleh. Pendapat yang sama dikeluarkan oleh fuqaha lain. Pendapat ini beliau sebutkan dalam karyanya yang terkenal al-Umm, katanya:
“Golongan muallaf (mereka yang dijinakkan jantung hati) ialah sesiapa yang masuk ke dalam Islam. Tidak diberikan sadaqah (zakat) kepada musyrik untuk menjinakkannya dengan Islam. Jika ada yang berkata: Ketika peperangan Hunain Nabi telah berikannya kepada sebahagian muallaf dari kalangan musyrikin. (Jawapannya) itu adalah pemberian dari harta fai (harta rampasan), atau dari harta Nabi s.a.w sendiri. Bukan dari harta zakat”. (al-Umm, 2/338. Beirut: Dar Ihya al-Turath al-‘Arabi).
2. Pendapat al-Imam al-Syafi’i r.h tersebut telah menjadi pegangan dalam Mazhab al-Syafi’i. Maka, kita dapati tokoh-tokoh dalam mazhab al-Syafi’i akan menegaskan hal yang sama. Ini seperti al-Imam al-Syirazi dalam al-Muhazzab, al-Imam an-Nawawi dalam al-Majmu’ dan lain-lain. Berdasarkan asas ‘kekufuran’ itu menghalang bukan muslim menerima peruntukan zakat, maka –dalam Mazhab al-Syafi’i mereka tidak boleh menerimanya samada atas tiket kefakiran ataupun muallaf.
3. Adapun jika kita melihat pendapat yang lain, sebahagian para fuqaha menyatakan mereka boleh menerima zakat atas peruntukan ‘al-muallafah qulubuhum’ iaitu yang dijinakkan jantung hati mereka kepada Islam. Ini seperti yang dinaskan oleh al-Quran dalam Surah al-Taubah ayat 60. Peruntukan ini merangkumi mereka yang masih kafir dan yang telah menjadi muslim. Kata al-Imam Ibn Qudamah (w. 620):
“Muallaf itu dua bahagian: kuffar dan muslimin yang mana mereka itu pemimpin yang ditaati dalam kaum dan keluarga mereka. Bahagian kuffar ini pula ada dua kelompok: pertama; orang yang diharapkan dia menganut Islam, maka diberikan zakat agar hasrat keislamannya bertambah dan jiwanya cenderung kepada Islam, lalu dia menjadi muslim…kelompok kedua; orang yang dibimbangi kejahatannya. Diharapkan dengan pemberian kepadanya akan menghalang kejahatannya dan mereka yang bersamanya..” (Ibn Qudamah, al-Mughni 9/317. Kaheran: Hijr).
zakat1.jpg
4. Inilah pendapat yang ditarjihkan (dinilai lebih kuat penghujahannya) oleh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam Fiqh al-Zakah, Dr ‘Abd al-Karim Zaidan dalam al-Mufassal, juga Dr ‘Umar Sulaiman al-Asyqar dalam kertas Ta’lif al-Qulub ‘ala al-Islam bi Amwal al-Sadaqah dan lain-lain. Maka, berdasarkan pendapat ini boleh diberikan zakat bahagian muallaf kepada bukan muslim yang berpengaruh dalam kaum atau masyarakat mereka yang diharapkan pemberian itu menggalakkan dia atau pengikutnya menerima Islam, atau mengurangkan sikap permusuhan dengan Islam. Pendapat ini disokong oleh pelbagai riwayat yang mana Nabi s.a.w memberikan kepada pemimpin-pemimpin Arab yang masih kafir seperti Sofwan bin Umayyah. Sehingga Sofwan pernah berkata:
“Demi Allah! Rasulullah s.a.w memberikan kepadaku begitu banyak. Dahulunya, dia adalah orang yang paling aku benci. Dia terus memberi kepadaku sehingga dia menjadi orang yang paling aku sayangi” (Riwayat Muslim).
5. Walaupun Mazhab al-Syafi’i dan selainnya menyatakan bahawa nas Surah al-Taubah itu bermaksud mereka yang sudah menganut Islam dan kisah Nabi s.a.w memberikan harta kepada pembesar-pembesar Arab yang masih kafir itu diambil dari peruntukan selain zakat, namun di sana ada ayat al-Quran lain yang menunjukkan bahawa Nabi memberikan sadaqah (zakat) kepada bukan muslim. Firman Allah dalam Surah al-Taubah ayat 58-59: (maksudnya)
“dan antara mereka ada yang mencelamu (wahai Muhammad) mengenai (pembahagian) sedekah-sedekah (zakat); oleh itu jika mereka diberikan sebahagian daripadanya (mengikut kehendak mereka) mereka suka, dan jika mereka tidak diberikan dari zakat itu (menurut kehendaknya), (maka) dengan serta merta mereka marah. Dan (alanglah baiknya) kalau mereka berpuas hati dengan apa yang diberikan oleh Allah dan RasulNya kepada mereka dan berkata: “cukuplah Allah bagi kami; Allah akan memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, demikian juga RasulNya; Sesungguhnya kami sentiasa berharap kepada Allah”.
Kata Dr ‘Umar Sulaiman al-Asyqar:
“Nas ini amat jelas bahawa golongan ini yang mendapat sadaqat (zakat), pemberian tersebut adalah untuk menjinakkan jantung hati mereka kepada Islam. Pastinya belum menganut Islam jantung hati yang orang mencela Rasulullah s.a.w mengenai zakat”. (ibid).
Ertinya, mereka itu belum menganut Islam, jika tidak, mana mungkin mereka mencela Rasulullah s.a.w kerana itu perbuatan yang kufur. Justeru, ayat ini memberi maksud Rasulullah s.a.w memberikan zakat kepada bukan muslim untuk dijinakkan jantung hati mereka pada zaman baginda.
6. Bagi saya, pendapat yang membolehkan zakat bahagian muallaf diberikan kepada bukan muslim dengan tujuan dakwah adalah lebih kukuh dan sangat relevan untuk masa kini. Hari ini Islam disalahfahami dan dituduh sebagai agama yang negatif. Pemberian zakat kepada muallaf yang sudah muslim dan belum muslim dapat membantu memelihara keindahan Islam. 
Jika kita bimbang aktiviti dakwah agama lain yang menggunakan sumbangan kewangan dan bantuan, mengapa tidak kita mengamalkan pendapat para ulama yang membolehkan pemberian zakat muallaf kepada mereka yang bukan muslim untuk menarik minat mereka kepada Islam?!
7. Selain dari peruntukan zakat kepada bukan muslim atas nama muallaf, para ulama juga berbeza pendapat tentang peruntukan zakat fakir miskin kepada bukan muslim. Jumhur (majoriti) berpendapat tidak boleh. Namun, Dr Yusuf al-Qaradawi mentarjihkan bahawa ia dibolehkan (lihat: Fiqh al-Zakat, 2/707) . Antara dalil dalam hal ini, Saidina ‘Umar ketika membaca firman Allah dalam Surah al-Taubah ayat 60 itu: (maksudnya)
“Sesungguhnya sadaqat (zakat) itu untuk golongan fakir…”, beliau berkata: “Di zamanku ini mereka itu adalah Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian)” (Riwayat Ibn Abi Syaibah).
8. Para sarjana fekah bersepakat bahawa peruntukan zakat tidak boleh diberikan kepada kuffar yang memerangi Islam atau golongan kafir harbi. Ini berasaskan firman Allah: (maksudnya):
“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memeberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. (Surah al-Mumtahanah 8-9).
Namun bagi yang tidak memerangi Islam; samada mereka warga negara umat Islam, atau yang ada perjanjian keamanan dengan kerajaan umat Islam, atau anak-anak dan kaum wanita kafir harbi yang bapa mereka memerangi tetapi mereka tidak terlibat, boleh diberikan peruntukan zakat muallaf atau fakir miskin ini.
9. Institusi zakat sebenarnya, jika berperanan dengan betul akan membangun umat Islam, dakwah Islam dan membina imej yang baik untuk masyarakat Islam. Jika zakat diuruskan dengan baik, banyak yang dapat dilakukan. Hanya kepada Allah tempat kita mengadu!

RASA BERSALAH KERANA ISLAM

RASA BERSALAH KERANA ISLAM
Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin


Jika kita menonton berita di seluruh dunia, apatahlagi di Barat ini, kelihatan Islam seolah agama yang teramat bermasalah. Negara-negara umat Islam tidak habis-habis dengan krisis, orang Islam pulak dikaitkan dengan kegiatan keganasan di sana sini. 
Tiada satu hari rasanya yang tiada berita yang menggambarkan keburukan umat Islam. Maka, janganlah hairan jika ada muslim di Barat ini terasa berat untuk mengaku muslim.
Maka mengkagumkan saya, wanita-wanita muslimah yang terus berhijab ketika berada di Barat ini. Mereka ini tanpa memperkenalkan diri pasti diketahui bahawa mereka muslimah. Mereka tidak apologetic dengan Islam mereka.

Lebih mengkagumkan lagi kumpulan-kumpulan dakwah yang giat berdakwah kepada Islam untuk masyarakat di sini. Hampir setiap minggu saya ke Speakers’ Corner di Hyde Park London, saya lihat kesungguhan berkempen kepada Islam oleh ramai muslim di sini. 
Demikian juga banyak kegiatan dakwah orang muslim di sana sini di London ini. Program-program masjid juga agak aktif. Mereka yang bersungguh ini kebanyakannya orang biasa, bukan ilmuwan besar tapi ada kesungguhan yang besar. Tiada gaji khusus untuk dakwah, tapi ada semangat yang khusus untuk dakwah dalam suasana yang seperti ini.
Apologetic Feeling
‘Apologetic feeling’ muncul dalam perasaan muslim dalam era ini setelah media massa menguasai pemikiran manusia yang menggambarkan keburukan Islam. Apologetic syndrome ini makin mudah menjalar terutama yang hidup di tengah-tengah masyarakat Barat. 
Justeru saya kagum dengan Sayeeda Warsi wanita muslim pertama dalam cabinet UK yang meletakkan jawatan kerana tidak puas hati terhadap sikap David Cameron mengenai isu Gaza. Sedangkan dalam negara orang muslim ada yang menggelar diri ulama dan ahli politik bukan sahaja takut membantah Israel sebaliknya membantah orang yang memboikot barangan Israel.

Saya membaca berita Malaysia tentang seorang melayu yang mati terkorban berjuang di Syria. Saya tidak kenal dan tidak tahu siapa beliau itu. Saya baca wawancara media dengan beliau. Nampak macam menarik. Maka, saya tidak berani mengulas. 
Apakah beliau bersama dengan kumpulan pengganas yang membunuh orang yang tidak berdosa ataupun beliau memang memerangi mereka yang kejam dan zalim terhadap wanita, kanak-kanak, orang tua dan masyarakat awam yang tidak bersalah. 
Tersalah ulas kita berdosa dengannya dan dihukum oleh Allah jika dia memang ikhlas dan benar. Sesiapa yang menghina orang baik yang mati, apatahlagi kekasih Allah pasti akan menerima hukuman Allah di dunia dan di akhirat.
Syahid
Saya lihat ada pihak yang memakai topi agama begitu pantas mengulas. Ada yang kata diamati katak’. Ada yang kata tempatnya dalam neraka. Sama sekali dia bukan syahid. Begitu pantas hukumannya. 
Saya teringat semasa tragedi MH17 baru-baru, kelompok agamawan ini juga dengan jelas menyebut mangsa yang terkorban itu syuhada. Katanya, mereka syahid akhirat kerana kemalangan. 
Padahal, jika kategori syahid akhirat itu hendak di ‘highlightkan maka setiap yang kemalangan samada atas jalanraya ataupun selainnya juga syahid. Sabda Nabi s.a.w:
“Siapakah yang kamu hitung sebagai syahid dalam kalangan kamu?”. Jawab para sahabat: “Wahai Rasulullah! Sesiapa yang mati pada jalan Allah maka dia syahid”. Jawab baginda: “Kalau begitu, para syuhada umatku sedikit”. Tanya mereka: “Siapakah mereka (syuhada) wahai Rasulullah?”. Jawab baginda: “Sesiapa yang mati pada jalan Allah maka dia syahid, sesiapa yang mati disebabkan taun maka dia syahid, sesiapa yang mati disebabkan sakit perut maka dia syahid” (Riwayat Muslim).
Maka, sepatutnya kita sebut setiap musim perayaan ‘telah syahid pada musim perayaan ini si fulan bin si fulan’ di lebuhraya sekian dan sekian ketika pulang berhari raya. Memang secara umumnya mereka yang mati kesakitan dan kemalangan mendapat fadilat tertentu. 
Namun tidaklah disebut sebagai syahid dalam kategori khas yang membabitkan jihad fi sabilillah. Cumanya, sejak sekian lama kemalangan jalanraya di Malaysia, pernahkah kita lihat mereka mengeluarkan kenyataan syahid ini? Maka, kita pun faham, kenyataan golongan agama banyak yang bersifat ‘pasaran semasa’ bagi menunaikan ‘market demand’.
Apabila kita sebut syahid, ataupun makam syuhada seperti yang terdapat di Mutah, Jordan maka dimaksudkan syahid berperang pada jalan Allah. Apologetic feeling ataupun mungkin ‘periuk nasi feeling’ menyebabkan ada yang takut untuk menyatakan pejuang Palestin itu syahid takut kita dilebel sebagai cenderung kepada pengganas. Ini penyakit sesetengah agamawan ‘jawatan berkontrak’.
Terrorism
Kita tidak pernah menyokong keganasan terhadap mereka yang tidak berdosa daripada mana-mana pihak, termasuk yang berjuang atas nama Islam. Namun, mengapakah kita mesti menyimpulkan setiap yang berjuang membela rakyat Syria yang sedang dibunuh secara kejam dan zalim itu sebagai pengganas dan perjuangan mereka sia-sia?! Apakah semua mereka ISIS?
Jika kita tidak berani menyimpulkan dia syahid ataupun tidak, apakah kita perlu menyatakan dia mati sia-sia? Kita pun tidak tahu keadaan mereka yang mati semasa tragedi MH17 baru-baru. Pun secara umum ada yang menyebut syahid. Saya tidak menyimpulkan syahid ataupun tidak pada saudara kita yang terkorban di Syria baru-baru ini. Saya tidak tahu tentang beliau. 
Namun, kaedah umum sesiapa yang berjuang kerana Allah membela agamanya, membela mereka yang tertindas dan dizalimi, berpandukan cara yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w, jika dia terkorban maka dia syahid. Sesiapa yang berjuang untuk hawa nafsunya, menyanggahi jalan yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w jika dia terkorban maka dia tidak syahid.
Dalam al-Quran Allah berfirman: (maksudnya)
“Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas yang terdiri daripada kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! keluarkanlah kami dari negeri ini, yang penduduknya zalim, dan jadikanlah bagi kami daripada pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh). Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan taghut (pelampau). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah”. (Surah al-Nisa, ayat 75-76).
Berdasarkan ini, kata al-Imam al-Jasas (wafat 370H):
“Adalah sesuatu yang diketahui umum bahawa telah menjadi iktikad seluruh kaum muslimin; apabila penduduk sesuatu negeri (kaum muslimin) dalam ketakutan dari serangan musuh, dan mereka tidak mampu menghadapinya merasa terancam negeri, nyawa dan kaum mereka, maka ketika itu wajib ke atas seluruh umat untuk keluar mempertahankan kaum muslimin dari serangan musuh. Ini adalah perkara yang tiada khilaf lagi di kalangan umat. Tiada sesiapa pun yang menyatakan harus dibiarkan ditumpahkan darah kaum muslimin” (Abu Bakr al-Jasas, Ahkam al-Quran, 4/312, Beirut: Dar Ihya al-Turath al-`Arabi).
Namun di sana ada hadis, kata Abu Hurairah r.a:
“Kami menyertai Rasulullah s.a.w dalam satu peperangan. Baginda berkata kepada seorang lelaki yang mendakwa Islam, “dia dalam kalangan ahli neraka”. Apabila peperangan berlaku, lelaki tersebut telah berperang dengan hebat dan tercedera. Lalu ditanya Rasulullah s.a.w: “Engkau telah berkata dia dalam kalangan ahli neraka sedangkan dia berperang hari ini dengan hebatnya dan telah mati”. Jawab baginda: “Ke neraka”. Maka sesetengah pihak merasa keraguan. Dalam keadaan tersebut, tiba-tiba mereka dimaklumkan dia belum mati, tetapi tercedera parah. Apabila malam menjelang dia tidak dapat sabar atas kecederaannya, lalu membunuh diri. Lalu diberitahu perkara tersebut kepada Rasulullah s.a.w, lantas baginda bersabda: “Allahu Akbar!, aku menyaksikan aku hamba Allah dan rasulNya!”. Lalu baginda perintahkan Bilal agar mengistiharkan bahawa tidak akan masuk syurga melainkan “jiwa yang muslim” dan Allah mungkin menguatkan agamaNya dengan lelaki yang jahat”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Maka, perjuangan hendaklah mengikut jalan Nabi s.a.w. Jika tidak mengikut jalan Islam, sekalipun berperang atas nama Islam, tidak dikira jihad yang sebenarnya. Apatahlagi jika membunuh mereka yang tidak bersalah. Banyak disiplin medan jihad yang perlu dipatuhi. Pun begitu seseorang mujahid boleh sahaja tersilap. Maklum sahaja di medan perang. 
Kita yang tidak di medan perang pun tersilap apatah lagi yang di medan. Khalid al-Walid pernah membunuh tawanan perang, Nabi s.a.w membantah beliau. Inikan pula selain Khalid al-Walid. Kesilapan yang bukan kebiasaan tidak menafikan status jihad.
Saya bukan pejuang di medan yang membela rakyat Palestin, Syria dan selain mereka. Saya membantah kumpulan yang berjuang atas nama Islam tetapi mengganas dan membunuh mereka yang tidak bersalah. 
Namun, saya tahu ada yang memang pergi menolong untuk menyelamatkan kanak-kanak, wanita, orang tua dan orang yang tertindas. Mereka mungkin tidak ganas ataupun tidak menzalimi pihak lain. Saya tidak mahu mencemari lidah mencerca mereka. Mereka mungkin kekasih Allah, siapalah saya?! Janganlah apologetic feeling membunuh keadilan kita.