Pages

Memaparkan catatan dengan label sujud. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sujud. Papar semua catatan

Khamis, 23 Mac 2017

SUNNAH YANG DIABAIKAN

*SUNNAH YANG DIABAIKAN*

*Makmum tidak turun sujud melainkan imam telah meletakkan dahinya di tempat sujud.*

*Ramai di kalangan kita yang solat berjamaah mengabaikan sunnah ini. Boleh dikatakan 95% turun serentak dengan imam untuk sujud sedangkan para sahabat r.a yang bersolat di belakang Nabi saw tidak turun sujud melainkan Baginda saw telah meletakkan dahinya di tempat sujud sebagaimana Hadis Sahih Riwayat Imam Muslim ini:*

عن البراء بن عازب

*كانوا يصلون مع رسول الله صلى الله عليه وسلم ، فإذا ركع ركعوا ، و إذا قال : " سمع الله لمن حمده " لم يزالوا قياما حتى يروه قد وضع وجهه ( و في لفظ : جبهته ) في الأرض ، ثم يتبعونه.*

*daripada al Barra' bin Azib r.a : Para sahabat bersolat bersama Rasulullah saw, apabila Baginda saw telah ruku', mereka pun ruku'. bila Baginda berkata :*
*Samiallahu liman hamidah,*
*mereka kekal berdiri sehinggalah mereka melihat Nabi saw meletakkan dahinya di lantai kemudian baru mereka mengikutinya.*
[Hadis Sahih Riwayat Imam Muslim ]

*LEPAS BACA TU JANGAN LUPA SEBARKAN KEPADA KAWAN @ GRUP LAIN AGAR LEBIH RAMAI MENDAPAT ILMU, BERPENGETAHUAN & CAKNA.*

Isnin, 6 Mac 2017

R A H S I A S U J U D K E T I K A S O L A T .

Sujud melibatkan 5 anggota badan yang bertumpu pada bumi, iaitu:
- dahi
- hidung
- kedua telapak tangan
- lutut
- kedua hujung kaki (jari).

Sujud adalah konsep merendahkan diri, memuji Allah SWT  dan meminta segala macam permintaan kepada Allah swt.

Sekaligus, mengikis sifat tercela seperti sombong, riya', ujub,  takabur dll.

Dr Fidelma O'Leary, Phd Neuroscience dari St Edward's University, telah menjadi mu'allaf, karena mendapati fakta tentang manfaat sujud bagi kesehatan.

Dalam kajiannya ditemukan bahwa
ada beberapa urat syaraf di dalam otak manusia yg tidak dimasuki darah dan urat ini hanya dimasuki darah ketika manusia bersujud.

Tetapi urat saraf ini hanya memerlukan darah untuk beberapa saat tertentu saja.
Iaitu pada waktu-waktu solat yang telah ditetapkan (subuh, zuhur, asar, maghrib dan Isya').

SubhanAllah...

Jadi, siapa yang tidak solat maka urat ini tidak menerima darah sehingga otaknya tidak berfungsi secara normal.

Salah satu indikasinya adalah timbul macam-macam gejala sosial di masyarakat yg tidak solat saat ini.

Karena letak otak di atas jantung, maka kata Prof Hembing, jantung hanya mampu membekalkan 20% darah ke otak manusia,
maka dibantu lagi dengan sujud yang lebih lama agar menambah kekuatan aliran darah ke otak.

Hal ini sesuai dengan apa yang disampaikan Rasulullah saw, supaya kita sujud berlama-lama pada raka'at terakhir.

Manfaat sujud berlama-lama ini adalah untuk:

1. Menolak pening

2. Jauhi migrain

3.  Segarkan otak

4.  Tajamkan akal pikiran (peka)

5.  Legakan sistem pernafasan

6.  Betulkan pundi peranakan yang jatuh

7. Betulkan dan kukuhkan kedudukan bayi dalam kandungan

8. Elak kandungan songsang dll.

Dan yang menakjubkan, jika kita memperhatikan, bentuk saraf yang ada dalam otak kita berbentuk seperti orang yang sedang sujud...

SUBHANALLAH..........

Khamis, 8 Mei 2014

Apakah Itu Tomakninah ?

Apakah Itu Tomakninah ? (Rukun Sembahyang Yang ke 13)

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Seminggu saya tinggalkan Malaysia untuk menziarah guru saya di Desa Babatan Kesamben Belitar Jawa Timur Indonisia. Seminggu juga saya tidak mengerakkan jejari daif ini melalui komputer.

Pada jam 12.04, tanggal 19 Dec, biarpun penat dari perantauan masih terasa,  saya keraskan semangat untuk terus menulis. Pada mulanya saya berhajat untuk melelapkan mata, kerana pada pagi keesukan harinya, saya ada ceramah di Kota Melaka. 

Namun memandangkan umur saya sudah begitu terpanggil untuk pulang  ke kampong asal, kesuntukan masa ini, menghambat saya untuk terus berkaria sebanyak mungkin. Saya akan gunakan kesempatan yang berbaki ini, untuk mencurahkan ilmu sebanyak-banyaknya kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Jangan kita kira panjangnya usia , mari kita kira panjangnya hidup dengan tulisan. Hidup ini hanya sekejab, untuk memenafaatkannya mari kita sama-sama panjang-panjangkan bekas tangan. Supaya dengannya membolehkan orang sesudah ketiadaan kita, sekurang-kurangnya masih boleh menatapi dan membaca, bekas atau hasil tangan kita !.

Umur tidak boleh kita panjangkan, namun kita boleh panjangkan ia dengan ilmu tulisan!. Hidup ini boleh kita panjangkan dengan ilmu!. Seumpama ulamak-ulamak terdahulu,biarpun jasadnya sudah lama kembali, namun hasil tangan beliau masih dapat kita tatapi dan masih boleh kita menafaatkan!.

Sebutan yang boleh dikenang orang sesudah pemergian kita itu, adalah tulisan tangan!. Tulisan tangan kitalah yang dikatakan hidup kali kedua, iaitu hidup sesudah mati!

Sebelum itu, ingin saya mengetuk dinding pintu hati tuan-tuan untuk mengajak  kembali semula menghayati apakah itu rukun sembahyang?. Rukun sembahyang itu, semuanya ada tiga belas perkara.

1) Niat

2) Takbir

3) Berdiri Kiam

4) Membaca Surah Al-Fatihah

5) Rukuk

6) Iktidal

7) Sujud

8) Duduk antara dua sujud

9) Duduk tahat akhir

10) Membaca tahat akhir

11) Membaca Selawat

12) Membaca Salam

13) Tomaninah

Yang hendak saya perbincangkan disini, adalah rukun yang ketiga belas iaitu tomaninah!. Apakah maksud atau erti tomaninah. Rukun lain yang bermula dari niat sampailah kepada rukun yang kedua belas, semuanya ada pergerakkan atau ada perbuatan. Sedangkan rukun yang ketiga belas, tidak ada perbuatan atau pekerjaan, kenapa?.

Sila bagi jawapan?…………………………….

Jam sudah menunjukkan 01.00 tengah malam, mata saya tidak lagi rasa megantuk, namun memandangkan esuk paginya saya hendak bertolak ke Melaka, jam selepasa subuh, rasanya sampai disini sahaja dulu, kita sambung lagi esuk, jika sekiranya ada yang memberi respon!.

Apakah itu tomaninah (tertib). Apakah tomaninah itu, hanya sekadar tertib (turutan)?. Jika kita turuti tertib, hendak saya ajukan pertanyaan kepada tuan-tuan, rukun sembahyang yang pertama itu niat, yabf kedua berdiri.

Jika sekiranya kita nak ikut tertib, disini ingin saya ajukan pertanyaan, semasa tuan-tuan mengerjakan sembahyang, tuan-tuan berdiri dahulu ke atau niat dahulu?, cuba jawab?………………

Cuba perhatikan baik-baik, tuan-tuan berdiri dahulu ke atau tuan-tuan niat dahulu?. cuba jawab?………………………..

Satu lagi pertanyaan, mana dahulu antara berdiri dengan niat dan mana dahulu antara niat dengan takbir ratulihram?. Cuba jawab?……………………………..

Kita selama ini, mengerjakan sembahyang  dengan 1) dahulu berdiri, 2) Selepas berdiri kita takbir dan barulah disusuli dengan 3) niat!.

Sesudah berdiri, baru kita takbir dan didalam takbir ituah baru kita niat?. Apakah kita turut atau ikut tertib (tomaninah). Apakah sebenar-benar maksud tomaninah?……………………………

Cuba jawab?……………………………..Cuba jawab?…………………………..

Apakah semasa kita hendak bangun dari tempat duduk itu kita niat sembahyang, sesudah niat semasa hendak bangun dari tempat duduk untuk berdiri. Sesudah berdiri kiam, biasanya baru kita  takbir dan didalam takbir itu, barulah kita kosad niat!. Apakah diodalam takbir itu, tidak perlu lagi kepada niat?………………………

Dimanakah sebenarnya peranan tomaninah (yang dikatakan tertib atau ikut turutan?)?. Cuba jawab……………………………………