Pages

Memaparkan catatan dengan label salam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label salam. Papar semua catatan

Selasa, 11 April 2017

Inilah selawat atau salam kepada Allah.

LATAR BELAKANG ATTA'HIYYAAT

Mengapa Kita Baca Dalam Solat Kita?

ATTA'HIYYAAT adalah doa yang sangat penting; kita mengulanginya di dalam solat harian kita. Apabila saya mendapat tahu akan kepentingan ini, amat tersentuh hati saya.

ATTA'HIYYAAT sebenarnya adalah sebahagian daripada perbualan antara Pencipta kita Allah SWT dan yang kita kasihi Nabi Muhammad SAW semasa perjalanan Isra' Mi’raj.

Ketika Nabi Muhammad SAW bertemu Allah SWT, dia tidak berkata 'Assalamualaikum'.

Apakah yang seseorang akan berkata apabila dia bertemu Allah?

Kita tidak boleh mengucapkan selamat sejahtera kerana semua sumber kesejahteraan adalah dari Dia.

Jadi Nabi Muhammad SAW berkata:
"Attahiyyaatul Mubaaraka TusSolawaatut toyibaatulillah" (Segala pujian, segala doa dan ibadah hanyalah untuk Allah)
Inilah selawat atau salam kepada Allah.

Allah jawab:
"Assalamu Alaika Ayyuhannabiyyu 'Warahmatullahi Wabarokaatuh"
(Salam sejahtera ke atas kamu, Wahai Nabi dan Allah memberi rahmat dan keberkatan).
Inilah selawat atau salam kepada Nabi.

Untuk ini, Nabi Muhammad SAW menjawab:
"Assalamu 'Alaina Wa'ala'Ibadillahis So'lihin"
(Selamat sejahtera kepada kami dan kepada semua hamba yang baik kepada Allah)

Nota * Nabi Muhammad SAW mengata "kami" dalam jawapan ... (dan pada semua hamba yang baik kepada Allah)

Dan mendengar perbualan ini antara Allah dan Rasul-Nya, para malaikat berkata:
"Ash'had'u'an La ilahaillallah Wa Ash'hadu Anna Muhammadun Abd'uhu Wa Rasuuluh"
(Aku bersaksi bahawa tiada siapa yang berhak disembah melainkan Allah Dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya).

SubhanAllah!
Saya kini memahami kepentingan perbualan ini dalam doa harian kita dan bagaimana Solat telah ditetapkan kepada kita.

Wallahua'lam...
Terima kasih keranaa sudi membaca...

Jangan lupa untuk 'SHARE' semoga orang lain pun tahu..
Insha Allah...

Sabtu, 10 Disember 2016

SALAM saat tahiyat SHALAT

Di saat kita membaca SALAM saat tahiyat SHALAT disaat itulah kita sedang behubungan dengan RASULULLAH SAW

Habib Ali Al Jufri mengatakan :

Di saat Rasulullah Saw Mi'raj naik ke langit bertemu Allah, Nabi Saw berkata, “Attahiyyatul mubaarokaatush sholawaatut thoyyibaatu lillah"
–Segala penghormatan yang diberkahi dan segala rahmat yang teramat luhur adalah milik Allah semata”

Setelah Rasul mengatakan hal itu, Allah menyampaikan salam kepada beliau “Assalaamu ‘alaika ayyuhannabiyyu wa rahmatullahi wabarokatuh”

Nabi saw pun menjawab, ‘Assalaamu ‘alainaa wa ‘alaa ibaadillahishshoolihiin’

Habib Ali mengatakan, ‘Perhatikan lah, Dalam keluhuran dan ketinggian derajatnya, beliau tak melupakan ummatnya, terutama orang orang shalih agar mereka turut merasakan kebahagiaan sebagaimana yang beliau rasakan.

Karenanya, dalam shalat shalatmu, resapilah bacaan bacaan itu, yaitu ketika engkau sedang dalam duduk bertahiyyat.

Itu bukan bacaan sembarangan, itu kalimat yang terlontar dalam peristiwa agung yaitu pertemuan antara Allah dan Nabi Muhammad Saw.

Dengan mendalami maknanya, kau akan terbimbing dalam kehidupan orang orang shalih.

Dan ketahuilah, dengan  mengucapkan kalimat kalimat itu, dan kemudian hati kita meresapinya, itu artinya ia sedang berhubungan langsung dengan Rasulullah Saw.

نسيم حبة علينا من حمى المصطفى....

Selasa, 22 November 2016

Ganjaran Mengucapkan Salam

Ganjaran Mengucapkan Salam

Rasulullah SAW telah bersabda : "Sebarkanlah salam di antara kamu"
(diriwayatkan oleh Muslim dan Abu Hurairah)

Dan ketika Rasulullah SAW ditanya oleh seorang lelaki : "Islam yang manakah yang lebih baik?"

Maka Rasulullah SAW menjawab : "Kamu memberikan makanan kepada orang lain dan kamu mengucapkan salam terhadap orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal."
(diriwayatkan oleh Bukhari pada kitabul-iman dari Abdullah bin Umar).

Para sahabat Rasulullah SAW mencari untung pahala dan imbalan dari Allah dengan mengucapkan salam kerana mereka telah mendengar dari Rasulullah SAW bahawa

Orang yang mengucapkan Assalamualaikum akan mendapat ganjaran 10 pahala

Dan barang siapa yang menambah ucapan tersebut dengan warahmatullahi maka ia akan mendapat 20 pahala

Dan jika ia menambah lagi dengan ucapan wabarakatuh maka ia akan mendapat 30 pahala.

Inilah untung dari perdagangan mereka, sungguh Allah Maha Pemurah.

Pernah dikisahkan bahawa Ibnu Umar pergi ke pasar yang ditemani oleh At-Tufail bin Ubai bin Ka'ab bukan untuk apa-apa kecuali hanya untuk mengucapkan salam terhadap orang-orang yang ditemui.

Maka kemudian At-Tufail bertanya kepada beliau : "Apakah yang kamu lakukan di pasar ini?

Engkau tidak berbelanja dan tidak pula menawarkan sesuatu barang pun dan engkau tidak pula duduk-duduk di sebuah majlis, duduklah di sini agar kita boleh bercakap-cakap!".

Maka Ibnu Umar menjawab : "Kita berangkat hanya untuk mengucapkan salam maka ucaplah salam kepada orang-orang yang engkau temui."

Walaupun demikian, kita menemukan bahawa kebanyakan dari kaum muslimin melengahkan dan melalaikan pentingnya dan fadhilat salam yang mana ia adalah tanda dan syariat Islam dan Iman. Allah SWT telah berfirman :

"..........dan janganlah kamu mengatakan kepada orang yang mengucapkan salam kepadamu : 'kamu bukanlah orang mukmin'." (Surah : An-Nisa, 94)

Rabu, 19 Oktober 2016

Sunnahnya Mentasymitkan mendoakan agar dikurniai kerahmatan oleh Allah

Sunnahnya Mentasymitkan — Mendoakan Agar Dikurniai Kerahmatan Oleh Allah Dengan Mengucapkan: Yarhamukallah — Kepada Orang Yang Bersin, Jikalau la Memuji Kepada Allah Ta'ala —Yakni Membaca Alhamdulillah — Dan Makruh Mentasymitkannya Jikalau la Tidak Memuji Kepada Allah Ta'ala, Begitu Pula Huraian Tentang Adab-adab Kesopanan Bertasymit, Bersin Dan Menguap

875. Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah itu mencintai bersin dan benci kepada menguap. Maka apabila seseorang di antara engkau semua bersin dan ia memuji kepada Allah Ta'ala - yakni mengucapkan Alhamdulillah - maka menjadi hak atas setiap orang Muslim yang mendengarnya supaya ia mengucapkan padanya: Yarhamukallah, yakni: "Semoga engkau diberi kerahmatan oleh Allah. Ada pun menguap, maka hanyasanya menguap itu dari syaitan*. Maka apabila seseorang di antara engkau semua menguap, hendaklah menolaknya sekuat mungkin, sebab sesungguhnya seseorang di antara engkau semua itu apabila menguap maka ketawalah syaitan daripadanya itu."
(Riwayat Bukhari)

876. Dari Abu Hurairah r.a. pula dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Apabila seseorang di antara engkau semua itu bersin, maka hendaklah mengucapkan: "Alhamdulillah" dan hendaklah saudaranya atau kawannya yang mendengarkan itu lalu mengucapkan: Yarhamukallah Selanjutnya apabila saudara atau kawannya tadi sudah mengucapkan: Yarhamukallah, maka hendaklah orang yang bersin tadi mengucapkan: Yahdikumullah wayush-lihu balakum, ertinya: Semoga Allah memberikan petunjuk pada anda dan pula membaguskan hati anda.
(Riwayat Bukhari)

Menguap itu sudah dimaklumi. Bahasa Arabnya Tatsaub dan ismnya Tsaufaa'. la dianggap berasal dari syaitan, sebagai tanda kebencian kita padanya, kerana menguap itu hanya terjadi dengan sebab adanya tubuh yang berat, perut yang berisi penuh dan condong sekali pada kemalasan. Ingin tidur dan Iain-Iain yang tidak baik. Menguap dikatakan berasal dari syaitan sebab syaitan itu memang kerjanya selalu mengajak kepada hawa nafsu supaya terus-menerus mengikuti kesyahwatan-kesyahwatan belaka. Jadi maksudnya itu yang terutama ialah menakut-nakuti kita dari sesuatu yang dapat mengakibatkan menguap tadi seperti terlampau kenyang sehingga berat melakukan ibadat dan ketaatan.   Intaha.   Diringkaskan dari Nibayah.

877. Dari Abu Musa r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Apabila seseorang di antara engkau semua itu bersin lalu ia mengucapkan: Alhamdulillah, maka tasymitkanlah ia - yakni doakan ia supaya memperoleh kerahmatan Allah dengan mengucapkan: Yarhamukallah. Tetapi jikalau ia tidak mengucapkan: Alhamdulillah, maka janganlah engkau semua mentasymitkannya."
(Riwayat Muslim)

878. Dari Anas r.a., katanya: "Ada dua orang yang sedang berada disisi Nabi s.a.w., lalu beliau s.a.w. mentasymitkan pada yang seorang di antara keduanya itu - waktu ia bersin, tetapi tidak mentasymitkan kepada yang lainnya. Lalu berkatalah orang yang tidak ditasymitkan oleh beliau itu: "Si Fulan ini bersin lalu anda mentasymitkan ia, sedang saya pun bersin, tetapi anda tidak mentasymitkan saya. Apakah sebabnya?" Beliau s.a.w. menjawab: "Orang ini setelah bersin mengucapkan Alhamdulillah, sedang engkau tidak mengucapkan Alhamdulillah."
(Muttafaq 'alaih)

879. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. itu apabila bersin, lalu meletakkan tangannya atau bajunya pada mulutnya dan memperlahankan - atau tidak memperdengarkan - suaranya kerana bersinnya itu." Orang yang meriwayatkan Hadis ini ragu-ragu - apakah dengan kata-kata khafadha atau ghadhdha, tetapi ertinya sama iaitu memperlahankan atau tidak memperdengarkan yakni menutupi suaranya. Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud dan termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.

880. Dari Abu Musa r.a., katanya: "Orang-orang Yahudi sama-sama bersin di sisi Rasulullah s.a.w. dan mereka mengharapkan hendaknya beliau s.a.w. mengucapkan: Yarhamukumullah, tetapi beliau s.a.w. mengucapkan
: Yahdikumullah wayushlihu balakum. Jadi bukan didoakan supaya dirahmati oleh Allah, tetapi didoakan semoga diberi petunjuk dulu oleh Allah dan diperbaguskan hatinya, sehingga suka menganut agama Islam, sebab pada waktu itu mereka belum memeluk agama Islam, sekalipun mengetahui kebenarannya Muhammad s.a.w. sebagai utusan Tuhan.

Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.

881. Dari Abu Said al-Khudri r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Jikalau seseorang di antara engkau semua itu menguap, maka hendaklah ia memegangkan tangannya pada mulutnya, sebab sesungguhnya syaitan itu akan masuk di dalamnya - jikalau mulut tidak ditutup."
(Riwayat Muslim)

Khamis, 8 Mei 2014

Apakah Itu Tomakninah ?

Apakah Itu Tomakninah ? (Rukun Sembahyang Yang ke 13)

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Seminggu saya tinggalkan Malaysia untuk menziarah guru saya di Desa Babatan Kesamben Belitar Jawa Timur Indonisia. Seminggu juga saya tidak mengerakkan jejari daif ini melalui komputer.

Pada jam 12.04, tanggal 19 Dec, biarpun penat dari perantauan masih terasa,  saya keraskan semangat untuk terus menulis. Pada mulanya saya berhajat untuk melelapkan mata, kerana pada pagi keesukan harinya, saya ada ceramah di Kota Melaka. 

Namun memandangkan umur saya sudah begitu terpanggil untuk pulang  ke kampong asal, kesuntukan masa ini, menghambat saya untuk terus berkaria sebanyak mungkin. Saya akan gunakan kesempatan yang berbaki ini, untuk mencurahkan ilmu sebanyak-banyaknya kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Jangan kita kira panjangnya usia , mari kita kira panjangnya hidup dengan tulisan. Hidup ini hanya sekejab, untuk memenafaatkannya mari kita sama-sama panjang-panjangkan bekas tangan. Supaya dengannya membolehkan orang sesudah ketiadaan kita, sekurang-kurangnya masih boleh menatapi dan membaca, bekas atau hasil tangan kita !.

Umur tidak boleh kita panjangkan, namun kita boleh panjangkan ia dengan ilmu tulisan!. Hidup ini boleh kita panjangkan dengan ilmu!. Seumpama ulamak-ulamak terdahulu,biarpun jasadnya sudah lama kembali, namun hasil tangan beliau masih dapat kita tatapi dan masih boleh kita menafaatkan!.

Sebutan yang boleh dikenang orang sesudah pemergian kita itu, adalah tulisan tangan!. Tulisan tangan kitalah yang dikatakan hidup kali kedua, iaitu hidup sesudah mati!

Sebelum itu, ingin saya mengetuk dinding pintu hati tuan-tuan untuk mengajak  kembali semula menghayati apakah itu rukun sembahyang?. Rukun sembahyang itu, semuanya ada tiga belas perkara.

1) Niat

2) Takbir

3) Berdiri Kiam

4) Membaca Surah Al-Fatihah

5) Rukuk

6) Iktidal

7) Sujud

8) Duduk antara dua sujud

9) Duduk tahat akhir

10) Membaca tahat akhir

11) Membaca Selawat

12) Membaca Salam

13) Tomaninah

Yang hendak saya perbincangkan disini, adalah rukun yang ketiga belas iaitu tomaninah!. Apakah maksud atau erti tomaninah. Rukun lain yang bermula dari niat sampailah kepada rukun yang kedua belas, semuanya ada pergerakkan atau ada perbuatan. Sedangkan rukun yang ketiga belas, tidak ada perbuatan atau pekerjaan, kenapa?.

Sila bagi jawapan?…………………………….

Jam sudah menunjukkan 01.00 tengah malam, mata saya tidak lagi rasa megantuk, namun memandangkan esuk paginya saya hendak bertolak ke Melaka, jam selepasa subuh, rasanya sampai disini sahaja dulu, kita sambung lagi esuk, jika sekiranya ada yang memberi respon!.

Apakah itu tomaninah (tertib). Apakah tomaninah itu, hanya sekadar tertib (turutan)?. Jika kita turuti tertib, hendak saya ajukan pertanyaan kepada tuan-tuan, rukun sembahyang yang pertama itu niat, yabf kedua berdiri.

Jika sekiranya kita nak ikut tertib, disini ingin saya ajukan pertanyaan, semasa tuan-tuan mengerjakan sembahyang, tuan-tuan berdiri dahulu ke atau niat dahulu?, cuba jawab?………………

Cuba perhatikan baik-baik, tuan-tuan berdiri dahulu ke atau tuan-tuan niat dahulu?. cuba jawab?………………………..

Satu lagi pertanyaan, mana dahulu antara berdiri dengan niat dan mana dahulu antara niat dengan takbir ratulihram?. Cuba jawab?……………………………..

Kita selama ini, mengerjakan sembahyang  dengan 1) dahulu berdiri, 2) Selepas berdiri kita takbir dan barulah disusuli dengan 3) niat!.

Sesudah berdiri, baru kita takbir dan didalam takbir ituah baru kita niat?. Apakah kita turut atau ikut tertib (tomaninah). Apakah sebenar-benar maksud tomaninah?……………………………

Cuba jawab?……………………………..Cuba jawab?…………………………..

Apakah semasa kita hendak bangun dari tempat duduk itu kita niat sembahyang, sesudah niat semasa hendak bangun dari tempat duduk untuk berdiri. Sesudah berdiri kiam, biasanya baru kita  takbir dan didalam takbir itu, barulah kita kosad niat!. Apakah diodalam takbir itu, tidak perlu lagi kepada niat?………………………

Dimanakah sebenarnya peranan tomaninah (yang dikatakan tertib atau ikut turutan?)?. Cuba jawab……………………………………