Pages

Rabu, 28 September 2016

Abdillah Muhammad Al Ahmar

Pemimpin muslim terakhir di Andalusia (Sepanyol), Abdillah Muhammad  Al Ahmar, keluar dari istana kerajaan dgn hina.  Pada malam itu, Andalusia telah jatuh ke tangan kerajaan Katolik setelah berada di bawah kekuasaan Islam selama lebih dari 800 tahun.  Dia tinggalkan istana dgn hati yg pilu. Dadanya sesak.

Sebaik sampai di sebuah bukit yg cukup tinggi, dari sana ia memandang Istana Al Hambra.  Dia  menangis tersedu-sedu hingga janggutnya basah kuyup dgn air mata.

Melihat hal itu, ibunya berkata, "Menangislah!  Menangislah seperti perempuan! Kerana kau tidak mampu menjaga kerajaanmu seperti laki-laki perkasa! "

Kekuasaan Islam berakhir di Andalusia.  Sejak itu, belum pernah bangkit lagi kecemerlangan itu. Umat Islam di sana diberi pilihan ; Masuk Kristian, dibunuh atau diusir.

Tahu apa penyebab jatuhnya Andalusia ?

1⃣ Cinta dunia
2⃣ Meninggalkan dakwah dan jihad
3⃣ Bergelumang dengan perkara-perkara dosa
4⃣ Menyerahkan urusan bukan pada ahlinya
5⃣ Jahil agama

Bayangkan jika negara kita nanti telah jatuh total ke tangan orang kafir, ketika itu barulah  pemuda-pemuda Islam akan menangis ...

Dan ibu2 mereka berkata, "Menangislah seperti perempuan!   engkau tidak  menjaga negara ini sebagaimana seorang laki2 perkasa!

Maka bersiaplah wahai pemuda Islam.

Pelajari baik-baik 5 faktor di atas. Ambillah iktibar. Jangan lagi leka dengan seronok dunia;  game, lepak, fb yang sia-sia, suka buang masa tanpa aktiviti yang berguna, selesa dengan bantuan orang lain dan sebagainya... 

Faktor  kejatuhan itu akan berulang &  selalu sama.

Wahai ibu & ayah bendunglah anak-anak mudamu, bentuklah mereka, bantulah mereka menjadi muslim mukmin yang berguna

Wahai ibu, wahai ayah, wahai anak-anak muda, 

Jika kamu tidak dapat menjadi garam yg dapat menjaga daging, jangan pula menjadi ulat yg merosakkannya. 

Kalau kamu tidak dapat menjadi pejuang, jangan pula menjadi pengkhianat ( penipu, pencuri, perasuah, pemecah amanah, penagih dan sebagainya )

Wallahul musta'an

Isnin, 26 September 2016

Kisah Mat Rempit Mati Hidup Semula

Kisah Mat Rempit Mati Hidup Semula Selepas 3 Hari Dikuburkan | Insan Terpilih tersebut bernama Dawawi dari Perak yang ceritanya berlaku sekitar tahun 80-an dahulu.

Diringkaskan cerita, Dawawi telah ditakdirkan Allah dengan pengesahan Hospital bahawa beliau telah meninggal dunia dengan asbab merempit.

Setelah dikebumikan selama 3 hari di dalam Kubur, setiap malam dalam 3 hari itu….Ibunya telah bermimpi anaknya Dawawi masih hidup dan merayu kepada Ibunya untuk digali semula kuburnya….

Mungkin malam yang pertama bermimpi, Ibunya menganggap bahawa ia sekadar mainan tidur….

Setelah Tiga hari berturut-turut bermimpi yang sama, Ibunya menangis dan berkeras meminta Abg Arwah supaya mendapatkan Surat Perintah daripada Pihak Berkuasa untuk digali semula Kubur anaknya itu….

Setelah segala urusan surat menyurat selesai dan setelah mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa, maka tibalah hari yang penuh mendebarkan kepada seluruh orang kampung bagi menyaksikan urusan penggalian semula kubur “Arwah Dawawi”….

Semua yang berkenaan telah bersiap sedia di tepian kubur yang hendak digali, kiri kanan penuh dengan Polis, Doktor dan sebagainya….

Setelah penggalian bermula, tanah mula disodok sedikit demi sedikit….Dengan penuh mencemaskan….Masya-Allah….Astaghfirullah!…Sesungguhnya apa yang dijanji oleh Allah adalah benar….!

Mayat baru sahaja 3 hari, tetapi kain kapan yang membalut jenazah telah koyak rabak seperti dicarik-carik serta tubuh Dawawi dipenuhi kesan luka torehan…

Luka bergarisan memanjang. bagai kesan dilibas sesuatu yang amat tajam dan lukanya dalam hingga nampak daging, namun tidak berdarah….

Dalam keadaan yang amat cemas tu….ada suara yang mengatakan Dawawi masih hidup lagi!….Itulah suara Doktor yang telah bersiap sedia di tepian kubur bagi menanti sebarang kemungkinan…..

Tanpa berlengah, Dawawi di bawa ke Hospital, 6 bulan Dawawi koma…Sebaik sedar, air matanya terus berjuraian….Matanya sentiasa berkaca……

Rakan baik nya yang bernama Mus yang masih terkejut Dawawi yang “Hidup Semula” bertambah bimbang dengan kelakuan Dawawi yang banyak berdiam diri selepas kejadian tersebut…..

Bagi Mus, Dawawi bertambah pelik kerana dia banyak termenung dan menangis serta selalu mendekatkan diri untuk belajar agama…(Sebelum ni merempit sahaja)..Dawawi yang dulunya jahat sudah bertukar menjadi baik….

Setelah setahun berlalu, Dawawi bersedia untuk bercerita tentang segala apa yang telah berlaku ke atas dirinya….Mus adalah antara salah seorang yang mendengar cerita Dawawi…

“Jika korang rasa apa yang aku telah rasa sewaktu ‘di sana’ dulu, sungguh korang takkan melakukan perkara yang mendatangkan dosa dalam hidup!”….Dawawi memulakan ceritanya….

Sewaktu Imam habis membaca Talkin di kuburnya dan semua telah beredar meninggalkan kubur….

Dawawi mengatakan bunyi tapak kaki kamu semua yang meninggalkan kuburnya berdentum dan bergema sangat kuat sebanyak 7 kali bagaikan halilintar yang membelah bumi….Waktu tu Dawawi menutup kedua-dua belah telinganya….

Setelah bunyi tersebut menyepi…Bunyi Sretttttttttt!……..Sretttttttttt!…Seakan rantai besi yang diseret di atas lantai bergema…Dirinya betul-betul ketakutan waktu tu….

Tiba-tiba dari hadapannya, 2 orang lelaki yang memakai serban dan berjubah putih, dengan membawa rantai besi sebesar lengan, besi itu sangat panjang sehinggakan penghujungnya tidak kelihatan…! Subhanallah….(Sayu hati saya membaca kisahnya)….

Dengan semua soalan yang telah “Bocor” sewaktu hidup di dunia ditanya kepada Dawawi, “MAN RABBUKA!”, “MANABIYYUKA!”, “MA DINIKA”, “MA KIBLATUKA!”, “MA IMAMUKA!”, “MA IKHWANUKA!”….

Dawawi mengatakan tiada 1 pun soalan yang boleh dijawab olehnya….Beliau faham dengan soalan tersebut walaupun beliau tidak pernah tahu bahasa arab!…..

Dawawi dilibas dengan rantai besi tersebut sehinggalah apabila libasan berlaku, rantai besi tersebut terus melilit seluruh anggotanya…Subhanallah..!

Beliau menjerit dan berkata : “Tolong aku Ya Allah, Aku bertaubat! Ampunkanlah dosa aku!…. Hanya itu sahaja ratapannya waktu tu….

Sehabis sahaja soalan tu, beliau tersedar bahawa beliau telah hanyut di dalam sungai…Dalam keadaan tidak bermaya, sekali lagi beliau mendengar bunyi seretan rantai besi sebesar lengan yang telah melibasnya sebentar tadi….

Hamba Allah yang berjubah tadi….Bertanya lagi : “MAN RABBUKA!”….Masih tidak boleh dijawap oleh Dawawi, maka dilibasnya lagi besi tersebut ke tubuh Dawawi…

Setelah libasan tersebut, pandangannya gelap gelita, apabila sedar Dawawi mengatakan bahawa beliau telah terlantar di wad Hospital…..Subhanallah…!

Mus dan rakannya yang mendengar segala kisah Dawawi turut sama menangis bersama Dawawi….

Allah memberi peluang untuk Dawawi “Hidup Semula” sebagai peringatan dan tanda kesayangan Allah kepada Dawawi dan keseluruh Hamba-hambaNya termasuk lah kita….

Dawawi hanya “Hidup Semula” selama 3 Tahun, dalam waktu tu beliau tidak pernah mensia-siakan atau membiarkan harinya terbuang tanpa diisi dengan amal ibadah…..

Katanya : “Aku takut jika aku mati lagi, amal ibadahku tidak cukup untuk membantu aku di sana….” Subhanallah!

Dawawi “Kembali Semula” pada Allah dalam tidur selepas menunaikan solat malam ketika menunggu tiba waktu Subuh…

Umurnya ketika “Meninggal Dunia” kali pertama adalah 19 Tahun, dan kali keduanya “Meninggal Dunia” 3 Tahun selepas itu….

Cerita ini teramat memberi kesan kepada saya dek kerana mengenangkan umur yang Allah Taala beri ketika ini tidak banyak saya rasa digunakan untuk menuju ke jalan Allah….

Lepas solat akan terngiang-ngiang la cerita seksaan Dawawi ini di pandangan hati saya…..

Marilah bermuhasabah diri dan semak semula amalan kita untuk dibawa menghadap pada Allah ketika nyawa dicabut nanti….

Allah tak pilih kita untuk merasai pengalaman yang dirasai Arwah Dawawi, tapi Allah pilih kita untuk tahu dan mengambil iktibar tentang Kisah Arwah Dawawi….

Moga-moga menjadi pengajaran dan iktibar kepada semua serta dapat bertemu dengan Allah di Akhirat nanti dengan amal yang berkualiti….In Shaa Allah…

Ahad, 25 September 2016

Bohong Yang Dibenarkan

Bohong Yang Dibenarkan

Dari Ummu Kalsum binti Uqbah radhiallahu anha bahwa dia mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, "Saya tidak pernah mendengar diperbolehkannya dusta yang diucapkan oleh manusia kecuali dalam tiga hal:

Dusta dalam peperangan, dusta untuk mendamaikan pihak-pihak yang bertikai, dan dusta suami terhadap isteri atau isteri terhadap suami.” (HR Muslim)

Dusta dibenarkan pada 3 keadaan :

1. Dusta untuk mendamaikan pihak yang bertikai.

2. Dusta kepada musuh ketika dalam peperangan.

3. Dusta suami terhadap isteri atau isteri terhadap suami. Tujuannya adalah untuk menjaga keharmonian rumahtangga, misalnya seorang suami memuji masakan isteri, padahal masakannya tidak sedap.

Menurut Ibnu Hajar dalam kitab Al Fattah, yang dimaksud dengan dusta antara suami isteri hanyalah dusta dalam perkara yang tidak akan menggugurkan hak keduanya, atau dusta yang tidak mengakibatkan salah satunya akan mengambi perkara yang bukan haknya.

Di dalam kitab Syarah Muslim, Imam An Nawawi menyatakan, ”Maksud dusta suami kepada isteri dan sebaliknya adalah dusta ketika menampakkan cinta kasih dan ketika berjanji pada perkara yang tidak wajib atau sejenisnya.

Ada pun dusta di antara suami dengan maksud menipu untuk mendapatkan perkara yang bukan haknya, maka dusta seperti ini hukumnya haram berdasarkan ijma’ kaum muslim.

Wallahu a'lam

Sabtu, 24 September 2016

Koleksi Simple sunnah

Assalamualaikum sahabat sekelian..

Koleksi Simple sunnah 1-16

👳Simple Sunnah 1

🚽Masuk tandas kaki kiri dan keluar kaki kanan (^_^)
🚽Tutup Kepala bila masuk tandas.

👳Simple sunnah 2

🌛Kibaskan Tempat tidur
🌛Permulaan tidur mengiring sebelah kanan.
🌛Kepala menghadap kiblat.
🌛Baca doa tidur (^_^)

👳Simple sunnah 3

🍶Minum dengan tangan kanan.
🍶Minum duduk
🍶Minum niat kerana Allah dan baca Bismillah.

👳Simple sunnah 4

✏Datang awal ke masjid
✏Berjalan kaki ke masjid.
✏Berwuduk dari Rumah.
✏Baca doa masuk dan keluar masjid. (^_^)

👳Simple sunnah 5

🚽Masuk tandas pakai alas kaki.
🚽Buang air duduk
🚽Masuk tandas xboleh lama2.
🚽Jangan makan n minum dalam Tandas (^_^)

👳Simple sunnah 6

🌄Bagun tidur baca doa bangun tidur atau ucap syukur.
🌄Kemas tempat tidur.
3.Bersihkan diri.

👳Simple sunnah 7

🇸🇦Masuk masjid kaki kanan keluar kaki kiri.
🇸🇦Jika ada sampah dalam masjid kutip dan buang.. 1 sampah 1 bidadari di syurga kelak.
🇸🇦Bila masuk masjid niat iktikaf, semua perkara yg di buat dalam masjid akan dikira sebagai ibadah (^_^)

👳Simple Sunnah 8

👔Baca Bismillah sebelum memakai baju atau doa ringkas ni Ya Allah, aku memohon dari engkau kebaikan dari berpakaian ini.
👔Bila memakai pakaian mulakan dengan sebelah kanan.
👔Melabuhkan pakaian.
👔Jangan memakai pakaian untuk tujuan riak.
👔Memakai pakaian yang menunjukkan simbolik seorang muslim.

👳Simple Sunnah 9

⛺Sebelum tidur ambil wuduk.
⛺Maafkan semua kesalahan org lain dan halalkan hutang piutang.
⛺Jika mimpi baik bangun doa supaya dipercepatkan.
⛺Jika mimpi buruk bangun buat isyarat ludah kekiri dan doa dijauhkan.

👳Simple Sunnah 10

💗Pakai selipar kaki kanan dahulu dan buka dengan kaki kiri dahulu.
💗Beri salam 3 kali bila bertamu kerumah sahabat2.
💗Bila marah dalam keadaan berdiri hendaklah duduk, bila marah dalam keadaan duduk hendaklah berbaring hingga marah 2 hilang.
💗Bila marah ambil wuduk.

👳Simple sunnah 11

💓Tutup aurat ketika memasak.
💓Adun atau kacau makanan dari kanan ke kiri.
💓Jangan buka keseluruhan penutup periuk atau bekas minuman ketika ambil nasi atau air.
💓Ketika sedang memasak perbanyakkan zikir dan menyebut kebesaran Allah.(baik untuk ibu yg ingin membentuk anak2)

👳Simple sunnah 12

🍒Basuh tangan sebelum makan.
🍒Makan buah dahulu baru makan nasi.
🍒Makan secara berjemaah, makan dengan family lagi ramai lg berkat rezeki 2.
🍒Makan makanan yg ada dihadapan jangan capai yg jauh2.

👳Simple sunnah 13

💕Memotong kuku pada hari jumaat.
💕Memperbanyakkan Doa antara Imam Berkhutbah Hingga Asar.
💕Mandi sunat Jumaat.
💕Memakai pakaian terbaik untuk Sembahyang Jumaat.
💕Memakai wangi wangian.

👳Simple sunnah 14

🍇Makanan sunnah susu, madu, barli dan kurma.
🍇Makan bermula dari tepi kemudian tengah.
🍇Hisap jari selepas makan (Sunnah 3 Jari)
🍇Selepas makan terus basuh pinggan.
🍇Puasa isnin dan Khamis.

👳Simple sunnah 15

💞Baca bismillah dan Alhamdulillah setiap kali sedutan.
💞Jangan gunakan cawan yg sumpik atau pecah.
💞Jangan tiup kedalam air panas untuk sejukkanya.
💞jangan minum dalam bekas yg besar seperti jug air dan botol yg besar.

👳Simple sunnah 16

💖Semaikan rasa ingin berjuang di jalan Allah SWT
💖Berazam untuk terus beristiqamah mempertahankan Islam
💖Berusaha untuk mendaulatkan Islam di setiap peringkat
💖Jangan melangkaui arahan dan perintah Allah SWT serta sunnah Rasulullah SAW

Semoga bermanfaat 😊😊😊

DILARANG BERCITA-CITA MATI DENGAN SEBAB KESUSAHAN

DILARANG BERCITA-CITA MATI DENGAN SEBAB KESUSAHAN

Dari Anas r.a. katanya, Rasulullah saw bersabda:

"Jangan sekali-kali seseorang kamu bercita-cita untuk mati dengan sebab kesusahan hidup yang menimpa keatas dirinya.

Sekiranya tidak dapat tidak ia terpaksa juga berbuat demikian maka hendaklah ia berdoa dengan katanya:

اللهم احيني ماكانت الحياة خيرالي،
وتوفني اذاكنت الوفاة خيرالي

Ya ALLAH teruskan hidupku selama mana ia membawa kebaikan bagiku dan matikanlah aku sekiranya mati itu menjadi kebaikan bagiku.

RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM

PENGAJARAN

1. Islam melarang umatnya berputus asa dalam hidup disebabkan berbagai-bagai penderitaan yang dialaminya, sebaliknya hendaklah bertawakal kepada ALLAH disamping berusaha untuk mengatasinya.

2. Umat Islam digesa memohon daripada ALLAH bagi diri dan keluarganya untuk perkara-perkara yang baik dan dilindungi daripada perkara-perkara yang tidak diingini.
والله اعلم.

Jumaat, 23 September 2016

UGAMA YANG BENAR

UGAMA YANG BENAR

2.Surah Al-Baqarah (Verse 113) 
وَقَالَتِ الْيَهُودُ لَيْسَتِ النَّصَارَىٰ عَلَىٰ شَيْءٍ وَقَالَتِ النَّصَارَىٰ لَيْسَتِ الْيَهُودُ عَلَىٰ شَيْءٍ وَهُمْ يَتْلُونَ الْكِتَابَۗ كَذَٰلِكَ قَالَ الَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ مِثْلَ قَوْلِهِمْۚ فَاللَّهُ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ

Dan orang-orang Yahudi berkata: "Orang-orang Nasrani itu tidak mempunyai sesuatu pegangan (ugama yang benar)"; dan orang-orang Nasrani pula berkata: "Orang-orang Yahudi tidak mempunyai sesuatu pegangan (ugama yang benar)"; padahal mereka membaca Kitab Suci masing-masing (Taurat dan Injil). Demikian juga orang-orang (musyrik dari kaum Jahiliyah) yang tidak berilmu pengetahuan, mengatakan seperti yang dikatakan oleh mereka itu. Maka Allah akan menghukum (mengadili) di antara mereka pada hari kiamat mengenai apa yang mereka berselisihan padanya.

2.Surah Al-Baqarah (Verse 114) 
وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّن مَّنَعَ مَسَاجِدَ اللَّهِ أَن يُذْكَرَ فِيهَا اسْمُهُ وَسَعَىٰ فِي خَرَابِهَاۚ أُولَٰئِكَ مَا كَانَ لَهُمْ أَن يَدْخُلُوهَا إِلَّا خَائِفِينَۚ لَهُمْ فِي الدُّنْيَا خِزْيٌ وَلَهُمْ فِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ

Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatunya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut 
kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar.

9.Surah At-Tawbah (Verse 31) 
اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِّن دُونِ اللَّهِ وَالْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا إِلَٰهًا وَاحِدًاۖ لَّا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۚ سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ

Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli ugama mereka sebagai 
pendidik-pendidik selain dari Allah, dan juga (mereka mempertuhankan) Al-Masih ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.

9.Surah At-Tawbah (Verse 32) 
يُرِيدُونَ أَن يُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللَّهُ إِلَّا أَن يُتِمَّ نُورَهُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ

Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).

9.Surah At-Tawbah (Verse 33) 
هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ

Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala ugama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.

9.Surah At-Tawbah (Verse 34) 
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ كَثِيرًا مِّنَ الْأَحْبَارِ وَالرُّهْبَانِ لَيَأْكُلُونَ أَمْوَالَ النَّاسِ بِالْبَاطِلِ وَيَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ اللَّهِۗ وَالَّذِينَ يَكْنِزُونَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ وَلَا يُنفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَبَشِّرْهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ

Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan ahli-ahli ugama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (ugama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

48.Surah Al-Fatĥ (Verse 26) 
إِذْ جَعَلَ الَّذِينَ كَفَرُوا فِي قُلُوبِهِمُ الْحَمِيَّةَ حَمِيَّةَ الْجَاهِلِيَّةِ فَأَنزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَىٰ رَسُولِهِ وَعَلَى الْمُؤْمِنِينَ وَأَلْزَمَهُمْ كَلِمَةَ التَّقْوَىٰ وَكَانُوا أَحَقَّ بِهَا وَأَهْلَهَاۚ وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا

(Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) - perasaan sombong angkuh secara Jahiliyah (yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu), lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman (sehingga tercapailah perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegang kepada "Kalimah Taqwa", sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang yang sangat berhak dengan "kalimah Taqwa" itu serta menjadi ahlinya. Dan (ingatlah), Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

48.Surah Al-Fatĥ (Verse 27) 
لَّقَدْ صَدَقَ اللَّهُ رَسُولَهُ الرُّؤْيَا بِالْحَقِّۖ لَتَدْخُلُنَّ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ إِن شَاءَ اللَّهُ آمِنِينَ مُحَلِّقِينَ رُءُوسَكُمْ وَمُقَصِّرِينَ لَا تَخَافُونَۖ فَعَلِمَ مَا لَمْ تَعْلَمُوا فَجَعَلَ مِن دُونِ ذَٰلِكَ فَتْحًا قَرِيبًا

Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar RasulNya dalam perkara mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar; iaitu sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjid Al-Haraam - insya Allah (pada masa yang ditentukanNya) - dalam keadaan aman (menyempurnakan ibadat umrah kamu) dengan mencukur kepala kamu, dan kalau (tidak pun) menggunting sedikit rambutnya, serta kamu tidak merasa takut (akan pengkhianatan musuh sehingga kamu keluar balik dari situ). (Allah mengangguhkan berlakunya kenyataan itu) kerana Ia mengetahui (adanya feadah dalam penangguhan itu) yang kamu tidak mengetahuinya; maka Ia menyediakan sebelum (terlaksananya mimpi) itu, satu kemenangan yang dekat (masa berlakunnya).

48.Surah Al-Fatĥ (Verse 28) 
هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِۚ وَكَفَىٰ بِاللَّهِ شَهِيدًا

(Allah yang menyatakan itu) Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad, s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala bawaan 
ugama yang lain; dan cukuplah Allah menjadi Saksi (tentang kebenaran apa yang dibawa oleh RasulNya itu).

48.Surah Al-Fatĥ (Verse 29) 
مُّحَمَّدٌ رَّسُولُ اللَّهِۚ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْۖ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِّنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًاۖ سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِم مِّنْ أَثَرِ السُّجُودِۚ ذَٰلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِۚ وَمَثَلُهُمْ فِي الْإِنجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَىٰ عَلَىٰ سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَۗ وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا

Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama  dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas 
kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka - dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu 
menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki - dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar.

61.Surah Aş-Şaf (Verse 6) 
وَإِذْ قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُم مُّصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ يَدَيَّ مِنَ التَّوْرَاةِ وَمُبَشِّرًا بِرَسُولٍ يَأْتِي مِن بَعْدِي اسْمُهُ أَحْمَدُۖ فَلَمَّا جَاءَهُم بِالْبَيِّنَاتِ قَالُوا هَٰذَا سِحْرٌ مُّبِينٌ

Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: "Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku - bernama: Ahmad". Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir yang jelas nyata!"

HADIS NABI "ANA AHMAD BILAL(TANPA) MIMM"

61.Surah Aş-Şaf (Verse 7) 
وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَىٰ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ وَهُوَ يُدْعَىٰ إِلَى الْإِسْلَامِۚ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

Dan tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah, sedang ia diajak kepada memeluk Islam; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

61.Surah Aş-Şaf (Verse 8) 
يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ

Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).

61.Surah Aş-Şaf (Verse 9) 
هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ

Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), supaya Ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala ugama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.

61.Surah Aş-Şaf (Verse 10) 
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَىٰ تِجَارَةٍ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

61.Surah Aş-Şaf (Verse 11) 

تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

61.Surah Aş-Şaf (Verse 12) 

يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍۚ ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta 
ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn  
". Itulah kemenangan yang besar.

61.Surah Aş-Şaf (Verse 13) 

وَأُخْرَىٰ تُحِبُّونَهَاۖ نَصْرٌ مِّنَ اللَّهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌۗ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ

Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita  yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.

61.Surah Aş-Şaf (Verse 14) 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا أَنصَارَ اللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَارِيِّينَ مَنْ أَنصَارِي إِلَى اللَّهِۖ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنصَارُ اللَّهِۖ فَآمَنَت طَّائِفَةٌ مِّن بَنِي إِسْرَائِيلَ وَكَفَرَت طَّائِفَةٌۖ فَأَيَّدْنَا الَّذِينَ آمَنُوا عَلَىٰ عَدُوِّهِمْ فَأَصْبَحُوا ظَاهِرِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah 
penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?" Mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!" (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.

Al-Bayyina 

1. Orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) serta orang-orang musyrik, tidak akan terlepas (dari kepercayaan dan amalan masing-masing) sehingga datang kepada mereka bukti yang jelas nyata, -

2. Iaitu seorang Rasul dari Allah yang membacakan (kepada mereka) Lembaran-lembaran Suci,

3. Terkandung di dalamnya pelajaran-pelajaran dan hukum-hukum yang benar.

4. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab (Taurat dan Injil) itu, tidak berpecah-belah melainkan setelah datang kepada mereka bukti yang jelas nyata.

5. Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Ugama yang benar.

6. Sesungguhnya orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab dan orang-orang musyrik itu akan ditempatkan di dalam neraka Jahannam, kekalah mereka di dalamnya. Mereka itulah sejahat-jahat makhluk.

7. Seungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk.

8. Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekal lah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.

Khamis, 22 September 2016

Balasan bagi orang-orang yang suka menghebahkan keburukan orang yg beriman


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Sesungguhnya Allah swt menerangkan balasan bagi orang-orang yang suka menghebahkan keburukan orang yg beriman

Sebagaimana firman Allah dalam surah An-Noor ayat 19-21

Surah An-Noor, ayat 19:

إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).


Surah An-Noor, ayat 20:

وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ وَأَنَّ اللَّهَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ

Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Amat melimpah belas kasihanNya, (tentulah kamu akan ditimpa azab dengan serta-merta).

Surah An-Noor, ayat 21:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ وَمَن يَتَّبِعْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ فَإِنَّهُ يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاءِ وَالْمُنكَرِ وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ مَا زَكَىٰ مِنكُم مِّنْ أَحَدٍ أَبَدًا وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يُزَكِّي مَن يَشَاءُ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui.

Kita bukan kita lagi

Kita bukan kita lagi

Kita memperbaiki diri, menyempurnakan diri kita, mendalami I.p. ini bukanlah dgn banyak memecah, mengupas, bercerita menyampai berbentuk percakapan sahaja.

Tetapi hendaklah kita banyak berbuat (beramal), banyak membebaskan diri yg di dalam hingga betul bebas tapi "Tidak Lepas,".

Tidak lepas dari hukum kemanusiaan , perlu makan minum, bekerja dan berkeluarga serta bermasyarakat.

Itulah kaedahnya (method) ddlm I.p.b.b.m.
I.p. ini lain dari ilmu2 yg lain, tanpa hakikat, tdk mengadakan yg tidak ada, tidak mengzahirkan yg tidak zahir, tidak ada seru menyeru, tdk ada bekas perasap, tidak membuang dunia dan tidak bermasyarakat dn tidak kurang berumah tangga.

Bukan berzikir dari pagi sampai kr mlm, kurang makan dn minum, tidak ini lain dari yg lain dan tidak membersih makam ke makam.

Diitengah mlm yg sunyi sepi ini pergunakanlah sedikit masa untuk kita berhubung langsung terus dengan Yang Maha Esa tadi, ambillah kesempatan yg ada ini membawa diri mendekati , menghampiri diri dgn Yang Maha Pencipta tadi.

Kerana disiang hari kita sibuk dg urusan masing2, banyakan membebaskn diri sampai terasa pada kita yg diri yg sebenarnya diri yg berdiri.

Berbuat dgn sendirinya, duduk dg tenang dn sabar menanti sesuatu unt sesuatu, menjalankan tugas sebagai seorang hamba Allah tadi yg padanya ada sesuatu yg harus kita turuti dn ikuti, hingga kita mengerti dn faham apakah I.p.kita ini yg sebenar.

semasa kita gerak menggerak kita telah melakukan sesuatu unt sesuatu hanya Allah sahaja yg Maha Mengetahuinya.

Bagitulh kita hendaknya setiap hari, setiap mlm. Itulah yg dimaksudkn kita sentiasa berada pada jalannya tanpa kita sedari ketika itu "kita bukan kita lagi".

Al-Habib Syed Padzil Barakbah

Bicara Guru

Bicara Guru

Siapa yang datang kepadaku untuk mencari kelebihan, ia hanya akan membuang masa. Carilah Guru yang lain kerana padaku tiada apa-apa kelebihan.

Siapa yang datang kepadaku kerana ALLAH, In Sya Allah, dengan amalan dan latihan yang diberikan, perasaan cinta, rindu, asyik, takut pada Allah akan memancar pada jiwanya.

Cinta pada ibadah, khusyuk, kasih sayang pada manusia dan cinta pada agama adalah natijah dari pendidikan ini.

Di sini kami melihat tiada keutamaan membincangkan tentang karamah, kasyaf, ilham, firasat, mimpi, wali-wali ghaib, syeikh-syeikh yang hebat, perubatan, persoalan imam Mahadi dan dunia mistik yang lain.

Di sini kami melihat agenda membangunkan ummah, keimanan, kasih sayang, kefahaman, amal, mujahadah, dakwah, jihad adalah lebih besar dan utama untuk dibincangkan.

Dalam pendidikan ini, ukuran natijah kerohanian bukannya dilihat dari segi apa yang ia dapat dari alam ghaib seperti bisikan, mimpi yang hebat, karamah, firasat yang hebat, kelebihan perubatan atau persilatan.

Tetapi, ukuran kehebatan kerohaniannya yang sebenar ialah keimanan, ketaqwaan, tercabutnya mazmumah, ubudiyyah, perlaksanaan syariah, akhlak, ibadah, cinta Allah, rasul, akhirat, warak, khusyuk dalam ibadah, ketenangan menghadapi musibah, mencintai dakwah dan jihad.

Pendidikan ini untuk mereka yang mencari kefakiran diri dengan meninggalkan pakaian kesombongan dan keduniaan.

Juga untuk mereka yang mahu menghilangkan wujud diri untuk melihat wujud Diri-Nya (ALLAH).

Al Habib Syed Padzil Barakbah

Cara mengenal Allah dengan mengenal diri sendiri.

Cara mengenal Allah dengan mengenal diri sendiri.

Salah satu cara mengenal Allah ialah dengan mengenal diri sendiri. Maksudnya ialah hakikat diri yang sebenarnya.

Adapun maksud diri yang sebenarnya itu bukanlah diri yang bersifat lahiriah, kerana jasad ini tidak membawa makna yang sebenar untuk mengenal Allah SWT.

Pada abad moden ini ramai dikalangan kita tidak mengenal dirinya yang sebenar. Mereka menganggap bahawa dirinya hanyalah tubuh badan yang terdiri daripada kulit, daging, tulang, darah dan sebagainya.

Yang dimaksudkan dengan sebenarnya ialah diri yang batin iaitu diri yang datang dan akan kembali kepada Allah SWT.

Ulama ilmu ketuhanan atau ilmu tauhid berpegang bahawa diri kita ini merupakan tangga untuk mengenal Allah, sesuai dengan dalil yang mengatakan:

“Siapa yang mengenal dirinya, sesungguhnya ia akan mengenal Tuhan-nya”.

Dikalangan ulama tasauf atau ulama ilmu ketuhanan selalu menasihatkan carilah diri kamu di dalam diri”, maksudnya ialah menyuruh agar kita mencari hakikat diri kita yang sebenarnya terlebih dahulu.

Apabila kita telah menemukan diri kita yang sebenarnya pasti kita akan mengakui hakikat adanya Allah SWT.

Hakikat diri yang sebenarnya merupakan roh atau jiwa ataupun rohani yang ada dalam diri manusia itu sendiri yang harus dikenali setiap manusia.

Diri batiniah ini tidak dapat dilihat atau diraba oleh mata lahiriah dan tangan manusia.

Walaupun di dalam Al Quran “diri” itu disebut dengan berbagai istilah, tetapi tujuannya adalah untuk mengingatkan kepada manusia supaya berfikir bahawa betapa luasnya “diri” yang hakikat itu di dalam manusia.

Diri manusia dilengkapi oleh Allah dengan sifat-sifat tertentu, kemudian sifat-sifat tersebut dinilai atau dihisab samada baik ataupun buruk.

Firman Allah SWT maksudnya:
“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya.  Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya itu akan diminta pertanggungjawapannya”.
(Al Isra’ 36)

Allah menjelaskan kepada kita  tentang istilah jiwa dan sifat yang terdapat pada jiwa, iaitu pendengaran, penglihatan, disamping roh juga akan diuji tentang ketakwaannya kepada Allah.

Itulah sebabnya ketika Allah berfirman kepada roh-roh atau jiwa sedia untuk berbakti dan melaksanakan perintah Allah SWT.

Untuk melakukan dan melaksanakan perintah tersebut maka diciptakanlah jasad, lalu Allah menjadikan Adam.

Roh telah berikrar dan berjanji kepada Allah, maka untuk membuktikan dan berbuat sesuatu maka roh memerlukan tempat iaitu jasad.

Istilah batin disebut juga dalam Al Quran dengan qalbi. seandainya qalbi tersebut diterangi dengan nur maka selamatlah seseorang itu. Maka sekiranya tiada nur, gelaplah seseorang itu. 

Qalbi mesti mempunyai asas yang membolehkannya selamat yang hanya Allah menentukannya.

Sesungguhnya segala sesuatu yang ada dalam diri berupa nafas, akal, nafsu dan roh bila menjadi satu maka dinamakan dengan insan.

Qalbi di dalam Al Quran diistilah sebagai diri atau hati. Qalbi sebenarnya mengetahui apa yang patut dibuat dan apa yang patut dilaksanakan mengikut nilai-nilai diri itu sendiri.

Firman Allah SWT maksudnya:
“Sesungguhnya berbahagialah sesiapa yang membersihkan jiwanya dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya”.
(As Sham, 9 - 10)

Jadi untuk merealisasikan pengertian bahawa siapa yang mengenal dirinya akan mengenali
Tuhan-nya itu, iaitu dengan cara memahami hakikat roh, jiwa atau qalbi yang sebenarnya. 

Sesungguhnya untuk mencapai ke tahap yang tinggi memerlukan pengetahuan dan keyakinan yang kukuh terhadap Allah SWT. Wallhu A’lam.

Rabu, 21 September 2016

Al-Faatihah

Al-Faatihah

Surah Al-Faatihah - سورة الفاتحة

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

     
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam

 
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

     
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)

     
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

    
A006
Tunjukilah kami jalan yang lurus.

A007
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Isnin, 19 September 2016

Sultan Muzaffar mencari tuhan

Sultan Muzaffar mencari tuhan

KISAH PERTAMA
Suatu hari Raja Muzaffar yang masih kanak-kanak bertanya kepada bondanya tentang ALLAH. “Bonda..Dimana ALLAH danbolehkah anakanda melihatNya?”

“Oh.. ALLAH itu di Arasy wahai anakanda dan anakanda tidak dapat melihatNya kerana ALLAHberada nun jauh diatas 7 petala langit.

Sedangkan langit kedua pun manusia tidak nampak bagaimana hal keadaan zatnya lantasbagaimana mungkin anakanda akan dapat melihat ALLAH yang berada di Arasy yang terletak lebih atas dan jauh daripada 7 petala
langit?”

“Oh begitu… Bagaimana dengan dalilnya bonda?”

“Dalilnya begini.. “Sesungguhnya Tuhan kamu ialah ALLAH Yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Diabersemayam di atas Arasy untuk mengatur segala urusan”.. dari surah Yunus ayat ke 3.”

Maka giranglah hati Raja Muzaffar kerana telah mendapat jawapan daripada persoalan yang selama inisentiasa semak difikirannya.

Masa pun berlalu.. hari berganti minggu, minggu berganti bulan dan bulan
berganti tahun, maka telah remajalah Raja Muzaffar. Suatu hari Raja Muzaffar diperintahkan ayahandanya supaya belajar ilmu-ilmu agama dari Syeikh Abdullah selaku Mufti di negeri ayahandanya itu.

Maka tidak sabar-sabarnya lagi Raja Muzaffar mahuberguru dengan Syeikh Abdullah sementelah pelajaran agama adalah yang paling diminatinya.

KISAH KEDUA
Suatu hari sambil duduk-duduk santai dengan Syeikh Abdullah tiba-tiba Raja Muzaffar ditanyai Syeikh Abdullah dengan 2persoalan yang tidak asing baginya.

“Wahai anakanda Putera Raja.. Dimana ALLAH dan bolehkah anakanda Putera RajamelihatNya?”

Sambil tersenyum Raja Muzaffar menjawab sebagaimana yang telah diajarkan bondanya dahulu. “ALLAH itu di Arasywahai Syeikh Guru dan beta tidak boleh melihatNya kerana ALLAH berada nun jauh diatas 7 petala langit.”

Tersenyum kecil SyeikhAbdullah mendengar jawapan muridnya itu dan sejenak selepas menghela nafasnya Syeikh Abdullah lalu bersuara.. “Begini
anakanda Putera Raja…

ALLAH itu bukannya makhluk seperti kita lantaran itu ALLAH tidak seperti kita. Apa sahaja hukum yangterjadi pada makhluk tidak berlaku seperti itu atas ALLAH.

Oleh itu ALLAH tidak bertempat kerana bertempat itu hukum bagimakhluk.” “Lantas dimana ALLAH itu wahai Syeikh Guru?”
“ALLAH itu tidak bertempat kerana Dia bersifat qiammuhu binafsihi yang bermaksud ALLAH tidak berhajat pada sesuatu zat lainuntuk ditempati.

Jika kita mengatakan ALLAH berhajat pada sesuatu zat lain untuk ditempati maka ketika itu kita telahmenyerupakan ALLAH dengan keadaan makhluk.

Ketahuilah, ALLAH tidak serupa dengan makhluk berdasarkan kepada dalil dari
surah asy-Syuura ayat 11 yang bermaksud “Dia tidak menyerupai segala sesuatu.” ALLAH tidak berdiam di Arasy kerana Arasy ituadalah makhluk.

Bagaimana mungkin makhluk dapat menanggung zat ALLAH sedang bukit dihadapan Nabi Musa pun hancur kerana
tidak dapat menanggung pentajalian ALLAH.”

Raja Muzaffar mengangguk- anggukkan kepalanya tanda faham. Kemudian SyeikhAbdullah menambah.. “Berkenaan tentang anakanda Putera Raja tidak boleh melihat ALLAH itu adalah betul namun bukanlah keranaALLAH itu jauh maka anakanda Putera Raja tidak boleh melihatNya.”

“Jika bukan begitu lantas bagaimana Syeikh Guru?” Tanya
Raja Muzaffar beria-ia ingin tahu. “Sebenarnya kita tidak dapat melihat ALLAH bukanlah kerana faktor jarak tetapi keranaketerbatasan kemampuan penglihatan mata manusia yang tidak mampu melihat zatNya.

Ini bersesuai dengan firman ALLAH yang
bermaksud “Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala penglihatan itu dan Dialah Yang MahaHalus lagi Maha Mengetahui.”.. dari surah al-An’am ayat 103.”

Terdiam Raja Muzaffarmendengar hujah gurunya itu. Barulah beliau sedar bahawa apa yang menjadi pegangannya selama hari ini adalah salah.

Peganganyang mengatakan bahawa ALLAH itu di Arasy dan ALLAH tidak boleh dilihat kerana faktor jarak adalah satu kesilapan.

Huraiandaripada gurunya melalui ilmu Kalam membuatkan Raja Muzaffar begitu kagum dengan kekuasaan akal yang dapat menghuraikansegala- galanya tentang Tuhan.

Bermula dari hari itu Raja Muzaffar berpegang dengan hujah gurunya bahawa ALLAH itu tidakbertempat dan manusia tidak boleh melihat ALLAH kerana keterbatasan kemampuan penglihatan mata manusia.

Akhirnya denganberkat ketekunan dan kesungguhan, Raja Muzaffar telah berjaya menguasai ilmu-ilmu ketuhanan menurut peraturan ilmu Kalam sebagaimana yang diajarkan oleh Syeikh Abdullah hingga mahir.

KISAH KETIGA
Masa terus berjalan dan kini Raja Muzaffar telah dewasa. Oleh kerana begitu minatnya yang mendalam tentang ilmu-ilmuketuhanan maka beliau meminta izin daripada ayahandanya untuk menperdalamkan lagi ilmu pengetahuannya dengan belajar dari
guru-guru yang berada diluar istana

sementelah Syeikh Abdullah telah meninggal dunia. Ayahandanya memberi izin lalu tanpaberlengah Raja Muzaffar menemui sahabat- sahabat sealiran almarhum Syeikh Gurunya untuk melanjutkan pelajaran.

RajaMuzaffar mempunyai sikap yang pelik. Saban hari apabila beliau melalui pekan-pekan kecil untuk sampai ke rumah guru-gurunya,beliau akan bertanya kepada setiap orang yang ditemuinya dengan soalan yang pernah ditanya kepada bondanya iaitu dimana
ALLAH dan bolehkah manusia melihatNya?.

Bagi sesiapa yang menjawab soalannya itu sebagaimana yang pernah dijawab olehbondanya maka beliau akan membetulkan kefahaman orang itu dengan hujah almarhum gurunya Syeikh Abdullah.

Jika orang itutidak mahu tunduk dengan hujahnya maka orang itu akan dipukulnya sebelum diusir dari negerinya itu.

Begitulah sikap RajaMuzaffar setiap hari sehingga pada suatu hari beliau bertemu dengan seorang tua yang sedang bertungkus-lumus menyediakan air
minuman untuk diberi minum kepada orang yang lalu-lalang disebuah pekan tanpa mengambil sebarang upah.

Melihat kelakuan pelikorang tua itu lantas Raja Muzaffar mendekatinya. “Hei orang tua.. mengapa kamu tidak mengambil upah atas usahamu itu?” Tanya
Raja Muzaffar tegas.

Orang tua yang sedari tadi begitu khusyukmengagih-agihkan minumannya itu terkejut dengan pertanyaan Raja Muzaffar lalu meminta Raja Muzaffar memperkenalkandirinya.

“Siapakah tuan ini?” Tanya si Tua. “Beta adalah Putera Raja negeri ini!” Jawab Raja Muzaffar tegas. “Oh kalau begitu
tuan ini tentu Raja Muzaffar yang terkenal dengan ketinggian ilmu ketuhanan itu.

Tapi sayang, tuan hanya tahu ilmu tentangALLAH tetapi tuan sendiri belum mengenal ALLAH. Jika tuan telah mengenal ALLAH sudah pasti tuan tidak akan bertanya kepadasaya soalan tuan tadi.”

Terkebil-kebil mata Raja Muzaffar mendengar kata-kata si Tua itu. Hatinya terpesona dengan ungkapan
‘mengenal ALLAH’ yang diucapkan orang tua itu. Lantas beliau bertanya kepada orang tua itu.

“Kemudian apa bezanya antara‘tahu’ dengan ‘kenal’?” Dengan tenang si Tua itu menjawab.. “Ibarat seseorang yang datang kepada tuan lantas menceritakan
kepada tuan tentang ciri-ciri buah nangka tanpa menunjukkan zat buah nangka, maka ini mertabat ‘tahu’ kerana ianya hanyasekadar maklumat dan orang yang berada pada mertabat ini mungkin akan menyangka bahawa buah cempedak itu adalah nangkakerana ciri-cirinya seakan sama.

Berbanding seseorang yang datang kepada tuan lantas menghulurkan sebiji buah nangka, maka inimertabat ‘kenal’ kerana zatnya terus dapat ditangkap dengan penglihatan mata dan orang yang berada padamertabat ini pasti dapat mengenal mana cempedak dan mana nangka dengan tepat.”

Raja Muzaffar mendengar dengan teliti
huraian si Tua itu. Diam-diam, hatinya membenarkan apa yang diperkatakan si Tua itu. Kemudian terlintas dihatinya untukbertanyakan soalan yang lazim ditanyanya kepada orang ramai.

“Kalau begitu wahai orang tua silalah jawab persoalan beta ini..

Dimana ALLAH dan bolehkah manusia melihatNya?”

“ALLAH berada dimana-mana sahaja dan manusia boleh melihatNya.” Jawab siTua dengan tenang.

Tercengang Raja Muzaffar mendengar jawapan orang tua itu. Seketika kemudian terus saja orang tua itudipukulnya sehingga jatuh tersungkur.

Melihat orang tua itu tidak cuba mengelak pukulannya bahkan langsung tidak menunjukkanreaksi takut maka Raja Muzaffar pun lantas bertanya..

“Kenapa kamu tidak mengelak pukulan beta wahai orang tua?”

“Bukankah tadi sudah saya bilang.. tuan ini hanya orang yang tahutentang ALLAH tetapi bukannya orang yang benar-benar mengenal ALLAH.”

Terdiam Raja Muzaffar mendengar kata-kata si Tuaitu. Kemudian beliau menenangkan dirinya lantas bersegera duduk diatas tanah dihadapan orang tua itu.

“Baiklah orang tua. Silalahhuraikan jawapan kamu tadi sebab beta berpegang bahawa ALLAH itu tidak bertempat dan manusia tidak boleh melihat ALLAH.”

“ALLAH itu tidak bertempat adalah menurut pandangan hukum akal sahaja sedang pada hakikatnya tidak begitu.”

Ujar orang tuaItu sambil mengesat bucu bibirnya yang berdarah. Kemudian beliau menyambung..

“Bukankah ALLAH itu wujudNya esa?” “Benar.”Jawab Raja Muzaffar.

“Jika ALLAH itu wujudNya Esa maka sudah barang tentu tidak ada wujud sesuatu bersertaNya.”

“Benar.”Jawab Raja Muzaffar. “Lantas bagaimanakah kedudukan wujud alam ini jika ALLAH itu diyakini wujud tanpa ada selain zat yangwujud bersertaNya dengan pandangan mata hati?”

Raja Muzaffar memejamkan matanya rapat-rapat lantas dikerahkanpandangan
mata hatinya untuk memahami persoalan yang ditanyai orang tua itu.

Tiba-tiba akalnya dapat menangkap dan memahami hakikatalam ini jika ianya merujuk kepada ruang lingkup keesaan wujud ALLAH.

Lantas beliau membuat satu kesimpulan.. “Jika dipandangdari sudut esanya wujud ALLAH maka alam ini tidak lain melainkan diriNya sendiri…

Tiba- tiba sahaja perkataan itu terpacul keluardari bibirnya. Terkebil-kebil matanya apabila mendengar ucapannya sendiri. Maka lidahnya kelu dan akalnya lumpuh. Terkejut.Tergamam. Terbungkam.

“Jadi kalau begitu ketika tuan memandang alam ini, siapa yang tuan pandang pada hakikatnya?” Pantas
soalan itu diajukan kepada Raja Muzaffar.

“Pada hakikatnya beta memandang ALLAH!” “Nah kalau begitu bukankah ALLAH adaberfirman yang bermaksud “Dimana sahaja kamu menghadap, disitulah wajah ALLAH” dari surah al Baqarah ayat 115

dan dalamsurah al Hadiid ayat 3 yang bermaksud “Dialah yang awal, yang akhir, yang zahir dan yang batin.” Kemudian orang tua itubertanya lagi..

“Dan sekarang dapat atau tidak tuan melihat ALLAH ketika ini” “Ya.. beta menyaksikan dengan ainul basyiroh.”
Perlahan-lahan berjujuran air mata dari bucu mata Raja Muzaffar.

Beliau menahan sebak kerana sekarang beliau sudah fahamkenapa orang tua itu tidak mengambil upah atas usahanya dan tidak mengelak ketika dipukul.

Semuanya kerana yang dipandangnya
adalah pentajallian ALLAH. Dalam hati perlahan-lahan beliau berkata.. “Memang benar sesungguhnya pada sudut ini, ALLAH beradadimana-mana sahaja dan manusia boleh melihat ALLAH.”

“Makanya wahai Putera Raja.. inilah yang dinamai sebagai ilmu hakikat.”
Semenjak hari itu, Raja Muzaffar terus mendampingi orang tua itu untuk mempelajari lebih dalam selok- belok ilmu hakikat hinggadiangkat beliau oleh gurunya menduduki kedudukan Syeikh ilmu hakikat.

Demi mempraktikkan ilmu-ilmu hakikat yang halus, Raja Muzaffar telah menjadi seorang ahli ibadah yang alim.

Beliau tidak lagiberpegang dengan fahaman almarhum gurunya iaitu Syeikh Abdullah kerana baginya jalan yang boleh membuatkan seseorang itudapat mengenal ALLAH dengan haqqul yaqin ialah dengan ilmu hakikat.

Beliau telah mengenepikan duduk didalam peraturan hukumakal sama sekali dan mulai duduk didalam peraturan musyahadah.

Bagi beliau, ilmu Kalam yang dituntutnya selama ini adalahsemata-mata salah. Setelah kemangkatan ayahandanya maka Raja Muzaffar ditabalkan menjadi sultan dinegerinya dan sekarang
beliau menyandang gelaran Sultan Muzaffar Syah pada usia 50 tahun.

Beliau memerintah negerinya dengan adil dan saksamanamun sikap peliknya yang dahulu masih diteruskannya. Dimana sahaja beliau pergi beliau tetap akan bertanyakan soalannya yanglazim itu.

Jika orang yang ditanya tidak dapat menjawab maka akan diajarkan jawabannya menurut ilmu hakikat dan jika orang itumembangkang akan dihukum bunuh.

Akhirnya kelaziman Sultan Muzaffar Syah ini membuatkan seluruh rakyat jelatanya menganutfahaman hakikat. Justeru itu rakyat jelata dinegerinya hidup aman dan makmur.

KISAH KEEMPAT
Suatu petang Sultan Muzaffar Syah yang terkenal sebagai Mursyid ilmu hakikat itu berjalan-jalan disebuah padang rumput yangluas dengan ditemani para pembesar istana.

Pandangannya tertarik pada gelagat seorang pemuda pengembala kambing dalamlingkungan usia 30an yang sedang berusaha menghalau seekor serigala yang cuba memakan kambing gembalaannya.

Bagindamendatangi pemuda gembala itu. Kelihatan pemuda itu hanya memakai pakaian yang diperbuat daripada guni dan tidak mempunyaikasut sebagai alas kaki.

Rambutnya kering berdebu, bibirnya kering dan badannya kurus. “Wahai pemuda.. kenapa kamu menghalau
serigala itu dari memakan kambing itu, tidakkah kamu menyaksikan hakikat serigala itu?

Maka biarkan sahaja ALLAH bertindak
menurut kemahuanNya.” Mendengar kata-kata Sultan Muzaffar Syah itu sekonyong- konyong pemuda gembala itu menggenggampasir lantas dilemparkannya pasir itu ke muka Sultan Muzaffar Syah.

Kemudian pemuda gembala itu membongkok untuk mengambil
segenggam pasir lagi lalu dilemparkan lagi ke muka Sultan Muzaffar Syah.

Sultan Muzaffar Syah hanya tercegat sahaja mungkinterkejut dengan tindakkan pemuda gembala itu.

Pemuda gembala itu terus mahu mengambil segenggam pasir lagi dan melihat ituseorang pembesar istana yang berada disitu terus memukul pemuda gembala itu hingga beliau pengsan.

Apabila sedar dari pengsan,pemuda gembala itu mendapati tangan dan lehernya telah dipasung dengan pasungan kayu didalam sebuah penjara.

Tidak lama kemudian datang dua orang pengawal istana dengan kasar merenggut badannya dan membawanya ke suatu tempat yangamat asing baginya.

Tidak lama berjalan akhirnya mereka sampai dihadapan singgahsana Sultan Muzaffar Syah. “Mengapa kamu
melempari muka beta dengan pasir?”

Tenang sahaja pertanyaan Sultan Muzaffar Syah. “Kerana tuanku mengatakan bahawaserigala itu adalah ALLAH yakni Tuhan saya.”

“Bukankah hakikat serigala itu sememangnya begitu?”

Tanya Sultan Muzaffar Syahhairan. “Nampaknya dakwaan yang mengatakan bahawa tuanku ini adalah seorang yang mengenal ALLAH adalah bohong semata-mata.”

“Kenapa kamu berkata begitu?” “Sebab orang yang sudah sempurna mengenal ALLAH pasti merindui untuk ‘menemui’
ALLAH.”

Setelah 30 tahun baru hari ini hati Sultan Muzaffar Syahterpesona lagi apabila mendengar ungkapan ‘menemui ALLAH’ yang diucapkan oleh pemuda gembala itu.

Dahulu hatinya pernahterpesona dengan ungkapan ‘mengenal ALLAH’. Sejurus itu juga Sultan Muzaffar Syahmemerintahkan agar pasung kayu yangdikenakan pada pemuda gembala itu ditanggalkan.

“Lantas apa utamanya ‘bertemu’ berbanding ‘kenal’?” Tanya Sutan MuzaffarSyah.

“Adakah tuanku mengenali sifat- sifat Rasulullah?” Tanya pemuda gembala itu tiba- tiba..

“Ya, beta kenal akan sifat-sifatRasulullah.” “Lantas apa keinginan tuanku terhadap Rasulullah?” “Semestinyalah beta mahu dan rindu untuk menemuinya keranabaginda adalah kekasih ALLAH!”

“Nah begitulah… Orang yang sempurna pengenalannya terhadap sesuatu pastiterbit rasa inginbertemu dengan sesuatu yang telah dikenalinya itu dan bukannya hanya sekadar berputar-putar didaerah ‘mengenal’ semata-mata.

” Tiba-tiba sahaja Sultan Muzaffar Syah berteriak kuat dengan menyebut perkataan ‘Allahu Akbar’ sekuat- kuat hatinya lalubaginda jatuh pengsan.

Tidak lama kemudian setelah wajahnya disapukan dengan air sejuk maka baginda kembali sedar. SultanMuzaffar Syah terus menangis teresak-esak hingga jubahnya dibasahi dengan air matanya.
Baginda memuhassabah dirinya..

“Memang.. memang selama ini beta mengenali ALLAH melalui ilmu hakikat tetapi tidak pernahhadir walau sekelumit rasa untuk bertemu denganNya. Rupa-rupanya ilmu hakikat yang beta pegangi selama ini juga salahsepertimana ilmu bonda dan ilmu Syeikh Abdullah”.. bisik hatinya.

Kemudian terlintas difikiran Sultan Muzaffar Syah untukmenanyakan soalan lazimnya kepada pemuda gembala itu. “Kalau begitu wahai orang muda, silalah jawab persoalan beta ini..

DimanaALLAH?” Dengan tenang pemuda gembala itu menjawab..“ALLAH berada dimana Dia berada sekarang.” “Kalau begitu, dimana
ALLAH sekarang? “Sekarang ALLAH berada dimana Dia berada dahulu.” “Dimana ALLAH berada dahulu dan sekarang?” “Dahulu
dan sekarang Dia berada ditempat yang hanya Dia sahaja yang ketahui.” “Dimana tempat itu?” “Didalam pengetahuan ilmu
ALLAH.” Sultan Muzaffar Syah terdiam sebentar sambil keningnya berkerut memikirkan jawapan yang diberi pemuda gembala itu.

Kemudian baginda meneruskan pertanyaannya lagi. “Bolehkah manusia melihat ALLAH?” “Kunhi zatNya tidak boleh dicapai denganpandangan mata kepala dan pandangan hati.”

“Sila perjelaskan lagi wahai anak muda.” Pinta Sultan Muzaffar Syah. “Begini tuanku..adapun jawapan yang diberikan oleh bonda tuanku itu diatas soalan lazim yang tuanku berikan itu adalah sebenarnya betul menuruttahapan akal tuanku yang ketika itu dinilai masih kanak-kanak.

Adapun jawapan yang diberikan oleh Syeikh Abdullah itu juga betuljika dinilai dari sudut hukum akal.

Adapun jawapan yang diberikan oleh Syeikh Tua itu juga betul jika dinilai dari sudut pengamalanmusyahadah terhadap ilmu Hakikat.

Begitu jugalah dengan jawapan yang saya berikan juga betul jika dinilai dari sudut ilmuMa’rifat.

Tiada yang salah cuma ilmu itu bertahap-tahap dan tuanku telah pun melalui tahapan- tahapan itu. Dari tahapan jahil
(ilmu bonda) ke tahapan awam (ilmu Kalam) kemudian ke tahapan khusus (ilmu Hakikat) dan akhir sekali ke tahap khawasul khawas(ilmu Ma’rifat).”

Kemudian pemuda gembala itu terus menyambung kata- katanya.. “Jika ilmu Hakikat itu jalan fana kerana menilik
kepada zat ALLAH maka ilmu Ma’rifat pula jalan baqo’ kerana menilik terus kepada Kunhi zat ALLAH.

Maka jawapan bagi persoalan
tuanku itu secara yang dapat saya simpulkan ialah Tiada yang tahu dimana ALLAH melainkan ALLAH dan tiada sesiapa yang dapatmelihat ALLAH melainkan diriNya sendiri.”

Sultan Muzaffar Syah mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham. “Jadi
bagaimana hendak sampai ke tahap mengenal ALLAH dengan sempurna sehingga terbit rasa ingin untuk menemuiNya?”

“Janganmengenal ALLAH dengan akal sebaliknya mengenal ALLAH dengan ALLAH.”

“Kemudian, apakah cara-caranya untuk dapat bertemudengan ALLAH?”

“Sebagaimana firman ALLAH yang bermaksud “.. Barangsiapa mengharap pertemuan dengan Tuhannya maka
hendaklah dia mengerjakan amalan soleh dan janganlah dia mempersekutukan Tuhannya dalam beribadat kepadanya”.. dari surah alKahfi ayat 110.”

Mendengar penjelasan daripada pemuda gembala itu hati Sultan Muzaffar Syah menjadi tenang dan akhirnyabaginda diterima menjadi murid si pemuda gembala itu.

Kerana kesungguhan yang luarbiasa dalam menuntut ilmu Ma’rifat makabaginda mahsyur terkenal sebagai seorang sultan yang arifbillah lagi zuhud dan warak.

Kemudian rakyatnya dibiarkan bebas untukberpegang pada mana-mana fahaman pun asalkan ajarannya masih didalam ruang lingkup yang mengikuti peganganAhlussunnah wal Jamaah.

Dan sekarang pada usia 70 tahun barulah Sultan Muzaffar Syah sedar dan faham bahawa untuk memahamitentang ALLAH maka seseorang itu harus melalui tahapan-tahapan yang tertentu sebelum seseorang itu layak dinobatkan sebagai
arifbillah.

Baginya samada ilmu Kalam, ilmu Hakikat atau ilmu Ma’rifat maka kesemuanya adalah sama penting untuk dipelajari bagi
mewujudkan kesempurnaan untuk mencapai kedudukan Insan Kamil yang Ma’rifatullah.

Kini Sultan Muzaffar Syah sudah memahamibagaimana rasanya rindu kepada ALLAH dan bagaimana rasanya benar-benar tidak sabar untuk bertemu ALLAH.

Sejak semalammulutnya tidak henti-henti asyik mengucapkan kalimah ALLAH..ALLAH..ALLAH dan kadang-kadang terlihat deruan air mata jernih
mengalir perlahan dipipinya sewaktu dipembaringan.

Perlahan-lahan pemuda gembala menghampiri Sultan Muzaffar Syah yang
sejak 20 tahun lalu tinggal bersama dengannya dirumah usangnya lantas meletakkan kepala muridnya itu diribaan silanya denganlinangan air mata.

Kini nafasnya mulai tersekat-sekat dan melihat itu, pemuda gembala merapatkan bibirnya ke telinga SultanMuzaffar Syah lantas mentalqinkan baginda dengan dua kalimah syahadah seraya diikuti baginda dengan senyuman.

Sejuruskemudian Sultan muzaffar Syah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Suasana hening… pemuda gembala menunduk sahaja dansebentar kemudian dia berkata.. “Wahai alangkah beruntungnya.. sekarang tuanku benar-benar telah menemui ALLAH dan dapatmengenalNya dengan sebenar-benar kenal.

Wahai ALLAH, masih belum layakkah untuk aku bertemu denganMu.. aku mencemburuiSultan Muzaffar Syah ini maka jemputlah aku menghadapMu Ya ALLAH…”.

Sebentar kemudian pemuda gembala itu pun turut rebahdan menghembuskan nafasnya yang terakhir. Suasana kembali hening……… TAMAT

Ahad, 18 September 2016

Empat Cara Iblis Menjerumuskan Manusia, Waspadalah!

Al-Qur’an mengisahkan bahwa ketika dikeluarkan dari surga, Iblis meminta kepada Allah agar dapat menggoda anak cucu Adam menjadi temannya di neraka kelak. Iblis berkata, “Aku sungguh-sungguh akan mendatangi (menggoda) mereka dari arah depan dan arah belakang mereka, arah kiri dan arah kanan mereka. Dan sungguh mereka tidak akan menjadi hamba-Mu yang bersyukur”(QS 7:17).

Menurut Al-Kattani, ayat ini berbicara mengenai tahapan strategi Iblis dalam menyesatkan manusia. Iblis menjebak manusia secara bertahap. Dimulai dari tawaran yang paling kasar dan sulit hingga ke tahapan yang paling halus dan mudah. Namun, justru di jebakan yang paling halus dan mudah inilah manusia banyak yang terperangkap. 

Menurut al-Kattani “arah depan” ialah jebakan menyekutukan Allah dan melakukan dosa-dosa besar. Ini adalah tawaran yang paling sulit untuk dituruti manusia. Pada tahapan ini, Iblis menawarkan kekufuran, mengajak orang untuk menolak agama, keberadaan Tuhan, risalah para Rasul dan kebenaran kitab suci.

Ketika gagal,  godaan dari “arah belakang” pun disodorkan Iblis, yaitu jebakan melakukan dosa-dosa kecil, lebih mudah untuk diikuti dari tawaran sebelumnya. Iblis merayu manusia bahwa berbuat dosa itu manusiawi dan lagi pula, kata dia, Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Karena itu, masih ada kompensasi bertobat. Untuk orang-orang yang rawan godaan Iblis ini. 

Nabi SAW mewanti-wanti: “Jangan meremehkan dosa kecil, karena dosa-dosa kecil akan menjadi besar bila orang menghimpunnya.” 

Dalam suatu riwayat, Ali bin Abi Thalib berkata, “Dosa paling besar adalah dosa yang dianggap kecil oleh pelakunya.”

Jika gagal merayu manusia dari arah depan dan arah belakang, Iblis mendisain godaan ketiga, jebakan dari “arah kanan”. Arah kanan, masih menurut al-Kattani, ialah tawaran untuk melakukan hal-hal yang mubah namun dapat melalaikan yang wajib. Olahraga pagi itu mubah namun jika dapat melalaikan kita dari masuk kantor tepat waktu, kita terjebak pada godaan ketiga Iblis ini.

Jebakan yang terakhir datang dari arah kiri. Ini tawaran yang paling halus. Iblis menawarkan kita dengan ibadah-ibadah yang utama, tetapi melalaikan kita dari hal-hal yang lebih utama. Berzikir itu utama. Bila kita sibuk berzikir, membersihkan diri atau tafakur di sudut rumah kita, lalu kita mengabaikan masalah-masalah sosial, maka kita melupakan hal yang lebih utama. Ketika kita meributkan perbedaan kecil dalam ibadah dan melupakan kualitas ekonomi kita, kita telah terjebak pada jebakan yang datang dari arah kiri ini. 

Diriwayatkan, ketika Iblis mengatakan ucapannya tersebut, para malaikat menjadi kasihan kepada manusia, lalu mereka berkata: “Ya Allah, bagaimana mungkin manusia dapat terhindar dari jebakan Iblis?”

Allah menjawab masih tersisa dua arah: atas dan bawah, “Jika manusia mengangkat kedua tangannnya dalam doa dengan penuh rendah hati atau bersujud dengan dahinya di atas tanah dengan penuh kekhusyukan, Aku akan mengampuni dosa-dosa mereka.” 
(HR Thabrani).

Abdul Aziz, alumni PP Ilmu Hadis Darussunnah Ciputat. [Sindikasi Media]Al-Qur’an mengisahkan bahwa ketika dikeluarkan dari surga, Iblis meminta kepada Allah agar dapat menggoda anak cucu Adam menjadi temannya di neraka kelak. Iblis berkata, 
“Aku sungguh-sungguh akan mendatangi (menggoda) mereka dari arah depan dan arah belakang mereka, arah kiri dan arah kanan mereka. Dan sungguh mereka tidak akan menjadi hamba-Mu yang bersyukur”(QS 7:17).

Menurut Al-Kattani, ayat ini berbicara mengenai tahapan strategi Iblis dalam menyesatkan manusia. Iblis menjebak manusia secara bertahap. Dimulai dari tawaran yang paling kasar dan sulit hingga ke tahapan yang paling halus dan mudah. Namun, justru di jebakan yang paling halus dan mudah inilah manusia banyak yang terperangkap. 

Menurut al-Kattani “arah depan” ialah jebakan menyekutukan Allah dan melakukan dosa-dosa besar. Ini adalah tawaran yang paling sulit untuk dituruti manusia. Pada tahapan ini, Iblis menawarkan kekufuran, mengajak orang untuk menolak agama, keberadaan Tuhan, risalah para Rasul dan kebenaran kitab suci.

Ketika gagal,  godaan dari “arah belakang” pun disodorkan Iblis, yaitu jebakan melakukan dosa-dosa kecil, lebih mudah untuk diikuti dari tawaran sebelumnya. Iblis merayu manusia bahwa berbuat dosa itu manusiawi dan lagi pula, kata dia, Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Karena itu, masih ada kompensasi bertobat. Untuk orang-orang yang rawan godaan Iblis ini.

Nabi SAW mewanti-wanti: “Jangan meremehkan dosa kecil, karena dosa-dosa kecil akan menjadi besar bila orang menghimpunnya.” 

Dalam suatu riwayat, Ali bin Abi Thalib berkata, “Dosa paling besar adalah dosa yang dianggap kecil oleh pelakunya.”

Jika gagal merayu manusia dari arah depan dan arah belakang, Iblis mendisain godaan ketiga, jebakan dari “arah kanan”. Arah kanan, masih menurut al-Kattani, ialah tawaran untuk melakukan hal-hal yang mubah namun dapat melalaikan yang wajib. Olahraga pagi itu mubah namun jika dapat melalaikan kita dari masuk kantor tepat waktu, kita terjebak pada godaan ketiga Iblis ini.

Jebakan yang terakhir datang dari arah kiri. Ini tawaran yang paling halus. Iblis menawarkan kita dengan ibadah-ibadah yang utama, tetapi melalaikan kita dari hal-hal yang lebih utama. Berzikir itu utama. Bila kita sibuk berzikir, membersihkan diri atau tafakur di sudut rumah kita, lalu kita mengabaikan masalah-masalah sosial, maka kita melupakan hal yang lebih utama. Ketika kita meributkan perbedaan kecil dalam ibadah dan melupakan kualitas ekonomi kita, kita telah terjebak pada jebakan yang datang dari arah kiri ini.

Diriwayatkan, ketika Iblis mengatakan ucapannya tersebut, para malaikat menjadi kasihan kepada manusia, lalu mereka berkata: “Ya Allah, bagaimana mungkin manusia dapat terhindar dari jebakan Iblis?”

Allah menjawab masih tersisa dua arah: atas dan bawah, “Jika manusia mengangkat kedua tangannnya dalam doa dengan penuh rendah hati atau bersujud dengan dahinya di atas tanah dengan penuh kekhusyukan, Aku akan mengampuni dosa-dosa mereka.” 
(HR Thabrani).

Abdul Aziz, alumni PP Ilmu Hadis Darussunnah Ciputat. [Sindikasi Media]