Burung Wajib Akan Pulang Dengan Sangkarnya!
Jam 4.21 pagi pada 25hb Mei
Disaat sahabat-sahabat sedang nyenyak dibuai dengan mimpi dalam tidur yang indah, ketahuilah oleh mu wahai sahabat-sahabat ku, bahawasanya dari kejauhan Taiping Perak, aku sedang menemani tidur tuan-tuan dengan dendangan lagu-lagu qalbu.
Dalam tidur yang resah memikirkan diri sahabat-sahabat yang masih kosong, mata ku di tongkat oleh doa kalian. Berbekalkan dengan doa kalian itu, rohani ku memberontak untuk mendodaikan tidur tuan-tuan dengan ilmu makrifat Tok Kenali. Moga-moga dengan dendangan lagu qalbu dari hatiku yang sudah mati dan kosong ini, dapat menghiburkan jiwa gersang tuan-tuan dengan cucuran air nurani dari telaga Allah.
Selagi jasad ku diberi kesempatan waktu oleh Allah, selagi itu juga akan ku luahkan segala intipati ilmu yang ada di dalam dada buat kalian!, mengarang dan terus mengarang. Semoga lagu jiwa yang aku dendangkan ini, membuat tuan-tuan dan sahabat-sahabat beroleh ilmu.
Tuan-tuan dan puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Hidup di dunia ini, tidaklah lama. Pejam celik-pejam celik, umur kita 30an. Pejam celik-pejam celik, umur kita 40an dan pejam celik-pejam celik umur kita 50an dan seterusnya menghampiri saat-saat kematian.
Masa di dunia, roh kita ditemani jasad!. Setelah mati kelak, kemana perginya jasad kita. Apakah jasad selamanya akan berpisah dengan jasad?. Tidak mungkin waktu datang kita bersama, bila tiba saat mati jasad bercerai dari roh?. Hendaknya kalian tahu bahawa bilamana datang bersama, pulangpun hendaklah bersama. Tidak mungkin burung meningggalkkan sangkar dan tidak mungkin keris tinggalkan sarong!.
Dalam pengajian ilmu makrifat, setiap orang yang menuntut ilmu makrifatullah (mengenal Allah), roh tidak sekali-kali membenarkan jasad tinggal besendirian atau berkeseorangan didalam tanah!. Pulangnya kita kelak, bukan kembali “kerahmatul tanah”, adapun kepulangan kita adalah bertujuan kembali “kerahmatullah” (kepangkuan Allah) dan bukannya kerahmatul tanah atau kerahmatul bumi!.
Orang makrifat, tidak sekali-kali akan meninggalkkan jasadnya keseorangan didalam bumi. Datang bersama, pasti matipun akan bersama. Burung keramat lagi sakti, pasti tidak akan sekali–kali membiarkan sangkarnya terbiar dimakan cacing!. Inilah janji burung (ruh) yang mengenal makrifatullah kepada sangkarnya.
Barang siapa yang tidak mahu jasadnya dimakan cacing, dimamah kala jengking dan tidak mahu diri dan jasadnya bersoal jawab dengan Mungkar dan Nankir, dipersilakkan tuan-tuan mengenall Allah!. Barang siapa yang dirinya mengenal Allah sudah dengan pasti, burung akan terbang dengan sangkar-sangkarnya sekali, menemuai Allah Azawalla!.
Asal kita itu, adalah dari kampung “rahmat Allah”, maka sekembalinya kita kelak, hendaklah juga pulang kerahmatullah dan hendaklah juga pulang kerahmat Allah. Kampung kita bukan tanah dan bukan bumi. Kita berasal dari kampong rahmat, mari kita sama-sama kembali juga ke kampung rahmat!. Itulah kampung asal kita, iaitu kampung “rahmat Allah”!.
Alam bumi atau alam dunia ini, adalah alam persinggahan sementara, alam transit atau alam binasa yang tidak kekal. Buat apa nak duduk dialam yang tidak kenal, kenapa tidak sahaja kita kembali balik ke kampong asal kita, yang kekal tidak binasa?. Dunia ini binasa!.
Guru-guru terdahulu, selalu menaruh amanat atau selalu berpesan kepada anak-anak muridnya, agar menggali semula kuburnya. Jika didapati jasadnya masih didalam alam kubur, dipersilakan kencing atas kuburnnya!.
Begitulah apa yang berlaku kepada jasad-jasad Tuan Guru Haji Ahmad Al- Fatani, Tuan Guru Tok Selehong, Tuan Guru Mohd Yusof Cik Wook dan ramai lagi para guru-guru kita terdahulu.
Orang yang sampai kepada peringkat makam ilmu makrifatullah (mengenal Allah) itu, jasadnnya bukan didalam bumi. Roh dan jasadnya adalah milik Allah semasa didunia lagi.
Dari alam dunia lagi, kita ini sesungguhnya telah mati dan dialam dunia lagi kita ini berserah diri, menyerah diri dan telah mengembalikan diri kepada Allah sedari didunia dan telah menjadi milk Allah sedari dulu sampai sekarang dan sampai bila-bila!.
Jika kita mengenal Allah semasa masih di dunia, dimasa alam kubur esok, Mungkar dan Nangkir, tidak akan sekali-kali berani untuk datang menyoal tubuh kita!. Sebabnya adalah kerana, diri atau tubuh atau anggota kita ini, telah menjadi hak milik kepunyaan Allah!.
Bilamana kita sudah kepunyaan Allah sedari didunia lagi, tidak sekali-kali berani akan Mungar dan Nangkir datang menyoal kita!. Barang yang sudah kembali menjadi hak milik Allah, tidak sekali-kali berani makhluk mempersoalkannya?. Yang selalu mereka soal dan mereka seksa iu, adalah bilaman bernama Mamat bin Jusuh atau Dollah bin Mat Noor.
Selagi kita bergelar Muhamad bin Muhamad, saya pasti dengan pasti sepasti pastinya, sekalipun kita berjumpa mungkar dan Nangkir, bukan mereka yang bertanya atau menyoal kita, malahan kita yang akan menyoal mereka.
Contoh atau seumpama!.
Bilamana Mungkar dan Nangkir datang bertanya kepada kita ” Ma Robbuka” (siapakah Tuhan engkau). Maka jawablah dengan terang dan jelas. Tidakkah Tuhan aku dan Tuhan engkau itu sama!. Bertanya lagi Malaikat Mungkar dan Nankir kepada kita. Siapakah Tuhan engkau, hendaklah kita jawablah dengan terang dan jelas, sesungguhnya Allah lebih mengetahui dari apa yang kita tidak tahu!. Allah telah lebih dahulu tahu dari apa yang Mungkar dan Nangkir belum tahu!. Apa yang Mungkar dan Nangkir nak tahu, nak soal atau nak tanya itu, sesugguhnya Allah sudah terlebih tahu?.
Sedari mula kita dijadikan Allah, Allah sudah sedia tahu, apa yang akan kita jawab. Kerana apa yang akan kita jawab itu, adalah jawapan yang sudah sedia ada dalam ilmu Allah sedari azali!. Yang hendak bertanya itupun ilmu Allah dan yang hendak ditanyapun ilmu Allah, Bilamana diri kita sudah tidak ada (mati), siapa yang hendak tanya siapa?. Yang menyoalpun Dia dan yang hendak disoal pun Dia. Dia seDia Dianya Dia……………………………
Setelah segalanya tidak ada, jika segalanya sudah tidak ada, siapa yang bersifat ada?. Yang bersifat ada itu siapa, cuba jawab?……………………….makhluk itu bersifat dengan sifat muhadas iaitu (bersifat bahru), barang yanng bersifat baharu itu tetap dan pasti binasa, jika makhluk binasa, yang bersifat kekal itu siapa, cuba jawab?…………….
Tidakkah yang bersifat kekal itu Allah. Bilamana Allah yang berifat kekal, bererti makhluk bersifat binasa, setelah binasanya makhluk, siapa lagi yang nak soal siapa?
Jam kereta saya menunjukkan pukul 6.10 pagi. Saya sekarang sedang duduk mengarang dalam kereta. Nak sewa hotel semuanya penuh kerana musim perayaan, ramai orang pulang bercuti, jadi hotek semua penuh, kenalah tidur dalam kereta.
Panas dalam kereta tidak payah dicerita lagi, semua orang tahu. Nak buka tingkap takut sang nyamuk masuk, nak tutup semua cermin, nanti panas, nak buka ekon kereta, takut injin panas, Maalumlah kereta buuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuruk! (amboi panjangnya hruf “u”). jadi dudukklah dalam kereta, biarpun panas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.