Pages

Memaparkan catatan dengan label rahmatullah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rahmatullah. Papar semua catatan

Jumaat, 13 Mei 2016

MENUKAR REZEKI KERANA KEPERLUAN HIDUP

MENUKAR REZEKI KERANA KEPERLUAN HIDUP

Di pintu masuk kawasan market pada suatu pagi,saya disapa oleh seorang tua untuk membeli udang galah yg dijualnya,ada hampir 10 ekor.

Saya hanya senyum kepadanya sambil memberi isyarat tidak mahu,tetapi seorang pemuda dibelakang saya bertanya berapa harga semuanya.RM50.00 kata orang tua itu,lalu dibayar oleh pemuda tersebut.Udang itu dimasuk dalam plastik,ada yg besar dan sederhana.

Bila uncang plastik itu diserah kepada pemuda itu,tetiba dia bertanya,"Pak Cik,ada tidak udang galah ini yang Pak Cik bawa balik untuk makan dirumah?"Orang tua itu tercengang mendengar soalan itu.

Dalam senyum dia berkata,"Encik,Allah beri rezeki udang ini untuk kami lihat sahaja kerana ada yang lain yang lebih perlu.Beras,gula,tepung untuk makan anak anak adalah lebih utama dari makan udang ini.

Jualan hari ini cukup untuk kami makan 4 atau 5 hari,berbanding jika kami makan udang ini hanya untuk sekali makan."Saya tunduk mendengar jawapanya,dalam hati meraung  menyebut kebesaran Allah.

Air muka pemuda itu cepat berubah menjadi redup mendengar jawapan itu,lalu dia menghulur kembali bungkusan udang itu kepada orang tua itu dan berkata,"Pak Cik,hari ini pak cik dan anak anak anak dapat makan gulai udang galah yg ditangkap oleh pak cik sendiri.Ambillah,saya sedekahkan semua."

Pemuda itu cepat berlalu,sedangkan orang tua itu sepert kebingungan seketika.Ketika meninggalkan tempat itu dg udangnya,saya melihat tangannya menyapu mata.

Bertuahlah pemuda itu memiliki hati yang dapat menjangka sesuatu yg disebalik pandangan.

Ada orang,rezekinya hanya untuk tatapan kerana perlu ditukar bagi mendapatkan sesuatu yg lebih perlu untuk hidup.

Contoh nya nelayan yg menangkap hasil tangkapan yg mahal harganya,akan semuanya dijual untuk mendapatkan wang bagi membeli keperluan hidup,sedangkan mereka makan ikan yg kecil,yg murah.

Maka kita yg berada patut juga belajar dari keadaan ini,ada rezeki yg kita perolehi mungkin tidak sesuai dengan taraf hidup kita.

Contoh walau kita ada pendapatan tetap,sebaiknya tidaklah berhutang besar untuk kemewahan yg melebihi kemampuan seperti membeli kereta mahal,menghias rumah lebih dari keperluan,berpakaian dan accessori berjenama yg tidak sepadan.

Maksud saya kisah ini seolah Allah mahu menunjukkan supaya manusia hidup mengikut kemampuan dan tarafnya,ukur baju dibadan sendiri.Pak Cik itu tak perlu makan udang galah kerana ia lebih perlu beras,tepung,gula dsbnya utk hidup.

Jika kita makan yg hebat,ingatlah ada orang menelan air liur,ada orang yg berpenat lelah kerananya, ada orang yg teringin tetapi tidak berupaya.

Sesekali kongsikan kenikmatan hidup kita dengan mereka yg miskin dg bersedekah,berbuat jamuan,memberi apa yg selalu kita makan,apa yg sedap pada lidah kita supaya orang lain juga merasa.

Janganlah kita hanya memikir diri kita sahaja, seperti pemuda ini yg terfikirkan keluarga penjual udang ini.Kita setiap hari makan hebat hingga berboyot perut,tetapi tak pernah sedetikkah terfikir insan lain yg memamah sayur kangkung, ikan temenung dan sambal belacan setiap hari.

Firman Allah,"Kamu sesekali tidak sampai kepada kebajikan yang sempurna,sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai.Dan siapa saja yang kamu nafkahkan,maka sesungguhnya Allah mengetahui."Ali Imran 92.

www.facebook.com/maulabillah
www.facebook.com/tradezara

KISAH SYAIKH ABDUL QADIR AL JILANI DAN IBLIS.

KISAH SYAIKH ABDUL QADIR AL JILANI DAN IBLIS

Telah diceritakan di dalam sebuah riwayat:

PADA suatu hari, Syaikh Abdul Qadir al-Jilani berjalan-jalan dengan muridnya di padang pasir. Waktu itu hari sangat panas, dan mereka sedang berpuasa. Mereka pun merasa letih dan dahaga.

Tiba-tiba, sekumpulan awan muncul, yang melindungi mereka dari panas terik matahari. Setelah itu, sebatang pohon kurma dan sebuah kolam air muncul di hadapan mereka. Mereka terpesona. Kemudian satu cahaya besar yang berkilauan, muncul dari celah awan di hadapan mereka dan terdengarlah satu suara dari dalamnya yang berkata:

“Wahai Abdul Qadir, akulah Tuhanmu. Makan dan minumlah, kerana pada hari ini, telah aku halalkan untuk engkau apa yang telah aku haramkan untuk orang-orang lain.”

Syaikh Abdul Qadir al-Jilani pun melihat ke arah cahaya itu dan berkata:

“Aku berlindung dengan Allah dari godaan syaitan yang terkutuk.”

Tiba-tiba, cahaya, pohon kurma dan kolam itu semuanya hilang dari pandangan mata. Maka kelihatanlah iblis di hadapan mereka dengan bentuk rupanya yang asli.

Iblis bertanya:

“Bagaimanakah engkau dapat mengetahui itu sebenarnya adalah aku?”

Syaikh Abdul Qadir al-Jilani menjawab:

“Syari'at itu sudah sempurna, dan tidak akan berubah sampai Hari Kiamat. Allah tidak akan mengubah yang haram kepada yang halal, walaupun untuk orang-orang yang menjadi pilihan-Nya (Wali-Nya).”

Maka iblis pun berkata lagi untuk menguji Syaikh Abdul Qadir al-Jilani:

“Aku mampu menipu 70 kaum dari golongan Salikin (yakni orang-orang yang menempuh Jalan Kerohanian) dengan cara ini. Ilmu yang engkau miliki lebih luas daripada ilmu mereka. Apakah hanya ini jumlah pengikutmu? Sudah sepatutnya semua penduduk bumi ini menjadi pengikutmu, kerana ilmumu menyamai ilmu Para Nabi.”

Syaikh Abdul Qadir al-Jilani menjawab:

“Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar, Yang Maha Mengetahui, daripada engkau. Bukanlah kerana ilmuku aku selamat, tetapi kerana RAHMAT DARI ALLAH, PENGATUR SEKALIAN ALAM.”

Selasa, 20 Mei 2014

Burung Wajib Akan Pulang Dengan Sangkarnya!

Burung Wajib Akan Pulang Dengan Sangkarnya! 

Jam 4.21 pagi pada 25hb Mei


Disaat sahabat-sahabat sedang nyenyak dibuai dengan mimpi dalam tidur yang indah, ketahuilah oleh mu wahai sahabat-sahabat ku, bahawasanya dari kejauhan Taiping Perak, aku sedang menemani tidur tuan-tuan dengan dendangan lagu-lagu qalbu.
Dalam tidur yang resah memikirkan diri sahabat-sahabat yang masih kosong, mata ku di tongkat oleh doa kalian. Berbekalkan  dengan doa kalian itu, rohani ku memberontak untuk mendodaikan tidur tuan-tuan dengan ilmu makrifat Tok Kenali. Moga-moga dengan dendangan lagu qalbu dari hatiku yang sudah mati dan kosong ini, dapat menghiburkan jiwa gersang tuan-tuan dengan cucuran air nurani dari telaga Allah.
Selagi  jasad ku diberi kesempatan waktu oleh Allah, selagi itu juga akan ku luahkan segala intipati ilmu yang ada di dalam dada buat kalian!, mengarang dan terus mengarang. Semoga  lagu jiwa yang aku dendangkan ini, membuat tuan-tuan dan sahabat-sahabat beroleh ilmu.
Tuan-tuan dan puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Hidup di dunia ini, tidaklah lama. Pejam celik-pejam celik, umur kita 30an. Pejam celik-pejam celik, umur kita 40an dan pejam celik-pejam celik umur kita 50an dan seterusnya menghampiri  saat-saat kematian.
Masa di dunia, roh kita ditemani jasad!. Setelah mati kelak, kemana perginya jasad kita. Apakah jasad selamanya akan berpisah dengan jasad?. Tidak mungkin waktu datang kita bersama, bila tiba saat mati jasad bercerai dari roh?. Hendaknya kalian tahu bahawa bilamana datang bersama, pulangpun hendaklah bersama. Tidak mungkin burung meningggalkkan sangkar dan tidak mungkin keris tinggalkan sarong!.
Dalam pengajian ilmu makrifat, setiap orang yang menuntut ilmu makrifatullah (mengenal Allah), roh tidak sekali-kali membenarkan jasad tinggal besendirian atau berkeseorangan didalam tanah!. Pulangnya kita kelak, bukan kembali “kerahmatul tanah”, adapun kepulangan kita adalah bertujuan kembali “kerahmatullah”  (kepangkuan Allah) dan bukannya kerahmatul tanah atau kerahmatul bumi!.
Orang makrifat, tidak sekali-kali akan meninggalkkan jasadnya keseorangan didalam bumi. Datang bersama, pasti matipun akan bersama. Burung keramat lagi sakti, pasti tidak akan sekali–kali membiarkan sangkarnya terbiar dimakan cacing!. Inilah janji burung (ruh) yang mengenal makrifatullah kepada sangkarnya.
Barang siapa yang tidak mahu jasadnya dimakan cacing, dimamah kala jengking dan tidak mahu diri dan jasadnya bersoal jawab dengan Mungkar dan Nankir, dipersilakkan tuan-tuan mengenall Allah!. Barang siapa yang dirinya mengenal Allah sudah dengan pasti, burung akan terbang dengan sangkar-sangkarnya sekali, menemuai Allah Azawalla!.
Asal kita itu, adalah dari kampung “rahmat Allah”, maka sekembalinya kita kelak, hendaklah juga pulang kerahmatullah dan hendaklah juga pulang  kerahmat Allah. Kampung kita bukan tanah dan bukan bumi. Kita berasal dari kampong rahmat, mari kita sama-sama kembali juga ke kampung rahmat!. Itulah kampung asal kita, iaitu kampung “rahmat Allah”!.
Alam bumi atau alam dunia ini, adalah alam persinggahan sementara, alam transit atau alam binasa yang tidak kekal. Buat apa nak duduk dialam yang tidak kenal, kenapa tidak sahaja kita kembali balik ke kampong asal kita, yang kekal tidak binasa?. Dunia ini binasa!.
Guru-guru terdahulu, selalu menaruh amanat atau selalu berpesan kepada anak-anak muridnya, agar menggali semula kuburnya. Jika didapati jasadnya masih didalam alam kubur, dipersilakan kencing atas kuburnnya!. 
Begitulah apa yang berlaku kepada  jasad-jasad Tuan Guru Haji Ahmad Al- Fatani, Tuan Guru Tok Selehong, Tuan Guru Mohd Yusof Cik Wook dan ramai lagi para guru-guru kita terdahulu.
Orang yang sampai kepada peringkat makam ilmu makrifatullah (mengenal Allah) itu, jasadnnya bukan didalam bumi. Roh dan jasadnya adalah milik Allah semasa didunia lagi. 
Dari alam dunia lagi, kita ini sesungguhnya telah mati dan dialam dunia lagi kita ini berserah diri, menyerah diri dan telah mengembalikan diri kepada Allah sedari didunia dan telah menjadi milk Allah sedari dulu sampai sekarang dan sampai bila-bila!.
Jika kita mengenal Allah semasa masih di dunia, dimasa alam kubur esok, Mungkar dan Nangkir, tidak akan sekali-kali berani untuk datang menyoal tubuh kita!.  Sebabnya adalah kerana, diri atau tubuh atau anggota kita ini, telah menjadi hak milik kepunyaan Allah!. 
Bilamana kita sudah kepunyaan Allah sedari didunia lagi, tidak sekali-kali berani akan Mungar dan Nangkir datang menyoal kita!. Barang yang sudah kembali menjadi hak milik Allah, tidak sekali-kali berani makhluk mempersoalkannya?. Yang selalu mereka soal dan mereka seksa iu, adalah bilaman bernama Mamat bin Jusuh atau Dollah bin Mat Noor. 
Selagi kita bergelar Muhamad bin Muhamad, saya pasti dengan pasti sepasti pastinya, sekalipun kita berjumpa mungkar dan Nangkir, bukan mereka yang bertanya atau menyoal kita, malahan kita yang akan menyoal mereka.
Contoh atau seumpama!.
Bilamana Mungkar dan Nangkir datang bertanya kepada kita ” Ma Robbuka” (siapakah Tuhan engkau). Maka jawablah dengan terang dan jelas. Tidakkah Tuhan aku dan Tuhan engkau itu sama!. Bertanya lagi Malaikat Mungkar dan Nankir kepada kita. Siapakah Tuhan engkau, hendaklah kita jawablah dengan terang dan jelas, sesungguhnya Allah lebih mengetahui dari apa yang kita tidak tahu!. Allah telah lebih dahulu tahu dari apa yang Mungkar dan Nangkir belum tahu!. Apa yang Mungkar dan Nangkir nak tahu, nak soal atau nak tanya itu, sesugguhnya Allah sudah terlebih tahu?.
Sedari mula kita dijadikan Allah, Allah sudah sedia tahu, apa yang akan kita jawab. Kerana apa yang akan kita jawab itu, adalah jawapan yang sudah sedia ada dalam ilmu Allah sedari azali!. Yang hendak bertanya itupun ilmu Allah dan yang hendak ditanyapun ilmu Allah, Bilamana diri kita sudah tidak ada (mati), siapa yang hendak tanya siapa?. Yang menyoalpun Dia dan yang hendak disoal pun Dia. Dia seDia  Dianya Dia……………………………
Setelah segalanya tidak ada, jika segalanya sudah tidak ada, siapa yang bersifat ada?. Yang bersifat ada itu siapa, cuba jawab?……………………….makhluk  itu bersifat dengan sifat muhadas iaitu (bersifat bahru), barang yanng  bersifat baharu itu tetap dan pasti binasa, jika makhluk binasa, yang bersifat kekal itu siapa, cuba jawab?…………….
Tidakkah yang bersifat kekal itu Allah. Bilamana Allah yang berifat kekal, bererti makhluk bersifat binasa, setelah binasanya makhluk, siapa lagi yang nak soal siapa?
Jam kereta saya menunjukkan pukul 6.10 pagi. Saya sekarang sedang duduk mengarang dalam kereta. Nak sewa hotel semuanya penuh kerana musim perayaan, ramai orang pulang bercuti, jadi hotek semua penuh, kenalah tidur dalam kereta. 
Panas dalam kereta tidak payah dicerita lagi, semua orang tahu. Nak buka tingkap takut  sang nyamuk masuk, nak tutup semua cermin, nanti panas, nak buka ekon kereta, takut injin panas, Maalumlah kereta buuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuruk! (amboi panjangnya hruf  “u”). jadi dudukklah dalam kereta, biarpun panas.