Pages

Isnin, 20 Oktober 2014

HAKIKAT TUHAN MENYATAKAN SESUATU.

ayahdipakngah @ bro arjuna

HAKIKAT TUHAN MENYATAKAN SESUATU.

“La tatahar rokku zarrotan illa bi iznillah”
Tidak akan bergerak suatu zarrah pun melainkan dengan izin allah jua.

kedalam aku memandang zat
keluar aku memandang ujud
ditengah-tengah aku memandang sifat

pada perbuatan aku memandang af'al
pada bentuk aku memandang asma'

Kesemuanya itu AKUlah jua. Jadi janganlah kau merasa gelisah pada kedudukanmu didalam masa amalmu dan diluar amalmu itu kerana kesemua nya itu adalah AKUku jua pada kenyataan AKUmu itu.

Dan sesungguhnya AKUku dan AKUmu itu ESA jua kerana tiada ujud lain melainkan ujudku jua itu. Kalimah MU itu mengisyaratkan kepada kenyataanku sahaja maka pada bahasa adat atau istilah percakapan maka ia merujuk kpd AKUmu (nyata).

Akan tetapi kalam mengatakan dan hati mensyuhudkan itu semua adalah AKU yang ada ini pun betul jua, kerana AKU yang ada ini (roh) adalah sirku, makanya pokok segala asalnya itu adalah AKU jua iaitu Tuhan.

Berkata Tuhan wahai Muhammad tatakala AKU menyatakan mu lalu kau nyata maka aku lenyap pada hakikatmu jua. Dan aku menjadi hakikat bagi roh itu.

Dalam ilmu hakikat nya segala-galanya dia semuanya, cuma diselindungi pada nama dan keadaan sahaja.

Yang kosong itu Zat, yang setitik itulah nyatanya Allah Hakikat Insan dan dialah Tuhan. (Nurullah) dari titik yang pertama inilah terbitnya AKUku ini Setelah nyatanya AKUku maka kau (roh)ku terdiri sendirinya secara otomatik, bagi mendalilkan akan ujudnya AKU rohku (kenyataanku)

Dari rohkulah terbitnya pancaran ataupun cahaya rohku. Ianya dinamakan DIRIku. Akan tetapi aku jualah diri yg sebenarnya.

Itu cuma pancaranku ianya membentuk diri dari dalam badanku. Inilah istilah jauh tak beratara dekat tak berbatas iaitu antara AKUku dan AKUmu,nak kata dia tapi AKU nak kata AKU tapi MU,maka katakanlah atau diamlah.

Dalam hal ini kekeliruan kita sering terjadi apabila AKU dan KAU tertulis pada lakaran hati ini. Ianya bukan kerana apa cuma ia terjadi dari perubahan kedudukan nya sahaja.

Oleh itu walau apa pun kau nyatakan pada faham mu itu ianya tetap AKUku jua.

AKUku -tuhan-zat
AKUmu-ketuhanan-sifat
dia-pancaran-asma'
kau-badan-af'al

Pada kita ini ada 2 martabat iaitu Martabat Ketuhanan dan Martabat Kehambaan.

Oleh itu cuba fahamilah akan keadaan ini.

Jangan kita mengaku kita ini Tuhan, kerana Tuhan itu maha suci, akan tetapi setiap apa yang ada ini adalah Kenyataan Nya.

Maka setiap yang berlaku, berkalam, bergerak dan lain-lain itu semua adalah Kenyataan Nya
Maka kini AKUmu ini mengatakan dan menyatakan bahawa AKUmu dan AKUku adalah esa jua pada hakikatnya seumpama pinang dibelah dua sama rata sama padan,yang sebelahnya ghaib dan satu lagi nyata itulah rahsia antara keduanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.