PERJALANANKU SEBAGAI SEORANG HAMBA - ayahdipakngah @ bro arjuna
Mulanya aku tidak mengerti apakah yang ada padaku dan aku tidak dapat membezakan antara yang mana gerak luar dan gerak dalam atau manakah gerakku dan geraknya.
Aku cuba membuat uji kaji dan renungan pada keadaan badanku sendiri lama-kelamaan aku menemukan satu keputusan yang agak memuaskan hatiku iaitu:
Bila aku bergerak (berjalan) dan sebagainya semuanya pasti akan bergerak namun bila aku berhenti aku dapati ada lagi benda yang bergerak, bila aku renungkan aku dapati setiap organ dalamanku bergerak-gerak ada denyutan,ada detakkan ada aliran dan inilah yang dapatku temui namun aku berfikir lagi semua organ-organ yang bergerak itu pasti ada tenaga yang mengerakkannya ‘ya’ aku menemukan suatu rahsia titik iaitu titik kehidupan ataupun AL-HAYAT.
Kini aku telah pasti dan memang pasti atas pernemuanku ini segala gerak yang berlaku pada luar dan dalam batang tubuh sebenarnya datang dari tenaga “hidup” dan dialah yang aku maksudkan sebagai hamba abdi tuhan dan raja kepada badan.
Perjalanan nya tiada titik henti siang dan malam gelap atau cerah selagi tidak sampai waktu kembalinya selagi itulah ia akan menjalankan tugasnya sebagai hamba.
Perjalanan dengan teratur dan penuh tertibnya tidak pernah tidur dan letih tanpa rehat walau sesaat pun.
Gerak kehidupan nya yang mendatangkan daya-daya kekuatan ghaib pada badan sehingga melampaui batas kenormalan alam fikiran biasa.
Tenaga-tenaga yang terlahir ataupun yang terbit dari titik hidup ini amat-amatlah luar biasa jika kita dapat menguasai dan memahaminya.
Inilah anugerah tuhan kepada kita semua, aku adalah hamba yang sentiasa mengikuti geraknya dan akan terus menurutinya agar tidak berlaku percangahan antara aku dan dia.
ALLAHU WAHDAHU LA SYARIKALAH
(Allah itu Esa dan tiada sekutu baginya)
Ke-esaan tuhan sebenarnya bukanlah pada ujudnya sahaja akan tetapi ianya merangkumi pada sifatnya dan perbuatannya juga oleh yang demikian itu kita perlu fahami dan mengerti apakah sebenarnya intipati hakikat ujudnya, sifatnya dan perbuatannya (af’alnya).
Ikutilah jalan tuhanmu yang telah sedia ada padamu itu iaitu pada dalam batang tubuhmu itu iaitu pada AKU barulah kita bergelar HAMBA tuhan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.