Manfaatkan Pancaran tenaga - Omar Abdullah
Setelah penyerapan energy dan pembangkitan tenaga qudratullah berlaku hal yang kedua yang perlu anda ketahui adalah mengeluarkan tenaga atau pun mendayaguna dengan kaedah yang betul agar tenaga-tenaga yang ada tadi dapat dimanfaatkan untuk kita dan untuk orang lainnya.
Kaedahnya:
1-Password
2-Doa
3-Tenang
4-Tumpu
5-Tawakkal
Yang perlu anda ingati adalah semasa anda mahu merawat diri atau orang lain nya sebaiknya anda meletakkan tangan anda itu pada tempat yang sakit,jarakkan sedikit tapak tangan anda itu dari pesakit atau tempat yang sakit. Merawat pula anda boleh mengunakan dua kaedah iaitu:
1-Kaedah auto( gerak)-guna kaedah diatas serah dan ikut gerak.
2-Kaedah manual-meletakkan tapak tangan pada tempat yang sakit kemudian ikut kaedah diatas. Anda hanya diam dalam konteks 3T.
Kedua-dua kaedah ini ada kelebihan masing-masing namun kita perlulah pandai mengunakannya diwaktu-waktu tertentu bersesuaian dengan keadaan, masa dan tempat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.