Pages

Isnin, 20 Oktober 2014

Kerahan tenaga dalaman.

Kerahan tenaga dalaman - Omar Abdullah

Tenaga dalaman yang diolah serta dikerahkan dengan teknik pernafasan atas semangat yang kuat pasti akan manimbulkan kekuatan yang luar biasa bagi kita dan orang lainnya.

Tenaga-tenaga ini dinamakan tenaga ghaib atau meta-energy yang berasal dari dalam diri kita sendiri dan ada juga dari alam luar ianya dinamakan energy alamiah @ tenaga ilahi.

Tenaga-tenaga ini sebenarnya bersifat positif dan ia akan aktif dan membangung dengan cepat jika niat pengamal itu murni dan ikhlas, tenaga ini tidak akan aktif dan munkin pengaktifannya akan menjadi lambat jika niat pengamalnya tidak ikhlas dan berniat yang tidak elok.

Oleh yang demikian itu tenaga atau enegy ini berfungsi jika niat pengamal itu baik maka kerahan-kerahan yang dilakukan akan menaikan dan meningkatkan daya nya dengan efektif, kualiti dan kuantiti tenaga ini pula tergantung kepada pengamalnya jika ia tetap dan kerap melakukan latihan maka tenaga itu akan bertambah dan meningkat.

Tenaga atau energy bertambat dan meningkat seiring dengan kesihatan luaran kerana penyaluran atau attunement tenaga akan berhubung kait (connetting) dengan tubuh zahir.

Jika badan masih berada pada tahap yang kurang baik maka tenaga yang dikerah tadi akan merawat dahulu pada bahagian yang sakit itu sebab itulah kita merasa lemah tatakala kita mengerah tenaga dalaman kerana energy akan tertumpu pada tempat yang cedera itu.

Oleh yang demikian itu ambilah pemerhatian dan kajian yang saksama didalam hal ini supaya kita lebih meningkat, sihat, cerdas, kuat dan ceria.

Kerahan energy dalaman banyak kaedah dan caranya ini tertakluk kepada pelajaran dan ilmu masing-masing namun dalam pengamatan saya ianya dapat dikerah dalam 2 keadaan iaitu kerahan agresif dan kerahan tenang namun kedua-dua kaedah ini ada mempunyai kelebihan masing-masing akan tetapi hasil nya tetap sama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.