Pages

Khamis, 20 Ogos 2015

BAGAIMANA IP DARI KAEDAH DAN ALIRAN BBM BOLEH MEMBAWA PENGAMALNYA SAMPAI KEPADA MENTAUHID DAN MENGESAKAN ALLAH?

BAGAIMANA IP DARI KAEDAH DAN ALIRAN BBM BOLEH MEMBAWA PENGAMALNYA SAMPAI KEPADA MENTAUHID DAN MENGESAKAN ALLAH?

Didalam IP aliran BBM, setelah dibukakan jalan melalui bidan, akan hadzir rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari....
Bagaimanakah kita nak beriktilad dan berpegang dengan rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari supaya iktikad kita bertepatan dengan seruan Auwaluddin makrifatullah..
Bagaimana kita nak beriktikat tentang rasa-rasa yang terasa dihujung2 jari supaya kita tidak tergolong didalam golongan orang yang zalim iaitu, untuk mengelak dari berlaku mensyirikkan Allah?
Bila sudah dapat rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari itu, bagaimana kita nak berpegang dengannya?
Diawal dan permulaan :-
Dimulai dengan kedua tangan dipertemukan dan diletakkan ditengah-tengah doantara kiri dan kanan (didalam keadaan bertafakur)
Tumpuan fikiran dan ingatan serta rasa hanya kepada Allah...
Dengan melafazkan bismillah hirrohma nirrohim 1 x bacaan.
Astagfir rullah .... Muwa atu bu i laikh 3 x (memohon ampun kepada Allah)
Laa ilaha illallah (tarik nafas). Setelah nafas tidak tertarik lagi sebutkan Muhammadar Rasulullah - lepaskan nafas dengan menyebut - Laa khau la wala .... 'A liyil 'azim 3 x ( penyerahan sepenuhnya kepada Allah )..
{Mengaku bahawa yang Ada hanya Allah (selain dari Allah tidak ada, dengan maksud sedang menyedari akan KeUjudan Allah sahaja, tidak lagi tinggal didalam kesedaran ada selain dari Allah.. Yang ada didalam kesedaran hanyalah Ujud Allah sahaja), Muhammad iaitu nama kepada Rohullah yang sedang menunjukkan akan KeUjudan Allah} - ternyata kenyataannya kepada jasad.
Tumpukan pemerhatian didalam kepada turun naiknya pernafasan {gunakan pernafasan asal iaitu pernafasan perut (semasa menarik nafas perut mengembang, semasa menghembuskan nafas perut mengempis), ikut sahaja aliran pernafasan secara normal tanpa perlu mengawal pernafasan tersebut}.
Semasa menarik nafas hendaklah difaham berlaku penyerahan jasad kepada Roh, seterusnya penyerahan Roh kepada Allah (terhapusnya diri yang zahir iaitu jasad kepada diri yang batin iaitu Rohullah, hapus diri yang batin (Rohullah) kepada zat semata-mata iaitu Allah}...
Semasa menghembuskan nafas hadzirkan kefahaman kita bahawa Allah sedang menzahirkan apa yang ada padanya kepada Rohullah dan Rohullah pula akan manzahirkan apa yang ada kepadanya kepada jasad....
Disini berlaku pula maksud firman Allah "
"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan
Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.." (Surah Ali Imran ayat 27)
Kita akan terasa rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari. Pemerhatian kita hendaklah ditumpukan kepada rasa-rasa yang terasa dihujung jari, didalam masa yang sama ingatan yang didalam (iktikad kita) hendaklah diingatkan bahawa rasa-rasa yang terasa itu adalah tanda yang sedang menunjukkan Ujud Allah yang sedang dirasai...
Maksudnya semasa kita merasai rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari kita hendaklah keseluruhan Rohhullah dan jasad didalam masa yang sama menyebut Allah, Allah, Allah.......
Ingat dan sedar yang menyebut Allah, Allah, Allah....... Adalah Allah sendiri....
Bila ada hadzir rasa-rasa yang terasa, yakinlah bahawa rasa-rasa yang terasa itu adalah rahsia yang sedang menerang Ujud Allah yang sedang dirasai...
Lakukan latihan, ikut sahaja samada rasa-rasa yang terasa itu akan terasa keseluruhan anggota zahir dan batin...
Jangan membandingkan apa yang kita perdapat dengan orang lain.. Setakat yang diberi rasa itulah rahsia Ujud Allah yang boleh dirasai...
Yakinlah dengan seyakin-yakinnya bahawa rasa-rasa yang terasa itu adalah rahsia Ujud Allah yang sedang diberi rasa....
Jangan banyak soal lagi, yang perlu hanyalah pengakuan Yang putus bahawa rasa-rasa yang terasa itu adalah rahsia Ujud Allah yang sedang diberi rasa...
7.Surah Al-'A`rāf (Verse 172)
وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْۖ قَالُوا بَلَىٰۛ شَهِدْنَاۛ أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَٰذَا غَافِلِينَ
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".
Apabila sudah yakin yang rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari itu adalah rahsia Ujud Allah yang diberi rasa...
Didalam masa merasai rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari, timbul didalam kesedaran dan ingatan bahawa rasa yang dirasai itu adalah rahsia Ujud Allah...
Setelah penumpuan telah tertumpu kepada Ujud Allah yang diberi rasa (rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari.)
Didalam masa penumpuan kepada Ujud Allah yang sedang diberi rasa (rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari) akan terasa tangan kita akan bergerak dengan sendiri atau tangan akan bergerak secara automatik.
Bagaimana pula nak memahami keadaan tangan bergerak secara automatik ini supaya sampai kepada mentauhidkan Allah?
Jadi apa sebenarnya yang difahamkan dengan gerak automatik itu?
Kita nak katakan atau iktikadkan gerak automatik itu sebagai apa supaya pegangan kita terhadap IP aliran BBM ini tidak lari dari akidah dan membawa kita kepada Auwaluddin makrifatullah iaitu Awal agama mengenal Allah...
IP aliran BBM dikatakan IP yang berasas dan berlandaskan kepada Dua Kalimah syahadah,
Jadi pegangan yang sebagaimana yang boleh menyampaikan kepada membawa maksud IP ini adalah IP yang sentiasa mengesakan Allah iaitu Laa ilaha illallah -Tiada yang nyata hanya Allah...
Berhubung dengan rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari, kita telah pun jelas bahawa rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari itu adalah rahsia Ujud Allah yang sedang diberi rasa oleh Allah.. Yang sedang merasa Ujud Allah adalah Allah sendiri "Tiada sesuatu yang ada hanya Allah"
Setelah mengekalkan amalan melalui praktikal yang dilakukan rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari itu akan meliputi keseluruhan zahir dan batin (jasad dan Roh).
Orang berkata Allah ada tetapi tidak merasakan Ujudnya Allah..
Melalui IP aliran BBM, pengamalnya berkata Allah ada didalam masa yang sama sedang merasakan Ujud Allah yang meliputi keseluruh zahir dan batin.
Dengan menumpukan kepada rasa-rasa yang terasa bahawa kita telah dapat merasakan dan mengaplikasikan akan firman Allah (Dialah yang awal, Dialah yang akhir, Dialah yang zahir dan dialah yang batin)...
Harus diingat bukan sahaja melalui IP aliran BBM sahaja yang dapat sampai kepada fahaman sebegini... Tetapi IP aliran BBM adalah salah satu IP yang jika difahamkan dengan sebenarnya akan mencapai kepada makrifatullah...
17.Surah Al-'Isrā' (Verse 41)
وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِيَذَّكَّرُوا وَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا نُفُورًا
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan mematuhi kebenaran); dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
Diluar sana banyak lagi IP dari aliran lain yang juga sampai kepada Auwaluddin makrifatullah..
Asal saja pengamalnya mahu mendalami dan mengamalkan seperti yang telah diajarkan oleh seorang mursyid yang telah pun mencapai kepada makrifatullah..
Samada melalui IP aliran BBM, mahupun dari aliran lain, setiap pengamal hendaklah sentiasa bersih dari bersikap zalim terhadap diri sendiri iaitu tidak mensyirikkan Allah...
Jadi didalam IP aliran BBM, kita sudah tahu yang rasa-rasa yang terasa yang diberi rasa itu adalah rahsia Ujud Allah yang sedang dirasai....
Untuk mencapai makrifatullah melalui IP aliran BBM ini, bagaimana pula kita nak berpegang berkaitan dengan gerak yang bergerak secara automatik, supaya amal yang dipraktikkan ini tidak menjerumuskan kita kekancah kesyirikan malah boleh mencapai kepada makrifatullah malah akan meletakkan pengamalnya sentiasa duduk didalam Dua kalimah Syahadah?
Apabila terasa tangan kita bergerak secara automatik maka hadzirkan didalam ingatan dan kesedaran kita bahawa gerak automatik yang berlaku itu adalah qudrat dan irodat Allah yang sedang dinyatakan dan diperkenalkan.
Ikut sahaja gerak automatik itu beserta dengan rasa-rasa yang terasa.. Jangan ditinggal rasa-rasa yang terasa, maksudnya hendahlah diikuti gerak yang bergerak secara automatik itu, didalam masa yang sama terus merasa rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari...
Firman Allah 73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8)
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا
Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Didalam masa yang sama hendaklah kita menyebut Allah, Allah, Allah.... (Biarlah dirasakan zahir dan batin keseluruhannya menyebut kalimah Allah, Allah, Allah sedangkan perasaan kita tetap tertumpu kepada rasa-rasa yang terasa, ingatan kita tetap ingat kepada gerak yang berlaku secara automatik, manakala kata-kata zahir dan batin tetap menyebut Allah, Allah.....Allah.)
2.Surah Al-Baqarah (Verse 164)
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَالْفُلْكِ الَّتِي تَجْرِي فِي الْبَحْرِ بِمَا يَنفَعُ النَّاسَ وَمَا أَنزَلَ اللَّهُ مِنَ السَّمَاءِ مِن مَّاءٍ فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَبَثَّ فِيهَا مِن كُلِّ دَابَّةٍ وَتَصْرِيفِ الرِّيَاحِ وَالسَّحَابِ الْمُسَخَّرِ بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.
45.Surah Al-Jāthiyah (Verse 3)
إِنَّ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَآيَاتٍ لِّلْمُؤْمِنِينَ
Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.
45.Surah Al-Jāthiyah (Verse 4)
وَفِي خَلْقِكُمْ وَمَا يَبُثُّ مِن دَابَّةٍ آيَاتٌ لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ
Dan pada kejadian diri kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang yang dibiakkanNya, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang meyakininya.
2.Surah Al-Baqarah (Verse 165)
وَمِنَ النَّاسِ مَن يَتَّخِذُ مِن دُونِ اللَّهِ أَندَادًا يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللَّهِۖ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِّلَّهِۗ وَلَوْ يَرَى الَّذِينَ ظَلَمُوا إِذْ يَرَوْنَ الْعَذَابَ أَنَّ الْقُوَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا وَأَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعَذَابِ
(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan
mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.