Pages

Memaparkan catatan dengan label An Nisa'. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label An Nisa'. Papar semua catatan

Selasa, 30 September 2014

RASA BERSALAH KERANA ISLAM

RASA BERSALAH KERANA ISLAM
Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin


Jika kita menonton berita di seluruh dunia, apatahlagi di Barat ini, kelihatan Islam seolah agama yang teramat bermasalah. Negara-negara umat Islam tidak habis-habis dengan krisis, orang Islam pulak dikaitkan dengan kegiatan keganasan di sana sini. 
Tiada satu hari rasanya yang tiada berita yang menggambarkan keburukan umat Islam. Maka, janganlah hairan jika ada muslim di Barat ini terasa berat untuk mengaku muslim.
Maka mengkagumkan saya, wanita-wanita muslimah yang terus berhijab ketika berada di Barat ini. Mereka ini tanpa memperkenalkan diri pasti diketahui bahawa mereka muslimah. Mereka tidak apologetic dengan Islam mereka.

Lebih mengkagumkan lagi kumpulan-kumpulan dakwah yang giat berdakwah kepada Islam untuk masyarakat di sini. Hampir setiap minggu saya ke Speakers’ Corner di Hyde Park London, saya lihat kesungguhan berkempen kepada Islam oleh ramai muslim di sini. 
Demikian juga banyak kegiatan dakwah orang muslim di sana sini di London ini. Program-program masjid juga agak aktif. Mereka yang bersungguh ini kebanyakannya orang biasa, bukan ilmuwan besar tapi ada kesungguhan yang besar. Tiada gaji khusus untuk dakwah, tapi ada semangat yang khusus untuk dakwah dalam suasana yang seperti ini.
Apologetic Feeling
‘Apologetic feeling’ muncul dalam perasaan muslim dalam era ini setelah media massa menguasai pemikiran manusia yang menggambarkan keburukan Islam. Apologetic syndrome ini makin mudah menjalar terutama yang hidup di tengah-tengah masyarakat Barat. 
Justeru saya kagum dengan Sayeeda Warsi wanita muslim pertama dalam cabinet UK yang meletakkan jawatan kerana tidak puas hati terhadap sikap David Cameron mengenai isu Gaza. Sedangkan dalam negara orang muslim ada yang menggelar diri ulama dan ahli politik bukan sahaja takut membantah Israel sebaliknya membantah orang yang memboikot barangan Israel.

Saya membaca berita Malaysia tentang seorang melayu yang mati terkorban berjuang di Syria. Saya tidak kenal dan tidak tahu siapa beliau itu. Saya baca wawancara media dengan beliau. Nampak macam menarik. Maka, saya tidak berani mengulas. 
Apakah beliau bersama dengan kumpulan pengganas yang membunuh orang yang tidak berdosa ataupun beliau memang memerangi mereka yang kejam dan zalim terhadap wanita, kanak-kanak, orang tua dan masyarakat awam yang tidak bersalah. 
Tersalah ulas kita berdosa dengannya dan dihukum oleh Allah jika dia memang ikhlas dan benar. Sesiapa yang menghina orang baik yang mati, apatahlagi kekasih Allah pasti akan menerima hukuman Allah di dunia dan di akhirat.
Syahid
Saya lihat ada pihak yang memakai topi agama begitu pantas mengulas. Ada yang kata diamati katak’. Ada yang kata tempatnya dalam neraka. Sama sekali dia bukan syahid. Begitu pantas hukumannya. 
Saya teringat semasa tragedi MH17 baru-baru, kelompok agamawan ini juga dengan jelas menyebut mangsa yang terkorban itu syuhada. Katanya, mereka syahid akhirat kerana kemalangan. 
Padahal, jika kategori syahid akhirat itu hendak di ‘highlightkan maka setiap yang kemalangan samada atas jalanraya ataupun selainnya juga syahid. Sabda Nabi s.a.w:
“Siapakah yang kamu hitung sebagai syahid dalam kalangan kamu?”. Jawab para sahabat: “Wahai Rasulullah! Sesiapa yang mati pada jalan Allah maka dia syahid”. Jawab baginda: “Kalau begitu, para syuhada umatku sedikit”. Tanya mereka: “Siapakah mereka (syuhada) wahai Rasulullah?”. Jawab baginda: “Sesiapa yang mati pada jalan Allah maka dia syahid, sesiapa yang mati disebabkan taun maka dia syahid, sesiapa yang mati disebabkan sakit perut maka dia syahid” (Riwayat Muslim).
Maka, sepatutnya kita sebut setiap musim perayaan ‘telah syahid pada musim perayaan ini si fulan bin si fulan’ di lebuhraya sekian dan sekian ketika pulang berhari raya. Memang secara umumnya mereka yang mati kesakitan dan kemalangan mendapat fadilat tertentu. 
Namun tidaklah disebut sebagai syahid dalam kategori khas yang membabitkan jihad fi sabilillah. Cumanya, sejak sekian lama kemalangan jalanraya di Malaysia, pernahkah kita lihat mereka mengeluarkan kenyataan syahid ini? Maka, kita pun faham, kenyataan golongan agama banyak yang bersifat ‘pasaran semasa’ bagi menunaikan ‘market demand’.
Apabila kita sebut syahid, ataupun makam syuhada seperti yang terdapat di Mutah, Jordan maka dimaksudkan syahid berperang pada jalan Allah. Apologetic feeling ataupun mungkin ‘periuk nasi feeling’ menyebabkan ada yang takut untuk menyatakan pejuang Palestin itu syahid takut kita dilebel sebagai cenderung kepada pengganas. Ini penyakit sesetengah agamawan ‘jawatan berkontrak’.
Terrorism
Kita tidak pernah menyokong keganasan terhadap mereka yang tidak berdosa daripada mana-mana pihak, termasuk yang berjuang atas nama Islam. Namun, mengapakah kita mesti menyimpulkan setiap yang berjuang membela rakyat Syria yang sedang dibunuh secara kejam dan zalim itu sebagai pengganas dan perjuangan mereka sia-sia?! Apakah semua mereka ISIS?
Jika kita tidak berani menyimpulkan dia syahid ataupun tidak, apakah kita perlu menyatakan dia mati sia-sia? Kita pun tidak tahu keadaan mereka yang mati semasa tragedi MH17 baru-baru. Pun secara umum ada yang menyebut syahid. Saya tidak menyimpulkan syahid ataupun tidak pada saudara kita yang terkorban di Syria baru-baru ini. Saya tidak tahu tentang beliau. 
Namun, kaedah umum sesiapa yang berjuang kerana Allah membela agamanya, membela mereka yang tertindas dan dizalimi, berpandukan cara yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w, jika dia terkorban maka dia syahid. Sesiapa yang berjuang untuk hawa nafsunya, menyanggahi jalan yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w jika dia terkorban maka dia tidak syahid.
Dalam al-Quran Allah berfirman: (maksudnya)
“Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas yang terdiri daripada kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! keluarkanlah kami dari negeri ini, yang penduduknya zalim, dan jadikanlah bagi kami daripada pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh). Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan taghut (pelampau). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah”. (Surah al-Nisa, ayat 75-76).
Berdasarkan ini, kata al-Imam al-Jasas (wafat 370H):
“Adalah sesuatu yang diketahui umum bahawa telah menjadi iktikad seluruh kaum muslimin; apabila penduduk sesuatu negeri (kaum muslimin) dalam ketakutan dari serangan musuh, dan mereka tidak mampu menghadapinya merasa terancam negeri, nyawa dan kaum mereka, maka ketika itu wajib ke atas seluruh umat untuk keluar mempertahankan kaum muslimin dari serangan musuh. Ini adalah perkara yang tiada khilaf lagi di kalangan umat. Tiada sesiapa pun yang menyatakan harus dibiarkan ditumpahkan darah kaum muslimin” (Abu Bakr al-Jasas, Ahkam al-Quran, 4/312, Beirut: Dar Ihya al-Turath al-`Arabi).
Namun di sana ada hadis, kata Abu Hurairah r.a:
“Kami menyertai Rasulullah s.a.w dalam satu peperangan. Baginda berkata kepada seorang lelaki yang mendakwa Islam, “dia dalam kalangan ahli neraka”. Apabila peperangan berlaku, lelaki tersebut telah berperang dengan hebat dan tercedera. Lalu ditanya Rasulullah s.a.w: “Engkau telah berkata dia dalam kalangan ahli neraka sedangkan dia berperang hari ini dengan hebatnya dan telah mati”. Jawab baginda: “Ke neraka”. Maka sesetengah pihak merasa keraguan. Dalam keadaan tersebut, tiba-tiba mereka dimaklumkan dia belum mati, tetapi tercedera parah. Apabila malam menjelang dia tidak dapat sabar atas kecederaannya, lalu membunuh diri. Lalu diberitahu perkara tersebut kepada Rasulullah s.a.w, lantas baginda bersabda: “Allahu Akbar!, aku menyaksikan aku hamba Allah dan rasulNya!”. Lalu baginda perintahkan Bilal agar mengistiharkan bahawa tidak akan masuk syurga melainkan “jiwa yang muslim” dan Allah mungkin menguatkan agamaNya dengan lelaki yang jahat”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Maka, perjuangan hendaklah mengikut jalan Nabi s.a.w. Jika tidak mengikut jalan Islam, sekalipun berperang atas nama Islam, tidak dikira jihad yang sebenarnya. Apatahlagi jika membunuh mereka yang tidak bersalah. Banyak disiplin medan jihad yang perlu dipatuhi. Pun begitu seseorang mujahid boleh sahaja tersilap. Maklum sahaja di medan perang. 
Kita yang tidak di medan perang pun tersilap apatah lagi yang di medan. Khalid al-Walid pernah membunuh tawanan perang, Nabi s.a.w membantah beliau. Inikan pula selain Khalid al-Walid. Kesilapan yang bukan kebiasaan tidak menafikan status jihad.
Saya bukan pejuang di medan yang membela rakyat Palestin, Syria dan selain mereka. Saya membantah kumpulan yang berjuang atas nama Islam tetapi mengganas dan membunuh mereka yang tidak bersalah. 
Namun, saya tahu ada yang memang pergi menolong untuk menyelamatkan kanak-kanak, wanita, orang tua dan orang yang tertindas. Mereka mungkin tidak ganas ataupun tidak menzalimi pihak lain. Saya tidak mahu mencemari lidah mencerca mereka. Mereka mungkin kekasih Allah, siapalah saya?! Janganlah apologetic feeling membunuh keadilan kita.

Selasa, 1 Julai 2014

Berpegang teguhlah kita pada kalimah tauhid dgn sebenar benarnya



Al-'A`rāf:69 - "Adakah kamu merasa ragu-ragu dan hairan tentang datangnya kepada kamu nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, melalui seorang lelaki dari golongan kamu, untuk memberi peringatan kepada kamu? Dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum Nabi Nuh, dan Allah telah menambahkan kamu kelebihan (dan kekuatan) pada bentuk kejadian tubuh kamu. Maka kenanglah akan nikmat-nikmat Allah supaya kamu berjaya".

Al-'A`rāf:70 - Mereka berkata: "Adakah engkau datang kepada kami supaya kami hanya menyembah Allah semata-mata, dan meninggalkan apa yang pernah disembah oleh datuk nenek kami? (Kami tidak akan menurut) maka datangkanlah azab yang engkau janjikan kepada kami, jika betul engkau dari orang-orang yang benar".

Berpegang teguhlah kita pada kalimah tauhid dgn sebenar benarnya. Demi Allah swt pada Dia segala kekuasaan di langit dan dibumi,sujud syukurlah pd Nya sesungguhnya kita memasuki fasa yg terakhir iaitu fasa khilafah.in syaa Allah dgn izin dan limpah kurnia drpadaNya.

لااله آلا الله محمدر سول الله
لااله آلا الله محمدر سول الله
لااله آلا الله محمدر سول الله


Ikhlas, redha, sabar dan tawakkal jadikanlah ia senjata IMAN didlm diri kita semua mengharungi segala ujian dan dugaan didlm kehidupan kita seharian.

An-Nisā':125 - Dan tidak ada yang lebih baik ugamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah (dengan ikhlas), sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, dan ia pula mengikut ugama Nabi Ibrahim yang lurus (yang tetap di atas dasar tauhid); dan (kerana itulah) Allah menjadikan Nabi Ibrahim kesayanganNya.

Al-Furqān:64 - Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri,

Al-Baqarah:153 - Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar

At-Tawbah:51 - Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal".

Amin ya Rabb

Khamis, 8 Mei 2014

UGAMA TAUHID

UGAMA TAUHID

42.Surah Ash-Shūraá (Verse 13)

شَرَعَ لَكُم مِّنَ الدِّينِ مَا وَصَّىٰ بِهِ نُوحًا وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِهِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَىٰ وَعِيسَىٰۖ أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُوا فِيهِۚ كَبُرَ عَلَى الْمُشْرِكِينَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَيْهِۚ اللَّهُ يَجْتَبِي إِلَيْهِ مَن يَشَاءُ وَيَهْدِي إِلَيْهِ مَن يُنِيبُ


Allah telah menerangkan kepada kamu - di antara perkara-perkara ugama yang Ia tetapkan hukumnya - apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: "Tegakkanlah pendirian ugama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya". Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima ugama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. 

Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima ugama tauhid itu, dan memberi hidayah petunjuk kepada ugamaNya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadaNya (dengan taat).


3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 67)

مَا كَانَ إِبْرَاهِيمُ يَهُودِيًّا وَلَا نَصْرَانِيًّا وَلَٰكِن كَانَ حَنِيفًا مُّسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ


Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk ugama Yahudi, dan bukanlah ia seorang pemeluk ugama Kristian, tetapi ia seorang yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang Muslim (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah), dan ia pula bukanlah dari orang-orang musyrik.

2.Surah Al-Baqarah (Verse 135)

وَقَالُوا كُونُوا هُودًا أَوْ نَصَارَىٰ تَهْتَدُواۗ قُلْ بَلْ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًاۖ وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ


Dan mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) berkata: "Jadilah kamu pemeluk ugama Yahudi atau pemeluk ugama Nasrani, nescaya kamu akan mendapat petunjuk".

Katakanlah (wahai Muhammad: "Kami orang-orang Islam tidak akan menurut apa yang kamu katakan itu) bahkan kami mengikut ugama Nabi Ibrahim yang tetap di atas dasar Tauhid, dan bukanlah ia dari orang-orang musyrik".

3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 95)

قُلْ صَدَقَ اللَّهُۗ فَاتَّبِعُوا مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ


Katakanlah (wahai Muhammad): "Benarlah (apa yang difirmankan oleh) Allah, maka ikutilah kamu akan ugama Nabi Ibrahim yang ikhlas (berdasarkan Tauhid), dan bukanlah ia dari orang-orang musyrik.

4.Surah An-Nisā' (Verse 125)

وَمَنْ أَحْسَنُ دِينًا مِّمَّنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُ لِلَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ وَاتَّبَعَ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًاۗ وَاتَّخَذَ اللَّهُ إِبْرَاهِيمَ خَلِيلًا


Dan tidak ada yang lebih baik ugamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah (dengan ikhlas), sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, dan ia pula mengikut ugama Nabi Ibrahim yang lurus (yang tetap di atas dasar tauhid); dan (kerana itulah) Allah menjadikan Nabi Ibrahim kesayanganNya.

6.Surah Al-'An`ām (Verse 79)

إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًاۖ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ


"Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)".
7.Surah Al-'A`rāf (Verse 172)
وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْۖ قَالُوا بَلَىٰۛ شَهِدْنَاۛ أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَٰذَا غَافِلِينَ


Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".


18.Surah Al-Kahf (Verse 14)

وَرَبَطْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ إِذْ قَامُوا فَقَالُوا رَبُّنَا رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَن نَّدْعُوَ مِن دُونِهِ إِلَٰهًاۖ لَّقَدْ قُلْنَا إِذًا شَطَطًا


Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."


43.Surah Az-Zukhruf (Verse 28)

وَجَعَلَهَا كَلِمَةً بَاقِيَةً فِي عَقِبِهِ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ


Dan Nabi Ibrahim menjadikan kalimah tauhid (tiada sesuatu, yang ada hanya Allah) itu tetap kekal pada keturunannya, supaya mereka kembali (kepada tauhid itu, jika ada yang menyeleweng kepada syirik).
43.Surah Az-Zukhruf (Verse 29)

بَلْ مَتَّعْتُ هَٰؤُلَاءِ وَآبَاءَهُمْ حَتَّىٰ جَاءَهُمُ الْحَقُّ وَرَسُولٌ مُّبِينٌ


(Kebanyakan mereka tidak kembali kepada tauhid (tiada sesuatu, yang ada hanya Allah) dan Aku pula tidak segerakan azab mereka) bahkan Aku memberikan mereka dan datuk nenek mereka menikmati kesenangan hidup, sehingga datanglah kepada mereka kebenaran (Al-Quran), dan seorang Rasul yang menerangkan tauhid.

98.Surah Al-Bayyinah (Verse 5)

وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَۚ وَذَٰلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ


Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang 
demikian itulah Ugama yang benar.


43.Surah Az-Zukhruf (Verse 86)

وَلَا يَمْلِكُ الَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِهِ الشَّفَاعَةَ إِلَّا مَن شَهِدَ بِالْحَقِّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ


Dan segala yang mereka sembah yang lain dari Allah, tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memberikan syafaat pertolongan, kecuali sesiapa yang memberi penerangan mengakui kebenaran dengan mentauhidkan (tiada sesuatu, yang ada hanya Allah) Allah, Tuhan Yang Sebenar-benarnya secara mereka mengetahuiNya dengan yakin (bukan dengan kata-kata orang; maka merekalah yang mungkin diizinkan memberi dan mendapat syafaat itu).

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8)

وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا


Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (ALLAH - terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

2.Surah Al-Baqarah (Verse 130)

وَمَن يَرْغَبُ عَن مِّلَّةِ إِبْرَاهِيمَ إِلَّا مَن سَفِهَ نَفْسَهُۚ وَلَقَدِ اصْطَفَيْنَاهُ فِي الدُّنْيَاۖ وَإِنَّهُ فِي الْآخِرَةِ لَمِنَ الصَّالِحِينَ


Tidak ada orang yang membenci ugama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi nabi) di dunia ini; dan sesungguhnya ia pada hari akhirat kelak tetaplah dari orang-orang yang soleh yang (tertinggi martabatnya).

47.Surah Muĥammad (Verse 29)

أَمْ حَسِبَ الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ أَن لَّن يُخْرِجَ اللَّهُ أَضْغَانَهُمْ


Patutkah orang-orang (munafik) yang ada penyakit (syak, ragu-ragu) dalam 
hatinya: menyangka bahawa Allah tidak sekali-kali akan mendedahkan 
perasaan dendam dan hasad dengki mereka (terhadap Nabi Muhammad s.a.w dan umatnya)?


47.Surah Muĥammad (Verse 30)

وَلَوْ نَشَاءُ لَأَرَيْنَاكَهُمْ فَلَعَرَفْتَهُم بِسِيمَاهُمْۚ وَلَتَعْرِفَنَّهُمْ فِي لَحْنِ الْقَوْلِۚ وَاللَّهُ يَعْلَمُ أَعْمَالَكُمْ


Dan sekiranya Kami kehendaki, tentulah Kami akan memperkenalkan mereka kepadamu (wahai Muhammad), lalu engkau tetap mengenalinya dengan tanda-tanda (yang menjadi sifat) mereka; dan demi sesungguhnya, engkau akan mengenali mereka dari gaya dan tutur katanya. Dan (ingatlah kamu masing-masing), Allah mengetahui segala yang kamu lakukan.

Sabtu, 12 April 2014

Inilah Zaman Ketika Otak Menjadi Tuhan?

Inilah Zaman Ketika Otak Menjadi Tuhan?
Suatu ketika di malam yang penuh dengan prihatin memikirkan umat, tiba-tiba Rasulullah Saw mendapatkan wahyu surat Ali ‘Imran [3] 190 -191 yang berbunyi :
"Inna fii khalqi alssamaawaati waal-ardhi waikhtilaafi allayli waalnnahaari laaayaatin li-ulii al-albaabi"
190. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,
"Alladziina yadzkuruuna allaaha qiyaaman waqu'uudan wa'alaa junuubihim wayatafakkaruuna fii khalqi alssamaawaati waal-ardhi rabbanaa maa khalaqta haadzaa baathilan subhaanaka faqinaa 'adzaaba alnnaari"
191. (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.
Setelah mendapat wahyu ini seketika Rasulullah tidak kuat menahan tangisan sampai subuh, sehingga pada saat itu berkumpullah jamaah-jamaah menunggu untuk di imami Rasulullah Saw, akan tetapi Sang Terkasih tidak kunjung hadir, akhirnya sahabat Billal berkunjung kerumah Beliau Rasulullah Saw, saat Billal mengucapkan salam, dengan menjawab salam Billal tiba-tiba Sang Terkasih dengan suara paruh dan mata sembab seketika itu sahabat Billal bertanya kepada Baginda Rasul:
Ada apa wahai baginda Rasul? Tanya sahabat Billal
Celakah-celakalah wahai sahabat Billal orang yang membaca ayat ini tapi tidak mau berfikir tentang ayat ini!
Wahai saudara-saudaraku…
Dengan adanya wahyu yang barusan turun mari kita berfikir akan datang dimana umat itu tidak menemukan Tuhan akan ada zaman lebih dahsyat daripada zaman jahiliyah dimana pada saat itu orang-orang menyembah patung-patung yang diciptakan yang diletakkan disekeliling ka’bah, akan tetapi pada zaman itu lebih parah karena manusia akan menyembah pikiran dan otaknya.
Afala tatafakkarun….
Kenyataan ilmu pengetahuan sudah merambah kehidupan masyarakat baik itu ilmu agama ataupun umum. Banyak anak bangsa ini yang handal dan pandai, serta mempunyai title SARJANA sampai DOKTOR dan juga banyak anak bangsa yang diakui keilmuannya sampai keluar negeri, pendidikan dimana-mana maju dengan pesatnya sehingga tak ada orang yang tak terpelajar, HEBAT..!!!
Tapi kenyataannya semuanya tidak mampu untuk mewujudkan karakter bangsa sehingga semakin banyak ilmu dan kepandaian, semakin diagung-agungkan dan bangga dengan ilmunya, akhirnya jatuh dalam lubang pengakuan merasa mampu, merasa alim, merasa pandai, sehingga semakin pandai semakin merasa inilah “aku”!
Inilah yang akan muncul dan mungkin diri kita memotori bahwa munculnya otak akan disembah bagaikan Tuhan, walaupun lisan mengatakan Tuhanku adalah Allah, akan tetapi kenyataannya bangga dengan pikirannya, bangga dengan penemuannya bahkan dengan otaknya dia mengatakan seperti Fir’aun mengaku menjadi Tuhan.
Maka terjadi ketika Fir’aun hanya menggunakan akal dan pikiran tidak menggunakan hati yang suci, nikmat yang diberikan oleh Allah di “aku” 100% sehingga dia mengatakan “Ana Robbukumul A’la” (aku adalah Tuhanmu yang tertinggi), inilah kejahatan rohani bila kita lupa dengan kebersihan jiwa sehingga otak dipertuhankan, akhirnya manusia berani mengaku sebagai tuhan!
Inilah ayat menggunakan pikiran dan otak yang mampu untuk mengangkat jiwa sehingga jiwa sadar karena otak mampu bertafakkur terjadinya alam, tapi dengan adanya fenomena ini bagaimana ketika kita mendewa-dewakan otak, manusia akan semakin jahat karena tidak ada kolaborasi antara jiwa yang suci dengan otak dan pikiran.
Manusia mengaku sebagai “Sang Pencipta”, penemuan-penemuannya, orang mengaku dirinya mampu melakukan aktivitas padahal semua itu datang dari Allah (LAA HAULAA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAH) .
Apakah kita tidak menggunakan pikiran? artinya pikiran yang mampu menembus ke cakrawala batin sehingga manusia mengenal gerak-geriknya, apapun yang dilakukan semuanya bukan milik kita karena kita bukan siapa-siapa dan bukan apa-apa karena asalnya tiada dan diadakan menjadi makhluk.
“Qul kullum min 'indillah (Katakanlah : "Semuanya datang dari sisi Allah")” An Nisa' [4]: 78
Maka fenomena alam terjadi di zaman ini banyak manusia termasuk mungkin diri kita menyembah otak kita, menyembah pikiran kita, menyembah penemuan-penemuan kita, tidak ada bedanya dengan zaman jahiliyah, ketika manusia menemukan bentuk patung-patung sesuai dengan imajinasinya saat itu patung yang diciptakan disembah oleh umat jahiliyah akan tetapi sekarang bukan menyembah patung akan tetapi menyembah ciptaan itu sendiri, di “aku” bahkan manusia lebih parah menyembah otak dan pikirannya sendiri.
Posisi kita dimana? Sedangkan Allah mengatakan gunakan otak dan pikiranmu untuk menemukan “AKU” Sang Pencipta, tapi sekarang kita berbalik menggunakan otak dan pikirannya untuk dijadikan Tuhan!
Alangkah biadabnya pikiran manusia termasuk diri saya ini, ketika diberi kepandaian, ilmu pengetahuan dan teknologi diberi oleh Allah luar biasa bagaikan hujan turun dari langit yang tiada henti-hentinya manusia tidak semakin dekat dengan Tuhan akan tetapi manusia semakin dekat dengan otak dan pikirannya, akhirnya disembah, disanjung, seakan-akan Tuhan ada di otak kepalanya, ada didalam tempurung kepalanya.
Turunkan ke hati wahai diri kami dan saudara-saudaraku…
Temui Tuhanmu dengan menggunakan hatimu bukan akal pikiranmu...
“Yawma laa yanfa'u maalun walaa banuuna, illaa man ataa allaaha biqalbin saliimin (Asy-Syu'araa [26] : 88 -89)
Dihari itu ketika kita akan menemui sakaratul maut yang hanya satu kali itu tiada yang manfaat, anak-anak kita dan dunia-dunia kita bahkan juga pikiran-pikiran kita bahkan juga aktivitas kita saat itu yang berlaku adalah melainkan orang sowan kepada Allah, yang sowan ini bukan otak dan pikiran akan tetapi hati, jiwa dengan hati yang bersih dan selamat!
Sedangkan kita menghadap kepada Allah masih merasa dan mengandalkan selainNYA!
Bagaimana posisi kita saat ini?
Maka besihkan dari anasir-anasir (nafsu) otak dan pikiran kita, begitupula kita yang hanya menggunakan otak dan pikiran kita, “Lillah Billah” akan menjadi wacana sehingga berbahaya karena hanya mengerti akan tetapi tidak mampu untuk mengetrapkan, tidak bisa merubah akhlaqul karimah dalam surah Ash Shaaf:
Kabura maqtan 'inda allaahi an taquuluu maa laa taf'aluuna (Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan) (QS – Ash Shaff [61] : 2)
Bagaimana posisi kita?
Maka leburkanlah, tenggelamkanlah, karena semua milik Allah dan kita harus sadar bahwa diri kita bukan siapa-siapa dan bukan apa-apa, inilah yang kami maksud sadar bahwa diri kita NOL, karena NOL bukan ajaran akan tetapi kesadaran jiwa tidak memiliki perasaan dan kemampuan, karena Illa Billah miliknya Allah!
Untuk teman-temanku yang terkasih di Alam Hikmah, inilah selayang pandang perjalanan anak manusia dengan akal, otak dan pikirannya! Bahaya ketika otak tidak berkolaborasi dengan jiwa yang suci.
Otak kita bisa menyelamatkan hati apa belum?
Otak kita bisa berkolaborasi dengan hati belum?
Apa hati kita justru terpengaruh?
Sehingga hati kita malah menyembah otak, menyembah pikiran, tidak kenal kepada Sang Pencipta!
Silahkan otak dikembangkan akan tetapi hati jangan pernah dilupakan!
”Apabila segumpal daging itu baik maka baik semuanya dan apabila segumpal daging itu jahat maka jahat semuanya dan ketauhilah itulah hati!”
Bagaimana dengan hadist ini? dan bagaimana dengan upaya kita? apakah lupa bahwa ini pesan Rasulullah?
Ingat wahai saudaraku...!!!
Baik dan jeleknya manusia bukan dari otaknya akan tetapi dari hatinya, sedangkan otak dan pikiran yang dikuasai hati akan membantu manusia menjadi INTELEKTUAL WALI dan WALI YANG INTELEKTUAL yang sadar kepada Allah.
Akan tetapi ketika hati telah dikuasai otak dan pikiran maka akan muncul intelektual-intelektual yang melupakan Tuhannya walaupun lisan mengatakan aku menyembah Tuhan akan tetapi jiwa menyembah akal pikirannya!
Catatan perjalanan ”Si Fakir” yang hina