Pages

Memaparkan catatan dengan label jahil. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jahil. Papar semua catatan

Khamis, 29 Disember 2016

Terangkatnya Ilmu Dan Tersebarnya Kejahilan

Terangkatnya Ilmu Dan Tersebarnya Kejahilan

عن عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ اللَّهَ لَا يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ النَّاسِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يَتْرُكْ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالًا فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا

Dari Abdullah bin 'Amr bin Al 'Ash berkata; "Saya pernah mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 'Allah Azza wa Jalla menghapuskan ilmu agama tidak dengan cara mencabutnya secara langsung dari hati umat manusia. Tetapi Allah akan menghapuskan ilmu agama dengan mewafatkan para ulama, hingga tidak ada seorang ulama pun yang akan tersisa. Kemudian mereka akan mengangkat para pemimpin yang jahil. Apabila mereka, para pemimpin jahil itu dimintai fatwa, maka mereka akan berfatwa tanpa berlandaskan ilmu hingga mereka tersesat dan menyesatkan.'

HADIS : MUSLIM(No.4828)
KITAB : ILMU
BAB   :  Terangkatnya Ilmu Dan Tersebarnya Kejahilan

Rabu, 2 November 2016

Hindarilah Sifat Jahil Dan Taksub

Hindarilah Sifat Jahil Dan Taksub

Kejahilan bukan sahaja akan melahirkan sikap taksub, malah lebih daripada itu ia mempunyai implikasi buruk terhadap kehidupan. Ia boleh menyebabkan kebinasaan kepada seseorang individu, masyarakat, agama dan negara. 

Di samping merendahkan martabat insan, kejahilan tidak mengenal nilai-nilai kerjasama, timbang rasa, kecintaan dan keadilan. Kerana sikap jahil dan taksub itulah, maka perpecahan terus berlaku di kalangan kita umat Islam. Perbuatan ini ternyata bertentangan dengan syariat Islam.

Sudah menjadi lumrah dan nasib yang tersurat bahawa setiap agama akan bertembung dengan ancaman hawa nafsu yang bergelora serta pemikiran yang menyesatkan. Agama tidak akan aman sama sekali daripada sikap pelampau dan ketaksuban. 

Bahkan setiap umat dalam menegakkan seruan syariat yang benar sentiasa berhadapan dengan golongan ini. Dari segi prinsipnya mereka memiliki kepercayaan serta pegangan atas nama agama yang di luar batasan ajaran agama Islam sebenar.

Demikianlah hakikatnya orang yang jahil perasaannya beku dan lemah otaknya. Justeru itu mudah menjadi taksub dan akibat ketaksuban ini ia tidak lagi boleh berfikir secara normal dan ia akan bertindak mengikut hawa nafsu bukan berlandaskan akal atau ilmu syariat.

Kejahilan dan ketaksuban menjadikan diri mereka tidak dapat membezakan di antara kebenaran dan kebatilan. Hati mereka telah buta daripada keimanan dan ketakwaan. 

Sebagaimana kata-kata hukama: “Buta hati kerana jahil lebih berbahaya daripada buta mata. Bukan sedikit mereka celik mata tetapi buta hati kerana jahil. Golongan ini makin diberi peringatan atau nasihat makin bertambah bebal dan jahil. Lebih berbahaya lagi apabila ditambah pula dengan penyakit kesombongan”. 

Sebagaimana kata Saidina Ali B. Abi Talib r.a : “Tiada musuh yang lebih Aku takuti daripada kejahilan. Setiap manusia menjadi musuh selama ia jahil.”
Kesimpulannya, jelaslah bahawa kejahilan adalah pokok segala kecelakaan dan punca segala bahaya. Orang yang jahil tergolong dalam maksud hadis Nabi yang bermaksud: 

“Dunia itu terlaknat, segala isinya terlaknat, kecuali zikrullah (berzikir kepada Allah), sesesorang yang berilmu dan seorang yang mencari ilmu. Seorang yang jahil itu tidak akan terkeluar dari kegelapan kejahilan melainkan dengan nur dan cahaya ilmu pengetahuan. Ia merangkumi ilmu-ilmu untuk keperluan dan kesempurnaan tanggungjawab diri terhadap Allah, ilmu untuk mempertingkatkan kualiti hidup diri, keluarga, dan masyarakat."

Wallahu a’lam.


Jumaat, 13 Mei 2016

CINTA DUNIA & KEJAHILAN

CINTA DUNIA & KEJAHILAN

"Masalah besar bagi manusia, adalah dua perkara. Yang pertama, cinta kepada dunia. Dan yang kedua, rela membiarkan diri di dalam kejahilan."

"Kerana, cinta dunia itu tunggak daripada segala dosa besar. Sementara, membiarkan diri di dalam kejahilan adalah tunggak kepada segala kedurhakaan."

Sheikh Abu Hasan Asy-Syadzili

Selasa, 3 Jun 2014

Perbezaan diantara Qadim dan Muhaddas dalam sudut Usuluddin.

Perbezaan diantara Qadim dan Muhaddas dalam sudut Usuluddin.


Sebelum saya meneruskan dengan penerangan saya, suka saya mengingatkan kita semua bahawa tujuan kita mendalami ilmu Usuluddin ini adalah supaya dapat kita membezakan diantara Qadim dan Muhaddas , supaya tidaklah nanti kita secara sedar atau tidak telah mensyirikkan Allah dengan sesuatu sama ada pada dzat, sifat mahupun pada af'al.

Qadim bermaksud "kekal" iaitu Allah dan Muhaddas pula bermaksud "baharu" iaitu sekalian makhluk. cara untuk melepaskan diri kita dari mensyirikkan Allah adalah dengan nafi dan isbat pada dzat, sifat dan af'al Allah. kaedah ini dinamakan sebagai kaedah mentauhidkan Allah.

Syirik dan Tauhid adalah dua perkara yang berlawanan diantara satu sama lain. Oleh itu, hendaklah kita pastikan bahawa kita tetap mentauhidkan Allah kerana sekiranya tidak maka bermakna kita telah mensyirikkan Allah.

hendaklah kita benar-benar fasih akan perbezaan diantara Qadim dan Muhaddas (kaenat) agar dapat kita mentauhidkan Allah. Setelah fasih dan masak kita akan perbezaan tersebut, maka dapatlah kita lihat akan fungsi Muhaddas (kaenat).

Sekiranya kita masih tidak dapat menguasai akan perbezaan ini, dikhuatiri kita tidak dapat memahami dan membezakan iktikad yang menyalahi syarak. Terdapat empat iktikad tentang fungsi kaenat iaitu:

1.Sekiranya kita beriktikad bahawa kaenat boleh memberikan bekas dengan tabiatnya(dzat) seperti api boleh membakar, maka para ulama menghukumkan kafir sebab yang boleh memberikan bekas hanyalah Allah semata-mata.

2.Sekiranya kita beriktikad kaenat boleh memberi bekas dengan sifat kudrat Allah padanya seperti pada kaenat itu ada daya upaya sendiri untuk melakukan perbuatannya , maka para ulama menghukumkan fasiq dan bidaah. Inilah iktikad fahaman Muktazilah. padahal yang berkudrat pada hakikatnya hanya Allah semata-mata.

3.Sekiranya kita beriktikad bahawa kaenat tidak memberi bekas dengan kekuatannya sendiri melainkan Allah akan tetapi pada masa yang sama disertai dengan kepercayaan bahawa terdapat hubungan yang lazim diantara sebab pada akal dan pada adat seperti kenyang selepas makan, maka para ulama menghukumkan jahil dari sudut adat.

4.sekiranya kita beriktikad kaenat tidak boleh memberikan bekas sama ada pada tabiat atau kekuatannya dan hanya Allah sahaja yang dapat memberikan bekas seperti api tidak dapat membakar nabi Allah Ibrahim a.s. inilah iktikad yang diterima oleh ijmak ulama dan merupakan iktikad oleh ahli sunnah waljama'ah .

setelah dapat kita menetapkan iktikad yang benar untuk kita pegang, maka dapatlah kita menilai semula kesempurnaan syahadah kita dalam ilmu Usuluddin.

Selasa, 20 Mei 2014

Mari Mengakhiri Zaman Jahiliyah

Mari Mengakhiri Zaman Jahiliyah
Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimah yang dirahmati Allah sekalian. Ramai yang mengambarkan jahiliyan itu, adalah mereka-mereka yang menganut agama sebelum Islam. Sebut sahaja jahiliyah, fikiran kita telah membayangkan zaman sebelum Rasulullah!. Tahukah kita, bagaimana amalan orang-orang jahiliyah?
Soal: Bagaimanakah contoh orang jahiliah?
Jawab: Contoh orang zaman jahiliyah, orang zaman jahiliah itu, adalah orang yang amalannya tidak disertai Allah. Segala yang  dilakukannya adalah bertujuan untuk selain Allah!. Seumpama sekadar untuk menyembah sifat, menyembah nama, menyembah perbuatan dan menyembah zat!.
Soal: Bagaimana contoh orang yang menyembah sifat?
Jawab: Contoh orang  yang meyembah sifat itu,  adalah orang-orang yang  meyembah makhluk yang bersifat (meyembah sifat makhluk).  Seumpama lihat pokok besar, busut besar, batu besar, mereka meyangka itulah Tuhan!. Maka disembahnya pokok, busut, batu dan sebagainya!. Sedangkan pokok, busut, batu dan sebagainya itu, adalah sifat yang bersifat!.
Kita tuduh yang orang jahiliyah itu menyembah sifat, sedangkan tanpa kita sedar yang kita juga menyembah sifat?. Jika boleh saya bertanya, semasa tuan-tuan sembahyang, tuan-tuan menghadap kemana?, jika bukan menghadap Kaabah?. Sedangkan Kaabah itu sifat!, Baitullah itu, sifat dan Hajaratul aswat itu, sifat!. 
Tidakkah tuan-tuan menghadap atau meyembah sifat?. Kaabah (baitullah) itu, adalah rumah Allah. Tidakkah rumah itu sifat?. Sekarang, apa bezanya orang jahiliah dengan kita?.Cuba jawap pertanyaan saya dengan jujur?……………………
Orang jahiliyah menyembah kepada sembahan yang bersifat, sedangkan tanpa kita sedari, kita juga sembah kepada perkara yang bersifat, iaitu Kaabah atau Baitullah. Sedangkan Kaabah atau Baitullah itu, adalah sifat!.
Sekiranya tuan-tuan mendakwa atau mengaku yang tuan-tuan tidak menyembah Kaabah atau tidak menyembah Baitullah, saya ingin bertanya dan saya ingin ajukan pertanyaan kepada tuan-tuan sidang pembaca yang budiman sekalian,  apakah yang tuan hadap?. Jawab pertanyaan saya, apakah yang tuan hadap?……………………….Jika tidak kepada Kaabah!
Sekiranya tuan-tuan mengaku yang tuan-tuan tidak menyembah Kaabah tetapi tuan-tuan mendakwa yang tuan-tuan menyembah Allah. Ingin saya bertanya kepada tuan-tuan atau ingin saya ajukan pertanyaan kepada tuan-tuan, kiranya tuan-tuan menyembah Allah,
1) Jika kita kata, kita menghadap Allah, jika kita menghadap Allah, kenapa perlu menghadap Kaabah (Baitullah)?. Sedangkan Allah itu, ada dimana-mana?. Jika Allah itu ada dimana-mana, kenapa sampai perlu menghadap Kaabah. Tidakkah Kaabah itu sifat?………………..
Soalan ini, jangan pula disalah erti atau disalah tafsir! (terutama golongan yang berilmu feqah). Saya bukan mengemukakan soalan ini, untuk mengajak tuan-tuan supaya jangan menghadap kiblat, Saya ingin mengajak tuan-tuan, supaya belajar sesuatu ilmu itu, jangan setakat peringkat tahu sahaja, saya ingin mengajak tuan-uan supaya sampai kepada peringkat mengenal!.
2) Kiranya kita kata, kita memyembah Allah dan bukannya meyembah Kaabah,  sekali lagi ingin saya ajukan pertanyaan, mana Allah?. Jika tuan-tuan mendakwa dan mengaku menyembah Allah dan bukan menyembah Kaabah, mana Allah?…………
Apakah Allah itu hanya ada pada sudut Kaabah sahaja yang menyebabkan kita kena hadap kepada Kaabah?. Apakah Allah itu tidak ada pada sudut-sudut yang lain?. Setahu kita, apa yang kita pelajari selama ini, Allah itu tidak bertempat!. Jika Allah tidak bertempat, kenapa perlu hadap kepada Kaabah, tidakkah Kaabah itu hanya sekadar sifat, apakah kita juga meyembah sifat sebagaimana orang jahiliyah?. Cuba jawab?…………….
Pertanyaan saya ini, bukan bertujuan untuk meyesatkan tuan-tuan atau untuk mengeliruan tuan-tuan. Pertanyaan saya ini, adalah semata-mata bertujuan bagi membuka minda dan bagi memantapkan keyakinan terhadap setiap  ilmu yang kita pelajari. 
Supaya kita benar-benar faham, benar-benar mengerti dan benar-benar tahu dengan apa yang kita ucap. Bukan sekadar ucap semata-mata!.
Beriman kepada Allah, beriman kepada kaabah, beriman kepada baitullah (rumah Allah) dan beriman kepada kiblat itu, hendaklah beriman dengan penuh yakin. Yakin dengan seyakin yakinnya. 
Dari ilmu yang kita pelajari itu, hendaklah kita yakin, yakin seyakin yakinnya!, barulahkita itu, tidak dituduh sama jahil dengan orang jahiliah!. Kita tuduh orang jahiliah itu jahil, sedangkan tanpa kita sedari, sebenarnya kita itu, lebih 67 kali jahil berbanding orang yang benar jahiliyah!.
Kita hanya tahu sebut, sebut itu dan sebut ini, sedangkan apa yang kita sebut itu, kita sendiripun tidak tahu dan kita sendiripun tidak  yakin!. Itu bermakana taraf kita dengan taraf orang jahiliyah itu, adalah “sama”. Sama-sama jahiliah, (maaf ya kiranya bahasa saya itu, agak terkasar sedikit). 
Kasarnya bahasa saya itu, adalah semata-mata bertujuan untuk membuka atau mencelekkan mata tuan-tuan yang selama ini tertutup (buta)!. Sebenarnya kita selama ini, hanya menyembah sifat, sebagai mana orang jahiliah!.
Soal: Bagaimana contoh orang yang menyembah nama?.
Jawab: Contoh orang yang meyembah nama itu, adalah orang yang meyembah nama makhluk. Seumpama orang yang memuja jin (nama jin), sedang bayang jin pun mereka tidak nampak, apa lagi rupa paras jin. 
Memuja Syeikh Abdul Kadir Jailani, sedangkan muka dan rupa paras Syeikh Abdul Kadir Jailani pun mereka tidak pernah lihat, meraka hanya kenal nama sahaja. Meyembah hantu, jembalang, iblis, memuja ibu duit, memuja toto, magnem,  4 dijit nombor ekor. 
Memuja keris pusaka, disanggkakan keris lembing itu keramat, sedangkan keramatnya keris lembing itu, belum pernah kita lihat, hanya tahu dari ceria atas cerita. Memuja jimat, tanggkal, pelaris dan sebagainya.
Begitu juga kita sekarang ini, kita sekarang ini dikatakan menyembah Allah, sedangkan Allah yang kita sembah itu, adalah hanya sekadar nama pangil-panggilan!. Mana tuan yang empunya nama?