Pages

Memaparkan catatan dengan label usuluddin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label usuluddin. Papar semua catatan

Sabtu, 25 Oktober 2014

SYARI'AT TORIKAT HAKIKAT DAN MAKRIFAT

Adnan Dahalan

SYARI'AT TORIKAT HAKIKAT DAN MAKRIFAT
Iman, islam, tauhid dan makrifat
Islam, iman dan ikhsan
Fekah, usuluddin dan tasauf...
Inilah asas perjalanan yang perlu ditempuhi sisufi..
Setiap Rasulullah adalah seorang nabiyullah setiap nabiylah adalah seorang waliyullah ( aulia), setiap waliyullah adalah seorang sufi, setiap sufi seorang makrifatullah, setiap seorang makrifatullah adalah seorang tauhid ( yang sentiasa mengesakan Allah ),setiap seorang tauhid adalah seorang yang beriman, setiap seorang beriman adalah orang islam..
Setiap sufi mesti bermula dengan islam (seorang yang sentiasa berserah diri kepada Allah - seorang yang muhlisin - seorang yang tidak mampu dihasut oleh iblis),
Syariat, tarikat, hakikat dan makrifat adalah merupakan peningkatan perjalanan dari satu peringkat kesatu peringkat yang berasaskan kepada islam ( terkandung fekah, usuluddin dan tasauf - yang berkait diantara satu sama lain - sebenarnya islam adalah keseluruhan hidup yang mengikut fitrah Allah ( sunatullah dan sunatu Rasul)...
Orang islam adalah orang yang akan menjalani satu perjalanan menuju kepada peringkat sufi (tidak ada perbezaan fahaman)
Diantara syariat, tarikat, hakikat dan makrifat, tidak ada perbezaan fahaman dan pegangan tetapi merupakan peningkatan fahaman dan pegangan dari syariat meningkat kepada tarikat, berpindah tingkatan kepada hakikat dan seterusnya mendapat makrifatullah) setelah mencapai peningkatan kepada makrifatullah barulah orang itu termasuk kedalam gulungan saufi.. Ianya berlaku peningkatan didalam setiap diri seseorang bukan perbezaan pendapat diantara individu lain dengan individu lain)
(bukan perbezaan fahaman terbahagi kepada fahaman orang syariat, fahaman orang tarikat, fahaman orang hakikat, fahaman orang makrifat,)
Fahaman dan pegangan yang sama iaitu yang berasaskan kepada awal agama mengenal Allah yang mula dirasai oleh tubuh badan sendiri, meningkat kepada kesedaran pada hati, meningkat kepada kesedaran roh, meningkat kepada kesedaran rahsia (Allah).
Orang-orang sufi adalah orang-orang yang mengalami peningkatan dari satu peringkat kesatu peringkat maksudnya ianya diangkat oleh Allah, bukan kita yang melebelkan ini orang syariat, ini orang tarikat, ini orang hakikat, ini orang makrifat dan ini orang sufi...
Kebanyakkan pandangan pada hari ini melebelkan orang yang mendalami dibidang fekah dikategorikan sebagai orang syariat, orang yang mendalami dibidang usuluddin ( tauhid ) dilebelkan kepada kategori orang hakikat, manakala orang yang mendalami dibidang tasauf dikategorikan sebagai golongan orang makrifat dan sufi...
Sebenarnya islam itu merangkumi keseluruhan hidup yang berpandukan kepada pembahagian muktakhir fekah, usuluddin dan tasauf yang mana ketiga-tiga mempunyai rantai ikatan yang tidak putus diantara satu dengan yang lain, bukan membawa kepada perbezaan fahaman dan pegangan..
Mana mungkin islam membawa fahaman yang berbeza diantara syariat, torikat, hakikat dan makrifat
Jadi orang islam yang membawa syariat, torikat, hakikat dan makrifat secara seiringan akan meningkat dari satu peringkat kepada satu peringkat...
Kita tidak akan sampai kepada kumpulan atau kaum sufi selagi kita tidak menjalani dan menempuhi peningkatan dari syariat, kepada tarikat, kepada hakikat yang berterusan kepada makrifat.
Perbezaan pendapat adalah kerana kesilapan kita melebelkan sendiri ini orang syariat, ini orang hakikat, ini orang sufi dan lain-lain lagi..
Bagaimana nak kembali kepada asal, ini adalah peranan yang perlu dimainkan oleh setiap individu untuk beralih pandangan masing-masing.
Bermula islam itu dagang dan akan kembali dagang...
adakah engkau perhatikan orang yang mengambil hawa nafsunya menjadi tuhan dan dia di sesatkan Allah,kerana mengetahui tentang kejahatan hatinya .lalu ditutup oleh allah pendengarannya dan mata hatinya dan dijadikan pula tutupan di atas pemandangannya
Siapakah orang yang menjadikan hawa nafsu mereka sebagai tuhan?,
Sebelum kita mengenali siapakah mereka yang mengambil hawa nafsu sebagai tuhan sebaiknya terlebih dahulu kita mengenali apakah sebenarnya hawa nafsu?
Hawa nafsu ialah sifat keakuan diri, dimana asasnya seseorang itu mengaku yang dirinya ada memiliki atau mempunyai sifat yang wajib bagi Allah keatas dirinya..
Sedangkan kita tahu yang Allah itu bersalahan bagi segala yang baharu dimana membawa maksud hanya Allah sahaja yang mempunyai sifat yang wajib bagi Allah dan selain dari Allah memiliki sifat yang mustahil bagi Allah...
Bagi sesiapa sahaja yang rasa memiliki dan mempunyai sifat yang wajib bagi Allah keatas dirinya maka ialah yang berpegang dengan hawa nafsunya, dialah yang telah menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan, selain dari Allah...
Untuk itu marilah sama-sama kita menilik diri kita sendiri samada kita bertuhan kepada Allah atau kita termasuk kedalam golongan yang menjadikan hawa nafsu kita sebagai tuhan....
Kalau kita termasuk kedalam golongan ini, kita juga akan menerima kesan seperti yang diterangkan pada ayat diatas..
"dan dia di sesatkan Allah,kerana mengetahui tentang kejahatan hatinya .lalu ditutup oleh allah pendengarannya dan mata hatinya dan dijadikan pula tutupan di atas pemandangannya"

Selasa, 3 Jun 2014

Perbezaan diantara Qadim dan Muhaddas dalam sudut Usuluddin.

Perbezaan diantara Qadim dan Muhaddas dalam sudut Usuluddin.


Sebelum saya meneruskan dengan penerangan saya, suka saya mengingatkan kita semua bahawa tujuan kita mendalami ilmu Usuluddin ini adalah supaya dapat kita membezakan diantara Qadim dan Muhaddas , supaya tidaklah nanti kita secara sedar atau tidak telah mensyirikkan Allah dengan sesuatu sama ada pada dzat, sifat mahupun pada af'al.

Qadim bermaksud "kekal" iaitu Allah dan Muhaddas pula bermaksud "baharu" iaitu sekalian makhluk. cara untuk melepaskan diri kita dari mensyirikkan Allah adalah dengan nafi dan isbat pada dzat, sifat dan af'al Allah. kaedah ini dinamakan sebagai kaedah mentauhidkan Allah.

Syirik dan Tauhid adalah dua perkara yang berlawanan diantara satu sama lain. Oleh itu, hendaklah kita pastikan bahawa kita tetap mentauhidkan Allah kerana sekiranya tidak maka bermakna kita telah mensyirikkan Allah.

hendaklah kita benar-benar fasih akan perbezaan diantara Qadim dan Muhaddas (kaenat) agar dapat kita mentauhidkan Allah. Setelah fasih dan masak kita akan perbezaan tersebut, maka dapatlah kita lihat akan fungsi Muhaddas (kaenat).

Sekiranya kita masih tidak dapat menguasai akan perbezaan ini, dikhuatiri kita tidak dapat memahami dan membezakan iktikad yang menyalahi syarak. Terdapat empat iktikad tentang fungsi kaenat iaitu:

1.Sekiranya kita beriktikad bahawa kaenat boleh memberikan bekas dengan tabiatnya(dzat) seperti api boleh membakar, maka para ulama menghukumkan kafir sebab yang boleh memberikan bekas hanyalah Allah semata-mata.

2.Sekiranya kita beriktikad kaenat boleh memberi bekas dengan sifat kudrat Allah padanya seperti pada kaenat itu ada daya upaya sendiri untuk melakukan perbuatannya , maka para ulama menghukumkan fasiq dan bidaah. Inilah iktikad fahaman Muktazilah. padahal yang berkudrat pada hakikatnya hanya Allah semata-mata.

3.Sekiranya kita beriktikad bahawa kaenat tidak memberi bekas dengan kekuatannya sendiri melainkan Allah akan tetapi pada masa yang sama disertai dengan kepercayaan bahawa terdapat hubungan yang lazim diantara sebab pada akal dan pada adat seperti kenyang selepas makan, maka para ulama menghukumkan jahil dari sudut adat.

4.sekiranya kita beriktikad kaenat tidak boleh memberikan bekas sama ada pada tabiat atau kekuatannya dan hanya Allah sahaja yang dapat memberikan bekas seperti api tidak dapat membakar nabi Allah Ibrahim a.s. inilah iktikad yang diterima oleh ijmak ulama dan merupakan iktikad oleh ahli sunnah waljama'ah .

setelah dapat kita menetapkan iktikad yang benar untuk kita pegang, maka dapatlah kita menilai semula kesempurnaan syahadah kita dalam ilmu Usuluddin.