Pages

Memaparkan catatan dengan label jiwa yang tenang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jiwa yang tenang. Papar semua catatan

Rabu, 24 Oktober 2018

Jiwa Yang Tenang

Jiwa Yang Tenang

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ
ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً
فَادْخُلِي فِي عِبَادِي
وَادْخُلِي جَنَّتِي

Wahai jiwa yang tenang . Kembalilah kepada Tuhanmu dengan rasa puas, dengan segala nikmat yang diberikan, lagi diredhaiNya. Masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu. Masuklah ke syurgaKu.

Setiap kali membaca ayat ini hati kita pasti tersentap. Kata-kata lembut dari Allah. Ya Rabb, apakah aku layak menerimanya dihujung usia nanti?

Nafsul mutmainnah, jiwa yang tenang hanya ada pada orang yang memilih jalan yang diredhoiNya. Yang mencari kasihNya dan menebarkan pula kasih sayang terhadap makhluk Allah yang lain.

Jiwa yang tenang... dipenghujungnya nanti disambut Allah kembali kepangkuannya dalam keadaan yang sangat bahagia dan ditempatkan disyurga hingga kekal abadi.

Jiwa yang tenang..... yang selalu dicari manusia tetapi kita selalu tersilap jalan dalm pencarian. Dengan keagungan cinta Ilahi kita masih seperti anak kecil yang sedang ditatih supaya tidak terjatuh.

Yang memimpin kita bertatih adalah Yang Maha Pencipta sendiri. Kita dipimpin penuh kasih, kasih yang lebih besar dari kasih seorang ibu yang memimpin tangan anak kecilnya.

Adakalanya kita terjatuh juga pada saat kita melepaskan diri dari pimpinanNya. Namun Dia masih bersabar dan masih menghulurkan kasihNya untuk kita.  Dia memujuk kita bahawa kasihNya memadamkan segala kemarahanNya asalkan kita mahu kembali kepadaNya.

Semakin kita menghampiriNya, semakin pantas Dia menghampiri kita dan Dia meyakinkan kita dengan kata-kata cintaNya yang abadi,

" Aku berada lebih dekat dari urat lehermu sendiri."

Seolah-olah Allah berbisik ke telinga kita, "Sayang, usah gelisah. Aku ada bersamamu."

Ucapan yang sangat mebahagiakan andaikan kita menghayatinya.

Disaat-saat kita dikasari dunia, kata-kata lembut dari Yang Maha Penyayang itu menjadi penawar yang amat syahdu.

"Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan rasa puas, dengan segala nikmat yang diberikan, lagi diredhaiNya."

Kata-kata itu dari Allah yang sering kita lupakan tersimpan dalam kitabNya yang amat agung. Al Qur'an mukjizat terhebat hadiah dari Allah untuk ummat Muhammad saw. Kita terpilih menerima hadiah itu tetapi kita jarang menghargainya.

Al-Qur'an adalah bicara Allah. Bicara siapa yang lebih hebat untuk dihayati bagi mencari ketenangan kalau bukan bicara suci itu.

Mafhum Surah As Sajda
Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin.

Allah Maha Adil. Jiwa yang tenang itu diberikanNya kepada setiap insan. Tetapi kerana kealpaan kita menjaga dan menyuburkannya, kita membiarkannya tertanam di bawah, ditindih kuat oleh nafsu amarah. Iblis laknatullah itu zalim. Iblis tidak mahu manusia memilikkinya lalu membantu sang nafsu agar jiwa yang tenang tidak bisa keluar menguasai diri.

Jiwa yang tenang perlu dibantu untuk bangkit kerana ia sedang menderita dihimpit nafsu perosak itu. Nafsu perosak perlu dibuang untuk memberi ruang kepada jiwa yang tenang berada di atas, di tempat yang selayaknya dia berada....dalam minda yang sihat yang sentiasa mencari ilmu penyuluh hidup.

Khamis, 4 Oktober 2018

KENALI JASAD, JIWA, RUH DAN HATI

KENALI JASAD, JIWA, RUH DAN HATI

Pada umumnya orang hanya mengetahui manusia itu hanya terdiri dari jasad dan ruh. Mereka tidak memahami bahawa sesungguhnya manusia terdiri dari tiga unsur, iaitu:
~ Jasad
~ Jiwa
~ Ruh.

Ini dapat dibuktikan dalam firman Allah Taala surah Shaad (38:71-73) yang bermaksud:

Ingatlah ketika Tuhan mu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah. Maka apabila telah Ku sempurnakan kejadianya, maka Ku tiupkan kepadanya Ruh Ku. Maka hendaklah kamu tunduk bersujud kepadanya. Lalu seluruh malaikat itu bersujud semuanya.

Pada ayat yang lain pula, Allah menjelaskan tentang penciptaan jiwa (nafs). Surah Asy Syams (91:7-10) . Firmanya yang bermaksud:

Dan demi nafs (jiwa) serta penyempurnaannya, maka Allah ilhamkan kepada nafs itu jalan ketaqwaaan dan kefasikannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikannya dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.

Selain itu, Allah juga berfirman dalam Al Quran tentang proses kejadian jasad (jisim). Surah Al Mukminun (23:12-14):

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari saripati dari tanah, Kemudian jadilah saripati itu air mani yang disimpan dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-tulang, lalu tulang-tulang ini Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk berbentuk lain, maka maha suci Allah Pencipta yang paling baik.

Jasad
Jasad atau jisim adalah angggota tubuh manusia terdiri dari mata, mulut, telinga, tangan, kaki dan lain-lain. Ia dijadikan dari tanah liat yang termasuk dalam darjat paling rendah. Keadaannya dan sifatnya dapat mecium, meraba, melihat. Dari jasad ini timbullah kecenderungan dan keinginan yang disebut Syahwat.

Ini dijelaskan dalam Al Quran Surat Ali Imran, yang bermaksud:

Dijadikan indah pada pandangan manusia , merasa kecintaan apa-apa yang dingininya (syahwat) iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang bertimbun dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternakan dan sawah ladang, Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah tempat sebaik-baik kembali.

Jiwa (Nafs)
Kebanyakan orang mengaitkannya dengan diri manusia atau jiwa. Padahal ianya berkaitan dengan derejat atau kedudukan manusia yang paling rendah dan yang paling tinggi. Jiwa ini memiliki dua jalan iaitu:
Menuju hawa nafsu
(nafs sebagai hawa nafsu) atau
Menuju hakikat manusia
(nafs sebagai diri manusia)

Hawa nafsu.
Hawa nafsu lebih cenderung kepada sifat-sifat tercela, yang menyesatkan dan menjauhkan dari Allah.

Sebagaimana Allah Taala berfirman surah (Shaad :26) yang bermaksud:

..... dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah

Kaitan hati dan hawa nafsu.
Hati memainkan peranan yang sangat penting dalam diri manusia ia menjadi sasaran utama kepada Syaitan. Syaitan sedaya upaya menutupi hati manusia dari menerima Nur llahi.

Sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud:

Jikalau tidak kerana syaitan-syaitan itu menutupi hati anak Adam, pasti mereka boleh milihat kerajaan langit Allah
Cara syaitan menutupi hati manusia itu dengan cara –cara tertentu iaitu dengan menghidupkan hawa nafsu tercela dan yang membawa ke arah maksiat.

Semuanya sudah tersedia berada adalam diri manusia, ianya dikenali dengan nafsu ammarah bissu, nafsu sawiyah dan nafsu lawammah..

Para ahli tasawwuf mengatakan bahawa syaitan (anak iblis) memasuki hati manusia melalui sembilan lubang anggota manusia iaitu dua lubang mata, dua lubang hidung, kedua lubang kemaluan dan lubang mulut.

Buta manusia bukan buta biji matanya tetapi buta hatinya sebagaimana yang dijelaskan dalam Firman Allah yang bermaksud:

Kerana sesungguhnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati di dalam dada. (Al Hajj :46)

Mereka juga mengatakan yang membutakan hati ialah kejahilan atau tidak memahami tentang hakikat perintah Allah SWT. Kejahilan yang tidak segera diubati akan menjadi semakin bertimbun.

Allah SWT berfirman dalam surah (Al Baqarah:2-9) yang bermaksud:

Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka yang menipu diri sendiri, sedangkan mereka tidak menyedarinya.

Demikian bahayanya penyakit hati yang dihembuskan syaitan melalui hawa nafsu manusia. Sehingga Rasulullah pernah berpesan setelah kembali dari perang Badar. Beliau bersabda :

Musuhmu yang terbesar adalah nafsumu yang berada di antara kedua lambungmu (Riwayat Al-Baihaki)

Jihad yang paling utama adalah jihad seseorang untuk dirinya dan hawa nafsunya.(Riwayat Abnu An-Najari)

Diri Manusia
Nafs atau jiwa sebagai diri manusia adalah suatu yang paling berharga kerana ia berkaitan dengan nilai hidup manusia dan nafs yang diberi rahmat dan redha oleh Allah.

Sebagaimana firmannya dalam surah
(Al-Fajr : 27-30 ) yang bermaksud:

Hai jiwa yang tenang (Nafsu Mutmainnah), kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang tenang lagi diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu, masuklah ke dalam syurgaKu.

Dan lagi dalam surah (Yusuf: 53) yang bermaksud:

Dan aku tidak membebaskan diriku dari kesalahan, kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh ke arah kejahatan, kecuali nafsu yang beri rahmat oleh Tuhanku.

Berkaitan dengan sabda Rasulullah yang berbunyi:
Barang siapa yang mengenal dirinya , maka ia mengenal Tuhannya.

Hadis ini menyatakan syarat untuk mengenal Allah adalah mengenal diri. Diri atau nafs di sini adalah nafs mutmainnah iaitu nafsu yang tidak terpengaruh oleh goncangan hawa nafsu dan syahwat.

Setiap manusia mempunyai nafs yang berbeza. Ada nafs yang menuju jalan cahaya ada nafs yang menuju jalan kegelapan.

Bagi nafs yang menuju kegelapan atau nafs tercela yang tidak sempurna ketenangannya terutama ketika lupa kepada Allah disebut nafsu lawammah. Firman Allah Taala dalam surah
(Al Qiyammah:2) yang bermaksud:

Dan aku bersumpah dengan jiwa yang amat tercela (nafsu lawammah)
Nafsu ini hanya dapat dikenali dan disaksikan dengan kemampuan tertentu manusia iaitu dengan pancaran batin.

Sebagaimana firman Allah dalam surah (Al-Araaf:26) yang bermaksud:

Pakaian taqwa yang menjaga mu dari kejahatan itu adalah yang paling baik.

Ruh
Ruh mempunyai dua arah pengertian iaitu :
a. Sebagai nyawa
b. Sebagai suatu yang halus
(pemberi cahaya kepada jiwa)

Ruh sebagai nyawa kepada jasad atau tubuh . Ia ibarat sebuah lampu yang menerangi ruang. Ruh adalah lampu, ruang adalah sebagai tubuh. Jika lampu menyala maka ruangan menjadi terang. Jadi tubuh kita ini boleh hidup kerana ada ruh (nyawa)

Manakala dalam pengertian yang kedua, Ruh sebagai sesuatu yang merasa, mengerti dan mengetahui. Hal ini sangat berhubung dengan hati yang halus atau hati ruhaniyyah yang disebut sebagai Latifah Rabaniyyah.

Dalam Al-Quran kata ruh disebut dengan sebutan Ruhul Amin, Ruhul Awwal dan Ruhul Qudsiyah.

Ruhul Amin yang bermaksud adalah malaikat Jibrail. Firman Allah dalam surah (Asy-Syu’ araa:192-193) yang bermaksud:

Dan sesungguhnya Al- Quran ini benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam, Dia dibawa oleh Ar Ruh Al –Amin (Jibrail)

Ruhul Awwal yang bermaksud nyawa atau sukma bagi tubuh manusia. Sebagaimana firman Allah dalam surah (As-Sajdah:9) yang bermaksud:

Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan kedalam tubuhnya ruh Nya dan dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati , tetapi kamu sedikit sekali bersyukur

Ruh Qudsiyah yang bermaksud ruh yang datang dari Allah (bukan Jibrail), tetapi yang menjdi penunjuk dan pengkhabar gembira bagi orang-orang beriman. Ini adalah ruh yang disucikan dihadirat Allah. Ia bercahaya apabila nafsu mutmainnah telah sempurna.

Hati
Hati merupakan raja bagi seluruh diri manusia dan tubuh. Perilaku dan perangai seseorang merupakan cerminan hatinya. Dari hati inilah pintu dan jalan yang dapat menghubungkan manusia dengan Allah. Dengan demikian untuk mengenal diri harus dimulai dengan mengenal hati sendiri.

Hati mempunyai dua pengertian:

Hati Jasmani
iaitu sepotong daging yang terletak di dada sebelah kiri, hati jenis ini haiwan pun memilikinya.

Hati Ruhaniyyah
iaitu sesuatu yang halus. Hati yang merasa, mengerti, mengetahui, dipinta dan dituntut. Dinamai juga dengan Latifah Rabaniyyah. Hati Ruhaniyyah inilah merupakan tempat iman dan tempat mengenal diri.

Sebagaimana firma Allah dalam surah (Ar-Ra’d:28) yang bermaksud:

Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.

Hadis qudsi yang bermaksud:

Tidak akan cukup menanggung untuk Ku bumi dan langitKu tetapi cukup bagiKu hanyalah hati (qalb) hambaKu yang mukmin (Riwayat Ad Darimi)

Nafsu Mutmainnah
Bila hati manusia jauh dari goncangan yang disebabkan bisikan syaitan, hawa nafsu dan syahwat , maka ia disebut nafs Mutmainnah.

Apabila ia tunduk dan redha kepada Allah sepenuhnya, maka ia disebut nafs radhiyyah (nafs yang redha)

Dan apabila Allah pula menerima dan meredhainya, maka ia disebut sebagai nafs mardhiyah (nafs yang diredhai Allah)

Dan puncak perjalanan nafsu seseorang manusia adalah apabila telah mencapai kesempurnaan sebagai manusia. Yang mana mendapat perkenan dari Allah Taala sendiri yang disebut sebagai nafs kamilah (nafs yang dijemput Allah) untuk masuk ke syurgaNya.

Namun jika manusia membiarkan hatinya berada dalam pengaruh hawa nafsu dan syahwat, maka ia akan menjadi orang yang tersesat, lama kelamaan tergelicir dan dimurkai Allah.

Sebagaimana Firman Allah dalam surah (Jaastsiyah:23) yang bermaksud:

Maka pernahkan kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu Nya dan Allah telah mengunci mata pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah membiarkannya sesat. Maka mengapa kamu tidak mengambil iktibarnya.

Ingat hawa nafsu dan syahwat bukan dibunuh atau dihilangkan, tetapi dikawal sehingga menjadi nafsu mutmainnah. Di mana ada saatnya hawa nafsu ini perlu dikeluarkan.

Sebagaimana firma Allah dalam surah (An Nazi’at:40-41) yang bermaksud:

Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan manahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya.

Nah, jika hati kita telah diselubungi oleh nafsu mutmainnah, maka nafsu mutmainnah ini menjadi imam (penunjuk) bagi seluruh tubuh dan dirinya, sesungguhnya nafsu mutmainnah inilah yang disebut-sebut sebagai jati diri manusia (hakikat dari manusia).

Allah berfirma dalam surah (Al Araaf:172) yang bermaksud:

Dan Ingatlah, ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka seraya berfirman : ”Bukakankan Aku ini Tuhanmu”, mereka menjawab :”Bahkan engkau Tuhan kami, kami menjadi saksi”. Kami lakukan demikaian agar di hari akhirat kelak kamu tidak mengatakan: sesunggunya kami adalah oran-orang lalai terhadap keesaaaan Mu.

Jika hati yang sakit, maka lupa terhadap perjanjian kita dengan Allah yang pernah diucapkan seperti dalam surah Al Araaf ayat 172 di atas.

Tapi di antara sekian banyak manusia, ada yang yang berjaya menyihatkan kembali jiwanya (nafsu mutmainnah).

Apabila jiwa kita telah hidup, bercahaya, sihat kembali, maka jiwa ini akan dapat melihat kerajaan langit Allah. Dalam hal ini bila Ruhul Qudsiyah telah menyala dan bersinar , maka jadilah hatinya rumah Allah , orang-orang yang berjaya ini disebut Ahli Al- Bait.

Sebagiamana firman Allah dalam surah (Ali Imran:164) yang bermaksud:

Sesunggunya Allah telah memeberi kurnia kepada orang-orang yang beriman ketika Allah mengutus di antara mereka seorang rasul dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihakan jiwa mereka dan mengajarakan mereka al kitab dan al hikmah. Dan sesungguhnya sebelum itu, mereka adalah benar-benar dalam kesesatan yang nyata.

Lagi, sabda Rasulullah yang bermaksud:
Hati orang-orang yang beriman itu adalah Baitullah (Rumah Allah)

Jadi, Ruhul Qudsiyah adalah kenyataan Allah dalam diri manusia. Allah Taala adalah sumber cahaya langit dan bumi dan ruhul Qudsiyah adalah sumber cahaya yang ada dalam hati yang digambarkan sebagai pelita,

Sebagaimana firmanNya dalam surah (An Nuur:35) yang bermaksud:

...Allah cahaya langit dan bumi. Perumpamaan cahayaNya adalah seperti sebuah lubang yang tak tertimbus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita ini di dalam kaca dan kaca ini seakan-akan bintang yang memantulkan cahaya seperti mutiara.

Jumaat, 21 April 2017

Wahai jiwa yang tenang!

“Wahai jiwa yang tenang! (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang ridha dan diridhai-Nya (28). Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambak-Ku (29), dan masuklah ke dalam surga-Ku (30).” (Al-Fajr 27-30)

TAFSIR SURAT AL-FAJR 27-30

Dalam Tafsir Imam Ibnu Katsir [1] disebutkan maksud dari firman Allah SWT,  “Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambak-Ku” adalah ke dalam kelompok mereka. Firman Allah SWT, “dan masuklah ke dalam surga-Ku” dikatakan kepada jiwa ketika dihadirkan pada hari Kiamat, sebagaimana para malaikat juga memberikan kabar gembira kepada orang-orang yang beriman ketika mereka dibangkitkan dari kubur.

Berkaitan dengan firman Allah SWT, “Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang ridha dan diridhai-Nya” Ibnu Abi Hatim meriwayatkan bahwa Ibnu Abbas berkata, “Ayat ini turun ketika Abu Bakar sedang duduk, kemudian ia bertanya, ‘Wahai Rauslullah, apa maksudnya itu?’ Rasulullah menjawab, “Ayat ini akan dikatakan kepadamu.'”

Dalam tafsir Imam At-Tabari [2] disebutkan, dalam ayat ini Allah SWT menjelaskan tentang perkataan malaikat kepada para walinya di hari kiamat, “Wahai jiwa yang tenang!”. Maknanya, jiwa yang yakin dan memercayai janji Allah SWT yang telah dijanjikan-Nya bagi orang beriman di dunia, berupa kemuliaan di akhirat. Pemaknaan ini sesuai dengan perkataan Qatadah bahwa yang dimaksud dengan ayat, ““Wahai jiwa yang tenang!”, ialah seorang mukmin yang jiwanya yakin janji Allah SWT. Dalam riwayat lain, “Merasa yakin dan memercayai apa yang difirmankan Allah.” Selanjutnya, malaikat berkata, “kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya.” Menurut Imam At-Tabari, perkataaan ini diucapkan kepada mereka ketika roh-roh itu dikembalikan kepada jasadnya pda hari kebangkitan, berdasarkan petunjuk dari firman Allah SWT, “Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambak-Ku , dan masuklah ke dalam surga-Ku“. Firman-Nya ini menunjukkan bahwa jiwa-jiwa yang tenang itu dimasukan ke dalam surga tiada lain pada hari itu, bukan sebelumnya. Ayat ini sebagai penjelasan dari Allah SWT tentang tempat kembalinya jiwa-jiwa yang tenang, yaitu yang beriman kepada Allah SWT, mengerjakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya serta membenarkan ayat-ayat yang datang dari Tuhan-Nya.

ASBABUNNUZUL (Sebab turunnya ayat)

Diriwayatkan Ibnu Abi Hatim, dari Buraidah, ayat 27 surat Al-Fajr turun menceritakan Hamzah, paman Rasulullah SAW yang gugur dalam Perang Uhud. Allah SWT menurunkan ayat tersebut sebagai tanda kebesaran atas jiwa yang tenang. (Asbabun Nuzul, Studi Pendalaman Al-Qur’an: 903)

KHAZANAH PENGETAHUAN

Untuk lebih memperdalam tafsiran Surat Al-Fajr 27-30 di atas , maka pada postingan ini saya juga menampilkan sebuah artikel dari Harun Yahya yang termuat di Syaamil Qur’an: Mirracle The Reference yang berjudul “Menguatkan Hati Nurani agar Jiwa menjadi Tenang” [3].

Kata hati adalah kekuatan yang dipercayakan oleh Allah SWT kepada manusia untuk menunjukkan jalan yang benar kepada mereka dan segala macam sikap serta tingkah laku yang sesuai dengan Al-Qur’an.

Kata hati mengilhami seseorang, cara untuk menyenangkan Allah SWT dan berbuat sesuai dengan Al-Qur’an. Apa pun kondisinya, seseorang yang mendengarkan suara hatinya akan mencapai keihklasan. Keikhlasan berarti kemampuan untuk memakai hati nurani seseorang seefektif mungkin. Ini juga berarti seseorang tidak boleh mengabaikan kata hatinya, bahkan di bawah pertentangan pengaruh luar atau nafsu rendahnya.

Karena alasan inilah seseorang yang berharap untuk mendapatkan keikhlasan, pertama-tama ia harus menentukan apakah ia memakai hati nuraninya dengan baik atau tidak. Hati nurani adalah berkah bagi kemanusiaan.

Khamis, 15 September 2016

MENGENAL DIRI SENDIRI SEBAGAI KUNCI UNTUK MENGENAL ALLAH.

Sebagaimana yang di ketahui, bahawa ajaran Ahwal (suatu perolehan dengan kurnia) dan Maqamat (suatu perolehan dengan usaha) yang semuanya itu di tujukan untuk memperbaiki akhlak.

Sedang tujuan perbaikan akhlak adalah untuk membersihkan qalbu yang bererti mengosongkan diri dari sifat-sifat yang tercela (TAKHALLI) kemudian mengisinya dengan sifat-sifat yang terpuji (TAJALLI) yang selanjutnya beroleh kenyataan Tuhan (TAJALLI).

Dengan demikian maka dapat lah difahamkan bahawa jalan untuk mengenal ALLAH, tidak dapat di tempuh dengan sekali gus, tetapi adalah sesuai dengan peribadi masing-masing iaitu harus di tempuh secara bertingkat-tingkat.

Pada tingkat untuk memasuki Ilmu Hakekat & Ilmu Ma'rifat, bererti memasuki suatu jalan pengetahuan yang bertujuan untuk megenal sesuatu itu dengan cara bersungguh-sungguh, bahawa siapakah manusia itu, siapakah yang menjadikannya & siapakah yang menciptakan sekelian itu.

Ilmu Tasawwuf meringkaskan jalan pengetahuan ini dengan berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud " Barang siapa yang mengenal dirinya, nescaya ia akan mengenal Tuhannya."

MENGENAL DIRI SENDIRI

Langkah pertama untuk mengenal diri sendiri ialah dengan mengetahui bahawa diri itu tersusun dari bentuk-bentuk lahir (yang disebut badan atau jasad) & bentuk-bentuk batin (yang disebut qalbu atau jiwa). .

Yang di maksudkan dengan qalbu itu bukanlah yang berupa segumpal daging yang berada di sebelah kiri badan di bawah susu (yang dikatakan jantung).

Tetapi dialah Roh suci & berpengaruh di dalam tubuh & dia lah yang mengatur jasmani & segenap anggota badan.

Dialah Hakikat Insani Allah (yang dinamakan diri yang sebenarnya diri). Dia yang bertanggung-jawab & dialah yang dipuji atau disiksa oleh Allah.

Untuk meneliti & mengenal diri sendiri itu, maka jasad dapat dimisalkan sebagai suatu kerajaan. Dan roh sebagai Rajanya yang berkuasa & dialah yang mengatur jasmani.

Jasmani adalah sebagai suatu Kerajaan dalam bentuk Alamuasyahadah atau Alam Nyata.Seluruh badan jasmani akan hancur binasa setelah mati, tetapi hakikat Roh dan jiwa tidak akan mati, ia tetap tinggal dalam Ilmu Allah.

Dan Rohani/Jiwa adalah sebagai Raja dalam bentuk Alam Ghaib, maksudnya bahawa Roh/Jiwa itu adalah ghaib, keadaannya tidak terpisah-pisah, tidak terbatas oleh waktu & ruang, tidak tentu tempatnya dalam sesuatu bahagian tubuh, oleh kerana itu maka setiap manusia adalah merupakan pemerintah di atas kerajaan kecil di dalam dirinya sendiri.

Sungguh benar sekali istilah yang menyebut bahawa " Manusia itu adalah mikrosmos"  atau dunia kecil dalam dirinya sendiri.

Sebahagian orng berpendapat bahawa hakikat Qalbu atau Roh itu dapat dicapai dengan cara memejamkan kedua matanya serta melupakan segala yang ada di sekitarnya, kacuali peribadinya.

Dengan cara begitu akan dapat juga kilauan dari alam abadi kepada peribadinya (dalam mengenal dirinya).

Tetapi bagaimanapun juga segala pertanyaan yang mendalam tentang hakikat Roh yang sesungguhnya, adalah tidak diizinkan oleh Allah Yang Maha Esa.

Di dalam Al-Quran Allah berfirman: " Mereka itu bertanya kepada Engkau Muhammad, tentang Roh, katakanlah bahawa Roh itu urusan Tuhanku, tidak kamu diberi pengetahuan melainkan sedikait sahaja". ( Surah Isra.Ayat 85).

Apabila seseorang bertakafur atas dirinya sendiri, maka ia akan dapat mengetahui bahawa dirinya pada masa dahulunya, "tidak pernah ada".

Firman Allah: " Tidakkah manusia itu ingat bahawa kami menjadikannya dahulunya sedang ia belum ada suatu apapun". Kemudian manusia itu akan mengetahui bahawa ia sebenarnya dujadikan dari setitis air (mani) yang tidak mempunyai akal sedikit pun, tidak mempunyai pendengaran, penglihatan, kaki, tangan, kepala & sebagainya. Dari sinilah manusia akan mengetahui dengan terang & nyata, bahawa tingkat kesempurnaan yang ia dapat capai bukanlah ia yang membuatnya, kerana sehelai rambut pun manusia itu tidak akan sanggup membuatnya.

Dengan jalan memikirkan hal tersebut maka manusia itu dapat menemukan dirinya di dalam kejadian yang sangat kecil bila dibandingkan dengan Kekuasaan & Kasih Sayangnya Tuhan yang menjadikannya.

Dan apabila manusia itu berfikir jauh maka ternyata di dalam kehidupannya ia memerlukan berbagai macam keperluan seperti makanan, minuman, pakaian, perumahan & sebagainya, yang kesemuanya itu telah tersedia lengkap di dalam muka bumi ini.

Di sini manusia akan menjadi sedar akan sifat Rahman & Rahimnya Allah yang begitu besar & luasnya. Demikianlah alam dunia yang diciptakan Allah penuh dengan keajaiban-keajaiban.

Rangka jasad adalah bukti Kekuasaan & KebijaksanaanNya, serta penuh pula dengan berbagai-bagaim alat kelengkapan yang dibuatNya sebagai tanda Kasih SayangNya, pada keperluan hidup manusia, maka oleh kerana itu manusia akan mengetahui bahawa Allah itu "ADA".

Oleh kerana itu benar-benar bahawa dengan penelitian & pengenalan diri sendiri akan menjadi kunsi bagi pengenalan Allah.

MENGENAL ALLAH

Bahagian yang penting dalam mengenal ALLAH, datangnya dari perbuatan-perbuatan kita bagi mempelajari & meneliti serta memikirkan diri sendiri, yang memberikan kita kekuatan, kepandaian & mencintai ciptaanNya.

Sifat-sifat manusia, bukan hanya menjadi gambaran dari sifat-sifat ALLAH, tetapi juga ragam adanya jiwa manusia membawa keinsafan kepada pengertian adanya ALLAH.

Maksudnya bahawa kedua-duanya iaitu ALLAH & ROH adalah ghaib, tidak terpisah, tidak terbilang, tidak berupa, tidak berbentuk, tidak berwarna & tidak berukuran.

Manusia mendapat kesukaran dalam menerima gambaran tersebut, tetapi kesukaran-kesukaran itu sememangnya dirasakan oleh fikiran kita setiap masa seperti peraaan marah, sakit, gembira & cinta. Hal ini merupakan faham fikiran & tidak dapat diketahui oleh otak kerana disebabkan oleh bentuk & ukurannya.

Seperti halnya, telinga tidak dapat mengenal warna, mata tidak dapat menganal suara & begitu juga dalam mengertikan kenyataan-kenyataan pokok yakni Tuhan & Roh.

Kita sendiri hanya dapat sampai pada batas-batas yang dapat dicapai oleh akal fikiran & selebihnya akal fikiran kita tidak sanggup lagi memikirnya sebegitu jauh.

Betapa pun juga, kita dapat melihat bahawa ALLAH itulah yang mengatur alam semesta & Dia adalh tidak mengenal ruang & waktu, tidak mengenal bentuk & ukuran, yang memerintah segenap perkara demikian keadaannya. Sebagaimana yang telah dihuraikan, "

ROH tidak mendapat tempat tertentu di dalam bahagian sesuatu badan, tidak terpisah-pisah, tidak mengenal bentuk & ukuran tetapi ia memerintah JASAD".

Demekianlah ALLAH, tidak mengenal ruang & masa, tidak mengenal bentuk & ukuran tetapi DIA memerintah Alam Semesta.

Itulah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Kuasa, Maha Besar & Maha Agung.

:- terjemahan kitab " KimyauSaadah" oleh Al Ghazali

Jumaat, 2 September 2016

APA ITU NAFSU ?

APA ITU NAFSU ?

Nafsu adalah elemen jiwa (unsur ruh) yang berpotensi mendorong pada tabi’at badaniyah/biologis dan mengajak diri pada berbagai amal baik atau buruk. Nafsu itu pula adalah ruh sebagaimana dimaksud dalam firman Allah surah At-Takwir ayat 7 :Artinya : “dan apabila ruh-ruh dipertemukan (dengan tubuh)”.Nafsu di dalam ayat ini diartikan ruh.

Adapun nafsu memiliki tingkatan-tingkatan. Syekh Muhammad Nawawi Al-Jawi membagi nafsu dalam 7 tingkatan yang dikenal dengan istilah “marotibun nafsi” yaitu terdiri dari :

(1) Nafsu Amarah tempatnya adalah “ash-shodru” artinya dada. Adapun pasukan-pasukannya sebagai berikut :

1. Al-Bukhlu ertinya kikir atau pelit
2. Al-Hirsh ertinya tamak atau rakus
3. Al-Hasad ertinya hasud
4. Al-Jahl ertinya bodoh
5. Al-Kibr ertinya sombong
6. Asy-Syahwat ertinya keinginan duniawi

(2) Nafsu Lawwamah tempatnya adalah “al-qolbu” ertinya hati, tepatnya dua jari di bawah susu kiri. Adapun pasukan-pasukannya sebagai berikut :

1. Al-Laum ertinya mencela
2. Al-Hawa artinya bersenang-senang
3. Al-Makr ertinya menipu
4. Al-Ujb ertinya bangga diri
5. Al-Ghibah ertinya mengupat
6. Ar-Riya’ ertinya pamer amal
7. Az-Zulm ertinya zalim
8. Al-Kidzb ertinya dusta
9. Al-ghoflah ertinya lupa

(3) Nafsu Mulhimah tempatnya adalah “Ar-ruh” tepatnya dua jari di bawah susu kanan. Adapun pasukan-pasukannya sebagai berikut :

1. As-Sakhowah ertinya murah hati
2. Al-Qona’ah ertinya merasa cukup
3. Al-Hilm ertinya murah hati
4. At-Tawadhu’ ertinya rendah hati
5. At-Taubat ertinya taubat atau kembali kepada Alloh
6. As-Shobr ertinya sabar
7. At-Tahammul ertinya bertanggung jawab

(4) Nafsu Muthmainnah tempatnya adalah “As-Sirr” ertinya rahasia, tepatnya dua jari dari samping susu kiri kearah dada. Adapun pasukan-pasukannya sebagai berikut :

1. Al-Juud alertinya dermawan
2. At-tawakkul ertinya berserah diri
3. Al-Ibadah ertinya ibadah
4. Asy-Syukr ertinya syukur atau berterima kasih
5. Ar-Ridho ertinya redha
6. Al-Khosyah ertinya takut akan melanggar larangan

(5) Nafsu Rodhiyah tempatnya adalah “Sirr Assirr” ertinya sangat rahsia, tepatnya di jantung yang berfungsi menggerakkan seluruh tubuh. Adapun pasukan-pasukannya sebagai berikut :

1. Al-Karom ertinya
2. Az-Zuhd ertinya zuhud atau meninggalkan keduniawian
3. Al-Ikhlas ertinya ikhlas atau tanpa pamrih
4. Al-Waro’ ertinya meninggalkan syubhat
5. Ar-Riyadhoh ertinya latihan diri
6. Al-Wafa’ ertinya tepat janji

(6) Nafsu Mardhiyah tempatnya adalah “Al-khofiy” ertinya samar, tepatnya dua jari dari samping susu kanan ke tengah dada. Adapun pasukan-pasukannya sebagai berikut :

1. Husnul Khuluq ertinya baik akhlak
2. Tarku maa siwalloh ertinya meninggalkan selain Allah
3. Al-Luthfu bil kholqi ertinya lembut kepada makhluk
4. Hamluhum ‘ala sholah ertinya mengurus makhluk pada kebaikan
5. Shofhu ‘an dzunubihim ertinya mema’afkan kesalahan makhluk
6. Al-Mail ilaihim liikhrojihim min dzulumati thoba’ihim wa anfusihim ila anwari arwahihim ertinya mencintai makhluk dan cenderung perhatian kepada mereka guna mengeluarkannya dari kegelapan (keburukan) watak dan jiwa-jiwanya ke arah bercahayanya ruh-ruh mereka.

(7) Nafsu Kamilah tempatnya adalah “Al-Akhfa” ertinya sangat samar, tepatnya di tengah-tengah dada. Adapun pasukan-pasukannya sebagai berikut :

1. Ilmu Al’Yaqiin
2. Ainul Yaqiin
3. Haqqul Yaqiin

QOLBU = RUH = AKAL = NAFSU

Kenapa dikatakan demikian, kerana memang benar seperti itu adanya. Mari kita lihat bersama apabila ada di hadapan kita sosok mayat. Apabila saya tanyakan, mayat ini sudah tidak ada apanya : qolbunya, ruhnya, akalnya atau nafsunya. maka pasti jawabannya : “semuanya”.

Tidak salah apabila ada yang mengatakan qolbunya yang tidak ada, kerana ketika seseorang meninggal maka qolbunya yang selalu menjadi sumber perasa ketika masih hidup seperti ; sedih, senang, tenteram, menyesal, marah maka setelah meninggal perasaan di mayat itu hilang, dia tidak merasakan apa-apa lagi.
Tidak salah juga kalau orang berkata ruhnya yang tidak ada, kerana ruh adalah nyawa bagi mayat itu.

Setelah ruhnya tidak ada maka mayat itu tidak bernyawa lagi, tidak bernafas lagi tidak berdetak lagi jantungnya serta nadinyapun tidak berdenyut lagi. Apabila ada yang mengatakan akalnya yang tidak ada, maka ini juga betul karena setelah meninggalnya seseorang maka mayat orang tersebut tidak akan berfikir lagi dan tidak akan faham lagi dengan ilmu-ilmu yang dulu pernah dipelajarinya selagi hidup.

Terakhir jika dikatakan yang tidak ada itu nafsunya, maka ini pun betul. Karena nafsu itu adalah unsur dalam jiwa orang yang masih hidup yang memiliki keinginan-keinginan baik maupun buruk. Dengan demikian setelah menjadi mayat maka tidak ada lagi pada mayat itu nafsunya sehingga dia tidak memiliki keinginan apapun.

Sekarang dapat kita simpulkan kalau semua jawaban tersebut adalah benar, maka bererti keempat nama yang berbeda itu adalah satu, sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Imam Al-Ghazali r.a : qolbu, ruh, akal dan nafsu itu adalah satu. (syai’un wahidun).

R.A. Huzaifah Adiningrat

Isnin, 29 September 2014

Dicabut Nyawa Sebelum Ke Tali Gantung


Seorang ustaz telah menceritakan sebuah kisah yang berlaku di penjara Sg. Buloh.

Sebuah kisah benar.

Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah agama pd banduan2 di sana…

Pengarah Penjara telah berjumpa dgn beliau dan menceritakan pd beliau tntg seorang banduan yg bernama AMIN….

iaitu ketua kumpulan Al-Mau’una yg didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yg Dipertua Agong.

Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Apa yg menarik ialah peribadi si Amin ini.

Beliau seorang yg berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain.

Pendek kata banduan yg tiada bermasalah.

Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yg harum.

Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah, bau harum itu masih melekat pd pakaiannya.

Mengikut ceritanya lagi, pd mlm sebelum dia digantung, dia berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi.

Dia digantung pada subuh pagi jumaat.

Pada mlm sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah2 tiada apa2 akan berlaku pd pg esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pg esok.

Bayangkan kalau orang nak kena gantung pg esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya.

Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal,
solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur.

Ketika Amin sedang sujud pd masa itulah dia dibawa ke tali gantung.

Bila tiba masa hendak digantung, tiba2 Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri.

Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun dijalankan.

Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti
menggantung anak patung yg tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan.

Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat
pd kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan.

Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar spt kebiasaan mereka yg digantung.

Tangan spt org dlm solat di jari telunjuk spt membaca tahiyat akhir.

Subhanallah. ……… mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung… …

Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba2 nya yang soleh dan sentiasa bertaubat.

Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua.

Inilah kisah yg diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.

P/S: Jika seorang mukmin akan meninggal, malaikat-malaikat turun dari langit kepadanya dengan membawa kain kafan dari surga serta membawa wewangian dari surga. Lantas para malaikat itu duduk di sekeliling orang mukmin yang akan meninggal tadi.

Para malaikat duduk mengelilingi sang mukmin sepanjang mata memandang (sgt banyaknya malaikat itu). Menyusul kemudian, datanglah Malaikat Maut duduk di dekat kepala sang mukmin. Malaikat Maut berkata, “Wahai jiwa yang tenang, keluarlah menuju ampunan Allah dan keridhaan-Nya.”

Dengan demikian, keluarlah jiwa sang mukmin dari jasadnya bagaikan keluarnya tetesan air dari bibir tempat air.