Pages

Memaparkan catatan dengan label kenal Allah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kenal Allah. Papar semua catatan

Selasa, 28 Mac 2017

Kenal diri kenal ALLAH

Kenal diri kenal ALLAH

Makrifatullah : Jalan Keselamatan Diri Dunia Akhirat Firman Allah dalam surah az-Zumar ayat 9 : “Adakah sama orang jahil dengan orang yang berilmu?”

Menurut ahli tasawuf, berilmu yang dimaksudkan di sini ialah Ilmu Makrifatullah. Inilah ilmu yang paling utama dan penyelamat bagi manusia.

Mengenal Allah secara ilmu zahiri adalah sebagai pengenalan awal kepada diriNya sedangkan pengenalan melalui cahaya hati adalah pengenalan yang hakiki. Hati yang bersih akan tersingkap baginya pelbagai rahsia ketuhanan.

Semakin ia bersih, semakin memancarlah makrifat pada hatinya. Hati yang memancar ini adalah hati yang melalui proses ilmu, ibadah dan mujahadah yang istiqamah.

Mereka yang tersingkap kepadanya rahsia ihsan (sentiasa melihat Allah atau Allah melihatnya) imannya tidak perlu kepada dalil atau bukti untuk membuktikan wujud Tuhan.

Ini kerana hatinya sentiasa melihat Allah di dalam pandangan dan pendengarannya di mana saja ia berada.

Firman Allah : “Dimana kamu hadap di situlah wajah Allah SWT.” (Al-Baqarah : 115)

Hati yang bersih dari segala hijab keduniaan dan nafsu akan melihat dan merasai ayat-ayat Allah dengan pandangan hakikat.

Inilah kasyaf yang hakiki di mana hatinya dapat menangkap rahsia ayat-ayat Allah dengan penglihatan yang haq.

Firman Allah : “Sesungguhnya tidaklah menyentuh Al-Quran itu melainkan mereka yang suci…”

Ayat ini ditafsir oleh ulama tasawuf dengan maksud bahawa ayat-ayat Allah tidak akan berada dalam jiwa yang kotor. Bacaan mereka hanyalah di lidah, bukannya di hati.

Ilmu mereka hanyalah di akal tapi tidak di hati. Tanyalah diri sendiri, bagaimanakah perasaanmu bila membaca ayat :
“Dan Dia (Allah) bersama kamu di mana kamu berada.” (al-Hadid : 4)

Kalau hati kamu keras dan tidak merasa apa-apa, ayat di atas hanyalah sekadar suatu maklumat pada akalmu sahaja. Dan apabila hal keTuhanan berada pada akal, ia akan hilang apabila kamu berfikir pada perkara yang lain pula.

Tetapi jika hatimu bersih, ayat ini dapat dirasai dan dilihat dengan pandangan cahaya hati sehingga merasai kebersamaan dengan Allah di mana saja berada.

Mereka yang mengingati Allah dalam penghayatan dan penglihatan akan merasai kelazatan iman dan makrifat yang tidak terhingga.

Allah adalah kekasihnya dan ia meninggalkan apa jua yang boleh melalaikan ia dengan Allah. Allah adalah yang dirindui dan ia menjadi perindu, Allah menjadi pujaan dan ia sebagai pemuja.

Sesiapa yang mengenal Tuhan, ia akan mencintai Tuhan dan leburlah segala keindahan yang lain. Sesiapa yang mengenal Tuhan, tiadalah ia resah gelisah dengan apa jua yang menimpanya.

Memancar pada hatinya sifat kecintaan, keyakinan, ketakwaan, kerinduan dan ia mendapat perlindungan dari Allah SWT.

Ini disebabkan hatinya sentiasa bercahaya dengan zikrullah dan Allah memberi pengakuan dengan firmanNya :
“Dan ingatlah kepada-Ku, nescaya Aku ingat kepadanya…” (al-Baqarah : 152)

Apabila Allah mengingatinya, nescaya hatinya dipenuhi dengan cahaya kebenaran dan terhapuslah cahaya kebatilan yang datang dari syaitan.
Firman Allah : “Apabila datangnya kebenaran akan terhapuslah kebatilan…” (al-Isra’ : 81)

Ada juga yang mentafsirkan mengingati Allah dengan melakukan kebaikan sedangkan pentafsiran seperti ini adalah berbentuk umum dan tidak muafakat di kalangan mufassirin yang muktabar, apatah lagi tafsiran yang dihurai oleh ulama-ulama tasawuf yang merupakan pakar dalam bidang kejiwaan manusia.
Wallahu ‘alam

Khamis, 23 Mac 2017

Kenal diri kenal ALLAH

Kenal diri kenal ALLAH

Makrifatullah : Jalan Keselamatan Diri Dunia Akhirat Firman Allah dalam surah az-Zumar ayat 9 :
“Adakah sama orang jahil dengan orang yang berilmu?”

Menurut ahli tasawuf, berilmu yang dimaksudkan di sini ialah Ilmu Makrifatullah. Inilah ilmu yang paling utama dan penyelamat bagi manusia.

Mengenal Allah secara ilmu zahiri adalah sebagai pengenalan awal kepada diriNya sedangkan pengenalan melalui cahaya hati adalah pengenalan yang hakiki. Hati yang bersih akan tersingkap baginya pelbagai rahsia ketuhanan.

Semakin ia bersih, semakin memancarlah makrifat pada hatinya. Hati yang memancar ini adalah hati yang melalui proses ilmu, ibadah dan mujahadah yang istiqamah.

Mereka yang tersingkap kepadanya rahsia ihsan (sentiasa melihat Allah atau Allah melihatnya) imannya tidak perlu kepada dalil atau bukti untuk membuktikan wujud Tuhan.

Ini kerana hatinya sentiasa melihat Allah di dalam pandangan dan pendengarannya di mana saja ia berada.

Firman Allah : “Dimana kamu hadap di situlah wajah Allah SWT.”
(Al-Baqarah : 115)

Hati yang bersih dari segala hijab keduniaan dan nafsu akan melihat dan merasai ayat-ayat Allah dengan pandangan hakikat.

Inilah kasyaf yang hakiki di mana hatinya dapat menangkap rahsia ayat-ayat Allah dengan penglihatan yang haq.

Firman Allah : “Sesungguhnya tidaklah menyentuh Al-Quran itu melainkan mereka yang suci…”

Ayat ini ditafsir oleh ulama tasawuf dengan maksud bahawa ayat-ayat Allah tidak akan berada dalam jiwa yang kotor.

Bacaan mereka hanyalah di lidah, bukannya di hati. Ilmu mereka hanyalah di akal tapi tidak di hati. Tanyalah diri sendiri, bagaimanakah perasaanmu bila membaca ayat :
“Dan Dia (Allah) bersama kamu di mana kamu berada.” (al-Hadid : 4)

Kalau hati kamu keras dan tidak merasa apa-apa, ayat di atas hanyalah sekadar suatu maklumat pada akalmu sahaja.
Dan apabila hal keTuhanan berada pada akal, ia akan hilang apabila kamu berfikir pada perkara yang lain pula.

Tetapi jika hatimu bersih, ayat ini dapat dirasai dan dilihat dengan pandangan cahaya hati sehingga merasai kebersamaan dengan Allah di mana saja berada.

Mereka yang mengingati Allah dalam penghayatan dan penglihatan akan merasai kelazatan iman dan makrifat yang tidak terhingga.

Allah adalah kekasihnya dan ia meninggalkan apa jua yang boleh melalaikan ia dengan Allah. Allah adalah yang dirindui dan ia menjadi perindu, Allah menjadi pujaan dan ia sebagai pemuja.

Sesiapa yang mengenal Tuhan, ia akan mencintai Tuhan dan leburlah segala keindahan yang lain. Sesiapa yang mengenal Tuhan, tiadalah ia resah gelisah dengan apa jua yang menimpanya.

Memancar pada hatinya sifat kecintaan, keyakinan, ketakwaan, kerinduan dan ia mendapat perlindungan dari Allah SWT. Ini disebabkan hatinya sentiasa bercahaya dengan zikrullah dan Allah memberi pengakuan dengan firmanNya :
“Dan ingatlah kepada-Ku, nescaya Aku ingat kepadanya…” (al-Baqarah : 152)

Apabila Allah mengingatinya, nescaya hatinya dipenuhi dengan cahaya kebenaran dan terhapuslah cahaya kebatilan yang datang dari syaitan.
Firman Allah :
“Apabila datangnya kebenaran akan terhapuslah kebatilan…” (al-Isra’ : 81)

Ada juga yang mentafsirkan mengingati Allah dengan melakukan kebaikan sedangkan pentafsiran seperti ini adalah berbentuk umum dan tidak muafakat di kalangan mufassirin yang muktabar, apatah lagi tafsiran yang dihurai oleh ulama-ulama tasawuf yang merupakan pakar dalam bidang kejiwaan manusia.
Wallahu ‘alam.

Petikan buku : Bicara Hikmah II

Selasa, 7 Mac 2017

Yakinlah kepada Allah Taala dengan seyakin-seyakinnya.

ALLAH……….Yakinlah kepada Allah Taala dengan seyakin-seyakinnya. Yakin dan percaya kepada Allah itu, hendaklah sehingga sampai kepada tahap tidak berhuruf dan tidak bersuara, tidak berjirim dan tidak berjisim.

Yakin kepada Allah itu, hendaklah sampai kepada tahap tidak berhuruf dan tidak bersuara, tidak berjisim dan tidak berjirim.

Adapun maksud tidak berhuruf dan tidak bersuara itu, maksudnya hendaklah perkara yakin kita itu, hendaklah sampai kepada tahap “jangan terlihat adanya makhluk”!. Selagi masih tertilik makhluk, selagi itulah ada huruf dan ada suara.

Untuk sampai kepada yakin yang tidak berhuruf dan tidak bersuara itu, hendaklah “jangan tertilik adanya makhluk”. Selagi kita masih terlihat adanya makhluk, selagi itulah adanya jirim dan jisim dan selagi itulah masih ada huruf dan ada suara.

Saya ulang lagi sekali, untuk sampai kepada tahap tidak berhuruf dan tidak bersuara itu, hendaklah “jangan tertilik adanya makhluk” (jangan ujudkan makhluk!).

Setelah tidak ujud makhluk, barulah dikatakan Allah itu tidak berhuruf dan tidak bersuara, tidak berjisim dan tidak berjirim.

Selagi ada makhluk dan selagi wujud makhluk, selagi itulah kita tidak dikatakan bertauhid kepada Allah Taala.

Kerana kita masih wujudkan huruf dan wujudkan suara. Bererti keyakinan tuan-tuan kepada Allah belum bulat dan belum putus bertauhid kepada Allah!.

Allah itu meliputi, menyeluruh, sempurna, bijaksana dan sehingga tiada satu ruang yang tidak ada Allah. Selagi adanya semesta alam ini, selagi itulah adanya Allah. Sebab apa?, sebabnya adalah kerana Allah itu meliputi sekalian alam.

Meliputinya Allah itu, sehingga tidak ada ruang dan tidak ada tempat yang tidak ada Allah, Allah ada dimana-mana (tidak ada tempat yang tidak ada Allah) itulah ertinya Allah meliputi sekalian alam.

Allah itu meliputi sekalian alam, ertinya Allah ada pada tiap-tiap yang wujud. Yakinlah akan kewujudan Allah, pada tiap-tiap ciptaannya dan kejadiannya sehingga sempurna, adalah tersembunyi Allah disebaliknya (tetapi kenapa kita masih tidak terlihatNya)?.

Lihat dan tiliklah alam ini, sesungguhnya di alam ini tiada lain melainkan hanya Allah jua yang wujud .

Alam dan diri kita tidak ada, yang ada hanyalah kudrat Allah dan wujud Allah. Kita tiada daya-upaya melainkan izin Allah. Ungkapan ini amat jelas mengambarkan bergantung makhluk kepada Allah Taala.

Berfungsinya kita ini, adalah diatas dasar sifat mengikut ketetapan Allah itu sendiri. Kenyataan ini diperkuatkan dengan, tidak bergerak sezarah pun tanpa izin Allah.

Jika sesiapa faham akan kata-kata diatas, maka tiada lagi sifat keakuan dan sifat diri. Umpama aku kaya, aku yang kuat, aku berpendidikan tinggi, aku alim, aku berpangkat dan sebagainya.

Kerana secara logik akal kita tahu tubuh badan ini diciptakan oleh Allah. Seluruh alam semesta ini diciptakan Allah. Apa lagi suara atau akal serta kelakuan diri semuanya kudrat Allah.

Kesimpulan dan penamat untuk yakin akan wujudnya Allah agar kita benar-benar percaya dan tak lupa Allah biar sesaat.

Berfungsinya jasad kita ini, adalah diatas dasar sifat kebergantungan kepada roh, tanpa roh jasad itu jadi mayat.

Begitu juga alam semesta dan isinya adalah bergantung dan berfungsi disebabkan roh. Siapa kah roh?, persoalan ini terjawab bila kita merenung kedalam diri kita sendiri.

Roh selalunya diambil tahu apabila diketika kita mati sahaja. Semasa masih hidup, sesiapa pun tidak ambil tahu tentang roh. Roh itu, adalah rahsia Allah.

Kerana adanya rohlah makanya jasad boleh merasa gerak, merasa bahagia, merasa miskin, kaya, senyum, marah , sombong, bongkak, berharta, cantik, tinggi, rendah, hitam, putih, merajuk, dan segalanya.

Merasanya kita kepada perkara2 diatas, adalah dikeranakan adanya roh. Untuk itu, barang siapa yang berhajat untuk mengesakan Allah atau hendak bertauhid kepada Allah, sebelum bertauhid kepada Allah hendaklah terlebih dahulu mengenal roh!. Tanpa mengenal roh, tuan-tuan tidak akan dapat untuk bertauhid kepada Allah Taala!.

Allah telah berfirman :aku jadikan makhluk dan apa-apa yang kamu perbuat.

Yakinlah kita pada hari ini bahawa, apa-apa yang kita perbuat itu, sesungguhnya telah terbuat diloh hul mahfuz sebelumnya.

Allah perzahir, pertonton dan perlihatkan sifatNya” melalui perbuatan” roh. Barang siapa berhajat untuk melihat Allah, maka lihatlah kepada perbuatan roh. Perbuatan roh pula dizahir, diperlihat dan dipertontonkan pula melalui jasad kita.

Oleh itu, barang siapa berhajat untuk melihat roh, maka lihat lah perbuatan kita. Terlihat perbuatan kita, maka terlihatlah roh.

Bilamana terlihat roh maka terpandanglah Allah Taala. Terlihat seumpama roh yang perbuat, namun pada hakikatnya rohlah diperbuat.

Untuk tinggi lagi martabat makrifat kita, kita tidak lagi boleh dudukkan kepada roh yang perbuat, melainkan Allahlah yang perbuat ( bukan roh yang perbuat tetapi Allahlah yang perbuat segala gerak perbuatan).

Tauhidlah kita pada hari ini bahawa segala afaal dan apa-apa yang diperbuatkan oleh sekalian makhluk itu, adalah “penzahiran Allah”.

Bilamana terlihat perbuatan makhluk, hendaklah terpandanng Allah. itulah yang dikatakan tauhid kepada Allah (tauhidul afaal).

Mulai hari ini, marilah kita bertauhid kepada Allah dengan megaku bahawa segala afaal yang makhluk perlakukan itu, adalah semata-mata bagi memperlihatkan Allah disebaliknya.

Marilah kita melihat Allah melalui perbuatan makhluk. Allah zahirkan diriNya melalui afaal kita.

Rabu, 1 Mac 2017

ASAS ILMU HAKIKAT IALAH SIFAT 20

Allah memudahkan kita untuk mengenali Sifat / Asma’ & Af’alNya kerana Allah menghuraikannya didalam Al-Quran.

Allah juga berfirman bahawa cara termudah untuk mengenaliNya ialah dengan melihat dan mengenali RAHSIANYA yaitu DIRI KITA sendiri.

Nabi pula bersabda : Sesiapa yang mengenali dirinya pasti mengenal Tuhannya. Ini adalah kerana Allah telah mengistiharkan bahawa makhluk yang paling sempurna yang telah diciptaNya ialah manusia itu sendiri. Maksudnya kita sebagai manusia lebih sempurna daripada Malaikat apatah lagi Iblis.

Jadi kenapakah kita tidak mengakui akan kebenaran Kalam Allah dan kebenaran Sabda Nabi kita dan memilih untuk percaya pula kepada kata kata ulamak zaman ini yang mengatakan Ilmu Mengenal Diri itu sesat dan menyesatkan. Tanpa mengkaji dan berfikir orang memilih untuk mengikut sahaja.

Soal MENGENAL DIRI SENDIRI bukanlah soal yang mudah dan boleh dipermudahkan.

Apakah yang dikatakan sebagai DIRI itu ? Adakah ianya jasad kita atau nyawa kita atau kedua-duanya sekali atau DIRI itu perkara lain yang tiada kaitan dengan jasmani atau nyawa kita ?

ASAS ILMU HAKIKAT IALAH SIFAT 20

Dalam kebingungan ini , disini dikatakan bahawa asas utama untuk mengenal apakah yang dikatakan DIRI itu ialah mendalami Sifat 20 Yang Wajib bagi Allah dan meneliti kaitan atau hubungan Sifat 20 ini dengan yang dikatakan DIRI kita itu.

Sifat 20 ialah Sifat Sifat Allah yang wajib kita tahu dan faham. Sementara itu jangan pula kita beranggapan bahawa Sifat Sifat Allah itu cuma ada 20 sahaja.

Mahasuci Allah dari kekurangan itu sedangkan kita manusia diciptaNya melebehi 20 sifat. Mengikut Ibnu Arabi tiap tiap satu objek adalah Sifat Sifat Allah. Yang demikian Sifat Sifat Allah itu tidak terkira banyaknya.

Orang orang yang mengkaji Sifat 20 dan berupaya mangaitkan Sifat Sifat itu dengan dirinya akan mudah Mengenal Allah dan RasulNya dan memahami apa yang dikatakan DIRInya itu.

Seterusnya dia memahami akan Firman Allah melalui Hadith Qudsi yang manyatakan bahawa manusia itu adalah Rahsia Allah dan Allah sendirilah yang menjadi RahsiaNya.

MENGENAL RASUL

Disini dikatakan bahawa yang dikatakan DIRI SENDIRI itulah RASUL atau PENYAMPAI yang diamanahkan oleh Allah.

Rasul ini wujud bersama kita setiap detik & ketika selagi kita masih bernafas. Dialah yang dikatakan RAHSIANYA & AMANAHNYA.

Tugas Rasul ialah menyampaikan amanah yaitu Hak Allah kepada yang diamanahkan kepada Rasul itu dan tugas yang menerima amanah pula ialah MEMULANGKAN amanah ( yang dikatakan hak allah itu ) kepada Yang Empunya Amanah yaitu Zat Wajibul Wujud itu sendiri.

Mengenal Rasul adalah lebih mudah berbanding Mengenal Allah. Ini adalah kerana Rasul itu manusia.

Perbezaan Rasul dengan manusia biasa ialah Rasul itu terpelihara sifatnya oleh Allah yaitu dijamin bersifat SIDDIQ / TABLIQ / AMANAH & FATONAH.

Namun begitu Rasul Zahir yang terakhir telah wafat. Pada hakikatnya tiada saorang pun manusia yang ada didunia sekarang ini berupaya menggambarkan manusia yang bernama Muhammad bin Abdullah itu dengan tepat.

Yang demikian apa yang perlu kita kenal sekarang ini ialah RASUL DIRI KITA SENDIRI yang oleh Arif dirujuk sebagai Muhammad Mustaffa Rasul Allah.

Rasul ini juga disebut sebgai RASUL BATIN dan disebut juga sebagai RUH atau NYAWA.