Pages

Memaparkan catatan dengan label Rasul. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rasul. Papar semua catatan

Rabu, 1 Mac 2017

ASAS ILMU HAKIKAT IALAH SIFAT 20

Allah memudahkan kita untuk mengenali Sifat / Asma’ & Af’alNya kerana Allah menghuraikannya didalam Al-Quran.

Allah juga berfirman bahawa cara termudah untuk mengenaliNya ialah dengan melihat dan mengenali RAHSIANYA yaitu DIRI KITA sendiri.

Nabi pula bersabda : Sesiapa yang mengenali dirinya pasti mengenal Tuhannya. Ini adalah kerana Allah telah mengistiharkan bahawa makhluk yang paling sempurna yang telah diciptaNya ialah manusia itu sendiri. Maksudnya kita sebagai manusia lebih sempurna daripada Malaikat apatah lagi Iblis.

Jadi kenapakah kita tidak mengakui akan kebenaran Kalam Allah dan kebenaran Sabda Nabi kita dan memilih untuk percaya pula kepada kata kata ulamak zaman ini yang mengatakan Ilmu Mengenal Diri itu sesat dan menyesatkan. Tanpa mengkaji dan berfikir orang memilih untuk mengikut sahaja.

Soal MENGENAL DIRI SENDIRI bukanlah soal yang mudah dan boleh dipermudahkan.

Apakah yang dikatakan sebagai DIRI itu ? Adakah ianya jasad kita atau nyawa kita atau kedua-duanya sekali atau DIRI itu perkara lain yang tiada kaitan dengan jasmani atau nyawa kita ?

ASAS ILMU HAKIKAT IALAH SIFAT 20

Dalam kebingungan ini , disini dikatakan bahawa asas utama untuk mengenal apakah yang dikatakan DIRI itu ialah mendalami Sifat 20 Yang Wajib bagi Allah dan meneliti kaitan atau hubungan Sifat 20 ini dengan yang dikatakan DIRI kita itu.

Sifat 20 ialah Sifat Sifat Allah yang wajib kita tahu dan faham. Sementara itu jangan pula kita beranggapan bahawa Sifat Sifat Allah itu cuma ada 20 sahaja.

Mahasuci Allah dari kekurangan itu sedangkan kita manusia diciptaNya melebehi 20 sifat. Mengikut Ibnu Arabi tiap tiap satu objek adalah Sifat Sifat Allah. Yang demikian Sifat Sifat Allah itu tidak terkira banyaknya.

Orang orang yang mengkaji Sifat 20 dan berupaya mangaitkan Sifat Sifat itu dengan dirinya akan mudah Mengenal Allah dan RasulNya dan memahami apa yang dikatakan DIRInya itu.

Seterusnya dia memahami akan Firman Allah melalui Hadith Qudsi yang manyatakan bahawa manusia itu adalah Rahsia Allah dan Allah sendirilah yang menjadi RahsiaNya.

MENGENAL RASUL

Disini dikatakan bahawa yang dikatakan DIRI SENDIRI itulah RASUL atau PENYAMPAI yang diamanahkan oleh Allah.

Rasul ini wujud bersama kita setiap detik & ketika selagi kita masih bernafas. Dialah yang dikatakan RAHSIANYA & AMANAHNYA.

Tugas Rasul ialah menyampaikan amanah yaitu Hak Allah kepada yang diamanahkan kepada Rasul itu dan tugas yang menerima amanah pula ialah MEMULANGKAN amanah ( yang dikatakan hak allah itu ) kepada Yang Empunya Amanah yaitu Zat Wajibul Wujud itu sendiri.

Mengenal Rasul adalah lebih mudah berbanding Mengenal Allah. Ini adalah kerana Rasul itu manusia.

Perbezaan Rasul dengan manusia biasa ialah Rasul itu terpelihara sifatnya oleh Allah yaitu dijamin bersifat SIDDIQ / TABLIQ / AMANAH & FATONAH.

Namun begitu Rasul Zahir yang terakhir telah wafat. Pada hakikatnya tiada saorang pun manusia yang ada didunia sekarang ini berupaya menggambarkan manusia yang bernama Muhammad bin Abdullah itu dengan tepat.

Yang demikian apa yang perlu kita kenal sekarang ini ialah RASUL DIRI KITA SENDIRI yang oleh Arif dirujuk sebagai Muhammad Mustaffa Rasul Allah.

Rasul ini juga disebut sebgai RASUL BATIN dan disebut juga sebagai RUH atau NYAWA.

Jumaat, 10 April 2015

meng-HIDUP-kan JIWA kita dengan AQIDAH

''meng-HIDUP-kan JIWA kita dengan AQIDAH''
''TAUHID dan 
meng-HIDUP-kan AQIDAH TAUHID daLam JIWA kita''

ITU LAH #PRINSIP!!
PRINSIP dan ke-YAKIN-an adaLah menanamkan AQIDAH ke daLam HATI SANUBARI kita~
Penanaman AQIDAH TAUHID adaLah HAL yang sangat UTAMA daLam menentukan Langkah di atas SUNNAH~
Sedangkan SUNNAH adaLah PERJALANAN para RASUL ALLAH , yang merupakan RUNTUYAN WALIJATHAN yang ber-KESINAMBUNG-an antara satu dengan Lainnya , yang TIADA terputus dari AWAL hingga AKHIR~

Dan SEJATI-nya kita , adaLah PENERUS yang akan meLanjutkan TONGKAT ESTAFETA dari WARISAN PendahuLu kita~
TUGAS tersebut merupakan penghormatan TERTINGGI bagi IMAM BESAR ( WaLiyuLLAh ) yang teLah BERJASA , mengembaLikan FITRAH kita sebagai hamba ALLAH untuk terus menerus berusaha me-MURNI-kan DIN dari segaLa bentuk ke-MUSYRIK-an , menjadi TETAP sebagai DINNUL KHOLIS sesuai SUNNAH-nya~
BiLakah JIWA kita TERPANGGIL untuk menjadi PEMEGANG TONGKAT ESTAFETA ?? 
Demi meNeruskan PerjaLanan SUNNAH yang teLah RasuLaLLAh jaLankan~~~
Untuk KembaLi DI HIDUP KAN~

ya... Rabb , jadikan hamba sebagai Penerus dan PeNerus WARISAN RasuLaLLah
ShaLaLLohu'aLaihiwasaLam~
Aamiin~ ya RabbaL'aLamiin~

La HauLa waLa Quwwata iLa BiLLah~

Isnin, 19 Januari 2015

Adapun Kalimah Syahadah itu mengandungi 24 huruf

Adapun Kalimah Syahadah itu mengandungi 24 huruf 
– menunjukkan kehidupan manusia sehari semalam selama 24 jam juga.

Hiduplah manusia sebagai HAMBA kepada undang undang Syariat Feqah tetapi belum pasti menjadi hamba Allah yang beriman.

Kerana apa pula dikatakan manusia itu menjadi hamba kepada Syariat dan Hukum Feqah dan tidak sebagai Hamba Allah ?

Kerana manusia PERASAN yang merekalah yang hidup dan menjalankan Sunnah Rasul dan Perintah Allah.

Dari mana datangnya Sunnah Rasul jikalau tidak tahu dan mengenal akan Rasul ?

Dari mana datangnya Perentah Allah kalau tidak kenal Allah , apa lagi berjumpa Allah ?

JAWAPAN ?
1 Tanah
2 Air
3 Angin
4 Api
5 ? = ADAM

1 Di
2 Wadi
3 Mani
4 manikam
5 ? = JASAD

1 Siddiq
2 Tabliq
3 Amanah
4 Patonah
5 ? = RASUL

1 Abu Bakar
2 Omar
3 osman
4 Ali
5 ? = MUHAMMAD

1 Nafas
2 Anpas
3 Tanapas
4 Nupus
5 ? = DIRI

1 Jibrael
2 Mikael
3 Israfil
4 Izrael
5 ? = KEMBAR


IANYA BOLEH JUGA DIFAHAMI SEPERTI DIBAWAH


Yang dikatakan sebagai Manusia itu :-

Tanah + Air + Angin + Api = ADAM

Daging + Tulang + Urat + Darah = MANUSIA

Di + Wadi + Mani + Manikam = INSAN



Yang dikatakan sebagai Malaikat itu :-

Nafas sampai di – UBUN UBUN digelar JIBRAEL

Nafas sampai di – MATA digelar MIKAIL

Nafas sampai di – PUSAT digelar ISRAFIL

Nafas sampai di – JANTUNG digelar IZRAEL


Yang dikatakan Sahabat itu :-

Abu Bakar gelaran untuk NAFAS YANG KELUAR

Omar gelaran untuk NAFAS YANG MASUK

OSMAN gelaran untuk NAFAS DI-HALKOM

ALI gelaran untuk NAFAS YANG TURUN NAIK


Yang dikatakan Pecahan Nafas itu :-

NAFAS di MULUT

ANPAS di HIDUNG

TANAPAS di BELAKANG KEPALA ANTARA 2 TELINGA

NUPUS di JANTUNG

MAQAM = MELIPUTI DIRI.

Selasa, 20 Mei 2014

Bagaimanakah Cara Percaya kepada Rukun Iman.

Bagaimanakah Cara Percaya kepada Rukun Iman.


Serba Sedikit Tentang Percaya Kepada Rukun Iman.
Apakah maksud percaya kepada Allah.
Percaya kepada Allah itu, biarlah sampai kepada tahap tidak dikeranakan dengan suatu kerana. Tidak disebabkan dengan suatu sebab dan tidak disabitkan dengan suatu sabit!.
Percaya kepada Allah itu, hendaklah tidak dengan beralasan. Kerana Allah itu, adalah Allah. Yang nyata Allah, yang ghaib Allah, yang zahir Allah, yang batin Allah, yang awal Allah dan yang akhirpun Allah. Segala-galanya Allah, kenapa masih tak terlihat Allah……….
Tidak ada ruang untuk wujud (ada), ujud (menjadikan) dan mujud (dijadikan) sifat makhuk. Tidak ada ruang diantara awal dan akhir itu, ditengah-tengahnya adanya kita!.
Percayalah bahawasanya Allah itu, terang yang wajahNya lebih terang dari cahaya matahari. Dekat mata putih dengan mata hitam, lebih dekat lagi Allah. Nyatanya ibu bapa kita, sesungguhnya Allah itu lebih nyata dari kedua ibu bapa kita. Kenapa tak terlihat?.
Mengenal, melihat, memandang atau menatap wajah Allah itu, hendaklah denngan nyata- senyata nyatanya!. Tanpa terselindung oleh sesuatu. Allah bukan sesuatu tetapi zahir pada tiap sesuatu!.
Allah tidak ada hijab, tidak ada dinding dan tidak ada tabir, yang boleh menghalang kita dari menilik, menatap, memandang atau melihatNya!. Sebab yang menjadi terhijabnya kita dari tertilik Allah  itu, adalah kerana kita masih mengadakan “sifat keakuan”.
Percaya kepada Allah itu, hendaklah sampai sehingga kepada tahap tidak ada dalil. Kerana segala-galanya itu, adalah wujudnya Allah. La maujud Bilhaqqki Illalah.

Apakah maksud atau beriman kepada Al-Quran.
Maksud beriman kepada Al-Quran itu, adalah hendaklah kita mendahului Allah berbanding diri kita. Quraan itu adalah kalam Allah. Kalam Allah itu, adalah perkataan Allah.  Bermaknanya disini, hendaklah kita mendahului kata-kata atau ketetapan Allah, berbanding kata kita atau ketetapan akal kita!.  Bilamana kita beriman kepada Al-Quran, bermakna kita dikehendaki mendahului ketetapan Allah, berbanding ketetapan ketetapan yang kita tetapkan!.
Apa yang terjadi atas kita itu, hendaklah kita tahu yang bahawasanya ketetapan kata Allah itu, telah mendahului kejadian apa yang berlaku. Sebelum kita rugi dalam perniagaan, sebelum kita putus kasih, sebelum bercerai atau sebelum  kita mati itu, sesungguhnya Allah sudah merugikan kita sebelum kita rugi.  Sebelum kita putus tunang, putus kasih atau bercerai itu, sesungguhnya kita telah diputus atau telah diceraikan oleh Allah mendahului putus atau bercerainya kita. Sebelum kita lahir atau sebelum kita mati, ketetapan Allah itu, telah mendahului kita. Sebenarnya sebelum kita lahir, Allah dan lahirkan kita dalam ilmuNya.
Sebelum kita mati, sesungguhnya ita itu telah dimatikan Allah, dalam ilmuNya. Sebelum kita masuk syurga atau neraga itu, sesungguhnya Allah sudah terlebih dahulu memasukkan kita kedalam neraka atau syurga!.
Kata-kata Allah itu, sesungguhnya telah medahulu kata-kata, niat atau kehendak kita!. Maka redha dan ikhlaslah dalam menerima segala cubaan atau musyibah yang berlaku. Beriman kepada  Al-Quraan itu, adalah mendahulu kata-kata Allah berbanding kata-kata kita!. Mendahului ketetapan Allah sebelumnya, berbanding apa yang berlaku.
Mana sebenar-benar Al-Quran?.
Yang kita sebut itu suara atau bunyi suara yang keluarnya dari bibir mulut. Yang kita baca itu, adalah berupa suratan atau berupa tulisan (dari dakwat) yang tertulis diatas yang berupa kertas.
Sedangkan Al-Quraan itu, adalah kalam Allah, bahasa Allah, kata-kata Allah, ucapan Allah dan suara Allah. Yang tidak berhuruf, tidak bersuara, tidak berjirim da tidak berjisim.
Adapun yang kita baca itu, adalah berupa kertas yang bertulilsan dengan dakwat. Dibakar hangus, direndam basah, ditanam dalam, digantung tinggi dan ditembak tembus. Sedangkan kata-kata Allah itu adalah berupa bahasa percakapan allah yang tidak samadengan suara bibir mulut kita?.
Jika Quran itu, bukan seperti suara bibir, bukan seperti tulisan atas kertas, dimanakah kata-kata Allah yang bernama Quran?.
Yang kita sebut itu, suara yang keluarnya dari anggota bibir, adapun kata-kata Allah itu, tidak sebagaimana suara bibir!. Yang kita baca itu, adalah kertas, sedangkan kata-kata Allah itu, tidak seperti kertas!. Manakah yang dikatakan sebenar-benar Al-Quran (sebenar-benar kata-kata Allah). Atau dalam bahasa mudah, Al-Quran itu, adalah percakapan Alah. Adapun percakapan Allah itu, bukan sebagai petuturan bibir mulut. dimana Al-Quran.
Al-Quran atau kata-kata Allah itu, adalah “KUN” . dari perkataan kun itulah, makanya terjadinya sekalian Alam.
Oleh itu,  sekalian Alam inilah “KUN” Allah, kata-kata Allah atau Al-Quran.

Apakah maksud beriman kepada Rasul.
Rasul itu ertinya pesuruh manakala pesuruh itu pula, adalah orang yang kena suruh. Adapun maksud beriman kepada Rasul itu, adalah mendahului kena suruh daripada yang menyuruh.
Maknanya disini bahawa sebelum kita melakukan sesuatu, sebenarnya kita telah melakukan sesuatu mengikut kehendak yang menyuruh, yang menyuruh itu, seungguhnya telah mendahului sebelum segala sesuatu sampai kepada yang kena suruh!.
Kita kena percaya dan penuh yakin bahawa sebelum segalanya sesuatu itu berlaku atau terjadi, sesungguhnya perlakuan dan kejadian itu, sesungguhnya telah pun berlaku dan telahpun siap terjadi sebelumnya!.
Setelah kita yakin dan penuh percaya kepada rasul (beriman kepada Rasul),  maka hendaklah kita taat, patuh  dan mengikut serta mematuhi apa sahaja yang telah dahulu ditetapkan sebelumnya. Ingatlah bahawsanya kita ini, orang yang kena suruh (pesuruh), kita ini kuli dan kita ini hanyalah hamba sahaya yang fakir, yang hanya menurut sahaja apa perintah atau kehendak yang telah ditetapkan!.
Jika diberi sakit, maka sakitlah kita, jjika diberi miskin, maka miskinlah kita, jika diberi musyibah, maka azablah kita dan jika diberi mati,maka matilah kita. selaku yang kena suruh, hendaklah kita patuh kepada apa yang ditetapkan atas kita.
Bilamana kita percaya kepada pesuruh (yang kena suruh), kita tidak boleh lagi mengeluh atau merungut dari apa yang telah ditetap dan yang telah ditakdirkan oleh Allah atas kita!.
Apakah maksud percaya kepada Malaikat
Untuk mengenal malaikat, hendaklah terlebih dahulu kita tahu akan tugas-tugasnya. Setelah kita kenal dan tahu akan tugasnya, barulah kita boleh kenal dan tahu siapa itu Malikat sebenarnya.  Seumpama tugas bagi pasukan bomba. Pasukan bomba adalah dengan tugas-tugas pemadam api. Pasukan polis pula menangkap pencuri dan pasukan ambulan pula menyelamat orang sakit dan sebagainya. Dengan mengenal tugas, maka kita akan kenal tuannya.
Begitu juga Malaikat. Bilamana kita kenal tugas malaikat, maka sudah tentu kita akan kenal siapa tuannya.
Tugas Malaikat Jibrail itu, adalah menurunkan wahyu. Malaikat Jibrail itu, jika dikiaskan kepada diri kita, ianya adalah merupakan “akal, fikiran atau otak”. Yang tugas menanggung pemikiran atau menerima tugasan memikir sebagaimana tugas Jibrail yang menurun wahyu. Jibrail itu, jika dikiaskan peda diri kita adalah “akal”!.
Malaikat Izrafil itu, tugasnya meniup serunai sanggkala. Serunai Malaikat Izrafil itu,  jika dikiaskan kepada diri kita, ianya adalah berupa (serunai), anggota “mulut” yang mengeluar suara dari kedua bibir mulut.
Malaikat Mikail pula tugasnya menurunkan hujan. Malaikat Mikail, jika dikiaskan kepada diri kita, ianya adalah berupa (hujan) “mata” yang menurunkan air mata.
Manakala Malaikat Izrail pula, tugasnya adalah menaik nyawa. Malaikat Izrail, jika dikiaskan kepada diri kita, ianya adalah berupa (naik turun nafas) “hidung” yang menurun dan menaikkan nafas.
Dari itu, kenallah kita akan siapa itu kiasan kepada para Malaikat!. Segalanya ada tafsiannya pada diri kita!.
Apakah maksud percaya kepada Qahda dan Qadar
Percaya kepada Qhada dan Qadar itu, adalah percaya kepada untung baik dan untung buruk. Segalanyanya baik dan buruk itu, sesungguhnya adalah datangnya dari Allah Taala.
Bilamana sesuatu itu datangnya daripada Allah Taala, maka segalanya itu akan kelihatan baik dan akan jadi segala-galanya cantik!.
Jika kereta kita kena langgar, kehilangan wang, kehilangan nyawa anak isteri sekalipun, kita kena percaya bahawa tiada suatu gerak sekalipun sebesar zarah, melainkan datangnya gerak itu biar sebesar zarah sekalipun, itu sesunggunya adalah datangnya dari kehendak dan keizinan Allah Taala.
Terimalah samaada baik atau buruk, kerana baik dan buruk itu, sesunguhnya adalah datangnya dari anuggerah dan kurniaan Allah. Bilamana datangnya dari kurniaan atau anugerah Allah, sealanya akan menjadi nikmat.
Drp hj shaari tanggal 1 hb mei. jam 3.20 pagi bersamaan hari rabu. Amin