Pages

Memaparkan catatan dengan label tariqat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tariqat. Papar semua catatan

Selasa, 19 Mei 2015

Dlm ilmu tasauf ilmu hakikat ilmu makrifat jangan buang syariat.

salam
Dlm ilmu tasauf ilmu hakikat ilmu makrifat jangan buang syariat. Di dlm perjuangan menuju ketauhidan samaada diangkat secara majzub atau secara salik,  pd satu peringkat sampai pdNya akan adanya Rasulullah juga pd timgkatan itu.

Menunjukkan sampainya tauhid kpd Allah adalah drp bimbingan Rasulullah SAW. Dan juga ditunjukkan diri Rasulullah adalah sbagai dalil supaya tinggi mana sekalipun maqam ketuhanan mesti ikut syariat Muhamad SAW yg zahir dimekah itu, iaitu solat puasa,zakat, haji dan lain2 perjalanan syariat.

Di dlm perjalanan hakikat ada org  mengatakan pabila solat daim dah ada pd diri seseorg solat syariat itu tak perlu lgi pd org yg telah sampai.

Didlm pendapat begini mesti ditolak sebab kesempurnaa perjalanan dibumi adalah Rasulullah dimekah bukannya Rasulullah pd alam ruh.

Itulah yg dikatakan cara hidup yg sempurna bagi insan kamil. Kalau tak mahu solat syariat, nak solat daim semata mintalah Allah Taala ambik nyawa duduklah pd alam ruh sbgaimana diri kita yg sentiasa syuhudkan Allah dimasa alam ruh dahulu.

Ambillah Rasulullah sbg contoh pengamalan hidup yg sangat sempurna yaitu Syariat, Tarikat , Hakikat dan Makrifat. wallahualam

Sabtu, 25 Oktober 2014

SYARI'AT TORIKAT HAKIKAT DAN MAKRIFAT

Adnan Dahalan

SYARI'AT TORIKAT HAKIKAT DAN MAKRIFAT
Iman, islam, tauhid dan makrifat
Islam, iman dan ikhsan
Fekah, usuluddin dan tasauf...
Inilah asas perjalanan yang perlu ditempuhi sisufi..
Setiap Rasulullah adalah seorang nabiyullah setiap nabiylah adalah seorang waliyullah ( aulia), setiap waliyullah adalah seorang sufi, setiap sufi seorang makrifatullah, setiap seorang makrifatullah adalah seorang tauhid ( yang sentiasa mengesakan Allah ),setiap seorang tauhid adalah seorang yang beriman, setiap seorang beriman adalah orang islam..
Setiap sufi mesti bermula dengan islam (seorang yang sentiasa berserah diri kepada Allah - seorang yang muhlisin - seorang yang tidak mampu dihasut oleh iblis),
Syariat, tarikat, hakikat dan makrifat adalah merupakan peningkatan perjalanan dari satu peringkat kesatu peringkat yang berasaskan kepada islam ( terkandung fekah, usuluddin dan tasauf - yang berkait diantara satu sama lain - sebenarnya islam adalah keseluruhan hidup yang mengikut fitrah Allah ( sunatullah dan sunatu Rasul)...
Orang islam adalah orang yang akan menjalani satu perjalanan menuju kepada peringkat sufi (tidak ada perbezaan fahaman)
Diantara syariat, tarikat, hakikat dan makrifat, tidak ada perbezaan fahaman dan pegangan tetapi merupakan peningkatan fahaman dan pegangan dari syariat meningkat kepada tarikat, berpindah tingkatan kepada hakikat dan seterusnya mendapat makrifatullah) setelah mencapai peningkatan kepada makrifatullah barulah orang itu termasuk kedalam gulungan saufi.. Ianya berlaku peningkatan didalam setiap diri seseorang bukan perbezaan pendapat diantara individu lain dengan individu lain)
(bukan perbezaan fahaman terbahagi kepada fahaman orang syariat, fahaman orang tarikat, fahaman orang hakikat, fahaman orang makrifat,)
Fahaman dan pegangan yang sama iaitu yang berasaskan kepada awal agama mengenal Allah yang mula dirasai oleh tubuh badan sendiri, meningkat kepada kesedaran pada hati, meningkat kepada kesedaran roh, meningkat kepada kesedaran rahsia (Allah).
Orang-orang sufi adalah orang-orang yang mengalami peningkatan dari satu peringkat kesatu peringkat maksudnya ianya diangkat oleh Allah, bukan kita yang melebelkan ini orang syariat, ini orang tarikat, ini orang hakikat, ini orang makrifat dan ini orang sufi...
Kebanyakkan pandangan pada hari ini melebelkan orang yang mendalami dibidang fekah dikategorikan sebagai orang syariat, orang yang mendalami dibidang usuluddin ( tauhid ) dilebelkan kepada kategori orang hakikat, manakala orang yang mendalami dibidang tasauf dikategorikan sebagai golongan orang makrifat dan sufi...
Sebenarnya islam itu merangkumi keseluruhan hidup yang berpandukan kepada pembahagian muktakhir fekah, usuluddin dan tasauf yang mana ketiga-tiga mempunyai rantai ikatan yang tidak putus diantara satu dengan yang lain, bukan membawa kepada perbezaan fahaman dan pegangan..
Mana mungkin islam membawa fahaman yang berbeza diantara syariat, torikat, hakikat dan makrifat
Jadi orang islam yang membawa syariat, torikat, hakikat dan makrifat secara seiringan akan meningkat dari satu peringkat kepada satu peringkat...
Kita tidak akan sampai kepada kumpulan atau kaum sufi selagi kita tidak menjalani dan menempuhi peningkatan dari syariat, kepada tarikat, kepada hakikat yang berterusan kepada makrifat.
Perbezaan pendapat adalah kerana kesilapan kita melebelkan sendiri ini orang syariat, ini orang hakikat, ini orang sufi dan lain-lain lagi..
Bagaimana nak kembali kepada asal, ini adalah peranan yang perlu dimainkan oleh setiap individu untuk beralih pandangan masing-masing.
Bermula islam itu dagang dan akan kembali dagang...
adakah engkau perhatikan orang yang mengambil hawa nafsunya menjadi tuhan dan dia di sesatkan Allah,kerana mengetahui tentang kejahatan hatinya .lalu ditutup oleh allah pendengarannya dan mata hatinya dan dijadikan pula tutupan di atas pemandangannya
Siapakah orang yang menjadikan hawa nafsu mereka sebagai tuhan?,
Sebelum kita mengenali siapakah mereka yang mengambil hawa nafsu sebagai tuhan sebaiknya terlebih dahulu kita mengenali apakah sebenarnya hawa nafsu?
Hawa nafsu ialah sifat keakuan diri, dimana asasnya seseorang itu mengaku yang dirinya ada memiliki atau mempunyai sifat yang wajib bagi Allah keatas dirinya..
Sedangkan kita tahu yang Allah itu bersalahan bagi segala yang baharu dimana membawa maksud hanya Allah sahaja yang mempunyai sifat yang wajib bagi Allah dan selain dari Allah memiliki sifat yang mustahil bagi Allah...
Bagi sesiapa sahaja yang rasa memiliki dan mempunyai sifat yang wajib bagi Allah keatas dirinya maka ialah yang berpegang dengan hawa nafsunya, dialah yang telah menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan, selain dari Allah...
Untuk itu marilah sama-sama kita menilik diri kita sendiri samada kita bertuhan kepada Allah atau kita termasuk kedalam golongan yang menjadikan hawa nafsu kita sebagai tuhan....
Kalau kita termasuk kedalam golongan ini, kita juga akan menerima kesan seperti yang diterangkan pada ayat diatas..
"dan dia di sesatkan Allah,kerana mengetahui tentang kejahatan hatinya .lalu ditutup oleh allah pendengarannya dan mata hatinya dan dijadikan pula tutupan di atas pemandangannya"

Selasa, 30 September 2014

DAKWAAN GURU TAREKAT ADA PELBAGAI KEAJAIBAN?

DAKWAAN GURU TAREKAT ADA PELBAGAI KEAJAIBAN?
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin


Soalan: Prof Madya Dr Mohd Asri, keluarga saya ada terpengaruh dengan ajaran tarekat tertentu. Saya makin risau. Mereka asyik memuja tuan guru mereka. Mereka kata dia keturunan nabi jangan dipertikaikan, dia ada keramat, dia boleh tahu apa yang ada dalam hati kita dan macam-macam lagi. Saya nampak mereka bukan asyik menceritakan kehebatan Islam, tetapi kehebatan tok guru mereka. Harap Dr MAZA dapat berikan pendapat tentang hal ini.
 Aishah, Seremban, NS.

Jawapan Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin: Terima kasih kepada saudari yang bertanya. Dari soalan saudari tampak saudari menghayati hakikat sebenar ajaran Islam. Islam berteraskan tauhid dan anti syirik. Asas ajaran Islam ialah membesarkan Allah dan menghayati ajaran Allah berdasarkan tunjuk ajar Rasulullah s.a.w. Jika mana-mana guru menumpukan ajarannya kepada membesar Allah dan mengikuti ajaranNya seperti yang dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w, maka itulah ajaran yang benar. Jika tumpuan kepada membesarkan guru, sibuk menceritakan kehebatan guru, maka itu telah terbabas dari ajaran Allah dan rasulNya. Di sini beberapa perkara patut diberikan perhatian;

1. Kesalahan sesetengah ajaran guru tarekat mereka cuma menjadikan diri mereka pusat kekaguman pengikut dengan mengada-adakan cerita kehebatan diri. Mengambil kesempatan dari fanatik pengikut menyebabkan kita lihat walaupun tarekat kononnya mengajar penganutnya agar meninggalkan cinta dunia, tetapi guru-guru tarekat yang hidup dengan kemewahan. Bahkan, menjadi trend sesetengah guru ini untuk mendampingi orang kaya dan berkuasa.
Hal ini sangat berbeza dengan mereka yang zuhud pada zaman salafussoleh. Pada zaman dahulu, walaupun ramai penguasa yang soleh, namun golongan zuhhad (ahli zuhud) yang ikhlas ini enggan mendampingi mereka bimbangkan percikan dunia. Hari ini banyak penguasa yang tidak soleh, tetapi kita lihat golongan yang menyandar diri kepada terekat ini ramai suka memakmurkan majlis-majlis kemeriahan penguasa, memuji mereka dan mendapat habuan dari mereka. Maka, sesetengah guru menjadikan ‘bicara rohani’ atau bicara keajaiban diri untuk membina empayar harta dan pengaruh.
2. Bagaimanakah seorang guru boleh mendakwa bahawa dia mengetahui apa yang tersembunyi dalam dada muridnya, sedangkan Rasulullah s.a.w pun tidak mendakwa demikian? Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda:
“Kamu mengangkat perbalahan kamu kepadaku. Boleh jadi sesetengah kamu lebih petah hujahnya daripada yang lain. Lalu aku berikan untuknya berdasarkan apa yang aku dengar. Sesiapa yang aku berikan sesuatu hak saudaranya janganlah dia ambil, kerana sesungguhnya aku memotong untuknya potongan api neraka (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ertinya, baginda pun menilai berdasarkan apa yang zahir dan tidak mengetahui yang batin, sedangkan baginda seorang nabi. Hanya jika ada kes tertentu yang baginda mendapat wahyu daripada Allah.

3. Nabi s.a.w pernah melihat sahabat mengahwinkan pokok tamar, lalu baginda bersabda:
“Apa yang sedang kamu lakukan?”. Jawab mereka: “Kami telah lakukannya sebelum ini”. Jawab baginda: “Barangkali jika kamu tidak buat ia lebih baik”. Maka mereka pun tidak melakukannya, lalu pokok tidak berbuah. Mereka menyebut hal tersebut kepada Nabi s.a.w, lalu baginda bersabda: “Aku ini manusia. Apabila aku menyuruh kamu dari perkara agama, maka ambillah (patuhlah). Jika aku menyuruh kamu sesuatu dari pendapatku, maka aku hanyalah seorang manusia” (Riwayat Muslim).
pokok-tamar.jpg
Gambar Hiasan – Pokok Tamar

Apakah guru tarekat lebih daripada Nabi s.a.w sehingga mengetahui segala perkara yang zahir dan yang tersembunyi?
4. Keturunan Nabi s.a.w memanglah satu kelebihan. Namun, itu bukan pengukur utama kemuliaan seseorang. Tiada sistem kasta dalam Islam. Berlebihan dalam memuliakan keturunan tertentu itu menyerupai ajaran hindu, atau dalam umat ini seperti ajaran Syiah. Sedangkan al-Quran menyebut:
“Sesungguhnya yang paling mulia dalam kalangan kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa” (Surah al-Hujurat: 13 ).
Nabi sendiri pernah menyebut:
“Wahai Fatimah binti Muhammad! Wahai Sofiyyah binti ‘Abd al-Muttalib! Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dari (hukuman) Allah” (Riwayat Muslim).
Ertinya, yang menyelamatkan seseorang itu iman dan takwa sendiri, bukanlah keturunannya.
5. Kaum keluarga Nabi s.a.w dihormati, namun ada batasan. Prof Hamka mengkritik keras dakwaan Ibn ‘Arabi iaitu tokoh rujukan sebahagian besar golongan tarekat yang menyatakan kita hendaklah menerima apa sahaja yang dilakukan oleh mereka yang berketurunan Nabi s.a.w. atau kaum sayyid kepada kita. Kata Prof Hamka:

“Tegasnya menurut fatwa Ibn Arabi ini kalau bangsa sayyid atau habib mengambil harta-benda kita hendaklah redha, hendaklah serahkan, hendaklah sabar, kalau diganggunya diri kita ditamparnya, dipukulnya hendak redha, hendaklah menyerah, hendaklah sabar. Sebab beliau cucu nabi kita dan kalau diganggunya kehormatan kita sehingga kita jadi malu, hendaklah redha, hendaklah menyerah, hendaklah sabar, kalau diganggu anak isteri kita dan kaum keluarga kita, hendaklah terima dan redha dengan menyerah dan sabar…maka perkataan Ibn Arabi ini ditanamkanlah kepada orang awam. Padahal sangat membawa hinanya sesetengah manusia di hadapan yang setengahnya, sehingga lebih hina mereka daripada budak yang telah sepuluh kali dijual dan sepuluh kali berganti tuan. Walaupun hartanya atau dirinya bahkan walaupun anak gadisnya diganggu oleh ahli bait, zuriat Rasul, dia menyerah saja dan wajib memandang itu sebagai nikmat sesudah iktisadnya dann hidupnya dijajah oleh British dan Belanda dan Cina, maka jiwanya pula wajib dijadikannya sebagai budak dan jajahan kepada kaum sayyid” (Hamka, Teguran Suci Dan Jujur Terhadap Mufti Johor, m/s 72, Selangor: Pustaka Dini).

buku-hamka.jpg

6. Para sahabah yang mulia seperti Abu Bakr, Umar dan lain-lain pun tidak pernah berkempen tentang kehebatan diri mereka. Sebaliknya, mereka sentiasa mengajak umat Islam mendahulukan Allah dan rasulNya. Ketika Abu Bakr r.a dilantik menjadi khalifah, beliau berucap:
“Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku… Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan RasulNya. Jika aku derhakakan Allah dan RasulNya, maka tiada ketaatan untukku” (Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361).
Padahal, orang seperti Abu Bakr al-Siddiq telah dimuliakan oleh al-Quran dan al-Sunnah, namun masih lagi mengingatkan bahawa asas Islam kembali kepada membesarkan Allah dan RasulNya. Apakah sesetengah guru tarekat ini lebih hebat daripada Abu Bakr?
7. Sesiapa sahaja hendaklah patuh kepada al-Quran dan sunnah. Ukuran kita apa yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah, bukannya tokoh. Kata al-Imam al-Syatibi (meninggal 790H):
“Maka wajib bagi kita untuk mengikut orang yang terhalang daripada kesilapan (maksudnya RasululuLah S.A.W) dan berhenti daripada mengikut sesiapa yang tidak terhalang daripada silap apabila melihat kekeliruan pada ikutan tersebut. Bahkan kita bentangkan apa yang datang daripada para imam kepada al-Kitab dan al-Sunnah. Apa yang keduanya (al-Quran dan al-Sunnah) terima, maka kita terima, dan apa yang kedua tidak terima, kita tinggalkannya.”. (Al-Syatibi, Al-I’tisam, m.s 165, Beirut: Dar al-Kitab al-`Arabi).
8. Islam mengeluarkan kita dari kebodohan kepada kebijaksanaan. Dari mengikut sesuatu secara membabi buta kepada menilai dan memahami sebelum mengikut. Firman Allah:
“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta jantung hati, semua anggota-anggota itu akan ditanya”. (Surah al-Isra’: ayat 36).
Wajib setiap perkataan guru dibandingkan dengan al-Quran dan al-Sunnah dan haram mengikut mengikut sesuatu yang jelas bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah.
9. Mempelajari agama dari mana-mana tokoh bukanlah masalah utama, tetapi sikap bertaklid tanpa menilai dan berfikir itulah yang membawa kepada kesesatan. Jika ada tarekat yang bersumberkan al-Quran dan hadis yang sahih, maka tiada salah mengikutnya. Kesufian dan tasawwuf juga tidak menjadi masalah jika berteraskan al-Quran dan al-Sunnah. Namun pastikan bukan seperti yang diingatkan oleh Syeikh Manna’ al-Qattan:
“Tasawwuf telah bertukar menjadi falsafah andaian semata-mata, yang tiada lagi hubungan dengan warak, taqwa dan kezuhudan. Falsafah ini mengandungi pemikiran-pemikiran yang bercanggah dengan Islam dan akidahnya”( Mabahith Fi `Ulum al-Quran, m.s. 356, Riyadh: Maktabah al-Ma’arif).

Ahad, 3 Ogos 2014

Merasakan Lamaujud Illallah

Merasakan Lamaujud Illallah

merasakan Lamaujud illallah lebih berkesan daripada mengerjakan seribu rakaat sholat sunnat yang mendambakan ganjaran pahala. Rasa itulah pembuka hijab yang menerangkan ajaran sejati yang tak tertulis di dalam kitab.

Akhirnya tiada lagi zikir sesudah zikir. Nama Allah pun adalah hijab yang menghijabkan si penzikir kembalikan rasa berzikir itu kepada pemilik sebenar. Selagi belum terlenyap dari zikir
sedar dalam kesaksianNya  dan hidup dalam penyaksianNya nama Allah itu hanyalah milik Allah sahaja bukan milik si penzikir.

DIAlah yang dizikiri, dan DIAlah yang berzikir memuji DiriNya sendiri
Subhani! – Maha Suci AKU!

Bagaimanakah Merasakan Lamaujud Illallah?

Yang dimaksudkan "Lamaujud" ialah tiada wujud dan tiada maujud. Wujud dari aspek hakikat (batin) dan maujud dari aspek zahir (nyata). Ada yang dengan cara beramal dan ada dengan cara bermusyahadah.

Dengan cara beramal, seseorang itu harus tekun melakukan banyak ibadah sunnat sehingga Allah mencintainya. Dan apabila Allah telah mencintainya, maka Allah sendiri akan membukakan kepadanya pintu makrifat untuk Allah memperkenalkan DiriNYA kepada hambaNYA itu. 

Tetapi dengan cara ini bukanlah mudah. Banyak orang yang berpuluh-puluh tahun beramal, tetapi masih belum juga dibukakan Allah kepadanya pintu makrifat untuk merasakan Lamaujuda Ilallah. Sebab selagi ia masih memandang dan bergantung kepada amalnya bahwa amal itu datang dari usaha perbuatannya sendiri dan bukan dari Allah dan bergantung kepada Allah semata-mata, selagi itulah masih belum terbukanya baginya pintu makrifat. 

Dengan itu bukanlah bermakna ia tidak perlu lagi beramal atau melepaskan segala hukum perintah syari'at, kerana para ulamak telahpun bersepakat bahwa sesiapa yang tidak lagi menuruti syari'at dan mengambil hakikat sahaja adalah terjatuh di dalam golongan kafir zindik. 

Apa yang dimaksudkan di sini ialah tidak ada lagi perasaan wujud dirinya bahwa dirinya itu yang memiliki amal dan melakukan amal. Maka di situlah terbuka pintu kesedaran makrifatnya di peringkat awal bahwa dirinya hanyalah semata-mata alat bagi Allah dan menjadi tukang-NYA yang disandarkan kepadanya untuk melaksanakan amal itu, sedangkan amal itu adalah dari Allah dan milik Allah, hanya Allah yang melakukan amal itu dan ia hanya sebagai gambaran bagi af'al Allah. 

Dengan demikian barulah dikurniakan kepadanya untuk merasakan Lamaujud Illallah sebagaimana firman-NYA di dalam hadis qudsi "AKU menjadi matanya ia memandang, AKU menjadi telinganya ia mendengar, AKU menjadi lisannya ia berkata-kata, AKU menjadi tangannya ia mencapai dan AKU menjadi kakinya ia berjalan." Akan tetapi ini masih lagi di peringkat luaran makrifat, ia harus masuk ke dalam lagi sehingga ke martabat Alam Lahut - Lailaha illa ANA (Tiada yang wujud kecuali AKU).

Dengan cara bermusyahadah, seseorang itu tidak bergantung kepada amal dan hanya menjaga suasana hatinya dengan syuhud kepada Allah sahaja. Hatinya telah bersih dari segala berhala-berhala syirik seperti ujub, riak dan sum'ah dan tidak mempunyai perasaan ada wujud dirinya lagi kecuali Wujud Allah. 

Inilah cara para arifbillah, yang mengenal Allah dengan Allah dan bukan dengan berbanyak amal. Musyahadah ini adalah termasuk dalam bahagian ibadah tafakur. Sepertimana dijabarkan dalam hadis, "Tafakur sesaat adalah lebih utama dari beramal 70 tahun (atau 70 ribu tahun)." Dan ada pepatah para ariffin yang mengatakan bahwa tidurnya orang arif itu adalah amal sepanjang malam orang abid. Orang abid berjalan menuju Tuhan, sedangkan orang arif terbang menuju Tuhan. Satu tarikan nafas orang arif itu adalah seribu tahun ibadahnya orang abid.

Orang yang bermusyahadah ternyata martabatnya lebih tinggi dari orang abid, kerana di dalam hati mereka tidak lagi memandang kepada yang lain kecuali Allah, yang lain itu juga bagi mereka tidak lain dari Allah dan merupakan mazhar atau bayang-bayang Allah. 

Dengan syuhud mereka masuk ke dalam semua peringkat Lamaujud Illallah seperti biji yang menyedari hakikatnya berada dalam semua bahagian pohon seperti buahnya, daunnya, batangnya, akarnya dan lain-lain. Ibadah mereka hanya memandang kepada hakikat Yang Satu dalam yang banyak, yang banyak dalam Yang Satu, sehingga Yang Satu itu dalam Yang Satu. Inilah yang dikatakan Sholat Daim yaitu Sholat yang berkekalan tanpa berwaktu dan bertempat. Mereka senantiasa bersholat dalam semua martabat alam, dari Alam Hahut, Alam Lahut, Alam Bahut, Alam Jabarut, Alam Malakut, Alam Nasut dalam semuanya itu ada di Alam Insan yang sempurna iaitu di dalam diri mereka sendiri yang merasakan Lamaujud Illallah sehinggalah mereka mengenal yang sebenar-benar DIRI itu adalah ANA AL-HAQQ dan mereka tidak lagi terbendung dalam ikatan kalimah Lailaha illa kerana Lailaha illa itu masih menyebutkan yang tiada kecuali ANA sahaja.

Lamaujud Illallah Bukanlah Suatu Maqam
Lumrahnya bagi setiap sufi yang suluk dalam thareqat, akan melalui dari satu maqam ke satu maqam dan setiap maqam itu tidaklah berkekalan kerana maqam adalah suatu persinggahan, atau dengan kata lain sebagai sebuah 'stesen' (perhentian).

Lamaujud Illallah bukanlah maqam dan semua maqam berada di bawahnya. Lamaujud Illallah adalah menyatakan Wujud Allah atau Keberadaan Allah semata-mata pada zahir dan batin yang tampak pada makhluk-NYA sebagai mazhar-NYA.

Maqam yang tertinggi ialah MAQAM AL-MAHMUD, di sinilah perhentiannya para Nabi dan Rasul serta para Wali Allah yang Qutub. 

Ada di antara orang-orang arif yang sudah mencapai Lamaujud Illallah ini dinampakkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala keajaiban-keajaiban yang tertentu seperti boleh menghidupkan semula benda-benda yang mati sebagaimana Syekh Abdul Qadir al-Jilani menghidupkan semula ayam yang sudah dimasak lauk. 

Ada yang boleh menghentikan atau memindahkan hujan ke tempat lain. Ada yang boleh berada di beberapa tempat dengan beberapa langkah atau memindahkan istana dalam sekelip mata seperti Asif bin Barkhiya yang mengangkut istana Balqis di depan Nabi Sulaiman a.s. sebelum pun baginda mengerlipkan sekerlip kelopak matanya, ada yang hanya melihat ke atas langit boleh menjatuhkan sekeping wang dinar dan sebagainya lagi.

Pokoknya, Lamaujud Illallah itu bukanlah berhasil dari perantaraan dan pertolongan khadam jin atau malaikat, melainkan semua itu adalah kerana Wujud Allah semata-mata. Dan hanya Allah yang menzahirkan segala itu dari Perbendaharaan-NYA Yang Tersembunyi - Kanzun Makhfiyan! Sepertimana firman-NYA,

إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَن يَقُولَ لَهُ كُن فَيَكُونُ

"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNYA apabila DIA menghendaki adanya sesuatu, hanyalah DIA berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka jadilah ia!" - QS Yasin: 82

oleh H.B. Johar

Rabu, 4 Jun 2014

ILMU MA'RIFATTULLAH adalah Ilmu Hidayah atau PANGGILAN JIWA

ILMU MA'RIFATTULLAH adalah Ilmu Hidayah atau PANGGILAN JIWA jadi pada umumnya seseorang yang Belajar dan mempelajari ilmu Ma’rifattullah karena beberapa sebab yang diantaranya ,yaitu :

1. Mendapat HIDAYAH DARI ALLAH SWT yang diawali karena adanya rasa ingin tahu akibat dari adanya pertemanan dengan seseorang yang paham ilmu Ma’rifattullah.

2. Mendapat HIDAYAH DARI ALLAH SWT yang diawali karena melihat banyaknya fenomena alam yang memerlukan jawaban sehingga terus menerus mencari jawaban yang pada akhirnya bermuara pada keinginan untuk belajar Ilmu Ma’rifattullah karena semua pertanyaan akan terjawab melalui pemahaman ilmu Ma’rifattullah tersebut.

3. Mendapat HIDAYAH DARI ALLAH SWT yang diawali dengan rasa haus akan ilmu ke Tuhanan karena adanya Rasa ketidakpuasan terhadap ajaran SYAREAT ISLAM ataupun pemahaman agama lainnya yang selama ini telah di ketahuinya.

Ketiga Hidayah ini dalam mempelajari ILMU MA'RIFATTULLAH dengan cara berurutan dari bawah keatas, yaitu :

Belajar dari Pemahaman ILMU SYAREAT, lalu ke PEMAHAMAN ILMU TAREKAT lalu ke PEMAHAMAN ILMU HAKEKAT .....lalu kemudian ke PEMAHAMAN ILMU MA'RIFATTULLAH.

Sedangkan sebab yang lain seseorang belajar dan mempelajari ILMU MA'RIFATTULLAH yaitu karena TERBUKA HIJAB yang langsung di terima dari ALLAH SWT yang biasa di sebut dengan LADUNI atau MAJZUB.

Mereka yang terbuka HIJAB karena menerima LADUNI atau MAJZUB, belajar dan mempelajari ILMU MA'RIFATTULLAH memulainya dari atas kebawah, yaitu :

Dari Pemahaman ILMU MA'RIFATTULLAH lalu ke Pemahaman ILMU HAKEKAT lalu ke Pemahaman ILMU TAREKAT lalu kemudian ke Pemahaman ILMU SYAREAT.

Hidayah TERBUKA HIJAB atau LADUNI atau MAJZUB ini hanya akan terjadi pada mereka yang :

1. Memiliki GARIS KETURUNAN SAMPAI KEPADA NABI MUHAMMAD RASULULLAH SAW.

2. Memiliki GARIS KETURUNAN atau memiliki LELUHUR yang dahulunya pernah mencapai tingkatan tertinggi dalam ILMU KETUHANAN baik dari jalur AGAMA ISLAM maupun dari jalur NON AGAMA ISLAM.

Kekuatan KEYAKINAN dan KEDALAMAN PEMAHAMAN antara jalur HIDAYAH DARI ALLAH SWT dengan jalur LADUNI atau MAJZUB sangat berbeda karena biasanya mereka yang dari jalur LADUNI atau MAJZUB akan menjadi mata rantai penyampai ILMU MA'RIFATTULLAH di masa yang akan datang................

Rabu, 16 April 2014

Rasulullah SAW di utus ke dunia bukan sekedar menyampaikan kebenaran dari sisi Allah

Rasulullah SAW di utus ke dunia bukan sekedar menyampaikan kebenaran dari sisi Allah atau hanya menyampaikan hukum-hukum yang dibolehkan atau di larang oleh Allah. Tujuan lebih hakiki dari keberadaan Nabi adalah agar manusia bisa mengenal Allah dan merasakan kehadiran-Nya dalam setiap saat. Rasul adalah pembawa wasilah dari sisi Allah dan melalui wasilah itulah manusia bisa berkomunikasi dengan Allah. 

Surat Al-Maidah 35 mewajibkan seluruh orang beriman untuk mencari wasilah agar menemukan kemenangan di dunia dan akhirat.Wasilah bukanlah amal ibadah (shalat, puasa, zakat dll) seperti yang ditafsirkan secara syariat, karena seluruh amal ibadah hanyalah bentuk dari proses penyembahan terhadap Allah. Shalat, Puasa dan lain-lain hanya akan menjari ritual hampa, menjadi tradisi dan budaya saja kalau tidak mempunyai ruh dari ibadah itu sendiri. 

Ibadah mempunyai unsur zahiriah dan bathiniah dan keduanya harus ada agar ibadah diterima disisi Allah. Secara zahir anggota badan kita harus mengikuti aturan-aturan yang telah disampaikan Allah kepada Rasul-Nya tanpa melebihkan dan menguranginya. Aturan itu sudah menjadi standar sebagai contoh bentuk gerakan shalat, jumlah rakaat shalat, aturan-aturan puasa, itu semua sudah baku dan tidak bisaditambah atau dikurangi. 

Disamping aturan aspek zahir, ibadah memiliki aspek bathin dan ini merupakan hal yang sangat pokok.Fisik manusia harus diajarkan cara menyebut nama Allah begitu pula rohani manusia, harus diajarkan cara menyebut nama Allah. Di dunia ini sangat banyak orang yang bisa mengajarkan cara fisik manusia untuk menyebut nama Allah, dalam hal ini kita tidak kekurangan Guru, 

Akan tetapi Guru yang bisa mengajarkan rohani kita untuk menyebut nama Allah itu sangat langka. Fisik manusia bisa diajarkan oleh Guru fisik, gerakan shalat, aturan puasa dan lain sebagainya, sementara rohani manusia harus diajarkan oleh rohani pula. Tidak mungkin rohani manusia diajarkan oleh Guru Jasmani, keduanya mempunyai unsur dan sifat yang berbeda. 

Rohani manusia diajarkan oleh rohani Rasulullah SAW yang telah berisi Kalimah Allah yang berasal dari sisi Allah. Unsur Kalimah Allah yang ada dalam diri Muhammad bin Abdullah inilah yang menyebabkan pangkat Beliau bisa menjadi Rasul. Nur Allah yang diberikan kepada Rasul dan orang-orang yang dikehendaki-Nya itulah yang kemudian disebut sebagai Wasilah.

Disinilah sebenarnya letak perbedaan antara pengamal tarekat/tasawuf dengan orang yang hanya memahami Islam secara syariat saja. Pengamal tarekat untuk bisa menapaki jalan berguru terlebih dulu memahami dan menjalankan aturan-aturan Allah yang kita sebut syariat dan aturan itu akan tetap dilaksanakan seterusnya. 

Pelaksanaan syariat oleh pengamal tarekat tidak lagi hanya sekedar memenuhi kewajiban ibadah akan tetapi mereka sudah masuk kepada alam hakikat dari ibadah itu sendiri.Untuk bisa menyelami samudera hakikat yang maha luas, diperlukan seorang pembimbing yang ahli dibidangnya agar tidak tersesat dan pembimbing ini dikenal sebagai Guru Mursyid.

Dalam khazanah ilmu tasawuf Guru Mursyid mempunyai peranan besar dalam membentuk hierarki manusia untuk sampai ke tingkat realisasi tertinggi dalam menempuh perjalanan spiritual, karena dimensi Al-Qur’an telah tertanam dalam dirinya. Hanya saja persoalan ini jarang dikupas dan diteliti lebih dalam sehingga masih menjadi sebuah misteri dalam kehidupan manusia. 

Bahkan pemuka agama sekalipun banyak yang belum mengetahuinya. Guru Mursyid hanya dimengerti oleh hati yang terbuka dan jiwa yang telah disucikan.Predikat mulia yang diberikan secara khusus oleh Allah kepada manusia pilihan ini sebenarnya secara gambling telah disebutkan dalam Al-Qur’an surah Al-Kahfi ayat 17 dengan sebutan “Waliyam Mursyida”artinya wali yang mursyid. Kata “Wali” di sini dalam versi kaum Sufi diartikan sebagai figure manusia suci, pemimpin rohani, manusia yang sangat taat beribadah kepada Allah dan Rasul-Nya. 

Sedangkan kata “Mursyid” diartikan sebagai nul Ilahi, cahaya Ilahi, atau energy Ilahi.“Cahaya di atas cahaya, Tuhan akan menuntun kepada cahaya-Nya, siapa yang dikehendaki-Nya”(QS. An-Nur : 35).

Jadi hakikat Mursyid itu tidak berwujud, akan tetapi setelah masuk ke dalam rumah wujud berulah ia memiliki wujud. Maka nur Ilahi atau energi Ilahi yang telah mewujud dlam rohani sang guru itulah yang disebut dengan Wali yam Mursyida. Dan Mursyid itu tidak banyak, yang banyak adalah badan ragawi yang disinggahi, hanya penampakan fisiknya. 

Ibarat pancaran sinar matahari yang masuk ke berbagai lobang, kelihatan banyak tetapi hakikatya hanya satu, sinar itu-itu juga.KataNur(cahaya) yang bermakna mursyid, tidak diartikan sebagai cahaya dalam pegertian bahasa. Mursyid sendiri berasal dari kata “Irsyad” yang artinya petunjuk. Petunjuk yang bersumber dari nur Ilahi. Jika kata “Irsyad” ditambahkan “mim” di depannya maka petunjuk tersebut terdapat pada sesuatu (dimikili oleh sesuatu). 

Maka“mim”harus diartikan sebagai seseorang yang memegang kualitas irsyad. Karena kata Waliyam Mursyida dalam surah al-Kahfi ayat 17 secara umum diartikan sebagai “pemimpin” maka di zaman sekarang pemimpin organisasi yang tidak ada hubungan dengan tasawuf diberi gelar “mursyid” atau ada orang yang nama pribadinya itu mursyid. 

Karena mursyid hakikatnya adalah nur Allah, maka orang yang kita sebut Guru Mursyid itu benar-benar mempunyai kualitas sempurna sebagai pembawa wasilah dari Allah berubah Nur Allah bukan sekedar gelar saja. Begitu langkanya Guru Mursyid yang benar-benar memenuhi kualifikasi sebagai mursyid sehingga imam al-Ghazali mengatakan, “Menemukan Guru Mursyid itu lebih mudah menemukan sebatang jarum yang disembunyikan di padang pasir yang gelap gulita”. 

Pembahasan yang mendalam tentang Guru Mursyid diperlukan untuk memberikan keyakinan kepada pengamal tarekat khususnya betapa luar biasa orang-orang yang telah memiliki Guru Mursyid yang berkualitas sehingga hidup mereka benar-benar terbimbing ke jalan Allah SWT sehingga mereka selalu bersyukur kepada Allah dengan jalan berkhidmat kepada Guru nya dengan penuh adab dan cinta. 

Saya sudahi dulu tulisan ini dan saya rencanakan tulisan ini akan dibuat bersambung mengupas lagi secara lebih mendalam tentang Guru Mursyid dan Wasilah agar kita semua bisa lebih memahaminya. Menyambut malam penuh berkah ini, mudah-mudahan tulisan ini menambah semangat kepada sahabat-sahabat sekalian yang akan mengikuti “tawajuh” setiap malam jum’at untuk menjolok karunia Allah sebagai kunci kemenangan dunia dan akhirat.