Pages

Memaparkan catatan dengan label wuduk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label wuduk. Papar semua catatan

Ahad, 13 November 2016

Kelebihan berwuduk dari sudut kesihatan.

Mungkin kita tidak menyedari tentang kelebihan berwuduk dari sudut kesihatan. Antara kelebihan berwuduk, diri kita sentiasa bersih. Selain itu wuduk dapat menghindarkan kita daripada bahaya keracunan antaranya perbuatan memasukkan air ke dalam hidung.

Keracunan itu terjadi kerana adanya pertumbuhan bakteria berbahaya dalam lubang hidung. Dari lubang hidung ini, bakteria boleh masuk ke dalam usus sehingga menimbulkan radang dan berbagai-bagai penyakit terutama apabila bakteria itu telah masuk melalui peredaran darah.

Adapun berkumur-kumur dalam wuduk telah terbukti dapat menjaga mulut dan tekak daripada sisa-sisa makanan yang barangkali masih tersisa di dalam mulut. Membasuh wajah, dua tangan hingga ke siku dan dua tela­pak kaki memiliki manfaat dalam menghilangkan debu dan bakteria.

Di samping itu wuduk juga mampu membersihkan wajah daripada kandungan lemak yang keluar dari kelenjar kulit dan keringat. Inilah antara kelebihan berwuduk.

Tetapi apa yang lebih pen­ting Rasulullah SAW dalam satu hadis telah menerangkan mengenai kelebihan berwuduk yang antara lain anggota berwuduk itu akan mengeluarkan cahaya ketika akhirat kelak.

Rasulullah bersabda: “Se-sungguhnya umatku akan dipanggil pada hari kiamat nanti dalam keadaan, dahi, dua tangan dan kaki mereka bercahaya kerana wuduk.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Khamis, 6 Oktober 2016

7 Sunnah Hebat

7 Sunnah Hebat

🌝 Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

🌝 *Pertama*:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

🌝 *Kedua*:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

🌝 *Ketiga*:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

🌝 *Keempat*:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

🌝 *Kelima*:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

🌝 *Keenam*:
Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwu dhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

🌝 *Ketujuh*:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Andai kita mampu meluangkan masa seharian lamanya di WhatsApp, untuk sebarkan mesej ini tak sampai beberapa saat pun.. Maka sebarkanlah, moga menjadi saham buat kita di akhirat nanti..

بارك الله فيكم..

Selasa, 20 Mei 2014

Sebenar-Benar Air Sembahyang Yang Sah?

Tuan-tuan yang dirahmati Alah sekallian, sudah agak lama saya tidak berkaria. Sememangnya tuan-tuan menunggu-nunggu buah butir dari pohon makrifat Tok Kenali!.

Dikesempatan ini, ingin saya maklumkan kepada tuan, cara-cara megambil air sembahyang yang sah. Disini sukalah saya menukilkan secebis Hadis, buat tatapan dan buat renungan kita bersama.

“Barang siapa yang mengingati Allah diketika berwudhu, nescaya dicucikan Allah akan tubuhnya secara keseluruhan dan barang siapa yang tidak mengingati Allah, nescaya tidak disucikan Allah dari tubuhnya selain kena air sahaja”.

Cuba tuan-tuan renung-renungkan Hadis diatas!. Ukur kepada diri tuan-tuan sendiri. Apakah tuan-tuan sudah dapat mencapai kepada tahap ingat kepada Allah semasa megambil air sembahyang?. Untuk ingat kepada Allah semasa megambil air wudhu, hendaklah terlebih dahulu mengignat dan mengenal Allah sebelum berwudhu!. Barulah kita boleh ingat Allah dalam berwuhdu!.

Wudhu itu umpama benih dan solat itu umpama pohon. Tidak dapat hidup pohon kiranya tidak hidup benih. Benih itu, adalah seumppama tapak bagi sebuah bangunan!.

Sekarang, dimasa ini, saat ini dan dihari ini, saya minta tuan-tuan semua
(pembaca kitab Tok kenali dan pembaca blog ini), saya mahu tuan–tuan dan puan-puan bertanya kepada diri sendiri. Apakah selama hidup kita ini, kita ingat Allah semasa berwudhu?.

Jika tidak ingat Allah semasa berwudhu, apalah ertinya wudhu?, tuan-tuan jawablah sendiri!…………………………………

Carilah Air Mutlak
Untuk itu, ambillah air sembahyang dengan menggunakan air yang mutlak. Cucur anggota jasad dengan air yang mutlak sambil ingat kepada Allah.

Barang siapa yang badan bertuan nasib beruntung yang dapat menemui Air mutlak, dengan sendirinya ingatan ingat kepada Allah itu, akan datang serentak besrta air sembahyang.

Air mutlak itu sendiri yang akan ingat kepada Allah!. Bukan setakat akal yang akan ingat kepada Allah diketika megambil air sembahyang, sesungguhnya air mutlak itu sendiri yang akan ingat kepada Allah!.

Bilamana kita cucurkan jasad atau tubuh badan kita dengan menggunakan air mutlak, jasad atau tubuh badan kita nantinya akan bersih zahir dan batin. Air mutlak adalah air yang dapat meresap kedalam darah daging, tulang belulangn sampai kepada jantung kalbu dan akan membersih sehinggga kepada najis. Najis yang dalam perut akan menjai bersih, barang siapa yang dapat berjumpa dengan air yang mutlak!.

Air sembahyang dengan mengunakana air yang mutlak, sesungguhnya air mutlak itu sendiri yang akan mengigatkan kita kepada Allah, diketika kita megambil wudhu!. Bukan sahaja kita yang ingat kepada Allah, malahan yang ingat kepada Allah itu, adalah air mutlak.

Air mutlak dengan perkara ingat kepada Allah itu, adalah seumpama masin dengan garam dan seumpama gula dengan manis dan seumpama bayang dengan yanng empunya bayang. Ianya bergabung serentak dan sekali. Jumpa dengan air mutlak, menandakan tuan-tuan jumpa dengan perkara ingat kepada Allah. Kerana air mutlak itu sendiri, adalah air ingat kepada Allah!.

Air mutlak itu, adalah air yang datangnya daripada hati nurani. Bilamana hati nurani mencurahkan air makrifatnya keatas tangan atau jasad kita, ianya akan menjadikan seluruh jasad kita ingat kepada Allah!.

Permasalahanya disini, tuan-tuan tidak tahu untuk mencari, menimbul atau memancutkan air mutlak bagi membasahi jasad!.

Carilah air mutlak, kerana air mutlak itu, boleh mengingatkan kita kepada Allah diketika berwudhu!

Daripada Hj. Shaari

Sabtu, 5 April 2014

Mimpi-mimpi Nabi Muhammad SAW pada malam sebelum di Israqkan

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah RA berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan……..”

1-Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2-Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3-Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4-Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5-Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6-Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka dengan MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA membolehkan dia menyertai kumpulan para nabi dan duduk di sebelahku.

7-Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8-Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9-Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu terbentenglah muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Sabda Rasulullah SAW yang mulia, “sampaikanlah pesananku kepada umatku yang lain walaupun dengan sepotong ayat”

Khamis, 3 April 2014

9 mimpi Nabi Muhammad SAW