Pages

Memaparkan catatan dengan label zikir sirr. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label zikir sirr. Papar semua catatan

Selasa, 6 Jun 2017

MARILAH MENJADI AHLI DZIKIR

MARILAH MENJADI AHLI DZIKIR

Cara membebaskan dan menyucikan hati adalah mengingat Allah. Pada awalnya, zikir dilakukan secara lisan dengan menyebut nama-Nya berulang-ulang, melafazkannya dengan keras sehingga kita dan orang lain mendengar dan mengingat-Nya.

Ketika ingatan kepada-Nya telah mantap, zikir berlangsung dalam hati dan menjadi bahagian batin; yang tertinggal hanya keheningan.

“Berzikirlah (menyebut) Allah sebagaimana ditunjukkanNya kepadamu….”. (Al-Baqarah [2]: 198)

Zikir kepada Allah akan membawa kita kepada tingkat kesedaran dan keimanan tertentu dan bahawa kita hanya dapat berzikir sesuai dengan kemampuan kita. Rasulallah saw bersabda, “Kalimat terbaik adalah kalimat yang kubaca dan dibaca oleh para Nabi sebelumku, Itulah kalimat La ilaha illallah.”

Tingkatan Zikir:

- Zikir Lisan, menunjukkan bahawa hati tidak melupakan Allah,

- Zikir Batin, merupakan gerak perasaan,

- Zikir Hati, melibatkan perasaan dan kesedaran akan adanya kekuatan dan keindahan Allah dalam dirinya,

- Zikir Jiwa, bersinarnya cahaya Ilahi yang bersumber dari kekuatan dan keindahan Allah,

- Zikir Alam Hakikat, kenikmatan ruhani yang bersumber dari pengungkapan hakikat Ilahi,

- Zikir Alam Rahsia, akan membawa seseorang kepada tempat yang disenangi di sisi Tuhan Yang Mahakuasa (Al-Qamar [54]: 55),

- Zikir Tingkatan Terakhir, disebut Khafi al-Khafi – rahsia yang paling sunyi – akan mengantarkan seseorang kepada keadaan fana dan kebersatuan dengan hakikat.

Jiwa ini adalah anak hakikat. Ia berada dalam diri orang yang mencari, menemukan, dan berada bersama Tuhan. Apa pun yang kita lakukan, diri jasmani ini harus mengikuti jalan yang lurus, yaitu dengan cara memelihara dan mengikuti ajaran agama; ia harus terus-menerus ingat dan berzikir menyebut nama Allah secara lahir mahupun batin. Zikir wajib hukumnya bagi orang yang melihat hakikat.

“Ingatlah (dengan menyebut nama) Allah sambil berdiri, atau duduk atau dalam keadaan terbaring”. (An-Nisa’ [4]: 103)

“… (yaitu) orang yang mengingat Allah sambil berdiri, atau duduk, atau dalam keadaan terbaring dan mereka merenungkan penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia, Mahasuci Engkau…”. (Al-‘Imran [3]: 191)

Salah satu syarat zikir adalah wudu: kesucian dan kebersihan badan mahupun jiwa. Rasulullah saw bersabda, “Orang yang beriman tidaklah mati. Mereka hanya melalui kehidupan yang fana menuju kehidupan yang kekal.” Selain itu, “Para Nabi dan orang yang dekat kepada Allah tetap beribadah di kubur mereka, seperti di rumah mereka saat di dunia.”

Ibadah yang dimaksudkan di atas adalah shalat batin kepada Allah, bukan shalat seperti yang dilakukan di dunia, yang meliputi gerakan berdiri, ruku, sujud, dan sebagainya. Shalat batin merupakan salah satu kualiti penting yang menjadi ciri mukmin sejati. Ilmu tersebut tidak dapat diupayakan, tetapi diberikan oleh Allah kepada siapa saja yang dikehendakiNya.

Allah Yang Maha Tinggi menunjukkan jalan kepada para pencari supaya mengingati-Nya: “Dan hendaklah kamu sebut Dia sebagaimana Dia pimpin kamu. (Surah Baqaraah, ayat 198).

Ini bermakna Pencipta kamu telah membawa kamu ke peringkat kesedaran dan keyakinan yang tertentu dan kamu hanya boleh mengingati-Nya menurut kadar keupayaan tersebut. Nabi s.a.w bersabda, “Ucapan zikir yang paling baik adalah yang aku dan sekalian Nabi-Nabi bawa, itulah kalimah “La ilaha illa Llah”.

Saidina Ali r.a meminta Rasulullah s.a.w mengajarkan kepadanya cara yang mudah, paling bernilai, paling cepat kepada keselamatan. Baginda s.a.w menanti Jibrail memberikan jawabannya daripada sumber Ilahi. Jibrail datang dan mengajarkan baginda s.a.w mengucapkan “La ilaha” sambil memalingkan mukanya yang diberkati ke kanan, dan mengucapkan “illa Llah” sambil memalingkan mukanya ke kiri, ke arah hati sucinya yang diberkati. Jibrail mengulanginya tiga kali; Nabi s.a.w mengulanginya tiga kali dan mengajarkan yang demikian kepada Saidina Ali r.a dengan mengulanginya tiga kali juga. Kemudian baginda s.a.w mengajarkan yang
demikian kepada sahabat-sahabat baginda. Saidina Ali r.a merupakan orang yang pertama bertanya dan menjadi orang yang pertama diajarkan.

Terdapat berbagai-bagai peringkat zikir dan masing-masing ada cara yang berlainan. Ada yang diucap dengan lidah secara kuat dan ada pula yang diucapkan secara senyap, dari lubuk hati. Pada peringkat permulaan seseorang perlu menyebutkan ucapan zikirnya dengan lidahnya secara berbunyi.

Kemudian peringkat demi peringkat zikir mengalir ke dalam diri, turun kepada hati, naik kepada roh dan seterusnya pergi semakin jauh iaitu kepada bahagian rahsia-rahsia, pergi lagi kepada yang lebih jauh iaitu bahagian yang tersembunyi sehinggalah kepada yang paling tersembunyi daripada yang tersembunyi. Sejauh mana zikir masuk ke dalam, peringkat yang dicapainya, bergantung kepada sejauh mana Allah dengan kemurahan-Nya membimbing seseorang.

Zikir yang diucapkan dengan perkataan menjadi kenyataan bahawa hati tidak lupa kepada Allah.

Zikir secara senyap di dalam hati adalah pergerakan perasaan. Zikir hati adalah dengan cara merasakan di dalam hati tentang kenyataan tentang keperkasaan dan keelokan Allah. Zikir adalah melalui pancaran cahaya suci yang dipancarkan oleh keperkasaan dan keelokan Allah.

Zikir pada tahap rahsia ialah melalui keghairahan (dzauk) yang diterima daripada pemerhatian rahsia suci itu. Zikir pada bahagian tersembunyi membawa seseorang kepada: “Di tempat duduk yang hak, di sisi Raja Agung yang sangat berkuasa”. (Surah Qamar, ayat 55).

Zikir peringkat terakhir yang dipanggil Khafi al-Khafi – yang paling tersembunyi daripada yang tersembunyi – membawa seseorang kepada suasana fana dari merasa diri sendiri dan berdiri KeESAan dengan yang hak. Dalam kenyataannya tiada sesiapa kecuali Allah yang mengetahui keadaan orang yang telah masuk ke dalam alam yang mengandungi semua pengetahuan, kesudahan kepada semua dan segala perkara. “Dia mengetahui rahsia dan yang lebih tersembunyi” . (Surah Ta Ha, ayat 7).

Bila seseorang telah melepasi tahap zikir-zikir tersebut suasana jiwa yang berlainan seolah-olah roh lain lahir dalam diri seseorang. Roh ini lebih tulen dan seni daripada roh-roh yang lain. Ia adalah bayi kepada hati, bayi kepada hakikat. Ketika dalam bentuk benih bayi ini mengajak dan menarik orang lain untuk mencari dan menemui yang hak. Setelah ia lahir bayi ini menggesa orang lain supaya mendapatkaan Dzat Allah Yang Maha Tinggi.

Roh baharu ini yang dinamakan bayi kepada hati dan juga benih serta keupayaannya tidak terdapat pada semua orang. Ia hanya terdapat pada orang mukmin yang tulen. “Dia jualah yang tinggi darjat-Nya, yang memiliki arasy. Dia kirim roh dari perintah-Nya kepada sesiapa yang Dia kehendaki:. (Surah Mukmin, ayat 15).

Roh khusus ini dihantar daripada maqam Yang Maha Perkasa dan diletakkan di dalam alam maya yang nyata di mana sifat-sifat Pencipta menyata pada penciptaan, tetapi roh ini adalah kepunyaan alam yang hak. Ia tidak berminat dan tidak memperdulikan apa sahaja melainkan Dzat Allah. Nabi s.a.w bersabda,
“Dunia ini tidak disukai dan tidak dihajati oleh orang yang inginkan akhirat. Akhirat pula tidak dihajati oleh orang yang inginkan dunia, dan ia tidak akan diberi kepada mereka. Tetapi bagi roh yang mencari Dzat Allah dunia dan akhirat tidak menarik perhatiannya” . Roh untuk yang hak. Orang yang memilikinya akan mencari, menemui dan bersama Tuhannya.

Apa sahaja yang kamu buat di sini zahir kamu mestilah menurut jalan yang lurus. Ia hanya mungkin dengan mengikuti dan mematuhi serta memelihara peraturan dan hukum agama. Untuk berbuat demikian seseorang haruslah menyedari, mengingati Allah malam dan siang, zahir dan batin, berterusan.

Bagi mereka yang menyaksikan yang hak mengingati Allah adalah wajib sebagaimana perintah-Nya: “Maka hendaklah kamu ingat kepada Allah sambil berdiri dan sambil duduk dan sambil (berbaring) atas rusuk-rusuk kamu” . (Surah Nisaa’, ayat 103). “Yang mengingati Allah sambil berdiri dan sambil duduk dan sambil berbaring dan memikirkan tentang kejadian langit-langit dan bumi (sambil berkata), ‘Wahai Tuhan kami, Engkau tidak jadikan(semua) ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau’” . (Surah Imraan, ayat 191).

Sirr Al-Asrar Fi Ma Yahtaju Ilayhi Al-Abrar

Syekh Abdul Qadir Al-Jailani

Rabu, 23 November 2016

ZIKIRLAH DENGAN TAUHID

ZIKIRLAH DENGAN TAUHID

Seorang mursyid menceritakan ,

Seorang teman berkata kepadaku ,

" Sudah banyak zikir yang kubaca, sudah kuhafal seluruh maknanya dan ada telah kualami keajaiban karamahnya. Hanya satu yang masih terasa kurang bagiku. Mengapakah dalam berzikir aku masih belum dapat merasakan dekat dengan Allah ?

Seolah-olah Allah itu jauh dariku, dan aku jauh dariNya.

Seperti ada batas atau hijab pemisah antara aku dan Allah.

Konflik persoalan ini terus bermain di lubuk fikiranku, sehingga terbawa-bawa ke klimaks batin yang amat membingungkan tanpa penjelasan.

Akhirnya membuatkan aku sendiri merasa jemu untuk meneruskan zikir.

Apakah ada yang salah pada zikirku ?

Padahal zikir-zikirku itu kuperolehi secara talqin dan ijazah dari seorang guru mursyid ! "

Pertanyaan darinya itu tidak kujawab secara spontan. Agak lama aku terdiam sambil mengambil waktu untuk berfikir. Setelah aku yakin mungkin dapat membantu pertanyaannya itu, dengan tenang aku cuba berkata;

1. Masalah yang utama sekali ialah dalam zikir itu kau tidak mengenalNya sebagaimana mengenalNya dengan sebenar-benar kenal.

Kau sekadar mengenalNya dalam ilmu-ilmu kalam yang kau pelajari tetapi tidak dengan rahsia misykat qalbumu yang terdalam.

Apabila kau tidak mengenalNya dengan qalbu, maka asas niatmu untuk berzikir itu tidak kau bangunkan dari sudut yang benar dan sempurna. Justru itu kau harus memperbetulkan niatmu dahulu.

Kemudian kau bina niatmu itu semata-mata demi Allah. Setiap ibadah itu seharusnya dibangunkan atas dasar tauhid dan taqwa dan bukan kerna mendambakan ganjarannya.

Orang yang berzikir itu sewajarnya berada di maqam ikhlas. Bersabda Nabi saw, "Sesungguhnya (nilai) niat itu lebih utama dari perbuatan."

2. Apabila kau tidak mengenalNya melalui misykat qalbumu, maka zikirmu itu bertindak atas kemahuan nafsumu sendiri.

Kesilapanmu adalah kerana kau terlalu bergantung dengan amalmu dan tidak dengan rahmat dan kasih-sayang Allah.

Lantaran itu kau menganggap zikirmu adalah dari usaha dirimu sendiri dan bukan dari kurniaan Allah.

3. Kau beranggapan ketika kau berzikir bahawa kaulah yang mengingati Allah dan Allah itulah yang diingati.

Lantaran demikian, sebenarnya kau tidak berserahkan dirimu sepenuh-penuhnya kepada Allah, tiada sifat tawakal dan redhamu kepada Allah dengan sebenar-benarnya redha dan tawakal.

Bagaimana mungkin kau dapat dekat dengan Allah selagi kau belum berserah diri kepada Allah?

4. Sesungguhnya tiada yang mengingati Allah melainkan Allah, tiada yang memuji Allah melainkan Allah. Dirimu hanyalah bekas penzahiran Allah.

Kau sebenarnya tiada, kosong semata-mata. Kau bukanlah kau sebenarnya. Ketika kau berzikir, sebenarnya bukan kau yang berzikir, tetapi Allah yang berzikir memuji DzatNya sendiri.

Kau sekadar menjadi alat pilihanNya. Suara zikir yang melantun keluar dari lisanmu adalah sebenarnya suara Allah. Kau sekadar berzikir dilidah dan Qalbumu sedangkan pezikir yang hakiki adalah takluq sifat Kalam Allah.

Gema zikir yang menerawang dalam batinmu adalah sebenarnya kalam Allah. Sayangnya kau tidak menyedarinya...kerana tidak mengenaliNya...bahawa Dialah hakikat disebalik sesuatu.

5. Janganlah kau berzikir dengan tujuan zikir kerana zikir. Kerana ini akan membuatmu terperangkap dan terpesona di maqam yang akan memperlihatkan pelbagai keajaiban karamah, tetapi ini jugalah yang menghambatmu dalam perhubungan makrifat dengan Allah.

Pedulikan tentang keajaiban-keajaiban zikir yang terutamanya boleh mendatangkan pujian dan gelaran orang kepadamu sebagai 'Wali'.

Berzikirlah dari Allah dengan Allah kepada Allah bersama Allah untuk Allah dan demi Allah. Tutuplah rapat-rapat pintu bibirmu agar zikir itu tidak kedengaran oleh sesiapa pun, hatta malaikat yang bertugas mencatatkan amalmu di bahu kanan pun tidak tahu di manakah munculnya zikir itu.

Biarkan Allah sahaja yang tahu zikir itu berada di dalam 'Sirrmu' – (lubuk rahsia dalam batinmu) yakni di kamar yang Jibrail sendiri pun dilarang memasukinya, agar kau terlepas dari rasa ujub dan riak serta tidak dipuji orang.

6. Jika kau telah dapat menjalankan zikir atas rasa ikhlas semata-mata kepada Allah dan Allah redha kepadamu, ketahuilah bahawa ikhlas itulah tauhid sebenarnya.

Allah sendiri yang akan membimbingmu dan mengajarkanmu zikir yang khusus yang hanya kau sahaja yang mengetahui tentang rahsia zikir itu.

Dimana zikir itu tidak diajarkan atau diketahui oleh orang awam, sebagai sarana untuk kau bertemu, mengenal dan bersama denganNya.

7. Dan terakhir sekali apa yang ingin kukatakan; tinggalkanlah semua dunia dan akhirat dan bersamalah hanya dengan Allah dalam setiap tujuan.

Kau harus mematikan seluruh wujud dirimu. Selagi ada wujud dirimu, maka Zikir Haq ini mustahil dapat kau lakukan dengan sebaiknya.

Zikir Haq itu ialah ingat kepada Allah dengan Allah bersama Allah dalam sudut qalbumu yang terdalam serta dalam suasana yang paling diam dan hening tanpa perlu mengeluarkan sebarang ucapan hanya merasakan kehadiran Allah itu ada bersama-samamu di mana pun kau berada.

Sehinggalah kau dapat merasakan bersatu denganNya seperti terbakarnya besi ke dalam api, besi itu menjadi api, api itulah besi yang membakar- tidak kau lihat sesuatu sebelumnya melainkan Allah.

Tidak kau lihat sesudahnya melainkan Allah, tidak kau lihat sesuatu di dalamnya melainkan Allah, akhirnya tiada lagi yang wujud melainkan Allah di dalam maqam Insan Al-Kamil.

Sampai cukup masanya besi telah keluar dari api sebagai besi yang indah dan sempurna, tidak lagi sebagai besi yang hodoh dan berkarat serta berkebaikan buat kehidupan dunia dan akhirat.

Ahad, 26 Jun 2016

RAHASIA DZIKIR UNTUK MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH

RAHASIA DZIKIR UNTUK MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH

Ibn ‘Abbas r.a. menuturkan, “Ketika Allah Swt. menciptakan ‘Arasy, maka Allah memerintahkan para malaikat pemikul ‘Arasy agar memikul ‘Arasy tersebut. Lalu mereka merasa berat memikulnya, maka Allah Swt. berfirman, ‘Bacalah, ‘subhân allâh.’ Para malaikat itu pun membaca, ‘subhân allâh,’ hingga mereka merasa ringan memiku l ‘Arasy.

Malaikat-malaikat itu terus membaca subhân allâh sepanjang masa, sampai Allah SWT menciptakan Nabi Adam. Ketika Nabi Adam bersin, maka Allah SWT. mengilhamkan kepadanya agar membaca al-hamdu li-allâh. Maka, Allah Swt. berfirman, ‘Yarhamuka Rabbuka (semoga Tuhanmu merahmatimu). Karena itulah, Aku mciptakanmu, wahai Adam.’ Para malaikat berkata, ‘Ini adalah kalimat ke dua yang agung, kami tidak boleh melupakan kalimat ini.

Mereka menyambungkan kalimat tersebut dengan kalimat pertama. Sehingga sepanjang masa malaikat mengucapkan, ‘Subhân allâh wal hamdu li-allâh.’ Malaikat-malaikat terus membaca kalimat tersebut sampai Allah mengutus Nabi Nuh a.s. Dalam sejarah disebutkan bahwa kaum Nabi Nuh adalah orang pertama yang menjadikan berhala sebagai sesembahan. Lalu Allah Swt. mewahyukan kepada Nabi Nuh agar ia menyuruh kaumnya untuk mengatakan, ‘lâ ilaha illa allâh,’ hingga Allah meridai mereka.

Malaikat berkata, ‘Ini adalah kalimat ketiga yang akan kami gabungkan dengan dua kalimat sebelumnya.’
Mereka pun mulai mengatakan Subhân allâh wal hamdu li-allâh wala ilaha illa allâh. Kalimat ini terus diucapkan oleh para malaikat sepanjang masa, sampai Allah SWT mengutus Nabi Ibrahim a.s. Allah Swt. memerintahkan agar Nabi Ibrahim mengurbankan anak kesayangannya, Isma‘il. Kemudian Allah menggantinya dengan seekor domba. Ketika Ibrahim melihat domba itu, maka ia berkata, ‘Allâhu Akbar,’ sebagai luapan kegembiraannya.

Malaikat berkata, ‘Ini adalah kalimat keempat yang agung. Kami akan menggabungkannya dengan tiga kalimat sebelumnya.’ Akhirnya, para malaikat itu mulai mengucapkan, ‘Subhân allâh wal hamdu li-allâh wala ilaha illa allâh wa Allâhu Akbar.’ Waktu malaikat Jibril menceritakan hal ini kepada Rasulullah saw., maka karena kekagumannya, beliau berkata, ‘Lâ hawla wala quwwata illa billah al-‘alî al-‘azhîm.’ Maka, Jibril berkata, ‘Ini adalah kalimat penutup dari empat kalimat sebelumnya.’”

Abu Hurairah r.a. juga meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda, “Siapa bertasbih kepada Allah 33 kali setiap kali selesai salat; bertahmid kepada Allah sebanyak 33 kali; dan bertakbir kepada Allah 33 kali; maka, totalnya 99 kali. Kemudian ia menggenapkannya menjadi 100 dengan bacaaan ‘Lâ ilaha illâ Allâh wahdahu lâ syarîka lah lahu al-mulku wa lahu al-hamdu wa huwa ‘ala kulli syay’in qadîr. Maka, Allah akan mengampuni semua kesalahan-kesalahannya, meskipun sebanyak buih lautan.” (HR Bukhari dan Muslim).

Diriwayatkan pula bahwa Nabi Musa a.s. mengatakan, “Wahai Tuhanku, bagaimana saya dapat membedakan antara orang yang Engkau cintai dengan orang yang Engkau benci?’ Allah SWT menjawab, ‘Hai Musa, sesungguhnya jika Aku mencintai seorang hamba, maka Aku akan menjadikan dua tanda kepadanya.’

Musa bertanya, ‘Wahai Tuhanku, apa kedua tanda itu?’
Allah SWT menjawab, ‘Aku akan mengilhamkan kepadanya agar ia berzikir kepada-Ku agar Aku dapat menyebutnya di kerajaan langit dan Aku akan menahannya dari lautan murka-Ku agar ia tidak terjerumus ke dalam azab dan siksa–Ku. Hai Musa, jika Aku membenci seorang hamba, maka Aku akan menjadikan dua tanda kepadanya.’

Musa bertanya, ‘Wahai Tuhanku, apa kedua tanda itu?’
Allah SWT menjawab, ‘Aku akan melupakannya berzikir kepada-Ku dan Aku akan melepaskan ikatan antara dirinya dan jiwanya, agar ia terjerumus ke dalam lautan murka-Ku sehingga ia merasakan siksa-Ku.’”

---Syekh 'Abd al-Hamid Anquri dalam Munyah al-Wâ‘ìzhîn wa Ghunyah al-Muta‘azhzhîn

Sabtu, 28 Mei 2016

Apakah Itu Zikir Nafas?

Apakah Itu Zikir Nafas?

Kepada yang bertanya…

Di sini inginlah saya memperjelaskan bahawa maksud, erti atau makna zikir nafas itu, adalah zikir yang tidak berhuruf dan tidak bersuara. Adapun zikir yang tidak berhuruf dan bersuara itu, adalah zikir yang tidak menggunakan bibir mulut dan tidak menggunakan buah tasbih.

Namun, sebelum itu, tuan-tuan kena faham dulu, apakah itu makna, maksud atau erti zikir. Adapun maksud perkataan zikir itu adalah dalam bahasa Arab. Bilamana diMelayukan ianya bermaksud “Ingat”. Zikir dalam bahasa arab, manakala dalam bahasa Melayu pula ertinya “ingat”.

Sekarang kita jangan jadi Arab, mari kita jadi Melayu atau jadi Indon. Kita belajar ilmu bukan nak jadi Arab, tetapi mari kita belajar supaya jadi kita (Melayu atau Indon). Matikan bunyi-bunyi Arab.

Kalau diMelayukan makna zikir itu ingat. Sekarang mari kita sebut perkataan ingat jangan lagi kita sebut perkataan zikir. Kalau kita sebut zikir nanti kita hanya ingat buah tasbih.

Bagaimana untuk ingat kepada Allah dengan tidak berhuruf dan bersuara. Tidakkah Allah itu tidak berhuruf dan tidak bersuara, tidak berjirim dan tidak berjisim. Seharusnya juga ingat kepada Allah itu, sepantasnya juga dengan cara tidak berhuruf dan bersuara. iaitu dengan cara:

“Ingat kepada nafas kita yang turun naik”

Nafas kita yang turun naik siang dan malam itu, sebenarnya zikir (ingat) kepada Allah. Yang turun naik itu tidak tidur, dia sajalah yang ingat kepada Allah, walaupun kita dalam keadaan tidur atau dalam keadaan kita lupa.

Memandangkan tuan hanya tanya tentang zikir, maka saya hanya menjawab tentang zikir. Memandangkan tuan tidak bertanya tentang apakah maksud, erti atau makna nafas yang turun naik, makanya saya hanya jawab setakat zikir sahaja. Untuk mengetahui apakah itu nafas yang turun naik, kita cerita di lain hari.

Jika tuan berkehendak kepada apakah itu maksud nafas yang turun naik, kita jumpa di lain masa dan lain waktu.

Siapakah nafas kita yang turun dan naik setiap detik itu?

Ahad, 3 Ogos 2014

NAFAS & ZIKIR NAFAS

NAFAS & ZIKIR NAFAS

Nafas yang keluar-masuk dari lubang hidung yang tidak dapat dikesan oleh pancaindera, kosong tetapi sebenarnya ada dan dengan keberadaannya itu menzahirkan pula nadi kehidupan adalah sebenarnya gambaran pada Martabat ZAT AHADIYYAH yang belum bersifat, bernama dan beraf'al. 

Kehidupan mutlak bermula dari tiupan Roh dan kehidupan makhluk pula bersumber dari kehidupan Allah SWT - ZAT Mutlak Yang Maha Hidup dan DIAlah yang sebenarnya memberikan kehidupan daripada Kehidupan-NYA sendiri kepada makhluk yang dimana semua benda mati tak mungkin dapat berbuat sesuatu tanpa Iradat dan Qudrat-NYA.

Zikir nafas itu melalui hubungan nafas yang keluar masuk disertakan zikir Hu Allah tanpa diucapkan dengan bibir suara dan hanya menyebutnya di dalam hati sahaja. Hu adalah ketika jalannya memasuki nafas seraya mengingati Lailaha illa Hu (tiada yang wujud melainkan DIA) di dalam kesedaran hakikat diri, dan Allah adalah ketika menzahirkan nafas seraya mengingati Lamaujud illallah (tiada yang maujud melainkan Allah) di dalam kesedaran syariat diri. 

Bermulanya setiap manusia itu melakukan zikir nafas ialah ketika sejak mula lahirnya sebagai bayi di dunia ini. Bayi itu telah mengambil salah-satu unsur iaitu udara di bumi ini untuk menjadi gerakan nafasnya. Nafas yang masuk membawa kehidupan dan nafas yang keluar membawa tenaga batiniah. Sebenarnya nafas itu juga terdirinya dua huruf. Nafas yang masuk terdiri huruf HA, manakala nafas yang keluar terdiri huruf Waw, maka sambungan kedua huruf itu adalah perkataan HUWA (DIA).

Pada peringkat awal zikir nafas ini bersandarkan juga daya ingat kepada Allah atau saat mengingati Allah. Bagaimanapun, zikir yang berdasarkan semata-mata pada daya ingatan, sebenarnya tidak kekal kerana sifat akal manusia itu sebenarnya lemah. Sebentar mengingati Allah dan sebentar pula hilang tumpuan ingatannya kepada Allah kerana terhalang oleh sebab yang melalaikannya apabila tumpuannya beralih kepada selain Allah.

Setelah zikir nafas itu tidak lagi tergantung pada keluar-masuknya nafas, maka zikir Hu Allah itu pun berpadu dalam diam di bawah kesedarannya serta tidak lagi terpaut pada daya ingatan dan nafas jasmaninya, kecuali telah menjadi zikir roh atau roh yang berzikir, sementara seluruh jasad telah dikatakan mati maknawi, yakni dikatakan mati sebelum mati.

Zikir roh itu tidak akan tercapai selagi tidak membuka pintu kesedaran batin. Justeru itulah zikir roh bukan lagi dengan nafas tetapi adalah dengan penyingkapan kesedaran matahati yang terdalam atau ‘ainul bashirah. 

Apabila pintu kesedaran batin sudah terbuka, maka dengan sendirinya zikir Hu Allah itu pun tidak lagi berulang-ulang lalu meresap hilang di dalam musyahadah rahsia NurNya, dengan ertikata lain rahsia NurNya itulah yang berzikir, dan pada ketika yang sama roh telah dapat mengenal siapakah dirinya atau siapakah hakikatnya yang tidak lain adalah wujud Allah di martabat Wahdat al-Syuhud dalam penyaksian saling pandang-memandang di antara Nurun ‘alan Nur tanpa jarak di atas, di bawah, di kiri atau di kanan. 

Roh merasakan berada sangat hampir sekali dengan Allah, tetapi terlalu hampirnya roh itu dengan Allah bukan difahami secara konsep pantheisme, iaitu seperti bercantumnya dua helai kain perca di antara makhluk dengan Allah, atau makhluk menjadi Allah dan Allah menjadi makhluk dalam maksud dua wujud menjadi satu. 

Atau contohnya seperti air, gula, kopi dan susu dibancuh menjadi minuman di dalam satu cawan. Sama sekali tidak. Roh adalah yang tidak dijadikan kerana ianya termasuk di dalam perintah atau urusan Allah dan adalah dari Allah. 

Hampirnya roh itu dengan Allah seumpama matahari dengan pancaran cahayanya. Matahari dengan sinar cahayanya bukanlah dua bentuk yang berbeda dan tersendiri, melainkan sinar cahaya matahari itu adalah dari matahari itu juga.

Roh boleh diibaratkan sebagai permukaan cermin dan melaluinya Allah melihat DiriNya sendiri dalam tajalliNya tetapi bukan di dalam kemutlakanNya, kerana ilmuNya yang mutlak itu hanya ada pada DiriNya dan milikNya sahaja. 

Justeru itu roh adalah alat yang dengannya Allah mengenal DiriNya sebagaimana keinginannya dari sejak azali terungkap di dalam sebuah hadis qudsi, “Aku adalah perbendaharaan yang tersembunyi. Aku rindu untuk dikenali maka Kujadikan makhluk agar DiriKu dikenali.”

Roh tidak ada keinginan lain hanya tumpuannya semata-mata kepada Allah. Allah telah menempatkan rohNya yang suci ini hanya pada tubuh Insan al-Kamil dan hanya Insan al-Kamil inilah yang menjadi tumpuan kesedaran Allah bahwa siapa yang kenal dirinya, akan kenallah Allah. 

Insan al-Kamil ini ibarat sepohon zaitun yang tumbuh tidak di timur dan tidak pula di barat, dimana pohonnya mengandungi terlalu banyak keberkahan sebagaimana diceritakan di dalam al-Quran, Surah an-Nur: 35. Keberkahan yang dimaksudkan itu ialah kelimpahan ilmuNya yang dikurniakan kepada roh dan dengan itu roh dapat menyaksikan Allah pada semua HadratNya, sebagaimana sebiji benih yang dapat menyingkap seluruh rahsianya pada setiap bahagian pohon seperti akarnya, batangnya, rantingnya, daunnya dan buahnya.

Zikir roh itulah yang sebenarnya dikatakan zikir nafas. Manakala zikir yang bersama keluar-masuknya udara nafas itu adalah zikir yang majazi (sementara) sahaja. Zikir roh itulah juga dianggap oleh kaum ariffin sebagai sholat daim, yakni sholat yang berkekalan dan tidak berwaktu. Roh itu sentiasa berada di dalam kawasan kesedarannya menyaksikan Allah seperti firmanNya, “Bukankah Aku Tuhanmu?” “Bahkan! Aku menyaksikanMu!” dijawab oleh roh. 

Roh telah dihantarkan ke alam qalbu (hati) atau namanya Alam Mitsal untuk memikul tugas khalifah maka itu roh pun diturunkan ke Alam Ajsam atau jasad manusia. Hanya hati manusia yang suci bersih dapat menyedari bahwa roh itulah suatu hakikat yang bergelar Al-Nur, dirujukkan kepada posisi Aku dalam sudut batin manusia yang terdalam dan juga dinamakan Sirr. Menurut Syekh Ibnu Arabi, hati atau qalbu manusia yang suci bersih itu dapat menggambarkan semua kesempurnaan Allah kerana hati manusia itu mengandungi aspek-aspek Ketuhanan.

Roh sebagai Al-Nur itu mestilah ada perhubungannya dengan Allah Yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah roh dapat bertindak dalam semua laluan fakulti manusia baik yang zahir atau batin, sebagaimana mampu menggambarkan idea, memahami rupa, warna, huruf dan suara. Namun penglihatan dan pengetahuan dari hakikat roh itu sendiri kembali kepada wujud Allah dan perbuatan Allah. 

Allah yang dilihat adalah Allah yang Maha melihat, Allah yang diketahui adalah Allah yang Maha mengetahui setelah mencapai puncak rasa dan syuhud di dalam kesatuan zikir nafas.