Pages

Memaparkan catatan dengan label zikir nafas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label zikir nafas. Papar semua catatan

Selasa, 16 Mei 2017

Apa Itu Zikir Nafas

Apa Itu Zikir Nafas
(Zikir Yang Tidak Berhuruf dan Bersuara)

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimah yang dirahmati Allah sekalian. Saya terpanggil untuk menjawab persoalan yang diutarakan oleh para sahabat mengenai zikir nafas.

Zikir yang tidak berhuruf atau tidak bersuara itu, bukannya bermaksud ingat kepada nafas yang turun naik. Adapun nafas yang turun naik itu, adalah merupakan angin, sedangkan zikir iru bukannya bertujuan untuk ingat kepada angin!.

Zikir bukan bertujuan untuk ingat kepada angin (yang keluar melalui hidung), bukan bertujuan untuk ingat kepada dada yang bergerak, jantung yang berdegup dan nadi yang berdenyut!. Itu bukan zikir yang tidak berhuruf dan bersuara.

Harap sahabat-sahabat dan pengemar blog saya diluar sana, faham apakah itu hakikat zikir dan faham apakah itu hakikat tidak berhuruf dan bersuara.

Nafas masih boleh dirasa, sedangkan yang tidak berhuruf, tidak bersuara, tidak berjirim dan berjisim itu, adalah sehingga sampai kepada penghujung rasa (sehingga sampai kepada tidak ada rasa).

Setelah sampai kepada tahap tidak ada rasa, itu baru dikatakan zikir yang tidak berjirim dan berjisim (tidak berhuruf dan tidak bersuara).

Selagi ada rasa angin yang keluar masuk, itu bukannya zikir (ingat)!. Maksud ingat (zikir) kepada Allah itu, bukanya bermaksud ingat kepada angin. Adapaun angin itu, bukan Allah!. Setelah ingat kepada Allah (tuan yang empunya nama), barulah dikatakan sebenar-benar zikir nafas.

Sesetengah dari kita, ada yang mengatakan bahawa dengan ingat kepada perkataan hu atau hak semasa keluar atau masuknya nafas itu, dikatakan zikir nafas. Hu atau hak itu, adalah perkataan atau lafazan dari suara yang keluar dari halkum, itu bukan zikir nafas (Hu atau haq itu, bukan zikir nafas!).

Apakah itu yang dikatakan zikir nafas. Apakah itu nafas?…………… barang siapa tahu maksud, makna atau erti nafas, maka tahulah apa itu zikir nafas!.

Hj Shaari

Isnin, 6 Februari 2017

Zikir nafas kaedah Pak Habib Syed Padzil Barakbah

Zikir Nafas

a. Tarik nafas dari bawah pusat hingga sampai ke halkum. Semasa menarik nafas lakukan zikir HU 1X(tanpa bunyi). Perut kembung, kemut dubur dan tahan nafas dari bawah pusat. Makam Zikir HU adalah dibawah pusat.

b. Nafas masih ditahan. Tongkat lidah ke lelangit, telan air liur dan zikir HAQ 1X ke dada. Makam Zikir HAQ adalah di dada.

c.  Nafas masih ditahan.Nazar/pandang/bayangkan  nafas naik lagi sampai melepasi ubun-ubun.

d. Nazar/pandang/bayangkan Nafas turun balik dari atas ubun2, melalui antara dua kening. Lepaskan nafas melalui hidung sambil membaca:

1X  لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ
dan ALLAH ALLAH Allah (tiada bilangan)

Nota:
1. Selepas Air liur ditelan dan Zikir HAQ 1X didada, sebut Allah Allah sebanyak2nya di dada secara Sirr/Khofi ( selama mana nafas dapat ditahan).

2. Sampai/Wusul kepada Allah dengan nafas terakhir. Oleh itu kena mati sebelum mati dengan cara nafas ditahan. Mati ini dinamakan Mati Suri.

Pak Habib Syed Padzil Barakbah

Sabtu, 28 Mei 2016

Apakah Itu Zikir Nafas?

Apakah Itu Zikir Nafas?

Kepada yang bertanya…

Di sini inginlah saya memperjelaskan bahawa maksud, erti atau makna zikir nafas itu, adalah zikir yang tidak berhuruf dan tidak bersuara. Adapun zikir yang tidak berhuruf dan bersuara itu, adalah zikir yang tidak menggunakan bibir mulut dan tidak menggunakan buah tasbih.

Namun, sebelum itu, tuan-tuan kena faham dulu, apakah itu makna, maksud atau erti zikir. Adapun maksud perkataan zikir itu adalah dalam bahasa Arab. Bilamana diMelayukan ianya bermaksud “Ingat”. Zikir dalam bahasa arab, manakala dalam bahasa Melayu pula ertinya “ingat”.

Sekarang kita jangan jadi Arab, mari kita jadi Melayu atau jadi Indon. Kita belajar ilmu bukan nak jadi Arab, tetapi mari kita belajar supaya jadi kita (Melayu atau Indon). Matikan bunyi-bunyi Arab.

Kalau diMelayukan makna zikir itu ingat. Sekarang mari kita sebut perkataan ingat jangan lagi kita sebut perkataan zikir. Kalau kita sebut zikir nanti kita hanya ingat buah tasbih.

Bagaimana untuk ingat kepada Allah dengan tidak berhuruf dan bersuara. Tidakkah Allah itu tidak berhuruf dan tidak bersuara, tidak berjirim dan tidak berjisim. Seharusnya juga ingat kepada Allah itu, sepantasnya juga dengan cara tidak berhuruf dan bersuara. iaitu dengan cara:

“Ingat kepada nafas kita yang turun naik”

Nafas kita yang turun naik siang dan malam itu, sebenarnya zikir (ingat) kepada Allah. Yang turun naik itu tidak tidur, dia sajalah yang ingat kepada Allah, walaupun kita dalam keadaan tidur atau dalam keadaan kita lupa.

Memandangkan tuan hanya tanya tentang zikir, maka saya hanya menjawab tentang zikir. Memandangkan tuan tidak bertanya tentang apakah maksud, erti atau makna nafas yang turun naik, makanya saya hanya jawab setakat zikir sahaja. Untuk mengetahui apakah itu nafas yang turun naik, kita cerita di lain hari.

Jika tuan berkehendak kepada apakah itu maksud nafas yang turun naik, kita jumpa di lain masa dan lain waktu.

Siapakah nafas kita yang turun dan naik setiap detik itu?

Khamis, 3 September 2015

SAYANG LAH ALLAH

SAYANG LAH ALLAH SEBAB KASIH SAYANG ALLAH TERHADAP HAMBA NYA SUDAH DI BUKTIKAN DENGAN 90 PEMBERIAN BESAR

ALLAH amat menyayangi hamba hamba Nya sehingga ke akhir hayyat kita , sehingga kita tak mahu menerimah ALLAH , Beriman dengan jalan yang Haqq iaitu jalan Syahadah - Menyaksi...
segala Kasih Sayang Nya dan Kemurahan Nya di mana -mana sahaja - hanya apabila kita mempelajari Ilmu Syahadah dari ilmu Pembukaan Mata Hati maka kita akan sedar dalam setiap Syahadah

- Kasih Sayang ALLAH
- Kemurahan ALLAH

Bukti segala nya adalah dia masih memberi kita

- Nafas
- Nyawa
- Hidup
- Penglihatan
- Pendengaran dan 86 lagi nikmaat dan lebih dari itu membuktikan betapa ALLAH Sayang dan Mengasih kita dan ketahuilah DIA tidak berputus asa sekali pun dan ALLAH memberi kita peluang sampai akhir Nafas kalau kita menerimah ALLAH atau tidak dan TANDA kita terimah ALLAH adalah

- Kita Cinta Kalimah Nya La ilaha ilAllah
- Kita Sayang Kalimah La ilaha IlAllah
- Kita berpegang dengan Hakikat Cinta Kalimah la ilaha IlAllah

Ummat Islam semua terimah Islam , ibadat ,Al Quran tapi ada pernah terimah ILMU Kalimah La ilaha ilAllah ada kita pernah amal Ilmu Syahadah tak?. Ada pernah kita Cinta Ilmu La ilaha IlAllah tak?. Kalau tak ada bermakna Cinta kita belum wujud lagi pada ALLAH

Cepatlah Ikrar Ya ALLAH

- Hamba Cinta Pada Kalimah Mu La ilaha IlAllah
- Hamba Sayang Kalimah La ilaha IlAllah
- Hamba Mahu hidup dan mati dengan Kalimah Mu Ya ALLAH

Lihat selepas 40 hari dengan Ikrar ini anda akan merasai satu kemanisan dalam Qalbu dan kelazatan dalam Ikrar Syahaadah. Terbukti berkesan dan Terbukti Impaknya DEMI ALLAH Benar - Cuba dahulu baru tahu

Ahad, 3 Ogos 2014

NAFAS & ZIKIR NAFAS

NAFAS & ZIKIR NAFAS

Nafas yang keluar-masuk dari lubang hidung yang tidak dapat dikesan oleh pancaindera, kosong tetapi sebenarnya ada dan dengan keberadaannya itu menzahirkan pula nadi kehidupan adalah sebenarnya gambaran pada Martabat ZAT AHADIYYAH yang belum bersifat, bernama dan beraf'al. 

Kehidupan mutlak bermula dari tiupan Roh dan kehidupan makhluk pula bersumber dari kehidupan Allah SWT - ZAT Mutlak Yang Maha Hidup dan DIAlah yang sebenarnya memberikan kehidupan daripada Kehidupan-NYA sendiri kepada makhluk yang dimana semua benda mati tak mungkin dapat berbuat sesuatu tanpa Iradat dan Qudrat-NYA.

Zikir nafas itu melalui hubungan nafas yang keluar masuk disertakan zikir Hu Allah tanpa diucapkan dengan bibir suara dan hanya menyebutnya di dalam hati sahaja. Hu adalah ketika jalannya memasuki nafas seraya mengingati Lailaha illa Hu (tiada yang wujud melainkan DIA) di dalam kesedaran hakikat diri, dan Allah adalah ketika menzahirkan nafas seraya mengingati Lamaujud illallah (tiada yang maujud melainkan Allah) di dalam kesedaran syariat diri. 

Bermulanya setiap manusia itu melakukan zikir nafas ialah ketika sejak mula lahirnya sebagai bayi di dunia ini. Bayi itu telah mengambil salah-satu unsur iaitu udara di bumi ini untuk menjadi gerakan nafasnya. Nafas yang masuk membawa kehidupan dan nafas yang keluar membawa tenaga batiniah. Sebenarnya nafas itu juga terdirinya dua huruf. Nafas yang masuk terdiri huruf HA, manakala nafas yang keluar terdiri huruf Waw, maka sambungan kedua huruf itu adalah perkataan HUWA (DIA).

Pada peringkat awal zikir nafas ini bersandarkan juga daya ingat kepada Allah atau saat mengingati Allah. Bagaimanapun, zikir yang berdasarkan semata-mata pada daya ingatan, sebenarnya tidak kekal kerana sifat akal manusia itu sebenarnya lemah. Sebentar mengingati Allah dan sebentar pula hilang tumpuan ingatannya kepada Allah kerana terhalang oleh sebab yang melalaikannya apabila tumpuannya beralih kepada selain Allah.

Setelah zikir nafas itu tidak lagi tergantung pada keluar-masuknya nafas, maka zikir Hu Allah itu pun berpadu dalam diam di bawah kesedarannya serta tidak lagi terpaut pada daya ingatan dan nafas jasmaninya, kecuali telah menjadi zikir roh atau roh yang berzikir, sementara seluruh jasad telah dikatakan mati maknawi, yakni dikatakan mati sebelum mati.

Zikir roh itu tidak akan tercapai selagi tidak membuka pintu kesedaran batin. Justeru itulah zikir roh bukan lagi dengan nafas tetapi adalah dengan penyingkapan kesedaran matahati yang terdalam atau ‘ainul bashirah. 

Apabila pintu kesedaran batin sudah terbuka, maka dengan sendirinya zikir Hu Allah itu pun tidak lagi berulang-ulang lalu meresap hilang di dalam musyahadah rahsia NurNya, dengan ertikata lain rahsia NurNya itulah yang berzikir, dan pada ketika yang sama roh telah dapat mengenal siapakah dirinya atau siapakah hakikatnya yang tidak lain adalah wujud Allah di martabat Wahdat al-Syuhud dalam penyaksian saling pandang-memandang di antara Nurun ‘alan Nur tanpa jarak di atas, di bawah, di kiri atau di kanan. 

Roh merasakan berada sangat hampir sekali dengan Allah, tetapi terlalu hampirnya roh itu dengan Allah bukan difahami secara konsep pantheisme, iaitu seperti bercantumnya dua helai kain perca di antara makhluk dengan Allah, atau makhluk menjadi Allah dan Allah menjadi makhluk dalam maksud dua wujud menjadi satu. 

Atau contohnya seperti air, gula, kopi dan susu dibancuh menjadi minuman di dalam satu cawan. Sama sekali tidak. Roh adalah yang tidak dijadikan kerana ianya termasuk di dalam perintah atau urusan Allah dan adalah dari Allah. 

Hampirnya roh itu dengan Allah seumpama matahari dengan pancaran cahayanya. Matahari dengan sinar cahayanya bukanlah dua bentuk yang berbeda dan tersendiri, melainkan sinar cahaya matahari itu adalah dari matahari itu juga.

Roh boleh diibaratkan sebagai permukaan cermin dan melaluinya Allah melihat DiriNya sendiri dalam tajalliNya tetapi bukan di dalam kemutlakanNya, kerana ilmuNya yang mutlak itu hanya ada pada DiriNya dan milikNya sahaja. 

Justeru itu roh adalah alat yang dengannya Allah mengenal DiriNya sebagaimana keinginannya dari sejak azali terungkap di dalam sebuah hadis qudsi, “Aku adalah perbendaharaan yang tersembunyi. Aku rindu untuk dikenali maka Kujadikan makhluk agar DiriKu dikenali.”

Roh tidak ada keinginan lain hanya tumpuannya semata-mata kepada Allah. Allah telah menempatkan rohNya yang suci ini hanya pada tubuh Insan al-Kamil dan hanya Insan al-Kamil inilah yang menjadi tumpuan kesedaran Allah bahwa siapa yang kenal dirinya, akan kenallah Allah. 

Insan al-Kamil ini ibarat sepohon zaitun yang tumbuh tidak di timur dan tidak pula di barat, dimana pohonnya mengandungi terlalu banyak keberkahan sebagaimana diceritakan di dalam al-Quran, Surah an-Nur: 35. Keberkahan yang dimaksudkan itu ialah kelimpahan ilmuNya yang dikurniakan kepada roh dan dengan itu roh dapat menyaksikan Allah pada semua HadratNya, sebagaimana sebiji benih yang dapat menyingkap seluruh rahsianya pada setiap bahagian pohon seperti akarnya, batangnya, rantingnya, daunnya dan buahnya.

Zikir roh itulah yang sebenarnya dikatakan zikir nafas. Manakala zikir yang bersama keluar-masuknya udara nafas itu adalah zikir yang majazi (sementara) sahaja. Zikir roh itulah juga dianggap oleh kaum ariffin sebagai sholat daim, yakni sholat yang berkekalan dan tidak berwaktu. Roh itu sentiasa berada di dalam kawasan kesedarannya menyaksikan Allah seperti firmanNya, “Bukankah Aku Tuhanmu?” “Bahkan! Aku menyaksikanMu!” dijawab oleh roh. 

Roh telah dihantarkan ke alam qalbu (hati) atau namanya Alam Mitsal untuk memikul tugas khalifah maka itu roh pun diturunkan ke Alam Ajsam atau jasad manusia. Hanya hati manusia yang suci bersih dapat menyedari bahwa roh itulah suatu hakikat yang bergelar Al-Nur, dirujukkan kepada posisi Aku dalam sudut batin manusia yang terdalam dan juga dinamakan Sirr. Menurut Syekh Ibnu Arabi, hati atau qalbu manusia yang suci bersih itu dapat menggambarkan semua kesempurnaan Allah kerana hati manusia itu mengandungi aspek-aspek Ketuhanan.

Roh sebagai Al-Nur itu mestilah ada perhubungannya dengan Allah Yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah roh dapat bertindak dalam semua laluan fakulti manusia baik yang zahir atau batin, sebagaimana mampu menggambarkan idea, memahami rupa, warna, huruf dan suara. Namun penglihatan dan pengetahuan dari hakikat roh itu sendiri kembali kepada wujud Allah dan perbuatan Allah. 

Allah yang dilihat adalah Allah yang Maha melihat, Allah yang diketahui adalah Allah yang Maha mengetahui setelah mencapai puncak rasa dan syuhud di dalam kesatuan zikir nafas.

Selasa, 20 Mei 2014

Zikir yang tidak berhuruf atau tidak bersuara

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian.
Saya terpanggil untuk menjawab persoalan yang diutarakan oleh para sahabat mengenai zikir nafas. Zikir yang tidak berhuruf atau tidak bersuara itu, bukannya bermaksud ingat kepada nafas yang turun naik. Adapun, nafas yang turun naik itu adalah merupakan angin, sedangkan zikir itu bukannya bertujuan untuk ingat kepada angin.
Zikir bukan bertujuan untuk ingat kepada angin yang keluar melalui hidung, bukan bertujuan untuk ingat kepada dada yang bergerak, jantung yang berdegup dan nadi yang berdenyut. Itu bukan zikir yang tidak berhuruf dan bersuara.
Diharapkan sahabat-sahabat dan penggemar blog saya di luar sana faham apakah itu hakikat zikir, dan faham apakah itu hakikat tidak berhuruf dan tidak bersuara. Nafas masih boleh dirasa, sedangkan yang tidak berhuruf, tidak bersuara, tidak berjirim dan berjisim itu, adalah sehingga sampai kepada penghujung rasa, yakni sehingga sampai kepada tidak ada rasa. Setelah sampai kepada tahap tidak ada rasa, itu barulah dikatakan zikir yang tidak berjirim dan berjisim atau tidak berhuruf dan tidak bersuara.
Selagi ada rasa angin yang keluar masuk, itu bukannya zikir (ingat). Maksud ingat (zikir) kepada Allah itu, bukanlah bermaksud ingat kepada angin. Adapun angin itu, bukan Allah. Setelah ingat kepada Allah, tuan yang empunya nama, barulah dikatakan sebenar-benar zikir nafas.
Sesetengah dari kita, ada yang mengatakan bahawa dengan ingat kepada perkataan “Hu” atau “Haq” semasa keluar atau masuknya nafas itu, dikatakan zikir nafas. Hu atau Haq itu, adalah perkataan atau lafazan dari suara yang keluar dari halkum, itu bukan zikir nafas. Hu atau Haq itu, bukan zikir nafas.
Apakah itu yang dikatakan zikir nafas? Apakah itu nafas? Barang siapa tahu maksud, makna atau erti nafas, maka tahulah ia apa itu zikir nafas!
Amin.

Jumaat, 28 Mac 2014

Apa Itu Zikir Nafas (Zikir Yang Tidak Berhuruf dan Tak Bersuara)

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimah yang dirahmati Allah sekalian. Saya terpanggil untuk menjawab persoalan yang diutarakan oleh para sahabat mengenai zikir nafas. Zikir yang tidak berhuruf atau tidak bersuara itu, bukannya bermaksud ingat kepada nafas yang turun naik. Adapun nafas yang turun naik itu, adalah merupakan angin, sedangkan zikir iru bukannya bertujuan untuk ingat kepada angin!.
Zikir bukan bertujuan untuk ingat kepada angin (yang keluar melalui hidung), bukan bertujuan untuk ingat kepada dada yang bergerak, jantung yang berdegup dan nadi yang berdenyut!. Itu bukan zikir yang tidak berhguruf dan bersuara.
Harap sahabat-sahabat dan pengemar blog saya diluar sana, faham apakah itu hakikat zikir dan faham apakah itu hakikat tidak berhuruf dan bersuara. Nafas masih boleh dirasa, sedangkan yang tidak berhuruf, tidak bersuara, tidak berjirim dan berjisim itu, adalah sehingga sampai kepada penghujung rasa (sehingga sampai kepada tidak ada rasa). Setelah sampai kepada tahap tidak ada rasa, itu baru dikatakan zikir yang tidak berjirim dan berjisim (tidak berhuruf dan tidak bersuara).
Selagi ada rasa angin yang keluar masuk, itu bukannya zikir (ingat)!. Maksud ingat (zikir) kepada Allah itu, bukanya bermaksud ingat kepada angin. Adapaun angin itu, bukan Allah!. Setelah ingat kepada Allah (tuan yang empunya nama), barulah dikatakan sebenar-benar zikir nafas.
Sesetengah dari kita, ada yang mengatakan bahawa dengan ingat kepada perkataan hu atau hak semasa keluar atau masuknya nafas itu, dikatakan zikir nafas. Hu atau hak itu, adalah perkataan atau lafazan dari suara yang keluar dari halkum, itu bukan zikir nafas (Hu atau haq itu, bukan zikir nafas!).
Apakah itu yang dikatakan zikir nafas. Apakah itu nafas?…………… barang siapa tahu maksud, makna atau erti nafas, maka tahulah apa itu zikir nafas!…………………………. drp hj shaari