Pages

Isnin, 20 Oktober 2014

Omar Abdullah - MEMPERBAIKI KEADAAN BADAN DIRI.......Self healing

Omar Abdullah - MEMPERBAIKI KEADAAN BADAN DIRI.......Self healing

Setelah kita semua dapat memahami tentang perjalanan dan konteks amalan gerak dan anda sudahpun dapat mengerti akan keadaan gerak itu sendiri maka kita haruslah mengubah haluan didalam ilmu pengetahuan kita ini.

Untuk itu kita perlu memperbaiki keadaan badan diri ini baik metarial atau pun rohaniahnya.

Kalau dulu kita bergerak kedalam untuk mencari dan mengenal diri sendiri dan mengenal tuhan maka hari ini kita perlu bergerak keluar untuk meyempurnakan keadaan yang diluar pula kerana ia adalah amal bakti kita kpd badan diri sendiri.

KAU sebagai tuan kepada rumah dan raja kepada hamba maka sudah pasti ianya menjadi tanggung jawabmu terhadap orang dibawah pemerintahanmu dan kau perlu menjaga dan menghiasi segala kelegkapan didalam maupun diluar rumahmu itu.

Tenaga atau energy yang terbit dari hakikat mu itu merupakan suatu tenaga yang amat besar dan amat kuat kerana ianya merupakan tenaga ghaib yang berasal dari yang maha ghaib.

Tenaga-tenaga ini adalah tenaga serbaguna yang dapat kau manfaatkan untuk keperluan didalam kehidupan harian kita.

Gunakanlah ia mengikut kemahuanmu atas jalan yang haq dan berlandaskan syariat islamiah agar kita mendapat rahmat dan berkat dari yang maha agong.

Oleh itu kau perlu memahami kaedah dan cara-caranya agar ianya dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Rasa yang terasa dihujung jari anda itu adalah pancaran rohani dan ia merupakan tenaga-tenaga ghaib maka yakinlah bahawa punca dibalik punca tenaga itu adalah kuasa qudratullah semata-mata.

Mengenal pasti keperluan kita amatlah penting agar kita dapat memfokuskan untuk menjayakan hajat itu dan apabila kita sudah tahu apa mahunya kita lalu kita perlu lakukan dengan kaedah gerak.

Didalam ilmu pengetahuan kita ini gerak memainkan peranan penting kerana disebalik gerak itu terkandung seribu segala rahsia ilahiah.

Ikutilah cara atau kaedah yang telah kita terima dari guru yang telah membuka jalan itu. Cuma kita perlu serahkan segala pada nya, sebenarnya gerak itulah yang akan menjalankan kerja2 kerana gerak itu adalah gerak qudratullah iaitu kuasa Allah.

Pada hakikatnya dialah yang berbuat dengan siifat qudrat dan irodhatnya. Ikutilah gerak itu sampai ia terhenti sendirinya.

Lakukanlah dengan penyerahan yang betul2 tanpa ada keraguan.
syak dan waham atas perlaksanaan gerak Allah itu.


Penyerahan itu ada dalil nya iaitu doamu sebagai pra syarat penyerahanmu atas hasratmu kepadaNya.

Ini akan menampakan martabat kehambaanmu pada ketuhanannya. Lakukanlah dan jangan kita biarkan hidup kita didunia ini melarat dan daif sesungguhnya segala kemelaratan dan kesusahan yang menimpamu itu bukanlah semutlaknya pada takdir akan tetapi ianya berlaku akibat dari kebodohanmu kerana kau lupa pada hakikat rahsia ilahi yang ada padamu iaitu AKU.

Ingat-ingatlah olehmu jangan kau biarkan rahsia yang ada padamu itu terkurung dan terkonkong tanpa ada hubungan antara luar dan dalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.