Peringkat kesedaran minda manusia - Omar Abdullah
Minda manusia merupakan satellite atau penghubung antara alam sedar dengan alam bawah sedar atau alam zahir dengan alam batin.
Jika kita kaji secara saksama minda kita ini sebenarnya amat-amat hebat dan mempunyai daya-daya tersendiri,
namun kesedaran minda itulah yang sebenarnya memainkan peranan penting dalam kehidupan. Dia yang merupakan penghubung bagi alam luar dan alam dalam, inilah peringkat kesedaran minda kita:
1)Beta
Peringkat kesedaran minda tentang perkara perkara yang fizikal yang berkait rapat dengan pancaindera seperti deria rasa,deria bau,deria dengar dan sebagainya.Seperti contohnya kita mendengar radio setiap hari.
2)Alpha
Peringkat kesedaran minda tentang perkara perkara yang berkait rapat tentang emosi,fikiran,khayalan dan perasaan.Peringkat ini berkaitan dengan alam keruhanian dan kejiwaan.Amat jarang manusia yang boleh mencapai peringkat ini.Dalam peringkat inilah terletaknya apa yang dikatakan sebagai'Extra Sensory Perception 'yang bermaksud 'Persepsi deria tambahan'.
3)Theta
Peringkat ini adalah sambungan daripada peringkat Alpha,tetapi lebih dalam lagi.Minda peringkat ini adalah peringkat orang yang tidur.Extra Sensory Perception juga terdapat pada peringkat ini.Alam mimpi adalah teletak pada alam ini.Orang yang sampai pada peringkat ini tidak terganggu oleh kebisingan alam ini,ketenangan alam ini sungguh luar biasa.
4)Delta
Peringkat ini tidak ada kesedaran langsung.Seperti orang mati.Pada peringkat ini tiada siapa yang sedar langsung.Seperti orang yang dibius ketika pembedahan.
Ketenangan minda akan membawa daya kekuatan bagi kita dalam melakukan aktiviti-aktiviti harian mahupun melakukan amal ibadah, disini kita telah ketahui peringkat kesedaran minda pada kita. Ketenangan minda akan membuat seseorang itu dapat mencapai kenikmatan amal dan dapat berhubung dengan alam tinggi. Minda yang sehat dan cerdas akan terisi dengan daya dan tenaga cosmic dan tenaga murni @ tenaga alam dalam bahasa jepan adalah REI KI. Dengan melakukan tafakur atau meditasi serta zikrullah secara lansung ia dapat meneturalkan sel-sel otak dan apabila sel otak dan juga bion yang terkandung didalamnya netural lalu minda akan berfungsi dengan baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.