Pages

Memaparkan catatan dengan label Nabi Khidir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nabi Khidir. Papar semua catatan

Rabu, 1 Mac 2017

Nabi Khidir A.S

Nabi Khidir A.S

Al-Khiḍr (Arab:الخضر, Khaḍr, Khaḍer, al-Khaḍir) adalah seorang nabi yang dikisahkan oleh Allah dalam Al-Qur'an dalam Surah Al-Kahfi ayat 65-82.

Selain kisah tentang nabi Khidir yang mengajarkan tentang ilmu dan kebijaksanaan kepada Nabi Musa, asal usul dan kisah lainnya tentang Nabi Khidir tidak banyak disebutkan.

Etimologi
Al-Khidir secara harfiah bererti 'Seseorang yang Hijau' melambangkan kesegaran jiwa, warna hijau melambangkan kesegaran akan pengetahuan “berlarut langsung dari sumber kehidupan.”

Dalam Encyclopædia Britannica, dikatakan bahawa Khidir telah diberikan sebuah nama, yang paling terkenal iaitu Balyā bin Malkān.

Teguran Allah kepada Musa
Kisah Musa dan Khidir dirakamkan oleh Al-Qur'an dalam Surah Al-Kahfi ayat 65-82.

Menurut Ibnu Abbas, Ubay bin Ka'ab menceritakan bahawa beliau mendengar nabi Muhammad bersabda:

“Sesungguhnya pada suatu hari, Musa berdiri di khalayak Bani Israil lalu beliau ditanya, “Siapakah orang yang paling berilmu?”

Jawab Nabi Musa, “Aku” Lalu Allah menegur Nabi Musa dengan firman-Nya, “Sesungguhnya di sisi-Ku ada seorang hamba yang berada di pertemuan dua lautan dan dia lebih berilmu daripada kamu.”

Lantas Musa pun bertanya, “Wahai Tuhanku, dimanakah aku dapat menemuinya?” Allah pun berfirman, “Bawalah bersama-sama kamu seekor ikan di dalam sangkar dan sekiranya ikan tersebut hilang, di situlah kamu akan bertemu dengan hamba-Ku itu.”

Sesungguhnya teguran Allah itu mencetuskan keinginan yang kuat dalam diri Nabi Musa untuk menemui hamba yang soleh itu. Di samping itu, Nabi Musa juga ingin sekali mempelajari ilmu dari Hamba Allah tersebut.

Musa kemudiannya menunaikan perintah Allah itu dengan membawa ikan di dalam wadah dan berangkat bersama-sama pembantunya yang juga merupakan murid dan pembantunya, Yusya bin Nun.

Mereka berdua akhirnya sampai di sebuah batu dan memutuskan untuk beristirehat sejenak kerana telah menempuh perjalanan cukup jauh.

Ikan yang mereka bawa di dalam wadah itu tiba-tiba meronta-ronta dan selanjutnya terjatuh ke dalam air.

Allah SWT membuatkan aliran air untuk memudahkan ikan sampai ke laut. Yusya` terpegun memperhatikan kebesaran Allah menghidupkan semula ikan yang telah mati itu.

Selepas menyaksikan peristiwa yang sungguh menakjubkan dan luar biasa itu, Yusya' tertidur dan ketika terjaga, beliau lupa untuk menceritakannya kepada Musa.

Mereka kemudiannya meneruskan lagi perjalanan siang dan malamnya dan pada keesokan paginya,
Nabi Musa berkata kepada Yusya` “Bawalah ke mari makanan kita, sesungguhnya kita telah berasa letih kerana perjalanan kita ini.” (Surah Al-Kahfi : 62)

Ibn `Abbas berkata, “Nabi Musa sebenarnya tidak berasa letih sehingga baginda melewati tempat yang diperintahkan oleh Allah supaya menemui hamba-Nya yang lebih berilmu itu.”

Yusya’ berkata kepada Nabi Musa, “Tahukah guru bahawa ketika kita mencari tempat berlindung di batu tadi, sesungguhnya aku lupa (menceritakan tentang) ikan itu dan tidak lain yang membuat aku lupa untuk menceritakannya kecuali syaitan dan ikan itu kembali masuk kedalam laut itu dengan cara yang amat aneh.” (Surah Al-Kahfi : 63)

Musa segera teringat sesuatu, bahawa mereka sebenarnya sudah menemuui tempat pertemuan dengan hamba Allah yang sedang dicarinya itu.

Kini, kedua-dua mereka berbalik arah untuk kembali ke tempat tersebut iaitu di batu yang menjadi tempat persinggahan mereka sebelumnya, tempat bertemunya dua buah lautan. Musa berkata, “Itulah tempat yang kita cari.” Lalu keduanya kembali, mengikuti jejak mereka semula. (Surah Al-Kahfi : 64)

Terdapat banyak pendapat tentang tempat pertemuan Musa dengan Khidir. Ada yang mengatakan bahawa tempat tersebut adalah pertemuan Laut Romawi dengan Parsi iaitu tempat bertemunya Laut Merah dengan Samudra Hindia.

Pendapat yang lain mengatakan bahawa lautan tersebut terletak di tempat pertemuan antara Laut Roma dengan Lautan Atlantik. Di samping itu, ada juga yang mengatakan bahawa lautan tersebut terletak di sebuah tempat yang bernama Ras Muhammad iaitu antara Teluk Suez dengan Teluk Aqabah di Laut Merah.

Persyaratan belajar
Setibanya mereka di tempat yang dituju, mereka melihat seorang hamba Allah yang berjubah putih bersih. Nabi Musa pun mengucapkan salam kepadanya. Khidir menjawab salamnya dan bertanya,

“Dari mana datangnya kesejahteraan di bumi yang tidak mempunyai kesejahteraan? Siapakah kamu” Jawab Musa, “Aku adalah Musa.” Khidir bertanya lagi, “Musa dari Bani Isra’il?”

Nabi Musa menjawab, “Ya. Aku datang menemui tuan supaya tuan dapat mengajarkan sebagian ilmu dan kebijaksanaan yang telah diajarkan kepada tuan.”

Khidir menegaskan, “Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup bersabar bersama-samaku.” (Surah Al-Kahfi : 67) “Wahai Musa, sesungguhnya ilmu yang kumiliki ini ialah sebahagian daripada ilmu kurniaan dari Allah yang diajarkan kepadaku tetapi tidak diajarkan kepadamu wahai Musa. Kamu juga memiliki ilmu yang diajarkan kepadamu yang tidak kuketahuinya.”

Nabi Musa berkata, “Insya Allah tuan akan mendapati diriku sebagai seorang yang sabar dan aku tidak akan menentang tuan dalam sesuatu urusan pun.” (Surah Al-Kahfi : 69)

Dia (Khidir) selanjutnya mengingatkan, “Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu pun sehingga aku sendiri menerangkannya kepadamu.” (Surah Al-Kahfi : 70)

Perjalanan Khidir dan Musa
Demikianlah seterusnya Musa mengikuti Khidir dan terjadilah beberapa peristiwa yang menguji diri Musa yang telah berjanji bahawa baginda tidak akan bertanya sebab sesuatu tindakan diambil oleh Nabi Khidir. Setiap tindakan Nabi Khidir A.S. itu dianggap aneh dan membuat Nabi Musa terperanjat.

Kejadian yang pertama adalah saat Nabi Khidir menghancurkan perahu yang ditumpangi mereka bersama. Nabi Musa tidak kuasa untuk menahan hatinya untuk bertanya kepada Nabi Khidir.

Nabi Khidir memperingatkan janji Nabi Musa, dan akhirnya Nabi Musa meminta maaf kerana kelancangannya mengingkari janjinya untuk tidak bertanya terhadap setiap tindakan Nabi Khidir.

Selanjutnya setelah mereka sampai di suatu daratan, Nabi Khidir membunuh seorang anak yang sedang bermain dengan kawan-kawannnya.

Peristiwa pembunuhan yang dilakukan oleh Nabi Khidir tersebut membuat Nabi Musa tak kuasa untuk menanyakan hal tersebut kepada Nabi Khidir.

Nabi Khidir kembali mengingatkan janji Nabi Musa, dan beliau diberi kesempatan terakhir untuk tidak bertanya-tanya terhadap segala sesuatu yang dilakukan oleh Nabi Khidir, jika masih bertanya lagi maka Nabi Musa harus rela untuk tidak mengikuti perjalanan bersama Nabi Khidir.

Selanjutnya mereka melanjutkan perjalanan hingga sampai disuatu wilayah perumahan. Mereka kelelahan dan hendak meminta bantuan kepada penduduk sekitar.

Namun sikap penduduk sekitar tidak bersahabat dan tidak mahu menerima kehadiran mereka, hal ini membuat Nabi Musa berasa kesal terhadap penduduk itu.

Setelah dikecewakan oleh penduduk, Nabi Khidir malah menyuruh Nabi Musa untuk bersama-samanya memperbaiki tembok suatu rumah yang rosak di daerah tersebut.

Nabi Musa tidak kuasa kembali untuk bertanya terhadap sikap Nabi Khidir ini yang membantu memperbaiki tembok rumah setelah penduduk menzalimi mereka.

Akhirnya Nabi Khidir menegaskan pada Nabi Musa bahawa beliau tidak dapat menerima Nabi Musa untuk menjadi muridnya dan Nabi Musa tidak diperkenankan untuk terus melanjutkan perjalanannya bersama dengan Nabi Khidir.

Selanjutnya Nabi Khidir menjelaskan mengapa beliau melakukan hal-hal yang membuat Nabi Musa bertanya.

Kejadian pertama adalah Nabi Khidir menghancurkan perahu yang mereka tumpangi kerana perahu itu dimiliki oleh seorang yang miskin dan di daerah itu tinggallah seorang raja yang suka merampas perahu milik rakyatnya.

Kejadian yang kedua, Nabi Khidir menjelaskan bahawa beliau membunuh seorang anak kerana kedua-dua orang tuanya adalah pasangan yang beriman dan jika anak ini menjadi dewasa dapat mendorong bapa dan ibunya menjadi orang yang sesat dan kufur.

Kematian anak ini digantikan dengan anak yang soleh dan lebih mengasihi kedua ibu bapanya hingga ke anak cucunya.

Kejadian yang ketiga (terakhir), Nabi Khidir menjelaskan bahawa rumah yang dinding diperbaiki itu adalah milik dua orang adik-beradik yatim yang tinggal di kota tersebut.

Didalam rumah tersebut tersimpan harta benda yang ditujukan untuk mereka berdua. Ayah kedua-dua adik-beradik ini telah meninggal dunia dan merupakan seorang yang soleh.

Jika tembok rumah tersebut runtuh, maka boleh dipastikan bahawa harta yang tersimpan tersebut akan ditemui oleh orang-orang di kota itu yang sebahagian besar masih menyembah berhala, sedangkan kedua adik-beradik tersebut masih cukup kecil untuk mengelola peninggalan harta ayahnya. Dipercayai tempat tersebut berada di negeri Antakya, Turki.

Akhirnya Nabi Musa as. sedar hikmah dari setiap perbuatan yang telah dikerjakan Nabi Khidir. Akhirya mengerti pula Nabi Musa dan berasa amat bersyukur kerana telah dipertemukan oleh Allah dengan seorang hamba Allah yang soleh yang dapat mengajarkan kepadanya ilmu yang tidak dapat dituntut atau dipelajari iaitu ilmu ladunni.

Ilmu ini diberikan oleh Allah SWT kepada siapa saja yang dikehendaki-Nya. Nabi Khidir yang bertindak sebagai seorang guru banyak memberikan nasihat dan menyampaikan ilmu seperti yang diminta oleh Nabi Musa dan Nabi Musa menerima nasihat tersebut dengan penuh rasa gembira.

Saat mereka didalam perahu yang ditumpangi, datanglah seekor burung lalu hinggap di hujung perahu itu. Burung itu meneguk air dengan paruhnya, lalu Nabi Khidir berkata, “Ilmuku dan ilmumu tidak berbanding dengan ilmu Allah, Ilmu Allah tidak akan pernah berkurang seperti air laut ini kerana diteguk sedikit airnya oleh burung ini.”

Sebelum berpisah, Khidir berpesan kepada Musa: “Jadilah kamu seorang yang tersenyum dan bukannya orang yang tertawa. Teruskanlah berdakwah dan janganlah berjalan tanpa tujuan.

Janganlah pula apabila kamu melakukan kekhilafan, berputus asa dengan kekhilafan yang telah dilakukan itu. Menangislah disebabkan kekhilafan yang kamu lakukan, wahai Ibnu `Imran.”

Hikmah kisah Khidir
Dari kisah Khidir ini kita dapat mengambil iktibar penting. Diantaranya adalah Ilmu merupakan kurniaan Allah S.W.T, tidak ada seorang manusia pun yang boleh mengaku bahawa dirinya lebih berilmu dibanding yang lain.

Hal ini kerana ada ilmu yang merupakan anugrah dari Allah SWT yang diberikan kepada seseorang tanpa harus mempelajarinya (Ilmu Ladunni, iaitu ilmu yang dikhususkan bagi hamba-hamba Allah yang soleh dan terpilih)

Hikmah yang kedua adalah kita perlu bersabar dan tidak terburu-buru untuk mendapatkan kebijaksanaan dari setiap peristiwa yang dialami. Hikmah ketiga adalah setiap murid harus memelihara adab dengan gurunya.

Setiap murid harus bersedia mendengar penjelasan seorang guru dari awal hingga akhir sebelum nantinya dapat bertindak diluar perintah dari guru. Kisah Nabi Khidir ini juga menunjukan bahawa Islam memberikan kedudukan yang sangat istimewa kepada guru.

Isnin, 14 November 2016

Rahasia Alloh dan kisah Nabi Khidir

Rahasia Alloh dan kisah Nabi Khidir

Dikisahkan dalam Kitab suci Suatu saat Nabi Musa ingin belajar ilmu Kepada Nabi Khidir, tetapi nabi Khidir berpesan, kalau mau belajar dari beliau Nabi Musa tidak boleh banyak bertanya.

“Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu pun sehingga aku sendiri menerangkannya kepadamu.”

demikian pesan Nabi Khidir ke Nabi Musa. Dan Nabi Musapun menyanggupinya.

Demikianlah seterusnya Nabi Musa a.s. mengikuti Nabi Khidir dan terjadilah beberapa peristiwa yang menguji diri Nabi Musa a.s. yang telah berjanji bahwa baginda tidak akan bertanya sebab sesuatu tindakan diambil oleh Nabi Khidir.

Setiap tindakan Nabi Khidir a.s. itu dianggap aneh dan membuat Nabi Musa terperanjat.

Kejadian yang pertama adalah saat Nabi Khidir menghancurkan perahu yang ditumpangi mereka bersama. Nabi Musa tidak kuasa untuk menahan hatinya untuk bertanya kepada Nabi Khidir.

Nabi Khidir memperingatkan janji Nabi Musa, dan akhirnya Nabi Musa meminta maaf karena kalancangannya mengingkari janjinya untuk tidak bertanya terhadap setiap tindakan Nabi Khidir.

Selanjutnya setelah mereka sampai di suatu daratan, Nabi Khidir membunuh seorang anak yang sedang bermain dengan kawan-kawannnya.

Peristiwa pembunuhan yang dilakukan oleh Nabi Khidir tersebut membuat Nabi Musa tak kuasa untuk menanyakan hal tersebut kepada Nabi Khidir.

Nabi Khidir kembali mengingatkan janji Nabi Musa, dan beliau diberi kesempatan terakhir untuk tidak bertanya-tanya terhadap segala sesuatu yang dilakukan oleh Nabi Khidir, jika masih bertanya lagi maka Nabi Musa harus rela untuk tidak mengikuti perjalanan bersama Nabi Khidir.

Selanjutnya mereka melanjutkan perjalanan hingga sampai di suatu wilayah perumahan. Mereka kelelahan dan hendak meminta bantuan kepada penduduk sekitar.

Namun sikap penduduk sekitar tidak bersahabat dan tidak mau menerima kehadiran mereka, hal ini membuat Nabi Musa merasa kesal terhadap penduduk itu. Setelah dikecewakan oleh penduduk, Nabi Khidir malah menyuruh Nabi Musa untuk bersama-samanya memperbaiki tembok suatu rumah yang rusak di daerah tersebut.

Nabi Musa tidak kuasa kembali untuk bertanya terhadap sikap Nabi Khidir ini yang membantu memperbaiki tembok rumah setelah penduduk menzalimi mereka.

Akhirnya Nabi Khidir menegaskan pada Nabi Musa bahwa beliau tidak dapat menerima Nabi Musa untuk menjadi muridnya dan Nabi Musa tidak diperkenankan untuk terus melanjutkan perjalannya bersama dengan Nabi Khidir.

Selanjutnya Nabi Khidir menjelaskan mengapa beliau melakukan hal-hal yang membuat Nabi Musa bertanya.

Kejadian pertama adalah Nabi Khidir menghancurkan perahu yang mereka tumpangi karena perahu itu dimiliki oleh seorang yang miskin dan di daerah itu tinggallah seorang raja yang suka merampas perahu miliki rakyatnya.

Kejadian yang kedua, Nabi Khidir menjelaskan bahwa beliau membunuh seorang anak karena kedua orang tuanya adalah pasangan yang beriman dan jika anak ini menjadi dewasa dapat mendorong bapak dan ibunya menjadi orang yang sesat dan kufur.

Kematian anak ini digantikan dengan anak yang shalih dan lebih mengasihi kedua bapak-ibunya hingga ke anak cucunya.

Kejadian yang ketiga (terakhir), Nabi Khidir menjelaskan bahwa rumah yang dindingnya diperbaiki itu adalah milik dua orang kakak beradik yatim yang tinggal di kota tersebut.

Didalam rumah tersebut tersimpan harta benda yang ditujukan untuk mereka berdua. Ayah kedua kakak beradik ini telah meninggal dunia dan merupakan seorang yang shalih.

Jika tembok rumah tersebut runtuh, maka bisa dipastikan bahwa harta yang tersimpan tersebut akan ditemukan oleh orang-orang di kota itu yang sebagian besar masih menyembah berhala, sedangkan kedua kakak beradik tersebut masih cukup kecil untuk dapat mengelola peninggalan harta ayahnya.

Kisah diatas menunjukkan bahwa kita tidak boleh cepat berburuk sangka jika mendapatkan sesuatu yang diluar kehendak kita. Kita harus sabar dan bersyukur dengan apapun yang terjadi, keberhasilan harus kita syukuri, demikian pula cobaan harus kita syukuri.

Jangan cepat marah jika mengalami hal-hal yang tidak mengenakkan, mungkin Tuhan punya rahasia lain . Misal suatu saat mobil kita hilang , lalu kita marah dan putus asa.

Siapa tahu hilangnya mobil itu justru rahmat bukan bencana. Mungkin kalau mobil itu masih ada bisa menyebabkan kecelakaan dan musibah yang lebih besar ,jadi lebih baik jika mobil itu hilang.

Ada orang yang selalu berdoa untuk meminta ini dan itu, kalau ditulis bisa berbaris-baris, ada yang dikabulkan tetapi banyak juga yang tidak.

Awalnya dia marah karena merasa semua ibadah dan doanya sia-sia, namun setelah mendengar cerita nabi Khaidir di atas, pikirannya berubah total.

Ia tidak pernah menyesali permintaan yang tidak dikabulkan, tetapi malah bersyukur. Ia sadar mungkin yang diminta itu baik menurut pendapatnya, tetapi tidak bagi Tuhan.

Tuhan tahu apa yang lebih baik lagi baginya, yakni dengan tidak mengabulkan permintaannya. Sejak saat itu permintaannya dalam doa tidak lagi banyak berbaris-baris , tetapi hanya satu Kalimat :

”Ya Tuhan berilah apa yang terbaik bagiku, Amin”.

Doa ini sangat menentramkan, karena dia tidak pernah sedih dan kecewa dengan apa pun yang terjadi padanya , semua keberhasilan dan ”tidak” keberhasilan selalu disyukuri, karena ia yakin itulah yang terbaik baginya dari Tuhan.

Yang utama, berusahalah dengan maksimal dan berbuat baik sesuai ajaran agama kita, setelah itu berserahlah dan yakin semua yang terjadi adalah yang terbaik untuk kita, maka tidak ada lagi kekecewaan dan kesedihan dengan apa yang terjadi dalam hidup ini. Yang ada hanya rasa syukur dan tenteram.

Ahad, 29 Mac 2015

TANDA ORANG YG DALAM PERJALANAN SPIRITUAL yang DIPERJALANKAN OLEH ALLAH SWT

Semua orang yang belajar dan mendalami Ilmu Ma'rifattullah akan mengalami PERJALANAN SPIRITUAL yang DIPERJALANKAN OLEH ALLAH SWT....dan salah satunya adalah FASE TIDAK BERNAFSU SEX lagi...

FASE ini menjadikan seseorang SAMA SEKALI TIDAK MEMILIKI GAIRAH SEX dan bukan karena akibat suatu penyakit tertentu sehingga jika terjadi pada laki-laki beristri maka sudah pasti " ISTRINYA BAKAL NGANGGUR..." bahkan pada keadaan tertentu dia sama sekali tidak mau menyentuh istrinya walaupun hanya sekedar bersalaman......, dan jika terjadi pada mereka yang masih LAJANG maka dia tidak ada keinginan untuk menikah......

FASE ini sifatnya sementara namun bisa terjadi bertahun - tahun dan diperlukan PENGERTIAN yang kuat dari pasangannya agar Rumah tangga tidak hancur berantakan......

Dalam satu riwayat di ceritakan ......bahwa Nabi KHIDIR As ketika di nikahkan oleh orang tuanya yang juga seorang RAJA menyampaikan sebuah syarat kepada calon istrinya sampai akhirnya mereka berpisah dan ketika Nabi Khidir di nikahkan lagi dengan wanita yang lain maka Nabi KHIDIR As menyampaikan sebuah syarat yang sama dengan yang di sampaikan pada istri sebelumnya.....sampai akhirnya mereka berpisah......

Syarat itu adalah :
" Nabi KHIDIR As TIDAK AKAN MENYENTUH ISTRINYA SEDIKITPUN...."

Agar tidak menghancurkan rumah tangga maka sebaiknya diperbanyak pertemuan, berbagi cerita dan rekreasi bersama anak - anak atau bersama keluarga......

Ahad, 28 September 2014

TEMPAT PERTEMUAN DUA LAUTAN

TEMPAT PERTEMUAN DUA LAUTAN
Matikan sangkaan ada diri sendiri disamping ada Allah
Hidup atau hadzirkan rasa ada Allah sahaja (esa).
Ada yang mana satu yang hendak dihadzirkan sebagai ada Allah..
Ada yang sedang dirasai sekarang ini, yang selama ini telah disangka sebagai ada diri sendiri disamping ada Allah.
Ada yang sedang dirasa yang selama ini yang telah disangka ada diri sendiri itu hendaklah disangka sebagai ada Allah yang sedikit yang diperkenalkan.
Yang sedang menyangka ada yang sedang dirasai sekarang ini sebagai ada Allah yang sedikit yang sedang diperkenalkan juga adalah Allah sendiri..
Istiharkan perang dengan sangkaan ada diri sendiri disamping ada Allah sehingga sangkaan ada Allah mencapai kemenangan.
Tanda sangkaan ada Allah telah mencapai kemenangan ialah tidak lagi timbul sangkaan ada diri sendiri....
Tidak lagi merasa ada diri sendiri kerana sedang merasa ada Allah semata-mata.... Esa adanya.
Bila sudah mencapai dan sedang merasa Allah sedang merasa ada Allah 
( AKU KENAL TUHANKU DENGAN TUHANKU)..
Maka ternyatalah Allah yang awal, Allah yang akhir, Allah yang zahir, Allah yang batin..
Zahir Allah namanya Adam (Huwaz zohiru)
Batin Allah namaNya Muhammad (huwal batinu)
Sabda Nabi Muhammad saw "ANA ABU AR RUH WA ADAM ABU BASYAR
Rahsia Allah Huu zat semata-mata ( huwal auwalu, huwal akhiru)..
Allah nama bagi zat Allah setelah dinyatakan kenyataannya pada keseluruhan Alam ini. - kenyataannya ialah ketika keluarnya nafas.
Huu zat semata-mata Nama bagi zat Allah sebelum ternyatanya kenyataan Allah 
( Akulah perbendaharaan yang tersembunyi) kenyataannya ketika masuknya nafas.
Haq Nama kebenaran Allah, kenyataannya ditempat pertemuan, atau perhentian nafas (tidak masuk dan tidak keluar - pertemuan diantara hamba dengan tuhan, tiada tuhan dan tiada hamba lagi hanya Esa zat semata-mata - HAQ.
Disinilah pertemuan diantara dua lautan (lautan lahir dan lautan batin - pertemuan huwaz zohiru (dikiaskan kepada nabi Musa a.s dengan huwal batinu (dikiaskan dengan Nabi khidzir)
Hum adalah nama Allah yang penghabisan kali disebut ketika terputusnya nafas yang penghabisan, dimana anak tekak akan membentuk huruf mim...
Alif kenyataannya pada batang hidung,
Lam kenyataannya pada lidah (tertungkat kelangit-langit yang telah membenarkan nafas yang penghabisan melaluinya untuk keluar melalui ubun-ubun sepertimana ianya mula-mula masuk kedalam tubuh setelah roh ditiupkan... (Mengikut jalan yang lurus)..Jika lidah tidak tertungkat kelangit-langit ditakuti nafas yang penghabisan tersalah jalan ( bukan jalan yang lurus tetapi jalan yang tersesat).
Mim kenyataannya pada anak tekak akan membentuk huruf mim setelah nafas yang penghabisan terputus (kullunafsin za i khotul maut)...
Apabila berlakunya nafas yang penghabisan maka terputuslah hubungan diantara Roh (Huwal batinu) dengan jasad (huwaz zohiru).. nyatalah Huwal akhiru...
Alif lam mim - Allah latifun muhitul lil 'alamin... Allah maha lemah lembut serta meliputi keseluruhan alam zahir dan batin ( huwaz zohiru huwal batinu)...
Jasad sentiasa mati seperti matinya mayat. Sebagaimana mayat begitulah jasad kita sekarang ini.
Mayat nampak hidup kerana telah ditiupkan Rohullah kedalamnya. Sebenarnya Rohullah inilah yang hidup, hidup Rohullah terpancar dan terlihat keatas jasad atau badan melalui nafas.. Selagi ada nafas selagi itulah jasad akan nampak hidup, segala sifat-sifat ketuhanan yang terlihat, yang terasa pada badan atau jasad adalah sifat Rohullah yang dinyatakan keatas badan melalui nafas..
Jadi nafas sebenarnya adalah pekerjaan Rohullah yang menyampaikan segala apa yang ada pada Rohullah kepada jasad...
Rohullah adalah sifat ketuhanan Allah, Rohullah bersifat dengan cara ghaib iaitu tidak nampak oleh mata, tidak dapat dipegang oleh tangan, tidak dapat difikirkan oleh akal. Sifat Rohullah ini ternyata kepada badan melalui nafas.....
Nafas adalah jalan yang sentiasa menghubungkan diantara jasad dengan Rohullah. Setelah terhenti nafas maka terputuslah jambatan atau jalan penghubung yang menghubungkan diantara jasad dengan Rohullah...
Nafas adalah jalan yang menghubungkan diantara Rohullah dengan jasad. Nafas juga adalah jalan atau tempat dimana Rohullah menyerahkan apa yang ada padanya kepada jasad dan tempat atau jalan dimana jasad akan menyerahkan apa yang ada padanya kepada Rohullah...
Setelah Ruhullah ditiupkan kedalam jasad maka nafaslah yang menjadi jalan penghubung diantara Rohullah dengan jasad....
Setelah keluar sahaja dari rahim ibu (surga) maka Rohullah sentiasa terhubung dengan jasad melalui nafas..
Nafas ini adalah jalan yang lurus yang telah dipertaruhkan keatas setiap badan diri, hendaklah dijaga jalan yang lurus ini supaya tidak tersesat jalan...
Jagalah jalan yang lurus ini supaya tidak tersesat jalan, bernafaslah sepertimana bayi yang didalam buaian bernafas, janganlah lari atau terkeluar dari cara bernafasnya bayi ( sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud tuntutlah ilmu dari bayi didalam buaian sehinggalah kepada jasad didalam liang lahad)..
Jalannya pernafasan bayi didalam buaian belum lagi tersesat, sebab itu bayi sehingga kepada kanak-kanak sebelum berakal tidak berdosa, jalannya belum lagi tersesat,
Nafasnya sentiasa berada diatas jalan yang lurus dan sentiasa terhubung kepada Rohullah dan seterusnya terhubung kepada Allah.
Sebab itu bayi didalam buaian sehingga kepada kanak-kanak yang belum berakal tidak terkena dosa.
Oleh yang demikian wahai para sahabat sekalian kembalilah kepada jalan yang lurus sepertimana jalannya bayi.. Kembalilah bernafas sepertimana bayi didalam buaian bernafas kerana nafaslah merupakan satu-satunya jalan yang menghubungkan diantara jasad dengan Rohullah.
Apabila terputus nafas pada nafas yang penghabisan maka seseorang itu telah dikatakan mati..
Nafas merupakan jalan atau tempat Rohullah menyerahkan apa yang ada padanya kepada jasad dan tempat atau jalan dimana jasad menyerahkan apa yang ada padanya kepada rohullah...
Jagalah jalannya nafas supaya tidak tersesat kerana lurusnya jalan pernafasan itu maka luruslah perjalanan kembali kepada Allah..
Kembalilah bernafas sepertimana bayi bernafas iaitulah jalan yang lurus yang terletak dan dipunyai oleh setiap badan diri sendiri...
Tersesatnya jalan pernafasan maka akan tersesatlah jalan untuk kembali kepada asal iaitu kepada Allah ( daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali)...
18.Surah Al-Kahf (Verse 61)

فَلَمَّا بَلَغَا مَجْمَعَ بَيْنِهِمَا نَسِيَا حُوتَهُمَا فَاتَّخَذَ سَبِيلَهُ فِي الْبَحْرِ سَرَبًا

Maka apabila mereka berdua sampai ke tempat pertemuan dua laut itu, lupalah mereka akan hal ikan mereka, lalu ikan itu menggelunsur menempuh jalannya di laut, yang merupakan lorong di bawah tanah.
18.Surah Al-Kahf (Verse 62)

فَلَمَّا جَاوَزَا قَالَ لِفَتَاهُ آتِنَا غَدَاءَنَا لَقَدْ لَقِينَا مِن سَفَرِنَا هَٰذَا نَصَبًا

Setelah mereka melampaui (tempat itu), berkatalah Nabi Musa kepada temannya: "Bawalah makan tengah hari kita sebenarnya kita telah mengalami penat lelah dalam perjalanan kita ini".
18.Surah Al-Kahf (Verse 63)

قَالَ أَرَأَيْتَ إِذْ أَوَيْنَا إِلَى الصَّخْرَةِ فَإِنِّي نَسِيتُ الْحُوتَ وَمَا أَنسَانِيهُ إِلَّا الشَّيْطَانُ أَنْ أَذْكُرَهُۚ وَاتَّخَذَ سَبِيلَهُ فِي الْبَحْرِ عَجَبًا

Temannya berkata: "Tahukah apa yang telah terjadi ketika kita berehat di batu besar itu? Sebenarnya aku lupakan hal ikan itu; dan tiadalah yang menyebabkan aku lupa daripada menyebutkan halnya kepadamu melainkan Syaitan; dan ikan itu telah menggelunsur menempuh jalannya di laut, dengan cara yang menakjubkan".
18.Surah Al-Kahf (Verse 64)

قَالَ ذَٰلِكَ مَا كُنَّا نَبْغِۚ فَارْتَدَّا عَلَىٰ آثَارِهِمَا قَصَصًا

Nabi Musa berkata: "Itulah yang kita kehendaki "; merekapun balik semula ke situ, dengan menurut jejak mereka.
18.Surah Al-Kahf (Verse 65)

فَوَجَدَا عَبْدًا مِّنْ عِبَادِنَا آتَيْنَاهُ رَحْمَةً مِّنْ عِندِنَا وَعَلَّمْنَاهُ مِن لَّدُنَّا عِلْمًا

Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi Kami.
18.Surah Al-Kahf (Verse 66)

قَالَ لَهُ مُوسَىٰ هَلْ أَتَّبِعُكَ عَلَىٰ أَن تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمْتَ رُشْدًا

Nabi Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?"
18.Surah Al-Kahf (Verse 67)

قَالَ إِنَّكَ لَن تَسْتَطِيعَ مَعِيَ صَبْرًا

Ia menjawab: "Sesungguhnya engkau (wahai Musa), tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku.
18.Surah Al-Kahf (Verse 68)

وَكَيْفَ تَصْبِرُ عَلَىٰ مَا لَمْ تُحِطْ بِهِ خُبْرًا

Dan bagaimana engkau akan sabar terhadap perkara yang engkau tidak mengetahuinya secara meliputi?
18.Surah Al-Kahf (Verse 69)

قَالَ سَتَجِدُنِي إِن شَاءَ اللَّهُ صَابِرًا وَلَا أَعْصِي لَكَ أَمْرًا

Nabi Musa berkata: "Engkau akan dapati aku, Insyaa Allah: orang yang sabar; dan aku tidak akan membantah sebarang perintahmu".
18.Surah Al-Kahf (Verse 70)

قَالَ فَإِنِ اتَّبَعْتَنِي فَلَا تَسْأَلْنِي عَن شَيْءٍ حَتَّىٰ أُحْدِثَ لَكَ مِنْهُ ذِكْرًا

Ia menjawab: "Sekiranya engkau mengikutku, maka janganlah engkau bertanya kepadaku akan sesuatupun sehingga aku ceritakan halnya kepadamu".
Cuba perhatikan didalam firman Allah seperti diatas, tempat pertemuan dua laut itu diatas batu besar, Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan batu besar itu?....
PANTANG NABI MUSA NAK BELAJAR DARI NABI KHIDIR IALAH "JANGAN BERTANYA SESUATUPUN"
Apabila kedua-duanya bersetuju dengan syarat itu maka perjalanan diteruskan....
Lagi firman Allah
18.Surah Al-Kahf (Verse 71)

فَانطَلَقَا حَتَّىٰ إِذَا رَكِبَا فِي السَّفِينَةِ خَرَقَهَاۖ قَالَ أَخَرَقْتَهَا لِتُغْرِقَ أَهْلَهَا لَقَدْ جِئْتَ شَيْئًا إِمْرًا

Lalu berjalanlah keduanya sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, ia membocorkannya. Nabi Musa berkata: "Patutkah engkau membocorkannya sedang akibat perbuatan itu menenggelamkan penumpang-penumpangnya? 
Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perkara yang besar".

18.Surah Al-Kahf (Verse 72)

قَالَ أَلَمْ أَقُلْ إِنَّكَ لَن تَسْتَطِيعَ مَعِيَ صَبْرًا

Ia menjawab: "Bukankah aku telah katakan, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?"
18.Surah Al-Kahf (Verse 73)

قَالَ لَا تُؤَاخِذْنِي بِمَا نَسِيتُ وَلَا تُرْهِقْنِي مِنْ أَمْرِي عُسْرًا

Nabi Musa berkata: "Janganlah engkau marah akan daku disebabkan aku lupa (akan syaratmu); dan janganlah engkau memberati daku dengan sebarang kesukaran dalam urusanku (menuntut ilmu)".
18.Surah Al-Kahf (Verse 74)

فَانطَلَقَا حَتَّىٰ إِذَا لَقِيَا غُلَامًا فَقَتَلَهُ قَالَ أَقَتَلْتَ نَفْسًا زَكِيَّةً بِغَيْرِ نَفْسٍ لَّقَدْ جِئْتَ شَيْئًا نُّكْرًا

Kemudian keduanya berjalan lagi sehingga apabila mereka bertemu dengan seorang pemuda lalu ia membunuhnya. Nabi Musa berkata "Patutkah engkau membunuh 
satu jiwa yang bersih, yang tidak berdosa membunuh orang? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perbuatan yang mungkar!"

18.Surah Al-Kahf (Verse 75)

قَالَ أَلَمْ أَقُل لَّكَ إِنَّكَ لَن تَسْتَطِيعَ مَعِيَ صَبْرًا

Ia menjawab: "Bukankah, aku telah katakan kepadamu, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?"
18.Surah Al-Kahf (Verse 76)

قَالَ إِن سَأَلْتُكَ عَن شَيْءٍ بَعْدَهَا فَلَا تُصَاحِبْنِيۖ قَدْ بَلَغْتَ مِن لَّدُنِّي عُذْرًا

Nabi Musa berkata: "Jika aku bertanya kepadamu tentang sebarang perkara sesudah ini, maka janganlah engkau jadikan daku sahabatmu lagi; sesungguhnya engkau telah cukup mendapat alasan-alasan berbuat demikian disebabkan pertanyaan-pertanyaan dan bantahanku".

18.Surah Al-Kahf (Verse 77)

فَانطَلَقَا حَتَّىٰ إِذَا أَتَيَا أَهْلَ قَرْيَةٍ اسْتَطْعَمَا أَهْلَهَا فَأَبَوْا أَن يُضَيِّفُوهُمَا فَوَجَدَا فِيهَا جِدَارًا يُرِيدُ أَن يَنقَضَّ فَأَقَامَهُۖ قَالَ لَوْ شِئْتَ لَاتَّخَذْتَ عَلَيْهِ أَجْرًا

Kemudian keduanya berjalan lagi, sehingga apabila mereka sampai kepada penduduk sebuah bandar, mereka meminta makan kepada orang-orang di situ, lalu orang-orang itu enggan menjamu mereka. Kemudian mereka dapati di situ sebuah tembok yang hendak runtuh, lalu ia membinanya. Nabi Musa berkata: "Jika engkau mahu, tentulah engkau berhak mengambil upah mengenainya!"

18.Surah Al-Kahf (Verse 78)

قَالَ هَٰذَا فِرَاقُ بَيْنِي وَبَيْنِكَۚ سَأُنَبِّئُكَ بِتَأْوِيلِ مَا لَمْ تَسْتَطِع عَّلَيْهِ صَبْرًا

Ia menjawab: "Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu, aku akan terangkan kepadamu maksud (kejadian-kejadian yang dimusykilkan) yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya.
18.Surah Al-Kahf (Verse 79)


أَمَّا السَّفِينَةُ فَكَانَتْ لِمَسَاكِينَ يَعْمَلُونَ فِي الْبَحْرِ فَأَرَدتُّ أَنْ أَعِيبَهَا وَكَانَ وَرَاءَهُم مَّلِكٌ يَأْخُذُ كُلَّ سَفِينَةٍ غَصْبًا

Adapun perahu itu adalah ia dipunyai oleh orang-orang miskin yang bekerja di laut; oleh itu, aku bocorkan dengan tujuan hendak mencacatkannya, kerana di belakang mereka nanti ada seorang raja yang merampas tiap-tiap sebuah perahu yang tidak cacat.
18.Surah Al-Kahf (Verse 80)

وَأَمَّا الْغُلَامُ فَكَانَ أَبَوَاهُ مُؤْمِنَيْنِ فَخَشِينَا أَن يُرْهِقَهُمَا طُغْيَانًا وَكُفْرًا

Adapun pemuda itu, kedua ibu bapanya adalah orang-orang yang beriman, maka kami bimbang bahawa ia akan mendesak mereka melakukan perbuatan yang 
zalim dan kufur.

18.Surah Al-Kahf (Verse 81)

فَأَرَدْنَا أَن يُبْدِلَهُمَا رَبُّهُمَا خَيْرًا مِّنْهُ زَكَاةً وَأَقْرَبَ رُحْمًا

Oleh itu, kami ingin dan berharap, supaya Tuhan mereka gantikan bagi mereka anak yang lebih baik daripadanya tentang kebersihan jiwa, dan lebih mesra kasih sayangnya.
18.Surah Al-Kahf (Verse 82)

وَأَمَّا الْجِدَارُ فَكَانَ لِغُلَامَيْنِ يَتِيمَيْنِ فِي الْمَدِينَةِ وَكَانَ تَحْتَهُ كَنزٌ لَّهُمَا وَكَانَ أَبُوهُمَا صَالِحًا فَأَرَادَ رَبُّكَ أَن يَبْلُغَا أَشُدَّهُمَا وَيَسْتَخْرِجَا كَنزَهُمَا رَحْمَةً مِّن رَّبِّكَۚ وَمَا فَعَلْتُهُ عَنْ أَمْرِيۚ ذَٰلِكَ تَأْوِيلُ مَا لَمْ تَسْطِع عَّلَيْهِ صَبْرًا

Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu; dan di bawahnya ada "harta terpendam" kepuyaan mereka; dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka). Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat 
bersabar mengenainya".

CUBA KITA PERHATIKAN FIRMAN ALLAH INI KAITANNYA BERHUBUNG DENGAN PERNAFASAN KITA..

Ahad, 14 September 2014

PERIHAL NABI ALLAH KHIDIR

PERIHAL NABI ALLAH KHIDIR


[Ketika Rasulullah Wafat, Maka Datanglah Seseorang Yang Mengucapkan Kata- Kata Dan Doa] Lalu Berkata Ja’far Bin Muhammad, Dikhabarkan Oleh Ayahku Bahawa Ali Bin Abi Thalib Berkata : “Tahukah Kalian Siapa Lelaki Ini ? Ia Adalah Khidhir Alaihissalam” (Tafsir Imam Ibn Katsir Juz 1 Hal 436)
===========
[Ketika Rasulullah Wafat, Maka Datanglah Seseorang Yang Mengucapkan Kata-Kata Dan Doa) Maka Berkatalah Para Sahabat Satu Sama Lain : Kalian Tahu Siapa Lelaki Itu ? Maka Berkata Abu Bakar Dan Ali : Ya, Ini Adalah Saudara Rasululloh Saw Al Khidhir Alaihissalam. (Mustadrak Alaa Shahihain No.4392)
===========
Pesan Makrifat Nabi Khidir Ketika Berpisah Dengan Nabi Musa. Dia (Musa) Berkata, “Berilah Aku Wasiat”. Jawab Nabi Khidir : Wahai Musa, Jadilah Kamu Orang Yang Berguna Bagi Orang Lain, Janganlah Sekali-Kali Kamu Menjadi Orang Yang Hanya Menimbulkan Kecemasan Di Antara Mereka Sehingga Kamu Dibenci Mereka. Jadilah Kamu Orang Yang Senantiasa Menampakkan Wajah Ceria Dan Janganlah Sampai Mengerutkan Dahi Mu Kepada Mereka. Janganlah Kamu Keras Kepala Atau Bekerja Tanpa Tujuan. Apabila Kamu Mencela Seseorang Hanya Karena Kekeliruannya Saja, Kemudian Tangisi Dosa-Dosa Mu, Wahai Ibnu Imran ! (Al Bidayah Wan Nihayah Juz I Hal. 329 Dan Ihya’ Ulumuddin Juz IV Hal. 56).
===========
Ajaran/Wasiat Dari Nabi Khidir Kepada Kanjeng Sunan Kalijaga
Kehendak Allah Menjadikan Terwujudnya Diri Mu…Dengan Adanya Wujud Diri Mu Menunjukkan Akan Adanya Allah…Dengan Sesungguhnya, Allah Itu Tidak Mungkin Ada Dua Apalagi Tiga…Siapa Yang Mengetahui Asal Muasal Kejadian Dirinya…Saya Berani Memastikan Bahawa Orang Itu Tidak Akan Membanggakan Dirinya Sendiri
Ada Pun Sifat Jamal (Sifat Terpuji/ Bagus) Itu Ialah…Sifat Yang Selalu Berusaha Menyebutkan…Bahawa Pada Dasarnya Adanya Dirinya…Kerana Ada Yang Mewujudkan Adanya…Demikianlah Yang Difirmankan Allah Kepada Nabi Muhammad Yang Menjadi Kekasih-Nya
Kalau Tidak Ada Diri Mu…Allah Tidak Dikenal/Disebut-Sebut…Hanya Dengan Sebab Ada Kamulah Yang Menyebutkan Keberadaan-Ku…Sehingga Kelihatan Seolah-Olah Satu Dengan Dirimu… Adanya Aku, Allah, Menjadikan Diri Mu…Wujudmu Menunjukkan Adanya Zat Ku
===========
Berkata Guru Hamba Al Faqir: Alamat Khidir Itu Apabila Bersalaman Tiada Terasa Ada Tulang Tangannya,Dan Hijau Pakaiannya Serta Menghijau Ia Akan Sekalian Tumbuhan Yang Kering
Berkata Al Habib Shaikh Abul Hasan As Syazuli: Lazimi Oleh Mu Sifat Husnuzon Di Hati Tatkala Bertemu Manusia Sama Ada Ahli Ta'at Atau Ahli Maksiat. Barangsiapa Yang Setiap Kali Bertemu Ahli Ta'at Dan Ahli Maksiat Dianggapnya Khidir, Nescaya Akan Di Pertemukan Dengan Nabi Allah Khidir

Jumaat, 1 Ogos 2014

Zulkarnain, Nabi Ibrahim dan Nabi Khidir

Sungguhpun kekuasaan dan keperkasaannya tak tertandingi, akhlak dan hatinya selembut sutra, hingga karenanya ia mudah menyerap bukti kebenaran Ilahi. Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin, menceritakan, suatu ketika Iskandar Zulkarnain mendatangi suatu kaum yang tidak memiliki harta benda apapun yang bisa di nikmati. Lalu ia mengirim surat kepada Raja mereka dan berpesan agar Raja bersedia membalas suratnya.
Namun Raja itu menolak permintaan Zulkarnain, malah sebaliknya, ia berkata, jika Zulkarnain merasa ada kepentingan dengannya, sebaiknya dialah yang datang menemuinya.
Maka Zulkarnain pun pergi menemui Raja mareka, “Aku telah mengirimkan surat kepadamu dan memintamu datang kepadaku, tetapi kamu menolak, maka aku datang kepadamu,” kata Zulkarnain setelah sampai di istana Raja.
Sang Raja pun berkata, “Seandainya aku membutuhkanmu, aku pasti akan datang kepadamu.”
Sebagaimana jika aku melihatmu berada dalam suatu keadaan yang tak pernah dialami oleh siapapun?” tanya Zulkarnain.
“Apa itu?” sang Raja belik bertanya. “Kalian tidak memiliki harta dunia apapun. Kenapa kalian tidak memiliki emas dan perak hingga kalian bisa menikmatinya?” balas Zulkarnain.
“Tetapi kami membenci dua hal tersebut, karena seorang tidak mendapat apapun dari emas dan perak itu, kecuali hanya menginginkannya lebih dari itu,” jawab raja itu dengan tangkas.
Zulkarnain melanjutkan pertanyaannya, “Apa maksud kalian menggali kuburan lalu setelah itu kalian menjaganya, membersihkannya, dan sembahyang di sana?”
Raja itu kembali menjawab, “Kami ingin, jika kami memandang kuburan-kuburan itu dan mengharapkan dunia, kuburan-kuburan itu akan menghalangi kami dari harapan itu.”
Zulkarnain bertanya lagi, “Aku melihat kalian tidak memiliki makanan kecuali sayur sayuran, kenapa kalian tidak memiliki hewan ternak, hingga kalian dapat memerah susunya, menungganginya dan menikmatinya?”
Mereka menjawab, “Kami tidak suka menjadikan perut kami sebagai kuburan bagi binatang itu. Dan kami melihat di dalam tumbuh-tumbuhan itu faedah yang besar. Cukuplah anak adam memiliki kehidupan yang rendah karena makanan. Dan makanan apa saja yang melewati rahang bawah kami rasanya sama saja seperti makanan yang pernah kami makan sebelumnya.”
Setelah Zulkarnain meninggalkan raja itu dengan kagum dan menjadikan penjelasannya sebagai sebuah nasehat yang berharga.
Dalam setiap perjalananya, Zulkarnain selalu memperlakukan bangsa dan suku yang ditaklukkannya dengan amat baik dan santun. Tak mengherankan jika ia menuai kesuksesan dan selalu mendapatkan dukungan dari daerah yang telah di kuasainya.
Selain itu, Zulkarnain juga didampingi seorang penasihat kerajaan yang baik dan sangat luas pengetahuannya, yang tiada lain adalah Nabi Khidir AS.
Sebagian ulama menyebut, Allah SWT menurunkan wahyu kepada Nabi Khidir AS, lalu mengajarkan Wahyu tersebut kepada Zulkarnain.
Seorang mufassir lain, Al-Alusi, dalam kitab tafsirnya Ruhul Ma’ani, berkata, “Mungkin Khidir adalah salah satu pembesar kerajaan, seperti perdana mentrinya,  karena tidak tertutup kemungkinan bahwa Zulkarnain bermusyawarah dengan orang lain saat menghadapi suatu masalah. Sebab pada saat itu, istilah yang dikenal untuk menyebut orang pandai, termasuk Nabi, adalah “Ahli Hikmah”. selain itu, pada masa-masa dahulu, para Nabi juga sering disebut dengan istilah “Orang bijak,” atau “Hakim”.

Wahab bin Munabbah dalam kitabnya At-Tijan mengisahkan, pada suatu ketika Nabi Khidir AS berkata kepada Zulkarnain, Wahai Tuanku, tuan membawa suatu amanat yang seandainya diberikan kepada langit, langit itu akan runtuh, jika diberikan kepada Gunung, maka Gunung itu akan roboh, dan jika diberikan kepada Bumi, maka bumi itu akan terbelah. Tuanku telah diberi kesabaran dan kemenangan. Tuanku akan melihat suatu kaum yang menyembah sesama manusia dan mereka adalah musuh-musuh Allah, yaitu Ya’juj dan Ma’juj. Allah adalah penuntut tidak akan terkelabui oleh orang-orang yang melarikan diri, dan tidak akan dikalahkan oleh orang yang “Menang”.
Kata Nabi Khidir lagi, “Wahai tuanku, ambillah apa yang telah diberikan Allah SWT kepada tuan dengan keteguhan hati dan sungguh-sungguh. Jadikanlah kesabaran sebagai pakaian, kebenaran sebagai pegangan hidup, dan takut kepada Allah sebagai perlindungan yang menumbuhkan amal pada tuan, dan tuan akan tenang dari ketakutan akan datangnya ajal. Ambillah pedang Allah dengan tangan tuan, karena tidak ada orang yang dapat menolong dan tidak ada orang yang dapat mencegah kemenangan. Cukuplah bagi tuan, Allah sebagai penolong tuan.”
Dalam Almuhadlarah al-Awali, kitab yang dikutip Ibnu Katsir, disebutkan, suatu ketika Nabi Ibrahim AS bertemu dengan Zulkarnain di Mekah. Nabi Ibrahim Memeluk dan menjabat tangan Zulkarnain  serta memberinya bendera. Lalu ia mengikuti syariat yang dibawa oleh Nabi itu dan menyeru kepada manusia agar berpegang teguh pada syariat tersebut.
Hal ini dikuatkan kembali oleh sebuah hadis yang diriwayatkan oleh salah seorang sahabat Nabi SAW, Ubaid bin Umair dan anaknya, Abdullah, yang menyatakan, selama masa jayanya, Iskandar Zulkarnain pernah melaksanakan haji dengan berjalan kaki. ketika Nabi Ibrahim mendengar berita tersebut, beliau menemuinya seraya menyeru kepada agama Tauhid dan memberikan beberapa nasehat. Nabi Ibrahim juga membawakan Zulkarnain seekor kuda agar dinaikinya. Akan tetapi Zulkarnain menolak, seraya berkata, “Saya tidak akan menaiki suatu kendaraan di suatu tempat yang di dalamnya ada Ibrahim Al-Khalil, yang dikasihi Allah.”

Isnin, 23 Disember 2013

PEMAHAMAN TENTANG DUA KALIMAH SYAHADAH

PEMAHAMAN TENTANG DUA KALIMAH SYAHADAH
( yang terhimpun didalamnya syariat, tarikat, hakikat dan makrifat)

Oleh kerana penerangan ini untuk memudahkan kepada faham, yang berkeinginan untuk mendapat hidayah dari Allah, berdoalah kepada Allah dan bertanyalah kepada guru makrifat.... Bagaimana nak berguru kepada Allah..

Untuk belajar menerima kebenaran belajar lah dari peristiwa Nabi Musa dengan Nabi Khidir,(jangan dipersoalkan) ilmu ini BUKAN drp daya pemikiran sifat tabi'ei fizikal tetapi ilmu kerohanian.....

Ilmu awal didalam ugama iaitu 'awaluddin makrifatullah.'

Yang boleh terima, terimalah yang tidak bersesuaian lupakan saja..

Untuk memudahkan kepada faham:-

Penyaksian dan pengucapan dua kalimah syahadat sebenarnya adalah Muhammad mengaku Allah sebagai Tuhan, dan Pengesahan Allah kepada Muhammad sebagai Rasul, Pengakuan dan penyaksian ini berlaku didalam diri kita sendiri.


Bila kita menyebut atau mengatakan Allah menjadikan sesuatu hendaklah kita faham dan beriktikad dengan iktikad selain dari Allah tidak ada, hanya Allah sahaja yang ada. Dengan berfahaman dan beriktikat sebegini disetiap saat dan ketika bermakna kita sedang mengaplikasikan "Laa ilaha illallah - Tiada Nyata Hanya Allah" didalam kehidupan seharian kita....

Cuba kita bicarakan bagaimanakah kita nak berpegang dengan ilmu pengetahuan kita secara terus tanpa sebarang taklid supaya kita tidak mensyirikkan Allah...

Apakah sebenarnya Syirik itu ?
Syirik ialah menduakan (zat, sifat, nama dan perbuatan) Allah, atau mengadakan tuhan yang lain selain dari Allah... Asas syirik ialah meletakkan segala sifat yang wajib bagi Allah kepada selain dari Allah..

Cuba kita mengambil faham dari asalnya...

Asal mulanya hanya Allah sahaja yang ada, semasa ia bersendirian dia tidak bernama, ketika ini tiada tuhan tiada hamba.... Hanya zatnya ( kewujudannya ) sahaja... Tiada yang lain...

Dalam keadaan ini Ia dikatakan berada didalam keadaan perbendaharaan yang tersembunyi, Kasih ia kepada zatnya sendiri, dia suka untuk memperkenalkan dirinya sendiri, maka dizahirkan dirinya didalam bentuk sifatnya, namanya dan perbuatannya sendiri...

Apabila terzahirnya penzahiran yang pertama yang dinamakan Nur Muhammad, maka ia pun menamakan dirinya sebagai Allah.

Ketika terzahirnya Nur Muhammad disini juga telah berlakunya perebutan jawatan Tuhan ( maksudnya Allah mengatakan dia tuhan dan Nur Muhammad juga mengakui dia adalah Tuhan (sebab Nur Muhammad telah merasai sifat-sifat yang wajib bagi Allah adalah Miliknya)....

Disini diceritakan satu cerita untuk membawa kepada Faham juga, berlakulah dialog diantara Allah dengan Nur Muhammad...

Allah mengatakan dia tuhan begitu juga Nur Muhammad mengatakan ia Tuhan...

Disini berlaku satu permainan sorok-sorok... (Menghampirkan kepada faham jua)

Perjanjian telah dibuat diantara Allah dengan Nur Muhammad, siapa yang jumpa siapa dialah Tuhan....

Mula-mula giliran Nur Muhammad menyembunyikan dirinya, dengan senang Allah menjumpainya...

Sampai masanya Allah menyembunyikan dirinya, maka Nir Muhammad tidak dapat menemui Allah,

Maka mengakulah Nur Muhammad akan ketuhanan Allah dengan kalimah Laa ilaha illallah...

Setelah Nur Muhammad mengakui akan ketuhanan Allah maka Allah pun mengakui akan kerasulan Muhammad dengan Kalimah Muhammadar Rasulullah...


Inilah asal dua kalimah syahadah...


Kenapa Nur Muhammad tidak dapat mencari Allah ?


Sebab Allah telah menyembunyikan dirinya di dalam Nur Muhammad.....


Allah telah menzahirkan dirinya dari satu penzahiran kesatu penzahiran, Allah telah menyatakan dirinya dari satu kenyataan ke satu kenyataan.

Pada satu penzahiran dan kenyataan dinamakan dengan satu nama lain...

Penzahiran dan kenyataan Allah inilah yang dipanggil sebagai makhlok... Makhlok sebenarnya adalah merupakan penzahiran atau kenyataan zat, sifat, nama dan perbuatan Allah dan dinamakan dengan pelbagai nama....

Ada makhlok atau selain dari Allah itu sebenarnya merupakan penzahiran atau kenyataan zat, sifat, nama dan perbuatan Allah sendiri, yang dinamakan dengan makhlok....

Sebenarnya makhlok itu menyatakan penzahiran zat, sifat, nama dan perbuatan Allah, makhlok tidak mempunyai ujud sendiri, kenyataan (zat, sifat, nama dan perbuatan) Allah dikatakan ujud makhlok...

Dengan ini menunjukkan kepada kita bahawa makhlok tidak pernah ada kerana adanya makhlok sebenarnya kenyataan dan penzahiran zat, sifat, nama dan perbuatan Allah sendiri..

Jadi ada makhlok hanya ada pada sebutan, tidak pernah ada pada hakikatnya...

Ini adalah satu cerita kiasan untuk kita renungi... Para Rasul, Nabi, Auliak, Ulamak terdahulu tinggi dengan kiasan.. Allah juga menggunakan bahasa kiasan didalam firmannya, sebab itu didalam ayat Quran ada ayatayat yang tidak dapat difahami secara terus oleh para sahabat dan memerlukan kepada pentafsiran melalui Nabi Muhammad yang dipanggil sebagai hadis...

Bukan semua orang boleh memahami bahasa Al-quran ini, bahasa Al-quran ialah Kalam Allah sendiri, iaitu kata-kata Allah sendiri...

Oleh kerana Nabi Muhammad berbangsa Arab maka Allah telah memberikan dan mengilhamkan al-quran iaitu kata-kata Allah kedalam bahasa Arab ...

Sebenarnya kata-kata Allah itu adalah bahasa Allah sendiri, Allah tahu semua bahasa, orang yang hampir dengan Allah akan diberi faham melalui kalamullah...

Carilah Al-Quran yang terpelihara, yang tidak makan dek api, tak basah dek hujan, yang Allah pelihara sehingga ke hari Akhirat.

Cuba kita lihat pentajalian Allah didalam tiga peringkat iaitu dari Allah, Muhammad dan Adam..

Allah kita semua tahu, Dialah yang menjadikan makhlok yang zahir dan batin.. Allah berfirman huwal auwalu, huwal akhiru, huwaz zohiru, huwal batinu.. Dari sini cubalah sama-sama kita cari apakah makna tersirat dari perkataan menjadikan itu...

Muhammad - Nabi pernah bersabda " Ana abu ar-ruh, wa adam abu basyar "


Dari Makna sabda Nabi ini dapatlah kita tafsirkan bahawa Muhammad itu adalah asal kejadian roh, Allah beritahu bahawa dia meniupkan ruhNya ( Rohullah ) kedalam jasad Adam, maka disini pecahkanlah rahsia ruh ini... Diantara firman Allah " Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya ".dan sabda nabi Muhammad s.a.w Aku bapa atau asal kejadian Ruh.... Bertanyalah kepada guru mursyid....

Dari sabda Nabi juga telah menerangkan kepada kita dan Adam bapa atau asal kejadian Jasad...

Asal kejadian jasad kita adalah dari Adam, Asal kejadian ruh kita dari Muhammad, asal kejadian Muhammad dari Allah.

Kalau mengikut pentajalian dari permulaan bahawa Dari Allah ditajallikan Muhammad (asal kejadian roh), dari Muhammad ditajallikan Adam...

Allah memberitahu kepada kita dia menjadikan Muhammad kerana dia, hanya Muhammad yang mengenal Allah sebab Hanya Muhammad yang dizahirkan dari zat Allah, penzahiran yang terkemudian adalah dari Muhammad ( iaitu sifattullah ) sebab itulah Allah ada berfirman kejadikan keseluruhan alam kerana Muhammad, maksudnya dari segi penzahiran, kesemuanya terzahirnya dari sifatullah ( yang dinamakan Muhammad ), hanya sifat Allah yang terzahir dari Zatnya....

Boleh juga disebut dari zat Allah ditajallikan sifat Allah, dari sifat Allah ditajallikan nama Allah, dari nama Allah ditajallikan perbuatan Allah ( ianya berlaku secara tertib yang selalu disebut dengan fitratullah)

Cuba kita lihat firman Allah didalam hadis Qudsi " Insan itu rahsia aku, Aku rahsia insan, rahsia itu sifat Aku, sifat itu tidak lain daripada Aku"

Seperti yang diketahui seperti diatas bahawa sifat Allah ialah Muhammad, dapatlah diertikan insan itu rahsia Allah, Allah itu rahsia insan, rahsia itu ialah Muhammad, Muhammad itu tidak lain dari Allah..

Muhammad pula adalah asal kejadian roh. Carilah rahsia muhammad pada roh....

Cuba kita korek rahsia insan

Insan terdiri dari :-


- Yang rahsia iaitu kenyataan dari ( huwal auwalu huwal akhiru - maksudnya Dia iaitu zat Allah dari Awal dulu semasa dia bersendirian sekarang dan sampai bila-bila pun, hanya dia yang nyata, hanya dia yang ada.. Menjadi rahsia Insan )


- Yang batin iaitu yang tersembunyi ( Allah juga berfirman huwal batinu, dialah yang batin ) ternyata kepada diri insan sebagai roh,- Asal kejadian roh dari Muhammad berdasarkan kepada sabda Nabi Muhammad "Aku adalah asal kejadian roh Ana abu ar-ruh )


- yang nyata ( Allah juga berfirman huwaz zohiri - Dialah yang zahir ).. Ternyata kepada diri insan sebagai jasad - Asal kejadian jasad dari Adam berdasankan kepada sabda nabi dan adam adalah asal kejadian kepada jasad..


Dari sini cuba kita lihat bahawa insan itu terdiri dari diri rahsia Allah ( huwal auwalu, huwal akhiru). Kedua dari diri batin Allah iaitu (huwal batinu) dan ketiga diri zahir Allah ( huwaz zohiru ) dipanggil dengan nama insan atau manusia...

Jadi sebenarnya manusia itu adalah satu nama yang telah diberikan untuk menerangkan diri Dia yang awal, Dia yang akhir, Dia yang batin dan Dia yang zahir)..

Ini menunjukkan manusia itu hanyalah satu nama bagi penzahiran Allah yang tidak ada apa-apa pun padanya...

Jadi segala zat, sifat, nama dan perbuatan yang terlihat pada zahir, batin dan rahsia manusia itu kesemuanya menceritakan akan tajalli Allah...

Dari sini fahamlah kita bahawa rahsia manusia itu Allah

Roh manusia itu Muhammad


Jasad manusia itu Adam


Kita semua disini faham dan tahu yang Allah menghidupkan roh ( Muhammad), roh pula menghidupkan jasad ( Adam ) - Ini adalah kata-kata bagi menunjukkan tertib nya penzahiran Allah mengikut fitratullah....

Jasad (Adam) sebenarnya mati, jika tidak dihidupkan oleh roh ( Muhammad), Muhammad juga tidak hidup jika tidak dihidupkan oleh Allah...

Membawa makna hanya Allah yang hidup dan menghidupkan roh..

Ini bersesuaian dengan firman Allah


"سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الْآفَاقِ وَفِي أَنْفُسِهِمْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ ۗ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ

Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami keseluruh ufuk alam dan pada DIRI MEREKA SENDIRI, hingga jelas bagi mereka bahwa Al Quran itu adalah benar. Tiadakah cukup bahwa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?

(Fushshilat 53).

Lagi firman Allah yang bermaksud;

”Semua yang ada adalah fana (binasa). Dan yang baqa (kekal) itu adalah wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan” (Ar-Rahman: 26-27).

Secara keseluruhannya segala sifat yang wajib bagi Allah hanya milik Allah Sahaja.... Selain dari Allah bersifat dengan segala sifat yang mustahil bagi Allah...

Contoh nya Allah bersifat dengan sifat ada, selain dari Allah bersifat dengan sifat mati, Allah bersifat dengan sifat hidup, selain dari Allah bersifat dengan sifat mati. Inilah yang mesti difahamkan apabila kita menghuraikan yang Allah itu bersifat dengan sifat bersalahan Allah bagi segsla yang baharu.... Iaitu faham daripada mula asal diantara Allah dengan makhlok sebelum pentajalian berlaku...

Setelah berlakunya pentajalian Allah kepada makhlok sifat Allah sedia kekal seperti dahulu juga, sedia kekalnya sifat Allah dari dahulu sekarang dan selama-lamanya...

Kepada yang sudah boleh berada kepada kesedaran roh (Muhammad), cuba rasa sendiri roh itu ada atau tidak ada, roh itu mendengar atau tidak mendengar dan bandingkan segala sifat yang wajib bagi allah yang lain... Jika kita rasa roh mendengar, roh melihat, roh berkata-kata ( ini menerangkan kepada kita bahawa Muhammad sedang mengaku dirinya sebagai tuhan )..

Firman Allah
20.Surah Ţāhā (Verse 14)

إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي

"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati Daku.


Allah sudah dari asal lagi sudah mengaku dirinya sebagai tuhan ( Dialah yang awal, Dialah yang akhir, dialah yang batin dan dialah yang zahir) - Allah telah menyembunyikan dirinya didalam Muhammad ( maksudnya segala sifat ketuhanan yang ternyata kepada (roh) Muhammad itu adalah sifat Allah sendiri tetapi tidak disedari oleh roh. (Muhammad)..maksudnya Roh (Muhammad) sedang menyedari bahawa sifat yang wajib bagi Allah yang ternyata kepada roh ( Muhammad) adalah sifat (roh) Muhammad sendiri.

Muhammad tidak mampu mencari Allah diluar dari dirinya akhirnya dia mengakuilah bahawa segala sifat yang wajib bagi Allah yang ternyata pada Muhammad itu sebenarnya sifat Allah.

Apabila roh (muhammad) menyedari dan mengakui bahawa segala sifat yang wajib bagi Allah yang ternyata kepada Roh ( Muhammad) adalah sifat Allah sendiri,,, disinilah tertunai Kalimah tauhid (Laa ilaha illallah) inilah yang dikatakan Muhammad mengaku Allah sebagai tuhan.

Muhammad ( roh ) yang telah mengaku sifat yang wajib bagi Allah yang ternyata padanya itu adalah sifat Allah sendiri...

Roh (Muhammad) inilah yang telah diperakui oleh Allah sebagai hamba dan pesuruhnya yang memiliki sifat terpuji iaitu sidiq, amanah, tablik dan fatonah... Disinilah ternyatanya kalimah rasul Muhammadar Rasulullah....

Laa ilaha illallah - Muhammad mengaku Allah sebagai Tuhan

Muhammadar Rasulullah - Allah mengaku Muhammad sebagai Rasul


Cuba kita bawa kepada mula asal..

Sebelum ada yang dijadikan oleh Allah, Hanya Allah sahaja yang ada, ada Allah itu dari dulu sekarang dan sampai bila-bila pun macam tu la, tak pernah berubah..

Kemudian Allah memperkenalkan dirinya dalam pelbagai bentuk, proses memperkenalkan dirinya ini dipanggil pentajalian,

Pentajalian inilah yang disebut-sebut sebagai makhlok, maksudnya makhlok itu sebenarnya adalah sifat, nama dan perbuatan Allah sendiri, tetapi kita tidak panggil sifat, nama dan perbuatan Allah,

Bila kita panggil Nur Muhammad yang sebenarnya yang merupakan sifat Allah, nampaklah Nur Muhammad itu sebagai satu ujud yang lain selain dari Allah tetapi sebenarnya Nur Muhammad itu adalah sifat Allah sendiri yang telah diNYATAkan.

Contoh lain yang membolehkan membawa hampir kepada faham ialah,

Pekerjaan Allah dipanggil dan diberi nama sebagai malaikat, pekerjaan Allah yang menyampaikan wahyu dan mengajar Nabi-Nabi dan Rasul dipanggil sebagai Malaikat Jibroil..

Bila disebut Malaikat Jibroil hendaklah kita faham dan berpegang bahawa Allah sendiri yang sedang memberi wahyu kepada Nabi-Nabi dan Rasul, Nama atau panggilan yang dipanggil kepada pekerjaan Allah yang sedang menyampaikan wahyu itu ialah malaikat Jibroil..

Kalau kita berpegang yang malaikat itu ada ujud sendiri maka kita terjerumus kepada SYIRIK kerana dengan pegangan sedemikian kita telah beriktikad ada malaikat itu satu ujud yang lain selain dari Allah sedangkan malaikat itu sebenarnya menzahirkan pekerjaan Allah sendiri.

Pekerjaan Allah ini dinamakan dan dipanggil sebagai malaikat...

Begitu jugalah kepada makhlok-makhlok lain..

Kesemua makhlok kesemuanya merupakan samada penzahiran sifat, nama atau perbuatan Allah yang disebut atau diberi nama dengan makhlok..

Makhlok itu bukanlah ada ujud sendiri, tetapi ianya sedang menerangkan, sedang memberitahu, sedang bercerita tentang sifat, nama dan perbuatan Allah..

Bila disebut sahaja makhlok, hendaklah kita beriktikad bahawa kesemua makhlok tidak ada ujud sendiri tetapi merupakan penjelasan kepada wujud Allah..

Jika tidak dizahirkan wujud Allah didalam bentuk makhlok ( sifat, nama dan perbuatan Allah ), tidaklah boleh DIA dikenali..

Dengan ini bila disebut saja makhlok hendaklah kita beriktikad bahawa makhlok itu tidak pernah ada ujud sendiri ( maksudnya tidak ada ).. Makhlok itu sebenarnya kenyataan sifat, nama dan perbuatan Allah sendiri)

Maksudnya Hanya Allah sahaja yang ada, selain dari Allah tidak pernah ada, yang dikatakan ada selain dari Allah itu bukanlah ujud makhlok itu sendiri tetapi sebagai penerangan, sebagai keNYATAan wujud Allah...

Pokok persoalannya bila kita rasa kita ada, bagaimana nak pulangkan ujud diri kita kepada wujud Allah, maksudnya bagaimanakah kita nak mematikan diri kita sebelum mati... ?

Selagi masih rasa ada ujud sendiri dan selain dari Allah, disamping wujud Allah, selagi itu kita belum bersih dari najis syirik...

Najis ini (iaitu rasa ujud diri sendiri disamping wujud Allah) yang perlu dibersihkan, yang perlu disucikan...

Jangan sampai kita berkata " Laa ilaha illallah - Tiada Nyata hanya Allah, dalam masa yang sama kita masih merasai ujud diri sendiri disamping wujud Allah"

Kita kata Allah hidup tetapi dalam masa yang sama kita rasa diri kita hidup disamping hidup Allah, sedangkan hidup kita itu, Ada kita itu adalah merupakan hidup Allah yang sedang diperkenalkan, Ada Allah yang sedang diNYATAkan.

NURULLAH = ZAT ( Diri Hakiki )
NUR MUHAMMAD = SIFAT ZAT

NYATANYA ZAT pada SIFAT

NYATANYA NURULLAH pada NUR MUHAMMAD

Caranya :-

Tumpukan KESADARAN pada ZAT atau ...SEBUT je ..


ZAT ALLAH MELIPUTI setiap ruang jasadku...


Rasakanlah ( rasakan sendiri )...RASA itu = PENGAKUANNYA...


Berperanglah Dengan Nafsu Sendiri, untuk mencapai makrifatullah !


Untuk sampai kepada pengenalan seperti yang dimaksudkan, saksikan segala sifat-sifat yang wajib bagi Allah yang terzahir keatas diri dan ternyata pada selain dari Allah, setelah dapat menyaksikan maka buatlah pengakuan (mengakulah) bahawa sifat-sifat yang wajib bagi Allah itu adalah sifat Allah..

Jadikan penyaksian dan pengakuan seperti itu sebagai amal salleh secara istiqomah ( berterusan ) sehingga mencapai ketahap Allah yang mengenali Allah ( kita dan selain Allah Allah sudah tidak ada, - makna kita sudah hilang kesedaran kepada diri sendiri dan kepada selain dari Allah yang tinggal hanya Allah yang sedang sedar akan kewujudanNya)..

Jika tidak diamalkan, jika tidak dilatih tidaklah akan sampai pengenalan sehingga ketahap Allah mengenali Allah - cumanya kita tahu dan boleh bercakap saja,
Tetapi tidaklah berada didalamnya (maknanya tidak merasai), keadaan 'Ariftu robbi bi robbi'....

Amalan menyaksi dan membuat pengakuan bahawa segala sifat yang wajib bagi Allah yang ternyata keatas diri dan selain dari Allah adalah sifat Allah ini amat berat untuk dilakukan,

Ini bertepatan dengan sabda Nabi besar Muhammad saw 'perang yang paling besar ialah berperang dengan nafsu sendiri..'

Nafsu sendiri yang dimaksudkan ialah pengakuan ( sifat akuan diri ) dimana diri sendiri menyaksi segala sifat yang wajib bagi Allah yang ternyata kepada diri itu adalah menjadi milik diri sendiri, walaupun sesaat..

Kita mengaku yang kita ada mempunyai sifat atau kita memakai sifat yang wajib bagi Allah kepada diri sendiri itulah nafsu...

Nafsu ini sentiasa ingin mengaku yang sifat yang wajib bagi Allah adalah milik dirinya sendiri (walaupun kita tahu sifat yang wajib bagi Allah hanya layak, hanya haq milik Allah sahaja),

Untuk mempertahankan pengakuannya itu diri akan menggunakan pelbagai alasan bagi meyakinkan diri sendiri supaya dia mumpunyai sifat yang hanya wajib bagi Allah itu (walau pun diri itu tahu bahawa segala sifat yang wajib bagi Allah hanya milik Allah - mengenal Allah sekadar ilmu sahaja)...

Ya, lihatlah bagaimana kita sedang berperang dengan nafsu kita (iblis) sendiri, betapa beratnya, Hanya untuk meletakkan yang berhaq pada tempatnya sahaja, (untuk menyatakan, untuk berpegang , untuk mengaku sifat yang wajib bagi Allah hanya milik Allah sahaja sudah diperangi oleh keakuan kita sendiri).

Maknanya kita tahu, kita boleh berkata yang sifat yang wajib bagi Allah itu hanya haq Allah sahaja,( kenal pada ilmu), tetapi kita tidak boleh mengaku kepada diri sendiri yang sifat Allah itu adalah milik Allah - bila kita nak membuat pengakuan yang sifat wajib bagi Allah yang sedang kita rasai itu adalah milik Allah, kita akan ditentang oleh kemahuan sendiri (nafsu), untuk itu istiharlah perang secara besar-besaran kepada nafsu seperti ini.... ( kita masih merasai keujudan diri sendiri disamping wujud Allah ),- ( tidak kenal dengan sebenar kenal )....

Apabila kita beristikomah dengan menyaksi dan mengaku yang sifat wajib bagi Allah yang sedang kita nikmati dalam ertikata Allah sedang memperkenalkan dirinya atau dengan kata mudah Allah sedang mununjukkan (inilah Aku kepada kita), mengakulah bahawa semua sifat yang wajib bagi Allah itu adalah milik Allah sahaja.. Pengakuan inilah yang kebanyakkan orang panggil sebagai penyerahan total, menyerahkan sifat Allah kepada Allah.

Lakukanlah, beramallah, berperanglah dengan nafsu sendiri sehingga mencapai ketahap Allah mengenal Allah, jangan adakan tuhan yang lain diantara kita dengan Allah...

Maafkan saya kerana saya terpanggil untuk mengilmiahkan sedemikian rupa dengan tujuan untuk memberi faham kepada yang ingin memahami....

pengilmiahan ini tidak meletakkan seseorang berada pada tahap seperti yang diperkatakan, termasuk diri saya sendiri...

Hanya amal yang istikomah, hanya perang yang berpanjangan dengan nafsu sendiri akan membuahkan kemenangan sehingga kepada Allah mengenal Allah "Ariftu robbi bi robbi"...

Contoh pengakuan :-..

Kita sedang rasa keujudan kita, soallah diri kita ( soal ini sebagai syarat untuk memberi peringatan kepada diri sendiri ), ada siapa ini?

Tentukan jawapannya adalah ada Allah, jangan berhenti menyoal sehingga belum lagi sampai jawapan kepada Allah...

Kepada siapa yang kita nak soal?

Soal kepada diri sendiri,

Apa yang nak disoalkan?
Soallah apa yang kita sedang sedar, apa yang sedang rasa ketika ini ( ketika kita nak soal itu),

Contoh kita sedang berjalan, soallah kepada diri sendiri, siapa yang tengah berjalan ini ?

Tentukan diri yang sedang sedar itu ( kita sedarkan kita sedang berjalan ) menjawab Allah..

Katakan diri kita menjawab badan aku yang sedang berjalan, teruskan menyoal, siapakah yang menggerakkan badan aku berjalan,

Jika diri kita menjawab roh aku, teruskanlah menyoal sehingga sampai kepada jawapan Allah, selagi belum sampai jepada jawapan Allah, jangan berhenti menyoal...

Apabila menjawab Allah, rasakan akan kewujudan Allah... ( kita tidak rasa lagi akan ujud kita)..

Permulaan tadi kita rasa ada kita, setelah bersoal jawab, sekarang ini kita sedar yang ada itu Allah...

( keadaan ini masih lagi menunjukkan kepada dua ujud iaitu ujud kita ( kita menyedari ) akan wujud Allah...

Untuk menghilangkan dua ujud ( keberadaan kita dan keberadaan Allah ) teruslah menyoal...

Semasa kita menyedari ada yang sedang kita rasa itu ada Allah, soallah siapakah yang sedang sedar, siapakah yang sedang rasa kewujudan Allah itu... Selagi belum bertemu dengan jawapan Allah, jangan lah kita berhenti menyoal....

Lakukanlah sehingga Allah sendiri yang sedang menyedari akan kewujudan Allah (kita sudah hilang, kita sudah binasa, kita sudah tidak berkesedaran kepada diri kita lagi )

Allah yang sedar akan kewujudan Allah...

Diperingkat permulaan kita perlu kepada soal jawab, apabila sudah ( kata orang sudah jadi darah daging ), dah tak payah soal lagi, rasa Allah yang sedang bersifat dengan sifat wajib bagi Allah itu terasa sendiri...

Inilah keadaan 'ariftu robbi bi robbi"

persoalan yang timbul.......

dalam mengingati allah..aku sering alpa dn trlupa...kadangkala msh di dlm keberadaan diri...lupa sejenak..dn kembali ingat,meskipun sudah diberi ilmu tp tetap lalai jua...zauq yg datang.tenggelam timbul..Allah bantulh hambamu dlm penyerahan ini...

Lupa itu adalah lumrah manusia "hati manusia itu berbolak balik"

Diperingkat permulaan kita hendaklah selalu memperingatkan diri kita dengan cara menyoal diri sendiri... Apakah soalan yang nak diberikan kepada diri sendiri ?

Soallah diri sendiri dengan apa yang sedang kita sedar sekarang ini, contoh kita sedar akan keujudan diri sendiri.... Tanyalah kepada diri sendiri, ujud siapakah yang sedang disedari itu... Tentukan jawapan yang diterima adalah Wujud Allah, jika belum sampai kepada jawapan Allah, teruskan soalan sehingga jawapannya kepada Allah..

Contoh kita jawab, ujud badan, soallah lagi adakah badan itu ujud sendiri... Jawapan yang diterima ujud badan kerana roh, oleh kerana jawapan belum sampai kepada Allah, teruskan soalan, adakah roh itu ada dan hidup sendiri.... Jawab Ada roh diadakan dan dihidupkan oleh Allah, jadi yang ada dan hidup sebenarnya adalah Allah....

Setelah mendapat jawapan Allah teruskan persoalan sehingga mencapai kepada Allah yang sedang merasai wujud Allah..

Pada mulanya, kita rasa Allah ada, semasa kita rasa Allah ada, biarkan kita berada didalam keadaan kita sedang merasai kewujudan Allah, pada masa yang sama tanyalah kepada rasa dan perasaan itu, siapakah yang sedang merasai akan kewujudan Allah,

Jawab dan rasai sendiri akan keadaan Allah yang sedang merasai kewujudan Allah... Rasa keujudan kita akan hilang dengan sendiri, akan binasa dengan sendiri, tanpa perlu kita hindari...

Keadaan inilah yang dikatakan fanafillah ( selain dari Allah binasa ), dan baqa'billah ( Allah sahaja yang Ada, Allah sahaja yang kekal selama-lamanya )..

Tanya dan rasailah dengan perasaan yang dalam akan keadaan itu...

Mula-mula kita mesti bertanya kepada diri sendiri, pertanyaan ini sebagai peringatan kepada diri sendiri...

Jawapan kepada soalan kita itu adalah merupakan pengakuan kita, tanya lah soalan sehingga timbul pengakuan kepada Allah, sehingga sampai Allah yang mengaku Allah, sehingga Allah yang mengenali Allah...

kalau belum merasai " mati sebelum mati ", cuma bermain pada akal sahaja...

Sesetengah orang sufi menyebut hapus diri yang zahir kepada diri yang batin, hapus diri yang batin kepada zat ( Allah ) semata-mata..

Ada juga dikalangan sufi yang mempraktikkan laa maujudun, laa haiyun, laa 'Alimun, laa khodirun, laa muridun, laa samu'un, laa basirun, laa mutakallimun fil hakikati illallah...

Ada juga yang menggunakan bahasa masukkan Adam kedalam Muhammad, masukkan Muhammad kedalam Allah.

Sifat wajib bagi Allah itu hanya milik Allah sahaja, dimana kita letakkan sifat hanya milik Allah ini maka disitulah kita bertuhan....

Allah, Tiada Tuhan selain Allah..

Kita sendiri yang mengada-adakan tuhan selain dari Allah itu...

Nabi dan Rasul diturunkan untuk mengajar kita supaya bertuhankan hanya kepada Allah sahaja, jangan adakan tuhan selain dari Allah,

Hanya Allah sahajalah Tuhan sekalian Alam....

Tuhan-tuhan yang lain itu hanyalah prasangka kita sahaja...

Untuk itu janganlah letakkan segala sifat yang wajib bagi Allah itu kepada diri kita dan selain dari Allah....

Apabila terlihat sifat wajib bagi Allah kepada diri kita dan selain segeralah beriktikad bahawa sifat-sifat wajib bagi Allah itu adalah sifat Allah sendiri yang dipertontonkan, sifat Allah sendiri yang sedang diperkenalkan...

(Inilah yang dikatakan oleh ariffinbillah "tukarkan cahaya dirimu kepada cahaya Tuhanmu,)..

Kita ambil contoh bagaimana nak "tukarkan cahaya dirimu kepada cahaya Tuhanmu," - mula-mula kita sedar jasad kita hidup, (hidup jasad dihidupkan oleh roh), kemudian kita sedar hidup roh, bila kita sedar dan dapat rasakan roh hidup dan menghidupkan jasad ( maknanya jasad kita menjadi mati )

Kesedaran tentang hidup roh inilah dipanggil "cahaya diri".... Jadi "tukarkan cahaya dirimu kepada cahaya Tuhanmu," Janganlah terhenti beriktikad setakat hidup roh sahaja, teruskan perjalanan dengan menukarkan dari berpegang roh yang hidup kepada Allah yang hidup dan menghidupkan roh, jadi terlihatlah oleh kita yang sebenar-benar hidup ialah Allah....

Hidup yang terlihat kepada roh ialah hidup Allah sendiri, jika disebut dengan bahasa biasa Allah lah tang menghidupkan roh, Jika roh itu hidup sendiri dia tidak perlu kepada hidup Allah untuk menghidupkannya....

Apabila roh itu dihidupkan, adakah menyalahi jika dikatakan sebenar-benarnya roh itu mati, hidup yang ternyata kepada roh itu menyatakan, menerangkan hidup Allah..

Dengan kata lain, Hidup yang terlihat kepada roh itu, bukanlah hidup roh sendiri, tetapi menunjukkan kepada kita bahawa Allah sedang memberitahu kepada kita ( Inilah hidup Aku (Allah), yang sekarang dipanggil roh ) yang menjadi diri sebenar diri kepada Insan... Ternyatalah "insan itu rahsia Aku, Aku rahsia insan, rahsia itu sifat Aku, sifat itu tidak lain daripada Aku"

Maafkan saya kalau tersalah memberi faham..