Pages

Memaparkan catatan dengan label manusia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label manusia. Papar semua catatan

Jumaat, 21 April 2017

DUNIA ITU UNTUK EMPAT ORANG

*💎💎MUTIARA JUM'AT💎💎*
                      بسم الله الرحمن الرحيم

*👍🏽👍🏼👍 "Ada Empat Jenis manusia., kita termasuk yang mana..???"*_

*🌿Rasulullah* _Shallallahu 'Alaihi wa Sallam_ bersabda:

*إنما الدنيا لأربعةِ نفرٍ ؛ عبدٌ رزقَه اللهُ مالًا و علمًا فهو يتَّقي فيه ربَّه ، و يصِلُ فيه رَحِمَه ، و يعلمُ للهِ فيه حقًّا ، فهذا بأفضلِ المنازلِ ، و عبدٌ رزقَه اللهُ علمًا ، و لم يرزقْه مالًا ، فهو صادقُ النَّيَّةِ ، يقولُ : لو أنَّ لي مالًا لعملتُ بعملِ فلانٍ ، فهو بنِيَّتِه ، فأجرُهما سواءٌ و عبدٌ رزقَه اللهُ مالًا ، و لم يرزقْه عِلمًا يخبِطُ في مالِه بغيرِ علمٍ ، و لا يتَّقي فيه ربَّه ، و لا يصِلُ فيه رَحِمَه ، و لا يعلمُ للهِ فيه حقًّا ، فهذا بأخبثِ المنازلِ ، و عبدٌ لم يرزقْه اللهُ مالًا و لا علمًا فهو يقولُ : لو أنَّ لي مالًا لعملتُ فيه بعملِ فلانٍ ، فهو بنيَّتِه ، فوزرُهما سواءٌ.*

*🌎🌍🌏 "DUNIA ITU UNTUK EMPAT ORANG:*

*_👍🏽👍🏼👍 Hamba yang diberi rizki oleh Allah berupa harta dan ilmu (agama)., ia bertaqwa kepada kepada Allah dengan ilmu dan hartanya., ia gunakan untuk menyambung silaturrahim., ia mengetahui di dalamnya terdapat hak Allah., inilah kedudukan yang paling Utama..._*

*_👍🏽👍🏼👍 Hamba yang diberi rizki oleh Allah berupa ilmu (agama), namun tidak diberi harta... Namun niatnya tulus... Ia berkata: andai aku memiliki harta., aku akan beramal sepert Fulan (nomor 1), dan ia sungguh-sungguh dengan niatnya tersebut. Maka antara mereka berdua (nomor 1 dan 2) pahalanya sama..._*

*_🍁🍁🍁 Hamba yang diberi rizki oleh Allah berupa harta., namun tidak diberi ilmu (agama)... Ia membelanjakan hartanya tanpa ilmu., ia juga tidak bertaqwa dalam menggunakan hartanya., dan tidak pula menyambung silaturrahmi dengannya., ia juga tidak mengetahui hak Allah di dalamnya... Maka Ini adalah seburuk-buruknya kedudukan..!_*

*_🍁🍁🍁 Hamba yang tidak diberi rizki dan juga tidak diberi ilmu (agama)... Ia pun berkata: Andai saya memiliki harta maka saya akan beramal seperti si Fulan (yang ke-3), dan ia sungguh-sungguh dengan niatnya itu., maka mereka berdua (nomor 3 dan 4) dosanya sama."_*
     (HR.At-Tirmidzi no.2325)

                  Wallohua'lam
                     

                         *بَارَكَ اللهُ فِيْكم*

👐👐👐 Semoga Allah SWT. memberi kita Taufiq serta Hidayah-Nya., sehingga kita dapat mengamalkan apa yang kita dengar, kita lihat dan yang kita baca...
*_👐 Allohumma Aamiin..._*

🐠maaf & doa selalu🐠
🌸🌸🌸AHBAR🌸🌸🌸

Sabtu, 21 Januari 2017

Mengembara ke alam jin

Mengembara ke alam jin

Jin memang wujud. Orang Islam wajib percaya akan wujudnya makhluk jin karena ia disebut di dalam Al Quran. Firman Allah:

Maksudnya; "Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Aku". (Az-Zaariat:56)

Tuhan ada berfirman bahwa alam yang diciptaNya ada dua bentuk. Ada alam ghaib dan ada alam nyata atau alam syahadah.

Alam nyata ialah alam yang mata lahir dapat nampak. Alam ghaib, mata lahir tidak dapat nampak tetapi dapat dirasakan oleh hati.

Merasakan wujudnya alam ghaib dengan hati ada dua peringkat. Pertama, terasa akan adanya alam ghaib itu. Yaitu yakin dan percaya tentang alam ghaib semata-mata berdasarkan rasa saja. Tidaklah sampai dapat melihat seperti mata lahir .

Peringkat kedua ialah hati dapat melihat seperti mana mata lahir melihat. Bukan sebatas rasa saja tetapi mata bathin dapat melihat seperti mana mata lahir melihat. Yakni betul-betul nampak.

Bila dikatakan alam ghaib, ia tidak termasuk Tuhan. Tuhan juga ghaib tetapi Tuhan bukan alam. Tuhan itu tersendiri. Maha Suci Tuhan dari menyerupai alam. Alam adalah apa saja selain Tuhan.

Alam adalah ciptaan Tuhan dan dinamakan makhluk. Tuhan itu Pencipta atau Khaliq. Ghaibnya Tuhan tidak sama dengan ghaibnya alam.

Alam ghaib ini ada beberapa kategori. Yang tertinggi ialah alam malaikat.
Kedua alam jin
ketiga alam ruh muqaddasah.

Malaikat diceritakan dalam Quran dan Hadis. Malaikat lebih dahulu diciptakan dari jin. Ia dijadikan dari cahaya manakala jin dicipta dari api. Oleh itu malaikat lebih ringan ciptaannya dari jin karena cahaya lebih ringan dari api.

Sebab itu juga bilangan malaikat lebih ramai dari jin. Nisbahnya pada setiap sepuluh malaikat satu jin. Juga disebabkan malaikat dicipta dari cahaya, perjalanannya lebih cepat dari jin.

Jin pula lebih dahulu dicipta dari manusia. Kalau jin dijadikan daripada api, manusia dijadikan daripada tanah. Sebab itu manusia berbentuk jisim yang pejal, lebih lambat pergerakannya.

Sebab itu juga jin lebih ramai bilangannya daripada manusia. Nisbahnya setiap sepuluh jin satu manusia. Malaikat lebih ramai dari jin dan jin pula lebih ramai dari manusia dengan nisbah 10:1 .

Ruh muqaddasah pula sebenarnya adalah manusia. Muqaddasah itu maksudnya suci. Roh muqaddasah ialah ruh yang suci. Ruh muqaddasah atau ruh yang suci ini peranannya lebih kuat dari peranan jasad. Ruh muqaddasah ini dia mutassarif atau aktif, lebih aktif dari fisiknya.

Ruh muqaddasah ini pula, ada ruh orang yang masih hidup dan ada ruh orang yang sudah mati. Sebab itu, tidak heran orang yang kasyaf kadang-kadang dapat melihat orang yang masih hidup di suatu tempat sedangkan fisiknya yang sesungguhnya berada di tempat lain.

Ada juga orang kasyaf yang melihat ruh muqaddasah orang yang sudah mati. Oleh karena umumnya ruh muqaddasah tidak dapat dilihat oleh mata kasar, maka ia dikatakan ghaib juga.

Jadi , ruh muqaddasah ini, walaupun fisik hidup atau mati, ruhnya sangat berperanan. Namun , ruh muqaddasah orang yang sudah mati lebih berperanan dari ruh muqaddasah orang yang masih hidup. Ini karena orang yang masih hidup masih terikat dengan jasad lahir.

Kalaupun ruhnya dapat keluar secara halus, secara mata tidak dapat lihat, dia tetap masih terhubung dengan jasad lahirnya. Ini tidak berlaku kepada ruh orang yang sudah mati.

Itu sebab ruh muqaddasah orang yang sudah mati lebih laju dan lebih aktif dari ruh muqaddasah orang yang masih hidup..

Contohnya, kalau ada dua orang wali, yang kedua-duanya sudah menjadi ruh muqaddasah, kalau seorang masih hidup dan seorang lagi sudah mati, ruh wali yang sudah mati itu akan lebih berperanan, lebih aktif dan lebih laju bekerja dari ruh wali yang masih hidup.

Berbalik kepada kisah jin, dia ada dua peringkat. Ada jin Islam dan ada jin kafir. Jin ini pula macam manusia juga. Dia ada bermacam-macam jenis, bangsa dan etnik. Tabiat bangsa dan etnik jin inipun tidak sama di antara satu dengan lain.

Seperti juga manusia yang banyak bangsa dan etnik, tabiat dan ragam asli antara etnik tidak sama. Bangsa Cina dan Melayu ada watak-wataknya yang tersendiri. Orang Putih (Barat) ada wataknya yang tersendiri pula.

Bahkan etnik dalam satu rumpun bangsa pun wataknya tidak sama. Orang Banjar dan orang Jawa, wataknya berbeza. Malahan orang Melayu yang berlainan kawasan pun berbeda wataknya.

Orang Melayu Johor dan Melayu Kelantan lain. Mereka ini sedikit-sedikit ada perbedaan watak. Begitu juga jin. Ada yang kasar dan ada yang lembut sedikit. Ada yang garang dan ada yang sederhana.

Jin itu watak asalnya jahat. Betapalah jenis yang kasar, dia lagi jahat. Sebab itu dikatakan, sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia. Kalau kita pilih seorang manusia yang paling jahat, kalau dia jin, dia adalah yang paling baik.

Namun demikian, jahatnya jin itu ada juga batasnya. Tidak ada jin yang sebegitu jahat sampai mengaku dirinya Tuhan seperti Firaun dan Namrud. Tidak ada pula jin yang sebegitu baik sampai mengatasi baiknya Rasulullah dan para Nabi.

Para Nabi dan Rasul tidak diangkat dari kalangan jin. Umumnya jin lebih jahat dari manusia tetapi tidak ada yang ekstrem jahatnya seperti Firaun dan Namrud dan tidak ada yang ekstrem baiknya seperti Rasulullah SAW. Hanya manusia yang ada baiknya secara ekstrem dan jahat secara ekstrem.

Jin ini melihat Iblis dan bergaul bersama-samanya di alam ghaib. Jin Islam bergaul dengan jin kafir.

Mereka makan bersama, bekerja bersama, berniaga bersama, ada yang menikah antara satu sama lain, sama-sama duduk dalam satu kantor, sama-sama jadi kerani (clerk) dan sebaginya.

Sebab itu jin Islam lebih banyak dirusakkan oleh jin-jin kafir. Sebab mereka bergaul bersama dan mereka sama jenis. Mereka mudah terpengaruh.

Macam kita manusia juga, kalau bergaul dengan bangsa jahat seperti orang Barat dan Yahudi, habislah kita jadi Barat dan Yahudi.

Semuanya dapat bertukar jadi Barat dan Yahudi. Yang tidak dapat bertukar hanyalah warna kulit dan bentuk hidung. Ini musti buat operasi pelastik.

Jin kurang berhasil dalam usaha merosakkan iman manusia berbanding iman sesama jin. Ini karena manusia dan jin berlainan jenis, dan manusia tidak dapat nampak dan tidak dapat bergaul dengan mereka.

Itupun banyak manusia yang kafir, banyak yang zalim dan yang fasik. Betapalah kalau jin dan manusia sama-sama dapat bergaul.

Bila jin menjadi kafir, dia dipanggil syaitan. Syaitan itu maksudnya merasuk. Kerja jin kafir atau syaitan ialah merasuk dan menyesatkan orang. Jin Islam tidak dapat dikatakan syaitan.

Kehidupan jin betul-betul macam manusia. Ada kerajaannya, ada masyarakat, ada kantornya, ada mahkamahnya, ada nikah kahwin.

Tempat tinggal jin ajaib dan aneh. Ada yang tinggal di gunung-gunung, hutan-hutan, laut, kawasan sungai dan hulu-hulu sungai. Ada juga jenis jin yang bergaul dengan manusia.

Jin yang tinggal di suatu negara, biasanya ikut bahasa manusia setempat. Kalau di Tanah Arab, jin berbahasa Arab, kalau di Tanah Melayu, jin berbahasa Melayu. Dia tidak tahu bahasa Arab. Kalau jin yang duduk di Negara Cina maka bahasanya bahasa Cinalah. Mereka pun belajar dan berguru dengan manusia.

Rupa asal jin sangat hodoh (jelek) dan buruk. Ia menakutkan. Kalau manusia terlihat jin ini hidupnya jadi huru hara dan ketakutan. Manusia tidak akan aman.

Dengan rahmat Tuhan, alam jin dihijab (ditutup) dari pandangan manusia. Tetapi alam manusia tidak dihijab dari pandangan jin. Sehodoh-hodoh manusia adalah secantik-cantik jin.

Walaupun rupa asal jin itu jelek tapi dia dapat menyerupai berbagai rupa. Dia dapat merupa benda seperti kain, tas, batang kayu, binatang dan juga manusia, tetapi paling banyak dia menyerupai binatang.

Ini termasuklah ular, kala jengking, lipan dan jenis-jenis binatang lain yang berbisa. Kalau dia menyerupai binatang seperti ini, rupanya lebih aneh dan lebih hebat dari yang biasa. Kalau dia dibunuh ketika dia sedang menyerupai binatang , dia akan mati.

Sebab itu Tuhan ajar kita, kalau jumpa binatang berbisa di tengah jalan atau di dalam rumah, musti berhati-hati. Jangan langsung bunuh walaupun dalam Islam hukumnya sunat. Usir dua tiga kali dahulu. Kalau dia tidak lari baru dibunuh.

Takut-takut dia adalah jin yang sedang berubah bentuk. Kalau kita terus bunuh dan dia sebenarnya jin yang sedang merupa, mungkin keluarganya akan marah dan akan bertindak terhadap kita.

Banyak orang yang dirasuk dan diganggu oleh jin disebabkan mereka ada buat silap dengan jin. Kalau setelah dihalau dua tiga kali tetap juga tidak pergi maka jelas itu bukan jin. Dapat kita bunuh.

Ada cerita dalam kitab, seorang soleh telah membunuh seekor ular. Maka pada malamnya, dia ditangkap dan dibawa oleh jin ke negeri jin. Di negeri jin itu berjalan hukum Islam. Hakim jin itu pun Islam.

Maka orang soleh dan keluarga jin yang dibunuh oleh orang soleh tadi dibawa ke mahkamah. Bila perbicaraan bermula maka menangislah keluarga jin sambil berkata kenapa ahli keluarga mereka dibunuh.

Bila hakim jin bertanya kepada orang soleh tersebut mengapa dia bunuh ular itu, dia menjawab karena dalam ajaran Islam, sunat hukumnya saya membunuh ular dan binatang-binatang yang berbisa.

Saya buat atas arahan Tuhan dan saya dapat pahala. Yang salah adalah orang Tuan. Kenapa dia merupa ular. Salah dialah. Saya musti bunuh ular karena itu sunat hukumnya.

Hakim jin menghukum bahwa yang salah dalam kes (kasus) ini bukan manusia tetapi pihak jin. Dia batalkan tuduhan. Hakim arahkan polisi jin supaya mengembalikan orang soleh itu kembali ke alam manusia.

Kalau dia bukan orang soleh dan tidak dapat menjawab sudah tentu dia kena hukum. Orang soleh itulah yang menulis kisah ini dalam kitab. Hujah ini hujah yang kuat.

Umur jin sangat lama berbanding umur manusia yang lebih kurang 63 tahun. Jin dapat hidup sampai 1500 tahun hingga 2000 tahun. Ada jin yang hidup di zaman Rasulullah SAW yang masih hidup pada hari ini.

Makanan jin adalah wap (uap) dari tulang dan tulang sum-sum binatang. Itu sebab dalam syariat Islam makruh kita memakan tulang dan tulang som-som.

Ada lagi cerita tentang jin dalam kitab. Sesetengah orang soleh dapat menundukkan jin, mengguna dan memperalatkan mereka. Kita tahu, dalam sejarah, ada sahabat yang hilang unta di padang pasir. Di padang pasir banyak rijalul ghaib. Mereka berkata; Ya Rijalul ghaib, kembalikan untaku yang hilang. Maka unta itu dikembalikan. Ini tawassul namanya.

Pernah Rasulullah SAW berjalan-jalan dengan beberapa orang sahabat dan singgah di suatu kampung jin. Rasulullah beritahu para sahabat supaya tunggu dan jangan ikut, sebab dia mahu masuk ke kampung jin untuk mengajar .

Cerita ini masyhur dalam sejarah. Para sahabat hanya melihat asap. Sebab adakalanya jin menyerupai asap karena dia berasal dari api. Tetapi Rasulullah melihat betul-betul jin itu dan mengajar mereka pula.

Ada cerita tentang Nabi Sulaiman di dalam Quran yang hendak membawa istana Balqis dari Yaman ke Palestin yang jauhnya beribu-ribu mil. Antara mukjizat Nabi Sulaiman diperintahnya jin untuk membawa istana tersebut. Jin pun beri tahu dia akan bawa istana itu kepada Nabi Sulaiman selama mana Nabi Sulaiman berubah tempat. Tidakkah itu hebat.

Namun ada lagi yang lebih hebat. Seorang wali Allah yang bernama Asif Barhaya yang turut berada dalam majlis itu berkata saya dapat pindahkan istana Balqis ke hadapan tuan dalam sekelip mata.

Maka tertantang jin. Dia hendak ambil hati Nabi Sulaiman dan hendak tunjuk bahwa dia gagah. Tetapi ada manusia bertaraf wali yang menantang dia.

Rupanya di sini kalau ruh muqaddasah bekerja, jin pun dapat kalah. Rasulullah dapat tundukkan jin. Para wali juga dengan karomah mereka dapat menundukkan jin dengan kekuatan diri mereka sendiri.

Tetapi kalau ada murid yang dapat nampak jin atau dapat gunakan jin, dan merasakan itu adalah karena berkat gurunya, maka dia akan selamat.

Yang tidak selamat biasanya orang yang kasyaf, nampak jin dan dapat guna jin tapi tidak ada guru atau ada guru tetapi hatinya telah berubah. Dia rasa bukan berkat gurunya lagi tetapi dia rasa dirinya sudah jadi wali, sudah ada karomah sendiri. Itu yang rosak.

Orang yang dapat arahkan jin dan nampak jin dengan berkat gurunya, kalau dia berhadapan dengan jin yang garang sangat atau degil sangat, maka biasanya ruh muqaddasah gurunya turut hadir atau dia jual nama gurunya.

Begitulah rahsia jin. Jin ada disebut dalam Quran dan dalam hadis. Siapa menolak kewujudan jin ertinya dia menolak Quran dan Hadis. Jin macam malaikat juga.

Quran kata ada, adalah. Tetapi aneh, tentang malaikat banyak orang terima tetapi tentang jin banyak orang tolak. Yang dikatakan orang Bunian, Kuntilanak, Pelesit, Tuyul, Polong, Langsui, Hantu Raya dan berbagai-bagai lagi itu asalnya ialah jin.

Oleh karena sukunya dan perangainya tidak sama maka orang bedakan dengan nama-nama yang berlainan.

Adapun orang yang berhubung dengan jin atas dasar mukjizat dan karomah, maka dia kuat. Jin pun takut dan hormat pada dia. Orang yang dapat berhubung dengan jin atas dasar berkat tuan guru, dia tidak dapat sekali-kali terputus dengan gurunya.

Orang yang berusaha untuk berhubung dengan jin, itu dinamakan amalan atau ilmu khadam. Bahaya ilmu dan amalan khadam ini, dia terpaksa tunduk dengan jin.

Jin akan bagi syarat buat begitu dan buat begini. Kadang-kadang arahan jin itu bertentangan dengan syariat. Ini yang rusak.

Isnin, 24 Ogos 2015

Manusia kembali ke kampung halaman,kepada asal usul permulaan mereka

Manusia kembali ke kampung halaman,kepada asal usul permulaan mereka
 
Manusia dipandang daripada dua sudut; wujud lahiriah dan wujud rohani. Dalam segi kewujudan lahiriah keadaan kebanyakan manusia adalah berlebih kurang sahaja di antara satu sama lain. Oleh yang demikian peraturan kemanusiaan yang umum boleh digunakan untuk sekalian manusia bagi urusan lahiriah mereka. Dalam sudut kewujudan rohani yang tersembunyi di sebalik wujud lahiriah, setiap manusia adalah berbeza. Jadi, peraturan yang khusus mengenai diri masing-masing diperlukan.

Manusia boleh kembali kepada asalnya dengan mengikuti peraturan umum, dengan mengambil langkah-langkah tertentu. Dia mestilah mengambil peraturan agama yang jelas dan mematuhinya. Dengan demikian dia boleh maju ke hadapan. Dia boleh meningkat dari satu peringkat kepada peringkat yang lebih tinggi sehingga dia sampai dan memasuki jalan atau peringkat kerohanian, masuk ke daerah makrifat. Peringkat ini sangat tinggi dan dipuji oleh Rasulullah s.a.w, "Ada suasana yang semua dan segala-galanya berkumpul di sana dan ia adalah makrifat yang murni".

Untuk sampai ke peringkat tersebut Perlulah dibuang kepura-puraan dan kepalsuan yang melakukan kebaikan kerana menunjuk-nunjuk. Kemudian dia perlu menetapkan tiga matlamat. Tiga matlamat tersebut sebenarnya adalah tiga jenis syurga. Yang pertama dinamakan Ma'wa - syurga tempat kediaman yang aman. Ia adalah syurga duniawi. Kedua, Na'im - taman keredaan Allah dan kurniaan-Nya kepada makhluk-Nya. Ia adalah syurga di dalam alam malaikat. Ketiga dinamakan Firdaus - syurga alam tinggi. Ia adalah syurga pada alam kesatuan akal asbab, rumah kediaman bagi roh-roh, medan bagi nama-nama dan sifat-sifat. Kesemua ini adalah balasan yang baik, keelokan Allah yang manusia berjasad akan nikmati dalam usahanya sepanjang tiga peringkat ilmu pengetahuan yang berturut-turut; usaha mematuhi peraturan syariat; usaha menghapuskan yang berbilang-bilang pada dirinya, melawan penyebab yang menimbulkan suasana berbilang-bilang itu, iaitu ego diri sendiri, bagi mencapai peringkat penyatuan dan kehampiran dengan Pencipta; akhirnya usaha untuk mencapai makrifat, di mana dia mengenali Tuhannya. Peringkat pertama dinamakan syariat, kedua tarekat dan ketiga makrifat.

Nabi Muhammad s.a.w menyimpulkan keadaan-keadaan tersebut dengan sabda baginda s.a.w, "Ada suasana di mana semua dan segala-galanya dikumpulkan dan ia adalah hikmah kebijaksanaan (makrifat)". Baginda s.a.w juga bersabda, "Dengannya seseorang mengetahui kebenaran (hakikat), yang berkumpul di dalamnya sebab-sebab dan semua kebaikan. Kemudian seseorang itu mesti bertindak atas kebenaran (hakikat) tersebut. Dia juga perlu mengenali kepalsuan dan bertindak ke atasnya dengan meninggalkan segala yang demikian". Baginda s.a.w mendoakan, "Ya Allah, tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami mengikuti yang benar itu. Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar dan permudahkan kami meninggalkannya". Orang yang kenal dirinya dan menentang keinginannya yang salah dengan segala kekuatannya akan sampai kepada mengenali Tuhannya dan akan menjadi taat kepada kehendak-Nya.

Semua ini adalah peraturan umum yang mengenai diri zahir manusia. Kemudian ada pula aspek diri rohani atau diri batin manusia yang merupakan insan yang tulen, suci bersih dan murni. Maksud dan tujuan diri ini hanya satu iaitu kehampiran secara keseluruhan kepada Allah s.w.t. Satu cara sahaja untuk mencapai suasana yang demikian, iaitu pengetahuan tentang yang sebenarnya (hakikat). Di dalam daerah wujud penyatuan mutlak, pengetahuan ini dinamakan kesatuan atau keesaan.

Matlamat pada jalan tersebut harus diperolehi di dalam kehidupan ini. Di dalam suasana itu tiada beza di antara tidur dengan jaga kerana di dalam tidur roh berkesempatan membebaskan dirinya untuk kembali kepada asalnya, alam arwah, dan dari sana kembali semula ke sini dengan membawa berita-berita dari alam ghaib. Fenomena ini dinamakan mimpi. Dalam keadaan mimpi ia berlaku secara sebahagian-bahagian. Ia juga boleh berlaku secara menyeluruh seperti israk dan mikraj Rasulullah s.a.w. Allah berfirman:
"Allah memegang jiwa-jiwa ketika matinya dan yang tidak mati, dalam tidurnya, lalu Dia tahan yang dihukumkan mati atasnya dan Dia lepaskan yang lain". (Surah Zumaar, ayat 42).

Nabi s.a.w bersabda, "Tidur orang alim lebih baik daripada ibadat orang jahil". Orang alim adalah orang yang telah memperolehi pengetahuan tentang hakikat atau yang sebenar, yang tidak berhuruf, tidak bersuara. Pengetahuan demikian diperolehi dengan terus menerus berzikir nama keesaan Yang Maha Suci dengan lidah rahsia. Orang alim adalah orang yang zat dirinya ditukarkan kepada cahaya suci oleh cahaya keesaan. Allah berfirman melalui rasul-Nya:
"Insan adalah rahsia-Ku dan Aku rahsianya. Pengetahuan batin tentang hakikat roh adalah rahsia kepada rahsia-rahsia-Ku. Aku campakkan ke dalam hati hamba-hamba-Ku yang baik-baik dan tiada siapa tahu Keadaannya melainkan Aku."
"Aku adalah sebagaimana hamba-Ku mengenali Daku. Bila dia mencari-Ku dan ingat kepada-Ku, Aku besertanya. Jika dia mencari-Ku di dalam, Aku mendapatkannya dengan Zat-Ku. Jika dia ingat dan menyebut-Ku di dalam jemaah yang baik, Aku ingat dan menyebutnya di dalam jemaah yang lebih baik".

Segala yang dikatakan di sini jika berhasrat mencapainya perlulah melakukan tafakur - cara mendapatkaan pengetahuan yang demikian jarang digunakan oleh orang ramai. Nabi s.a.w bersabda, "Satu saat bertafakur lebih bernilai daripada satu tahun beribadat". "Satu saat bertafakur lebih bernilai daripada tujuh puluh tahun beribadat". "Satu saat bertafakur lebih bernilai daripada seribu tahun beribadat".

Nilai sesuatu amalan itu tersembunyi di dalam hakikat kepada yang sebenarnya. Perbuatan bertafakur di sini nampaknya mempunyai nilai yang berbeza.

Sesiapa merenungi sesuatu perkara dan mencari penyebabnya dia akan mendapati setiap bahagian mempunyai bahagian-bahagian sendiri dan dia juga mendapati setiap satu itu menjadi penyebab kepada berbagai-bagai perkara lain. Renungan begini bernilai satu tahun ibadat.

Sesiapa merenungi kepada pengabdiannya dan mencari penyebab dan alasan dan dia dapat mengetahui yang demikian, renungannya bernilai lebih daripada tujuh puluh tahun ibadat.

Sesiapa merenungkan hikmah kebijaksanaan Ilahi dan bidang makrifat dengan segala kesungguhannya untuk mengenal Allah Yang Maha Tinggi, renungannya bernilai lebih daripada seribu tahun ibadat kerana ini adalah ilmu pengetahuan yang sebenarnya.

Pengetahuan yang sebenarnya adalah suasana keesaan. Orang arif yang menyintai menyatu dengan yang dicintainya. Daripada alam kebendaan terbang dengan sayap kerohanian meninggi hingga kepada puncak pencapaian. Bagi ahli ibadat berjalan di dalam syurga, sementara orang arif terbang kepada kedudukan berhampiran dengan Tuhannya.
Para pencinta mempunyai mata pada hati mereka
mereka memandang sementara yang lain terpejam
sayap yang mereka miliki tanpa daging tanpa darah
mereka terbang ke arah malaikat Tuhan jualah yang dicari!

Penerbangan ini terjadi di dalam alam kerohanian orang arif. Para arifbillah mendapat penghormatan dipanggil insan sejati, menjadi kekasih Allah, sahabat-Nya yang akrab, pengantin-Nya. Bayazid al-Bustami berkata, "Para Pemegang makrifat adalah pengantin Allah Yang Maha Tinggi".

Hanya pemilik-pemilik ‘pengantin yang pengasih' mengenali mereka dengan dekat dan secara mesra.. Orang-orang arif yang menjadi sahabat akrab Allah, walaupun sangat cantik, tetapi ditutupi oleh keadaan luaran yang sangat sederhana, seperti manusia biasa. Allah berfirman melalui rasul-Nya:
"Para sahabat-Ku tersembunyi di bawah kubah-Ku. Tiada yang mengenali mereka kecuali Aku".

Kubah yang di bawahnya Allah sembunyikan sahabat-sahabat akrab-Nya adalah keadaan mereka yang tidak terkenal, rupa yang biasa sahaja, sederhana dalam segala hal. Bila melihat kepada pengantin yang ditutupi oleh tabir perkahwinan, apakah yang dapat dilihat kecuali tabir itu?

Yahya bin Muadh al-Razi berkata, "Para kekasih Allah adalah air wangi Allah di dalam dunia. Tetapi hanya orang-orang yang beriman yang benar dan jujur sahaja dapat menciumnya". Mereka mencium keharuman baunya lalu mereka mengikuti bau itu. Keharuman itu mengwujudkan kerinduan terhadap Allah dalam hati mereka. Masing-masing dengan cara tersendiri mempercepatkan langkahnya, menambahkan usaha dan ketaatannya. Darjah kerinduannya, keinginannya dan kelajuan perjalanannya bergantung kepada berapa ringan beban yang dibawanya, sejauh mana dia telah melepaskan diri kebendaan dan keduniaannya. Semakin banyak seseorang itu menanggalkan pakaian dunia yang kasar ini semakin dia merasakan kehangatan. Penciptanya dan semakin hampirlah kepada permukaan akan muncul diri rohaninya. Kehampiran dengan yang sebenar (hakikat) bergantung kepada sejauh mana seseorang itu melepaskan kebendaan dan keduniaan yang menipu daya.

Penanggalan aspek yang berbilang-bilang pada diri membawa seseorang hampir dengan satu-satunya kebenaran. Orang yang akrab dengan Allah adalah orang yang telah membawa dirinya kepada keadaan kekosongan. Hanya selepas itu baharulah dia dapat melihat kewujudan yang sebenarnya (hakikat). Tidak ada lagi kehendak pada dirinya untuk dia membuat sebarang pilihan. Tiada lagi ‘aku' yang tinggal, kecuali kewujudan satu-satunya iaitu yang sebenarnya (hakikat). Walaupun berbagai-bagai kekeramatan yang muncul melalui dirinya sebagai membuktikan kedudukannya, dia tidak ada kena mengena dengan semua itu. Di dalam suasananya tidak ada pembukaan terhadap rahsia-rahsia kerana membuka rahsia Ilahi adalah kekufuran.

Di dalam buku yang bertajuk "Mirsad" ada dituliskan, ‘Semua orang yang kekeramatan zahir melalui mereka adalah ditutup daripadanya dan tidak memperdulikan keadaan tersebut. Bagi mereka masa kekeramatan muncul melalui mereka dianggap sebagai masa perempuan keluar darah haid. Wali-wali yang hampir dengan Allah perlu mengembara sekurang-kurangnya seribu peringkat, yang pertamanya ialah pintu kekeramatan. Hanya mereka yang dapat melepasi pintu ini tanpa dicederakan akan meningkat kepada peringkat-peringkat lain yang lebih tinggi. Jika mereka leka mereka tidak akan sampai ke mana-mana.

Ahad, 29 Mac 2015

NYATALAH ALLAH pada DIRI SETIAP MANUSIA

Ketika NURULLAH yang tiada lain DZAT MAHA MUTLAK ALLAH TAJALLI kepada NUR MUHAMMAD maka NYATALAH ALLAH pada DIRI SETIAP MANUSIA ....

Allah Swt berfirman :
“ Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya,dan kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya “ ( Surat QAF 16 )

Rabu, 21 Mei 2014

Siapa mengenal Dirinya ia mengenal Tuhannya

Manusia adalah khalifah di muka bumi..Manusia adalah makhluk yang di jadikan Tuhan sama dengan makhluk yang lain......

Asal usul awalnya adalah dari pada Nur,.Maksudnya : 
Dari pada Allah (sedangkan Allah adalah NUR)....

“KULLU MIN 'INDALLAH” Artinya : segala sesuatu
itu dari pada Allah.....

Manusia ini adalah jenis makhluk yang berderajat tinggi jika dibanding kan dengan makhluk Allah yang lain...

Dengan dikaruniahkan akal kepada manusia seharus nya manusia berfikir tentang dirinya dibandingkan dengan makhluk Allah yang lain.....

Agar manusia dapat keluar dari sifat MAHLUK kepada sifat MANUSIA, dan dari sifat MANUSIA kepada sifat INSAN KAMIL, karena dengan taraf Insan Kamil-lah baru manusia itu menjadi SEMPURNA....

Firman Allah :
“Sesungguhnya Kami jadikan Insan itu sebaik-baik
kejadian, kemudian Kami kembalikan mereka ke tempat yang hina (At Tin 4,5)”

Mengapa setelah di jadikan Sempurna kemudian di kembali kan pada tempat yang hina?....
Karena manusia itu sendiri tidak mau mengenal akan derajatnya (Diri)..

Bagaimana cara kita mem beri derajat kepada Diri
kita seimbang dengan bagaimana cara kita
beribadah kepada Allah?

Apakah kita beribadah kepada Allah masih
berderajat Makhluk...atau berderajat Manusia.....
atau berderajat Insan Kamil...

Dari cara beribadah inilah derajat manusia itu diberikan.
Dengan memahami derajat tersebut mudah-mudahan manusia dapat melaksana kan tugasnya kepada Allah dengan sempurna sejajar dengan kesempurnaannya, oleh karena itu maka manusia perlu mengenali dirinya dan statusnya sebagai manusia yang sempurna :

“MAN ARAFAH NAFSAHU FAKAD ARAFAH RABBAHU”
Siapa mengenal Dirinya ia mengenal Tuhannya.....
Maksudnya :
MAN ini adalah bertaraf makhluk, namun apabila ia mengenal dirinya NAFSAHU (Manusia) maka barulah ia mengenal TuhanNya yang bernama RABBAHU, Yaitu Tuhan yang bertaraf LAISA KAMISLIHI SYAI UN (Yang tidak berupa apa pun jua)...

...salam ukwah sobat ku...

Jumaat, 4 April 2014

PERJUANGAN MENEGAKKAN KEESAAN ALLAH - SENTIASA BERADA DIDALAM KALIMAH TAUHID

PERJUANGAN MENEGAKKAN KEESAAN ALLAH - SENTIASA BERADA DIDALAM KALIMAH TAUHID
Tugas mengesakan Allah ( tidak aku jadikan jin dan manusia hanyalah untuk beribadat kepada ku), sehinggalah kita menemui mati ( kullunafsin za ikhotul maut)..
51.Surah Adh-Dhāriyāt (Verse 56)

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 185)

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَۗ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah 
kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

21.Surah Al-'Anbyā' (Verse 35)

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِۗ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةًۖ وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.
29.Surah Al-`Ankabūt (Verse 57)

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِۖ ثُمَّ إِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).
Tugas sebenar kita ialah mengakui bahawa Allah itu Allah sebagai satu-satunya Tuhan yang maha Esa yang ternyata pada badan diri sendiri dan kepada setiap zarah ujud alam maya pada ini..
Tugas inilah yang telah kita terima sebagai amanah yang mana tidak sanggup diterima oleh makhlok lain selain daripada kita sebagai setiap Insan.. Tugas menanggung rahsia Allah (huwal auwalu, huwal akhiru, huwaz zohiru huwal batinu) begitu murni dan menjadikan taraf kita sebagai makhlok termulia disisi Allah...
Marilah sama-sama kita jaga dan pelihara kemuliaan itu dengan memulangkan segala-gala haq (zat, sifat, nama dan perbuatan) kepada yang berhaq iaitu zat mutlak yang bernama Allah, yang dahulunya Dia(Hu) tidak bernama(Zatul Buhti) apa-apa pun kerana belum ada sebarang penzahiran(tajjali)...
Penzahirannya adalah sebagai tanda atau ayat-ayat yang menerangkan kewujudan Dia sendiri, tetapi didalam bentuk kepelbagaian sifat, nama dan perbuatan yang sudah barang tentu berada didalam keEsaannya sendiri bukan didalam bentuk ujud selain dari Dia sendiri....
Tanda wujud Allah yang tertera pada badan diri kita dianggap atau disangka sebagai sesuatu yang lain dari wujud Allah adalah membuatkan kita akan terjerumus kelembah kesyirikan yang tersembunyi(khofi) kerana tanda-tanda atau ayat-ayat ini semata-mata dizahirkan keatas badan diri kita semata-semata untuk memperkenalkan diriNya sendiri....
Jika tidak dizahirkan segala tanda dan ayat-ayat sebegini rupa ia tidak mungkin dapat dikenali dengan senyata-nyataNya seperti sekarang ini...
Untuk menyatakan kenyataanNya yang terlalu nyata ini hendaklah kita mengistiharkan perang dengan hawa nafsu kita (diri kita yang telah dianggap atau diri Allah yang disangka sebagai diri sendiri) iaitu sifat keakuan diri...
Hapuskanlah sifat keakuan diri dengan mengaku yang Allah itu Allah sehinggalah ternyata Allah itu Maha suci dari sifat kekurangan..
Tugas inilah menaikkan taraf kita dari seorang hamba kepada taraf seorang khalifah ( pemerintah iaitu sebagai ulilamri Allah untuk memerintah sebuah alam iaitu setiap badan diri sendiri)..
Tugas ini adalah menjadi kewajipan keatas setiap individu lelaki dan perempuan... Setiap seorang daripada kita tidak kira samada kita seorang lelaki atau perempuan mesti dan wajib mengesakan Allah pada segala perbuatan, nama dan sifat yang tertera kepada badan sendiri dan setiap zarah....
Wahai badan diriku dan para sahabat sekalian marilah sama-sama kita jadikan misi suci ini ( mengesakan Allah pada setiap detik dan saat -menegakkan kalimah tauhid) sebagai satu wadah perjuangan bagi melanjutkan perjuangan Rasulullah saw.. InsyaAllah.. Amin
Marilah jadikan perjuangan kita untuk menegakkan dua kalimah syahadah diatas muka bumi ini sebagai satu tugas murni melalui manamana halaman yang kita sertai...
Jauhilah perbalahan dari kepelbagaian pendapat, sama-samalah kita bermuzakarah untuk menyatukan kesemua umat diatas kemuliaan Dua kalimah syahadah ini...
Berpeganglah dengan manamana pegangan pun, tetapi jangan sampai kita mensyirikkan Allah dengan menjadikan diri kita sebagai tuhan sesembahan kita ( Allah berfirman tidakkah kamu melihat mereka-mereka yang menjadikan hawa nafsu mereka sebagai tuhan) atau mengadakan Tuhan yang lain disamping Allah..
25.Surah Al-Furqān (Verse 43)

أَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَٰهَهُ هَوَاهُ أَفَأَنتَ تَكُونُ عَلَيْهِ وَكِيلًا

Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: 
tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?

30.Surah Ar-Rūm (Verse 29)

بَلِ اتَّبَعَ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَهْوَاءَهُم بِغَيْرِ عِلْمٍۖ فَمَن يَهْدِي مَنْ أَضَلَّ اللَّهُۖ وَمَا لَهُم مِّن نَّاصِرِينَ

Orang-orang yang zalim itu (tidak berfikir), bahkan menurut hawa nafsu mereka (melakukan syirik) dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Maka tiada sesiapa yang dapat memberi petunjuk kepada orang yang telah disesatkan oleh Allah (disebabkan bawaannya sendiri), dan tiada pula bagi mereka sesiapa yang dapat menolong melepaskan mereka dari azab.
45.Surah Al-Jāthiyah (Verse 23)

أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَٰهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَىٰ عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَىٰ سَمْعِهِ وَقَلْبِهِ وَجَعَلَ عَلَىٰ بَصَرِهِ غِشَاوَةً فَمَن يَهْدِيهِ مِن بَعْدِ اللَّهِۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ

Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula 
disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang 
ingkar) tidak ingat dan insaf?

42.Surah Ash-Shūraá (Verse 15)

فَلِذَٰلِكَ فَادْعُۖ وَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَۖ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْۖ وَقُلْ آمَنتُ بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ مِن كِتَابٍۖ وَأُمِرْتُ لِأَعْدِلَ بَيْنَكُمُۖ اللَّهُ رَبُّنَا وَرَبُّكُمْۖ لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْۖ لَا حُجَّةَ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُۖ اللَّهُ يَجْمَعُ بَيْنَنَاۖ وَإِلَيْهِ الْمَصِيرُ

Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka - wahai Muhammad - kepada berugama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah: "Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan oleh Allah, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu.
Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)".
Inilah yang paling penting didalam kehidupan seharian kita iaitu suci kita dari sifat keakuan diri iaitu suci dari syirik ( yang terang dan tersembunyi)..
Syirik yang tersembunyi dan ianya sentiasa melekat kepada badan diri kita sendiri selagi kita belum mengistiharkan perang dengan hawa nafsu sendiri ( sifat keakuan diri - Menyangka ujud yang ditunjukkan oleh Allah, sebagai ujudnya telah disangka sebagai ada diri sendiri)..
Perjuangan kita untuk berperang dengan nafsu sendiri inilah wajib didahulukan dari yang lain dan telah menjadi seruan utama daripada Nabi Muhammad saw kepada kita iaitu perang yang paling utama ialah berperang dengan hawa nafsu sendiri..
Hawa nafsu sendiri itu hendaklah kita mengambil faham sebagai sifat keakuan diri dimana unsur utamanya ialah berkeinginan untuk memiliki sifat yang wajib bagi Allah untuk dirinya atau dengan kata lain bersangkaan yang ujud Allah yang dinyatakan untuk memperkenalkan dirinya sebagai ada diri kita sendiri)
Wadah perjuangan kita ialah dengan menyedari dan merasai segala sifat yang wajib bagi ALLAH yang tertera keatas badan diri ( jasad dan roh) sendiri, setelah menyedari dan menyaksikan sifat yang wajib bagi Allah yang tertera pada badan diri sendiri, maka mengakulah bahawa sifat yang wajib bagi Allah yang kita sedang rasai itu adalah sifat Allah...
Jika tidak mampu membuat pengakuan gunalah kaedah selalu mengajukan soalan kepada diri " SIAPAKAH YANG ???" Dan tentukan jawapannya "ALLAH"
Dengan soalan ini kita telah melatih diri untuk mengaku yang ujud, sifat, asma' dan afa'al Allah yang sedang diperkenalkan itu, diakui sebagai ujud, sifat, asma' Allah sendiri...
Pengakuan kita yang sifat Allah itu adalah sifat Allah secara automatik sifat itu ternafi kepada badan diri sendiri dan selain dari Allah...
Wahai para mujahidin, bangunlah segera untuk memperjuangkan perjuangan suci ini dengan berperang melawan nafsu sendiri iaitu diri sendiri yang disangka ada disamping ada Allah...
Semuga perjuangan suci kita ini akan dapat membangun sebuah daulah yang mendapat barokah dua kalimah syahadah.
Sekarang ini kita belajar ilmu mengenal diri iaitu mengenal Allah, setelah sekian lama kita belajar kita pun tahulah tentang diri kita dan juga tentang Allah seperti yang dipelajari itu..
Ringkasnya seperti yang dikehendaki dan ditekankan didalam ilmu pengetahuan ini ialah Tuhan itu hanyalah Esa sahaja iaitu Allah yang mempunyai segala-gala sifat yang wajib keatas diriNya sahaja, sifat yang wajib bagi Allah itu hanya layak diletakkan dan diberikan hanya kepada Allah sahaja kerana Allah itu tidak berlaku perubahan padanya, dari dulu, sekarang dan sampai bila-bila..
Manakala maklok atau hamba pula ialah merupakan tanda-tanda kewujudan Allah yang sedang Allah perkenalkan untuk memperkenalkan dirinya sendiri, jadi setiap makhlok ini sebenarnya bersifat ia dengan sifat yang mustahil bagi Allah iaitu berlawanan dengan sifat wajib bagi Allah...
Contoh Allah bersifat dengan sifat Ada, sekalian makhlok bersifat dengan sifat tidak ada (tiada)..
Bersalahan Allah taala bagi segala yang baharu hendaklah difahamkan secara tahkik yang putus hanya Allah sahaja yang bersifat yang wajib keatas diriNya dan segala maklok bersifat dengan sifat mustahil bagi Allah... Pertentangan sifat inilah yang membuatkan Allah itu sentiasa bersifat dengan bersalahan Allah itu bagi setiap makhlok....
Maka setelah itu kita pun tahulah seperti yang kita berpegangkan ini, keadaan ini membawa makna keatas diri kita, kita sudah tahu tentang ilmu mengenal diri iaitu mengenal Allah...
Masaalah yang timbul dan amat-amat mengelirukan kita semua ialah apa yang telah kita tahu hasil dari pelajaran kita ini tidak sama dengan apa yang kita sedang hadapi sepanjang kehidupan harian kita sekarang ini...
Contohnya kita belajar pada hakikatnya, Allah sahaja yang ada, selain dari Allah tidak ada.. Apa yang kita sedang hadapi dan rasa didalam rasa perasaan kita sekarang ini ialah kita rasa kita yang ada tetapi kita tidak rasa Allah yang ada...
Dari sini timbullah berbagai kilaf dan pendapat, para 'arifibillah yang bersusur galur dari Rasulullah dapat menyelesaikan masaalah ini pada badan diri mereka sendiri dengan cara mengalami sendiri perjalanan rohani, mereka menjalani sendiri perjalanan rohani melalui badan diri mereka sendiri untuk mengetahui kebenaran ini...
Seperti yang kita telah tahu bahawa diawal tadi bahawa dalam misi Allah hendak memperkenalkan dirinya dia telah menyatakan tanda-tanda atau ayat-ayat pada diri kita ( harus ditekankan bahawa Allah mengatakan itu adalah tanda-tanda wujud Allah - bukan ujud selain dari Allah, apakah yang dimaksudkan dengan tanda itu, ialah kenyataan wujudnya sendirilah), tapi kita yang salah berpegang, Allah kata tanda wujudnya, kita kata dan kita sangka sebagai wujud kita (Apakah yang Allah katakan kepada mereka ini, Tidakkah kamu melihat mereka-mereka yang mengambil hawa nafsu mereka sebagai tuhan... Harus diperhalusi berhubung dengan apakah yang dimaksudkan dengan hawa nafsu?
Sebenar yang dimaksudkan dengan hawa nafsu ialah kita mengguna pakai sifat yang wajib kepada Allah kepada diri kita sendiri.... Kita bersangka bahawa ujud, sifat, asma' dan sifat Allah yang diperkenalkan sebagai wujud diri kita sendiri...
Untuk membetulkan pegangan ini, Allah telah menurunkan ramai Rasul dan Nabi, dan diwarisi kepada Aulia Allah sehingga sekarang ini bagi menjaga keEsaan Allah tidak tercemar....
Jadi apabila kita merasai akan wujud diri kita sendiri ini, ada tersedia jalan untuk menyelesaikan masaalah ini, dari sinilah timbulnya Agama iaitu fahaman yang diperpegangkan oleh diri seseorang.. Agama yang diiktiraf oleh Allah hanya lah Islam sahaja iaitu sentiasa menyerah diri kepada Allah (iaitu orang-orang yang muhlisin yang tidak mampu ditentang oleh iblis, mengikut janji Allah dengan iblis)...
Terdapat banyak kaedah perjalanan bagi menyelesaikan masaalah syirik yang sentiasa dihadapi oleh masyarakat kita hari ini...
Pokoknya bagaimana kita nak menghilangkan wujud diri disamping ujud Allah, kaedahnya mengaku yang segala sifat bagi Allah hanya milik Allah sahaja, perlaksanaannya melalui badan diri masing-masing...
Contoh :-
Kita ambil sifat wujud, kita telah tahu yang sifat wujud itu sifat wajib bagi Allah, untuk memperkenalkan dirinya Allah telah memberitahu kepada kita bahawa dia telah mengadakan tanda-tanda kewujudannya pada diri kita, apakah tanda yang telah ditunjukkan itu? Iaitu ujudnya yang dizahirkan dalam bentuk rupa wujud kita... ( jangan lupa yang wujud kita itu hanyalah sebagai tanda ujud Allah),
Firman Allah:-
45.Surah Al-Jāthiyah (Verse 3)

إِنَّ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَآيَاتٍ لِّلْمُؤْمِنِينَ

Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.
45.Surah Al-Jāthiyah (Verse 4)

وَفِي خَلْقِكُمْ وَمَا يَبُثُّ مِن دَابَّةٍ آيَاتٌ لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ

Dan pada kejadian diri kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang yang dibiakkanNya, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang meyakininya.
45.Surah Al-Jāthiyah (Verse 5)

وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَمَا أَنزَلَ اللَّهُ مِنَ السَّمَاءِ مِن رِّزْقٍ فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَتَصْرِيفِ الرِّيَاحِ آيَاتٌ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ

Dan (pada) pertukaran malam dan siang silih berganti, dan juga (pada) rezeki yang diturunkan oleh Allah dari langit, lalu Ia hidupkan 
dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta (pada) peredaran angin, (semuanya itu mengandungi) tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, serta keluasan rahmatNya) bagi kaum yang mahu menggunakan akal fikiran.

45.Surah Al-Jāthiyah (Verse 6)

تِلْكَ آيَاتُ اللَّهِ نَتْلُوهَا عَلَيْكَ بِالْحَقِّۖ فَبِأَيِّ حَدِيثٍ بَعْدَ اللَّهِ وَآيَاتِهِ يُؤْمِنُونَ

Itulah ayat-ayat penerangan Allah yang kami bacakan kepadamu (wahai Muhammad) kerana menegakkan kebenaran; maka dengan perkataan yang manakah lagi mereka hendak beriman, sesudah penerangan Allah dan tanda-tanda kekuasaanNya (mereka tidak mahu memahami dan menelitinya)?
Bangun saja dari tidur, kita sedar akan keberadaan badan diri kita ( kesedaran inilah yang selalu dikatakan barang siapa mengenal dirinya),
Setelah kita sedar akan keberadaan kita hendaklah kita mengumpulkan ilmu yang telah kita pelajari dan ketahui tadi untuk digembeling sebagai proses untuk melawan hawa nafsu kita iaitu diri kita yang disangka ada, dimana badan diri kita tidak mahu melepaskan prasangka rasa keberadaan diri kita ini, badan diri kita tetap juga nak menggunakan tanda ujud Allah ini sebagai miliknya sendiri, kuatkanlah pegangan kepada ilmu kita yang telah kita pelajari dulu dan mengakulah pada badan diri kita sendiri bahawa tanda ujud yang sedang kita rasa dan nikmati itu adalah ujud Allah yang sedang diperkenalkannya.
Apabila berjaya mengadakan pengakuan yang wujud yang Allah sedang perkenalkan itu adalah ujud Allah ( maka tertunailah sudah akan maksud kenallah akan tuhannya, beristiqomahlah sehingga kita tidak lagi kembali berpegang pada rasa wujud diri sendiri kerana itu adalah syirik yang amat tersembunyi)...
Pada masa ini kita rasa kita yang sedang mengenal Allah sebab didalam rasa dan perasaan kita, kita yang merasa akan keujudan Allah itu, masih ada dua wujud lagi iaitu ujud Allah dan wujud diri kita..
Beristiqomahlah didalam mengadakan pengakuan yang ujud yang kita sedang rasai itu ujud Allah sehingga kita dapat berpegang betul-betul dengan merasai kita yang sedang mengakui ujud Allah, didalam masa yang sama kita serapkankan akan rasa yang sedang kita rasai itu kepada Allah yang sedang merasai keujudan Allah itu, jika perlu bantulah dengan memberi soalan kepada kesedaran yang sedang kita sedar tentang ujud Allah itu, contoh siapakah yang sedang sedar akan keujudan Allah itu? Tunggulah jawapan sehingga terjawab Allah, selagi belum menemui jawapan Allah teruskanlah perjuangan murni ini,
Setelah dapat menetap pada rasa perasaan yang sedang mengenal Allah sekarang ini adalah Allah sendiri....
Teruskanlah sehingga tidak timbul lupa lagi padanya, sentiasa ingat... Ketika ini kita sudah bukan kita lagi kerana kita sudah hilang kesadaran pada badan diri yang dianggap sebagai ada kita sendiri, yang tinggal Allah yang sedar akan keEsaannya,
Inilah keadaan dimana dikatakan barang siapa mengenal tuhannya, maka binasalah jasadnya....
Bagaimana kita nak bertuhankan kepada Allah ?
Barang siapa mengenal diri, mengenallah ia akan tuhan, Barang siapa mengenal tuhan, binasalah dirinya...
Sekarang cuba kita kembali kepada diri kita, tumpukan kepada perasaan kita tanpa memikirkan apa, cuba bawa ingat atau menyebut Allah, Allah didalam hati.
Teruskan membuat tumpuan kepada perasaan kita sendiri semakin dalam..... Sekarang cuba kita tanya kepada perasaan kita itu... Kita rasa kita ada tak? Cuba rasa keberadaan yang disangka sebagai keberadaan kita, rasa betul-betul akan keberadaan yang disangka sebagai keberadaan kita ini, kewujan diri kita.
Sekarang apa yang sedang kita rasa, rasa akan keberadaan, rasa akan kewujudan diri kita... (terapkan pengetahuan kita yang diri sebenar diri itu ialah roh bukan badan kita, roh yang sedang merasa keberadaan, bukan jasad kita yang sedang berasa keberadaan kita )..
Kita rasa keberadaan kita inilah makna, kita sedang mengenal diri kita sendiri..... Roh sedang mengenal dirinya.. Rohlah yang sedang rasa kewujudannya.
Teruskan didalam sedang merasai keberadaan diri, tenangkan dan tumpukan kepada keberadaan diri kita tanpa memikirkan apa-apa dan cuba menyebut-nyebut akan nama Allah, sambil menyeru nama Allah didalam hati,
Setelah kita betul-betul tenang dan masih merasai keberadaan kita, perasaan kita itu masih tertumpu kepada keberadaan diri itu, tanyalah kepada perasaan kita itu, ada siapakah ini? Ikut sahaja apa sahaja jawapan yang perasaan anda jawab itu.. Sebelum perasaan yang anda sedang rasa itu sendiri menjawab Allah ketika rasa keberadaan itu, maksudnya sekarang kita sedang merasai keberadaan Allah..
Kita sedar sekarang ini kita sedang merasai keberadaan Allah, kita sendiri sedar yang kita sedang merasai keujudan Allah pada perasaan kita itu ( inilah yang dikatakan hanya Muhammad yang mengenal Allah).... Barang siapa mengenal dirinya kenallah akan tuhannya....
Nabi Muhammad saw berkata " Aku mengenal Allah dengan Allah"
Teruskanlah dengan perasaan kita yang sedang kita rasai sekarang ini, apa yang kita sedang rasa sekarang ini..
Kita sedang merasai akan keujudan Allah, kita sedang menikmati akan keujudan Allah, kita asyik dengan rasa kita sedang merasai keujudan Allah..
Panggillah, sebutlah, serulah nama Allah didalam batin anda, didalam perasaan anda sambil perasaan itu didalam keadaan merasai keujudan Allah ...
Asyik kita dengan perasaan kita sedang mengenal Allah itulah hanya Muhammad yang mengenal Allah..... ( barang siapa kenal diri (kenal Allah)...
Didalam keasyikkan kita sedang merasai keujudan Allah itu, kemukakanlah soalan kepada perasaan anda yang sedang anda rasa keujudan Allah itu, siapakah yang sedang merasai akan keujudan Allah sekarang ini?, ikut sahaja jawapan yang diberikan oleh perasaan yang sedang anda rasa sendiri itu ( apa sahaja jawapan yang anda terima )...
Jangan berhenti menyoal kepada perasaan anda yang sedang merasai keujudan Allah itu selagi jawapan Allah tidak anda terima daripadanya...
Semasa perasaan anda yang sedang rasa keujudan Allah itu menjawab Allah ( didalam keadaan Allah yang sedang merasai keujudan Allah )
Apabila anda sudah berjaya berada didalam keadaan Allah yang sedang merasai keujudan Allah ( Tiada hamba tiada tuhan hanya Ujud Esa semata-mata)..
Inilah apa yang dikatakan "ariftu robbi bi robbi" mengenal tuhan dengan tuhan"...
Dia yang Awal itu namanya Hu
Dia yang akhir itu namanya Allah
Dia yang batin itu namanya Muhammad
Dia yang zahir itu namanya Adam

Perkara ini bukan perkara fikirkan, tetapi kita akan mengalami sendiri, bukan perkara untuk difikir-fikirkan lagi, kita yang akan mengalami sendiri, kita yang akan merasai sendiri,
Sebelum kita mengalami sendiri kita cuma tahu dari segi ilmu, apabila kita sudah mengalami sendiri, kita merasai sendiri, tiada satu kata-kata, tiada satu fikiran yang boleh mentafsirkan keadaan itu.
Nafi dan isbat pada tahap pengetahuan terbahagi kepada dua keadaan yang berbeza iaitu nafi ( iaitu mentiadakan ) dan isbat ( iaitu mengadakan )
"Tidak boleh membezakan diantara keduanya iaitu nafi dan isbat, barang siapa yang membezakan diantara keduanya maka ianya kafir"
Apabila sampai kepada praktikal, iaitu kita mengamalkan ilmu pengetahuan yang telah kita pelajari, hanya dengan mengadakan pengakuan yang perbuatan, nama, sifat dan zat Allah yang sedang diperkenalkan melalui badan diri kita masing-masing dan pada sekalian alam adalah perbuatan, nama, sifat dan zat Allah sendiri...
Dengan mengaku bahawa kepada apa yang sedang kita sedar dan rasa sekarang ini( semasa melakukan tafakur) samada perbuatan, nama, sifat atau zat yang tertera, yang ternyata, yang sedang dirasai pada badan diri kita sendiri adalah perbuatan, nama, sifat dan Ujud Allah sendiri..
Dengan mengadakan pengakuan yang perbuatan, nama, sifat dan wujud yang sedang dirasai pada badan diri sendiri itu adalah perbuatan, nama, sifat dan Ujud Allah sendiri,
Bermaksud kita telah mengisbatkan zat, sifat, nama dan perbuatan Allah kepada Allah, dengan pengakuan ini juga secara automatik kita telah menafikan zat, sifat, nama dan perbuatan Allah kepada badan diri sendiri dan kepada selain dari Allah..
Jauh beza diantara ilmu pengetahuan dengan keadaan yang sebenar....
Untuk memahami apa yang diperkatakan hendaklah kita beramal, atau kita mesti melalui pengalaman beramal sendiri, bukan sekadar tahu dan bercakap sahaja...
Tanpa mengalami sendiri kita belum lagi dapat menikmati maksud dari ilmu yang telah kita pelajari.
Makam fana' dan makam baqo' sebenarnya bila disebut adalah dua keadaan yang berbeza tatapi apabila dialami adalah satu keadaan dimana hapusnya wujud diri dan selain dari Allah kepada Ujud Allah, maksudnya yang nyata Ujud hanya Allah sahaja..
Yang fana' itu tidak pernah ada pun, ( yang difana'kan hanyalah anggapan atau sangkaan kita selama ini kepada yang telah pun selamanya fana' tetapi diadakan oleh sangkaan keakuan sendiri atau hawa nafsu kita sendiri)..
Kesedaran yang telah dapat memasuki sehingga kepada Allah yang sedang merasai Ujudnya sendiri, inilah yang diistilahkan kepada baqo', setelah keadaan ini telah dapat dicapai automatik selain daripada Allah fana' dengan sendirinya iaitu kembali seperti asalnya iaitu tidak ada ( fana')
KeEsaan Allah taala bukanlah kita memahami dengan mengambil faham bahawa hamba itu tuhan dan tuhan itu hamba.
Hamba itu adalah hamba ( yang tidak pernah wujud ) walaupun sesaat, wujudnya hamba hanya pada panggilan nama sebagai hamba untuk menerangkan akan keUjudan Allah.
Panggilan nama hamba ini sebenarnya menunjukkan Allah sedang menerangkan, Allah sedang menunjukkan, Allah sedang memperkenalkan UjudNya kepada badan diri masing-masing dan kepada keseluruhan alam, menerangkan kepada kita bahawa hamba itu sebenarnya tidak ada dan binasa selama-lamanya.
Hamba itu hanyalah panggilan nama kepada sesuatu yang tidak ada yang membawa maksud kepada hamba itu tidak pernah ada yang ada itu hanya Allah..
Ada Allah yang dinyatakan melalui hamba itu adalah sebenarnya ada Allah sendiri yang sedia adanya sendiri, bukan kerana adanya Allah itu disebabkan kerana binasanya hamba... kerana hamba itu telahpun binasa selama-lamanya.
Adanya hamba hanyalah kepada nama panggilan ( hamba ) itu hanya untuk menunjukkan perbezaan diantara Ujud zat Allah semata-mata dengan Ujud Allah yang sedang ditajallikan, Ujud Allah yang sedang diperkenalkan.... (Disini menerangkan bahawa hamba itu hakikatnya tidak ada), yang ada selama-lamanya (khodim) adalah Allah...
Adanya hamba adalah hanya pada anggapan atau sangkaan hamba itu sendiri, hamba itu sendiri yang merasa atau menyangka dirinya ada dan diadakan oleh tuhan, (sepatutnya setiap hamba merasai hamba tidak pernah ada, kerana hamba itu adalah penampakkan ayat-ayat atau tanda-tanda ujud Allah yang sedang diperkenalkan...) maksudnya Allah sedang memperkenalkan dirinya sendiri kepada dirinya sendiri....
Apabila hamba itu berasa atau menyangka dirinya ada, inilah yang menjadi masaalah besar kerana dengan anggapan atau sangkaan ini Allah telah berfirman "Tidakkah kamu melihat mereka-mereka yang mengambil hawa nafsu mereka sebagai tuhan"
Maksud firman Allah ini tidakkah kita melihat kepada mereka-mereka yang telah menganggap Ujud Allah yang sedang diperkenalkan sebagai wujud diri mereka sendiri"

Apabila kita menganggap atau menyangka Ujud Allah itu sebagai wujud kita sendiri maka dari sinilah timbulnya punca masaalah yang dihadapi...
Akan timbul masaalah bertuhankan kepada diri yang telah dianggap atau disangka ada oleh diri kita sendiri (hawa nafsu - keakuan diri),
Dari sini akan timbulnya bagaimana nak kembali bertuhankan kepada Allah, maka lahirlah hukum nafi dan isbat, timbullah fana' dan baqo'.. yang perlu dinafikan dan perlu diisbatkan....
Sebenarnya fana' itu tidak perlu difana'kan kerana sejak dari awal lagi sudah fana', baqo' juga tidak perlu dibaqo'kan kerana ianya sememangnya sudah baqo' sejak dari azali lagi...
Oleh kerana hamba yang tidak pernah ada telah salah anggap atau salah berpegang atau salah berprasangka tentang Ujud Allah yang sedang diperkenalkan (hamba menganggap atau hamba telah berpegang sebagai wujud hamba sendiri disamping Ujud Allah),
Untuk mengembalikan kesalah anggapan atau salah sangka ini maka timbullah hukum nafi dan isbat dimana sihamba yang telah menganggap wujud dirinya disamping Ujud Allah itu wajib menafikan segala sifat yang wajib bagi Allah kepada ujud diri yang dianggap atau disangka ada oleh diri sendiri tadi dan mengisbatkan kembali segala sifat yang wajib kepada Allah itu hanya kepada Allah sendiri....
Dalam hal ini, penerangan melalui ilmu, bila disebut nafi kita wajib menolak sifat yang wajib bagi Allah kepada diri kita ( yang telah kita anggap atau disangka ada tadi), sedangkan isbat pula ialah meletakkan kembali atau mengembalikan sifat yang wajib bagi Allah hanya kepada Allah....
Melalui penerangan diatas, jika difaham secara terus, kita mesti melakukan dua perkara yang berbeza pertama nafi dan kedua isbat...
Tetapi didalam perlaksanaan kita hanya perlu melakukan satu perkara sahaja iaitu mengadakan pengakuan kepada diri (yang kita rasa ada tadi), bahawa segala sifat yang wajib bagi Allah yang ternyata pada diri yang disangka ada itu adalah sifat Allah sendiri......
Dengan pengakuan seperti ini sahaja telah terlaksana perbuatan mengisbatkan segala sifat yang wajib bagi Allah kepada Allah dan dengan sendirinya sifat yang wajib bagi Allah itu ternafi keatas diri yang dianggap atau disangka ada tadi...
Dengan mengadakan pengakuan yang sifat yang wajib bagi Allah yang tertera keatas diri yang disangka ada tadi adalah sifat Allah sendiri, secara automatik segala sifat yang wajib bagi Allah tadi ternafi kepada diri yang disangka sebagai diri sendiri..
Jika tidak mampu untuk terus membuat pengakuan maka cubalah berlatih sedikit demi sedikit dengan mengajukan soalan kepada diri yang disangka ada itu... Rasakan keberadaan diri, didalam masa yang sama ajukan soalan kepada diri itu" SIAPAKAH YANG ADA, HIDUP, TAHU, BERKUASA, BERKEHENDAK., MELIHAT, MENDENGAR, BERKATA-KATA dll ???" Dan tentukan jawapannya "ALLAH"
Tujuan memberi soalan ialah untuk memperingatkan kepada diri, kita selalu lupa untuk mengaku yang Allah itu Allah, dengan soalan dan jawapan seperti diatas secara tidak langsung berlakulah pengakuan yang Ujud, sifat, asma' dan afa'al Allah itu adalah Ujud, sifat, asma' dan Afa'al Allah, yang selama ini dianggap dan disangka sebagai wujud, sifat, asma' dan afa'al diri sendiri..
Maafkan saya jika penerangan saya ini boleh membawa kepada kekeliruan....
Untuk tidak mengelirukan, lakukan dan rasa sendiri keadaan itu, jangan buat tafsiran ini melalui akal dan fikiran sendiri...
Terjunlah kelembah perjuangan ini sendiri, setelah dirasai sendiri itulah keadaan sebenarnya yang saya maksudkan...
Lagi sekali saya memohon maaf kepada semua, semuga hampir kepada faham juga.
7.Surah Al-'A`rāf (Verse 172)

وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْۖ قَالُوا بَلَىٰۛ شَهِدْنَاۛ أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَٰذَا غَافِلِينَ

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".
Didalam memahami firman Allah seperti ayat diatas kita perlu memahami akan maksud yang tersurat dan yang tersirat
1. Mengeluarkan anak-anak Adam dari tulang belakang mereka maksudnya didalam proses Allah ingin memperkenalkan diri dari perbendaharaannya yang tersembunyi (zatnya semata-mata), sampai kepada mertabat keempat didalam mertabat tujuh (iaitu pada alam bapa), Allah telah menyatakan dirinya didalam bentuk dan nama yang dipanggil sebagai anak Adam, lagi sekali Allah telah menerangkan kepada kita bahawa pada masa ini Allah telah pun memberi peringatan kepada anak adam itu (bahawa ada kamu itu bukanlah menunjukkan ada kamu sendiri tetapi sedarlah bahawa ada kamu itu sedang menerangkan adanya aku) didalam bentuk pertanyaan bukankah Aku ini tuhan kamu?
2. Maksud kepada soalan ini ialah fahamkah kamu bahawasanya segala sifat, nama dan perbuatan yang ternyata pada kamu itu bukan milik kamu sendiri tetapi sebenarnya segala sifat yang wajib bagi Allah yang ternyata pada kamu itu hanyalah milik AKU (Allah),
3. Maka zuriat anak Adam memahami akan keadaan ini dan mengaku akan kebenaran ini dengan jawapan bahkan engkaulah tuhan kami. Dengan membawa maksud bahawa segala sifat, nama dan perbuatan yang ternyata pada zuriat Anak Adam itu adalah milik Allah sendiri, Anak Adam ini tidak memiliki apa-apa hanya sekadar menyatakan wujudnya Allah yang dipanggil sebagai tuhan..
4. Keadaan ini berterusan sehinggalah setelah anak adam keluar dari rahim ibunya, (sebagai Insal Kamil), mereka masih lagi tidak rasa memiliki segala wujud, sifat, asma' dan afa'al Allah sebagai wujud, sifat, asma' dan afa'al sendiri sehinggalah mereka mula berakal...
Dalam perkara mengenal diri ini kita selalu menggunakan 3 ungkapan untuk menyelaraskan kefahaman mengikut tauhid yang sebenar iaitu
1. "Awal ugama mengenal Allah" tidak dikatakan seseorang itu berugama sebelum ia berpegang dengan iman, islam, tauhid dan makrifat... Maksud seseorang yang berugama ialah mereka-mereka yang sentiasa berpegang teguh kepada 4 perkara seperti yang tersebut iaitu iman, islam, tauhid dan makrifat....
Sebelum dapat berpegang dengan ugama (iman, islam tauhid dan makrifat seperti yang dikehendaki oleh Allah dan rasulnya "sesungguhnya agama yang diterima Allah hanyalah Islam" iaitu orang-orang yang sentiasa berserah diri kepada Allah (muhlisin)...
Tidaklah akan sempurna ugama seseorang jika belum lagi mengenal Allah kerana ada ungkapan yang kita wajib memahami dengan sebenar faham iaitu "Awal ugama mengenal Allah" ungkapan ini memberi makna kepada kita sebelum kita dapat menyerahkan diri (Islam) kepada Allah, terlebih dahulu kita wajib mengenal Allah. Jika tidak mengenal Allah, bagaimana nak berserah diri secara total kepada Allah (muhlisin)..
2. Dalam hal mengenal diri, ada pula ungkapan yang kita wajib memahami dengan sebenar-benar faham iaitu "barang siapa mengenal dirinya, kenallah akan tuhanNya, barang siapa mengenal tuhannya, binasalah jasadnya"
3. Untuk kesempurnaan faham kepada mengenal tuhan kita tidak boleh tinggal kepada ungkapan "Ariftu robbi bi robbi" Aku kenal tuhanku dengan tuhan ku supaya fahaman kita tidak bercampur dengan syirik yang tersembunyi, supaya tidak terlahir didalam fahaman dan pegangan kita bahawa diri kita yang disangka ada itu yang mengenal Allah, kerana sebenarnya hanya Allah sahaja yang mengenal Allah.
Saya suka menghuraikan perkara ini kerana ketiga-tiga ungkapan diatas teramatlah perlu dan saling berhubung kait diantara satu sama lain...
Setelah dapat memahami dari segi ilmu yang sepatutnya difahami dengan sewajarnya dari bimbingan seseorang yang telah dapat menyelami segala makna ketiga-tiga ungkapan diatas melalui perjalanan kerohanian mereka...
Setiap seorang dari individu itu juga wajib menjalani perjalanan kerohanian mereka sendiri, setelah dapat menjalani perjalanan kerohanian dan dapat merasai sendiri seperti apa yang diperkatakan oleh ketiga tiga ungkapan itu secara terus tanpa ada lagi perbezaan diantara ucapan kita dengan pegangan kita..
Contoh kita kata "Laa ilaha illallah" Tiada Ada hanya Allah , kita juga betul-betul dapat merasai keadaan Tiada Nyata hanya Allah pada badan diri dan pada sekalian alam ini..
Tidaklah sesuatu kebenaran itu ternyata kebenarannya selagi badan diri kita belum lagi dapat merasai sendiri akan keadaan itu..
Kepada para sahabat semua, laluillah sendiri jalan yang lurus yang telah tersedia ada pada setiap badan diri kita sendiri dan rasailah sendiri, itu adalah sebaik-baiknya.
Selalulah ingat kepada firman Allah
34.Surah Saba' (Verse 24)

قُلْ مَن يَرْزُقُكُم مِّنَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِۖ قُلِ اللَّهُۖ وَإِنَّا أَوْ إِيَّاكُمْ لَعَلَىٰ هُدًى أَوْ فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ

Bertanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): "Siapakah yang memberi 
rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?"

Terangkanlah jawabnya: "Ialah Allah;
dan sesungguhnya (tiap-tiap satu golongan), sama ada golongan kami ahli tauhid atau golongan kamu ahli syirik - (tidak sunyi daripada salah satu dari dua keadaan): keadaan tetapnya di atas hidayah petunjuk atau tenggelamnya dalam kesesatan yang jelas nyata".
13.Surah Ar-Ra`d (Verse 16)

قُلْ مَن رَّبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ قُلِ اللَّهُۚ قُلْ أَفَاتَّخَذْتُم مِّن دُونِهِ أَوْلِيَاءَ لَا يَمْلِكُونَ لِأَنفُسِهِمْ نَفْعًا وَلَا ضَرًّاۚ قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الْأَعْمَىٰ وَالْبَصِيرُ أَمْ هَلْ تَسْتَوِي الظُّلُمَاتُ وَالنُّورُۗ أَمْ جَعَلُوا لِلَّهِ شُرَكَاءَ خَلَقُوا كَخَلْقِهِ فَتَشَابَهَ الْخَلْقُ عَلَيْهِمْۚ قُلِ اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ وَهُوَ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ

Bertanyalah (wahai Muhammad): "Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi?"
Jawablah: "Allah".
Bertanyalah lagi: "Kalau demikian, 
patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri, dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya?"

Bertanyalah lagi: "Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik?
Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang?
Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka?"
Katakanlah: "Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa".
39.Surah Az-Zumar (Verse 62)

اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ وَكِيلٌ

Allah Yang Menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Mentadbirkan serta menguasai segala-galanya.
Kembalilah kepada Allah dengan selalu mengajukan soalan kepada diri yang dirasakan Ada "SIAPAKAH YANG (apa yang sedang disedari sekarang ini, contoh Ada, Hidup, bercakap dll) ???" Dan tentukan jawapannya "ALLAH"
Praktiklah sehingga sampai dapat merasakan Allah sedang mencipta dan Allah sedang menjadikan dan mentadbir dan menguasai segala sesuatu...
Amalkanlah seperti yang diperkatakan mudah-mudahan diberi hidayah oleh Allah supa terhindar dari seperti apa yang difirmankan oleh Allah
21.Surah Al-'Anbyā' (Verse 29)

وَمَن يَقُلْ مِنْهُمْ إِنِّي إِلَٰهٌ مِّن دُونِهِ فَذَٰلِكَ نَجْزِيهِ جَهَنَّمَۚ كَذَٰلِكَ نَجْزِي الظَّالِمِينَ

Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: "Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah", maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam; demikianlah Kami membalas golongan yang zalim.
Dan dapat memahami akan firman Allah seperti dibawah dengan sebenar-benar faham yang akan diberikan oleh Allah sendiri
20.Surah Ţāhā (Verse 14)

إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي

"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati Daku.