Pages

Rabu, 16 Disember 2015

BAPAK DR BAGINDA MUCHTAR DIKURNIAKAN PHD DARI SAINT OLAV'S ACADEMY, PERANCIS


BAPAK DR BAGINDA MUCHTAR DIKURNIAKAN PHD DARI SAINT OLAV'S ACADEMY, PERANCIS


Pada 12th June 1971 Bapak Baginda Muchtar 

telah dikurniakan Doktor Falsafah dari Saint Olav's Academy, France.



Dari Padang, Bapak Dr. Baginda Muchtar beliau berpindah pula ke Palembang. Di sana beliau terus mengajar dan memberi pimpinan kepada orang-orang yang berminat dengan ilmunya. 

Di Palembang lah, (kira-kira tahun 1958) beliau mula menulis/mengarang bukunya ‘Diriku Yang Kukenal.’ (Penulisan buku ini tamat kira-kira 10 atau 11 tahun kemudian dan dikemukakan ke St Olav’s Academy, Perancis, sebagai tesis untuk melayakkanya memperoleh ijazah ‘Doctor of Philosophy’ yang diterimanya pada hari Sabtu 12 



BAPAK BAGINDA MUCHTAR @ BBM: Apa itu tenaga batin?

BAPAK BAGINDA MUCHTAR @ BBM: Apa itu tenaga batin?

Apa itu tenaga batin dari mana asalnya dan bagaimana cara memperdapatnya, setidak-tidaknya merasakannya?

Tenaga batin ialah tenaga Rohani yang berasal dari Satu Tenaga Hidup yang tidak mati melalui jalannya tenaga jasmani.

Perpaduan tenaga hidup dan tenaga jasmani, mendatangkan tenaga rohani. Isi tenaga jasmani ialah tenaga hidup yang akan mati, berasal dari benda dan tenaga Rohani berisi tenaga hidup yang tidak mati berasal dari yang Hidup.

Kalau itu hidup telah meninggalkan kita, maka matilah kita namanya. Umumnya orang menganggap adalah kehidupan di dalam itu tidak begitu penting untuk diketahui, kerana semua orang tahu bahawa di dalam batang-tubuh kita ada roh.

Selagi dia masih ada bersama kita, kita akan hidup terus. Mereka terlampau banyak melihat dan memikirkan ke luar, dan terlalu sedikit ke dalam:
mereka memikirkan apa yang dalam diri mereka sendiri?”
(Al-Quran Surat Ar Ruum Ayat 8)

Kelemahan dan kekurangan letaknya ialah pada badan diri
kita. Kemahuan, keinginan dan kehendak sangat banyak. Nafsu
kuat, akan tetapi daya (tenaga) lemah.

Jadi yang kurang pada kita ialah tenaga (energy). Kita kekurangan tenaga untuk mencapai yang diidam-idamkan. Dan kesalahan letaknya pada kita sendiri kerana tak mahu menyelidiki dan mempelajari keadaan kita sendiri.


Mempelajari keadaan sendiri bererti mempelajari apa yang ada pada kita. Tidak
sia-sia Tuhan Mencipta kita. Dijadikannya kita dalam keadaan cukup, akan tetapi kenapa kita berasa kekurangan? Bukan Tuhan yang salah, melainkan kita yang bodoh.


Diberinya kita modal untuk hidup, adakah kita pergunakan modal itu? Di mana letaknya modal itu? Modal tersebut letaknya pada kita terahsia. Rahsia itu yang
akan kita pecah kalau mahu hidup dengan erti yang sebenarnya hidup. Bagi kita, adalah modal itu mempunyai tenaga yang tersembunyi, iaitu tenaga ghaib.


Tenaga ghaib yang berisikan nikmat, bukan yang dimurkai dan bukan pula yang sesat. Bagaimana pula dia akan dimurkai dan sesat? Asalnya dari modal yang diberikan-Nya pada kita untuk hidup, kerana datangnya dari Dia langsung.

Selama ini kita berfikir, berbuat, bekerja, bergerak dan lain sebagainya dengan tenaga lahir. Tempoh-tempoh di luar kemampuan kita, kita paksakan juga sedangkan perjuangan hidup kita di luar, selain dengan yang lahir, juga dengan yang batin.

Segala-galanya telah diatur oleh Yang Maha Pengatur iaitu Yang Maha Ghaib. Bahkan yang musuh besar kita di bidang kehidupan ialah yang tidak nampak? Bukankah hawa nafsu, syaitan, iblis itu tidak nyata dan memohon kepada Tuhan meminta dihidupkan sampai hari kiamat untuk memperdayakan kita manusia ini?

Pada perjuangan hidup sehari-hari, lebih banyak kita merasakan batin daripada yang lahir. Jadi adalah untuk kebahagiaan hidup kita, selain kita mempergunakan tenaga lahir, mestinya juga tenaga batin. Daya tenaga itu telah ada bersama kita
semenjak kita diadakan, akan tetapi tak pernah dipergunakan lantaran tidak tahu.


Tenaga ghaib yang ada pada kita itu mengaliri seluruh batang-tubuh kita di dalam, yang merupakan tenaga yang tersembunyi bagi kita. Dan dialah yang datang dari ‘yang sedikit,’ yang dikatakan iblis dikecualikannya, kerana si iblis tak sanggup memperdayakannya, dan itulah pula dia yang berasal dari ‘yang sedikit,’ kata Muhammad Rasulullah kepada mereka sewaktu mereka bertanya kepada beliau tentang Roh.

“Mereka bertanya kepada engkau (Muhammad) mengenai Roh. Jawablah, tiada aku diberitahu oleh Tuhan-ku tentang itu, kecuali hanya sedikit.”

Tenaga yang tersembunyi itu ialah tenaga ghaib yang dikurniakan Tuhan langsung kepada kita yang mula pertama sekali kepada nenek-moyang kita, Adam a.s., dengan Firman-Nya,

“Aku tiup Roh-Ku!” yang kita warisi turun temurun.

Dia memberi hak hidup kepada kita; kehidupan yang terbatas dan batasnya pada kita ialah bulu dan kulit, dan hak mati ada pada Yang Memberi iaitu Tuhan. Bila Yang Punya datang menjemput, maka gugurlah hak yang memakainya. Keadaannya tidak bererti lagi, kerana telah mati.

Letaknya bagi kita di dalam, dan tenaganya bagi kita tersembunyi. Tenaganya amat dahsyat kerana bukankah itu Kudrattullah? Untuk kelanjutan kehidupan kita di luar, untuk mengharungi lautan hidup, mahu tak mahu guna mencapai tujuan kita sepenuhnya, kita harus dapat menguasai dan mempunyai itu tenaga ghaib, itu Kudratullah, kerana lautan hidup yang akan kita lalui  bergelombang dan beralun, berbukit dan berlurah, berduri dan berbatu dan sangat banyak lekuk-likunya.

Hanya dengan diikut sertakan itu tenaga ghaib, segala halangan dan rintangan bisa tertimbus dan teratasi kerana seluruh kejadian yang dijadikan, seluruh keadaan yang diadakan, seluruh isi alam semesta ialah ciptaan Yang Maha Ghaib, Yang Maha Esa iaitu Allah.

Itu tenaga ada di dirimu, bukan di badanmu. Dari itu pelajarilah dirimu. Temuilah dia dan pergunakanlah tenaganya yang banyak mengandung rahsia itu. Rahsia Ghaib padanya, letaknya. Dia ada padamu dan banyak di luar.

Alam di luarmu beranekaragam, berwarna-warni. Pelajarilah pula keadaan alammu sendiri iaitu badanmu. Langit bagimu ialah kepalamu, bumi bagimu ialah perutmu dan hidupmu ialah antara bumi dan langit. Kaki, tanganmu adalah untuk menyampaikan maksudmu.

Orang padamu ialah badanmu, dan untuk itu pergunakanlah otakmu. Engkau berpijak di bumi Tuhan, tempat jasadmu dikembalikan nanti. Hidupmu di bawah lindungan Tuhan; tempatmu kembali ke asal. Bagimu adalah kenyataannya.

Satu kembali ke bawah iaitu ke tanah, satu kembali ke atas iaitu kepada
Allah. Sama-sama kembali atau dikembalikan ke asal. Dua kejadian menjadi satu sama kita; satu nyata satu tersembunyi. Kedua-duanya mempunyai tenaga. Yang manakah pegangan kita yang benar?

Yang akan pulang ke atas atau yang akan kembali ke bawah? Kalau kita perhatikan akan pembawaan hidup kita di luar pada masa yang sudah-sudah, dengan tak malu-malu kita akan mengatakan bahawa pegangan hidup yang telah kita bawakan ialah
ke bawah, padahal yang benar ialah yang ke atas.


Sebagai seorang manusia, tidaklah bisa bahagia pula kehidupan yang akan kita rasakan kalau kehidupan kita sematamata kita pergantungkan kepada yang akan pulang ke atas kerana dia selalu benar dan terlampau benar, lagi benar sekali.

Dengannya sahaja kita tidak akan mengecap nikmat hidup di dunia, kerana alam fikiran kita selalu dibawanya kepada Yang Maha Benar. Sebaiknya dan seharusnya, kita mesti dapat mempergunakan kedua-duanya sejalan, dan jalan yang ke atas menjadi pegangan kita sebagai pedoman.

KISAH KERBAU DENGAN PEDATI

BAPAK DR. BAGINDA MUCHTAR @ BBM

Ajaran Ajaran & Ilmu Pengetahuan Bapak Dr. Baginda Muchtar Phd
BAPAK BAGINDA MUCHTAR @ BBM: Kisah Kerbau Dengan Pedati

KISAH KERBAU DENGAN PEDATI

Orang tua-tua kita dahulu, tatkala belum kenal akan mesin, memakai kerbau dan pedati sebagai alat perhubungan untuk membawa barang dagangannya dari satu kota ke satu kota, dari kalangan ke kalangan (hari pekan), dari dusun ke kota atau dari dusun ke pelabuhan.

KISAH KERBAU DENGAN PEDATI  KISAH KERBAU DENGAN PEDATI

Perjalanan itu kadang-kadang memakan waktu berhari-hari melalui jalan yang berliku-liku, menurun dan mendaki dan berjalan siang malam. Pedati yang ditarik kerbau itu sarat bermuat barang dagangan. Berisikan hasil bumi untuk diperjual belikan atau ditukarkan.

Pada suatu kali dalam perjalanan, kerbau yang menarik pedati itu setelah berkali-kali mendaki dan menurun, pada pendakian yang memanjat dengan ayun langkah yang guntai sambil air ludah berbuih di mulut, melihat ke kiri dan ke kanan, seolah-olah dia bertanya kepada pedati. Apa pertanyaan itu? Yang ditanyakan ialah, "Jauhkah lagi perhentian??????????"

KISAH KERBAU DENGAN PEDATI  KISAH KERBAU DENGAN PEDATI
    Dan apa pula jawab pedati? Wahai kawan, engkau salah duga, salah anggapan kenapa pada ku engkau hadapkan pertanyaan itu? Ketahuilah oleh mu, bahawa adalah aku benda mati sungguhpun mempunyai kaki. Dan kaki ku tidak sebanyak kakimu. Kaki engkau empat dan kaki ku dua. Akan tetapi kalau tidak kerana engkau, aku tak berjalan dan tak bisa berjalan. Aku tak bisa jalan sendiri. Bukankah engkau yang menarik - makanya aku sampai ke mari?

KISAH KERBAU DENGAN PEDATI  KISAH KERBAU DENGAN PEDATI
Engkau masih baik nasibmu, kerana nanti kalau sudah sampai di perhentian, aku engkau tinggalkan begitu sahaja. Dan engkau diberi makan minum, bahkan kadang-kadang dimandikan dan digosok. Persiapan-persiapan untuk makan mu sentiasa diadakan.

KISAH KERBAU DENGAN PEDATI  KISAH KERBAU DENGAN PEDATI
Aku sesampainya di perhentian ditinggalkan begitu saja. Aku mengandung beban, bawaan, akan tetapi dipikulkan pada pundakmu dan engkaulah yang menarik ku. Kalau engkau hendak bertanyakan juga tentang itu perhentian, tanyalah pada orang yang duduk dibelakangmu, mungkin dia tahu.”

KISAH KERBAU DENGAN PEDATI  KISAH KERBAU DENGAN PEDATI
Sang kerbau mengangkat kepalanya untuk melihat orang yang duduk di belakangnya itu. Belum sempat dia melihat orangnya yang ditunjuk itu, tahu-tahu dia dengar suara yang berarti terus jalan. Dia hanya sempat waktu itu melihat api sebesar api rokok membayang di belakangnya. Dan dia berjalan terus menarik beban yang terpikul di pundaknya. Adapun api yang nampak sekilas oleh kerbau itu ialah api rokok tukang pedati yang waktu itu dalam malam gelap gulita merokok sambil duduk di tempatnya dan pakaiannya serba hitam sampai ke destarnya hitam.

Itulah dia tiga jenis; jalan bersama untuk satu arah dan tujuan, kerbau bergerak dengan kakinya empat, pedati dengan rodanya yang dua dan si tukang pedati berjalan dengan duduk di tempatnya. Ketiga-tiganya menuju ke tempat perhentian dan konon khabarnya di tempat perhentian itu mereka berpisah satu sama lain; si kerbau tinggal dikerbaunya, pedati tinggal tergelitak sebagai pedati dan si tukang pedati balik ke rumahnya.

Dan begitulah pula kisah kerbau dan pedati itu dari dahulu sampai sekarang selagi dia masih dipakai sebagai alat pengangkutan.

PSemoga menjadi buah renungan bagi kita bersama akan duduknya tiga jenis yang sejalan itu.

Aku yang berdiri dengan sendirinya itu mempunyai alam sendiri pula. Alamnya ialah apa yang di sekelilingnya,  iaitu yang dinamakan Badan. Kita yang terdiri dari badan dan diri, keluar mempunyai alam pula iaitu alam bersama, alam Besar, alam semesta.

Jadi adalah kita manusia terkandung dalam alam yang besar. Dan pada kita sendiri terdapat pula beberapa alam; iaitu alam jasmani, alam Rohani dan alam diri.

Diri Rohani dan jasmani keluarnya menjadikan manusia (lengkap) hidup. Dan berjalanlah manusia pada jalan kehidupan yang ada dengan tidak mempelajari jalannya kehidupan di dalam lebih dahulu.

Adalah ini suatu kekeliruan Besar dalam pandangan hidup kita yang sudah- sudah. Dan oleh kerana itulah pula makanya bermacam-macam caranya kita manusia membawakan jalannya kehidupan kita di luar dan coraknya hidup kita perdapat sangat bergantung pada jalannya pemikiran masing-masing, dengan tidak pula mengetahui selok-beloknya isi kepala kita yang banyak tali temalinya
(alat penghubung) antara yang satu dengan yang lain.

Coraknya masyarakat sangat bergantung kepada jalannya alam pemikiran masyarakat itu dan hasilnya tidak semua orang dapat mengecap nikmat hidup yang dicita-citakan, bahkan kenyataan si kuat memakan yang lemah, si bodoh menjadi mangsa si pintar dan si tidak punya menjadi korban yang punya dan lain sebagainya. Kalau tidak diperalat tentu memperalat. Undang-undang tinggal di atas kertas. Yang tak bersalah menjadi bersalah. Manusia menghisap manusia, bangsa menghisap bangsa.

Corak hidup semacam ini sudah tua umurnya, sudah usang, sudah lapuk dan sudah patut ditinggalkan dengan menimbulkan cara berfikir baru dengan melahirkan alat baru atau bahan baru, tenaga baru supaya tercipta Dunia baru. Kita harus melahirkan manusia baru.

Untuk memperbaharui keseluruhannya itu, kita harus pelajari jalannya alam pemikiran yang sudah-sudah alat dan bahannya yang dipergunakan, untuk jadi pengalaman supaya kesalahan yang sudah-sudah bisa diperdapat. Dan, kelemahan atau kekurangan harus dicari sampai dapat dan perubahan-perubahan kalau perlu harus diadakan.

Alat-alat yang telah ada pada kita, selain tak dapat juga tak boleh membuangnya kesemuanya yang telah ada sangat berguna untuk kebaikan, keindahan dan keelokan badan diri kita.

Untuk memenuhi kebutuhan hidup kita harus berjuang dengan gigih dan tabah dan buat itu kita harus mempergunakan tenaga, iaitu tenaga lahir yang berasal dari zat-zat bahan makanan yang kita makan.

Pada kita ada tenaga lahir dan ada pula tenaga batin. Tenaga lahir ialah tenaga yang berasal dari zat-zat bahan makanan yang kita makan, yang mana dari dalam meisi aliran dari jalannya kehidupan kita. Tenaga batin ialah tenaga yang tersembunyi, yang selama ini belum pernah kita ketahui dan kita kuasai apalagi mempergunakannya.


Isnin, 14 Disember 2015

MAULANA JALALUDDIN AR-RUMI

"MAULANA JALALUDDIN AR-RUMI DAN SEBUAH BOTOL MINUMAN YANG DIBAWANYA"

Suatu malam, Maulana Jalaluddin Rumi mengundang Syams Tabrizi ke rumahnya. Sang Mursyid Syamsuddin pun menerima undangan itu dan datang ke kediaman Maulana. Setelah semua hidangan makan malam siap, Syams berkata pada Rumi;

“Apakah kau bisa menyediakan minuman untukku?”. (yang dimaksud : arak / khamr)

Maulana kaget mendengarnya, “memangnya anda juga minum?’.

“Iya”, jawab Syams.

Maulana masih terkejut,”maaf, saya tidak mengetahui hal ini”.

“Sekarang kau sudah tahu. Maka sediakanlah”.

“Di waktu malam seperti ini, dari mana aku bisa mendapatkan arak?”.

“Perintahkan salah satu pembantumu untuk membelinya”.

“Kehormatanku di hadapan para pembantuku akan hilang”.

“Kalau begitu, kau sendiri pergilah keluar untuk membeli minuman”.

“Seluruh kota mengenalku. Bagaimana bisa aku keluar membeli minuman?”.

“Kalau kau memang muridku, kau harus menyediakan apa yang aku inginkan. Tanpa minum, malam ini aku tidak akan makan, tidak akan berbincang, dan tidak bisa tidur”.

Karena kecintaan pada Syams, akhirnya Maulana memakai jubahnya, menyembunyikan botol di balik jubah itu dan berjalan ke arah pemukiman kaum Nasrani.

Sampai sebelum ia masuk ke pemukiman tersebut, tidak ada yang berpikir macam-macam terhadapnya, namun begitu ia masuk ke pemukiman kaum Nasrani, beberapa orang terkejut dan akhirnya menguntitnya dari belakang.

Mereka melihat Rumi masuk ke sebuah kedai arak. Ia terlihat mengisikan botol minuman kemudian ia sembunyikan lagi di balik jubah lalu keluar.

Setelah itu ia diikuti terus oleh orang-orang yang jumlahnya bertambah banyak. Hingga sampailah Maulana di depan masjid tempat ia menjadi imam bagi masyarakat kota.

Tiba-tiba salah seorang yang mengikutinya tadi berteriak; “Ya ayyuhan naas, Syeikh Jalaluddin yang setiap hari jadi imam shalat kalian baru saja pergi ke perkampungan Nasrani dan membeli minuman!!!”.

Orang itu berkata begitu sambil menyingkap jubah Maulana. Khalayak melihat botol yang dipegang Maulana. “Orang yang mengaku ahli zuhud dan kalian menjadi pengikutnya ini membeli arak dan akan dibawa pulang!!!”, orang itu menambahi siarannya.

Orang-orang bergantian meludahi muka Maulana dan memukulinya hingga serban yang ada di kepalanya lengser ke leher.

Melihat Rumi yang hanya diam saja tanpa melakukan pembelaan, orang-orang semakin yakin bahwa selama ini mereka ditipu oleh kebohongan Rumi tentang zuhud dan takwa yang diajarkannya. Mereka tidak kasihan lagi untuk terus menghajar Rumi hingga ada juga yang berniat membunuhnya.

Tiba-tiba terdengarlah suara Syams Tabrizi; “Wahai orang-orang tak tahu malu. Kalian telah menuduh seorang alim dan faqih dengan tuduhan minum khamr, ketahuilah bahwa yang ada di botol itu adalah cuka untuk bahan masakan. Seseorang dari mereka masih mengelak;

“Ini bukan cuka, ini arak”. Syams mengambil botol dan membuka tutupnya. Dia meneteskan isi botol di tangan orang-orang agar menciumnya. Mereka terkejut karena yang ada di botol itu memang cuka. Mereka memukuli kepala mereka sendiri dan bersimpuh di kaki Maulana. Mereka berdesakan untuk meminta maaf dan menciumi tangan Maulana hingga pelan-pelan mereka pergi satu demi satu.

Rumi berkata pada Syams, “Malam ini kau membuatku terjerumus dalam masalah besar sampai aku harus menodai kehormatan dan nama baikku sendiri. Apa maksud semua ini?”.

“Agar kau mengerti bahwa wibawa yang kau banggakan ini hanya khayalan semata. Kau pikir penghormatan orang-orang awam seperti mereka ini sesuatu yang abadi? Padahal kau lihat sendiri, hanya karena dugaan satu botol minuman saja semua penghormatan itu sirna dan mereka jadi meludahimu, memukuli kepalamu dan hampir saja membunuhmu. Inilah kebanggaan yang selama ini kau perjuangkan dan akhirnya lenyap dalam sesaat.

Maka bersandarlah pada yang tidak tergoyahkan oleh waktu dan tidak terpatahkan oleh perubahan zaman.

( Dari kumpulan kisah Maulana Jalaluddin Rumi )

MEMBUKA TABIR CAHAYA ILAHI

MEMBUKA TABIR CAHAYA ILAHI

Allah SWT berfirman, “Dan siapa yang buta (hatinya) di dunia ini, niscaya di akhirat (nanti) ia akan lebih buta pula dan lebih tersesat dari jalan (yang benar).” (QS. Al-Isrâ’ [17]: 72).

Adapun yang dimaksudkan dengan buta di dunia adalah buta hati, sebagaimana firman Allah SWT, “Maka sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, ialah hati yang di dalam dada.” (QS. Al-Hajj [22]: 46)

Syekh Abdul Qadir Al-Jailani mengatakan, “Penyebab kebutaan kalbu adalah karena adanya hijab-hijab yang gelap (al-hujub azh-zhulmaniyah), lalai dan lupa karena jauhnya diri dari menepati janji pada Allah saat di Alam Arwah. Adapun sebabnya lalai adalah kebodohan seseorang terhadap masalah hakikat Ilahiah.

Kebodohan ini timbul karena kalbu dikuasai oleh sifat-sifat tercela, seperti sombong, dendam, dengki, kikir, ‘ujub, ghibah (mengumpat), namimah (mengadu domba), bohong dan sifat-sifat tercela lainnya. Sifat-sifat inilah yang mengakibatkan manusia jatuh ke derajat yang paling rendah.

Adapun cara menghilangkan sifat-sifat yang tercela tersebut adalah dengan membersihkan cermin kalbu dengan alat pembersih tauhid, ilmu dan amal; serta berjuang dengan sekuat tenaga, baik lahir maupun batin. Semua itu akan menghasilkan hidupnya kalbu dengan cahaya tauhid dan sifat-sifatnya.

Jika seorang manusia telah berhasil menghidupkan kalbunya, maka ia akan ingat pada Negeri Asalnya (Alam Lahut). Setelah ingat ia akan rindu pulang dan ingin sampai ke negerinya yang hakiki. Maka, ia akan sampai dengan pertolongan Allah.

Selanjutnya, setelah penghalang kegelapan (tabir) tadi hilang, maka yang tersisa adalah penghalang-penghalang atau tabir cahaya (al-hujub an-nuraniah). Dan, pada saat itu ia sudah bashirah, ia yang mampu melihat dengan penglihatan ruh dan menerima cahaya dari cahaya Asma Ash-Shifat (nama-nama sifat). Secara bertahap, penghalang-penghalang cahaya itu akan sirna dengan sendirinya dan dia akan diterangi dengan cahaya Dzat.”

--Syekh Abdul Qadir Al-Jailani dalam Sirrul Asrar, terjmh KH Zezen ZA Bazul Asyhab, wakil talqin Tarikat Qadiriyah Naqsyabandiyah (TQN) Suryalaya.

Di antara ciri-ciri yang dimiliki oleh seorang wali

Inilah contoh nyata seorang Waliyullah

Di antara ciri-ciri yang dimiliki oleh seorang wali adalah menjauhkan diri dari sifat yang namanya Hubbud-Dunya (cinta akan dunia) dan juga di dalam pribadinya itu terdapat ar-Rahmah bil-Muslimin (Kasih sayang/perhatian terhadap kaum Muslimin).

Saya akan mencoba mencontohkan salah seorang Saadah Alawiyyin yang benar-benar dapat menjauhkan diri dari Hubbud-Dunya dan memiliki sifat dalam pribadinya ar-Rahmah bil-Muslimin seperti yang sudah saya katakan di atas.

Tidak lain beliau adalah Alhabib Ali ibn Jakfar Alaydrus, Batu Pahat, Malaysia. Diceritakan bahwa Alhabib Ali ibn Jakfar ini kalau dititipi air (untuk di doakan) itu bisa sampai ratusan banyaknya, malah kadang-kadang beliau ini setiap malamnya tidak bisa tidur lantaran membaca ini, membaca itu.

Bahkan juga dikatakan, terkadang beliau juga menyimpan air doa itu sampai berbulan-bulan. Katanya, "Mana itu orang, ini amanat dari dia, suruh kita bacain tapi tidak datang-datang lagi?" Hal yang seperti ini ditungguin oleh Alhabib Ali ibn Jakfar, MasyaAllah Tabarakallah!!

Itulah yang dinamakan rahmah bil-muslimin. Perlu diketahui, Alhabib Ali ibn Jakfar ini adalah seseorang yang tidak memiliki apa-apa. Tapi beliau ini banyak  didatangi oleh tamu dan rata-rata tamunya ini membawa mobil yang mewah-mewah. Padahal rumahnya itu gedek, itu pun masih menyewa.

Pintu yang ada dikamarnya memakai selambu, airnya mengambil dari tetangga. Pernah suatu ketika ada seorang yang mengatakan kepada Alhabib Ali ibn Jakfar, "Ya Habib,  maukah ana bangunkan rumah yang bagus?" Kata Alhabib Ali, "Untuk siapa?" Orang itu pun berkata, "Untuk habib?!"

Lalu tebak apa yang akan dikatakan oleh Alhabib Ali ibn Jakfar, beliau justru mengatakan: "Habib bentar lagi tempatnya dikuburan, bukan dirumah ini." MasyaAllah, keadaan beliau yang seperti itu dilakukan selama 40 tahun lamanya, hidup sendiri dan hanya dibantu oleh salah seorang daripada cucunya. Inilah contoh seseorang yang benar-benar dapat menjauhkan diri dari sifat hubbud-dunya!!

Alhabib Ali ibn Jakfar Alaydrus merupakan seorang yang bersih hatinya, tidak cinta dunia, perhatian terhadap kaum Muslimin. Diceritakan saat sebelum orang-orang meminta doa kepadanya, Alhabib Ali ibn Jakfar akan berkata terlebih dahulu: "Doakan saya, doakan saya." (Sebelum didoain beliau meminta didoakan terlebih dahulu).

Jika ada tamu, biasanya beliau sendirilah yang melayani tamunya tersebut. Jika dikasih uang oleh tamu-tamunya, ditaruh, tamunya pergi lalu dibagi-bagikan langsung, beliau tidak pernah menyimpan uang-uang tersebut. Hatta, orang kaya dikasih juga oleh beliau?! Soal pakaiannya adalah pakaian yang dikenakan ketika itu dan pakaiannya yang sedang dicuci, hanya dua pasang. Allahu Akbar, inilah yang dinamakan Waliyullah!!

*Ilaa hadhroti Alhabib Ali ibn Jakfar, lahul-Faatiha

PERANG DAHSYAT AKHIR ZAMAN Dipimpin oleh KHALIFAH Al-Mahdi Dan Nabi Isa a.s

PERANG DAHSYAT AKHIR ZAMAN

Dipimpin oleh KHALIFAH Al-Mahdi Dan Nabi Isa a.s

Rasulullah Shallallahu 'alaihi Wasallam Bersabda,

"Apabila kalian telah menemukan Pasukan Panji Hitam (Pasukan yang membawa Bendera Hitam) yang datang dari arah Timur, maka datangilah mereka dan Berbai'atlah meskipun harus merangkak - rangkak diatas Salju, karena sesungguhnya disitu terdapat KHALIFAH Allah Yakni Al-Mahdi". (HR. Imam Ahmad)

"Akan datang satu Masa dimana orang yang (benar - benar) beriman pasti akan Berhijrah kenegeri Syam". (HR. Bukhari)

"Kalian akan Perangi Jajirah Arab (arab saudi, Bahrain, Qatar, Kuwait dsb) sehingga Allah menangkan kalian atasnya, dan kalian perangi Persia, dan Allah menangkan kalian atasnya, dan kalian akan perangi Ruum, dan Allah menangkan kalian atasnya, dan kalian akan perangi Dajjal dan Allah menangkan kalian atasnya". (HR. Muslim)

Erti sebenar Melayu yang digelapkan sejarah oleh Imperialis

Erti sebenar Melayu yang digelapkan sejarah oleh Imperialis
Sumber Kedua Lebih Sahih daripada sumber sebelum.

Perkataan Melayu asalnya ialah daripada perkataan Arab “al-Mala-u”.
'Al-Mala-u' juga disebut di banyak tempat dalam Al-Qur'anul Karim dan juga Hadis. Mengikut Kamus Bahasa Arab- Al-Mala-u bererti :
a) Budi pekerti yang tinggi (husnulkhuluqa (akhlak yang mulia) yakni makna kepada agama sebagaimana satu Sabda Rasulullah S.A.W.)
b) Pemimpin
c) Cahaya (Iman dan Taat) yang memenuhi ruang dan masa

Gelaran “Mala-u” mula wujud semasa zaman Merong Mahawangsa menerima Islam dan menyebarkan dakwah Islam. Pendakwah atau mubaligh Islam daripada tanah Arab dan Tanah India menikahi pribumi tempatan iaitu suku-suku tempatan. Golongan ini dipandang mulia lalu digelar “Mala-u”. Siapa-siapa pribumi tempatan yang memeluk Islam layaklah dia digelar sebagai “Mala-u”.

Jadi Melayu bermaksud mulia. Tanah Melayu adalah tanah yang mulia atau penduduknya yang mulia dengan Islam. Jadi bangsa Melayu ialah asal namanya Bangsa Mala-u iaitu bangsa yang mulia dengan Islam.

Nama Melaka ialah nama yang diubah oleh Imperialis. Asal nama negeri Melaka ialah Malakat iaitu tempat pertemuan seluruh umat Islam atau umat manusia. Negeri Malakat ialah negeri yang diperintah dan didiami oleh bangsa Mala-u iaitu bangsa yang mulia.
Sesiapa sahaja yang menetap di Tanah Mala-u. Ialah orang Islam yang mempunyai pakej Islam, mampu bertutur bahasa Mala-u, maka layak digelar Mala-u. Sekalipun datang daripada tanah Arab, India dan China.
Wallahhua’lam.
___________________________________________________________
"Kita adalah Singa yang hidup tidak ubah seperti lutong. Menyangka dirinya adalah lutong. Yakin bahawa datuk neneknya juga berketurunan lutong, Disebabkan diajar oleh penjajah untuk hidup seperti lutong."

1.Melayu ciptaan Imperialis dan dikehendaki Imperialis:
-Tidak takut Allah, mudah disogok dan dirasuah. Korupsi.
-Lemau, pemalas, sasau dan nanas.
-Banyak adu domba, iri hati dan tuduh menuduh.
-Tidak intelek, khianat, gopoh dan cetek pemikiran.
-Tidak berakhlak, suka melaknat dan mencela.
-Mudah ditipu dan suka menipu sesama bangsa sendiri.
-Berpecah belah dan banyak sengketa.
-Murtad dan sekular.

2.Jati diri Melayu sebenar seperti zaman datuk nenek moyang yang gemilang:
-Tunduk, patuh dan berserah pada Allah. Ini tunggak utama jika tidak tiadalah layak untuk menggelar Melayu kerana erti Melayu sahaja ialah tunduk dan berserah pada Allah.
-Kesantunan yang tinggi, berbudi pekerti, berlapang dada dan indah berbahasa.
-Intelek yang tinggi dan berfikiran jauh.
-Berkemahiran dan gigih berusaha.
-Rajin bekerja serta bijak berniaga.
-Tidak gopoh sentiasa hemat dan usul periksa.
-Tawadhuk dan menghormati semua manusia dan bangsa.
-Bijak mengatur langkah dan strategi.

Pilihlah sama ada nak jadi Melayu ciptaan Imperialis atau jati diri kita yang sebenar. Renungkan apa kata orang Arab dulu mengenai Melayu yang dipetik daripada kitab lama.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
( kitab Hadiqatul Azhar War Rayahin jilid 1, Al Alim Allamah Az Zaki Asy Sheikh Wan Ahmad Bin Sheikh Wan Muhammad Zain Al Fathani R.A, ulama tersohor bangsa Melayu di Makkah dan Nusantara)
Makna bagi Melayu ialah:-:
الرؤسأ سمو بذلك لأنهم ملأ بما يحتاج أليه

“ Pemimpin-pemimpin, dinamakan dengan demikian itu kerana pemimpin ini mereka mampu memenuhi hajat orang lain.” Lisanul Arab.

والملأ: ألخلق الملئ بما يحتاج أليه
“ Memiliki akhlak yang memenuhi keperluan orang lain. ” Imam Abu Manzur.

والملأ: الجماعة أشراف القوم

... “ Satu al jamaah, Bangsa yang mulia ”- Qamus al ma’ani.

والملأ : الأشراف من الناس

“ Manusia yang paling mulia di kalangan Manusia”- tafsir Qurtub
_____________________________________________________________

Sejarah membuktikan bahawa Islam telah datang ke Nusantara berkurun lebih dahulu daripada zaman pengislaman Phra Ong Mahawanser. Ulama Nusantara dan sejahrawan tidak menolak fakta ini tetapi apa yang dibincangkan dalam artikel ini adalah BILAKAH agama Islam (dan bangsa Melayu) diisytihar setelah diijmakkan oleh Ulama dan Sultannya menjadi agama rasmi Nusantara (dan bangsa rasmi Nusantara).

Pemerintahan di zaman ini tidak mengenepikan agama-agama lain tetapi mereka yang bukan Islam (tidak dipanggil 'Mala-u') tetapi tidak memerangi Islam - dikenakan jizyah dan mereka yang masih langsung tidak menerima corak pemerintahan ini termasuk tidak mahu membayar jizyah telah melari dan memencilkan diri ke dalam hutan dan bukit bukau.

Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah menamakan gagasan bangsa yang baru sebagai AL-MALA-U (9) bersempena satu kalimah Arab yang bermaksud ‘(berkembang-biak) memenuhi ruang’ kerana cepatnya berkembang pengaruh agama Islam di Kalaha. Lama-kelamaan, pengaruh dialek dan sebutan berbilang bangsa ini telah menerbitkan perkataan “MELAYU” seperti yang dikenali hari ini.

(Nota 9)

Syed Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah meletakkan nama 'bangsa yang baru' ini sebagai "Al-Mala-u' sempena Firman Allah SWT :

Surah Saad : Ayat 69

مَا كَانَ لِي مِنْ عِلْمٍ بِالْمَلَإِ الْأَعْلَى إِذْ يَخْتَصِمُونَ

Tiadalah bagiku sebarang pengetahuan tentang penduduk alam yang tinggi (Al-Mala-ul'A'la) semasa mereka bersoal jawab.

Hadis Nabi S.A.W :

ثنا عبد الرزاق أنا معمر عن أيوب عن أبي قلابة عن بن عباس ان النبي صلى الله عليه و سلم قال أتاني ربي عز و جل الليلة في أحسن صورة أحسبه يعني في النوم فقال يا محمد هل تدري فيم يختصم الملأ الأعلى قال قلت لا قال النبي صلى الله عليه و سلم فوضع يده... بين كتفي حتى وجدت بردها بين ثديي أو قال نحري فعلمت ما في السماوات وما في الأرض ثم قال يا محمد هل تدري فيم يختصم الملأ الأعلى قال قلت نعم يختصمون في الكفارات والدرجات قال وما الكفارات والدرجات قال المكث في المساجد والمشي على الاقدام إلى الجمعات وإبلاغ الوضوء في المكاره ومن فعل ذلك عاش بخير ومات بخير وكان من خطيئته كيوم ولدته أمه وقل يا محمد إذا صليت اللهم اني أسألك الخيرات وترك المنكرات وحب المساكين وإذا أردت بعبادك فتنة ان تقبضني إليك غير مفتون قال والدرجات بذل الطعام وإفشاء السلام والصلاة بالليل والناس نيام

Telah menceritakan kepada kami Abdurrazaq yang berkata telah menceritakan kepada kami Ma’mar dari Ayub dari Abi Qilabah dari Ibnu Abbas bahwa Nabi SAW bersabda “RabbKu Azza wa Jalla datang kepadaku malam tadi dalam sebaik-baik bentuk” –Aku mengira maksudnya adalah dalam tidur- Lalu Dia berfirman “Wahai Muhammad, apakah kamu tahu mengenai apa Al Mala’ul A’la yang menjadi perbalahan? Baginda bersabda “tidak”. Nabi SAW bersabda “Lalu Dia meletakkan tangan-Nya di antara dua bahuku hingga aku dapati dinginnya antara dua dadaku. Atau Baginda bersabda “antara tenggorokanku”. Maka tahulah aku apa yang ada di langit dan di bumi. Kemudian Dia berfirman “Wahai Muhammad, apakah kamu tahu mengenai apa Al Mala’ul A’la (yang menjadi punca) pertengkaran?”. Baginda bersabda ‘Aku berkata “ya , mereka bertengkar mengenai Al Kafarat dan Ad Darajat?”. Apa itu Al Kafarat dan Ad Darajat?. Diam di masjid, berjalan kaki untuk berjema’ah, menyempurnakan wudhu dalam suasana/keadaan tidak menyenangkan, barangsiapa melakukan hal itu maka ia hidup dengan baik dan mati dengan baik. Dia bersih dari dosa seperti baru dilahirkan Ibunya. Dan katakanlah wahai Muhammad bila kamu selesai solat “Ya Allah sesungguhnya aku memohon KepadaMu kebaikan-kebaikan, meninggalkan hal yang mungkar dan cinta kepada orang-orang miskin. Dan bila Engkau menginginkan fitnah bagi para hambamu maka cabutlah nyawaku kepadaMu dengan tanpa fitnah”. Dan Ad Darajah adalah dengan memberikan makanan, menyebarkan salam dan solat malam saat manusia tidur”. [Hadis riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad 1/368 no 3484 dan Sunan Tirmidzi 5/366 no 3233]

'Al-Mala-u' juga disebut di banyak tempat dalam Al-Qur'anul Karim dan juga Hadis. Mengikut Kamus Bahasa Arab- Al-Mala-u bererti :

a) Budi pekerti yang tinggi (husnulkhuluqa (akhlak yang mulia) yakni makna kepada agama sebagaimana satu Sabda Rasulullah S.A.W.)
b) Pemimpin
c) Cahaya (Iman dan Taat) yang memenuhi ruang dan masa

Gelaran ini diberikan bagi mengesahkan bahawa warga ini adalah :

a) Ahli (warga yang menerima Talkin kalimah Taqwa dan Tarbiah)
b) Jawi (penulisan bangsa Arab asal iaitu Jawi Qadim (Asia Barat) – manakala Bangsa Melayu asal pula menggunakan Jawi Jadid (Asia Tenggara) yang menambahkan titik pada beberapa huruf)
c) Melayu (yang berkembang-biak memenuhi ruang)
d) Asal (yang asli atau yang yang tulin menerima agama Islam dari Seruan Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W.)
e) Bangsa (rasmi) kebangsaan (Warga Angin Bawah Bayu Merdeka)
f) Pegang Teguh Agama Islam – berpaut kukuh kepada agama Samawi.

(AHLI JAWI MELAYU ASAL BANGSA KEBANGSAAN PEGANG TEGUH AGAMA ISLAM – Sekira-kiranya pewaris asabah kepada satu bangsa beragama) (menyamai dengan zaman kegemilangan Islam lampau) atau ringkasnya Pemimpin Yang Berbudi Pekerti Mulia dan Nurnya Meliputi Alam (Khalifah) Kemudian Sultan Muzaffar 1 memperkenalkan kepada mata dunia bahawa ISLAM ITU MELAYU dan MELAYU ITU ISLAM.) (10)
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jadi bangsa Melayu dahulu ialah bangsa yang taat pada Allah. Telah menjadikan tanah air mereka sebagai tanah Melayu yang bererti tanah dakwah atau tanah yang penduduknya rata-rata tunduk dan berserah pada Allah. Mereka telah memanfaatkan kelebihan strategik Tanah Melayu sebagai tempat muafakat iaitu perjumpaan semua bangsa dari Timur dan Barat untuk menyebarkan Islam disamping berdagang. Sanggup menerima mana-mana bangsa dan suku yang mahu menetap di Tanah Melayu dan boleh mengiktiraf mereka sebagai orang Melayu andai mereka Muslim dan boleh berbahasa Melayu sebagai tanda ukhwah yang dipamerkan oleh nenek moyang kita dahulu. Dek kerana ini kita dibenci dan tamadun kita dimusnahkan penjajah tak bersisa.
Jati diri kita ialah jati diri Islam iaitu tunduk,patuh dan berserah pada Allah. Siapa dakwa dia orang Melayu dan memperjuangkan Hak Melayu perlu ada sifat tunduk dan patuh pada perintah Allah disamping berserah pada ketentuan Allah. Begitu juga berakhlak dan berbudi tinggi.
Pertuturan orang Melayu dulu menggunakan perkataan Hamba dan Tuan Hamba. Semasa bertuturpun mengingatkan kita hamba pada yang Esa.
Marilah bersama kita kembali perbaiki bangsa kita supaya tahu jati diri dan identiti. Bangsa kita atau tak kira apa bangsa akan kembali mulia hanya dengan Islam. Perkasakan Islam kita. In shaa Allah bangsa kita akan kembali gemilang dan dikenal semula sebagai bangsa dakwah.

Ahad, 13 Disember 2015

4 orang Nabi yang masih hidup

Nabi Ilyas A.S.

Ketika sedang berehat datanglah malaikat kepada Nabi Ilyas A.S. Malaikat itu datang untuk menjemput ruhnya. Mendengar berita itu, Ilyas menjadi sedih dan menangis.
“Mengapa engkau bersedih?” tanya malaikat maut.

“Tidak tahulah.” Jawab Ilyas.
“Apakah engkau bersedih kerana akan meninggalkan dunia dan takut menghadapi maut?” tanya malaikat.

“Tidak. Tiada sesuatu yang aku sesali kecuali kerana aku menyesal tidak boleh lagi berzikir kepada Allah, sementara yang masih hidup boleh terus berxikir memuji Allah,” jawab Ilyas.

Saat itu Allah lantas menurunkan wahyu kepada malaikat agar menunda pencabutan nyawa itu dan memberi kesempatan kepada Nabi Ilyas berzikir sesuai dengan permintaannya. Nabi Ilyas ingin terus hdup semata-mata kerana ingin berzikir kepada Allah. Maka berzikirlah Nabi Ilyas sepanjang hidupnya.

“Biarlah dia hidup di taman untuk berbisik dan mengadu serta berzikir kepada-Ku sampai akhir nanti.” Kata Allah.

3. Nabi ‘Idris A.S.
Diriwayatkan Nabi Idris as. telah naik ke langit pada hari Isnin. Peristiwa naiknya Nabi Idris as. ke langit ini, telah dijelaskan oleh Allah SWT dalam Al-Quran.

Firman Allah SWT bermaksud:
“Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka) kisah, Idris yang tersebut di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi. Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.”
(Maryam: 56-57)

Nama Nabi Idris as. yang sebenarnya adalah ‘Akhnukh’. Sebab beliau dinamakan Idris, kerana beliau banyak membaca, mempelajari (tadarrus) kitab Allah SWT.

Setiap hari Nabi Idris menjahit qamis (baju kemeja), setiap kali beliau memasukkan jarum untuk menjahit pakaiannya, beliau mengucapkan tasbih. Jika pekerjaannya sudah selesai, kemudian pakaian itu diserahkannya kepada orang yang menempahnya dengan tanpa meminta upah.

Walaupun demikian, Nabi Idris masih sanggup beribadah dengan amalan yang sukar untuk digambarkan. Sehingga Malaikat Maut sangat rindu berjumpa dengan beliau.

Kemudian Malaikat Maut bermohon kepada Allah SWT, agar diizinkan untuk pergi menemui Nabi Idris as. Setelah memberi salam, Malaikat pun duduk.

Nabi Idris as. mempunyai kebiasaan berpuasa sepanjang masa. Apabila waktu berbuka telah tiba, maka datanglah malaikat dari Syurga membawa makanan Nabi Idris, lalu beliau menikmati makanan tersebut.

Kemudian baginda beribadah sepanjang malam. Pada suatu malam Malaikat Maut datang menemuinya, sambil membawa makanan dari Syurga. Nabi Idris menikmati makanan itu. Kemudian Nabi Idris berkata kepada Malaikat Maut: “Wahai tuan, marilah kita nikmati makanan ini bersama-sama.” Tetapi Malaikat itu menolaknya.

Nabi Idris terus melanjutkan ibadahnya, sedangkan Malaikat Maut itu dengan setia menunggu sampai terbit matahari. Nabi Idris merasa hairan melihat sikap Malaikat itu. Kemudian beliau berkata: “Wahai tuan, mahukah tuan bersiar-siar bersama saya untuk melihat keindahan alam persekitaran? Malaikat Maut menjawab: Baiklah Wahai Nabi Allah Idris.”

Maka berjalanlah keduanya melihat alam persekitaran dengan berbagai jenis tumbuh-tumbuhan hidup di situ. Akhirnya ketika mereka sampai pada suatu kebun, maka Malaikat Maut berkata kepada Nabi Idris as.:

“Wahai Idris, adakah tuan izinkan saya untuk mengambil ini untuk saya makan? Nabi Idris pun menjawab: Subhanallah, mengapa malam tadi tuan tidak mahu memakan makanan yang halal, sedangkan sekarang tuan mahu memakan yang haram?”

Kemudian Malaikat Maut dan Nabi Idris meneruskan perjalanan mereka. Tidak terasa oleh mereka bahawa mereka telah bersiar-siar selama empat hari. Selama mereka bersahabat, Nabi Idris menemui beberapa keanehan pada diri temannya itu. Segala tindak-tanduknya berbeza dengan sifat-sifat manusia biasa. Akhirnya Nabi Idris tidak dapat menahan hasrat ingin tahunya itu.

Kemudian beliau bertanya: “Wahai tuan, bolehkah saya tahu, siapakah tuan yang sebenarnya?
Saya adalah Malaikat Maut.”
“Tuankah yang bertugas mencabut semua nyawa makhluk?”
“Benar ya Idris.”
“Sedangkan tuan bersama saya selama empat hari, adakah tuan juga telah mencabut nyawa-nyawa makhluk?”

“Wahai Idris, selama empat hari ini banyak sekali nyawa yang telah saya cabut. Roh makhluk-makhluk itu bagaikan hidangan di hadapanku, aku ambil mereka bagaikan seseorang sedang menyuap-nyuap makanan.”

“Wahai Malaikat, apakah tujuan tuan datang, apakah untuk ziarah atau untuk mencabut nyawaku?”

“Saya datang untuk menziarahimu dan Allah SWT telah mengizinkan niatku itu.”
“Wahai Malaikat Maut, kabulkanlah satu permintaanku kepadamu, iaitu agar tuan mencabut nyawaku, kemudian tuan mohonkan kepada Allah agar Allah menghidupkan saya kembali, supaya aku dapat menyembah Allah Setelah aku merasakan dahsyatnya sakaratul maut itu.”

Malaikat Maut pun menjawab: “Sesungguhnya saya tidaklah mencabut nyawa seseorang pun, melainkan hanya dengan keizinan Allah.”

Lalu Allah SWT mewahyukan kepada Malaikat Maut, agar ia mencabut nyawa Idris as. Maka dicabutnyalah nyawa Idris saat itu juga. Maka Nabi Idris pun merasakan kematian ketika itu.

Di waktu Malaikat Maut melihat kematian Nabi Idris itu, maka menangislah ia. Dengan perasaan hiba dan sedih ia bermohon kepada Allah supaya Allah menghidupkan kembali sahabatnya itu. Allah mengabulkan permohonannya, dan Nabi Idris pun dihidupkan oleh Allah SWT kembali.

Kemudian Malaikat Maut memeluk Nabi Idris, dan ia bertanya: “Wahai saudaraku, bagaimanakah tuan merasakan kesakitan maut itu? “
“Bila seekor binatang dilapah kulitnya ketika ia masih hidup, maka sakitnya maut itu seribu kali lebih sakit daripadanya.

“Padahal-kelembutan yang saya lakukan terhadap tuan, ketika saya mencabut nyawa tuan itu, belum pernah saya lakukan terhadap sesiapa pun sebelum tuan.”
“Wahai Malaikat Maut, saya mempunyai permintaan lagi kepada tuan, iaitu saya sungguh-sungguh berhasrat melihat Neraka, supaya saya dapat beribadah kepada Allah SWT lebih banyak lagi, setelah saya menyaksikan dahsyatnya api neraka itu.”
“Wahai Idris as. saya tidak dapat pergi ke Neraka jika tanpa izin dari Allah SWT.”

Akhirnya Allah SWT mewahyukan kepada Malaikat Maut agar ia membawa Nabi Idris ke dalam Neraka. Maka pergilah mereka berdua ke Neraka. Di Neraka itu, Nabi Idris as. dapat melihat semua yang diciptakan Allah SWT untuk menyiksa musuh-musuh-Nya. Seperti rantai-rantai yang panas, ular yang berbisa, kala, api yang membara, timah yang mendidih, pokok-pokok yang penuh berduri, air panas yang mendidih dan lain-lain.

Setelah merasa puas melihat keadaan Neraka itu, maka mereka pun pulang. Kemudian Nabi Idris as. berkata kepada Malaikat Maut: “Wahai Malaikat Maut, saya mempunyai hajat yang lain, iaitu agar tuan dapat menolong saya membawa masuk ke dalam Syurga. Sehingga saya dapat melihat apa-apa yang telah disediakan oleh Allah bagi kekasih-kekasih-Nya. Setelah itu saya pun dapat meningkatkan lagi ibadah saya kepada Allah SWT. Saya tidak dapat membawa tuan masuk ke dalam Syurga, tanpa perintah dari Allah SWT.” Jawab Malaikat Maut.

Lalu Allah SWT pun memerintahkan kepada Malaikat Maut supaya ia membawa Nabi Idris masuk ke dalam Syurga.
Kemudian pergilah mereka berdua, sehingga mereka sampai di pintu Syurga dan mereka berhenti di pintu tersebut.

Dari situ Nabi Idris dapat melihat pemandangan di dalam Syurga. Nabi Idris dapat melihat segala macam kenikmatan yang disediakan oleh Allah SWT untuk para wali-waliNya. Berupa buah-buahan, pokok-pokok yang indah dan sungai-sungai yang mengalir dan lain-lain.

Kemudian Nabi Idris berkata: “Wahai saudaraku Malaikat Maut, saya telah merasakan pahitnya maut dan saya telah melihat dahsyatnya api Neraka. Maka mahukah tuan memohonkan kepada Allah untukku, agar Allah mengizinkan aku memasuki Syurga untuk dapat meminum airnya, untuk menghilangkan kesakitan mati dan dahsyatnya api Neraka?”

Maka Malaikat Maut pun bermohon kepada Allah. Kemudian Allah memberi izin kepadanya untuk memasuki Syurga dan kemudian harus keluar lagi. Nabi Idris pun masuk ke dalam Syurga, beliau meletakkan kasutnya di bawah salah satu pohon Syurga, lalu ia keluar kembali dari Syurga. Setelah beliau berada di luar.

Nabi Idris berkata kepada Malaikat Maut:
“Wahai Malaikat Maut, aku telah meninggalkan kasutku di dalam Syurga.
Malaikat Maut pun berkata: Masuklah ke dalam Syurga, dan ambil kasut tuan.”
Maka masuklah Nabi Idris, namun beliau tidak keluar lagi, sehingga Malaikat Maut memanggilnya: “Ya Idris, keluarlah!. Tidak, wahai Malaikat Maut, kerana Allah SWT telah berfirman bermaksud: “Setiap yang berjiwa akan merasakan mati.”
(Ali-Imran: 185)

Sedangkan saya telah merasakan kematian. Dan Allah berfirman yang bermaksud:“Dan tidak ada seorang pun daripadamu, melainkan mendatangi Neraka itu.” (Maryam: 71)

Dan saya pun telah mendatangi Neraka itu. Dan firman Allah lagi yang bermaksud:“… Dan mereka sekali-kali tidak akan dikeluarkan daripadanya (Syurga).” (Al-Hijr: 48)

Maka Allah menurunkan wahyu kepada Malaikat Maut itu: “Biarkanlah dia, kerana Aku telah menetapkan di azali, bahawa ia akan bertempat tinggal di Syurga.”
Allah menceritakan tentang kisah Nabi Idris ini kepada Rasulullah SAW dengan firman-Nya bermaksud: “Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka, kisah) Idris yang tersebut di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi. Dan kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.” (Maryam: 56-57)

4.  Nabi ‘Isa A.S.

Seorang lagi Nabi Allah yang diceritakan dari kecil di dalam al-Qur’an ialah Isa. Baginda diutus kepada kaum Bani Israil dengan kitab Injil yang diturunkan sebelum al-Qur’an.

Di dalam al-Qur’an, Nabi Isa disebut dengan empat panggilan iaitu Isa, Isa puteraMariam, putera Mariam, dan al-Masih.

Ibunya seorang yang sangat dimuliakan Allah. Dia memilihnya di atas semua perempuan di semua alam. Firman-Nya, “Dan ketika malaikat-malaikat berkata, ‘Wahai Mariam, Allah memilih kamu, dan membersihkan kamu, dan Dia memilih kamu di atas semua perempuan di semua alam’” (3:42).

Mariam, ibu Nabi Isa, telah menempuh satu ujian yang amat berat daripada Allah. Dia dipilih untuk melahirkan seorang Nabi dengan tanpa disentuh oleh seseorang lelaki. Dia adalah seorang perempuan yang suci.

Kelahiran
Kelahiran Nabi Isa merupakan suatu mukjizat kerana dilahirkan tanpa bapa. Kisahnya diceritakan di dalam al-Qur’an. Di sini, ceritanya bermula dari kunjungan malaikat kepada Mariam atas perintah Allah. Ketika itu, malaikat menyerupai manusia dengan tanpa cacat.

Kemunculan malaikat membuat Mariam menjadi takut lalu berkata,
“Aku berlindung pada Yang Pemurah daripada kamu, jika kamu bertakwa (takut kepada Tuhan)!’
Dia (malaikat) berkata, ‘Aku hanyalah seorang rasul yang datang daripada Pemelihara kamu, untuk memberi kamu seorang anak lelaki yang suci.’” (19:18-19)

Pada ayat yang lain, diceritakan bahawa malaikat yang datang itu telah memberi nama kepada putera yang bakal dilahirkan. Nama itu diberi oleh Allah, dan dia (Isa) akan menjadi terhormat di dunia dan akhirat sambil berkedudukan dekat dengan Tuhan.

Ayatnya berbunyi:
“Wahai Mariam, Allah menyampaikan kepada kamu berita gembira dengan satu Kata daripada-Nya, yang namanya al-Masih, Isa putera Mariam, terhormat di dunia dan di akhirat, daripada orang-orang yang didekatkan.” (3:45)

Kemudian Mariam bertanya,
“Bagaimanakah aku akan ada seorang anak lelaki sedang tiada seorang manusia pun menyentuhku, dan bukan juga aku seorang jalang?” (19:20)

Malaikat menjawab,
“Dia (Allah) berkata, ‘Begitulah; Pemelihara kamu telah berkata, ‘Itu mudah bagi-Ku; dan supaya Kami membuat dia satu ayat (tanda) bagi manusia, dan satu pengasihan daripada Kami; ia adalah perkara yang telah ditentukan’” (19:21).

Maka lahirlah Isa putera Mariam lebih enam ratus tahun sebelum Nabi Muhammad dilahirkan. Allah membuat Nabi Isa dan ibunya satu ayat (tanda) bagi manusia, iaitu tanda untuk menunjukkan kebesaran-Nya (23:50).

Kerasulan dan Kenabian

Isa adalah seorang Nabi dan juga seorang Rasul. Baginda dan beberapa orang rasul telah dilebihkan Allah daripada rasul-rasul lain. Ada yang Dia berkata-kata kepadanya, ada yang Dia menaikkan darjat, dan bagi Isa, Dia memberi bukti-bukti yang jelas serta mengukuhkannya dengan Roh Suci.

Firman-Nya:
“Dan rasul-rasul itu, sebahagian Kami melebihkan di atas sebahagian yang lain. Sebahagian ada yang kepadanya Allah berkata-kata, dan sebahagian Dia menaikkan darjat. Dan Kami memberikan Isa putera Mariam bukti-bukti yang jelas, dan Kami mengukuhkan dia dengan Roh Qudus (Suci).” (2:253)

Namun begitu, manusia dilarang oleh Allah untuk membeza-bezakan antara para rasul dan Nabi. Larangan itu berbunyi,
“Katakanlah, ‘Kami percaya kepada Allah, dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, dan Ismail, dan Ishak, dan Yaakub, dan puak-puak, dan apa yang diberi kepada Musa, dan Isa, dan apa yang diberi kepada Nabi-Nabi daripada Pemelihara mereka. Kami tidak membeza-bezakan seorang pun antara mereka, dan kepada-Nya kami muslim.’” (2:136)

Akibat membeza-bezakan Nabi atau Rasul dapat dilihat pada hari ini, iaitu Nabi Isa dipercayai oleh sesetengah pihak sebagai Tuhan atau anak Tuhan, dan Nabi Muhammad, dianggap macam Tuhan, yang berhak membuat hukum agama.

Ajaran

Oleh kerana Isa seorang Nabi baginda diberi sebuah Kitab, Injil, yang mengandungi petunjuk dan cahaya untuk menjadi pegangan Bani Israil. Selain menyuruh Bani Israil menyembah Allah dengan mentaati Injil, baginda mengesahkan kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya.

Dua firman Allah menjelaskannya di sini, berbunyi:
“Dan Kami mengutus, menyusuli jejak-jejak mereka, Isa putera Mariam, dengan mengesahkan Taurat yang sebelumnya; dan Kami memberinya Injil, di dalamnya petunjuk dan cahaya,” (5:46)

“Aku (Isa) hanya mengatakan kepada mereka apa yang Engkau memerintahkan aku dengannya: ‘Sembahlah Allah, Pemelihara aku dan Pemelihara kamu.’” (5:117)

Turut disebut di dalam Injil (dan Taurat) ialah berita mengenai kedatangan seorang Nabi berbangsa Arab, atau ummiy (7:157), dan janji dikurniakan Taman atau Syurga bagi orang-orang yang berperang di jalan Allah (9:111). Janji itu juga didapati di dalam Taurat dan al-Qur’an.

Ketika baginda diutus, manusia sedang berselisih dalam hal agama. Maka kedatangannya adalah juga untuk memperjelaskan apa yang diperselisihkan.

Firman Allah:
“dia (Isa) berkata, ‘Aku datang kepada kamu dengan kebijaksanaan, dan supaya aku memperjelaskan kepada kamu sebahagian apa yang dalamnya kamu memperselisihkan; maka kamu takutilah Allah, dan taatlah kepadaku.’” (43:63)

Baginda juga memberitahu tentang kedatangan seorang rasul selepas baginda, yang namanya akan dipuji. Ayat yang mengisahkannya berbunyi:
“Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku (Isa) rasul Allah kepada kamu, mengesahkan Taurat yang sebelum aku, dan memberi berita gembira dengan seorang rasul yang akan datang selepas aku, namanya ahmad (dipuji).” (61:6)

"KISAH NABI NUH A S".

"KISAH NABI NUH A S".

Bismillahirrahmanirrahim.

Sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya lalu ia berkata : "Wahai kaumku sembahlah Allah, sekali-kali tak ada Tuhan bagimu selain-Nya".
Sesungguhnya (kalau kamu tidak menyembah Allah), aku takut kamu akan ditimpa azab hari yang besar (kiamat).

Pemuka-pemuka dari kaumnya berkata : "Sesungguhnya kami memandang kamu berada dalam kesesatan yang nyata".

Nuh menjawab : "Hai kaumku, tak ada padaku kesesatan sedikitpun tetapi aku adalah utusan dari Tuhan semesta alam".

"Aku sampaikan kepadamu amanat-amanat Tuhanku dan aku memberi nasehat kepadamu, dan aku mengetahui dari Allah apa yang tidak kamu ketahui".

Dan apakah kamu (tidak percaya) dan heran bahwa datang kepada kamu peringatan dari Tuhanmu dengan perantaraan seorang laki-laki dari golonganmu agar dia memberi peringatan kepadamu dan mudah-mudahan kamu bertakwa dan supaya kamu mendapat rahmat.

Maka mereka mendustakan Nuh, kemudian Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersamanya didalam bahtera, dan Kami tenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta (mata hatinya).

( QS. AL A'RAAF : 59-64 ).

Abu Abdul Rahman bin Abdullah Al-Mubarak Al-Hanzhali Al-Marwazi

HALAL BUAT KAMI, HARAM BUAT TUAN

Ulamak Abu Abdul Rahman bin Abdullah Al-Mubarak Al-Hanzhali Al-Marwazi, seorang ulamak yang termahsyur di Makkah menceritakan kisah ini.

Suatu ketika, selepas selesai salah satu ritual haji, beliau berehat dan tidur. Dalam mimpinya beliau melihat dua malaikat turun dari langit, dia terdengar perbualan mereka, "Berapa ramai jemaah yang datang pada tahun ini?" Tanya malaikat itu kepada para malaikat lain.

"Tujuh ratus ribu," jawab malaikat yang satu lagi.
"Berapa ramai orang-orang yang diterima hajinya itu?"
"Tiada satu pun"

Perbualan itu membuat Abdullah gementar ketakutan, "Apa?" Dia menangis dalam mimpi.

"Semua orang-orang ini datang dari belahan bumi yang jauh, dengan susah payah dan keletihan sepanjang jalan, mengembara melalui padang pasir yang luas, dan semua usaha mereka sia-sia?"

Walaupun dengan rasa takut, dia terus mendengar cerita kedua malaikat tersebut.
"Namun ada seorang lelaki yang walaupun dia tidak datang untuk menunaikan haji, tetapi ibadah hajinya diterima dan semua dosanya telah diampunkan.

Diatas keberkatan daripada lelaki itu, seluruh haji para jemaah diterima oleh Allah. "
"Bagaimana ia boleh terjadi begitu?"
"Itu adalah kehendak Allah"
"Siapakah orang tersebut?"
"Sa'id bin Muhafah, tukang kasut di kota Damsyik"

Mendengar ucapan itu, ulamak itu terus terjaga. Pulang daripada haji, dia tidak terus balik ke rumah, tetapi beliau pergi ke kota Damsyik, Syria.

Sampai di sana, beliau terus pergi ke tukang kasut yang disebut oleh malaikat dalam mimpinya. Hampir semua tukang-tukang kasut dia bertanya, apakah benar ada tukang kasut yang bernama Sa'id bin Muhafah.

"Di sana, di pinggir bandar", kata seorang tukang kasut sambil menunjukkan arahnya. Apabila di sana, ulamak tersebut menemui seorang tukang kasut yang berpakaian lusuh.

"Adakah benar anda bernama Sa'id bin Muhafah?", tanya Ulamak
"Betul, siapakah tuan?"
"Saya Abdullah bin Mubarak"
Said terharu, "Tuan adalah ulama yang terkenal, kenapa tuan datang mencari saya?"
Sejenak ulamak itu agak terkeliru, di mana beliau ingin memulakan soalan, akhirnya beliau memberitahu perihal mimpinya itu.

"Saya ingin tahu, adakah apa-apa yang anda telah buat, sehingga anda layak mendapat pahala haji mabrur?"
"Wah! saya sendiri tidak tahu!"
"Beritahu saya bagaimana kehidupan anda selama ini".

Sa'id bin Muhafah kemudian teringat, "Setiap tahun, setiap musim haji, saya selalu mendengar: Labbaika Allhuma labbaika....Labbaika la syarika laka labbaika... innal hamda...Wanni'mata... Laka wal mulka... La syarika laka...

Ya Allah, aku datang kerana panggilan -Mu. Tiada sekutu bagi -Mu. Segala pujian dan nikmat adalah kepunyaan-Mu dan kekuasaan-Mu. Tiada sekutu bagi -Mu.
Setiap kali aku mendengarnya, aku sentiasa menangis "Ya Allah aku rindu Mekah ... Ya Allah aku rindu melihat ka'abah ... Izinkan aku datang ... Izinkan aku datang, ya Allah ..."

Oleh kerana itu, sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu setiap hari saya mengenepikan sedikit wang dari hasil kerja saya sebagai tukang kasut. Sedikit demi sedikit, saya kumpulkan. Akhirnya, tahun ini, saya mendapat 350 dirham, cukup untuk haji saya.

"Saya sudah bersiap-sedia untuk berangkat menunaikan haji"
"Tetapi anda batalkan?"
"Benar"
"Apa yang berlaku?"

"Isteri saya mengandung, dan sering mengidam. Ketika saya hendak berangkat pergi saat itu isteri saya terlalu ngidamkan sesuatu "
"Abang, awak terhidu bau masakan yang sedap ini?
"Ya sayang"
"Cubalah abang cari, siapakah yang memasak sehingga baunya lazat begini. Mintalah sedikit untuk saya "

"Tuan, saya mencari sumber bau masakan itu, ia datang dari sebuah pondok buruk berhampiran. Disitu terdapat seorang balu dan enam orang anaknya."

Saya memberitahunya bahawa isteri saya mahu masakan yang dia masak, walaupun sedikit. Ibu tunggal itu diam melihat saya, sehingga saya mengulangi kata-kata saya.
Akhirnya dengan perlahan dia berkata, "Tidak boleh tuan"

"Saya sanggup membeli walau dengan harga yang tinggi," kata saya tegas
"Makanan ini bukan untuk dijual, tuan," katanya sambil berlinang air mata.
Saya bertanya kenapa?

Sambil menangis, wanita itu berkata, "Ini adalah daging halal untuk kami dan haram untuk tuan," katanya.

Dalam hati saya, "Bagaimana halal baginya, tetapi ia adalah haram untuk saya, padahal kita sama-sama Muslim? Kerana itu, saya menggesa beliau lagi, "Kenapa?"

"Sudah beberapa hari kami tidak makan. Di rumah tidak ada makanan. Hari ini kami ternampak seekor keldai mati, dan kemudian kami mengambil sebahagian dagingnya untuk dimasak "

"Bagi kami ini adalah daging yang halal, kerana jika kami tidak memakannya kami akan mati kebuluran. Tetapi bagi Tuan, daging ini haram".

Mendengar kata-kata wanita itu, saya terus menangis, lalu saya pulang ke rumah.
Saya memberitahu isteri saya mengenai kejadian itu, dia pun menangis, kami akhirnya memasak makanan dan pergi ke rumah wanita itu tadi.
"Ini masakan untuk kamu"

Peruntukan wang haji sebanyak 350 dirham telah saya berikan kepada mereka.
"Gunakan wang ini untuk puan dan keluarga puan. Gunakanlah ia untuk modal berniaga, supaya puan sekeluarga tidak lapar lagi"
Ya Allah ... disinilah Hajiku ...
Ya Allah... disinilah Mekahku ...

Mendengar kisah tersebut Abdullah bin Mubarak tidak dapat menahan air mata.
Fikirkanlah bagi orang yg pergi berpuluh puluh kali Haji tapi bakhil....dimana tempatnya...sedangkan dlm masa yg sama berapa ramai lagi umat Islam yang memerlukan...

Sesungguhnya Allah s.w.t sentiasa dekat dgn kita..

Syeikh Muhammad Mutawalli al Sya'rawi

Syeikh Muhammad Mutawalli al Sya'rawi
(1911-1998 M, Tokoh Tasfir Mesir) ada menceritakan;

Aku telah berbincang dengan seorang pemuda yang mempunyai fikiran yang agak ekstrim , aku bertanya kepada dia: 

"Adakah meletupkan kelab malam atau tempat maksiat dalam sesebuah negara halal atau haram?"

Pemuda: 

"Sudah tentu halal dan di bolehkan membunuh mereka."

Syeikh Sya'rawi: 

"Kalau kamu bunuh mereka dan ketika itu mereka tengah melakukan maksiat kepada Allah, apakah yang akan terjadi kepada mereka atau kemana mereka akan pergi?"

Pemuda: 

"Sudah tentu masuk neraka."

Syeikh: 

"Kemana syaitan ingin membawa mereka?"

Pemuda: 

"Sudah tentu ke neraka, sebab itu adalah matlamat syaitan"

Syeikh: 

"Kalau begitu kamu dan syaitan bekerjasama dalam satu matlamat iaitu ingin memasukkan manusia dalam neraka."

Kemudian Sheikh pun mengingatkan pemuda itu satu hadis Rasulullah saw. 

ketika mana lalu jenazah yahudi dihadapan baginda, baginda bangun dan menangis, sahabat bertanya 

"Apa yang menyebabkan engkau menangis ya Rasulullah?" Baginda berkata: "Satu jiwa telah terlepas dari ku dan menuju ke neraka!"

Syeikh: 

"Nampak tak perbezaan antara kamu dan Rasulullah saw. yang inginkan hidayah buat semua manusia dan menyelamatkan mereka dari neraka, kamu di bahagian lain dan baginda di lembah yg lain!"

Semoga Allah merahmati Syeikh Sya'rawi.

Wallahua'lam...
# Muhasabah diri:
Jangan biarkan saudara kita lalai dan menuju neraka, tugas kita membawa mereka kembali ke jalan kebenaran secara berakhlak. Jangan sesekali meninggalkan mereka dan akhlak adalah pintu dakwah.

Peristiwa masuk Islamnya pemeluk Kristen besar-besaran kembali terjadi

Peristiwa masuk Islamnya pemeluk Kristen besar-besaran kembali terjadi, seorang Pastur di Rwanda Afrika Tengah memeluk agama Islam dan diikuti oleh seluruh jemaatnya yang berjumlah 480 orang.

Salim Mikdad, sang Pastur mengungkapkan bahwa menjadi mualaf karena hidayah Allah setelah diyakinkan seorang ulama, demikian Nigeria Watch melaporkan sebagaimana dikutip laman berita IINA.

Setelah dirinya masuk Islam, kemudian ia pun menyeru dan meyakinkan semua 480 orang jamaat kongregasinya untuk mengambil langkah serupa pada 25 Agustus lalu.

Setelah berbondong-bondong masuk Islam, kawasan gerejanya pun dialihfungsikan menjadi masjid. Kejadian mualaf besar-besaran ini muncul di tengah serangakaian peristiwa serua di Rwanda.

Rwanda sebagai negeri yang sebelumnya didominasi agama Kristen, secara perlahan menjadi saksi bagi terus meningkatnya populasi warga Muslim.

Laman International Islamic news Agency pada Rabu (2/9/2015) lalu mengungkapkan bahwa agama Islam yang disebut sebagai agama dengan pertumbuhan tercepat di dunia itu, kian memperluas eksistensinya di benua Afrika