Pages

Memaparkan catatan dengan label ilmu rasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ilmu rasa. Papar semua catatan

Selasa, 21 Mac 2017

Pelajaran daripada segelas kopi.

Pelajaran daripada segelas kopi.

Ustaz : Tolong buatkan dua gelas kopi untuk kita berdua, tapi jangan tuang gulanya dulu, bawa saja ke mari.

Murid : Baik ustaz.

Tidak berapa lama, murid tersebut membawa dua gelas kopi yang masih hangat dan gula di dalam bekasnya  bersama sudu.

Ustaz : Cuba kamu rasa kopi kamu, bagaimana rasanya?

Murid : Rasanya sangat pahit sekali ustaz!

Ustaz : Letakkan sesudu gula, aduklah, bagaimana rasanya?

Murid : Rasa pahitnya sudah mula berkurang ustaz.

Ustaz : Tambahkan sesudu gula lagi, aduklah, bagaimana rasanya?

Murid : Rasa pahitnya sudah berkurang banyak ustaz.

Ustaz : Tambahkan sesudu gula lagi, aduklah, bagaimana rasanya?

Murid : Rasa manis mula terasa tapi rasa pahit juga masih sedikit terasa ustaz.

Ustaz : Tambahan sesudu gula lagi, aduklah, bagaimana rasanya?

Murid : Rasa pahit kopi sudah tidak terasa, yang ada rasa manis ustaz.

Ustaz : Tambahkan sesudu gula lagi, aduklah, bagaimana rasanya?

Murid : Sangat manis sekali ustaz.

Ustaz : Tambahkan sesudu gula lagi, aduklah, bagaimana rasanya?

Murid : Terlalu manis. Malah tidak sedap lagi.

Ustaz : Tambahkan sesudu gula lagi, aduklah, bagaimana rasanya?

Murid : Rasa kopinya jadi tidak sedap, lebih sedap bila ada rasa pahit kopi dan manis gulanya sama-sama terasa.

Ustaz : Ketahuilah muridku, pelajaran yang dapat kita ambil dari contoh ini adalah jika rasa pahit kopi ibarat kemiskinan hidup kita, dan rasa manis gula ibarat kekayaan harta, lalu menurutmu kenikmatan hidup itu sebaiknya seperti apa nak?

Murid tersebut termenung sejenak, lalu menjawab.

Murid : Ustaz, sekarang saya mula mengerti, kenikmatan hidup dapat kita rasakan, jika kita dapat merasakan hidup seperlunya, tidak melampaui batas. Terimakasih  atas pelajaran ini ustaz.

Ustaz : Baik, kopi yang sudah kamu beri gula tadi, campurkan dengan kopi yang belum kamu beri gula, aduklah, lalu tuangkan dalam kedua gelas ini, lalu kita nikmatinya bersama.

Murid tersebut lalu mengerjakan arahan ustaznya.

Ustaz : Bagaimana rasanya?

Murid : Rasanya nikmat sekali.

Ustaz : Begitulah juga jika engkau memiliki kelebihan harta, akan terasa nikmat bila engkau berkongsi dengan yang memerlukan.

Murid : Terima kasih atas nasihat dan petuanya ustaz!

#JabatanZonKuliah
#BetaIsBetter

Ahad, 2 Oktober 2016

“Melahirkan kandungan”dan kini kandungan telah terlahir.

BAPAK BAGINDHA MUCHTAR…

“Melahirkan kandungan”dan kini kandungan telah terlahir.

Kandungan yang telah terlahir dariku itu bukanlah kandungan yang berupa zahir (fizik) akan tetapi ianya merupakan suatu rahsia tenaga ilahi (cosmic energy).

Bila mana ia telah terlahir makanya aku telah bebas dari kongkongan dan penjara ataupun ikatan pada badan diriku sendiri.

Yang terlahir itu merupakan tenaga-tenaga rohani @ bion rohani ada juga orang memangilnya pancaran rohani, namun walau apapun ianya tetap benda yang sama jua.

AKU adalah yang setitik yang datangnya dari ZAT kini menjadi diri (memancarkan) tenagaku untuk mentadbir dan mengawal serta menjaga keadaan badan diri supaya ia bahagia, mulia bebas dan senang samada didunia dan akhirat,

MENGENAL DIRI DAN TAHU DIRI itulah kuncinya,

-AKU adalah tuan atau diri hakiki. AKU yang tiada pada kenyataan akan tetapi ada dan berada dibalik kenyataan iaitu dialam kesedaranku sendiri.

-DIRIKU adalah aku iaitu pancaran dari AKU dan ia merupakan TENAGA QUDRATULLAH dan aku itu adalah bayangan AKU,dia yang menjadi diri pada badan dan merupakan sumber kehidupan alamnya.

-BADANKU tempat penyataan tenaga (DIRI) dan badanlah yang AKU yang berdiri ini gunakan untuk menyatakan kewujudan dan kekuasaanku dan tanda-tanda kekuasaanku adalah aku,

Badan mengandungi diri,diri itulah tenaga, tenaga itulah aku,aku diliputi AKU.badan yang ujud inilah alamku.

Lahirnya ia kealam nyata
Menjadi pedoman bagi yang ada
Rahsia diri itulah adanya
Sumber kehidupan bagi manusia

Aku ada tetapi tiada
Ada pada sebutan tiada pada kenyataan
Itu aku yang amat terahsia
Menyatakan adanya ujudnya tuhan
(“Aku yang telah lahir kealam luas”)

Sabtu, 17 September 2016

Ilmu Ketuhanan Bukan Ilmu Akal Tapi Ilmu Rasa

Belajar ilmu hisab atau ilmu kedoktoran

Tidak terasa bertuhan, tidaklah hairan
Belajar ilmu yang disebut dan lain-lain ilmu tidak terasa bertuhan
Perkara biasa di setiap zaman
Bahkan adakalanya belajar ilmu secular
Langsung tidak percaya adanya
Tuhan yang Maha Esa

Tapi yang lebih aneh
Orang yang belajar ilmu ketuhanan
hingga jadi ulama, tidak rasa bertuhan
Bahkan pakar ilmu Tauhid atau ilmu ketuhanan pun tidak bertuhan

Kerana belajar ilmu aqidah dengan akal semata-mata
Sedangkan jiwanya tidak menghayati ilmu itu
Akalnya percaya adanya Tuhan
Jiwanya tidak terasa bertuhan

Disegi ilmu, pakar dengan Tuhan
Disegi jiwa, kosong dari Tuhan
Kerana itulah rasa takutnya dengan Tuhan tidak berlaku atau tiada

Syariat Tuhan tidak dijadikan pakaian
Apabila mendapat ujian
Dia tidak dapat kembalikan kepada Tuhan
atau tidak merujuk kepada Tuhan

Akibatnya jiwanya menderita
Menerima ujian itu dia tidak tahan
Akhlaknya kasar, tidak melambangkan orang bertuhan
kehidupannya tidak mempedulikan masyarakat
Sekalipun boleh memperkatakan AL-Quran
Atas alas an ilmu semata-mata

Padahal ilmu ketuhanan hendaklah dirasa oleh jiwa
Ilmu ketuhanan bukan ilmu akal tapi ilmu rasa
Orang yang percaya Tuhan, hidup macam tidak bertuhan
Orang ‘terasa’ bertuhan, orang yang takut dengan Tuhan
sekalipun ilmunya kurang

Mereka yang rasa bertuhan menghormati syariat Tuhan
Kerana rasa bertuhan itu
Lantaran itulah rasa bertuhan
Kenalah suburkan di dalam setiap jiwa manusia
Tidak cukup setakat akalnya percaya adanya Tuhan.

Rabu, 14 September 2016

Rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari ialah tanda sifat ada.

Pemahaman yang perlu difaham tentang rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari ialah tanda sifat ada.

Dengan menumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada rasa-rasa yang terasa dhujung-hujung jari membawa maksud sedang menumpukan sebulat-bulat penumpuan kepada sifat ada yang sedang dirasai.

Pada masa rasa perasaan dengan sebulat tumpuan sedang tertumpu kepada rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari (sifat ada), pada saat yang sama hendaklah disebut Allah...

Apabila telah berlaku kedua perkara {sedang merasakan rasa-rasa yang terasa dihujung jari (sedang merasakan sifat ada dan menyebut Allah} pada saat yang sama.

Akan berlakulah penyaksian dan pengakuan bahawa sifat ada yang sedang durasakan itu adalah sifat ada Allah...

Dimana sedang merasakan rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari (sifat merasa sifat ada) adalah merupakan penyaksian keatas sifat ada yang sedang dirasa tersebut.

Manakala menyebut Allah pada satu masa yang sama dengan penumpuan sebulat-bulat tumpuan kepada rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari (sifat ada) pula akan menjadi sebagai pengakuan bahawa sifat ada yang sedang disaksikan itu adalah sifat ada Allah...

Tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari (sedang merasa sifat ada), dengan menyebut Allah hendaklah berlaku atau dilakukan secara serentak atau pasa saat yang sama...

Jika tidak berlaku didalam satu masa yang sama atau pada saat yang sama, tidak akan berlaku penyaksian dan pengakuan kepada sifat ada Allah...

Sedangkan apa yang perlu difahamkan berkaitan gerak yang bergerak dengan sendiri ialah kenyataan kepada sifat kudrat dan irodat...

Tumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada gerak yang bergerak dengan sendiri (sifat kudrat dan irodat) yang sedang dirasai (jangan dirasai sifat kudrat dan irodat) yang sedang dirasai dengan sebulat-bulat tumpuan sebagai kudrat dan irodat diri kita sendiri dan jangan pula dirasai atau dusangka sebagai kudrat dan irodat Allah, cukup merasai sahaja gerak yang bergerak dengan sendiri (sifat kudrat dan irodat) tersebut...

Setelah penumpuan telah tertumpu kepada gerak yang bergerak dengan sendiri (sifat kudrat dan irodat) pada saat atau pada masa yang sama sebutlah Allah, Allah, Allah tanpa henti..

Dengan maksud tumpuan sebulat penumpuan kepada gerak yang bergerak dengan sendiri (sifat kudrat dan irodat) dengan menyebut Allah tanpa henti mesti berlaku atau dilakukan pada waktu atau saat yang sama....

Apabila kedua-dua perkara ini telah berlaku atau dilakukan pada saat yang sama barulah akan berlaku penyaksian dan pengakuan kepada sifat kudrat dan irodat Allah...

Dimana sedang merasai gerak yang bergerak dengan sendiri (sifat kudrat dan irodat) membawa maksud sedang berlaku penyaksian kepada sifat kudrat dan irodat), Apabila disebut Allah pada waktu dan saat yang sama akan berlaku pula pengakuan bahawa sifat kudrat dan irodat yang sedang disaksikan tersebut adalah sifat kudrat dan irodat Allah...

Kita cuma melakukan tumpu sebulat-bulat tumpuan kepada rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari (sifat ada) dan kepada gerak tang bergerak dengan sendiri (sifat kudrat dan irodat) dan pada saat atau didalam masa yang sama menyebut Allah tanpa henti...

Ini sahaja yang dilakukan.....

Perlakuan yang dilakukan inilah yang akan menjadi penyaksian dan pengakuan kepada sifat ada Allah (semasa menyebut Allah didalam saat yang sama dengan rasa perasaan sedang merasa rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari), dan penyaksian dan pengakuan kepada sifat kudrat dan irodat Allah (semasa menyebut Allah diketika rasa perasaan sedang tertumpu dengan sebulat tupuan kepada rasa perasaan yang sedang merasakan gerak yang bergerak dengan sendirinya)...

Penyaksian dan pengakuan kepada sifat-sifat Allah akan berlaku dengan sendiri setelah perlakuan menyebut Allah disaat yang sama menumpukan sebulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang sedang dirasai pada ketika itu ( seperti kepada sifat ada, sifat hidup, sifat tahu, sifat kudrat, sifat irodat, sifat melihat, sifat mendengar, sifat berkata-kata dan lain-lain lagi)

Dengan syarat sifat-sifat ketuhanan yang sedang dirasai itu jangan dirasai sebagai sifat diri kita sendiri dan jangan pula disangka sebagai sifat Allah.

Biarlah penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah ini berlaku dengan sendiri ketika sedang menyebut Allah.

Diketika atau pada saat yang sama dengan rasa perasaan sedang merasakan sifat ketuhanan yang ternyata pada diri sendiri yang sifat yang ternyata dan disedari tersebut yang bukan sedang dianggap sebagai sifat diri sendiri dan sifat ketuhanan yang sedang dirasakan itu juga bukan sedang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah.....

Selasa, 5 November 2013

Ilmu makrifat itu, adalah ilmu rohani, ilmu jiwa atau ilmu rasa

Ilmu makrifat itu, adalah ilmu rohani, ilmu jiwa atau ilmu rasa. Amat mustahil ilmu-ilmu sebegini boleh dilihat dengan jangkauan akal manusia biasa. Ia merupakan suatu anugerah Allah s.w.t kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan ilmu ini tidak terdapat ataupun diperolehi melalui mana-mana sukatan pelajaran di sekolah-sekolah dan di dalam sukatan mata-pelajaran, melainkan hanya ada pada dada-dada para mukmin.
Ilmu makrifat itu, adalah merupakan sesuatu ilmu anugerah Allah s.w.t. Ilmu makrifat itu, adalah ilmu rohani yang boleh menyentuh, merobek, menyiat dan meleburkan hati. Ilmu makrifat itu, adalah ilmu yang dapat membawa dan membimbing kita sehingga sampai kepada jalan “mati sebelum mati“. Hanya dengan jalan mati sahaja kita akan dapat menemui dan mengenal Allah!.
Untuk mencari dan mengenali perkara hidup atau benda hidup (mencari atau mengenal Allah), kita hendaklah terlebih dahulu mencari dan mengenali benda mati atau mengenali perkara mati!. Seumpama kita hendak menikmati rasa sihat, sebelum kita tahu apa itu erti sihat, kita kena terlebih dahulu melalui jalan sakit. Setelah menikmati rasa sakit, baru kita tahu apa itu erti sihat!. Harus terlebih dahulu melalui sakit, baru boleh mengenal rasa sihat!.
Seumpama kita hendak menikmati rasa manis, hendaklah terlebih dahulu melalui rasa tawar. Untuk menikmati rasa kaya, hendaklah terlebih dahulu melalui rasa miskin. Untuk mengetahui warna putih, hendaklah terlebih dahulu mengetahui warna hitam. Untuk mengetahui apa itu tinggi, hendaklah terlebih dahulu mengetahui apa itu pendek. Begitu juga dengan ilmu hidup. Untuk mengetahui ilmu hidup itu, hendaklah terlebih dahulu melalui ilmu mati atau jalan mati!. Yang bersifat hidup itu, hanya Allah. Untuk mengetahui yang Allah itu bersifat hidup, hendaklah terlebih dahulu mengetahui yang bahawasanya makhluk itu atau diri kita itu, bersifat dengan sifat mati!.
Setelah benar-benar mengetahui yang makhluk itu bersifat mati, barulah kita mengetahui dan mengenal yang bahawasanya hidup itu, adalah Allah. Jadi untuk mengenal Allah itu, hendaklah terlebih dahulu mempelajari, mendalami dan mengenal ilmu mati iaitu ilmu “mematikan diri kamu sebelum kamu mati!”. Barulah Allah akan dapat kita kenal dengan nyata, jelas, terang, tanpa ragu dan tanpa was-was!. Setelah kita benar-benar mati (mati sebelum mati), barulah ilmu hidup yang sebenar-benar hidup itu dapat dimengerti!.
Ilmu ini, adalah ilmu rasa. Hanya orang yang minum sahaja yang akan dapat tahu manis atau masinnya air, “orang yang menikmati sahaja yang mendapat tahu” (La ya zuk, wala ya arif). Ilmu ini adalah ilmu mencari kaedah dan bukannya ilmu mencari faedah. Ilmu ini, adalah ilmu yang bukan mencari syurga, bukan mencari pahala atau bukan mencari ganjaran. Ilmu ini, adalah ilmu mencari ikhlas. Ilmu ini, adalah ilmu mencari rasa!, iaitu mencari rasa didalam rasa!. Iaitu ilmu lihat dalam penglihatan dan ilmu dengar dalam pendengaran………………….
Inilah diantara tujuan utama dan tujuan sebenar dinukilkan atau dikarang kitab ilmu makrifat ini kedalam bentuk tulisan yang akan dijadikan sebagai bahan rujukan oleh generasi yang akan datang, sementara menunggu pulang kerahmatullah!.