Pages

Memaparkan catatan dengan label zuk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label zuk. Papar semua catatan

Ahad, 29 Mac 2015

DITARIK MASUK KEDALAM RAHASIANYA

Pada dasarnya seseorang yang menerima pemahaman yang RAHASIA DAN DIRAHASIAKAN dalam ILMU MA'RIFATTULLAH telah DITARIK MASUK KEDALAM RAHASIANYA dan terjadi kepada orang - orang yang DIPILIH dan TERPILIH atas kehendak Allah swt dan bisa terjadi kepada siapa saja baik MUSLIM maupun NON MUSLIM....
Sebelum " DITARIK MASUK KEDALAM RAHASIANYA " maka seseorang akan mengalami " FASE BLANK atau CUCI OTAK atau CUCI HATI " secara Gaib seperti yang terjadi pada Nabi Muhammad Rasulullah saw sebelum terjadi ISRA dan MI'RAJ....
" CUCI OTAK atau CUCI HATI " ini diperlukan untuk menghindari PENOLAKAN AKAL yang dapat berakibat STRES TINGKAT TINGGI atau mengalami gangguan Jiwa ( Gila ) dan untuk menghapus seluruh ILMU dan KEYAKINAN yang sebelumnya sudah ada .....karena RAHASIA ALLAH SWT ITU TIDAK TERJANGKAU OLEH AKAL, ILMU DAN KEYAKINAN.........
AL QURAN dan HADIST tidak menjelaskan apa yang ada didalam RAHASIANYA namun AL QURAN memberikan isyarat kebenarannya sebagaimana yang dimaksud dalam Firman Allah swt :
"..Aku tidak menghadirkan mereka ( Iblis dan anak cucunya ) untuk menyaksikan penciptaan langit dan bumi dan tidak pula penciptaan diri mereka sendiri,dan tidaklah aku mengambil orang-orang yang menyesatkan itu sebgai penolong..( Al Kahfi 51 )

Ahad, 28 September 2014

PESANAN SEORANG GURU: "BERIBADATLAH"

PESANAN SEORANG GURU: "BERIBADATLAH"

Sesiapa yang inginkan kemenangan dunia dan akhirat, janganlah dibiarkan masa berlalu dengan penuh kerugian. Jadikan setiap nafasmu nafas ibadah.

Wahai saudaraku,
Setelah engkau memiliki ilmu tiadalah lagi perkara yang penting melainkan beramal dengan ilmu, berilmu tanpa amal adalah binasa. Janganlah engkau berpaling lagi ke belakang, terus sucikan dirimu untuk menghampiri Tuhanmu sehingga terbuka cahaya hatimu dengan ilmu terus dariNya tanpa perantaraan. 

Hatimu akan bersinar dengan cahaya makrifat dan engkau memiliki harta yang amat bernilai, harta yang tiada dijual dimaya ini, tiada dimiliki oleh para jutawan dan para raja, harta yang menyebabkan engkau sentiasa tenang dan tiada mengharapkan apa bantuan dari sekelilingmu. 

Engkau akan diangkat menjadi kekasihNya sehinga segala hajatmu akan dipenuhi, engkau akan dijagaNya sehingga sesesiapa yang menyakitimu akan diisytihar perang ke atasnya. Tiadalah kejayaan yang hakiki melainkan berada dalam taman keredhaan takdirNya, hati yang terang menatap rahsiaNya, hati yang asyik dengan Asma’Nya, hati yang fana dengan kewujudanNya.

Wahai saudaraku,
Apabila engkau benar-benar beramal dan bersungguh bermujahadah dengan penuh keikhlasan, engkau akan dikasihiNya sehingga akan dilimpahkan ke dalam hatimu rahsia di sebalik rahsia. Engkau akan diperlihat hakikat di sebalik syariat, engkau mengenal dirimu dengan pengenalan yang hakiki, bukan diatas hafalan ilmu semata-mata tetapi dengan dzauk dan Penglihatan. Hatimu diberiNya Nur sehingga dengan Nur tersebut akan dapat menyaksikan Rahsia DiriNya. 

Engkau mencapai makrifat denganNya bukan dengan Guru manusia, Dia sendiri yang akan membisikkan pada sirrmu bahawa “ANA AL-HAQ”, maka tenggelamlah engkau dalam makrifat sehingga engkau tiada melihat tiada segala sesuatu melainkan Ia. 

Engkau akan melihat bahawa tiada suatu gerak melainkan gerak dariNya, tiada suatu yang maujud melainkan disana ada wujudNya, engkau akan memahami firmanNya; “Di mana kamu hadap disitulah wajah Allah”, “Wahai manusia, sesungguhnya kamu adalah fakir disisi Allah”, “Di mana kamu berada disitulah Ia berada” dengan kefahaman yang tiada dimiliki oleh orang biasa.

Tafsiran syariat adalah pembukaan sedangkan pentafsiran hakikat dengan dzauk dan pandangan. Tiada akan sama seorang yang melihat permukaan laut dengan mereka yang menyelam ke dasar laut. Tiada sama mereka yang mengenal diriNya pada permukaan zahir dengan mereka yang menyelam ke dalam lautan rahsia diri. Tiada akan sama dengan seorang yang belajar mengenal Tuhan dengan Guru manusia dengan mereka yang mengenal Tuhan dengan Tuhan sendiri. 

Tiada akan sama mereka yang mengucap La ilaha illaLlah di alam syariat dengan mereka yang mengucapnya di alam hakikat. Tidak akan sama huruf, kalimah dan bunyinya pada alam syariat dengan alam hakikat, tiada akan sama kenikmatan atau kepedihan di alam nyata ini dengan alam hakikat, tiada akan sama orang yang mati hatinya dengan orang yang hatinya sentiasa hidup dan asyik dengan Tuhan dan inilah yang mesti difahami sebagaimana firman Allah “Tidak sama orang yang berilmu dengan orang yang tiada ilmu,” “Tiada akan sama orang ahli syurga dengan ahli neraka”.

Wahai para Salik,
Jika engkau bersungguh-sungguh mengamalkan zikir di bawah bimbingan Guru yang telah terbuka baginya rahsia segala alam sehingga telah mencapai kesempurnaan makrifat, engkau akan merasakan perubahan pada rohanimu. 

Ruhmu akan melalui pendakian dari hati yang lalai kepada hati yang hidup mengingati Allah, dari hati yang hidup mendaki kepada hati yang asyik, kemudian mendaki pula kepada hati yang fana dan kemudian mendaki pula (kepada) meminum rahsia makrifat di alam yang tinggi. Nabi saw telah melakukan israk mikraj, membuka dan membelah langit bagi umatnya kepada Tuhannya.

Janganlah menjadi manusia yang bodoh dan lalai, pintu yang yang terbuka perlulah dilalui. Nabi dipimpin oleh malaikat Jibrail menujuNya dan engkau memerlukan Mursyid yang memimpin tanganmu dengan kasih sayang menuju TuhanMu. Kamu dibawa ke alam peleburan diri sehingga tiada kamu temui sesiapapun disitu melainkan DIA SAJA YANG WUJUD. 

Engkau akan memahami kalimah la ilaha illaLlah wahdahu laa syarikaalah dengan kefahaman yang terkunci lisanmu hendak dinyatakan. Engkau juga akan memahami beberapa ramai orang yang tidak mencapai kesempurnaan maqam ini tersilap tafsirannya sehingga ada yang mengaku dirinya Tuhan, mengaku dirinya jelmaam Tuhan, mengaku dirinya dan Tuhan bersatu sehingga ada dikalangan mereka yang meninggalkan syariat. 

Mereka tiada dibuka rahsia dengan sempurna atau pandangan makrifat mereka diserta dengan syaitan atau Jin. Mereka cuba bercakap ilmu para sufi namun mereka gagal dalam menyelami rahsia “ADAM” dan“ MUHAMMAD”. Mereka juga gagal memahami rahsia mufaraqah sebagaimana terpisahnya air laut dengan air sungai atau terpisahnya api dengan asap.

Wahai saudaraku,
Berjalanlah dirimu kepada Tuhan dengan berpakaian syariat, tarekah, hakikat dan makrifat. Syariat itu adalah pakaian Nabi, tarekah itu adalah perjalanan Nabi, hakikat itu adalah batin Nabi dan makrifat itu adalah rahsia Nabi. Berpakaian syariat sahaja tanpa hakikat adalah fasik, hakikat sahaja tanpa syariat adalah zindik. 

Seorang yang berada di alam syariat sahaja adalah masih tertipu kerana apa yang dilihat dan didengar oleh syariat tidak menjamin akan kebenaran hakikat, justeru itu seseorang perlu menyelami lautan hakikat dan tiada cara untuk menghubungkan antara ilmu syariat dan ilmu hakikat melainkan berilmu dan mengamalkan tarekah. Apabila dadamu benar-benar memiliki rahsia ilmu para auliya, engkau akan memahami kenapakah mereka itu amat kuat takut pada Allah, amat kuat berpegang pada syariat, amat wara’ dalam setiap pekerjaan, amat zuhud pada dunia, amat redha dengan takdir Allah, amat kuat ibadahnya, amat baik akhlak jiwanya, amat kuat tawakalnya, amat tinggi syukurnya dan amat tinggi cintanya pada Allah dan Rasul. 

Mereka memiliki penglihatan yang tidak dapat dilihat oleh mata biasa, ia adalah Nur yang dicampakkan ke dalam dada oleh Tuhannya sehingga tembus penglihatannya pada alam rahsia dan FANA dan BAQA ia dengan kekasihnya. Fahamilah ia rahsia cahaya di sebalik cahaya. Berbahagialah mereka yang mencapainya dan merekalah yang sebenarnya telah mencapai kejayaan hakiki baik dunia atau akhirat.

Rabu, 16 April 2014

Apakah maksud, makna, tafsiran atau erti tabdi?

Apakah maksud, makna, tafsiran atau erti tabdi?
Jawapan:
Makna, maksud atau erti tabdi itu, adalah tetap, tidak berganjak lagi, tidak bergoyang, tidak was-was, tamat, muktamad, bulat atau putus.
Peringkat ini, adalah peringkat tidak ada lagi terpandang yang lain, tidak lagi terpandang zahir dan tidak lagi tertilik batin, melainkan Allah Taala sahaja wujud yang mutlak, semutlak-mutlaknya, yang utuh wujudnya(meliputi seru sekalian alam). Peringkat ini, adalah peringkat:
“La yazuk wala ya arif” bermaksud “Hanya yang menikmati sahaja yang tahu rasanya”.
“Ana sirrri waana sirruhu” bermaksud “Aku rahsiamu dan kamu rahsia Aku”.
“La Maujud Bil Haqqi Illalah” bermaksud “Tiada yang wujud ini, selain Allah”.
Mereka yang minum sahaja yang tahu rasa. Untuk mendapat rasa nikmatnya bersolat dengan hukum qalbi itu, marilah kita sama-sama rasa. Jika tuan-tuan berhajat untuk mengembara, untuk merasa atau untuk pergi ke makam (ke peringkat) yang lebih tinggi, ke peringkat yang lebih zuk atau ke peringkat yang lebih atas lagi, tuan-tuan hendaklah sampai kepada tahap “tidak ada rasa dan tidak ada zuk”. Itulah makam sebenar-benar tabdi yang sejati. Jika masih ada rasa atau masih ada zuk, ertinya belum tabdi yang sejati dan belum zuk sejati.
Tabdi sejati itu, adalah duduknya atau berpegangnya sehingga sampai kepada tahap yang “tidak lagi berhuruf, tidak bersuara, tidak berjirim dan tidak lagi berjisim”. Untuk belajar sampai kepada tahap tidak berhuruf dan tidak bersuara itu, hendaklah tuan-tuan sekali lagi ikut apa saranan saya.
Sekarang saya mahu tuan-tuan masuk ke dapur dan ambil cawan. Kemudian letakkan cawan itu di hadapan tuan-tuan. Setelah cawan sudah berada di hadapan mata, jika sudi dan jika boleh sekarang saya mahu tuan-tuan cuba ambil cawan dan letakkan cawan tersebut ke telinga. Dengar baik-baik dan perhalusi baik-baik, setelah cawan itu sudah diletak ke telinga, apakah cawan itu ada berkata-kata? Apakah cawan itu ada mengaku yang dia itu cawan atau apakah cawan itu ada bersuara dan ada mengaku yang dia itu cawan, cuba jawab?
Apakah tuan-tuan ada mendengar percakapan cawan, perkataan cawan atau apakah tuan-tuan mendengar pengakuan cawan? Ternyata cawan tidak mengatakan yang dia itu cawan, ternyata cawan tidak mengaku yang dia itu cawan dan ternyata cawan tidak pernah berkata yang dia itu cawan. Sebab apa cawan tidak mengaku yang dia itu cawan? Sebab cawan tidak mengaku yang dia itu cawan, adalah kerana sememangnya dia itu cawan (sebabnya cawan itu dah memang cawan). Cawan tidak perlu mengaku yang dia itu cawan, sebabnya kerana cawan itu sememangnya sudah cawan. Dia memang sudah cawan, buat apa perlunya lagi kepada pengakuan. Cawan tidak perlu berkata yang dia itu cawan, sebab cawan itu sudah sememangnya cawan.
Tidak mengaku cawanpun, dia sudah sememangnya cawan, jadi buat apa mengaku cawan. Cawan tidak perlu mengaku yang dia itu cawan, sebabnya dia dah memang cawan sejak azali. Biarpun tidak mengaku yang dia itu cawan, memang cawan itu tetap cawan. Cawan tidak perlu mengaku yang dia itu cawan, sebab dia dah memang cawan. Buat apa nak mengaku yang dia itu cawan sedangkan dia itu sudah sememangnya cawan. Jadi tidak perlu lagi cawan mengaku yang dia itu cawan, kerana sememangnya dia itu cawan (cawan tidak perlu mengaku cawan).
Begitulah bagi sesiapa yang berhajat kepada sebenar-benar bersolat (khusyuk atau zuk) kepada Allah Taala. Bagi sesiapa yang sudah sampai ke kemuncaknya zuk, penghujung khusyuk dan bagi yang sudah kemuncaknya tabdi, hendaklah sehingga sampai kepada tahap di mana tidak terlafaz dan sehingga tidak lagi terucap, “La hurfan wala sautin” (Sehingga tak berhuruf dan tak bersuara). Inilah baru dikatakan sampai ke makam tabdi yang sebenar-benar tabdi sejati. Sejati tabdi itu, adalah sehingga terbuang segala rasa. Jika masih merasa itu dan merasa ini, itu tandanya belum rasa. Tahap rasa itu, adalah sehingga tidak merasa, tidak merasa itulah yang dikatakan sebenar-benar rasa.
Solat (sembahyang) dengan hukum qalbi (tabdi) itu, tidak lagi perlu kepada rasa, khusyuk atau zuk. Mana mungkin garam mengenal masin. Mana mungkin orang yang sudah mati (berserah) boleh menerima zuk atau merasa khusyuk? Mana mungkin garam boleh mengenal masin, kerana garam itu sudah sememangnya masin. Mata tidak akan boleh melihat penglihatan kerana penglihatan itu, sudah sememangnya mata. Nak rasa apa lagi, tidakkah yang merasa itu, sudah sememangnya yang dirasa! Yang menilik itu, adalah juga yang ditilik dan yang disembah itu, adalah juga yang menyembah. Itulah tahap penghabisan, tahap penghujung atau tahap penamat makam qalbi yang bernama “tabdi”. Sehingga tidak ada lagi perkara rasa(sehingga tidak ada rasa, itulah sebenar-benar rasa). Begitu juga dengan perkara zuk, penamat, penyudah, pemutus atau penghujung zuk atau khusyuk itu, adalah sehingga sampai kepada tahap hilang rasa dan hilangnya zuk.
Penghujung makrifat itu, adalah sehingga sampai kepada tahap makrifat. Jika kita duduk pada tahap makrifat, itu adalah tahap yang belum mengetahui Allah. Bagi sesiapa yang masih duduk pada tahap ilmu makrifat itu, adalah mereka-mereka yang masih berada atau masih duduk pada tahap anak tangga perkhabaran (tangga ilmu). Sebenar-benar makrifat itu, adalah bilamana sudah tidak lagi ada makrifat, itulah sebenar-benar makrifat yang sejati.
Begitu juga tahap “tabdi”, tahap tabdi itu, adalah tahap tetap, tahap tak bergoyang, tahap putus, tahap bulat dan tahap “Ana Sirri Waana Sirruhu”. Sudah tidak ada istilah engkau dan sudah tidak ada istilah aku. Tahap bersolat dengan hukum qalbi itu, adalah tahap yang sehingga tidak tahu lagi antara aku atau engkau. Tidak ada istilah engkau dan sudah tidak ada lagi istilah aku. Tahap duduk yang putus dan duduk yang sebenar-benar bulat. Tidak ada lagi bahasa untuk menggambarkan tahap tabdi, melainkan “La ya zuk wala ya arif”ertinya “Orang yang mengecapi sahaja yang tahu akan rasanya”, orang yang minum sahaja yang tahu manis atau masinnya air.
Peringkat ini, adalah peringkat hanya Dia yang mengenal Dia, hanya Dia yang memandang Dia, hanya Dia yang mengingati Dia, hanya Dia yang menyembah Dia, hanya Dia yang tahu Dia dan hanya Dia yang seDia-Dianya Dia. Yang Awal, yang Akhir, yang Zahir dan yang Batin itu, adalah Dia seDia-Dianya Dia!
Kepada yang belum sampai kepada tahap ini, janganlah hendaknya pandai-pandai untuk memberi komen. Sebelum memberi komen, sila lihat diri sendiri, apakah tuan-tuan masih ada diri? Jika masih adanya diri, harap jangan sekali-kali memberi komen tetapi sekiranya tuan-tuan telah dapati sudah tidak ada keberadaan diri, silalah beri pendapat, kerana pendapat orang yang sudah tidak ada diri itu, adalah pendapat orang yang sudah mati. Pendapat orang yang sudah mati itu, adalah pendapat yang bersifat “Ada”, adapun yang bersifat“Ada” itu, adalah hanya Allah Taala.
Penghujung rasa, penghujung zuk, penghujung makrifat dan penghujung solat itu, adalah kembalinya kita kepada anak tangga “syariatin”. Kembalilah kita kepada, “Sunnah Muhamad Rasulullah”.