Pages

Memaparkan catatan dengan label surah Saba'. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label surah Saba'. Papar semua catatan

Ahad, 28 September 2014

Allah telah pun mengajar kita bagaimana cara kita nak ingat kepadaNya

SOALAN SIAPAKAH YANG ???(NYATAKAN SAMADA SIFAT, ASMAK ATAU PERBUATAN ALLAH ) SEDANG DISEDARI DENGAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN DAN DENGAN MENENTUKAN JAWAPANNYA "ALLAH" - JIKA DILAKUKAN SECARA ISTIQOMAH AKAN MEMBUAHKAN MAKRIFATULLAH

Dalam soal ingat kepada Allah ini Allah telah pun mengajar kita bagaimana cara kita nak ingat kepadanya...

Allah telah terapkan ingat kepada kekasih hati kita ingat kepada ibu bapa kita dan lain-lain sebagai pelajaran kepada kita supaya kita belajar darinya bagaimana nak ingat kepada Allah...

Kita ada seorang kekasih hati, dalam ramai-ramai manusia dialah yang selalu kita ingat, ingat sangat-sangat sampai terbawa-bawa sehingga ketempat tidur, kalau tak dapat lihat sikekasih hati itu, dapat lihat harta benda dia seperti rumah, kereta, baju dan lain-lain sudah terubat rasa ingat dan rindu kepadanya..

Jika tidak dapat melihat sikekasih hati, dapat lihat kepada kaum keluarganya cukuplah untuk mengubati ingat dan rindu dendam kepadanya...

Jika kepada sesama manusia yang dipanggil sebagai kekasih hati kita boleh ingat dan rindu sampai separuh gila, kenapa kepada Allah kita tak boleh ingat sampai macam tu..

Sebab kita tidak mengenali Allah seperti kita mengenali kekasih hati kita itu...

Untuk dapat mengingati Allah hendaklah Allah dikenali dengan sebenar-benar kenal. Kita tidak akan dapat ingat kepada yang kita tidak kenali....

Untuk itu marilah kita semua sama-sama mencari jalan bagaimana kita nak kenal Allah.. Bukan membicara bagaimana Allah tetapi belajar apa yang perlu kita lakukan supaya Allah memperkenalkan dirinya..

Allah sentiasa memperkenalkan dirinya, pengenalannya itu kita telah anggap sebagai ujud DIRI SENDIRI disamping wujud Allah...

Apa yang perlu kita buat supaya kita tidak menganggap pengenalan Allah itu sebagai ujud DIRI SENDIRI lain UJUD LAIN selain dari Allah supaya kita boleh ingat kepada Allah seperti kita ingat kepada kekasih hati kita sekarang ini...

Untuk memudah mencapai ingat dan mengenali Allah sentiasalah bertanyakan soalan "Siapa yang ..... Boleh mengambil samada sifat, asma' atau afa'al Allah, sebaiknya apa yang disedari diSAAT dan ketika ini juga"

Contoh kita sedang merasai keujudan diri kita "ajukan soalan siapa yang menjadikan kita, tentukan jawapannya Allah, ketika sedang kita berjalan, tanyalah soalan siapakah yang menjadikan kita sedang berjalan ini, tentukan jawapannya "ALLAH"

Ketika kita sedang berfikir, soallah siapa yang sedang memberi kita berfikir, tentukan jawapannya "ALLAH"

Ketika kita sedang bersama suami atau isteri kita, ajukan soalan siapakah yang memberi kita sedang bersama dengan suami atau isteri kita, tentukan jawapannya "Allah"

Ketika kita sedang menjalankan tugas harian ditempat kerja masing-masing, ajukan soalan siapakah yang bagi kita menjalankan tugas ini, tentukan jawapannya "Allah" dan seterusnya.

Latih memberi soalan seperti ini sehingga kesedaran yang Allah yang menjadikan sesuatu terlahir dengan sendirinya dan kita sedang melihat Allah menjadikan sesuatu itu dengan sebenar-benarnya..

Kaedah ini didapati didalam firman Allah
6.Surah Al-'An`ām (Verse 12)

قُل لِّمَن مَّا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِۖ قُل لِّلَّهِۚ كَتَبَ عَلَىٰ نَفْسِهِ الرَّحْمَةَۚ لَيَجْمَعَنَّكُمْ إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ لَا رَيْبَ فِيهِۚ الَّذِينَ خَسِرُوا أَنفُسَهُمْ فَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ


Bertanyalah (wahai muhammad): "Hak milik siapakah segala yang ada di langit dan di bumi?" Katakanlah: "(Semuanya itu) adalah milik Allah. Ia telah menetapkan atas diriNya memberi rahmat. Demi sesungguhnya Ia akan menghimpunkan kamu pada hari kiamat yang tidak ada sebarang syak padanya". Orang-orang yang merugikan diri sendiri (dangan mensia-siakan pengurniaan Allah), maka mereka (dengan sebab yang tersebut) tidak beriman.


34.Surah Saba' (Verse 24)
قُلْ مَن يَرْزُقُكُم مِّنَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِۖ قُلِ اللَّهُۖ وَإِنَّا أَوْ إِيَّاكُمْ لَعَلَىٰ هُدًى أَوْ فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ


Bertanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): "Siapakah yang memberi 
rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?"


Terangkanlah jawabnya: "Ialah Allah; dan sesungguhnya (tiap-tiap satu golongan), sama ada golongan kami ahli tauhid atau golongan kamu ahli syirik - (tidak sunyi daripada salah satu dari dua keadaan): keadaan tetapnya di atas hidayah petunjuk atau tenggelamnya dalam kesesatan yang jelas nyata".

10.Surah Yūnus (Verse 31)
قُلْ مَن يَرْزُقُكُم مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ أَمَّن يَمْلِكُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَمَن يُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَيُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَمَن يُدَبِّرُ الْأَمْرَۚ فَسَيَقُولُونَ اللَّهُۚ فَقُلْ أَفَلَا تَتَّقُونَ


Bertanyalah kepada mereka (yang musyrik itu): "Siapakah Yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Atau siapakah yang menguasai pendengaran dan penglihatan? Dan siapakah yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda yang mati, dan mengeluarkan benda yang mati dari makhluk yang hidup? Dan siapakah pula yang mentadbirkan urusan sekalian alam?


"(Dengan pertanyaan-pertanyaan itu) maka mereka (yang musyrik) tetap 
akan menjawab (mengakui) dengan berkata: "Allah jualah yang menguasai segala-galanya! "Oleh itu, katakanlah: "(Jika kamu mengakui yang demikian), maka mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?


10.Surah Yūnus (Verse 35)
قُلْ هَلْ مِن شُرَكَائِكُم مَّن يَهْدِي إِلَى الْحَقِّۚ قُلِ اللَّهُ يَهْدِي لِلْحَقِّۗ أَفَمَن يَهْدِي إِلَى الْحَقِّ أَحَقُّ أَن يُتَّبَعَ أَمَّن لَّا يَهِدِّي إِلَّا أَن يُهْدَىٰۖ فَمَا لَكُمْ كَيْفَ تَحْكُمُونَ

Bertanyalah (wahai Muhammad): "Adakah di antara makhluk-makhluk: yang kamu sekutukan dengan Tuhan itu, sesiapa yang dengan memberi petunjuk kepada kebenaran? "Katakanlah: "Allah jualah yang memberi hidayah petunjuk kepada kebenaran; (kalau sudah demikian) maka adakah yang dapat memberi hidayah petunjuk kepada kebenaran itu, lebih berhak diturut, ataupun yang tidak dapat memberi sebarang petunjuk melainkan sesudah ia diberi hidayah petunjuk? Maka apakah alasan sikap kamu itu ? Bagaimana kamu sanggup mengambil keputusan (dengan perkara yang salah, yang tidak dapat diterima oleh akal)?"


10.Surah Yūnus (Verse 34)
قُلْ هَلْ مِن شُرَكَائِكُم مَّن يَبْدَأُ الْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُۚ قُلِ اللَّهُ يَبْدَأُ الْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُۖ فَأَنَّىٰ تُؤْفَكُونَ


Bertanyalah (kepada mereka wahai Muhammad): "Adakah di antara makhluk-makhluk yang kamu sekutukan dengan Tuhan itu, sesiapa yang mula menciptakan sesuatu kejadian kemudian ia mengembalikan adanya semula (pada hari kiamat)? "Katakanlah: Allah jualah yang mula menciptakan sekalian makhluk kemudian Ia mengembalikan adanya semula (untuk menerima balasan); oleh itu, mengapa kamu rela dipalingkan (kepada menyembah yang lain)?"


13.Surah Ar-Ra`d (Verse 16)
قُلْ مَن رَّبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ قُلِ اللَّهُۚ قُلْ أَفَاتَّخَذْتُم مِّن دُونِهِ أَوْلِيَاءَ لَا يَمْلِكُونَ لِأَنفُسِهِمْ نَفْعًا وَلَا ضَرًّاۚ قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الْأَعْمَىٰ وَالْبَصِيرُ أَمْ هَلْ تَسْتَوِي الظُّلُمَاتُ وَالنُّورُۗ أَمْ جَعَلُوا لِلَّهِ شُرَكَاءَ خَلَقُوا كَخَلْقِهِ فَتَشَابَهَ الْخَلْقُ عَلَيْهِمْۚ قُلِ اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ وَهُوَ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ


Bertanyalah (wahai Muhammad): "Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi?"
Jawablah: "Allah".
Bertanyalah lagi: "Kalau demikian, patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri, dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya?"


Bertanyalah lagi: "Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik?

Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang?

Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka?"
Katakanlah: "Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa".

39.Surah Az-Zumar (Verse 62)
اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ وَكِيلٌ


Allah Yang Menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Mentadbirkan serta menguasai segala-galanya.

43.Surah Az-Zukhruf (Verse 45)
وَاسْأَلْ مَنْ أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رُّسُلِنَا أَجَعَلْنَا مِن دُونِ الرَّحْمَٰنِ آلِهَةً يُعْبَدُونَ


Dan bertanyalah kepada umat mana-mana Rasul yang Kami telah utuskan sebelummu; pernahkah Kami memberi hukum menetapkan sebarang tuhan untuk disembah, selain dari Allah Yang Maha Pemurah.


Kembalilah kepada Allah dengan selalu mengajukan soalan kepada diri " SIAPAKAH YANG ???" Dan tentukan jawapannya "ALLAH"

Praktiklah sehingga sampai dapat merasakan Allah sedang mencipta dan Allah sedang menjadikan segala perbuatan...

17.Surah Al-'Isrā' (Verse 41)
وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِيَذَّكَّرُوا وَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا نُفُورًا


Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan mematuhi kebenaran); dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.

Isnin, 26 Mei 2014

Allah telah pun mengajar kita bagaimana cara kita nak ingat kepadaNya


SOALAN SIAPAKAH YANG ???(NYATAKAN SAMADA SIFAT, ASMAK ATAU PERBUATAN ALLAH ) DENGAN MENENTUKAN JAWAPANNYA "ALLAH" - JIKA DILAKUKAN SECARA ISTIQOMAH AKAN MEMBUAHKAN MAKRIFATULLAH

Dalam soal ingat kepada Allah ini Allah telah pun mengajar kita bagaimana cara kita nak ingat kepadaNya...

Allah telah terapkan ingat kepada kekasih hati kita ingat kepada ibu bapa kita dan lain-lain sebagai pelajaran kepada kita supaya kita belajar darinya bagaimana nak ingat kepada Allah...

Kita ada seorang kekasih hati, dalam ramai-ramai manusia dialah yang selalu kita ingat, ingat sangat-sangat sampai terbawa-bawa sehingga ketempat tidur, kalau tak dapat lihat sikekasih hati itu, dapat lihat harta benda dia seperti rumah, kereta, baju dan lain-lain sudah terubat rasa ingat dan rindu kepadanya..

Jika tidak dapat melihat sikekasih hati, dapat lihat kepada kaum keluarganya cukuplah untuk mengubati ingat dan rindu dendam kepadanya...

Jika kepada sesama manusia yang dipanggil sebagai kekasih hati kita boleh ingat dan rindu sampai separuh gila, kenapa kepada Allah kita tak boleh ingat sampai macam tu..

Sebab kita tidak mengenali Allah seperti kita mengenali kekasih hati kita itu...

Untuk dapat mengingati Allah hendaklah Allah dikenali dengan sebenar-benar kenal. Kita tidak akan dapat ingat kepada yang kita tidak kenali....

Untuk itu marilah kita semua sama-sama mencari jalan bagaimana kita nak kenal Allah.. Bukan membicara bagaimana Allah tetapi belajar apa yang perlu kita lakukan supaya kita Allah memperkenalkan dirinya..

Allah sentiasa memperkenalkan dirinya, pengenalannya itu kita telah anggap sebagai ujud selain dari Allah disamping wujud Allah...

Apa yang perlu kita buat supaya kita tidak menganggap pengenalan Allah itu sebagai ujud lain selain dari Allah supaya kita boleh ingat kepada Allah seperti kita ingat kepada kekasih hati kita sekarang ini...

Untuk memudah mencapai ingat dan mengenali Allah sentiasalah bertanyakan soalan "Siapa yang ..... Boleh mengambil samada sifat, asma' atau afa'al Allah, sebaiknya apa yang disedari didaat dan ketika ini juga"

Contoh kita sedang merasai keujudan diri kita "ajukan soalan siapa yang menjadikan kita, tentukan jawapannya Allah, ketika sedang kita berjalan, tanyalah soalan siapakah yang menjadikan kita sedang berjalan ini, tentukan jawapannya "ALLAH"

Ketika kita sedang berfikir, soallah siapa yang sedang memberi kita berfikir, tentukan jawapannya "ALLAH"

Ketika kita sedang bersama suami atau isteri kita, ajukan soalan siapakah yang memberi kita sedang bersama dengan suami atau isteri kita, tentukan jawapannya "Allah"

Ketika kita sedang menjalankan tugas harian ditempat kerja masingmasing, ajukan soalan siapakah yang bagi kita menjalankan tugas ini, tentukan jawapannya "Allah" dan seterusnya

Latih memberi soalan seperti ini sehingga kesedaran yang Allah yang menjadikan sesuatu terlahir dengan sendirinya dan kita sedang melihat Allah menjadikan sesuatu itu dengan sebenar-benarnya..

Kaedah ini didapati didalam firman Allah 

6.Surah Al-'An`ām (Verse 12)
قُل لِّمَن مَّا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِۖ قُل لِّلَّهِۚ كَتَبَ عَلَىٰ نَفْسِهِ الرَّحْمَةَۚ لَيَجْمَعَنَّكُمْ إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ لَا رَيْبَ فِيهِۚ الَّذِينَ خَسِرُوا أَنفُسَهُمْ فَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ

Bertanyalah (wahai muhammad): "Hak milik siapakah segala yang ada di langit dan di bumi?" Katakanlah: "(Semuanya itu) adalah milik Allah. Ia telah menetapkan atas diriNya memberi rahmat. Demi sesungguhnya Ia akan 
menghimpunkan kamu pada hari kiamat yang tidak ada sebarang syak padanya". Orang-orang yang merugikan diri sendiri (dangan mensia-siakan pengurniaan Allah), maka mereka (dengan sebab yang tersebut) tidak beriman.

34.Surah Saba' (Verse 24)
قُلْ مَن يَرْزُقُكُم مِّنَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِۖ قُلِ اللَّهُۖ وَإِنَّا أَوْ إِيَّاكُمْ لَعَلَىٰ هُدًى أَوْ فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ

Bertanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): "Siapakah yang memberi 
rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?" 

Terangkanlah jawabnya: "Ialah Allah; dan sesungguhnya (tiap-tiap satu golongan), sama ada golongan kami ahli tauhid atau golongan kamu ahli syirik - (tidak sunyi daripada salah satu dari dua keadaan): keadaan tetapnya di atas hidayah petunjuk atau tenggelamnya dalam kesesatan yang jelas nyata".

10.Surah Yūnus (Verse 31)
قُلْ مَن يَرْزُقُكُم مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ أَمَّن يَمْلِكُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَمَن يُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَيُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَمَن يُدَبِّرُ الْأَمْرَۚ فَسَيَقُولُونَ اللَّهُۚ فَقُلْ أَفَلَا تَتَّقُونَ

Bertanyalah kepada mereka (yang musyrik itu): "Siapakah Yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Atau siapakah yang menguasai pendengaran dan 
penglihatan? Dan siapakah yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda yang mati, dan mengeluarkan benda yang mati dari makhluk yang hidup? Dan siapakah pula yang mentadbirkan urusan sekalian alam? 

"(Dengan pertanyaan-pertanyaan itu) maka mereka (yang musyrik) tetap 
akan menjawab (mengakui) dengan berkata: "Allah jualah yang menguasai segala-galanya! "Oleh itu, katakanlah: "(Jika kamu mengakui yang demikian), maka mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?

10.Surah Yūnus (Verse 35)
قُلْ هَلْ مِن شُرَكَائِكُم مَّن يَهْدِي إِلَى الْحَقِّۚ قُلِ اللَّهُ يَهْدِي لِلْحَقِّۗ أَفَمَن يَهْدِي إِلَى الْحَقِّ أَحَقُّ أَن يُتَّبَعَ أَمَّن لَّا يَهِدِّي إِلَّا أَن يُهْدَىٰۖ فَمَا لَكُمْ كَيْفَ تَحْكُمُونَ

Bertanyalah (wahai Muhammad): "Adakah di antara makhluk-makhluk: yang kamu sekutukan dengan Tuhan itu, sesiapa yang dengan memberi petunjuk kepada kebenaran? "Katakanlah: "Allah jualah yang memberi hidayah petunjuk kepada kebenaran; (kalau sudah demikian) maka adakah yang dapat memberi hidayah petunjuk kepada kebenaran itu, lebih berhak diturut, ataupun yang tidak dapat memberi sebarang petunjuk melainkan sesudah ia diberi hidayah petunjuk? Maka apakah alasan sikap kamu itu ? Bagaimana kamu sanggup mengambil keputusan (dengan perkara yang salah, yang tidak dapat 
diterima oleh akal)?"

10.Surah Yūnus (Verse 34)
قُلْ هَلْ مِن شُرَكَائِكُم مَّن يَبْدَأُ الْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُۚ قُلِ اللَّهُ يَبْدَأُ الْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُۖ فَأَنَّىٰ تُؤْفَكُونَ

Bertanyalah (kepada mereka wahai Muhammad): "Adakah di antara makhluk-makhluk yang kamu sekutukan dengan Tuhan itu, sesiapa yang mula menciptakan sesuatu 
kejadian kemudian ia mengembalikan adanya semula (pada hari kiamat)? "Katakanlah: Allah jualah yang mula menciptakan sekalian makhluk kemudian Ia mengembalikan adanya semula (untuk menerima balasan); oleh itu, mengapa kamu rela dipalingkan (kepada menyembah yang lain)?"

13.Surah Ar-Ra`d (Verse 16)
قُلْ مَن رَّبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ قُلِ اللَّهُۚ قُلْ أَفَاتَّخَذْتُم مِّن دُونِهِ أَوْلِيَاءَ لَا يَمْلِكُونَ لِأَنفُسِهِمْ نَفْعًا وَلَا ضَرًّاۚ قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الْأَعْمَىٰ وَالْبَصِيرُ أَمْ هَلْ تَسْتَوِي الظُّلُمَاتُ وَالنُّورُۗ أَمْ جَعَلُوا لِلَّهِ شُرَكَاءَ خَلَقُوا كَخَلْقِهِ فَتَشَابَهَ الْخَلْقُ عَلَيْهِمْۚ قُلِ اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ وَهُوَ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ

Bertanyalah (wahai Muhammad): "Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi?" 

Jawablah: "Allah". 

Bertanyalah lagi: "Kalau demikian, 
patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri, dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya?" 

Bertanyalah lagi: "Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik? 

Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang? 

Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka?" 

Katakanlah: "Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa".

39.Surah Az-Zumar (Verse 62)
اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ وَكِيلٌ

Allah Yang Menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Mentadbirkan serta menguasai segala-galanya.

43.Surah Az-Zukhruf (Verse 45)
وَاسْأَلْ مَنْ أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رُّسُلِنَا أَجَعَلْنَا مِن دُونِ الرَّحْمَٰنِ آلِهَةً يُعْبَدُونَ

Dan bertanyalah kepada umat mana-mana Rasul yang Kami telah utuskan sebelummu; pernahkah Kami memberi hukum menetapkan sebarang tuhan untuk disembah, selain dari Allah Yang Maha Pemurah.

Kembalilah kepada Allah dengan selalu mengajukan soalan kepada diri " SIAPAKAH YANG ???" Dan tentukan jawapannya "ALLAH"

Praktiklah sehingga sampai dapat merasakan Allah sedang mencipta kita dan Allah sedang menjadikan segala perbuatan...


17.Surah Al-'Isrā' (Verse 41)
وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِيَذَّكَّرُوا وَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا نُفُورًا

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan mematuhi kebenaran); dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.

Selasa, 6 Mei 2014

KITA SEMUA TELAH MENGENAL ALLAH


KITA SEMUA TELAH MENGENAL ALLAH

29.Surah Al-`Ankabūt (Verse 61)
وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُۖ فَأَنَّىٰ يُؤْفَكُونَ

Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?


29.Surah Al-`Ankabūt (Verse 63)
وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّن نَّزَّلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ مِن بَعْدِ مَوْتِهَا لَيَقُولُنَّ اللَّهُۚ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِۚ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ

Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan 
pengertian syirik).


31.Surah Luqmān (Verse 25)
وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُۚ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِۚ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).


39.Surah Az-Zumar (Verse 38)
وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُۚ قُلْ أَفَرَأَيْتُم مَّا تَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ إِنْ أَرَادَنِيَ اللَّهُ بِضُرٍّ هَلْ هُنَّ كَاشِفَاتُ ضُرِّهِ أَوْ أَرَادَنِي بِرَحْمَةٍ هَلْ هُنَّ مُمْسِكَاتُ رَحْمَتِهِۚ قُلْ حَسْبِيَ اللَّهُۖ عَلَيْهِ يَتَوَكَّلُ الْمُتَوَكِّلُونَ

Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri".


43.Surah Az-Zukhruf (Verse 9)
وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ خَلَقَهُنَّ الْعَزِيزُ الْعَلِيمُ

Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu:" Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Yang menciptakannya ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui".


43.Surah Az-Zukhruf (Verse 87)
وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَهُمْ لَيَقُولُنَّ اللَّهُۖ فَأَنَّىٰ يُؤْفَكُونَ

Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (Jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan engesakanNya)?

67.Surah Al-Mulk (Verse 29)
قُلْ هُوَ الرَّحْمَٰنُ آمَنَّا بِهِ وَعَلَيْهِ تَوَكَّلْنَاۖ فَسَتَعْلَمُونَ مَنْ هُوَ فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ

Tegaskan (wahai Muhammad, kepada mereka): "Allah, Dia lah Yang Maha Pemurah, yang kami beriman kepadaNya, dan yang kepadaNya kami berserah diri; oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata".

Berdasarkan kepada firman-firman Allah seperti diatas, kita semua telahpun mengenali Allah...

Jika kita tanya kepada diri kita sendiri, siapakah yang menjadikan kita dan segala perbuatan yang sedang kita berbuat sekarang ini, Nescaya diri kita sendiri akan menjawab "ALLAH"

Cuba lah sendiri bertanya sendiri kepada diri kita yang didalam badan kita, apakah jawapan yang akan kita perdapatkan darinya. Saya Pasti sudah tentu kita akan mendapati jawapan "ALLAH" darinya kerana Allah tidak menipu kita...

Cuba pula kita bertanya kepada sesiapa sahaja diluar dari badan diri kita sendiri, siapakah yang menjadikan kamu dan segala perbuatan kamu, Sudah pasti mereka akan menjawab "Tuhan atau Allah", jika mereka menipu dengan menjawab selain dari "Tuhan atau Allah" melalui mulut mereka tetapi jauh didalam sudut hati mereka, mereka akan menjawab " Tuhan atau Allah"..

Saya berkata demikian kerana Allah tidak pernah menipu kita didalam firmannya...

Sebenarnya bukan kita tidak mengenali Allah tetapi sebenarnya kita lupa, kita tidak mengingati Allah, kita sudah pun tahu, Allah yang sedang menjadikan kita, Allah yang sedang menjadikan segala perbuatan kita, tetapi kita tidak pernah ingat, kita tidak pernah membawa pengenalan kita itu didalam setiap detik kehidupan kita... 

Sebenarnya bukan kita tidak mengenali Allah tetapi kita lalai untuk mengingati Allah. Kelalaian kita untuk ingat kepada Allah disetiap turun naiknya pernafasan kita, disetiap detik kehidupan harian kita yang menyebabkan kita dikatakan tidak mengenali Allah...

Jadi sejak dari saat ini marilah kita semua kembali ingat kepada Allah, jika kita tidak mampu ingat kepada Allah secara spontan

Selalulah berlatih atau berpraktikal melalui cara dibawah...

Selalulah ingat kepada keberadaan diri kita dan soallah pada diri yang kita sedar itu siapakah yang menjadikan keberadaan ini dan apa yang keberadaan diri itu sedang berbuat.... Jawablah Allah diatas setiap pertanyaan kepada kesedaran Diri itu...

Saya ulangi sekali lagi mencoretkan firman Allah yang bermaksud "Tegaskan - "Allah, Dia lah Yang Maha Pemurah, yang kami beriman kepadaNya, dan yang kepadaNya kami berserah diri; oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang 
nyata".

Hasil penerangan dari firman Allah seperti diatas sebenarnya setiap badan diri dari manusia telahpun diperkenalkan kepada Allah dan telahpun mengenali Allah

Kita cuba lihat pula kepada firman Allah seperti dibawah:-
37.Surah Aş-Şāffāt (Verse 96)
وَاللَّهُ خَلَقَكُمْ وَمَا تَعْمَلُونَ

"Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu!"

13.Surah Ar-Ra`d (Verse 16)
قُلْ مَن رَّبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ قُلِ اللَّهُۚ قُلْ أَفَاتَّخَذْتُم مِّن دُونِهِ أَوْلِيَاءَ لَا يَمْلِكُونَ لِأَنفُسِهِمْ نَفْعًا وَلَا ضَرًّاۚ قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الْأَعْمَىٰ وَالْبَصِيرُ أَمْ هَلْ تَسْتَوِي الظُّلُمَاتُ وَالنُّورُۗ أَمْ جَعَلُوا لِلَّهِ شُرَكَاءَ خَلَقُوا كَخَلْقِهِ فَتَشَابَهَ الْخَلْقُ عَلَيْهِمْۚ قُلِ اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ وَهُوَ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ

Bertanyalah (wahai Muhammad): "Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi?" 

Jawablah: "Allah". 

Bertanyalah lagi: "Kalau demikian, patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri, dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya?" 

Bertanyalah lagi: "Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik? 

Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang? 

Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka?" 

Katakanlah: "Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa".

39.Surah Az-Zumar (Verse 62)
اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ وَكِيلٌ

Allah Yang Menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Mentadbirkan serta menguasai segala-galanya.

Firman Allah 

34.Surah Saba' (Verse 24)
قُلْ مَن يَرْزُقُكُم مِّنَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِۖ قُلِ اللَّهُۖ وَإِنَّا أَوْ إِيَّاكُمْ لَعَلَىٰ هُدًى أَوْ فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ

Bertanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): "Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?" Terangkanlah jawabnya: "Ialah Allah; dan sesungguhnya (tiap-tiap satu golongan), sama ada golongan kami ahli tauhid atau golongan kamu ahli syirik - (tidak sunyi daripada salah satu dari dua keadaan): keadaan tetapnya di atas hidayah petunjuk atau tenggelamnya dalam kesesatan yang jelas nyata ".

Untuk membolehkan kita yang selama ini didalam kelalaian, kembali mengingati kepada Allah, hendaklah kita selalu mengajukan soalan "Siapakah yang (.... Sifat, asma' dan Afa'al Allah).. Tentukan diri kita menjawab "ALLAH"

Berpraktikallah dengannya sehingga timbul ingat kepada Allah itu tanpa memerlukan kita menyoal diri kita...

Sehingga apabila bangun saja dari tidur sampai tidur kembali sentiasa ingat kepada Allah.. Tidak ada lagi ruang walau sedetik pun lupa kepada Allah...