Pages

Selasa, 30 September 2014

Kenali Allah Sebelum Solat

Assalamualaikum…Salam persaudaraan dari penulis untuk semua kepada saudara pembaca sekelian.. tujuan saya wujudkan laman ini adalah untuk berkongsi dan berbagi ilmu pengetahuan andai apa yang ada pada saya atas kurnian dari “ALLAH” dapat di manfaat-kan sama-sama, bukan bermaksud untuk menunjuk-nunjuk. Bukan-kah Nabi S.A.W pernah bersabda:
Sebaik-baik manusia itu adalah yang banyak memberi manfaat kepada manusia lain.
Di dalam Al-Qur’an “ALLAH” S.W.T Juga berfirman ( QS:-Al- Asr:-
“ Watawa tsaubil haq, watawa tsaubil tsobri”) (“Berpesan-pesan lah kamu dengan kebenaran…Berpesan-pesan lah kamu dengan kesabaran”). Kebenaran dari Risalah ketuhanan dan sabar di dalam menyebarkan risalah-nya.
Mengapa kita perlu mengenal Allah sebelum solat..? Apakah jika tidak kenal Allah maka tidak boleh solat..? Bagaimana jika orang yang solat selama ini jika tidak kenal pada Allah..? Solat itu tetap wajib di jalankan, hanya apabila solat sudah di tingkatkan dengan mengenal akan ALLAH maka barulah itu di katakan benar-benar solat dan benar-benar menyembah. 

Bukankah solat itu suatu hal yang pertama akan di hitung pada hari  “Yaumul Mahsyar”  kelak. Kita akan di persoalkan tentang kepada siapa kita sembah, dan kepada siapa kita sujud. Membincangkan soal kepada siapa kita sembah kepada siapa kita sujud sudah tentu saudara pembaca semua menganggap penulis memperkotak-katikan soal agama, tetapi itu adalah hakikat Solat itu sendiri. Arwah guru penulis pernah berkata kepada penulis..
(“ Syaria’t tanpa hakikat tidak sempurna..hakikat tanpa syari’at tidak sah”)
Bagaimana yang dikatakan kenal Allah sebelum solat..? Jika di zaman jahiliah dahulu para Nabi bertanggungjawab mengajak kaumnya beriman kepada Allah.. manakala Rasul sejak zaman Baginda Nabi Adam a.s sehingga ke Rasul pilihan akhir zaman pula baginda bertanggungjawab mengajak kaum dan umatnya beriman kepada Sang pencipta yang Maha Agung yakni Allah S.W.T. Dan seterusnya menyebarkan risalah ketuhanan untuk menyempurnakan aqidah supaya menjadi manusia yang bertamadun.
Bagaimana pula di zaman kita..? Di zaman kita pula datuk dan nenek moyang kitalah yang bertanggungjawab memberitahu kepada (Kaum ) yakni keturunannya tentang kepada kepada siapa kita beriman dan menyembah dan kepada siapa pula kita beriman yang menyuruh kita mengikuti suruhan Allah, dan mengikuti sunnahnya... ini mesti dijelaskan..kerana ia amat berkait rapat dengan soal hubungan jasmani dan rohani.. penting. 

Ada Allah ada Muhammad..ada bulan ada matahari..ada jasmani ada rohani dua-dua hendaklah seiring, bagaimana jika diberikan dua kaki hanya digunakan satu sahaja untuk berjalan, dan diberi dua tangan hanya satu digunakan untuk melakukan kerja kan tidak sempurna begitu juga soal ibadat.
Bagaimana pula di zaman anak-anak kita..? Kitalah sebagai ibubapa yang wajib memberitahu perkara asas beriman kepada Allah dan Rasul kepada anak-anak kita..oleh itu menuntut ilmu itu wajib fardhu ain, maka kita perlu dibekalkan dengan ilmu yang mencukupi untuk diberitahu kepada anak-anak kita. 

Berbeza pula dengan orang yang telah sempurna ilmunya, kesudahan kepada kesempurnaan itu pula ialah mati, terputusnya segala kehendak dan keinginan nafsu syahwatnya yang bisa menyesatkannya, tidak begitu rakus lagi terhadap perhiasan dunia yang sentiasa menggoda bagi yang mengejarnya.
Hendaklah diberitakan kepada anak kita tentang ancaman Allah dan azabnya bagi orang yang melalaikan suruhan Rasulnya daripada melakukan perintah Allah. Ini kerana anak kita sejak umur linkungan tiga tahun keatas sangat mudah menerima apa saja yang kita ajarkan kepada mereka tetapi AWAS!!! 

Jangan sampai mereka jemu dari melakukannya, jika kita hanya asyik suruh sahaja tanpa memberitahu akan akibat dari tidak melakukannya, maka ini tidak akan berkesan keatas anak kita, kelak mereka akan berkata, mak bapak aku asyik suruh.. je aku solat.. aku boring la…apa akibatnya jika ini terjadi..? Anda sendiri yang dapat menjawabnya.
Ini yang dikatakan berdakwah..mengajak keluarga kita dan orang lain beriman kepada Allah dan Rasulnya seterusnya melaksanakan suruhan Allah dan Rasul serta memberitahu akan ancaman Allah akibat jika tidak melakukannya. 

jangan juga kita hanya menceritakan jika buat ini dapat pahala, buat itu dapat pahala, jika puasa dapat pahala, jika solat berjemaah dapat pahala, jika beriktikaf dapat pahala, buat baik sesama makhluk Allah dapat pahala, sedangkan itu semua sudah disediakan oleh Allah kepada sesiapa sahaja yang melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangannya.
Bahagian kita hanya laksanakan sahaja dengan ikhlas kepada Allah sebagai bersyukur dan berterima kasih diatas kurniaan nikmatnya keatas kita yang tidak dapat dihitung oleh pancaindera kita sedangkan itu semua adalah kurniaan darinya, nikmat mata boleh melihat, nikmat telinga boleh mendengar, nikmat boleh berfikir, nikmat kalam boleh berkata-kata, dan nikmat hati ada perasaan. 

Semua adalah nikmat pemberian dari Allah,tetapi tidak diberitahu akan akibat dari ancaman Allah jika meninggalkan segala suruhan Allah, maka dia tidak akan berasa takut jika meninggalkannya, sebab buat ni hanya dapat pahala jadi tak buat pun tak pelah, bapak aku mak aku bukannya tahu, sapa tahu aku buat ke tidak, sedangkan Allah sentiasa melihat, bagaimana yang dikatakan Allah sentiasa melihat ..? Rujuk dalil didalam  Al-Qur’an surah An-Nur:-
Allahun nur rutssama wa tiwal ardh, Allah itu cahaya di langit dan di bumi )
kita ini sentiasa tenggelam didalam cahayanya, oleh kerana Dia Maha Cahaya kita tidak nampak akan cahayanya, yang kita nampak hanyalah objek yang sudah di terangi dengan cahaya. Renungkanlah…
Inilah yang dikatakan kenal Allah sebelum solat, bukan bererti tidak kenal maka tak boleh solat,itu tanggapan yang salah, tetapi mengenal dan kenal itu lebih baik, kitalah yang bertanggungjawab kepada generasi kita disamping mengajak anak dan isteri kita mengenal kepada siapa kita beriman dan kepada siapa kita perlu takut.
Petikan dari kata-kata dari Sunan Kalijaga adalah mengajak kita berlumba di dalam membuat kebaikan”. Mari kita tanya pada diri kita apakah solat kita selama ini sudah sempurna ataupun  sebaliknya., bukan soal nak menunjukan solat siapa yang lebih bagus, akan tetapi sama-samalah kita menyelami hakikat solat  yang sebenar-benar solat, ini kerana solat bukanlah suatu hal yang mudah seperti yang di lakukan oleh anak kecil. Nabi S.A.W juga berpesan supaya kita tingkatkan solat kita, kerana solat juga ada tingkatanya dan Rohnya.
 Di dalam solat awal-awal lagi  kita di ajak untuk mengenal akan siapa yang kita sembah dan siapa yang kita sujud, tujuan supaya i’tiqod kita di dalam solat tidak lari dari apa yang hendak ditujukan, kerana sedikit kita cuai di dalam solat maka tersasarlah hakikat asal kita menyembah., kerana kita melampirkan satu lagi tuhan di samping Allah, tuhan yang bernama nafsu. 

Nabi S.A.W pernah bersabda: “ Tuhan manusia yang paling hina di muka bumi adalah nafsu”. Ini kerana bukan senang untuk mencapai tahap kusyuk dan masyuknya ketika di dalam solat, paling hina ketika kita sujud waktu itu pula nafsu kita membisikan kepada kita pelbagai hal-hal di luar solat membuatkan sujud kita itu telah lari dari tujuan sebenar hakikat solat, bukan lagi menyembah kepada yang haq sebaliknya menyembah kepada yang Fana, 

Ini juga boleh di kategorikan menyembah tuhan selain Allah di samping Allah yaitu “NAFSU”. Awas jika nafsu membaluti iman maka rosaklah nawaitu dan i’itiqod, rosaklah solat, ini yang di katakan syirik di dalam solat
 Baiklah.. kita kembali semula kepada bab solat yang ingin di bincangkan di sini, penulis rasa saudara pembaca semua tentu mengatakan kepada Allah lah kita sembah dan sujud kepada siapa lagi, apa yang ingin di sampaikan penulis ni sebenarnya..? 

Penulis juga ingin bertanya kembali, jika Allah yang kita sembah dan sujud, di mana tuan-nya..? Ada nama sudah pasti ada tuannya, mari kita lihat contoh umpama Bangsa Hindu dan Buddha sembahyang bagaimana..? oleh kerana mereka tidak kenal akan tuhan yang mereka sembah, maka  diciptakan tuhan yang berbilang-bilang itu untuk di sembah supaya ia jelas ada di depan mata mereka. Bagaimana pula dengan kita..? Kenalkah kita kepada  siapa yang di sembah..?
 Begitu juga dengan kita seboleh-bolehnya kita tahu dan kenal akan tuhan yang kita sembah, tetapi bagi kita berbeza dengan kedua-dua Ugama di atas kerana tuhanya boleh di andaikan, sedangkan Tuhan kita tidak boleh di andaikan dengan suatu apapun, kerana Tuhan kita Maha Ghaib di antara yang ghaib dan Maha Esa lagi Maha Melihat, barangsiapa tidak beriman kepada hal-hal yang ghaib maka belum lagi di katakan telah beriman kepada Allah. 

Kita juga ditekan kan dengan sifat Ihsan ketika di dalam solat, sebut sahaja  soal Ihsan Nabi S.A.W juga pernah bersabda yang berbunyi:
“Ihsan itu adalah umpama andai kamu solat seolah-olah kamu melihat kepada Allah, jika kamu tidak melihat kepadanya ingatlah bahawasanya Allah sentiasa melihat kepadamu”
Ini yang dikatakan Ihsan ketika di dalam solat, hadirkan hati dan roh solat baru mencapai ihsan di dalam solat, kerana Allah itu Maha Melihat, sesuai dengan makna yang terkandung di dalam Al-Qu’ran Surah An-Nur :
(“Allahun nuurus tssamaa waatiwal ardh..Maksudnya ALLAH itu cahaya di langit dan di bumi”)
Apakala Allah itu cahaya di langit dan juga di bumi, maka kita senantiasa di dalam pengawasan dan perhatianNYA.
ALIF LAM LAM HAA itu suatu nama yang di ambil dari banyak-banyak nama yang terkandung di dalam 99 Asma’ ALLAH itu sendiri, agar senang dan mudah untuk di ingati, akan tetapi ALIF LAM LAM HAA yakni Allah itu hanya suatu nama, bukan sudah bererti diri yang hakiki itu sendiri, setiap umat manusia wajib mengenal Allah lebih-lebih lagi umat Islam khususnya. 

Sebaliknya apa yang kita sembah adalah……..(“ZAT ALLAH”) Allahu Akhbar….bukankah ZAT ALLAH yang berkuasa..? Bukankah Zat yang mencipta..menghidupkan dan mematikan..? Di dalam Al- Qur’an Allah juga ada berfirman:-
” Sembahlah Zat tuhanmu dan dirikanlah solat sebagai untuk mengingati AKU”.
Inilah yang di katakan i’tiqod dan nawaitu kita di dalam solat, ini hendaklah di sebut di dalam hati ketika mengangkat takbir di antara takbir dan takbiratul ihram, dan sujudku pada AF’ALRULLAH, ini yang di katakana Hakikat solat, disini-lah makhluk yang bernama Iblis ingkar untuk sujud pada “ADAM:” a.s seperti firman Allahu S.W.T di dalam surah Al-Baqoroh:-
 Allah berfirman kepada Malaikat dan Iblis supaya sujud kepada Adam, Hanya Malaikat yang sujud dan Iblis sebaliknya, kerana dia menyangka dia adalah sebaik-sebaik kejadian. Bukankah Allah telah berfirman bahawa “AKU ”ingin di kenali, maka sudah tentu mesti ada makhluk yang akan mengenali aku. Maka di ciptakan “ADAM a.s untuk membuktikan ke “WUJUDAN dan Ke ESAANya” setelah Allah bertajalli dari alam Lahut hingga ke alam Insan. Inilah yang di katakan Hakikat Sembahyang. Begitu juga di dalam I’tidal Ruku’ dan duduk diantara dua sujud juga ada hakikatnya, disini penulis bukan untuk mengupas secara mendalam tentang soal solat ini kerana hanya sekadar berkongsi dan berbagi ilmu pengetahuan. Jika saudara pembaca ingin mencarigali dengan lebih mendalam harus mencari guru yang benar-benar Mursyid dan dan Ahli Hakikat di dalam hal ini.
 Di dalam untuk meraih kusyuk dan sempurna di dalam solat itu tidak sekadar hanya apa yang saudara pembaca baca apa yang tertulis di atas, kerana masih banyak perlu di titik beratkan seperti soal rukun solat adab dan tertib ketika di dalam solat. Hukun solat itu terbahagi kepada tiga bahagian, adapun..
1) Hukum Qolbi
Dan adapun Hukum Qolbi adalah Nawaitu dan Hakikat kita mendirikan solat itu sendir

2) Hukum Qouli dan  
Dan adapun Hukum Qouli adalah bacaan kita ketika dalam solat, tidak hanya sekadar bacaan harus memahami akan maksudnya

3) Hukum Fi’li, 
Dan adapun Hukum Fi’li adalah perbuatan atau geraklaku kita di dalam solat
Nah jika salah satu tidak di lakukan adakah sempurna solat itu..? Didalam solat itu juga sudah terkandung apa yang di katakan (“ SyariatTharikat, Ma’arifat dan Hakikat) Syariat itu adalah perbuatan ataupun tingkahlaku kita di dalam solat, Tharikat itu zikir atau bacaan di dalam solat, Ma’arifat itu kita kenal akan kepada siapa kita sembah dan sujud seterusnya membawa kepada Hakikat. Bukankah sudah jelas hakikat kita di suruh sembah kepada yang Esa.seperti kata-kata setengah Ulama:-
 Beriman dahulu sebelum solat, seperti juga petikan kata-kata dari Arwah guru penulis:-
(“Iman, Islam, Tauhid , Ma’arifat,”)
Sejak dari zaman Nabi Adam a.s hingga zaman Nabi Isa a.s umat manusia telah diajak supaya beriman kepada yang Esa dan yang Maha Mencipta, sehinggalah sampai ke zaman Nabi S.A.W maka telah turunlah perintah solat itu keatas umat manusia. Sesuai dengan firman Allahu S.W.T  (“Awaludin Ma’arifatullah”) awal Ugama kenal Allah, kenal Allah maka kenalah kita kepada siapa yang kita sembah, penulis rasa cukuplah setakat ini dahulu yang dapat di tulis kan oleh penulis, ini kerana jika hendak membincangkan secara mendalam terlalu jauh dan dalam lautan ilmu Allah, hanya sebahagian manusia yang biasa mencapai martabat itu. 

Akhir kata jika salah dan silap dari segi penyampaian saya harap ada teguran dari saudara pembaca sendiri yang sudahpun tahu banyak ilmu pengetahuan, saya sendiri masih lagi mencari akan makna dan tujuan di hantar ke muka bumi ini. Masih banyak lagi jika nak di bincangkan soal solat di sini, tentang Nafi dan Isbat, Roh solat dan Qiblat yang kita hadapkan, banyak… masih banyak lagi yang perlu di  nukilkan cukuplah sekadar ini saja dahulu yang dapat di tuliskan, sekian dahulu dan sedikit kata-kata dari saya:-
(“SESUNGGUHNYA SOLAT ITU PENEGUH JIWA SETIAP UMAT MANUSIA”)
Ini adalah lampiran baru di edit sambungan dari kandungan di atas membicarakan hal-hal kenal Allah dulu baru solat, bukanlah bererti tak kenal Allah maka tak boleh solat, semuanya sama datang dari tak tahu bukan terus tahu, tapi kalau dah tahu wajib lebih tekun mengerjakanya baru mencapai Hakikat sebenar menyembah yang Esa. 

Untuk mencapai kusyuk dan masyuk ketika di dalam solat kita wajib mengetahui beberapa perkara yang boleh memberi kita konsentrasi ketika hendak mendirikan solat, tetapi penulis hanya ringkaskan sedikit bab-bab mengenai perkara ini, perkara pertama ialah lupakan segala urusan dunia kerana itu boleh menggangu konsentrasi kita terhadap Allah, kerana kita berurusan dengan Allah dan hal yang berhubung dengan Akhirat, hanya paling lama lebih kurang sepuluh minit sahaja perlu kita putuskan segala hal yang berhubung dengan keduniaan.
Perkara kedua ialah penulis hendak berkongsi sedikit pengalaman dengan saudara pembaca semua iaitu, sebelum mendirikan solat tarik nafas perlahan-lahan sedalam-dalamnya hingga sampai ke kepala kemudian lepaskan pelahan-lahan melalui hidung juga ulangi sebanyak tiga kali, pembaca rasailah sendiri bagaimana rahsia yang penulis kongsikan dengan pembaca semua. Ini bertujuan untuk menghadirkan hati dan Roh solat itu sendiri, jika lalai di dalam mengerjakan solat maka Roh solat akan menghadap kepada Allah dan berkata,
“Ya Allah sesungguhnya dia telah mencuaikan aku maka engkau cuaikanlah ia”
Nau’zubillahi minzaalik…jika Allah telah mencuaikan kita maka terputuslah kita dari rahmat Allah, masya’Allah…jika ni’mat semua umat manusia dapat merasa bagaimana dengan Rahmat Allah..? Sesuai dengan ayat Allah yang berbunyi:-
(“ fawailullil mutsollin, Celakalah bagi orang yang lalai dalam solat”)
Sembahyang pun masuk neraka tak sembahyang lagi cepat masuk neraka, tabarokallah…
Dan lagi  ayat  Allah  yang berbunyi:-
(“Innahum fii tsholaatihim khoosyiuun, sesungguhnya mereka yang lalai di dalam mengerjakan ibadah”)
Subhaanallah….di dalam laman yang lepas penulis juga ada menyebutkan tentang Qiblat…bagaimana dengan qiblat yang kita semua tujukan pada hari ini..? sedangkan beralih arah sedikit sahaja kawan kita sudah menegur, eh qiblat engkau salah, habis bagaimana nak mengetahui arah qiblat yang betul..? 

Bukanlah bereti qiblat yang ingin penulis kongsikan ini benar-benar betul dan tepat, tapi sama-sama kita fikirkan, kesemuanya ada empat Qiblat, mari kita lihat apakah qiblat yang ingin penulis kongsikan bersama ini, bukan bereti qiblat yang kita hadapkan selama ini tidak betul, tapi inilah yang penulis ingin kongsikan,
(“ Qiblat Tubuh ke Baitullah, Qiblat Hati ke Baitulma’mur, Qiblat Roh ke-Arasy Qursy, Qiblat nyawa aku serah pada Allah”)
Jika ini ada dalam diri kita insya’Allah tidak ada sifat ragu-ragu dan was-was lagi dalam soal qiblat, semasa berdiri di atas tikar sembahyang maka bacalah keempat-empat qiblat tadi dan hadirkan roh solat supaya solat kita benar-benar sampai ke tempat yang nak di tuju, wuduk juga harus sempurna jika tidak solat kita hanya sia-sia, kerana solat adalah urusan Akhirat bukan urusan dunia, waspadalah pada urusan dunia..kejarlah urusan akhirat, kerana itulah tujuan kita di hantar ke dunia.
Alhamdulillah…penulis rasa lega dapat berbagi sedikit ilmu pengetahuan yang tak seberapa ini kepada pembaca semua, apapun ia adalah kurnian dari Allah, jika nak di bandingkan ilmu kita dengan Allah S.W.T umpama jarum di celup di tengah lautan lalu di angkat sisa air yang tinggal itulah umpamanya ilmu yang ada pada diri kita subhaanallah…

Maha luas lautan ilmu mu ya Allah. Bagi sesiapa ingin menggalinya, maka galilah dengan bijaksana. Penulis ingin berpesan kepada saudara pembaca semua, dirikanlah solat, kusyuklah di dalam mengerjakanya dan kenalilah Hakikat yang kita sembah, andai kita lalai dari mengerjakan solat dan lalai di dalam mengerjakanya maka sesungguhnya Allahu Taala telah berfiman di dalam hadith qudsy yang berbunyi:-
(“Yaa Ibaadi, kullukum dhollu illa man hadaituhu, fastahduuni ahdikum, wahai hambaku kalian semua sesat kecuali orang yang aku beri hidayah (petunjuk), maka mintalah petunjuk kepada-Ku niscaya Aku akan memberi kalian petunjuk”)
Lihatlah asal muasal kita memang sudah tahu, setelah di turunkan kedunia apabila roh sudah di baluti jasad maka kita di lupakan akan asal pengetahuan kita, firman Allahu Taala lagi yang berbunyi:-
(“ Andai kalian beribadat lima ratus tahun ianya sedikit tidak menambah kekuasaanku, begitu juga andai kalian tidak beribadat kepadaku hal itu juga tidak mengurangkan sedikit pun kekusaanku”)
Astaghfirullah…bagaimana saudara pembaca sekalian..? Siapakah yang rugi..? Kitalah yang rugi, hal ini ini juga Allah telah berfirman di dalam suuratul Asr:-
(“ Wal asr, innalin tsaa nalafi khusyrin, illalladzhi na amanu waamilu tshoolihaat, Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang yang beramal soleh”)
Di dalam urusan mengenai Akhirat tidak ada sesiapa yang dapat menghulurkan bantuan kecual ilmu dan amal yang soleh, apabila kita meninggal kelak, sewaktu kita hendak di turunkan kedalam liang lahad akan kedengaran suara dari langit yang amat keras dan akan bertanya:-
Hai anak Adam bekal apakah yang engkau bawa untuk menghadapi kehancuran ini?}
{ Hai anak Adam cahaya apakah yang engkau bawa untuk menghadapi kegelapan ini?}
{ Hai anak Adam kekayaan apakah yang engkau bawa untuk menghadapi kefakiran ini?}
Siapakah yang akan menghulurkan bantuan untuk kita  menjawab..? Adakah orang yang berkata kepada kita buat apa sembahyang… tak dapat apa…tidak ada sesiapa saudaraku yang dapat menjadi peguambela pada hari yang telah di tetapkan Allah apabila di panggil pulang, melainkan kitalah yang bertanggungjawab mengembalikan yang Haq kepada yang “HAQ“. 

Persiapkanlah bekalmu sebelum ajalmu tiba, kerana maut tidak pernah berpisah dengan kita walau barang sesaat sekalipun, kita ibarat tanam-tanaman apabila tiba masanya kita akan di rengut dan di tuai seperti orang menuai padi apabila sudah tiba masanya, bukankan dasyat apabila mendengar perkataan rengut itu..? 

Sama-sama kita renungkan dan muhasabah diri. Baiklah kita sambung lagi perbincangan kita mengenai solat di lain waktu jika di izinkan Allah untuk penulis menulis lagi bab-bab mengenai solat dan mengenal Allah.

PETIKAN KITAB ASRAR AL-'ARIFIN

Adnan Dahalan

PETIKAN KITAB ASRAR AL-'ARIFIN
Ketahuilah hai segala anak Adam yang Islam, bahawa Allah SWT menjadikan kita daripada tiada bernama diberi nama, tiada berupa diberi rupa, lengkap dengan telinga, dengan hati, dengan nyawa, dengan budi. Sayugia kita cari Tuhan kita itu supaya kita kenal dengan makrifat kita, atau dengan khidmat kita kepada guru yang sempurna mengenali Dia, supaya jangan taqsir kita (menyesali).

Sementara belum bertemu dengan yang sempurna bermakrifat, pandang pada 15 bait, dan setiap bait mempunyai 4 cabang. Jika kamu faham akan 15 bait ini, lihat pada syarahannya pula kerana syarahannya itu perkataan makrifat Allah ada dengannya, nyata dalamnya, wallahu a’lam.

Bab pada menyatakan Makrifat Allah Taala serta SifatNya dan Asma’Nya

1. Segala kita yang menyembah nama, Sayugia diketahui apa yang pertama Kerana Tuhan kita yang sedia lama Dengan ketujuh sifat bersama-sama

2. Tuhan kita itu Yang Empunya Zat
Awalnya Hayyun pertama bilang Sifat Keduanya ‘Alimun dan rupa maklumat Ketiga Muridun kan sekalian Iradah


3. Keempat Qadirun dengan QudratNya tamam (sempurna) Kelimanya sifat bernama Kalam
Keenamnya Samak dengan adanya Dawam (Berkekalan) Ketujuh Bashar akan halal dan haram


4. Ketujuhnya itu adanya Qadim
Akan Isti’dad A’lamin sempurna Alim (Kesediaan) Kerana SifatNya ini dengan Kamalul Hakim (Sempurna dan Bijak) Bernama Bismillahir rahmanir rahim


5. A’lim ini Hakikat Muhammadun Nabiun Menurutkan makluman lengkapnya Qawi Daripada hakikatNya itu jahili dan wali Beroleh iktibarnya dengan sekalian peri


6. Tuhan kita itu empunya Kamil
Di dalam ilmuNya tiada pernah zawal (hilang) Rahman dalamnya perhimpunan Jalal Beserta dengan Rahim pada sekalian Jamal


7. Tuhan kita itu yang bernama A’liyin (Yang Tinggi) Dengan sekalian sifatNya yang sentiasa Baqa’ (Kekal) A’la jamii’l alamin atharath jadi Daripada sittu jihat sebab inilah Khali (Suci)


8. Cahaya Atharath tiada akan padam Memberikan wujud pada sekalian a’lam Menjadikan makhluk siang dan malam Ila Eidal Abada tiada akan karam

9. Tuhan kita itu seperti bahrul a’tik (laut yang dalam) Ombaknya penuh pada sekalian tariq Laut dan ombak keduanya rafiq (rapat) Akhir ke dalamnya jua ombaknya ghariq (karam)

10. Lautnya alim alunnya maklum
Keadaannya qasim ombaknya maksum (terpelihara) Taufannya syu’unnya mahkum (yang dihukum) Pada sekalian a’limin inilah rusum (kelaziman)


11. Jikalau sini kamu tahu akan wujud Itulah tempat kamu syuhud
Buangkan rupa mu pada sekalian qiud (perhubungan) Supaya dapat diri qaud (tetap)


12. Pada Wujud Allah itulah sayugia kau Qaim (berdiri) Buangkan rupa dan namamu daim (berkekalan) Nafikan rasamu daripada makhdum dan khadim Supaya sampai kepada amali yang khatim (kesudahan)


13. Jika engkau belum tetap seperti batu Hukum dua lagi khadim dan ratu (raja) Setelah lupa engkau daripada emas dan batu Mangkanya dapat menjadi satu

14. Jika belum fana’ daripada ribu dan ratus. Tiadakan dapat ada mu kau hapus Nafikan rasa mu itu daripada kasar dan halus Supaya dapat barang kata mu harus.

15. Hamzah Fansuri sungguhpun dhaif Hakikatnya hampir pada Dzatul Syarif Sungguhpun khafibun rupanya kasif (yang tebal) Wasilnya daim dengan bahrul latif Inilah Bait 15.

Petikan kitab Asrar Al- Arifin – Hamzah Al-Fansuri

1. Segala kita yang menyembah Nama
Sayugia diketahui yang pertama iaitu Nama Allah SWT, kerana pada hukum syariat, barangsiapa mengucap Laaila ha illallah masuk syurga (terlalu mudah) dan lagi sabda Rasulullah SAW yang mafhumnya: “Barangsiapa mengucap Laailahailallah dengan suci hatinya masuk syurga.”

Oleh kerana Nama yang Empunya Nama Esa, apabila Nama disebut maka terasa yang menyebut dengan Yang Empunya Nama. Pada hakikatnya, mengetahui Nama Yang Empunya Nama maka sempurna Islam mu. 

Sayugia diketahui dan dikenali namaNya Yang Dinamai Allah kerana firmanNya yang bermaksud: “Barangsiapa yang tiada mengenal Allah di sini, di akhirat pun tiada kenal (dan lebih jauh ia dari jalan yang benar).”

Kerana itu, kata ahli suluk akan orang yang tiada mengetahui Allah tetapi menyebut Nama Allah dengan ikhlas hatinya, iaitu Islam hukumnya; orang yang mengetahui, khas hukumnya; orang yang mengenal Allah, Khasul Khas hukumnya kerana orang yang mengenal Allah lebih tinggi daripada orang yang mengetahui Allah.

Seperti sabda Rasulullah SAW yang mafhumnya: ” Sembah Tuhanmu seperti kau lihat Dia (ini ibarat kepada orang yang mengenal Allah), jika tiada engkau melihat Dia, bahawa Dia melihat engkau (ini ibarat kepada orang yang mengetahui Allah). 

Lagi firman Allah lagi yang mafhumnya: “Sembah Tuhanmu hingga memberi dikau nyata (nyata bermakna tiada syak di dalamnya), inilah makna menyembah Nama.

Bab Ketahuilah apa yang pertama
Yakni tatkala bumi dan langit belum ada, arasy dan kursi belum ada, syurga dan neraka belum ada, semesta sekalian alam pun belum ada, apa yang pertama? Yang pertama ialah Zat semata, sendiriNya, tiada dengan Sifat, tiada dengan Asma’Nya, itulah yang pertama. 

Adapun nama Zat itu Hu, makna Hu itu Ismu Isyaratin kepada Zat tiada dengan Sifat. Adapun Nama Allah rendah sepangkat daripada Nama Hu, tetapi (Nama Allah itu) perhimpunan segala nama seperti seorang Muhammad namanya. Jika ia berilmu, alim namanya; jika ia pandai, utusan namanya; jika ia tahu menyurat, khatib namanya; jika ia berniaga, saudagar namanya. 

Sekalian nama di bawah nama ini Muhammad jua kerana perhimpunan sekalian (nama itu) akan Nama Allah SWT Yang Menjadikan Makhluk, Khaliq namaNya; Yang Memberi Rezeki, Razak namaNya; yang menjadikan dengan hikmatNya, Hakim namaNya. 

Sekalian nama ini di bawah nama Allah jua kerana nama Allah perhimpunan segala nama, tetapi nama Hu lebih tinggi daripada nama Allah. adapun Zat lebih tinggi daripada nama Hu itu. Barangsiapa yang tahu maknanya ini, tahu ia akan yang pertama itu.

Bab Kerana Tuhan Kita yang Sedia Lama
Yakni qadim sidi, tiada dapat dibicarakan sekian lamanya yakni Qadim tiada dengan qadimNya, Awal tiada dengan awalNya, sidi ada. Tiada lulus bicara kepada QadimNya itu melainkan (bicara) ahli kasyaf jua. 

Mengikut kata ahli kasyaf, QadimNya itu mithal (suatu) buah (yang) bundar (bulat), tiada berhujung dan tiada berpohon, tiada permulaan dan tiada kesudahannya, tiada tengah dan tiada tepinya, tiada hadapan dan tiada belakangnya, tiada kiri dan tiada kanannya, tiada atas dan tiada bawahnya, inilah makna qadim sidi. 

Jika ditamsilkan (ibarat) daerah pun dapat kerana daerah tiada berawal dan tiada berakhir, kalau awal pun boleh dikatakan akhir, kalau akhirpun boleh dikatakan awal, sayugia perlu mengetahui Qadim Allah dengan sempurnanya. Inilah makna Qadim sidi lama. Bagaimana dapat bertemu dengan makrifat Allah Taala jika tiada tahu akan Qadim sidi.

Bab Dengan Ketujuh Sifat bersama
Yakni tiada bercerai dengan ketujuh sifatNya. Sungguhpun dikatakan Zat Allah Yang Pertama, tetapi jadi ia bercerai dengan ketujuh sifatNya, Nafas hukumnya. Bagi ulama syariat, Sifat Allah Ain, Zat Allah pun tiada, Ain Zat pun tiada. Mengikut ahli suluk, sifat Ain Zat. 

Misalnya, seseorang kerana ilmuNya maka bernama alim, kerana qudratNya maka bernama qadir, kerana iradatNya maka bernama murid, kerana kataNya maka bernama mutakalimin, kerana pendengaranNya maka bernama sama’, kerana penglihataNya maka bernama Basar. Ini lain daripada Zat Asli.

Nama sifat yang tujuh itu ialah:
1. Hayat
2. Alim
3. Iradat
4. Qudrat
5. Kalam
6. Sama’
7. Basar

Zat dengan ketujuh-tujuh sifat ini tidak bercerai. Adapun Sifat yang lain banyak tidak terhitung, tetapi sifat-sifat yang lain itu pun termasuk dalam sifat yang tujuh ini kerana sifat yang tujuh ini adalah yang tertinggi, seperti juga nama Allah adalah perhimpunan segala nama, sifat yang tujuh ini juga adalah perhimpunan segala sifat. Apabila tahu akan makna tujuh sifat ini maka dapat sempurna Kenal Allah.

Siapakah Muhammad Rasulullah dan Nabi Muhammad ?

Siapakah Muhammad Rasulullah dan Nabi Muhammad ? 

Adakah berbeza ? Cuba cakap.. cuba beri jawapan.. ? ( Jangan hanya Ikut Ikut saja ! ) BerUntungLah Orang Orang Yang BerFIKIR !!! Penjelasan ini bukanlah tujuan untuk menduakan Nabi Muhammad s.a.w., Tidak Sama Sekali !! TETAPI ia menerangkan / memberitahu siapa sebenarnya MUHAMMAD RASULULLAH. 

Sebelum menjawab / menceritakan lebih lanjut tentang persoalan di atas, hamba mengajak supaya kita semua buka mata dan berlapang dada untuk menerima jawapannya. Cukup cukup lah kita semua bercerita tentang Ilmu Syariat / Fekah / Istilah. Sedangkan kita dari kecil hingga ke Tua / Mati asyik belajar / dengar cerita Jangan terputus dengan Syariat Allah. Syariat Allah yang mana.. Tunjukkan yang mana ? Perbuatan Syariat ke Syariatullah ? cuba beri jawapan.. boleh? 

Sebab itulah Jangan hanya pandai cakap saja tapi tak faham.. Kebanyakan orang hanya faham dan buat perbuatan syariat saja. Syariatullah mereka tinggal. Jadi.. Apa yang dimaksudkan dgn Syariatullah? Adakah kamu tidak berfikir ? Adakah kamu semua masih mahu duduk pada kefahaman Istilah lagi ??? 

Di sini menceritakan / memberitahu tentang Ilmu Makrifatullah. Awalluddin Makrifatullah. (Awal beragama itu Mengenal Allah). Jadi segala persoalan mestilah soalan Hakikatun bukan soalan Syariat/Fekah. Makanya jawapan yang akan di berikan adalah jawapan Makrifat. kerana apa ? kerana sudah banyak di luar, Surau, Masjid, Radio, Tv, Internet, dan Buku yang menceritakan tentang Ilmu Syariat. 

Jadi, marilah kita semua belajar / Kenal Ilmu Makrifatullah pula. Kerana Ilmu Makrifatullah itu juga adalah Fardhu Ain ( Wajib ! ) ke atas semua Muslim mempelajarinya. Ilmu ini adalah Ilmu awal2 / Ilmu ABC yang patut dipelajari DAHULU. Ilmu ini adalah Ilmu yang Nabi Muhammad s.a.w. Dakwah selama 13 tahun. 

Baik... Di dalam agama Islam Ilmu itu terbahagi kepada 4 ILMU. Ilmu Syariat, Tarikat, Hakikat, Makrifat. Dalam empat tingkatan Ilmu itu terbahagi kpd 2. Yang dikatakan Syariat dan Tarikat itu adalah Ilmu Syariatin. Yang dikatakan Hakikat dan Makrifat itu adalah Ilmu Hakikatun. Jadi, Ilmu Islam terbahagi kepada 2, Syariatin dan Hakikatun. 

Syariatin itu umpama Kulit. Hakikatun itu umpama Isi. Setelah mengetahui Kulit itu apa, kita mestilah hendak tahu / kenal dgn Isinya pula. betul tak.. ? Di sini, menjelaskan Ilmu Makrifat. Yang kita hendak pelajari. Berbalik kepada soalan di atas, Siapakah Muhammad Rasulullah dan Nabi Muhammad ? 

Nabi Muhammad itu adalah satu contoh terbaik buat ummat sedunia. Ramai yang tahu. Sejarah. Biodata. dan lain lain. Di sini bukanlah bercerita tentang Nabi Muhammad s.a.w Bin Abdullah Bin Abdul Mutalib. Emaknya Aminah. Isterinya Khadijah dll. Tapi menceritakan Muhammad Rasulullah. Muhammad Yatim Piatu. (Tiada Bapa dan Emak), Tiada Isteri. Penghulu sekalian Alam dan Makhluk. Pernahkah Kita semua berfikir ? sedangkan Nabi Muhammad s.a.w. sendiri menjadikan Muhammad Rasulullah itu sebagai Penghulunya. 

Buktinya / Dalilnya adalah : 

1) Nabi Muhammad itu sendiri bersyahadah "Anna Muhammad Rasulullah" (bahasawanya Muhammad itu Pesuruh Allah). Muhammad yang mana ? bukankah Muhammad itu nama Nabi Muhammad. Kenapa Nabi Muhammad tidak bersyahadah saja "ANA Muhammad Rasulullah" (Aku Muhammad Pesuruh Allah) Kenapa.. ? Kenapa.. ? cuba beri jawapan ? cuba cakap ? Beruntunglah orang orang yang berfikir ! 

2) Sedangkan Nabi Adam manusia yang pertama di ciptakan oleh Allah. Bilamana Nabi Adam buka mata saja, Dia nampak Muhammad Rasulullah. adakah itu Nabi Muhammad yg kita tahu selama ini ? sedangkan Nabi Muhammad tidak lahir lagi pada masa itu ! Jadi.. Siapakah Muhammad Rasulullah ? cuba cakap.. cuba beri jawapan.. boleh.. ? 

3) Kisah Uwais Al Qarni. Pada satu hari, sebelum kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., Nabi berpesan kepada Saidina Umar dan Saidina Ali.. carilah seorang lelaki yang bernama Uwais Al Qarni, dan yang akan menjadi Penghulu / Raja di Syurga nanti. Berikan lah Jubah Aku (Nabi) sebagai tanda pelantikan Uwais Al Qarni. Lelakinya adalah seorang yang berpenyakit sopak di seluruh tubuh badannya, yakni sejenis penyakit kulit yang tidak digemari ramai. 

Dia dari Kabilah Yaman. Lalu betapa terkejutnya Saidina Umar dan Ali mendengar pesanan Nabi itu, sedangkan mereka adalah sahabat 4 Nabi. kenapa mereka tidak dapat jadi Raja di Syurga ? adakah Uwais Al Qarni itu lagi hebat orangnya. ? berapa kenal kah dia dgn Nabi Muhammad. ? Sedangkan Aku ini menantunya Nabi s.a.w. ? (Saidina Ali). makanya Saidina Umar dan Ali pun taati / pegangi pesanan Nabi itu. dan menunggu kedatangan Kabilah dari Yaman yang mengerjakan Ibadah Haji. 

Tunggu punya Tunggu punya Tunggu tidak muncul-muncul Uwais Al Qarni. Akhir sampai 10 kali Haji (maknanya 10 Tahun), barulah mereka berjumpa seorang lelaki dari kabilah Yaman seperti yang Nabi pesan itu. Pada mulanya Uwais Al Qarni tidak mengaku dia Uwais Al Qarni. Banyak kali Saidina Umar dan Ali tanya, akhirnya Uwais Al Qarni mengaku dialah orang yang mereka cari2 setelah 10 tahun kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.. 

Makanya Saidina Umar dan Ali menyerah Jubah Nabi s.a.w. sebagai tanda pelantikan Uwais Al Qarni itu adalah Penghulu / Raja di Syurga. Dengan berkata "Wahai Uwais Al Qarni, yang akan menjadi Penghulu / Raja di Syurga, inilah Jubah Muhammad Rasulullah yg beliau suruh kami serahkan kepada engkau". 

Saidina Ali pula bertanya.. Wahai Uwais Al Qarni, apakah amalan yang telah menjadikan engkau sebagai Penghulu / Raja di Syurga... sedangkan kami ini adalah sahabat 4 Muhammad Rasulullah ?? 

Setelah mendengar kata kata sahabat Nabi, lalu Uwais Al Qarnipun menjawab: sesungguhnya Kamu semua tidak KENAL / tidak pernah nampak MUHAMMAD RASULULLAH... Betapa marahnya sahabat2 Nabi yg ada di situ. Banyak kali Uwais Al Qarni berkata sesungguhnya Kamu semua tidak KENAL / tidak pernah nampak MUHAMMAD RASULULLAH... 

Sedangkan mereka (sahabat Nabi) hidup bersama Nabi, Berperang bersama Nabi, Belajar Bersama Nabi... sehinggalah bila Saidina Ali teringat dan berkata yang Dia pernah nampak MUHAMMAD RASULULLAH hanya satu kali saja. 

Lalu Uwais Al Qarni pun tak puas Hati. Dia pun menyuruh Saidina Ali Buktikan / Menceritakan bila Saidina Ali nampak MUHAMMAD RASULULLAH ? Makanya Saidina Ali pun menceritakan peristiwa itu... 

Pada sesuatu hari... Nabi Muhammad hendak mencuci Kaabah, Lalu Beliau mengajak Aku (Saidina Ali) dan Bilal Bin Rabah ke Kaabah. Setelah sampai ke Kaabah Nabi Muhammad pun menyuruh Bilal Bin Rabah duduk dan hendak berdiri di atas Bahu Bilal kerna Nabi hendak panjat dan mencuci Kaabah. Di sebabkan Bilal Bin Rabah badannya tidak sebesar / segagah Aku (Saidina Ali). Makanya Nabi pun memanjat / Berdiri di atas BahuKu. 

Bilamana sudah Nabi Muhammad berdiri di atas BahuKu. Lalu Aku pun mendongakkan kepala ke atas (ingin melihat Nabi). Maka yang Aku lihat ketika mendongakkan kepala ke atas adalah Bukan Nabi Muhammad Tetapi MUHAMMAD RASULULLAH..... 

Mendengar peristiwa Saidina Ali itu lalu Uwais Al Qarni pun membenarkan peristiwa itu "Benar itulah Muhammad Rasulullah" Jadi, Siapakah yang Saidina Ali nampak sebenarnya ? Siapakah MUHAMMAD RASULULLAH ? siapa dan siapa ? cuba jawap.. cuba cakap.. boleh..??? 

4) Nabi Muhammad Bersabda : Adam Abul Basyar, Muhammad Abul Arwah ertinya Adam BAPA sekalian Manusia, Muhammad BAPA sekalian ROH. Muhammad yang mana yang dimaksudkan Nabi Muhammad ? 

Adakah diri Nabi sendiri yang di maksudkan..? Jika diri Nabi, bolehkah Nabi mentajalikan ROH ? cuba fikir.. cuba jawap.. cuba cakap.. masih tidak nampak lagi jawapannya ?? 

5) Pada suatu hari sahabat bertanya : "siapakah Engkau sebenarnya ya Muhammad ?" lalu Nabi s.a.w. pun menjawap : "AKU Lah AHMAD Bilah MIM !" [maksudnya akulah AHMAD Tanpa Huruf MIM = ????] 

(If you know what i mean). Sudah nampak jawapannya ??? BerUntunglah orang orang yang BerFikir. mungkin sudah nampak jawapannya dan tersenyum lebar. mungkin masih dalam kebingungan. mungkin tidak faham langsung. 

Sesungguhnya yang memberi Faham itu adalah Allah bukannya hamba. Jadi, pelajarilah Ilmu Makrifat.. Ilmu Awal2 ini.. bagaimana Tuan dan Puan boleh cakap Solat Tuan dan Puan Sah ? sedangkan Tuan dan Puan tidak tahu benda yang Awal2 (ABC) ? Jika Ilmu yang awal2 (ABC) pun tidak tahu / tidak faham.

JANGAN berkata tentang Ilmu Syariat (XYZ), jika Ilmu Makrifat (ABC) pun tidak tahu / tidak faham ! Barangsiapa yang mengucap / membaca satu kali sebenar-benarnya 2 Kalimah Syahadah dengan sempurna (mengenal makrifatnya) maka Haram baginya Neraka! Dari DIA kepada DIA.

Konsep ketuhanan

Konsep ketuhanan

Allah s.w.t berfirman: Dialah yang menciptakan langit dan bumi; Ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi binatang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkan-Nya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (Zat-Nya, sifat-sifat-Nya dan pentadbiran)-Nya, dan Dia Maha Mendengar, Maha Melihat. (Ayat 11 : Surah asy-Syura)

Akuilah kesucian Tuhanmu, - Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan, - dari apa yang mereka katakan! ( Ayat 180 : Surah as-Saaffaat )

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami adalah Allah!" kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. ( Ayat 30 : Surah Fussilat )

Allah s.w.t tidak menyerupai sesuatu, baik yang nyata mahupun yang ghaib ataupun yang tersembunyi, sama ada yang muncul dalam fikiran atau khayalan atau perasaan. Dia melampaui apa juga sifat yang disifatkan kepada-Nya. Dia melampaui bahasa apa juga yang digunakan untuk menceritakan mengenai-Nya. Manusia dituntut agar beriman kepada-Nya. 

Cukuplah dengan beriman bahawa Allah s.w.t adalah Tuhan dan teguhkan iman tersebut tanpa membongkar Rahsia Diri-Nya, kerana tidak ada jalan untuk meruntuhkan benteng keperkasaan-Nya yang menghalang apa sahaja daripada berdampingan dan bersekutu dengan-Nya. Dia adalah Esa. Ilmu, khayalan, perasaan, cita-cita dan apa sahaja tidak mungkin masuk ke dalam majlis-Nya untuk mengubah keesaan-Nya. Paling tinggi pengenalan tentang Diri-Nya adalah:

Katakanlah: "Dia adalah Allah, Maha Esa. Allah adalah pergantungan. Tidak Dia beranak dan tidak Dia diperanakkan. Dan tidak ada bagi-Nya setara sesuatu jua pun". ( Ayat 1 - 4 : Surah al-Ikhlas )

Allah s.w.t tidak termasuk di dalam proses beranak dan diperanakkan. Proses beranak dan diperanakkan bukan sekadar kelahiran bayi dari ibunya, malah ia juga termasuk pertumbuhan pokok dari benihnya, perubahan sifat seperti daripada air kepada wap, pemecahan daripada satu kepada lebih daripada satu, pengeluaran cahaya dan bunyi daripada diri, pengeluaran bau, warna, peluh atau sebagainya dan apa sahaja proses yang ada sumber dan ada hasilnya. Allah s.w.t tidak dikurung oleh semua proses tersebut.

Dia adalah Allah, Maha Esa. Dia adalah Maha Suci, Maha Tinggi dan Maha Besar daripada apa yang difikirkan, digambarkan, dikhayalkan, diibaratkan, ditekakan, dirasakan dan disifatkan. Bila Dia mengatakan yang Dia Melihat dan Mendengar maka Melihat dan Mendengar-Nya tidak serupa dengan melihat dan mendengar yang tergambar dalam fikiran dan perasaan manusia. 

Walaupun dibentangkan 20 Sifat-sifat yang dikatakan sebagai Sifat-sifat yang wajib bagi-Nya, tetapi sifat-sifat tersebut bukanlah sifat-Nya Yang Hakiki. Dia tidak tertakluk kepada sempadan wajib, mungkin dan mustahil. Wajib, mungkin dan mustahil adalah sempadan dalam ilmu. Sifat-sifat yang 20 itu muncul apabila ilmu mencuba untuk memperkenalkan-Nya. Perkenalan melalui ilmu itu hanyalah sekadar untuk menafikan sifat-sifat yang tidak layak bagi-Nya bukan untuk menyatakan sifat-Nya Yang Hakiki. 

Dia lebih suci, lebih mulia dan lebih agung daripada apa yang dikatakan oleh ilmu dan daripada apa yang diperkenalkan oleh makrifat. Tidak ada ilmu dan tidak ada makrifat yang berkongsi kedudukan dengan keesaan-Nya. Maha Esa bermaksud tidak ada ilmu dan tidak ada makrifat yang mengetahui dan mengenali-Nya. Akal bukanlah alat untuk mengetahuinya dan hati juga bukanlah alat untuk mengenali-Nya Yang Hakiki. 

Akal dan hati adalah alat untuk beriman kepada-Nya dan mentaati-Nya. Bila akal dan hati sudah tunduk dengan segala kelemahan dan kerendahan, lalu menyerah kepada-Nya baharulah akal dan hati itu dikatakan Islam.

Allah s.w.t Berdiri Dengan Sendiri. Dia tidak memerlukan sifat Wujud untuk kewujudan-Nya. Dia tidak memerlukan sifat Hidup untuk membuat-Nya Hidup. Dia tidak memerlukan sifat Mendengar untuk menjadikan-Nya mempunyai Pendengaran. Dia tidak memerlukan sifat Melihat untuk Penglihatan-Nya. Dia tidak memerlukan sifat Berkata-kata untuk mengadakan Kalam-Nya. Dia tidak memerlukan sifat Iradat untuk Dia berkehendak. Dia tidak memerlukan sifat Ilmu untuk pengetahuan-Nya. Dia serba cukup. 

Dia Wujud sendiri-Nya, Melihat sendiri-Nya, Mendengar sendiri-Nya, Hidup sendiri-Nya, Berkehendak sendiri-Nya, Mengetahui sendiri-Nya, Berkata-kata sendiri-Nya dan apa jua pun adalah sendiri-Nya tanpa bersandar kepada sebarang sifat. Dia tidak memerlukan sifat atau nilai-nilai tambahan untuk Kesempurnaan-Nya. Dia Berkuasa tanpa bersandar kepada sifat Berkuasa. Dia Mencipta tanpa memerlukan sifat Berkuasa Mencipta. Allah s.w.t serba cukup dengan Diri-Nya sendiri, dengan keesaan-Nya tanpa memerlukan sokongan sifat dan alat.

Perlu diingatkan bahawa fikiran, perasaan, bahasa, perkataan, istilah, ungkapan, ibarat dan misal semuanya adalah makhluk, iaitu sesuatu yang termasuk di dalam ciptaan Tuhan, baik secara nyata atau abstrak. Apa yang Tuhan ciptakan tidak ada kekuatan untuk memperihalkan tentang Tuhan. Apa sahaja yang terlintas dalam fikiran dan perasaan, yang terucap oleh perkataan dan bahasa, yang digambarkan sebagai ibarat, misal dan sifat, semuanya bukanlah Allah s.w.t. 

Apa juga istilah yang digunakan semuanya juga bukan Allah s.w.t. Ahadiyyah, Wahdat dan Wahadiyyah bukanlah Allah s.w.t. Tiada kenyataan, kenyataan pertama, kenyataan ke dua dan kenyataan ke tiga semuanya bukanlah Allah s.w.t. Zat, sifat, asma' dan af'al semuanya bukanlah Allah s.w.t. Roh Kudus, Roh Idhafi dan Roh Rabbani bukanlah Allah s.w.t. Alam Lahut, Balhut dan Jamhut bukanlah Allah s.w.t. Alam Ghaibul Ghuyub, Alam Ghaib, Alam Kabir dan Alam Saghir bukanlah Allah s.w.t. Alam Arwah dan Alam Misal bukanlah Allah s.w.t. Alam Malakut dan Alam Jabarut bukanlah Allah s.w.t. 

Semuanya, sekaliannya, yang beribu-ribu lagi istilah dan perkataan yang digunakan adalah sesungguhnya dan sebenarnya bukanlah Allah s.w.t. Semua itu hanyalah perihal tentang keadaan Allah s.w.t, kesucian Allah s.w.t, kebesaran Allah s.w.t, kebijaksanaan Allah s.w.t, keindahan Allah s.w.t, kekayaan Allah s.w.t, cahaya Allah s.w.t, kenyataan Allah s.w.t dan sesuatu tentang Allah s.w.t tetapi bukanlah Dia.

Dan bagi Allah jualah misal (sifat) yang tertinggi, dan Dialah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. ( Ayat 60 : Surah an-Nahl )

Dan supaya orang-orang (munafik) yang ada penyakit (ragu-ragu) dalam hatinya dan orang-orang kafir berkata: "Apakah yang dimaksudkan oleh Allah dengan perumpamaan ini?" Demikianlah disesatkan Allah barangsiapa yang Dia kehendaki dan diberi-Nya petunjuk kepada barangsiapa yang Dia kehendaki. Dan tidaklah ada yang mengetahui tentera Tuhan engkau itu melainkan Dia jua. Dan tidaklah ada yang demikian itu melainkan peringatan bagi manusia. (Ayat 31 : Surah al-Muddaththir )

Apa juga yang dikatakan tentang Allah s.w.t adalah misal dan sifat yang layak disebut oleh manusia. Allah s.w.t yang mengajarkan manusia apa yang layak diperkatakan tentang Diri-Nya. Al-Quran mengatakan: "Katakanlah..." Tuhan yang mengizinkan manusia berkata sesuatu tentang-Nya. Dia yang ajarkan dan izinkan manusia berkata:


Katakanlah: "Dia adalah Allah, Maha Esa. Allah adalah as-Samad". Dia yang mengajarkan dan mengizinkan manusia memanggil-Nya Allah dan berbagai-bagai nama yang baik-baik. Dia juga mengizinkan manusia mengatakan bahawa Dia Mendengar, Melihat, Berkuasa, Hidup, Berkehendak, Berkata-kata dan Mengetahui. Manusia hanya perlu beriman kepada-Nya dan katakan apa yang Dia izinkan untuk dikata. Keizinan memperkatakan tentang Diri-Nya yang diberikan-Nya melalui al-Quran adalah kebenaran yang sejati. Kebenaran yang datang daripada Allah s.w.t kepada Rasulullah s.a.w itulah yang paling benar. 

Kebenaran yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w kepada umat manusia itulah kebenaran yang tetap benar. Sebab itu tidak ada kebenaran yang melebihi kebenaran syariat. Kebenaran Hakiki hanya perlu diimani, dipercayai. Sebelum sampai kepada Kebenaran Hakiki ditemui kebenaran melalui fikiran, ilham dan kasyaf. Kebenaran yang diperolehi secara logik, dalil dan penyaksian hati adalah bayangan kepada Kebenaran Hakiki yang "Tiada sesuatupun yang sebanding dengan-Nya". 

Jadi, walaupun diberikan-Nya keizinan untuk menyebut-Nya dengan berbagai-bagai nama dan menyifatkan-Nya dengan berbagai-bagai sifat namun, manusia berkewajipan mengawasi iktikad akal dan hati agar benteng "Tiada sesuatupun yang sebanding dengan-Nya" tidak dirobohkan oleh akal dan hati. Logik, dalil dan penyaksian hanyalah kenderaan untuk sampai kepada beriman dengan Yang Hakiki.

Tuhan tidak memerlukan sifat-sifat dan nilai-nilai tambahan untuk kesempurnaan-Nya tetapi makhluk memerlukan, berhajat dan bergantung kepada medan wujud, medan ketuhanan dan sifat-sifat ketuhanan bagi menumpang kewujudan mereka. Medan di sini bukan bermaksud ruang. Tidak boleh dikatakan di samping ruang yang diisi oleh kewujudan makhluk ada ruang yang menempatkan kewujudan sifat-sifat ketuhanan. Sifat ketuhanan atau pun urusan Tuhan tidak memerlukan ruang. 

Misalnya, sifat Ilmu dan kewujudan dalam Ilmu tidak memerlukan ruang untuk wujud. Makhluk memerlukan pemangkin, penyokong, hijab atau medan wujud yang bersifat ketuhanan bagi memelihara kewujudan makhluk itu agar menjadi benar, nyata, ada kesinambungan dan stabil. Sifat ketuhanan juga diperlukan oleh makhluk bagi melindungi mereka daripada tajalli Allah s.w.t. Jika makhluk menerima tajalli Allah s.w.t makhluk akan hancur dan hilang lenyap. 

Sifat-sifat ketuhanan menjadi hijab yang kukuh melindungi kewujudan makhluk dan menyelamatkan mereka. Kewujudan yang tidak ada hijab melindunginya adalah kewujudan ciptaan ahli silap mata. Ciptaan ahli silap mata tidak stabil, tidak benar dan tidak bertahan kewujudannya. Ciptaan Tuhan yang dihijabkan oleh sifat-sifat ketuhanan bersifat stabil, benar dan kekal kewujudannya sampai kepada akhirat. 

Hijab ketuhanan yang memegang kewujudan makhluk, yang ada hubungan dengan makhluk, itulah sifat-sifat Tuhan yang Dia izinkan dinisbahkan kepada-Nya. Sifat-sifat-Nya yang tidak boleh diperkatakan adalah sifat-Nya Yang Hakiki. Aspek Tuhan yang boleh disifatkan dan diperkatakan dinamakan tasybih dan yang tidak boleh dikatakan dinamakan tanzih. "Tiada sesuatu menyamai-Nya" adalah aspek tanzih. "Dan Dia Mendengar dan Melihat" adalah aspek tasybih. Makrifat yang sempurna adalah yang mengenal Tuhan dalam aspek tasybih dan tanzih sekaligus.

Penciptaan makhluk berhubung dengan sifat Tuhan. Sekiranya tidak ada sifat-sifat Tuhan yang menghijab atau menjadi perantaraan nescaya tidak akan ada penciptaan makhluk. Sifat menghubungkan Pencipta dengan penciptaan. Hanya orang yang tidak mengerti menolak peranan sifat lalu menghubungkan ciptaan terus kepada Dia Yang Maha Tinggi. 

Jika Tuhan bukakan tajalli cahaya Zat-Nya Yang Hakiki tentu makhluk akan binasa, kewujudan akan hilang. Kenyataan yang pertama juga akan lenyap jika berhadapan dengan keagungan Allah Yang Maha Agung lagi Maha Perkasa. Hubungan makhluk dengan Tuhan hanyalah sekadar layak dan mampu makhluk bertahan, iaitu hubungan yang dimisalkan atau hubungan melalui sifat-sifat-Nya yang tasybih, bukanlah hubungan dalam ertikata yang sebenarnya.

Alam memiliki kewujudan yang benar. Alam benar-benar wujud, bukan khayalan. Tetapi wujud alam berbeza dengan Wujud Tuhan, berbeza dengan sifat-sifat Tuhan yang diistilahkan sebagai tasybih apalagi yang tanzih. Wujud alam diistilah sebagai wujud yang mungkin (mumkinul wujud) dan wujud sifat Tuhan diistilahkan sebagai Wujud yang wajib (Wajibul Wujud). Maksud Wajibul Wujud yang boleh dicapai oleh pemikiran dan kasyaf adalah Wajibul Wujud sifat. 

Zat Allah Yang Maha Tinggi tidak termasuk di dalam sempadan pemikiran dan penyaksian hati, tidak terlibat dengan wujud yang wajib, wujud yang mungkin dan wujud yang mustahil. Sifat-sifat yang diistilahkan sebagai Wajibul Wujud adalah sifat tasybih. Dalam pandangan kasyaf sufi menyaksikan sifat tasybih sebagai berada satu tingkat di bawah daripada Zat. Sifat tanzih pula tidak terpisah dengan Zat kerana sifat tanzih adalah sifat-Nya Yang Hakiki yang tida ada beza dengan Zat-Nya. Zat dan Sifat Hakiki adalah yang sama. 

Zat Hidup, Wujud, Melihat, Mendengar, Berkata-kata, Berkehendak dan Berkuasa dengan Zat-Nya sendiri bukan dengan sifat-sifat Hidup, Wujud, Melihat, Mendengar, Berkata-kata, Berkehendak dan Berkuasa. Apa sahaja yang dengan Zat tidak berpisah dan tidak lain daripada Zat. Perpisahan dan perbezaan terjadi dalam ilmu dan penyaksian. Zat Yang Maha Suci menyatakan kesempurnaan-Nya melalui Sifat-sifat dan Nama-nama yang dinisbahkan kepada-Nya. 

Sebab itulah Zat, Sifat dan asma' dipandang sebagai berkedudukan berbeza-beza. Apa yang dipandang sebagai berbeza dengan Zat itu adalah bayangan kepada Yang Hakiki, diistilahkan sebagai penzahiran, pembukaan atau tajalli. Kewujudan makhluk berhubung dengan bayangan dan diselimuti oleh hijab-hijab. Walaupun yang digunakan adalah istilah bayangan, tetapi bayangan itu adalah bayangan martabat ketuhanan, tidak sama dengan bayangan benda-benda alam. 

Bayangan atau hijab ketuhanan berperanan di dalam kewujudan dan kesinambungan kewujudan makhluk. Hijab ketuhanan berhubung dengan alam maya dan kerana perhubungan tersebutlah manusia boleh mengenal Tuhan menurut kadar kehendak-Nya untuk dikenali. Orang yang kasyafnya sampai kepada hijab atau bayangan menyaksikan sifat sebagai berpisah dengan Zat. 

Selepas melepasi peringkat bayangan atau hijab dia akan menyaksikan sifat tidak berpisah dengan Zat, malah sifat bukan lain daripada Zat. Sedikit sangat orang yang sampai kepada tahap ini, iaitu kepada Yang Hakiki. Pada Yang Hakiki Pendengaran-Nya adalah Penglihatan-Nya dan juga Percakapan-Nya.

Dialah Yang Awal dan Yang Akhir, dan Yang Zahir serta Yang Batin, dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. ( Ayat 3 : Surah al-Hadiid )

Yang Awal, Yang Akhir, Yang Zahir dan Yang Batin adalah Yang Sama, Yang Esa. Tidak ada perbezaan dan perpisahan di antara Kudrat (kuasa)-Nya dengan Iradat (kehendak)-Nya. Yang Menghidupkan adalah Esa dengan Yang Mematikan. Apabila dua sifat yang pada logiknya dipandang bertentangan sudah berada dalam suasana harmoni, iaitu suasana as-Salam (Yang Mensejahterakan), sesungguhnya seseorang itu telah menyaksikan Yang Hakiki, yang tidak bertentangan Awal-Nya dengan Akhir-Nya dan Zahir-Nya dengan Batin-Nya. Pandangan yang demikian dikatakan melihat Allah s.w.t pada setiap waktu, ruang dan keadaan. Inilah sifat orang yang benar-benar mengenal Tuhan.

Sifat Tuhan seperti juga Zat-Nya, adalah unik, tidak boleh dihurai atau dipecahkan. Sifat Tuhan adalah sifat keesaan di mana kesemua sifat-Nya berkamil dalam keesaan, tidak berpisah dan tidak berbeza di antara satu dengan yang lain. Perbezaan pada sifat dibuat secara ilmiah bukan keadaan yang sebenar. Secara ilmiah disebutkan sifat Wujud, Hidup, Melihat dan sebagainya. 

Walaupun dipandang satu-satu namun keunikan sifat tersebut tetap ada. Keunikan tersebut dipanggil juga kemutlakan. Ilmu Tuhan dikatakan Ilmu yang Mutlak. Ilmu Mutlak tidak mampu dihuraikan. Dalamnya berkumpul pengetahuan dari awal hingga ke akhirnya. Ini bermakna Tuhan mengetahui tentang alam ini daripada sebelum adanya hinggalah kepada tanpa kesudahan. 

Tuhan mengetahui daripada azali hinggalah kepada abadi dan pengetahuan tersebut adalah pengetahuan secara keesaan, iaitu tatkala mengetahui yang azali itu jugalah Dia mengetahui yang abadi. Tidak ada ruang atau jarak masa pada pengetahuan-Nya sekalipun pengetahuan itu mengenai perkara yang melalui ruang, masa dan zaman. Pada sisi Tuhan, kelmarin, hari ini dan esok adalah yang sama. Tidak ada masa, ruang dan jarak pada sisi-Nya.

Sifat Tuhan Berkata-kata juga Mutlak. Tuhan berkata-kata sejak keazalian sampai kepada keabadian tanpa satu patah perkataan dan tanpa suara. Manusia bercakap dalam satu tempuh menggunakan berpatah-patah perkataan dan ada mengeluarkan suara. Tetapi Tuhan Berkata-kata dalam keadaan Kalam-Nya yang pertama dengan Kalam-Nya yang terakhir adalah Kalam yang sama, tidak berpisah, tidak berbeza dan tidak bersuara. 

Begitu juga dengan sifat Tuhan yang lain. Sifat kemutlakan menyebabkan Tuhan berkuasa berhubung dengan makhluk-Nya tanpa berlaku pertembungan Wujud Tuhan dan sifat Tuhan dengan wujud makhluk dan sifat makhluk. Kemutlakan sifat Tuhan menyebabkan tidak mungkin makhluk termasuklah manusia bersekutu dengan perbuatan atau sifat Tuhan, apalagi Zat Tuhan. 

Manusia yang membalingkan tombaknya perlu mengadakan beberapa pergerakan, tetapi perbuatan Tuhan tidak memerlukan pergerakan. Tidak mungkin manusia menggunakan perbuatan Tuhan dalam melakukan perbuatannya. Kebenaran ini tidak terjangkau oleh logik. Hukum logik mengatakan tidak mungkin Tuhan Mengetahui benda-benda alam jika Ilmu-Nya tidak ada hubungan dengan benda-benda tersebut. 

Hukum logik juga mengatakan tidak mungkin Tuhan menciptakan alam jika Kuasa-Nya tidak ada hubungan dengan alam. Hukum logik tidak mengerti bahawa pada tahap "Tuhan melampaui segala sesuatu" keabadian yang lalu (azali) dan keabadian yang akan datang (abadi) adalah satu masa yang sama, malah masa tidak wujud pada tahap ini. 

Itulah kemutlakan. Pada tahap kemutlakan jika sifat Wujud dipakaikan kepada Tuhan maka ia adalah Wujud Mutlak yang tidak ada permulaan, tiada kesudahan, tidak menempati ruang dan tidak ada persaingan daripada yang tidak Mutlak.

Kebenaran Hakiki menyatakan bahawa Allah s.w.t Yang Maha Suci, Maha Tinggi, Maha Besar, melampaui apa juga sifat yang disifatkan bagi-Nya. Dia melampaui tahap Wujud. Wujud merupakan kenyataan pertama tentang Zat Allah s.w.t Yang Maha Tinggi. Kebanyakan sufi menyamakan Wujud dengan Zat Yang Maha Suci. 

Perbezaan tahap Wujud dengan Zat Allah s.w.t Yang Melampaui Segala Sesuatu sangat halus hinggakan kebanyakan manusia gagal menyedarinya atau enggan menerima perbezaan tersebut. Ramai manusia menyembah Wujud sebagai Tuhan dan gagal melampauinya untuk mencapai matlamat sebenar penyembahan, ketaatan dan penyayangan yang melepasi tahap tersebut. 

Mereka menganggap Wujud sebagai sumber kepada segala yang maujud dan penyebab kepada segala kejadian. Mereka juga lupa bahawa Wujud bergantung dan berhajat kepada Zat-Nya yang melampaui Wujud atau yang tidak wujud. Sebab itulah kefanaan yang menyeluruh atau ketidakwujudan yang sejati tidak menemukan seseorang dengan Kebenaran Hakiki. 

Kesatuan Wujud (wahdatul wujud) juga gagal menemui Kebenaran Hakiki. Kebaqaan (kekekalan bersama Tuhan) juga gagal berbuat demikian. Kebenaran Hakiki hanya ditemui dalam kesedaran yang sepenuhnya, menyedari bahawa: "Katakanlah: ‘Tuhan kami adalah Allah!' Kemudian teguhkan pendirian". Kebenaran Hakiki ditemui melalui iman yang teguh.

Fikiran, ilham dan kasyaf manusia bertingkat-tingkat. Oleh itu fahaman, kepercayaan dan pegangan mereka juga berbeza-beza mengenai keunikan dan kemutlakan Tuhan dan sifat Tuhan yang tidak mampu dihurai oleh akal fikiran. Orang yang mencari Tuhan dengan menggunakan akal fikiran akan jatuh ke dalam salah satu golongan. 

Golongan pertama menjadi gila. Golongan ke dua menjadi ateis (tidak percaya kepada kewujudan Tuhan). Golongan ke tiga mengaku kalah dan menyerah. Orang yang mencari Tuhan melalui ilham adalah golongan ahli falsafah dan sebahagian daripada golongan sufi. Ahli falsafah tertarik dengan sifat kesempurnaan Tuhan dan ahli sufi asyik dengan sifat keelokan Tuhan. Sufi yang lebih maju mencari Tuhan dengan kasyaf mereka dan mereka temui bayangan Tuhan. 

Sufi yang menyaksikan bayangan Tuhan banyak mengeluarkan pendapat yang ganjil-ganjil tentang Tuhan. Sufi yang dapat melepasi peringkat bayangan akan menjadi seperti ahli fikir golongan ke tiga yang tunduk, menyerah dan beriman. 

Pengakuan terhadap kedaifan dan kejahilan diri merupakan pintu kepada penyerahan (keislaman) yang sejati yang membawa kepada mengenal Yang Hakiki sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Oleh sebab itulah sufi yang arif bersepakat dengan orang alim yang benar. Titik pertemuan mereka adalah syariat yang menggabungkan yang zahir dengan yang batin.