Pages

Ahad, 16 November 2014

Innallazi na'indallah hil islam

ISLAM
Innallazi na'indallah hil islam

إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللَّهِ الْإِسْلَامُۗ 

= sesungguhnya agama disisi Allah hanyalah islam..


اسلام


الله سلم لااله الا الله محمدرسول الله


Pengertian Islam ini adalah SENI lagi meluas yang bererti "Allah mengucap sejahtera kepada mereka yang mengerti 

لااله الا الله محمد رسول الله


ASHADUAN LAA ILAHA ILLALLAH

AKU BERSAKSI TIDAK ADA YANG BERSIFAT DENGAN YANG WAJIB BAGI ALLAH, HANYA ALLAH SAHAJA YANG BERSIFAT DENGAN SIFAT YANG WAJIB BAGI ALLAH

INI BOLEH TERHASIL DENGAN MENUNAIKAN SURUH ALLAH YANG TERKANDUNG DIDALAM FIRMAN ALLAH

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8 )

وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا


Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

TUMPUKAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN, SEDANG MENYAKSI KEPADA APA YANG SEDANG DITUMPUKAN..

DENGAN MENYEBUT ALLAH SEBANYAK-BANYAKNYA KETIKA SEDANG MENYAKSIKAN APA YANG SEDANG DITUMPUKAN DENGAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN.

AKAN BERLAKU PENGAKUAN APA YANG SEDANG DISAKSIKAN ITU ADALAH ALLAH

MAKA DENGAN MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH DIDALAM FIRMANNYA SEPERTI DIATAS DENGAN TERSENDIRINYA TERLAKSANA SUDAH AKAN KALIMAH TAUHID

لااله الا الله

3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 19) 


إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللَّهِ الْإِسْلَامُۗ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَّا مِن بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْۗ وَمَن يَكْفُرْ بِآيَاتِ اللَّهِ فَإِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ


Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang yang diberikan Kitab itu tidak berselisih, melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.


"SAKARATUL MAUT"

"SAKARATUL MAUT".

Berbagai bentuk Malaikat Izrail Mencabut Nyawa Bila sampai masa kematian, maka Allah SWT mengutus malaikat Maut (Izrail) mencabut roh dari tubuh orang tersebut. Allah SWT berfirman yang bermaksud: 

"Dan Dialah yang mempunyai kuasa tertinggi di atas hambaNya.Dan diutusNya, padamu malaikat-malaikat penjaga. Sehingga apabila datang kematian pada salah seorang di antaramu lalu ia diwafatkan oleh malaikat-malaikatKaini, dan malaikat-malaikat Kaini itu tidak melalaikan kewajipannya." (Al-An 'un: 61)

Sekiranya orang yang akan dicabut rohnya itu orang Mukmin yang tidak berdosa, maka malaikat itu datang sebagai seorang yang rupawan. Tetapi jika datang pada orang kafir dan munafik maka mereka mendatanginya dengan rupa yang menakutkan. Bara' bin Azib telah meriwayatkan yang dikutip dalam hadith Sunan Abi Daud, Hakim, Ahmad dan lainnya menyebutkan hal tersebut sebagai berikut: 

"Sesunguhnya jika orang Mukmin, maka ketika dia akan keluar dari dunia ini dan menuju alam akhirat, maka dia didatangi malaikat yang turun dari langit dengan muka yang putih berseri. Seolah-olah wajah malaikat itu seperti sinar matahari. Mereka itu membawa kain kafan yang dibawa dari syurga. Juga membawa wangian dari syurga. Malaikat datang sambil duduk sejauh mata memandang. 

Kemudian datanglah malaikat Maut dengan duduk di sisi kepalanya. Malaikat itu mengatakan: "Hai nafas yang baik (tenang), keluarlah anda sekarang dengan mendapatkan ampunan dari Allah dan kerelaanNya." Kemudian keluarlah roh itu seperti mengalirnya sebuah titisan yang berasal dari satu minuman, kemudian malaikat itu mengambil roh itu. "Dan sesungguhnya jika orang yang akan dicabut itu roh orang yang kafir, (dalam riwayat yang lain: orang yang"fajir" ertinya penjahat, penzina atan pendusta) maka ketika orang itu di dunia lalu dia didatangi malaikat yang turun dari langit (yang keadaannya kejam dan kasar) dengan rupanya yang hitam.

Dengan membawa pakaian berbulu, lalu mereka duduk daripadanya sejauhmata memandang. Lalu Malaikat Maut (Izrail) datang dan duduk di sisi kepalanya, sambil mengatakan, "Hai roh yang jahat, keluarlah engkau sekarang menuju kemurkaan Allah dan kemarahanNya ." Lalu dipisahkan roh itu dari tubuhnya, yang terpisahnya itu laksana dicabutnya bulu basah oleh besi panas (yang kemudian diikuti dengan putusnya keringatnya dan urat sarafnya)."
(Lihat Hadith riwayat Hakim, Abu Daud, Ahmad dan lainnya).

Semasa hal itu berlaku, mereka yang hidup berada di sampingnya tidak tahu apa-apa, tidak melihat sesuatu. Perhatikan firman Allah SWT yang bermaksud: 

"Maka mengapa ketika nyawa sampai di kerongkongan, padahal kamu ketika itu melihat. Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu. Tetapi kamu tidak melihat." (Al- Waqiah: 83-85) 

Nabi SAW telah mengungkapkan tentang adanya malaikat maut yang akan memberikan berita gembira kepada mereka yang akan mati sebagai seseorang mukmin dengan janji ampunan Allah serta kecintaanNya.

Namun bagi mereka yang kafir atau orang yang jahat (berdosa), bagi mereka dijanjikan pula adanya kemurkaan dan kemarahan Allah kepadanya. Berkaitan janji syurga kepada orang Mukmin yang akan mati telah diterangkan Allah dalam AI-Quran yang ertinya: 

"Sesungguhnya orang-orang yangmengatakan: Tuhan kami ialah Allah kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun pada mereka dengan mengatakan: Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih,dan bergembiralah kamu dengan beroleh syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu. Kamilah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia mahupun akhirat,yang di dalamnya kamu akan beroleh apa yang kamu inginkan, dan akan memperoleh pula di dalamnya apa yang kamu minta. Sebagai hidangan bagimu dari Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Penyayang." (FusshiIat: 30-32) 

Firman di atas menurut para ahli tafsir turun berkenaan dengan orang yang akan mati dalam keadaan serba takut dan susah, menghadapi masa akan datangnya kematian.

Jumaat, 14 November 2014

Antara akhlak Nabi yang makin pudar dari kalangan orang Islam

Robby Zaid Bin Tandang
Antara akhlak Nabi yang makin pudar dari kalangan orang Islam tetapi makin subur dikalangan penganut Kristian antaranya ...
Orang Islam solat di masjid kebanyakan mereka hanya dapat solat tetapi jarang dapat ukhuwah... 
Solat saja dia dapat tetapi ukhuwah lemah bahkan ramai jemaah yang tidak kenal antara satu sama lain... 
Berbeza di gereja org2 Kristian bermula daripada paderi menunjukkan contoh sentiasa berada di luar gereja sebelum mula beribadat mereka mengalukan2 kedatangan ahli2 jemaah mereka dan hubungan akrab/ukhuwah mereka lebih erat sehingga tidak keluar dari gereja sebelum bersalam dengan semua yg ada dlm gereja...
Antara lain akhlak orang Islam hari ini juga sangat suka membuka keaiban saudara seislam nya sendiri berbanding orang kristian yang lebih banyak menjaga dan tidak suka membuka keaiban saudara seagama mereka... 
Maka hari ini kita makin banyak mendengar tentang aib dan masalah sesama Islam tetapi sangat sedikit kita dengar masalah orang kristian dalam perkara ini....

ujud hamba dan ujud tuhan itu diibaratkan "bayang dgn empunya bayang"


Orang yang menuju kepada Tuhan itu adalah orang yang memiliki kesedaran yg tinggi utk mencapai puncak keimanan yg sempurna. Sungguhnya ilmu pengetahuan dibidang hakikat itu utk mempertahankan syariat bukannya mengugurkan syariat.


السريعة بلا حقيقة باطله والحقيقة بلا السريعة يباطله.

"syariat tanpa hakikat batal dan hakikat tanpa syariat hampa"
(kata2 dari Syeikh Abdul Qadir Jailani)

Apapun hujah terhadap ilmu semuanya tdk akan mengubah akan keadaan syariat itu sendiri. Oleh itu tanggungjawab terhadap tuhan itu pasti dijalankan.

Tiada istilah ujud satu atau ujud byk dlm hal ini. Satu atau byk itu hanyalah pentafsiran ilmu yg menyatakan tuhan itu esa bukannya menyatakan tdk ada makhluk krn tiada bahasa yg dpt digantikan dgn perkataan UJUD kpd brg yg ada ini, ttp ujud yg ada ini bukanlah ujud seujud tuhan. Ini hanya bahasa yg menyatakan ilmu. Ujud itu byk tp satu, yakni yg ada ini akan binasa kecuali ujud tuhan shj yg kekal.


كل عليها فان ويبقا وجه ربك ذالجلال والإكرام.

Setiap yg ujud ini binasa kecuali wajah(zat) tuhanmu yg memiliki Kebesaran dan Kemuliaan. 

Inilah yg dikatakan tiada yg ada kecuali dia. Namun ittiqoq ahli maarifat di dlm pengalaman fananya itu yg mengatakan "tiada yg ujud hny Allah" itu krn disaat itu dia telah lebur didlm nur Allah. Apabila tlh kembali sedar maka kenyataan itu hanya di dalam hikikatnya shj bukan pada kenyataan kalamnya.

Ujud hamba dan ujud tuhan itu diibaratkan "bayang dgn empunya bayang"

Rukun Dan Syarat Mengenal ALLAH.

Rukun Dan Syarat Mengenal ALLAH.
Mengenal ALLAH adalah satu ibadah yang diwajibkan ke atas setiap mukhalaf. Ia adalah salah satu dari fardu ain yang perlu dipelajari. Untuk mengenal ALLAH mesti ada rukun dan syaratnya.

Rukun Mengenal ALLAH.
Rukun untuk mengenal ALLAH ada 2 iaitu:
1. Akal
2. Ilmu

1) Akal.
Mengenal ALLAH adalah dengan menggunakan akal. Akal diperlukan kerana banyak yang perlu dibahaskan mengenai DIRI ALLAH itu. Untuk membahaskan sesuatu perkara itu mestilah seseorang mesti berfikir. Berfikir adalah melalui akal. Maka itu orang yang kurang akal atau orang gila tidak wajib atasnya mengenal ALLAH kerana tidak kemampuan untuk menggunakan akalnya.


2) Ilmu.
Mengenal ALLAH adalah dengan ilmu. Ilmu untuk mengenal ALLAH dinamakan Ilmu Tauhid. 
Ilmu mestilah dibelajar dari guru yang sahih. Belajar Tauhid hanya melalui buku sahaja tidaklah digalakkan kerana ilmu mengenal ALLAH memerlukan penerangan dan berbahasan yang benar dan betul supaya kita dapat akidah yang benar dan betul juga.


Syarat Mengenal ALLAH. 

Syarat mengenal ALLAH ada 3 iaitu :-
1. Iktikad yang putus.
2. Muafakat yang benar.
3. Dalil. 

1)Iktikad yang putus.
Erti iktikad ialah kepercayaan dalam hati. 
Akidah adalah perkara-perkara yang diisi di dalam kepercayaan itu.
Putus adalah jazm. 
Bila ada jazm tidak boleh ada syak, zan dan waham.

Apakah ertinya perkataan-perkataan ini?
Erti dalam hukum :- 
* Syak - 1/2 (separuh) percaya, 1/2 (separuh) tidak percaya. Ertinya berbelah bagi.
* Zan - 1/4 (suku) percaya, 3/4 (tiga-suku) tidak percaya, Ertinya lebih banyak syak.
* Waham - 3/4 (tiga suku) percaya, 1/4 (suku) tidak percaya.Ertinya kurang syak.

Maka iktikad yang putus ertinya kepercayaan yang tidak mengandungi syak, zan dan waham.
Iktikad yang tidak putus iaitu yang mengandungi perasaan syak, zan dan waham adalah iktikad yang batal.
Kepercayaan kepada ALLAH tidak boleh berbelah bagi. 
Iman datang dari hati yang jazm. 
Iman datang setelah dibahas dan dihurai dengan luas tanpa ada rasa ragu lagi tentang kebenarannya. 
Inilah yang dikatakan iktikad yang putus.

2) Muafakat yang benar. 
Iaitu ikut iktikad ahlil sunah waljamaah yang menjadi ikutan ramai. 
Sunah ertinya perjalanan Nabi saw. sementara jamaah ertinya ramai. 
Maka inilah iktikad yang benar kerana ia diterima ramai dan bersumberkan dari sunah Rasulullah saw.

3) Dalil. 
Erti dalil ialah bukti. 
Untuk mengenal ALLAH mestilah dengan bukti yang tidak boleh disangkal oleh akal yang sihat. Maka itulah akal sangat diperlukan dalam kita belajar mengenal sifat-sifat ALLAH. 
Akal dapat memikir dan menghukum sama ada dalil itu benar atau salah.
Dalil atau bukti akan menguatkan lagi kepercayaan atau iktikad kita terhadap sifat-sifat ALLAH itu benar. 
Tiap-tiap yang benar mesti ada dalil atau bukti atau ayat.

Belajar Ilmu Tauhid akal mesti bekerja iaitu berfikir. Hati hanya akan beriman apabila dalil telah diterima akal. Tidak sah iman hanya dengan secara bertaklik tanpa belajar. Mukmin yang enggan belajar tentang dalil sifat-sifat ALLAH dinamakan orang mukmin yang durhaka.
Erti Taklik.
Ertinya mengikut fahaman orang lain tanpa mempelajari dalil-dalil yang menguatkan fahaman itu. 
Dalam soal kepercayaan (iktikad / iman) kita tidak boleh hanya mengikut fahaman orang lain walaupun fahaman itu adalah benar dan diterima ramai. 
Iktikad atau iman mesti dengan taklik yang putus iaitu kepercayaan yang berdasarkan kepada keyakinan pada dalil-dalil itu sendiri.

Dalil sifat-sifat ALLAH terbagi 3 iaitu:-
Dalil Ijmali - iaitu dalil secara ringkas yang wajib dan menjadi fardu ain atas mukhlaf.
Dalil Tafsili - iaitu dalil yang lebih terperinci yang merupakan fardu kafiyah.
Dalil al-Qur'an - iaitu dalil yang datang dari ALLAH.

Dalil ijmali dan dalil tafsili adalah dalil akal atau dalil akli. 
Sementara dalil dari al-Qur'an adalah dalil nakli.Dalil akal -Dalil akli - ringkas & terperinci.
Dalil al-Qur'an - Dalil nakli - firman ALLAH yang wajib diterima.

Maka dalam pelajaran ilmu tauhid, setiap sifat ALLAH itu akan disertakan semua dalil iaitu yang ringkas, yang terperinci dan juga dalil dari ayat-ayat al-Qur'an supaya kepercayaan kita akan menajadi lebih kuat, yakin dan putus kebenarannya.

Sabtu, 8 November 2014

'Bahawa setiap sesuatu telah ditulis dengan Qadar

Dari Abdullah ibn Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: 'Bahawa setiap sesuatu telah ditulis dengan Qadar (takdir) sehingga kebodohan dan kelemahan atau kecerdikan dan kepandaian seseorang'. (HR Muslim)

Dari Anas r.a meriwayatkan; 'Aku mulai berkhidmat kepada Rasulullah SAW ketika umurku 8 tahun. Selama 10 tahun berkhidmat dia tidak pernah menyalahkan aku apabila berlaku kerugian (kesalahan) yang berlaku dengan sebab tanganku. Dan jikalau seseorang daripada keluarganya menyalahkan aku, Baginda akan bersabda: Biarkan dia, kerana sesungguhnya jikalau sesuatu telah ditakdirkan, pasti akan terjadi!' (Masabi hus Sunnah)

Muntakhab hadith; Syeikh Muhammad Yusof khandahlawi rah.alaih

Selasa, 4 November 2014

KALAM SAIYYIDINA UMAR AL-KHATTAB

KALAM SAIYYIDINA UMAR AL-KHATTAB

“Nikmat Yang Paling Berharga Selepas Nikmat Iman Dan Islam, Adalah Memiliki SAHABAT Yang Soleh. Jika Kamu Mendapati Kewujudan Kasih Sayang Antara Kamu Dengannya, Maka Peganglah Ia Bersungguh-Sungguh.”—

*Kenalilah SAHABAT anda....ketika bersendirian DIAlah penghibur anda....Takkan mungkin SAHABAT anda meninggalkan anda ketika anda bersendirian dalam KUBUR ketika semua ahli keluarga anda meninggalkan anda kerana anda dan dia adalah sepasang merpati sejoli,sentiasa bersama sehidup semati...

RAHSIA DIAM KEMBARA SALIK

RAHSIA DIAM KEMBARA SALIK

Seorang Salik Akan Memasuki Satu Keadaan Seperti Keadaan Orang Yang Sedang Tidur Ataupun Istilah Yang Biasa Didengar ‘Mati Sebelum Mati’, Ataupun Dengan Istilah Yang Mudah ‘Diam’, Iaitu Fikiran Tidak Bergerak, Batin Dan Jasad Juga Tidak Bergerak

Surah Az-Zumar 39:42: Allah Mematikan Manusia (Memegang Rohnya) Ketika Mati, Dan Bagi Yang Belum Mati Di Dalam Tidurnya, Lalu Allah Menahan Roh Orang Yang Telah Ditetapkan Kematiannya Dan Melepaskan Roh Orang Yang Lain (Tidur) Sampai Waktu Yang Ditentukan. (Bagi Salik Yang Mencapai Tahap Ini Ia Berpeluang Untuk Memasuki Alam Roh Dengan Izin Allah).

Keadaan Diam Ini Dilakukan Supaya Pencinta Mencapai Keadaan ‘Mati Sebelum Mati’ Atau ‘Keadaan Semacam Orang Tidur’. Untuk Mencapai Keadaan Ini, Diam Ini Perlulah Berhujung Kepada Hilangnya Semua Perasaan Dan Fikiran, Sehingga Tercapai Keadaan Ketiadaan Rasa Apa-Apa Pun, Tetapi Masih Dalam Kesedaran.

...Diam Itu Tidak Bergerak
...Tidak Bergerak Itu Mati
...Mati Itu Hakikat Tiada
...Tiada Itu Adalah Kekosongan (Hanya Ada Allah)

Sebelum Salik Mencapai Makam Diam Ini, Salik Perlu Melepasi Beberapa Tahapan Sebelumnya Iaitu: Fana Rasul Kepada Fana Allah Kepada Baqa Allah Kepada Liqa Allah (Aspek Wujud Allah). Bagi Pencinta Allah Ingatlah Bahawa:

...Diam Itu Adalah Singgahsana NYA
...Diam Itu Adalah Hakikat Muhamad (Wahdah)
...Diam Itu Adalah Sumber Kun Faya Kun
...Diam Itu Mengangkat Salik Ke Makam Insan Kamil Mukamil

Tanpa Proses ‘Diam’ ‘Kepongpong Tidak Akan Menjadi Kupu-Kupu’. Jelaslah Sangat Penting Proses Diam Ini,, Umpama Menunaikan Haji Di Mekah, Tanpa Wukuf Di Arafah. Maka Tiadalah Haji. (Ia Tidak Boleh Diganti Dengan Dam), Perlu Dilakukan Sendiri. Masyaallah.