Pages

Memaparkan catatan dengan label kalimah syahadah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kalimah syahadah. Papar semua catatan

Rabu, 14 September 2016

MAKNA LAA ILAAHA ILLALLAH DALAM ILMU MA'RIFAT

LAA ILAAHA ILLALLAH

1. LA (لا ) : di nama kalimat nafi, maksudnya: tidak ada yang lainnya yang di maksudkan dengan Allah itu melainkan HUWAL AWALU (هوالاول ),yakni AINUL HAQ yang yang awal-awal ada dengan sendirinya.

2. ILAAHA (اله ) : di namakan kalimat mumfi, maksudnya: yang sungguh-sungguh meniadakan akan yang lainnya melaikan HUWAL AWWAL itulah Allah yang di maksudkan.

3. ILLA (الا ) : di namakan kalimat istbat, maksudnya: menetapkan akan yang sebenarnya di maksudkan.

4. ALLAH (الله ) : di namakan kalimat mustbat, maksudnya: yang sungguh-sungguh menetapkan akan yang sebenarnya di maksudkan. Bahwa sesungguhnya: HUWAL AWWALU, HUWAL AKHIRU, HUWAZ ZAHIRU, HUWAL BATHINU itulah Allah yang sebenarnya di maksudkan.

Maka makna LAA ILAAHA ILLALLAH itu menurut ilmu Alqur'an tidaklah ada makna sembah atau yang di sembah,melaikan menetapkan keESAan HU (هو ) semata-mata.

Ketahuilah bahwa kata bahasa TUHAN itu asalnya adalah perkataan pada zaman sebelum Islam, yang di maksud adalah SANG HIYANG WIDI yakni maha raja DEWA, kemudian setelah islam masuk di Nusantara  ini maka TUHAN itu telah di gunakan kepada kalimat TAUHID sekadar makna pendekatan saja,yakni bukan makna yang tetap atau mutlak, seterusnya SOLAT di maknakan sembahyang,asalnya adalah menyembah atau memuja-muja SANG HIYANG WIDE itu. Maka segala makna itu adalah semuanya harus atau boleh saja, asal saja telah di kaji akan maksud yang sebenarnya menurut Alqur'an.

Kemudian ketahuilah bahwa yang menjadi pokok kalimah tauhid itu adalah dua(2) kalimat yaitu: ILAAHA dan ALLAH, adapun LAA dan ILLA adalah untuk menetapkan dan mengarahkan kepada sasaran yang di
maksudkan.

Adapun ILAAHA itu di dalam ilmu ma'rifat di namakan kalimah mabda wun (مبدو ) yaitu kalimah yang telah menghimpunkan akan segala sifat kesempurnaan yang Qahhaariyah (قهاريه ) yang terdahulu dari segala sesuatu. Mabdawun artinya yang terdahulu dari segala sesuatu, maka kandungan ILAAHA itu ialah JALAAL, jAMAAL, QAHHAR, KAMAAL.

Ada pun ALLAH itu di namakan kalimah maujud, yaitu kalimah yang bermakna nama jumlah segala puja dan puji untuk memuji kesempurnaan sifat ILAAHA yang telah maujud atau telah nyata pada kejadian alam langit dan bumi dan insan diri Adam dan seterusnya lagi. Maka kesempurnaan sifat ILAAHA itu yang telah maujud lagi sangat mulia di dalam alam ini ialah insan diri MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W.

Ketahuilah bahwa malaikat-malaikat tidaklah hanya sujud kepada insan diri Adam, tetapi lebih-lebih lagi sujud kepada insan diri MUHAMMAD RASULULLAH yang sangat mulia itu, bahwa hal keadaan Muhammad Rasulullah itu adalah امام الانبياءوالمرسلين وامام اهل الجنة عبا دالله المو منين .

Adapun ILAAHA dan ALLAH itu oleh ulama-ulama ahli ma'rifat telah di satukan di dalam makna ISTBAT, kemudian LAA dan ILLA itu di satukan di dalam makna NAFI.

Tadi kalimat tauhid itu mengandung makna di dalam ilmu ma'rifat adalah NAFI dan ISTBAT, adapun hal keadaan yang mustahil itu selama-lamanya tidak ada. Oleh karena itu tidak ada yang di tiadakan oleh LAA dan tidak ada yang di kecualikan atau yang di sisih oleh ILLA, maka ketetapan makna lagi di dalam ilmu ma'rifat hanyalah ISTBAT semata-mata, oleh karena telah berkata di antara ulama-ulama ahli ma'rifat: "tatkala aku mengatakan LAA maka sendirinya adalah ILLA", maka kesudahan Faham tentang makna kalimat tauhid itu adalah terhimpun di dalam zikir sir yakni zikir haqiqat ¤HU-ALLAH¤.

Telah berkata imam Al Ghazali: "dan hanya sanya puncak makna yang di maksud oleh kalimat tauhid itu adalah yang mudah bagi kematian seseorang muslim,tidaklah kosong di dalam qalbinya dengan zikrullah".

Maka yang mudah itu ialah HU-ALLAH (هو * الله ) pada masuk dan keluar napas, bahwa lidah kemungkinan boleh kelu. hanya tinggal lagi masing-masing menanyakan kepada guru yang mursyid, apakah yang sebenarnya di Esakan dengan zikir HU-ALLAH itu.

Menurut ahli-ahli tauhid adalah meng Esakan Dzat beserta kesempurnaan sifat Dzat, kemudian bagaimana Faham ahli-ahli tasawuf atau aulia-aulia Allah, sudah tentu ada perbezaannya. Oleh karena itu tuntutlah dan carilah sampai dapat dan difahamkan oleh Nya.

Kemudian ingatlah: janganlah LAA itu di artikan meniadakan Allah yang di katakan oleh orang-orang yang bukan islam, dan ILLA itu jangan pula di artikan mengecualikanNya, Bahwa yang di katakan Allah oleh mereka itu adalah yang batil semata-mata.

Bunyi ayat: انما المشركون نجس artinya: hanya sanya yang di katakan Allah oleh orang-orang yang bukan islam itu adalah sebagai najis di dalam pandangan hukum islam(mensyirikkan Nya).

Mengenai maksud MAKNA LAA ILAAHA ILLALLAH DALAM ILMU MA'RIFAT, semoga kita semua di beri pemahaman yang benar(sodiq) dan di beri syafaat dan hidayah oleh-Nya..Amien...

Ahad, 16 November 2014

Innallazi na'indallah hil islam

ISLAM
Innallazi na'indallah hil islam

إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللَّهِ الْإِسْلَامُۗ 

= sesungguhnya agama disisi Allah hanyalah islam..


اسلام


الله سلم لااله الا الله محمدرسول الله


Pengertian Islam ini adalah SENI lagi meluas yang bererti "Allah mengucap sejahtera kepada mereka yang mengerti 

لااله الا الله محمد رسول الله


ASHADUAN LAA ILAHA ILLALLAH

AKU BERSAKSI TIDAK ADA YANG BERSIFAT DENGAN YANG WAJIB BAGI ALLAH, HANYA ALLAH SAHAJA YANG BERSIFAT DENGAN SIFAT YANG WAJIB BAGI ALLAH

INI BOLEH TERHASIL DENGAN MENUNAIKAN SURUH ALLAH YANG TERKANDUNG DIDALAM FIRMAN ALLAH

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8 )

وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا


Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

TUMPUKAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN, SEDANG MENYAKSI KEPADA APA YANG SEDANG DITUMPUKAN..

DENGAN MENYEBUT ALLAH SEBANYAK-BANYAKNYA KETIKA SEDANG MENYAKSIKAN APA YANG SEDANG DITUMPUKAN DENGAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN.

AKAN BERLAKU PENGAKUAN APA YANG SEDANG DISAKSIKAN ITU ADALAH ALLAH

MAKA DENGAN MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH DIDALAM FIRMANNYA SEPERTI DIATAS DENGAN TERSENDIRINYA TERLAKSANA SUDAH AKAN KALIMAH TAUHID

لااله الا الله

3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 19) 


إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللَّهِ الْإِسْلَامُۗ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَّا مِن بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْۗ وَمَن يَكْفُرْ بِآيَاتِ اللَّهِ فَإِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ


Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang yang diberikan Kitab itu tidak berselisih, melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.


Rabu, 16 Julai 2014

Tauhid bukanlah sekadar ucapan ‘laa ilaha illallah’

Tauhid (bahasa Arab: ﺗﻮﺣﻴﺪ) merupakan konsep monoteisme Islam yang mempercayai bahawa Tuhan itu hanya satu. Tauhid ialah asas Aqidah. Dalam bahasa Arab, "Tauhid" bermaksud "penyatuan", sedangkan dalam Islam, "Tauhid" bermaksud "menegaskan penyatuan dengan Allah". Lawan untuk Tauhid ialah "mengelak daripada membuat", dan dalam bahasa Arab bermaksud "pembahagian" dan merujuk kepada "penyembahan berhala".

Tauhid menurut bahasa ertinya mengetahui dengan sebenarnya Allah itu Ada lagi Esa. Menurut istilah, tauhid ialah satu ilmu yang membentangkan tentang wujudullah (adanya Allah) dengan sifat-Nya yang wajib, mustahil dan jaiz (harus), dan membuktikan kerasulan para rasul-Nya dengan sifat-sifat mereka yang wajib, mustahil dan jaiz, serta membahas segala hujah terhadap keimanan yang berhubung dengan perkara-perkara sam’iyat, iaitu perkara yang diambil dari Al-Quran dan Hadis dengan yakin.

Sebahagian ulama mentakrifkan ilmu tauhid sebagai berikut:

"Ilmu tauhid ilmu yang menerangkan hukum-hukum syarak dalam bidang i’tiqad yang diperoleh dari dalil-dalil yang qat’i (pasti) yang berdasarkan ketetapan akal, Al-Quran dan Hadis."

Persoalan ‘Apa itu tauhid?’ seringkali dijawab dengan ayat-ayat yang bermaksud bahawa puncak kenyataan tauhid adalah ucapan kalimah syahadah, dan sering juga berlaku apabila jawapan itu diungkap tanpa sedikit pun mengetahui makna ucapan itu. Jika yang ditanya mempunyai lebih pengetahuan, maka padanya, Tuhan itu ialah yang menciptakan sendiri kerajaan-Nya, dan jawapan yang diberi akan berkait rapat dengan tauhid rububiyah sahaja.

Kalimah ‘laa ilaha illallah’ bermaksud tidak ada Tuhan selain Allah. Kalimah ini menunjukkan bahawa manusia tidak ada tempat bersandar, berlindung dan berharap kecuali Allah. Tidak ada yang menghidupkan dan mematikan, tiada yang memberi dan menolak melainkan Allah. Zahirnya syariat menyuruh kita berusaha beramal, sedang hakikatnya syariat melarang kita menyandarkan diri pada amal usaha itu supaya tetap bersandar pada kurnia Allah. Konsep ini melahirkan konsep tawakkal, dimana selepas kita berusaha, tetap kita perlu kepada Allah.

Tauhid bukanlah sekadar ucapan ‘laa ilaha illallah’, walaupun ucapan tersebut merupakan sebahagian daripadanya. Tetapi tauhid itu adalah nama untuk pengertian yang agung dan ucapan yang mempunyai erti yang besar, lebih besar dari semua pengertian. Tauhid ialah pembebasan terhadap penyembahan kepada semua yang bukan kepada Allah dan penerimaan dengan hati serta pengibadahan kepada Allah semata.

Allah berfirman “Sedangkan Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Maha Esa, tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang” (QS 2:163) Dan Allah berfirman lagi “Hai kaumku, bagaimanakah kamu, aku menyeru kamu kepada keselamatan, tetapi kamu menyeru aku kepada neraka? Kenapa kamu menyeruku supaya kafir kepada Allah dan menyekutukan-Nya dengan apa yang tidak aku ketahui, padahal aku menyeru kamu beriman kepada Yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun?” (QS 40:41-42)

Ayat-ayat begini banyak dalam Al-Quran dan menerangkan bahawa erti dua kalimah syahadah adalah bebas dari penyembahan kepada selain Allah, dan mengkhususkan Allah sahaja untuk penyembahan itu. Inilah petunjuk dalam beragama dan untuk perkara inilah Allah mengutus para rasul-Nya dan untuk perkara inilah juga Allah menurunkan semua kitab-Nya.

Orang-orang musyrik sebenarnya percaya dengan kewujudan Allah, dan mereka mencari perantara untuk mendekatkan diri mereka kepada Allah lalu diharapkan kepada rahmat-Nya dan takut akan siksa-Nya. Ibn Abbas berpendapat bahawa yang mereka seru dengan doa ialah Isa, Maryam dan Uzair. Athaa’ dan ad-Dhahhaq pula berpendapat mereka menyeru pada para malaikat.

Yang dibenarkan dalam Islam bukanlah berdoa kepada malaikat atau nabi atau perantara lainnya. Islam menuntut kita agar hanya rasa takut dan berharap kepada Allah kerana itu hak Allah kepada hambanya. Suatu kisah terjadi dizaman Rasulullah s.a.w, dimana seorang pencuri telah dipotong tangannya, lalu dia berkata kepada Nabi, “Allahumma Ya Allah! Sesungguhnya aku bertaubat kepada Allah dan aku tidak bertaubat kepada Muhammad.” Nabi s.a.w langsung bersabda, “Dia mengetahui yang hak bagi yang berhak.” Perkara ini menunjukkan bahawa yang patut ditakuti, digeruni, diharapkan dan dipanjatkan doa ialah Allah, dan Allah semata.

Demikianlah para ahli tafsir, dengan bukti-bukti seperti di atas, menyatakan:

"Maka teranglah bahawa erti tauhid dan syahadat laa ilaha illallah ialah meninggalkan perbuatan orang-orang musyrik, iaitu berdoa kepada orang-orang saleh, atau malaikat atau jin dalam meminta pertolongan Allah untuk menghilangkan bahaya atau mendapatkan rahmat."

Orang Islam mempercayai bahawa Allah tidak boleh disamakan dengan makhluk atau konsep yang lain. Monoteisme Islam adalah mutlak, bukannya relatif atau majmuk dalam semua erti kata perkataan ini. Oleh itu, orang Islam menolak konsep Triniti yang dipegang oleh kebanyakan orang Kristian yang memerihalkan Tuhan sebagai tiga makhluk.

Khamis, 3 Julai 2014

MAKNA SYAHADATAIN

MAKNA SYAHADATAIN, JANGAN SEBUT ALLAH DENGAN KATA "TUHAN", 
SEBUTLAH DENGAN "ILAAH", "ROBB" & "ASMAUL HUSNA"
Sebutlah ALLAH dengan ILAAH, ROBB dan ASMAUL HUSNA-Nya. Jangan menyebut Allah dengan panggilan "TUHAN". Kata "TUHAN" berasal dari bahasa Sanskerta, "TU" artinya kepala, "HAN" artinya dewa-dewa atau berhala-berhala atau makhluk ghaib bangsa lelembut, jadi "TUHAN" artinya kepala dewa-dewa atau kepala berhala-berhala atau kepala makhluk ghaib bangsa lelembut. 
Jika kita bertanya kepada umat Islam dan mukmin, apakah Allah itu kepala dewa-dewa atau kepala berhala-berhala? jawabannya adalah "TIDAK". SUBHANALLAAHI 'AMMA YUSYRIKUUN (Mahasuci ALLAH dari apa yang telah mereka persekutukan). Allah adalah Robbuna, pengatur alam semesta, Allahu Ilaahuna yang disembah....
Jadi berhentilah menyebut Allah dengan sebutan "TUHAN", karena kata ini tidak layak untuk menyebut nama ALLAH. Maka jika kita menerjemahkan " LAA ILAAHA ILLALLAH" artinya "TIDAK ADA ILAAH KECUALI ALLAH", Jangan diterjemahkan "Tiada tuhan kecuali Allah". 
(Syekh As-Sayyid B.A. Al-Muhajir Ilalalah,1923-1926, Dalam Tafsir Syahadatain; H.O.S. Tjokroaminoto, Dalam Tafsir Makna Syahadatain, 1927)

Rabu, 7 Mei 2014

Mengadakan Pengakuan Untuk Mendapat Pengakuan

Mengadakan Pengakuan Untuk Mendapat Pengakuan: 

Untuk mendapat pengakuan hendaklah kita mengadakan pengakuan. Siapa yang mengadakan Pengakuan, kepada siapa pengakuan diadakan dan dari siapa pengakuan itu kita perdapat?

Tiap tiap sesuatu yang akan dilakukan hendaklah didahului dengan niat. Setelah kita mendapat kepastian tentang Diri kita, maka hendaklah kita me-ada-kan “Pengakuan” terhadap ALLAH , TUHAN YANG MAHA ESA dengan mengucapkan “Dua kalimah syahadat” berulang ulang tiga kali: 

“ASYADUANLAILAH ILLALLAH WAASYADUANNA MUHAMMADARRASULLAH”
Yang ertinya: Naik saksi Aku bahawa tiada NYATA melainkan hanya ALLAH – Muhammad Rasul ALLAH.

Rasul ALLAH, utusan TUHAN, maka adalah hikmah yang terkandung dalam dua kalimah syahadat antara lain ialah: 

“PENGAKUAN DAN PANGKAT ATAU MARTABAT” 

Untuk me-ada-kan pengakuan terhadap TUHAN yang kita sembah itu, kita harus berjalan (bertarikat) dan yang berjalan itu bukan badan kita, melainkan Dia, Diri yang telah kita temui dan kita berjalan menurutkan jalannya, kalau kita yang diluar yang mencari TUHAN, kemana akan kita pergi mencari nya? 

Masuk kah di akal, kita yang berupa dan bertempat, dapat mencari dan menemuinya yang tidak berupa dan bertampan?? Kita ketahui Dia ada dimana mana, maksudnya di mana mana sahaja, Dia ada tapi tiada, ke-ada-annya di dalam TIDAK ADA, bagi orang yang mahu berfikir, dapat membenarkan dan mengakui akan ke-ada-annya dengan tanda tanda yang telah ditemuinya dan kitab kitab banya menyakinkan akan keada-annya. 

Bagi orang yang mau memperhatikan akan segala sesuatunya, tak dapat memungkiri akan adanya yang maha kuasa itu. Akan dapatkah si badan kasar menemui yang Maha Ghaib?? Tentu tidak dan pasti tidak. Diri yang telah ditemui itulah yang membawa badan berjalan dan Diri lah yang tahu jalan untuk kesana, kerana Dia berasal dari sana dan kesana pula tempatnya kembali. 

Lain hal nya badan, yang dijadikan dari yang telah dijadikan NYA, yaitu dari tanah barang yang mati, dan dari itu pula makanya kalau orang telah mati atau meninggal badannya dikembalikan keasalnya yaitu ketanah. 

Dan adalah bagi kita setelah menemui Diri sendiri, jalan untuk ke SANA telah terbuka, mencari yang GHAIB HENDAKLAH DENGAN YANG GHAIB, para ariffin dan budiman mengatakan siapa yang mengenal Diri akan mengenal TUHAN dan siapa yang menemui Diri nya akan menemui TUHAN dengan sendirinya. 

Sekarang kita telah menemui Diri kita, sudahkan kita menemui TUHAN yang kita sembah?? Bagaimana kita menemui dan dalam keadaan bagaimana kita menemuinya??

MENGENAL ALLAH SWT itu hukumnya wajib FARDHU AIN

MENGENAL ALLAH SWT itu hukumnya wajib FARDHU AIN bagi setiap umat Islam yang sudah DEWASA dan BERAKAL SEHAT dan ILMUNYA terdapat dalam kalimat Tauhid LA ILAHA ILALLAH yang ada pada SYAHADAT yang menjadi RUKUN ISLAM yang PERTAMA.
Jadi UMAT ISLAM yang belum mengenal ALLAH SWT itu karena masih ANAK - ANAK sehingga SYAHADAT hanya sekedar di UCAPKAN SAJA atau BELUM SEMPURNA.........
Dari Ibnu Abbas RA bahwa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
“ Demi yang diriku ditangannya (kekuasaannya), jika sekiranya langit dan bumi beserta isinya dan apa-apa yang ada di antaranya dan apa-apa yang ada di bawahnya diletakkan disatu tempat pada timbangan dan kalimah La Ilaha Illallah disebelah yang lainnya, maka tempat kalimah (La Ilaha Illallah) itulah yang lebih berat ”. (Riwayat Al-Imam At-Thabrani)

Rabu, 9 April 2014

LAA ILAHA ILLALLAH - Ada adalah sifat hanya milik Allah

"LAA ILAHA ILLALLAH" - ada bukan sifat selain dari Allah, Ada adalah sifat hanya milik Allah. Yang ada hanya Allah, selain dari Allah, tiada.

Orang yang belajar sedar dan mengetahui tentang hal dan perkara ini... Pada ilmu kita semua sudah sampai kepada kefahaman ini. Hanya Allah sahaja yang bersifat dengan sifat ada iaitu ada itu adalah Esa, maknanya hanya sanya yang bersifat ada itu hanyalah Allah.....

Cuba sama-sama menyelami kedalam kehidupan seharian, selami kedalam rasa perasaan yang sedang merasai sifat ada yang hanya milik Allah sahaja..

Setelah masing-masing merasai sifat ada yang sedang dirasai didalam kehidupan seharian, adakah sifat ada yang sedang dirasai itu telah dirasai atau telah diakui sebagai sifat ada Allah?

ATAU SIFAT ADA ITU SEDANG DIRASAI, DIJIWAI ATAU DIAKUI SEBAGAI SIFAT ADA DIRI KITA SENDIRI.....

JIKA SIFAT ADA YANG SEDANG DIRASAI ITU TELAH DIRASAI ATAU TELAH DIAKUI SEBAGAI ADA DIRI KITA SENDIRI, BAGAIMANAKAH DENGAN ILMU YANG TELAH DIKETAHUI IAITU "LAA ILAHA ILLALLAH - TIADA SESUATU YANG ADA HANYA ALLAH, ADA ADALAH BUKAN SIFAT SELAIN DARI ALLAH, ADA ADALAH SIFAT HANYA MILIK ALLAH SAHAJA"

Pada pengetahuan telah pun tahu, tetapi apabila sampai masa menjalani kehidupan seharian, sifat ada yang sedang dirasai itu sedang dirasai dan sedang diakui sebagai sifat ada diri kita sendiri bukan sedang dirasai dan diakui sebagai sifat ada Allah....

TIDAK KAH APA YANG SEDANG DIRASAI DAN DIAKUI DIDALAM KEHIDUPAN SEHARIAN BERTENTANGAN DENGAN APA YANG TELAH DIPELAJARI DAN YANG TELAH DIKETAHUI MELALUI ILMU PENGETAHUAN..

BAGAIMANA BOLEH BERLAKU KONFLIK DIANTARA APA YANG SEDANG DIRASAI DIDALAM KEHIDUPAN SEHARIAN DENGAN ILMU PENGETAHUAN YANG TELAH DIPELAJARI DAN KETAHUI SELAMA INI.

APABILA BELAJAR SEMUA ORANG MENGETAHUI BAHAWA SIFAT ADA ADALAH SATU-SATUNYA SIFAT MILIK ALLAH YANG MAHA ESA, TIDAK ADA LAGI SELAIN DARI ALLAH YANG MEMILIKI SIFAT ADA KERANA SIFAT ADA ITU ESA DAN SIFAT ADA HANYA SANYA MILIK ALLAH SAHAJA, TIADA SESUATU SELAIN DARI ALLAH YANG BERSIFAT DENGAN SIFAT ADA...

JADI BAGAIMANA HENDAK MENGHADAPI KONFLIK INI.....

Pada pengetahuan sudah tahu yang Ada hanya Allah
Pada kehidupan seharian sedang merasai dan mengaku sifat ada yang sedang dirasai itu adalah sifat ada diri sendiri

Tahu yang Allah itu Ada tatapi sampai kepada rasa dan perasaan sedang merasai ada diri sendiri, tidak merasai ada Allah...

Kembali kepada ilmu pengetahuan Ada adalah sifat Allah sahaja, selain dari Allah bersifat dengan sifat tiada....

Kenapa apabila merasai sifat ada didalam kehidupan seharian sifat ada yang dirasai itu diakui sebagai sifat ada diri sendiri, tetapi tidak diakui sebagai sifat ada Allah...

Jadi sedang merasai dan mengakui sifat ada yang sedang dirasai dan sifat ada yang sedang dijiwai itu adalah sebagai ada diri sendiri, inilah yang dimaksudkan kepada hawa nafsu sendiri...

Sifat ada Allah telah dan sedang dirasai sebagai sifat ada diri sendiri itulah yang dimaksudkan kepada keakuan diri sendiri.. Dan keakuan diri sendiri inilah yang dipanggil sebagai hawa nafsu sendiri yang secara tidak disedari (tersembunyi lagi tersembunyi), telah diangkat sebagai tuhan selain dari Allah... 

Merasakan sifat ada yang hanya satu-satunya Milik Allah (ESA), sebagai sifat ada diri sendiri adalah perbuatan yang sedang mensyirik Allah dengan diri sendiri yang telah disangka ada.. 

Dan inilah hawa nafsu yang perlu diperangi seperti telah disabdakan oleh Nabi Muhammad saw "PERANG YANG PALING BESAR IALAH BERPERANG DENGAN HAWA NAFSU SENDIRI - IAITU BERPERANG DENGAN PERASAAN YANG SELAMA INI TELAH MERASAI ADA ALLAH SEBAGAI ADA DIRI SENDIRI SUPAYA KEMBALI MENGAKUI ADA YANG SEDANG DIRASAI ADALAH SIFAT ADA ALLAH YANG MAHA ESA"

Sifat ada Allah yang sedang dirasai dan diakui sebagai ada selain dari Allah adalah perbuatan yang sedang menyenkutukan Allah dengan sesuatu selain dari Allah. Inilah iblis dan syaitan yang wajib dijadikan musuh...

HENDAKLAH SENTIASA MENENTANG RASA PERASAAN YANG SEDANG MERASAI ADA ALLAH YANG SELAMA INI TELAH DIANGGAP SEBAGAI ADA SELAIN DARI ALLAH SUPAYA KEMBALI MENGAKUI ADA YANG SEDANG DIRASAI DAN DILIHAT ADALAH ADA ALLAH"

Menentang rasa dan perasaan yang sedang merasai dan menyangka ada selain dari Allah supaya kembali mengakui yang ada hanya Allah adalah perbuatan yang sedang memusuhi iblis dan syaitan...

IBLIS DAN SYAITAN TIDAK BOLEH MENGHASUT ORANG-ORANG YANG SENTIASA MENGESA DAN MENTAUHIDKAN ALLAH.....

SIAPA MUHAMMAD RASULULLAH?

57.Surah Al-Ĥadīd (Verse 3)

هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ


Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Allah memberitahu Dialah yang awal, yang akhir, yang zahir dan Dialah yang batin.....
Hadis qudsi..... Insan rahsia Aku, Aku rahsia Insan, rahsia itu sifat Aku, sifat Aku bukan lain daripada Aku.....

Sifat Allah bukan lain daripada Allah... Dimanakah hubungan diantara Allah dengan Muhammad....

Sabda Nabi Muhammad saw "Ana abu ar-ruh, wa Adam Abu basyar - Aku bapa segala ruh dan Adam bapa segala jasad"

"Ana Ahmad bilal mim - Aku Ahmad tanpa mim - احمد = احد
"Ana 'arab bilal 'ain, Aku 'arab tanpa 'ain عرب = رب
Allah itu zat Muhammad
Muhammad itu sifat Allah

Kembali kepada Insan rahsia Aku (Allah), Aku (Allah) rahsia insan, rahsia itu sifat Aku (Muhammad), sifat Aku (Muhammad), bukan lain daripada Aku...

57.Surah Al-Ĥadīd (Verse 3)

هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ


Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Sifat Allah adalah rahsia Allah yang telah ditajalli atau dinyatakan dengan (atau telah diberi) nama dengan nama Muhammad.

Muhammad adalah segala sifat-sifat terpuji Allah. Sifat terpuji Allah yang paling utama ialah (Sidiq, Amanah, Tabliq dan fatonah)...

Muhammad Bin Abdullah (Zahir Muhammad - sifat Allah yang dizahirkan).... Adalah sebagai pembawa rahsia dan pemberi peringatan yang terakhir tentang rahsia Allah ini, Tidak ada lagi rahsia yang disembunyikan oleh Allah didalam menyatakan rahsiaNya kepada keseluruhan Alam.....

Muhammad bin Abdullah telah diberi amanah untuk menyampaikan rahsia ini (Allah berfirman pada hari ini telah Aku sempurnakan agama kamu)...

Sepertimana yang disabdakan oleh Nabi Muhammad saw "Aku adalah bapa segala roh @ Aku (Muhammad) adalah asal kejadian segala Roh"

- Inilah Muhammad Rasulullah yang diperintahkan supaya dikenal sebagai pesuruh Allah sepanjang zaman, kerana nabi Muhammad bin Abdullah telah wafat, (telah kembali kerahmatullah....)

Untuk sampai kepada mencapai kepada Muhammadar Rasulullah ini, setiap umat Muhammad hendaklah sentiasa mentauhid atau mengesakan Allah (puji hamba kepada tuhan iaitu setiap badan diri manusia sentiasalah hendaknya mengesakan Allah didalam setiap detik dan saat didalam keluar masuknya nafas)...

Setelah proses mengesa atau mentauhidkan Allah telah mendapat pengesahan diterima oleh Allah barulah badan diri (jasad dan roh) yang telah sentiasa mengesakan Allah ini akan diangkat kepada Muhammadar Rasulullah

Muhammaddar Rasulullah adalah puji tuhan kepada hamba... iaitu Allah akan menganugerahkan sifat-sifat terpujinya terutama (siddiq, amanah, tabliq dan fatonah) kepada hamba-hambanya yang sentiasa mentauhid atau mengesakan Allah disetiap detik dan saat....
Inilah sebenar Muhammad yang sentiasa mengenal Allah....

Sebelum berada didalam keadaan sentiasa mengesakan Allah tidak lagi akan diberi pengakuan oleh Allah - Allah tidak akan memperakui (puji tuhan kepada hamba).. Sebagai Muhammaddar Rasulullah....

Diri kita yang telah disangka ada disamping Allah tidak mampu untuk mengenal Muhammad.. Maksudnya selagi seseorang yang berada didalam keadaan syirik tidak lagi sampai kepada Muhammad yang disabdakan oleh Nabi Muhammad saw Ana abu ar-ruh itu....

Muhammaddar Rasulullah adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang sentiasa mengesakan Allah pada zat, sifat, asma' dan perbuatanNya...

Selagi belum mengesakan atau mentauhidkan Allah janganlah berangan-angan nak beranggapan diri batin itu sebagai Muhammad Mustafa Rasulullah....

Walaupun pada ilmu sudahpun memahaminya, terapi pada hakikat sebenar belum lagi diperakui oleh Allah kerana masih mensyirikkan Allah.

Muhammad Rasulullah adalah pembawa ugama tauhid...
SAMA-SAMALAH KITA KEMBALI KEPADA AUWALUDDIN MAKRIFATULLAH (MEMPRAKTIKKAN LAA ILAHA ILLALLAH) SUPAYA DIANUGERAHKAN DENGAN MUHAMMADAR RASULULLAH)

Kerana Muhammaddar Rasulullah adalah satu anugerah bukan boleh ditiru-tiru...

Bahawa ilmu pengetahuan dengan keadaan sebenarnya amatlah jauh bezanya...

Pada ilmu sudah mengetahui tetapi pada keadaan sebenar belum lagi mencapai ketahap berkaitan kerana untuk sampai kemaksud yang dimaksudkan itu bukanlah melalui ilmu tetapi mesti melalui berperang dengan nafsu sendiri...

BAGAIMANAKAH HENDAK BERPERANG DENGAN HAWA NAFSU SENDIRI???
CARA UNTUK MEMENGGAL PEPATONG SEMBAHANYANG TELAH DIBENTUK OLEH SANGKAAN SENDIRI.......

Merasai ada diri disamping Ujud Allah, secara tidak disedari telah menjadikan diri sangkaan ada itu sebagai tuhan selain dari Allah....

LAA ILAHA ILLALLAH - TIADA SESUATU YANG ADA HANYA ALLAH...

Walaupun Kalimah tauhid telah dilafazkan dan ditasdiqkan didalam hati, tetapi didalam rasa dan perasaan masih lagi merasa ada diri, (sifat ada Allah yang sedang diperkenalkan telah disangka sebagai wujud diri sendiri), selagi itulah Allah itu telah disekutukan dengan diri sendiri yang telah disangka ada disamping Ujud Allah...

Merasai diri sendiri dan selain dari Allah ada disamping ujud Allah, adalah satu keadaan dimana telah menyekutukan Allah dengan sesuatu..

Merasai ada diri sendiri disamping Ujud Allah telah meletakkan kita kedalam gulungan sedang menzalimi diri sendiri, iaitu gulungan musyrikin, gulungan orang yang sedang menyekutukan Allah (sedang menyangka Ujud Allah yang sedang diperkenalkan ujudNya, sebagai wujud diri sendiri)..

Ada yang sedang dirasai itu sebenarnya keadaan dimana Allah sedang memperlihatkan ujudNya, sebagai tanda-tanda atau sebagai ayat-ayat yang sedang menerangkan keEsaan dan kekuasaan Allah sendiri). 

Tetapi sangkaan yang timbul didalam rasa dan perasaan dan pengakuan yang sedang mengakui wujud yang sedang dirasai itu adalah wujud diri sendiri, secara tidak disedari telah menjerumuskan kedalam lembah kesyirikan (syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi)...

PERSOALANNYA BAGAIMANA NAK MENGHILANGKAN RASA DAN PERASAAN YANG SEDANG MENYANGKA UJUD ALLAH ITU ADALAH WUJUD DIRI SENDIRI?

Allah telah berfirman didalam Al-Quran
17.Surah Al-'Isrā' (Verse 41)

وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِيَذَّكَّرُوا وَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا نُفُورًا

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan mematuhi kebenaran); dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.

Allah telah memperjelaskan bahawa didalam Al-Quran telah diterangkan terdapat pelbagai cara dan jalan-jalan untuk menetapkan iktiqod dan tauhid terhadap Allah (supaya tidak mensyirikkan Allah dengan sangkaan ada wujud diri dan selain dari Allah)

Diantara ayat Al-Quran yang secara tersiratnya telah menerangkan cara untuk mentauhidkan Allah dan menetapkan iktiqod ialah seperti firman Allah 39.Surah Az-Zumar (Verse 45)


وَإِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَحْدَهُ اشْمَأَزَّتْ قُلُوبُ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِۖ وَإِذَا ذُكِرَ الَّذِينَ مِن دُونِهِ إِذَا هُمْ يَسْتَبْشِرُونَ

Dan (di antara keburukan orang-orang yang melakukan syirik): apabila disebut nama Allah semata-mata. segan serta liarlah hati mereka yang tidak beriman kepada hari akhirat; dan apabila disebut nama-nama yang mereka sembah dan puja yang lain dari Allah, mereka dengan serta merta riang dan gembira.

Itu adalah sifat orang yang syirik kepada Allah..

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8)


وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا


Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Jadi untuk menjadi orang yang bertauhid kepada Allah, sebutlah Nama Allah sambil rasa perasaan, hati dan roh merasakan dan menjiwai Ada Allah..

Ada yang manakan yang nak dirasakan sebagai Ujud Allah..?

Iaitulah rasa ada yang sedang dirasai sekarang ini, "SEBUT LAH ALLAH, ALLAH, ALLAH, ALLAH .... Infiniti, SEMENTARA RASA DAN PERASAAN SEDANG MERASAKAN SIFAT ADA ALLAH"

"SEBUTLAH NAMA ALLAH, SEDANG RASA DAN PERASAAN SEDANG MERASAI SIFAT HIDUP ALLAH"

"SEBUTLAH NAMA ALLAH, SEDANG RASA DAN PERASAAN SEDANG MERASAI SIFAT TAHU ALLAH"


"SEBUTLAH NAMA ALLAH, SEDANG RASA DAN PERASAAN SEDANG MERASAI SIFAT KUASA ALLAH"

"SEBUTLAH NAMA ALLAH, SEDANG RASA DAN PERASAAN SEDANG MERASAI SIFAT KEHENDAK ALLAH"

"SEBUTLAH NAMA ALLAH, SEDANG RASA DAN PERASAAN SEDANG MERASAI SIFAT MELIHAT ALLAH"

"SEBUTLAH NAMA ALLAH, SEDANG RASA DAN PERASAAN SEDANG MERASAI SIFAT MENDENGAR ALLAH"

"SEBUTLAH NAMA ALLAH, SEDANG RASA DAN PERASAAN SEDANG MERASAI SIFAT BERKATA-KATA ALLAH"....

DENGAN MEMPRAKTIKKAN KAEDAH SEPERTI INI SECARA AUTOMATIK KITA SEDANG MENGAKUI BAHAWA TIADA YANG ADA TIADA YANG HIDUP TIADA YANG TAHU TIADA YANG BERKUASA TIADA YANG BERKEHENDAK TIADA YANG MELIHAT TIADA YANG MENDENGAR TIADA YANG BERKATA-KATA HANYA ALLAH SAHAJA YANG BERSIFAT DENGAN SIFAT ADA HIDUP TAHU BERKUASA BERKEHENDAK MELIHAT MENDENGAR DAN BERKATA-KATA...


Suci kita dari sifat keakuan diri dan Mahasuci Allah dari sifat kekurangan.

Rabu, 19 Mac 2014

Maksud Lafaz Syahadah Yang Sebenar

KALIMAH SYAHADAH
Sebelum berkalimah syahadah, terlebih dahulu marilah bersama-sama kita memohon petunjuk dan hidayah dari Allah s.w.t, agar lafaz yang terkeluar dari kalam bibir kita itu, dipersetujui, diperkenan dan diredhai Allah s.w.t.
Bagi mendapatkan perkenan atau persetujuan Allah s.w.t, hendaklah terlebih dahulu kita tanya kepada diri kita sendiri, apakah kalimah syahadah yang telah berlangsung di kalam bibir kita itu, dihayati dengan sajian  ilmu atau berlangsung dengan sekadar dendangan alunan suara  bibir?.
Hanya hati mereka-mereka yang ditunjuki, dianugerah dan yang dikehendaki  Allah s.w.t sahaja yang dapat membuka simpulan iman yang tersembunyi di sebalik kalimah syahadah. Allah s.w.t sahaja yang dapat membuka simpulan iman itu dan hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat  memberi petunjuk ke arah mengetahui rahsia di sebalik syahadah.
Simpulan iman yang tersimpul di sebalik syahadah itu, teramat sulit untuk dibuka oleh akal. Syahadah itu, tersimpul disebalik simpulan iman. Simpulan iman itu tersimpul di dalam  kalimah  “tahu“  tetapi tidak  “mengetahui” (kenal). Perkataan tahu itu, adalah  simpulan yang tersimpul di sebalik khayalan akal  atau hanya sekadar angan-angan.
Maksud Lafaz Syahadah Yang Sebenar
Terjemahan sebenar kalimah La Ila haillah” itu, adalah bermaksud “Aku mengetahui  tiada lain melainkan hanya Allah”. Jika tidak kita faham dan tidak kita ketahui  makna di sebalik   maksud, seberapa banyak sekalipun kita menyebut perkataan bersaksi atau  kita menyebut perkataan naik saksi, tidak bermakna kita sudah bersyahadah!. Lafaz syahadah kita itu, hanyalah sekadar lafaz di bibir yang berangan-angan atau khayalan akal semata-mata!.
Lafaz syahadah dalam keadaan tidak mengetahui, adalah lafaz yang tidak terlafaz atau ucap yang tidak terucap. Syahadah dari bibir mereka-mereka yang dalam berkeadaan hilang ingatan, hilang akal, khayal atau dalam berkeadaan mabuk. Lafaz syahadah dari bibir orang  yang “tidak megetahui” itu, seumpama  garam yang tiada masin!. Lafaz yang tidak diterima Allah s.w.t!.
Maksud atau makna perkataan “mengetahui” itu, adalah merujuk kepada “mengenal”. Sekiranya kita tidak mengenal Allah s.w.t, apa kesaksian yang hendak kita persaksikan atau yang hendak kita  persembahkan kepada Allah s.w.t?. Cuba anda jawab pertanyaan saya?.
Setiap yang bersaksi, hendaklah terlebih dahulu mengenal antara satu sama lain. Sepatutnya yang bersaksi itu, mengenal dengan yang menyaksikannya!.  Sekiranya saksi tidak kenal kepada yang menyaksi dan yang menyaksi pula tidak mengenal kepada yang bersaksi, apakah ertinya bersyahadah?. Di antara mereka saling tidak kenal-mengenal di antara satu sama lain, apa yang hendak kita persaksikan?.

Apakah Maknanya Naik Saksi Tetapi Dengan Tidak Bersaksi (Saksi Yang Tidak Mengenal Yang Disaksi!)
Sekiranya anda masih tidak faham apa itu maksud saksi dan apa itu maksud yang menyaksi, mari ikut saya. Saya bawa anda masuk sekejap ke dalam mahkamah!. Saya mahu anda menjadi seorang saksi dalam satu kes rompakan bersenjata yang mendatangkan kematian. Secara kebetulan, anda melihat dan menyaksikan rompakan tersebut dengan mata kepala sendiri. Sebagai saksi, tuan hakim meminta anda mengenal pasti pelaku yang melakukan rompakan.
Hakim mengumpulkan beberapa orang suspek untuk anda kenal pasti, yang mana satukah perompak yang benar-benar melakukan rompakan tersebut.
Cuba tuan-tuan jawab soalan saya, bagaimana sekiranya anda tidak dapat cam atau tidak dapat untuk mengenal pasti pelaku yang melakukan rompakan tersebut. Bolehkan anda disebut atau dipanggil sebagai seorang saksi?. Sebagai seorang saksi itu, hendaklah mengenal orang yang disaksikannya!.
Begitu juga halnya dalam soal kita berkalimah syahadah.  Kita mengaku untuk naik saksi bahawasanya tidak ada Allah lain selain Allah!. Cuba tuan-tuan jawab pertanyaan saya, bila masanya anda mengenali Allah s.w.t?.  Bila masanya anda pernah melihat Allah s.w.t?.
Sekiranya anda belum pernah melihat Allah dan belum pun pernah mengenal Allah, bagaimana anda hendak menjadikan diri anda itu sebagai seorang saksi, sekiranya anda sendiri belum pernah menyaksikannya.
Seorang saksi yang belum pernah dipersaksikan (belum pernah diperlihatkan), mana mungkin dapat menjadi saksi bagi menyaksikan suatu kesaksian?. Cuba jawab, cuba jawab dan cuba jawab dengan hati yang jujur?.  Boleh atau tidak?. Jika jawapannya memihak kepada tidak, bagaimana kesaksian anda terhadap kalimah syahadah yang anda sendiri sebut dan yang anda sendiri lafazkan?. Tidakkah itu satu pembohongan atau satu penipuan?. Anda adalah seorang makhluk pendusta!.
Dusta pada Allah s.w.t, dusta pada pandangan masyarakat dan dusta juga kepada diri sendiri!. Apakah ertinya tuan-tuan dan puan-puan sebagai hamba Allah s.w.t yang berpaksi kepada kalimah syahadah?. Cuba jawab kepada diri sendiri!.