Pages

Ahad, 31 Julai 2016

MEMBONGKAR RAHSIA KEHEBATAN ROH

MEMBONGKAR RAHSIA KEHEBATAN ROH

Islam punya kekuatan luarbiasa yg lebih hebat dan tersendiri. Tetapi bila diketengahkan, masyarakat seolah-olah bersikap double standard dalam menerimanya dan mengatakan ini sihir.

1.Tinggi rendahnya manusia di sisi Tuhan adalah dinilai pada kemuliaan dan kesucian rohnya, bukan pada jasad lahirnya. Manusia atau makhluk yang paling hebat dan paling mulia di sisi Tuhan adalah Rasulullah saw.

Kehebatan Rasulullah SAW terletak pada kehebatan rohnya. Makhluk pertama yang Tuhan ciptakan adalah roh Nabi Muhammad saw yang disebut Nur Muhammad.

Kerana kemuliaan Nur Muhammad inilah Tuhan ciptakan manusia, langit, bumi dan lain-lain. Begitulah hebatnya roh Rasulullah SAW.

Nisbah jasad manusia, Tuhan menciptakan Nabi Adam dahulu. Nisbah roh, Rasulullah diciptakan dahulu. Sebab itu ketika Nabi Adam diperkenalkan oleh Tuhan tentang ciptaanNya dan ZatNya melalui 99 nama Allah, pengenalan itu tidak sempurna selagi tidak diperkenalkan kepada Nur Muhammad.

Tatkala Nabi Adam melihat kalimat Nur Muhammad, dia bertanya kepada Allah, siapakah Muhammad? Maka Tuhan menjawab, itulah penghulu segala Rasul.

Walaupun Nabi Adam diciptakan terlebih dahulu, dia tetap akur dengan kehebatan dan kemuliaan roh Rasulullah, malah berselawat dan bertawassul kepadanya.

2. Mengenai roh, Tuhan berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya roh itu adalah urusanKu”
“Katakanlah, roh itu adalah urusan Tuhanku.”

Mengapa Allah berfirman roh itu urusanNya? Padahal semua makhluk ciptaanNya juga mutlak semua urusanNya, semua berada di dalam pemerintahan dan kekuasaanNya.

Kesemua ciptaanNya, Dia yang memelihara dan Dia boleh menghancurkannya tanpa campurtangan dari mana-mana pihak.

Tetapi tentang roh, Tuhan kata “Ia urusanKu”. Ini menunjukkn daripada keseluruhan ciptaan Tuhan, roh adalah yang paling penting dan istimewa.

3. Mengapa roh istimewa? Sejarah penciptaan roh diceritakan dalam Al Quran. Sewaktu di alam roh, Tuhan telah mengumpulkan kesemua roh manusia dan bertanya,

“Bukankah aku Tuhan kamu?”

Maka menjawablah kesemua para roh,

“Ya, kami naik saksi bahwa Engkaulah Tuhan kami.”

Itulah kehebatan roh manusia, dia sangat kenal dengan Tuhan.

Asal kejadian roh menerima dan mengakui Allah sebagai Tuhannya. Sebab itulah fitrah semulajadi semua manusia samada Islam atau tidak adalah baik, mahu kepada Tuhan.

Tetapi bila fitrah suci asal yang mengenali Tuhan itu tidak disuburkan, lama kelamaan ia akan rosak.

KESAN APABILA ROH TIDAK DISUBURKAN

Bila seorang manusia dilahirkan dan dibesarkan dalam keadaan jauh dari Tuhan, rohnya akan lemah, fitrahnya akan rosak.

Akibatnya manusia hanya akan tahu adanya Tuhan melalui akal, tetapi hati atau rohnya tidak ada rasa berTuhan, tiada rasa cinta dan takut pada Tuhan.

Ibarat anak angkat, selepas 30 tahun barulah dia tahu, rupa2nya dia ada ibu dan ayah yang lain. Senangkah dia hendak menyayangi ibu dan ayah kandungnya?

Begitulah manusia dengan Tuhan. Rata-rata hari ini, manusia sudah kehilangan Tuhan akibat dari melalaikan penjagaan dan penyuburan rohnya. Bila roh tidak disuburkan, maka lahirlah manusia yang rosak jiwanya.

Individu-individu yang rosak jiwanya akan melahirkan masyarakat yang rosak. Pendidikan hari ini pula sasarannya adalah akal, roh tidak. Jadi berlakulah ketidak seimbangan antara akal dan roh. Hingga kita dapat saksikan satu fenomena seperti di dunia hari ini.

Dalam kemajuan, penuh dengan ketakutan, tiada keamanan, perpaduan dan kasih sayang. Makin maju, makin bergaduh dan menipu, berperang, berbunuhan. Makin kaya, jiwa makin menderita.

Apa ertinya hidup dalam kemajuan bersama ketakutan, lebih baik mundur bersama keamanan. Untuk apa kaya dalam penderitaan, lebih baik miskin bersama kasih sayang.

Itulah akibat dari gagal menyuburkan roh insan dalam kehidupan. Roh jadi buta daripada mendapat cahaya iman.

KESAN APABILA ROH DISUBURKAN

Roh yang disuburkan dengan mengenali dan mencintai Tuhan hingga membawa kepada rasa berTuhan yang mendalam, akan menjadi aktif.

Roh yang disucikan ( roh muqaddasah) akan aktif berperanan ( mutassariffah). Peranan roh mutassarifah ini tiada batasan geografi dan masa.

SEJARAH YANG MEMAPARKAN KEHEBATAN ROH INI

1. Saiyidina Umar boleh memberi arahan pada Sariyah, ketua tenteranya ke Palestin.

Sedangkan sewaktu itu Saiyidina Umar sedang memberi khutbah di mimbar masjid Madinah. Tiba-tiba dia menjerit..

“Hai Sariyah, ubah kedudukan tentera kamu, musuh ada di belakangmu!!”

Begitulah kehebatan roh muqadasah mutasoriffah mampu mendahului masa dan sempadan geografi.

Pada hari ini sehebat mana satelit pun tidak mampu hendak mengatasi kepantasan komunikasi roh.

2. Penaklukan Andalusia oleh Tariq ibn Ziyad. Sejarah memaparkan Tariq membakar semua kapal tenteranya dan berkata,

“Laut di belakang kamu, musuh di hadapan kamu, pilihlah
kematian yang bagaimana yang kamu mahu!!”

Orientalis menyembunyikan cerita Tariq beryaqazah dengan Rasulullah. Beliau melihat Rasulullah dan arahan Rasulullah supaya terus mara.

Tariq mendapat suntikan semangat juang yang luar biasa hingga membawa kejayaan kepada tentera Islam menawan Andalusia.

Peristiwa bersejarah di Jabal Tariq itu merupakan satu lagi bukti bagaimana peranan roh cukup penting .

Di mana di saat logik akal mengatakan sudah tidak ada jalan, tetapi di waktu itu bila bergantung pada kekuatan roh, ia mengatasi logik dan berlaku peristiwa luar biasa yang menyalahi adat, yang diistilahkan sebagai khawariqul adah.

Peristiwa-peristiwa ini merupakan rahsia-rahsia kekuatan umat Islam yg tersembunyi yang tidak dapat dikesan dan dikuasai oleh musuh.

Hal-hal seumpama ini sudah jarang dititikberatkan oleh umat Islam hari ini. Umat Islam lebih kagum dengan silap mata Barat, sedangkan Islam punya kekuatan luarbiasa yg lebih hebat dan tersendiri.

Tetapi bila diketengahkan, masyarakat seolah-olah bersikap double standard dalam menerimanya dan mengatakan ini sihir.

Sebenarnya ini merupakan usaha-usaha musuh Islam terutama Yahudi yang memang sudah lebih tahu dan faham akan kekuatan umat Islam ini, tetapi mereka menyembunyikan dan menutupnya rapat-rapat.

Oleh kerana besarnya peranan roh, maka munasabahlah Tuhan berkata “Roh itu urusan Aku”. Ia sebenarnya adalah satu senjata rahsia yang punya kekuatan luarbiasa yang disimpan untuk orang-orang bertaqwa.

Seolah-olah Tuhan berkata, jaga ciptaan Aku ini baik-baik kerana ialah yang akan menentukan nasibmu di dunia dan di akhirat.

KENAPA SELAMA INI ROH TIDAK DIBERI PERHATIAN UTAMA BERBANDING DENGAN AKAL ?

Roh tidak diberi perhatian sebab mereka lebih berminat dengan akal sebab akal gerakannya cepat mendapatkan hasil. Di sini yg membuatkan manusia terkelabu dan terkeliru.

Akal nampaknya lebih cepat berjaya dan cepat dapat. Manusia lebih tertarik dengan benda yang cepat. Sebab itulah manusia lebih tertarik dengan dunia daripada Akhirat.

Dunia adalah sesuatu yang dekat, manakala akhirat pula yang jauh. Yang paling cepat terpengaruh adalah mata lahir.

Oleh sebab itulah setakat untuk mendidik mata, mulut dan akal untuk berperanan, Allah tidak perlu datangkan Rasul. Untuk mendidik akal semata, orang jahat pun boleh mendidik, tetapi untuk mendidik roh, bukan sebarang orang yang mampu.

Roh itu istimewa, ahli falsafah tidak mampu mendidik roh. Oleh kerana roh itu urusan Tuhan, maka pemimpin yang mampu untuk mendidik roh pun urusan dan utusan Tuhan juga.

APAKAH FAKTOR YANG MENGHALANG PERANAN ROH?

Di dunia ini, apa sahaja yang kita lakukan samada yang halal, sunat, harus dan lain-lain, jika ianya terputus dengan Tuhan, perkara tersebut akan membinasakan manusia.

Apa sahaja yang kita bangunkan, tadbir, jika ia terputus dari Tuhan, iaitu bila ia tidak dihubungkaitkan dengan Tuhan, ia akan merosakkan roh. Manusia hari ini menjadikan akal sebagai tempat rujuk utama.

Sebelum bertindak apa-apa, mesti tanya akal dulu, logik atau tidak, tepat atau tidak? Sedangkan peranan akal bukanlah sandaran utama. Kerana keputusan akal tidak semestinya tepat dengan kehendak Tuhan.

Sepatutnya sebelum bertindak dan berbuat sesuatu, terus hubungkan hati dengan Tuhan dahulu. Nanti Allah akan campakkan rasa-rasa di dalam hati sebagai panduan.

Gerakan hati inilah satu isyarat keputusan dari Tuhan. Akal hanya mengesahkan sahaja keputusan tersebut. Yang membuat keputusan adalah hati, bukan akal.

APA TANDA ROH ITU HIDUP ?

Roh yang hidup akan berperanan. Untuk menilai samada roh berperanan atau tidak, contohnya apabila seseorang melihat keindahan alam, lautan, bukit bukau dan lain-lain, tetapi hati tiada contact dengan Tuhan, tidak terasa kehebatan dan kebesaran Penciptanya, ini bermakna roh tidak hidup, malah telah rosak.

Tetapi kalau melihat benda yang sama, hati merasa kehebatan dan kebesaran Tuhan, itu menunjukkan rohnya hidup, dia mendapat rasa berTuhan, dan mendapat iman.

PENTINGNYA MENJAGA ROH

Penjagaan roh adalah penentu nasib di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat. Lantaran mengabaikan roh, maka hari ini kita terpaksa akur dengan kelemahan umat Islam dari pelbagai aspek. Belum ada satu bidang yang boleh dibanggakan oleh umat Islam.

Mana mungkin kita mengalahkan musuh dengan menggunakan senjata ciptaan musuh. Mengapa kita tidak merujuk kepada ’senjata luar biasa’ yang Allah sediakan khas untuk orang-orang bertaqwa.

Cuba lihat kehebatan Nur Muhammad, roh Rasulullah yang aktif berperanan sekalipun setelah baginda wafat. Kehebatan mukjizat Rasulullah terus berlaku iaitu melalui roh muqaddasah mutasorrifah yang sentiasa aktif berparanan.

Kalau kita baca kitab-kitab tasawuf, roh orang-orang yg bersih dan disucikan seperti roh para Rasul, wali-wali samada yang masih hidup atau yang telah meninggal, tetap aktif berperanan. Sebab itulah kita boleh bertawassul dengan roh-roh suci ini.

Kita telah melihat pentingnya peranan roh serta kesan luar biasa hasil dari roh muqadasah mutasorrifah. Inilah sebenarnya rahsia kekuatan umat Islam yang Tuhan simpan untuk hamba-hambaNya yg bertaqwa.

Rahsia yang cuba diintai oleh musuh tetapi tidak berjaya. Tuhan hanya perturunkan untuk orang-orangNya atau utusanNya.

Sebab itulah Rasulullah digelar sirril asror ~ rahsia bagi segala rahsia. Kerana dia berperanan mendidik dan mengendalikan roh manusia di zamannya hinggalah sekarang.

Sabtu, 30 Julai 2016

AKU adalah MUTIARA

Renungan Imam Ghazali

AKU adalah MUTIARA

Imam Ghazali terbangun dini hari, dan sebagaimana biasanya Beliau melakukan Sholat Malam.

Kemudian Beliau bertanya pada adiknya:
"Hari apakah sekarang ini..?"Adiknya menjawab:
"Hari Senin."

Beliau memintanya untuk mengambilkan sajadah putihnya, Beliau menciumnya, menggelarnya dan kemudian berbaring di atasnya sambil berkata lirih: "Ya Allah.. hamba mematuhi perintah-Mu.."

. . . dan Beliaupun menghembuskan nafas terakhirnya.

- - - - - - -

Di bawah bantalnya ditemukan ba'it-ba'it berikut (mungkin ditulis pada malam sebelumnya):

"Katakanlah kepada para sahabatku, ketika mereka menangis melihatku mati dan berduka untukku:
Janganlah mengira jasad yang engkau lihat ini adalah aku.

Dengan Nama Alloh kukatakan ini bukanlah aku. Aku adalah JIWA, sedangkan ini hanyalah seonggok daging. Ini hanyalah RUMAH dan PAKAIAN-ku sementara waktu.

Aku adalah harta karun, permata yang tersembunyi. Dibentuk oleh debu yang menjadi singgasanaku.

Aku adalah MUTIARA yang telah meninggalkan RUMAH-nya.
Aku adalah BURUNG, dan badan ini hanyalah SANGKAR-ku.

Kini aku lanjut terbang, dan badan ini kutinggal sebagai kenangan. Sgala Puji bagi Alloh yang telah membebaskan aku. Dan menyiapkan tempat di Sorga Tertinggi.

Hingga hari ini, aku sebelumnya mati, meskipun hidup di antaramu.
Kini aku hidup dalam kebenaran, dan pakaian kuburku telah ditanggalkan.

Kini aku berbicara dengan para Malaikat di atas.
Tanpa hijab aku bertemu muka dengan Tuhanku.

Aku melihat LAUH MAHFUDH dan di dalamnya aku membaca apa yang telah, sedang dan akan terjadi.

Biarlah rumahku runtuh, baringkan sangkarku di tanah.
Buanglah sang jasad, itu hanyalah sebuah kenang2an, tidak lebih.

Sampingkan jubahku, itu hanyalah baju luarku.
Letakkan smua itu dalam kubur, biarlah terlupakan.
Aku telah melanjutkan PERJALANAN-ku dan kalian smua tertinggal.
Rumah kalian bukanlah tempatku lagi.

Janganlah berfikir bahwa MATI adalah KEMATIAN, tidak.. Tapi itu adalah KEHIDUPAN.

Kehidupan yang melampaui mimpi kita di sini. Di kehidupan ini kita diberikan tidur, kematian adalah tidur yang di perpanjang.

Janganlah takut ketika mati itu mendekat, itu hanyalah keberangkatan menuju RUMAH yang TERBERKATI, ingatlah akan AMPUNAN dan CINTA Tuhanmu.
Bersyukurlah atas Karunia-Nya dan datanglah tanpa rasa takut.

Aku yang sekarang ini, dan engkau pun akan menyusul nanti. Karena aku tahu, engkau dan aku adalah sama. Sama2 JIWA yang datang dari Tuhannya. Badan2 dari asal-usul yang sama. Baik ataupun jahat, smua adalah milik kita.

Aku sampaikan pada kalian sekarang ini, pesan yang menggembirakan. Semoga Kedamaian dan Kegembiraan dari Alloh menjadi milikmu selamanya.."

HARTA YANG TIADA NILAINYA

HARTA YANG TIADA NILAINYA

Sesiapa yang inginkan kemenangan dunia dan akhirat, janganlah dibiarkan masa berlalu dengan penuh kerugian. Jadikan setiap nafasmu nafas ibadah.

Wahai saudaraku,

Setelah engkau memiliki ilmu tiadalah lagi perkara yang penting melainkan beramal dengan ilmu, berilmu tanpa amal adalah binasa.

Janganlah engkau berpaling lagi ke belakang, terus sucikan dirimu untuk menghampiri Tuhanmu sehingga terbuka cahaya hatimu dengan ilmu terus dariNya tanpa perantaraan.

Hatimu akan bersinar dengan cahaya makrifat dan engkau memiliki harta yang amat bernilai, harta yang tiada dijual dimaya ini, tiada dimiliki oleh para jutawan dan para raja, harta yang menyebabkan engkau sentiasa tenang dan tiada mengharapkan apa bantuan dari sekelilingmu.

Engkau akan diangkat menjadi kekasihNya sehinga segala hajatmu akan dipenuhi, engkau akan dijagaNya sehingga sesesiapa yang menyakitimu akan diisytihar perang ke atasnya.

Tiadalah kejayaan yang hakiki melainkan berada dalam taman keredhaan takdirNya, hati yang terang menatap rahsiaNya, hati yang asyik dengan Asma’Nya, hati yang fana dengan kewujudanNya.

Wahai saudaraku,

Apabila engkau benar-benar beramal dan bersungguh bermujahadah dengan penuh keikhlasan, engkau akan dikasihiNya sehingga akan dilimpahkan ke dalam hatimu rahsia di sebalik rahsia.

Engkau akan diperlihat hakikat di sebalik syariat, engkau mengenal dirimu dengan pengenalan yang hakiki, bukan diatas hafalan ilmu semata-mata tetapi dengan dzauk dan Penglihatan.

Hatimu diberiNya Nur sehingga dengan Nur tersebut akan dapat menyaksikan Rahsia DiriNya. Engkau mencapai makrifat denganNya bukan dengan Guru manusia, Dia sendiri yang akan membisikkan pada sirrmu bahawa “ANA AL-HAQ”, maka tenggelamlah engkau dalam makrifat sehingga engkau tiada melihat tiada segala sesuatu melainkan Ia.

Engkau akan melihat bahawa tiada suatu gerak melainkan gerak dariNya, tiada suatu yang maujud melainkan disana ada wujudNya, engkau akan memahami firmanNya; “Di mana kamu hadap disitulah wajah Allah”, “Wahai manusia, sesungguhnya kamu adalah fakir disisi Allah”, “Di mana kamu berada disitulah Ia berada” dengan kefahaman yang tiada dimiliki oleh orang biasa.

Tafsiran syariat adalah pembukaan sedangkan pentafsiran hakikat dengan dzauk dan pandangan. Tiada akan sama seorang yang melihat permukaan laut dengan mereka yang menyelam ke dasar laut.

Tiada sama mereka yang mengenal diriNya pada permukaan zahir dengan mereka yang menyelam ke dalam lautan rahsia diri. Tiada akan sama dengan seorang yang belajar mengenal Tuhan dengan Guru manusia dengan mereka yang mengenal Tuhan dengan Tuhan sendiri.

Tiada akan sama mereka yang mengucap La ilaha illaLlah di alam syariat dengan mereka yang mengucapnya di alam hakikat.

Tidak akan sama huruf, kalimah dan bunyinya pada alam syariat dengan alam hakikat, tiada akan sama kenikmatan atau kepedihan di alam nyata ini dengan alam hakikat.

Tiada akan sama orang yang mati hatinya dengan orang yang hatinya sentiasa hidup dan asyik dengan Tuhan dan inilah yang mesti difahami sebagaimana firman Allah “Tidak sama orang yang berilmu dengan orang yang tiada ilmu,”

Tiada akan sama orang yang tak mengenal Allah swt Dengan Orang yang mengenal Allah swt

Pak Habib Syed Padzil Barakbah

Khamis, 28 Julai 2016

3 SOALAN MAUT

3 SOALAN MAUT

Zaman dulu ada seorang sultan yang telah mengambil seorang ilmuan agama menjadi menterinya. maka diberi istana, gelaran, isteri yang cantik dan pelbagai kemewahan.

Satu hari sultan memanggil Menteri Agamanya dan bertanya 3 soalan;
1. Apa itu Dunia
2. Apa itu Akhirat
3. Apa itu Iman.

Sultan hanya memerlukan jawapan yang tepat dan jitu, tak mahu syarahan yang panjang2. Menteri Agama (MA) terpinga2 untuk mencari jawapan yang memuaskan hati sultannya. Sultan telah murka memberi tempoh seminggu supaya boleh mencari jawapan.

Kemudian sultan hantar wakilnya kpd MA dan bagi titah bahawa sultan akan merampas segala kemewahan MA jika gagal memberi jawapan yang di kehendaki seperti banglo, harta, kenderaan, gelaran, isteri dan anak2 . MA mengalami kerungsian yang amat sangat memikirkan dia akan kehilangan segala2nya. Tak dapat tidur, makan tak lagi berselera.

MA telah mengumpulkan ramai cerdik pandai untuk mendapatkan jawapan. tetapi gagal. Akhirnya MA keluar dari istana untuk mencari orang yang boleh merungkaikan keresahannya sekaligus menyelamatkan apa yang di milikinya.

Saat apabila hampir tiba deadline, keserabutan MA makin bertambah memikirkan akan kehilangan segalanya. Sehari sebelum deadline MA termenung di bawah sebuah pohon besar mengenangkan nasibnya.

Di tepi MA termenung ada seorang tua sedang berkebun. Bila matahari terik dikepala, orang tua berhenti untuk makan tengahari dan solat Zohor. Maka diajak MA makan bersama. MA yang kerungsingan memikirkan jawatan istana dan lain2 yang dimiliki hingga tak berselera nak makan.

Orang tua bertanya: Tuan, nampaknya ada masalah? Boleh hamba menolong tuan?
MA memberitahu kisahnya dan soalan2 sultan beserta syarat2 kepada orang tua tersebut.

Soalan 1. Apakah Dunia? maka jawab orang tua , Dunia ialah apa2 amalan yang kita buat untuk di tinggalkan (hal ini diketahui oleh hati masing2)

2. Soalan 2, Apa itu akhirat? jawab orang tua tersebut, Akhirat ialah apa2 amalan yang kita buat untuk di bawa ke alam akhirat tanpa ada apa2 maksud dunia di dalamnya (ini pun dkenali oleh hati masing2)

Soalan 3, Apa itu iman? Maka orang tua bagi tahu: Akan aku bagi tahu petang nanti selepas solat Asar.

Bila waktu Asar mereka solat Asar dan selepas solat MA terus bertanya Apa itu iman?

Pada masa itu terdapat beberapa ekor anjing sedang makan sisa2 makanan tengahari. Orang tua memberi syarat utk memberi jawapan yang ketiga, MA mesti makan bersama anjing2 tersebut. MA berfikir berkali2, makan dengan anjing najis berat, tak makan jawatan & harta habis, hidup susah dan melarat. fikir2... fikir2.

Akhirnya MA buat keputusan untuk makan bersama anjing2 itu. Apabila MA duduk untuk makan bersama anjing2 itu, orang tua pegang kolar bajunya dan berkata:
"Tuan, inilah Iman. Bagi mereka yang ada iman, sanggup kerugian segala dunianya tetapi tidak akan langgar perintah Allah. Tetapi mereka yang tidak ada iman akan sanggup langgar perintah Allah untuk selamatkan dunianya."

Perkongsian..
Almarhum Tn.Guru Hj Salleh Musa..

Rabu, 27 Julai 2016

KISAH MENARIK PENIAGAAN MONYET

KISAH MENARIK PENIAGAAN MONYET

Diceritakan terdapat banyak monyet liar berdekatan sebuah kampung.

Suatu hari datang seorang peniaga ingin membeli monyet2 berkenaan. Dia memaklumkan kepada orang kampung akan membeli setiap ekor monyet dengan harga RM100 seekor. Orang kampung fikir peniaga ini pasti gila kerana bagaimana sanggup dia membeli RM100 seekor?

Tapi nak dijadikan cerita, ada yang pergi tangkap dan peniaga ini membayar RM100 seekor.

Berita ini menjadi viral dalam sekelip mata. Dan masing2 pergi memburu monyet dan menjualnya kepada peniaga tersebut. Sehingga pada suatu hari peniaga tersebut membuat pengumuman akan membeli setiap ekor monyet dengan harga RM200 seekor.

Penduduk menjadi tak senang duduk. Ke sana ke mari memburu saki baki monyet yang ada. Dan mereka berjaya menjualnya pada peniaga tersebut dengan harga RM200 seekor.

Kemudian peniaga tersebut membuat satu lagi pengumuman yang mengejutkan. Kali ini dia sanggup membeli RM500 seekor. Penduduk dah naik sasau sampai tak tidur memburu monyet2 yang masih ada. Hanya terdapat lebihkurang enam atau tujuh ekor sahaja yang berjaya ditangkap dan semuanya berjaya dijual kepada peniaga tersebut.

Orang kampung menunggu dengan penuh harapan apakah pengumuman yang bakal dibuat oleh peniaga tersebut selepas ini. Kemudian peniaga ini membuat satu pengumuman...

Dia akan pulang ke kampungnya selama seminggu dan bila balik nanti dia akan membeli monyet2 yang berjaya ditangkap dengan harga RM1000 seekor. Terkejut beruk orang kampung!

Dia menyuruh pekerjanya menjaga monyet2 yang telah ditangkap di dalam kurungan. Hanya dia seorang sahaja yang menjaga kesemua monyet2 di dalam kurungan itu.

Peniaga tadi pun pulanglah ke kampung halamannya...

Penduduk kampung sangat kecewa kerana tiada lagi monyet2 yang boleh ditangkap untuk dijual dengan harga RM1000 seekor. Sehinggalah pada satu hari pekerja tadi memberitahu orang kampung bahawa dia sanggup menjual secara rahsia monyet2 dalam kurungan dengan harga RM700 seekor. Orang kampung akan dapat untung RM300 atas seekor monyet yang terjual. Berita ini viral sepantas kilat.

Keesokkan pagi penduduk kampung dah siap beratur. Rupa2nya ada dah yang siap bawak khemah tidur kat depan kandang sejak semalam. Panjangnya melangkaui 3 deretan kedai (kalau di bandar).

Pekerja tersebut berjaya menjual kesemua monyet2 yang ada di kandang tersebut dengan harga RM700 seekor. Apa tidaknya, orang kaya membeli dalam pukal, orang miskin pula ada yang membuat pinjaman dari AhLong untuk membeli monyet2 tersebut.

Orang kampung membawa balik monyet2 yang dibeli tadi dan menunggu peniaga balik dari kampungnya.

Tetapi tiada siapa balik...
Mereka pun bergegas mencari pekerja yang menjual monyet2 tadi.
Rupa2nya dia juga sudah lesap...

Kemudian orang kampung tersedar bahawa mereka telah membeli monyet2 liar yang tidak berguna dengan harga RM700 seekor dan tidak mampu menjualnya kepada sesiapa pun.

Inilah realiti perniagaan yang kita kenali sebagai STOCK MARKET!

Perniagaan ini membuatkan ramai orang muflis manakala sebahagian kecilnya sahaja yang kaya raya dalam 'bisnes monyet' (monkey business) ini.

Semoga sama2 kita mengambil teladan dalam cerita ini...
Tiada yang mudah dalam perniagaan. Tidak ada jalan pintas. Perlu ada kesabaran, kecekalan, usaha dan selebihnya bertawakal kepada Tuhan, Maha Pemberi Rezeki. Jangan bergantung kepada manusia...

Selasa, 26 Julai 2016

Petua perniagaan Hassan Al Basri

BILA BERNIAGA, JANGAN KUTIP HUTANG DAN JANGAN KENA MATAHARI.

Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan. Beliau memiliki dua anak lelaki. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah memanggil kedua anak lelakinya, lalu berpesan,

"Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah ingin kamu lakukan.

1. Bila kamu berniaga, jangan kutip hutang.

2. Bila kamu berniaga, jangan kena matahari."

Kemudian Hassan Al Basri mengakhiri hayatnya dan meninggal dunia.

Masa telah berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju.

Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anaknya si adik. Lalu bertanya,

Si ibu : "Wahai adik, kenapa perniagaanmu semakin hari semakin merosot?"

Jawab si adik: "Saya ikut pesanan ayah."

Si ibu : "Apakah pesanan ayahmu?"

Jawab si adik : "Ayah berpesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran."

Pesan ayah lagi, "KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI."

"Kemana sahaja saya berniaga,  mesti bawa payung. Jadi semua perniagaan itu tidak kena matahari sebagaimana pesan ayah."

Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang pula, lalu bertanya.

Si ibu : "Wahai abang, ibu lihat perniagaanmu semakin hari semakin maju, apa yang kamu lakukan ?"

Jawab si abang : "Saya ikut pesan ayah."

Si ibu : "Apa pesanan ayahmu?"

Jawab si abang: "Ayah pesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi , semua saya JUAL TUNAI. Maka, tidak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar tunai."

"Kedua , ayah berpesan. "KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI." Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tidak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari."

—Moral of the story

Perbezaan MENTAFSIR sesuatu perkara menjadikan arah hidup yang berbeza. Namun masing-masing ada kebaikan.

Dgn belajar dari ramai guru dan banyak membaca akan bertambahlah ilmu,

Moga اللّٰه سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى beri petunjuk

, moga اللّٰه سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى bimbing kehidupan kita,

Mudah-mudahan, dengan kefahaman yang betul, kita di muliakan oleh اللّٰه di dunia dan di akhirat. Nabi صلى الله عليه وسلم pernah bersabda;

“Siapa yang اللّٰه سُبْحَانَهُ َ تَعَالَى mahukan kebaikan bagi dirinya, akan difahamkan padanya agama dengan sebenar-benar kefahaman”.

Jumaat, 22 Julai 2016

KISAH SI PENJUAL TAUHU

Ada seorang penjual tauhu yg setiap hari dia menjual dagangannya ke pasar. Untuk sampai  ke pasar, ia perlu naik kenderaan awam.

Manakala untuk sampai ke jalan raya, dia perlu melalui pematang sawah.

Setiap pagi dia selalu berdoa kepada Tuhan agar dagangannya habis dijual

Begitulah setiap hari, sebelum berangkat berdoa terlebih dahulu dan pulang sebelah petang. Dagangannya selalu habis.

Suatu hari, ketika dia melalui sawah hendak menuju jalan raya utk naik kenderaan awam, tiba2 dia terjatuh ke dalam sawah...
Habis semua tauhu jatuh ke sawah, hancur dan berselerak. Bukan shj untung, modal pun habis.
Dia mengeluh kepada Tuhan, bahkan "menyalahkan" Tuhan, mengapa dia diberi cubaan  seperti ini? Padahal dia selalu berdoa setiap pagi.

Akhirnya dia pun pulang tidak jadi berniaga hari itu.

Tapi dua jam kemudian dia mendengar khabar, bahwa kenderaan yg disewanya setiap hari pada pagi berkenaan telah jatuh ke dalam gaung. Semua penumpangnya terkorban ! Hanya dia satu2nya bakal penumpang yg selamat, semua adalah disebabkan tauhu nya jatuh ke sawah, sehingga ia tidak jadi utk berniaga pd hari itu dan membawa semua  tauhu-tauhunya yg sdh rosak dan kemek.

Tetapi pada sebelah petang, ada seorg penternak itik  telah mencari dia dan hendak membeli tauhu utk makanan itik tetapi yg anehnya peternak itik itu mencari tauhu yg rosak/hancur krn ia hanya utk  dicampurkan dan dimakan oleh itik sahaja..spontan penternak itu menangis krn tauhunya yg rosak hendak dibeli semuanya oleh peternak itik itu..

PENGAJARAN...Doa tidak harus dimakbulkan sesuai dgn permintaan, tapi kadangkala ia diganti oleh Tuhan dengan sesuatu yg jauh lebih baik daripada yg diminta.

Tuhan Maha Mengetahui keperluan  kita, dibandingkan diri kita sendiri.

Karena itu, janganlah jemu berdoa, juga jangan sekali mengeluh, apalagi mengutuk!
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu
padahal ia amat buruk bagimu.
Tuhan mengetahui, sedang manusia tidak mengetahui”.

“Jika Tuhan menjawab doamu, Ia sedang menambahkan imanmu. Jika Ia menundanya, Ia sedang menambahkan kesabaranmu. Jika Ia tidak menjawab doamu, Ia sedang mempersiapkan yang terbaik untukmu.” —

Semoga hari ini dan hari hari selanjutnya kita semua selalu dalam lindungan serta keberkahan-Nya..

Ahad, 10 Julai 2016

MATI SEBELUM MATI

MATI SEBELUM MATI

Ada satu istilah sufi,
Iaitu mati sebelum mati,

Apakah maksud mati si sufi,
Bukan bercerai nyawa dari badan,

Bercerai nyawa dari badan,
Itu hanya perpindahan,

Berpindah dari alam benda,
Masuk ke dalam alam nyawa,

Namun kita hidup juga,
Hanya berpindah alam saja,

Hidup terus wujud,
Kerana ia pancaran Al-Wujud,

Di alam sana kita wujud juga,
Melihat tanpa mata,
Mendengar tanpa telinga,

Lebih jelas dan nyata,
Kerana dinding badaniah tidak ada,

Apakah mati menurut si sufi,
Dengarlah huraian di bawah ini,

Mati di sini dalam khayalan,
Dalam khayalan dan perasaan,

Khayalan dan perasaan,
Sangat penting dalam kesufian,

Matikan ego mu,
Matikan nafsu amarahmu,

Matikan kepentingan diri,
Tegakkan kepentingan ilahi,

Nafikan dirimu ithbatkan Allah,
Hingga terasa tiada wujud selain Allah,

Hingga terasa dirimu kosong belaka,
Hanya Allah segala gala,

Hingga terasa tidak ada segala sesuatu,
Yang ada hanya dzat yang maha satu,

Bila Allah terdiri dalam hati,
Terasa lenyap diri sendiri,

Nafi yang lain ithbatkan Allah,
Itulah rahsia Laa ilaha illallah,

Terasalah dalam perasaan si sufi,
Dia telah binasa dan mati,

Yang hidup hanya Allah,
Yang wujud hanya Allah,

Inilah dalam perasaan,
Inilah dalam khayalan,

Orang sufi orang ruhani,
Merenung jauh ke dalam diri,

Berbagai ilham mereka perolehi,
Orang bukan sufi sukar mempercayai,

Bukan senang menjadi sufi,
Perlu latihan secara ruhani,

Mereka bersembahyang mereka berpuasa,
Mereka berzikir segenap masa,

Bersihkan hati hingga bergilap,
Bercahaya bersinar tiada lagi gelap,

Hati dicuci dengan zikrullah,
Jiwa yang kembali mengadap Allah,

Guru itu sebagai pembimbing,
Menuju ma'rifat yang hening,

Ma'rifat itu pengenalan,
Mengenal Allah mengenal insan,

Apabila sampai ke ma'rifat suci,
Terasalah ia hampirnya rabbi,

Terlalu hampir terlalu nyata,
Lidah kelu hendak berkata,

Tidak dapat dikatakan,
Hanya terasa dalam khayalan,

Orang sufi hampir dengan rabbi,
Mereka kosong dari ego sendiri,

Mereka menjadi cermin Allah,
Mereka menjadi tanda tanda Allah,

Mereka itu sudah kembali,
Kembali ke hadrat ilahi,

Badan didunia tapi ruh disisi Allah,
Mati pada diri..tapi hidup dalam Allah,

Mereka itu hamba Allah sejati,
Mereka itu hanya menifestasi,

Kalau kau perangi wali Allah,
Kau sebenarnya memerangi Allah,

Kalau kau wali Allah,
Lontaranmu lontaran Allah,

Pukulanmu pukulan Allah,
Bukan kau yang membunuh...sebenarnya Allah,

Wali Allah sufi sejati,
Doa nya makbul di restui ilahi,

Mereka menjadi khalifah Allah,
Mereka hanya ayat ayat Allah,

Belajarlah pada syekh sufi,
Agar kau diberkati ilahi,

Terlalu hampir sekali,
Terasa diri tiada lagi,

Matilah diri hiduplah Allah,
Semata mata yang ada hanya dzat Allah.

PANDANGAN JIWA KESUFIAN

SIKAP TAWAKAL

SIKAP TAWAKAL

Tawakal merupakan perintah Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW. Jika hal tersebut dilakukan dengan baik dan benar, insya Allah tidak akan menjadikan seorang hamba menjadi hina dan menderita. Sebab, tawakal bukan hanya penunjukkan sikap kepasrahan yang tidak beralasan, tapi tawakal juga harus terlebih dahulu dengan usaha yang maksimal. Hilangnya usaha, berarti hilanglah hakekat dari makna tawakal itu.

Rasulullah SAW adalah pekerja keras, pemimpin yang sangat cerdas, pengusaha hebat dan panglima perang yang tangguh. Tapi, beliau selalu menggantungkan sikap tawakalnya hanya kepada Allah. Karena itu beliau selalu mengucapkan doa-doa mengenai rasa tawakalnya kepada Allah SWT:

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ وَبِكَ خَاصَمْتُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِعِزَّتِكَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَنْ تُضِلَّنِي أَنْتَ الْحَيُّ الَّذِي لاَ يَمُوتُ وَالْجِنُّ وَالإِنْسُ يَمُوتُونَ (رواه مسلم)

Ibnu Abbas ra menuturkan bahwa Rasulullah SAW senantiasa berdoa, ‘Ya Allah hanya kepada-Mulah aku menyerahkan diri, hanya kepada-Mulah aku beriman, hanya kepada-Mulah aku bertawakal, hanya kepada-Mulah aku bertaubat, hanya karena-Mulah aku (melawan musuh-musuh-Mu). Ya Allah aku berlindung dengan kemulyaan-Mu di mana tiada tuhan selain Engkau janganlah Engkau menyesatkanku. Engkau Maha Hidup dan tidak pernah mati, sendangkan jin dan manusia mati. (HR. Muslim)

Rasulullah SAW juga bersabda:

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ قَالَهَا إِبْرَاهِيمُ عَلَيْهِ السَّلَام حِينَ أُلْقِيَ فِي النَّارِ وَقَالَهَا مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ قَالُوا إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ (رواه البخاري)

Ibnu Abbas ra meriwayatkan, “Hasbunallah wani’mal Wakil’ kalimat yang dibaca oleh Nabi Ibrahim as ketika dilempar ke dalam api, dan juga telah dibaca oleh Nabi Muhammad SAW ketika diprovokasi oleh orang kafir, supaya takut kepada mereka ; ‘sesungguhnya manusia telah mengumpulkan segala kekuatannya untuk menghancurkan kalian, maka takutlah kamu dan janganlah melawan, tapi orang-orang beriman bertambah imannya dan mengucap, Hasbunallah wa ni’mal Wakil (cukuplah Allah yang mencukupi kami dan cukuplah Allah sebagai tempat kami bertawakal.” (HR. Bukhari)

Sikap tawakal yang dilakukan secara kuat dengan keyakinan dan keimanan yang hebat justru merupakan kekuatan mahadasyat. Kepasrahan kepada Allah adalah jalan satu-satunya yang dapat menyelamatkan, mengamankan, membahagiakan dan memenangkan.

Alkisah. Pada saat perang Dzatur riqa’, ketika Rasulullah SAW sedang beristirahat di bawah sebuah pohon, sedangkan pedang beliau tergantung di pohon. Tiba-tiba datang seorang musyrik yang mengambil pedang beliau sambil berkata, “Siapa yang dapat melindungimu dariku?” Namun dengan sangat tenang Rasulullah SAW menjawab, “ALLAH.” Setelah tiga kali bertanya, tiba-tiba pedang yang dipegangnya jatuh. Lalu Rasulullah SAW mengambil pedang tersebut seraya bertanya, “sekarang siapakah yang dapat melindungimu dariku?”

Rasulullah SAW juga pernah bersabda:

عَنْ عَمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ لَوْ أَنَّكُمْ تَتَوَكَّلُوْنَ عَلَى اللهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرَزَقَكُمْ كَمَا يَرْزُقُ الطَّيْرَ، تَغْدُو خِمَاصًا وَتَرُوْحُ بِطَانًا (رواه الترمذي)

Dari Umar ra, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,’sekiranya kalian bertawakal kepada Allah dengan tawakal yang sebenar-benarnya, pastilah Allah akan memberikan rezeki kepada kalian sebagaimana Allah memberi rezeki pada seekor burung. Pergi pagi hari dalam keadaan perut kosong, dan pulang sore hari dalam keadaan perut kenyang. (HR. Tirmidzi)

Usaha dan doa adalah bagian yang tidak bisa dipisah-pisahkan. Seseorang yang mengaku bertawakal, namun tanpa memiliki usaha apa pun maka dia sebenarnya telah berdusta pada dirinya sendiri. Sebagai seorang hamba, kita tetap memiliki kewajiban untuk berusaha dan berkerja, serta menggantungkan keputusan dan hasilnya pada Allah Yang Maha Berkehendak.

Rasulullah SAW juga pernah bersabda:

عَنْ أَنَسِ بْنَ مَالِكٍ يَقُولُ قَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَعْقِلُهَا وَأَتَوَكَّلُ أَوْ أُطْلِقُهَا وَأَتَوَكَّلُ قَالَ اعْقِلْهَا وَتَوَكَّلْ (رواه الترمذي)

Dari Anas bin Malik ra, ada seseorang berkata kepada Rasulullah SAW. ‘Wahai Rasulullah SAW, aku ikat kendaraanku lalu aku bertawakal, atau aku lepas ia dan aku bertawakal?’ Rasulullah SAW, ‘Ikatlah kendaraanmu lalu bertawakallah.” (HR. Tirmidzi)

Sabtu, 9 Julai 2016

Menetapkan iktiqad dan tauhid sepertimana yang dikehendaki oleh Allah.

Jika kita mempelajari dan mengetahui ilmu tauhid, ilmu hakikat dan ilmu makrifat tetapi tidak melakukan salah satu jalan daripada pelbagai jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad dan tauhid sepertimana yang dikehendaki oleh Allah.

Bermakna kita telah memperkatakan tentang kebenaran berdasar kepada ilmu yang telah diketahui tersebut tetapi kita tidak melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad dan tauhid, ini bermakna kita memperkatan sesuatu tetapi tidak melakukan sepertimana yang telah diperkatakan itu sepertimana yang telah dikehendaki oleh Allah..

Allah telah memberikan peringatan keras kepada sesiapa sahaja yang memperkatakan sesuatu yang tidak dilakukan...

61.Surah Aş-Şaf (Verse 2)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!

61.Surah Aş-Şaf (Verse 3)
كَبُرَ مَقْتًا عِندَ اللَّهِ أَن تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ

Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

Ilmu tauhid dengan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid adalah berbeza.

Ilmu tauhid ialah pengetahuan yang diketahui tentang tauhid..

Jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid ialah apa yang perlu dilakukan oleh seseorang untuk menetapkan iktiqad atau pegangan tauhid.

Ini apa yang telah ditentukan oleh Allah seperti didalam firman Allah

17.Surah Al-'Isrā' (Verse 41)
وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِيَذَّكَّرُوا وَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا نُفُورًا

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.

Khamis, 7 Julai 2016

Ingatlah tujuanmu bukan cahaya akan tetapi tuan kepada cahaya itu

TUJUAN

Ingatlah tujuanmu bukan cahaya akan tetapi tuan kepada cahaya itu.

Dibalik nyata ada kebenaran yang ghaib maka kau perlu berjalan dan bergerak dengan tidak memalingkan wajahmu kekanan ataupun kekiri agar kau terhindar dari keasyikkan cahaya itu, barulah kau sampai ke tujuan yang asal

didalam amal terkadang ada yang menjumpai..

1-orang2 ghaib
2-wali2
3-syiekh
4-puteri dll

Ini semua adalah hijab lautan nur. Kalau kau asyik dengan nya kau akan tidak dapat mencapai makrifatullah dan kau tidak akan mendapat jalan kesempurnaan jiwa.

Ingatlah semua perkara itu bukan tujuan kita dan jika ia mendatangi kita ( dimasa latihan ) berlangsung maka kau katakanlah padanya...urusanku hanya dengan tuhanku dan aku tidak ada urusan denganmu.

Jalanku jalan gerak
bukan untuk menjadi wali
aku mencari barang yang haq
untuk menyempurnakan diriku sendiri.

Jagalah sahaja diri kamu

Suatu ketika, Rasulullah SAW ditanya tentang maksud firman Allah SWT: 

5.Surah Al-Mā'idah (Verse 105)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا عَلَيْكُمْ أَنفُسَكُمْۖ لَا يَضُرُّكُم مَّن ضَلَّ إِذَا اهْتَدَيْتُمْۚ إِلَى اللَّهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعًا فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman! jagalah sahaja diri kamu. Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Dia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan”

[al-Maa’idah 5: 105]

Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda:

"Bahkan sesungguhnya serulah manusia kepada kebaikan dan cegahlah dari kemungkaran. Kamu nanti akan melihat satu keadaan di mana kebatilan akan dituruti, hawa nafsu akan jadi ikutan dan dunia ini akan lebih diutamakan.

Setiap orang akan tenggelam dalam pandangan masing-masing.

Peliharalah diri kamu dan janganlah dituruti orang ramai. Sesungguhnya selepas zaman kamu ini, akan datang hari-hari yang menuntut kesabaran, dan kesabaran itu akan menjadi seperti perbuatan menggenggam bara api di dalam tangan. Sesiapa yang terus bertahan dengan keadaan itu akan mendapat ganjaran seperti 50 orang yang berbuat perkara yang sama” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, ganjaran 50 orang seperti mereka?” Baginda menjawab, “Ganjaran 50 orang seperti kamu”

[Hadith riwayat al-Tirmidhi dan Abu Daud dengan sanad yang lemah tetapi diperkukuhkan oleh riwayat yang lain]

TEGURAN RAHSIA SEORANG GURU

TEGURAN RAHSIA SEORANG GURU

Harun ibn ‘Abdillah, seorang ulama Ahli Hadith yang juga pedagang kain di Kota Baghdad bercerita:

Suatu hari, larut malam .. pintu rumahku di ketuk.

“Siapa..?”, tanyaku.

“Ahmad”, jawab orang di luar perlahan.

“Ahmad yang mana..?” tanyaku makin penasaran.

“Ibn Hanbal”, jawabnya perlahan.

SubhanaLLAH, itu guruku..!, kataku dalam hati.

Maka kubuka pintu.

Kupersilakan beliau masuk, dan kulihat beliau berjalan terjingkit-jingkit, seolah tidak ingin terdengar langkahnya.

Saat kupersilakan untuk duduk, beliau menjaga agar kerusinya tidak berderit mengeluarkan bunyi.

“Wahai guru, ada urusan yang penting apakah sehingga dirimu mendatangiku selarut ini?”

“Maafkan aku ya Harun.  Aku tahu biasanya engkau masih terjaga meneliti Hadith selarut ini, maka aku pun memberanikan diri mendatangimu. Ada hal yang mengusik hatiku sedari siang tadi.”

Aku terkejut.

"Sejak siang..? Apakah itu wahai guru?”

“Mmmm begini…” suara Ahmad ibn Hanbal sangat pelan, nyaris berbisik.

" _Siang tadi aku lalu di samping Majlismu_, _saat engkau sedang mengajar murid-muridmu_.
_Aku saksikan murid-muridmu terkena terik sinar mentari saat mencatat Hadith-hadith_, _sementara dirimu bernaung di bawah bayangan pepohonan_.
_Lain kali_, _janganlah seperti itu wahai Harun_.
_Duduklah dalam keadaan yang sama sebagaimana murid-muridmu duduk_ ..!"

Aku tercengang , tak mampu berkata…

Maka beliau berbisik lagi, lalu minta izin balik dan melangkah kaki terjingkit2 dan menutup pintu dgn hati-hati.

Masha'ALLAH .....

Inilah guruku Ahmad ibn Hanbal, begitu mulianya akhlak beliau dalam menyampaikan nasihat.

Beliau boleh saja membetulkan kesalahanku saat melintasi Majlisku.

Tapi itu tidak dilakukannya demi menjaga wibawaku di hadapan murid-muridku.

Beliau juga rela menunggu hingga larut malam agar tidak ada orang lain yang mengetahui kesalahanku.

Bahkan beliau berbicara dengan suara yang sangat pelan dan berjingkat saat berjalan, agar tidak ada anggota keluargaku yang terjaga.

Lagi-lagi demi menjaga wibawaku sebagai imam dan teladan bagi keluargaku.

Teringat perkataan Imam Asy Syafi’e :

“Nasihati aku saat sendiri, jangan di saat ramai dan banyak saksi. Sebab nasihat di tengah khalayak, terasa hinaan yang membuat hatiku pedih dan koyak; Maka maafkan jika hatiku berontak.”

_Mudah2an bermanfaat untuk kita semua_