Pages

Rabu, 30 November 2016

Kata2 hikmat Salahudin Al Ayubi

SIAPAKAH PENDUDUK BUMI SEBELUM NABI ADAM A.S ?

TAHUKAH ANDA, SIAPAKAH PENDUDUK BUMI SEBELUM NABI ADAM A.S ?

KENALI MAKHLUK-MAKHLUK YANG MENGHUNI DAN MELATA DISELURUH PLANET BUMI SEBELUM ERA ANAK-ANAK ADAM BERKUASA

Djinn ialah makhluk Allah yang mendiami bumi jauh lebih lama sebelum penciptaan Al-Insan ADAM .Terdapat beberapa bangsa dari kalangan Djinn yang disebut dalam Kitab Al-Quran, Injil dan Taurat.

Antara yang kerap disebut dan terkenal dikalangan manusia dari tiga Clan (Ifrit, Marid & Nasnas)yang pernah berkhidmat dibawah kerajaan Agung Raja Sulaiman.

Selebihnya dari bangsa-bangsa primitif yang mendiami dan melata seluruh pelusuk bumi sebelum Khalifah Khalifah Anak Adam mendominasi Dunia.

"Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat."
(Al-Jinn 72:6)

Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api yang menyala.
(Al-Jinn 72:8)

‘IFRIT
Antara bangsa yang agak rapat dengan Manusia. Makhluk Djinn paling berpengaruh, mahir dalam ilmu Arkitektur, sering terlibat dalam membantu pembinaan Monumen Gergasi Tamadun Manusia.

Bangsa Bengis dan Bertubuh berapi. Terlibat dalam membantu Kerajaan Nabi Sulaiman.

MARID
Bangsa paling bertamadun
Memiliki raut seiras Manusia
Hebat dalam Ilmu Sihir dan Magis
Ada dikalangan mereka yang berpengaruh diangkat sebagai Dewa dalam tamadun Purba Manusia.
Sering diseru untuk membantu Maharaja2 dan Pawang manusia

NASNAS
Bangsa ketiga terbesar
Mendiami dasar laut terdalam.
Bertubuh separuh Djinn separuh hidupan marin.
Sering menjauhi hidupan darat terutama semenjak kemunculan anak-anak Adam.
Menyerang kapal-kapal yang melalui kawasan nya

GHUL
Berkemampuan merubah rupa bentuk (shape-shifting) menjadi apa saja.
Kerap memperdaya kumpulan Pengembara manusia.
Makhluk Primitif pemakan Bangkai dan Mayat.
Menghuni dikaki Bukit, Kawasan Gurun dan Hutan-Hutan Tebal.

HINN
Mempunyai fizikal besar, dan bersayap
Kehidupan sangat misteri dan sangat sedikit jumlahnnya,
Hidup dalam kelompok Kecil jauh dari kumpulan-kumpulan lain
Antara yang terawal mendiami bumi

JANN
Makhluk Gergasi dan bersayap
Mampu menyemburkan api
Musuh kepada Bangsa Hinn
Mengawal dan menjaga sumber emas dibumi
Antara yang terawal mendiami bumi

PALIS
Hidup secara bersendirian
Tinggal didalam sarang-sarang yang dibina dicelah bukit dan hutan.
Menyerang haiwan-haiwan, menghisap darah manusia
Hanya bergerak diwaktu malam dan tidak gemar pada cahaya

SHAITAN
Kumpulan Rebel pemberontak dari kalangan Ifrit
Sangat menyanjung Lucifer/Iblis
Selepas mendapat berita tersingkirnya, Lucifer dihalau kebumi semula.
Mereka membentuk sebuah bala tentera dibawah arahan Lucifer

SHIQQ
Bangsa yang memiliki fizikal sangat besar
Digelar Rakshasha di sesetengah tempat
Gemar melakukan kerosakan
Sangat digeruni oleh bangsa-bangsa lain

SI’LAT
Makhluk Yang hidup diudara, juga mampu bertukar wajah, dan menyamar sebagai manusia.

Sering menonjolkan diri seperti pusaran angin. Tinggal kawasan pergunungan tinggi dan diatas awan. Musuh kepada makhluk Ghul.

SESUNGGUHNYA MEREKA HANYALAH SEBAHAGIAN PENGHUNI BUMI YANG DICIPTA ALLAH DAN SESUNGGUH NYA MANUSIA ADALAH SEINDAH MAKHLUK CIPTAAN ALLAH YANG SEMPURNA...

WALLAHUALAM

Apa hukum patung atau tugu yang dibuat bukan untuk disembah?

Soalan; Apa hukum patung atau tugu yang dibuat bukan untuk disembah?

Jawapan;

Membuat dan menyimpan patung (termasuk tugu) yang berupa makhluk bernyawa dilarang di dalam Islam. Nabi SAW bersabda;

لَا تَدْخُلُ الْمَلَائِكَةُ بَيْتًا فِيهِ كَلْبٌ، وَلَا تَمَاثِيلُ
“Para malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang terdapat di dalamnya anjing dan patung-patung”
(Soheh Muslim; 2106/87.
Dari Abi Talhah al-Ansari RA).

Abu Hayyaj al-Asadi menceritakan; Saidina ‘Ali RA berkata kepadaku;

‘Ketahuilah bahawa aku mengutusmu untuk melaksanakan tugas sebagaimana aku dulu diutuskan oleh Nabi SAW untuk melakukannya, iaitu; “Jangan engkau biarkan satu patung pun melainkan hendaklah engkau musnahkan, dan jangan biarkan satu kubur pun yang tinggi dari yang lain (yakni dibuat binaan di atasnya) melainkan hendaklah kamu ratakan”
(Soheh Muslim; 969/93).

Abu Hurairah RA menceritakan; Rasulullah SAW telah menceritakan; Jibril AS telah datang kepadaku, lalu berkata;

‘Sebenarnya kelmarin aku telah datang kepadamu, namun aku terhalang memasuki rumah kamu kerana di pintu rumah terdapat patung lelaki-lelaki, di dalam rumah pula terdapat tirai yang terdapat gambar-gambar patung padanya, begitu juga terdapat anjing di dalam rumah.

Hendaklah kamu menyuruh supaya dikerat/dipotong kepala patung yang terdapat di pintu rumah hingga ia menjadi seperti rupa pokok (yakni tidak berupa haiwan lagi), dipotong kain tirai dan dijadikan dua kain lapik yang dihampar untuk dipijak (atau diduduki).

Anjing pula suruhlah agar diusir keluar. Lantas Nabi SAW melakukan sebagaimana yang disuruh oleh JIbril RA (Sunan at-Tirmizi; 6806. Hadis hasan).

Hadis ini menolak pandangan yang menganggap patung yang dilarang hanyalah yang dijadikan sembahan atau dibimbangi dijadikan sembahan, kerana tidak tergambar oleh sesiapapun bahawa patung yang ada dalam rumah Nabi SAW adalah untuk sembahan.[1]

Menurut Syeikh ‘Atiyah Saqar;[2] “Telah disepakati oleh sekelian ulamak bahawa haram menyimpan patung (yang berupa makhluk bernyawa) jika tujuannya adalah untuk penyembahan dan pemujaan, kerana ia adalah rijs (kotoran) yang disebut Allah dalam firmanNya;

فَاجْتَنِبُوا الرِّجْسَ مِنَ الْأَوْثَانِ وَاجْتَنِبُوا قَوْلَ الزُّورِ
“Jauhilah rijs (kotoran) iaitu berhala-berhala, dan jauhilah perkataan dusta”
(Surah al-Haj, ayat 30).

Jika tujuan menyimpannya bukan untuk sembahan atau pemujaan, ia turut diharamkan jika mempunyai ciri-ciri berikut;
1. Patung itu sempurna anggota-anggotanya.
2.  Tidak ada keperluan untuk membuat atau menyimpannya.
3.   Dibuat dengan bahan yang boleh kekal dalam tempoh yang lama seperti kayu, logam atau batu.

Merujuk kepada ciri-ciri di atas, dikecualikan dari hukum haram tadi patung-patung berikut;

1. Patung yang tidak sempurna, iaitu patung yang berbentuk separuh badan, atau yang kurang anggotanya sekira-kira jika diandaikan patung itu makhluk hidup, ia tidak akan dapat hidup tanpa anggota itu (seperti patung yang tidak berkepala dan sebagainya).

Patung jenis ini tidak haram, namun makruh. Menurut mazhab Maliki; diharuskan patung yang berlubang yang menghalang hidup (jika diandaikan ia hidup) sekalipun lubang itu kecil. Mazhab Hanafi dan Hanbali mensyaratkan lubang itu besar.

2. Dibolehkan patung yang dibuat untuk suatu maslahah seperti sebagai permainan kanak-kanak perempuan (untuk pendidikan mereka) atau sebagai alat bantuan dalam pembelajaran.

Kerana Nabi SAW tidak melarang ‘Aisyah RA ketika melihat dia bermain dengan patung kanak-kanak perempuan bersama rakan-rakan perempuannya (*ketika mula tinggal dengan Nabi SAW, ‘Aisyah RA baru berusia 9 tahun), sebagaimana yang diceritakan oleh hadis dalam Soheh al-Bukhari dan Muslim.[3]

Para ulamak menjelas illah (sebab)nya, iaitu; patung permainan itu dibolehkan sebagai latihan atau bimbingan bagi kanak-kanak perempuan untuk masa depannya.

3. Sekiranya patung dibuat dari bahan yang tidak kekal lama seperti dibuat dari manisan atau tepung, sebahagian ulamak mazhab Maliki mengharuskannya, antaranya Ibnu al-Faraj al-Maliki dan Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya (Tafsir al-Qurtubi; surah Saba’, ayat 13)”
(Tamat fatwa Syeikh ‘Atiyah Saqar).

Kesimpulan; pada dasarnya, patung yang berupa makhluk bernyawa (yakni manusia atau haiwan) -jika memenuhi ciri-ciri di atas- adalah dilarang oleh Syariat Islam sekalipun tidak dijadikan sembahan kerana hadis-hadis Nabi SAW yang melarangnya bersifat umum.

Wallahu a’lam

Selasa, 29 November 2016

JAGA-JAGA, TERGELINCIR

Salam semua

*JAGA-JAGA, TERGELINCIR…*

Nu'man bin Tsabit atau yang biasa kita kenal dengan Imam Abu Hanifah rahimahullah Ta'ala, pernah berjalan bertentangan arah dengan seorang budak kecil yang berjalan mengenakan terompah kayu.

Si imam berkata: "Jaga-jaga Nak dengan terompah kayumu itu, jangan sampai kamu tergelincir."

Budak ini pun tersenyum dan mengucapkan terima kasih atas perhatian Abu Hanifah.

"Bolehkah saya tahu namamu, Tuan?" tanya si budak kecil itu tadi.

"Nu'man namaku", jawab si imam.

"O.. jadi, tuankah yang selama ini terkenal dengan gelaran Al-Imam Al-A'zhom (Imam agung) itu..?", tanya si budak.

"Bukan aku yang memberi gelaran itu. Masyarakatlah yang berprasangka baik dan memberi gelaran itu kepadaku", jawab si Imam.

"Wahai si Imam, berhati-hatilah dengan gelaranmu. Jangan sampai tuan tergelincir ke neraka kerana gelaran itu.

Terompah kayuku ini mungkin hanya menggelincirkanku di dunia.

Tetapi gelaranmu itu dapat menjerumuskan kamu ke dalam api yang kekal JIKA KESOMBONGAN dan KEANGKUHAN menyertainya..."

Ulama besar yang diikuti banyak umat Islam itupun tersungkur menangis menerima nasihat 'tajam' daripada seorang budak kecil...

Imam Abu Hanifah rahimahullah Ta'ala (Hanafi) bersyukur. Siapa sangka, peringatan yang begitu dalam maknanya, justeru ia datang dari lidah seorang budak.

Betapa banyak manusia yang tertipu kerana PANGKAT, tertipu kerana KEDUDUKAN, tertipu kerana GELARAN atau TITLE, tertipu kerana POSISI YANG 'DIMULIAKAN'

Tertipu kerana STATUS SOSIAL, tertipu kerana sebutan gelar HAJI/HAJJAH, USTAZ, AL-FADHIL, SYAIKH, DOKTOR dan sebagainya.

Marilah kita berhati-hati dan TERUS SALING MENGINGATKAN agar jangan sampai kita tergelincir...

Jangan sampai kita menjadi angkuh dan sombong kerana gelaran, pangkat, status sosial dan kebesaran di dunia.

Ingatlah...
"Sepasang tangan yang menarik kita takkala terjatuh lebih kita percayai dari seribu tangan yang menyambut kita takkala tiba di puncak kejayaan.."

Mari kita hubungi sahabat-sahabat kita...
Kerana sahabat yg baik adalah pelita di kegelapan.

Kadang cahayanya baru terasa ketika dunia terasa gelap.

Ketahuilah...
"TIDAK AKAN MASUK SYURGA orang yang dalam hatinya ada sifat sombong, walaupun hanya seberat biji sawi."
(Hadis riwayat Muslim).

 
JANGAN MEREMEHKAN NASIHAT, WALAUPUN DATANGNYA DARIPADA SEORANG 'BUDAK HINGUSAN.

Ibadah yang paling utama

Dari Abu Hurairah dan ini adalah hadis Qutaibah: Bahwa orang-orang fakir Muhajirin menemui Rasulullah SAW sambil berkata;

"Orang-orang kaya telah memborong amal kebaikan derajat yang tinggi dan kenikmatan yang abadi (disisi Allah)."

Rasulullah SAW bertanya:
"Apa maksud kamu?"

Mereka menjawab: "Orang-orang kaya solat sebagaimana kami solat, dan mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa, namun mereka bersedekah dan kami tidak boleh melakukannya, mereka boleh membebaskan tawanan dan kami tidak boleh melakukannya."

Maka Rasulullah SAW  bersabda: "Mahukah aku ajarkan kepada kalian sesuatu yang kerananya kalian boleh menyaingi orang-orang yang mendahului kebaikan kalian, dan kalian boleh mendahului kebaikan orang-orang sesudah kalian, dan tak seorang pun lebih utama daripada kalian selain yang berbuat seperti yang kalian lakukan?"

Mereka menjawab;
"Mahu wahai Rasulullah?"

Baginda bersabda: "Kalian bertasbih, bertakbir, dan bertahmid setiap selesai solat sebanyak tiga puluh tiga kali.

(HR Muslim No: 936) Status: Sahih

Perbezaan iblis,syaitan dan jin?

🍁Perbezaan iblis,syaitan dan jin?🍁

Satu soalan yang mudah tetapi ramai yang keliru.

🍂Bagi makhluk yang berakal, Allah s.w.t hanya mencipta jin, manusia dan malaikat. Bapa kepada manusia adalah Nabi Adam a.s dan bapa kepada jin adalah Jan.

Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t Surah Ar-Rahman ayat 15 :
Yang bermaksud :
Dia ( Allah ) menciptakan Jann ( Jin ) dari nyalaan api ( Pucuk api yang menyala-nyala atau Maarij ).

🍂Malah jin telah diciptakan dahulu sebelum diciptakan manusia seperti yang telah dijelaskan dalam Surah Al-Hijr ayat 26 hingga 27, yang bermaksud :

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat yang kering kontang yang berasal dari lumpur hitam yang di beri bentuk dan Kami telah ciptakan Jin sebelum di ciptakan manusia daripada api yang sangat panas."

Sebab itulah jin telah terlebih dahulu menghuni bumi sebelum manusia.

🍂Iblis juga adalah dari keturunan jin yang bernama Azazil.

“Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: ‘Sujudlah kamu kepada Adam’, maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin…” (Al-Kahfi: 50)

Azazil merupakan ketua para malaikat di langit dan mengajar para malaikat. Ia digelar iblis, yang dilaknat, setelah engkar untuk sujud kepada Nabi Adam a.s lalu Allah SWT murka.

Hakikat penciptaan iblis yang dicipta dari api sama seperti jin ini disebut dalam al-quran iaitu dalam Surah Al-‘Araf ayat 12 :Yang bermaksud :

" Engkau ciptakan aku ( kata Iblis ) dari api sedangkan ciptakan dia ( Adam ) dari tanah".

Bermakna yang Allah ciptakan hanyalah jin, manusia dan malaikat. Dalam satu hadis Nabi s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Muslim r.a: Maksudnya :

" Malaikat diciptakan dari cahaya, Jaan diciptakan dari lidah api sedangkan Adam diciptakan dari sesuatu yang telah disebutkan kepada kamu ( tanah).

🍂Bagaimana pula dengan syaitan? Syaitan bukannya makhluk tetapi sebaliknya adalah sifat. Sama seperti apabila kita menyebut perkataan munafik, ia adalah sifat.

Syaitan adalah merujuk kepada sifat kejahatan. Sebab itulah dalam surah An-Nas kita meminta berlindung dari Allah daripada syaitan-syaitan di kalangan jin dan manusia.

Maknanya, syaitan ini boleh terdiri daripada jin dan juga manusia. Oleh itu usah keliru lagi. Ramai yang silap, keliru dan tidak faham selama ini.

Sekian.
Ustaz Hassan
Darul Muallij

Pak Habib sekarang berada di Labok Machang Kelantan

Rombongan Pak Habib di rumah Lebai Mad Labok Machang Kelantan

Ahad, 27 November 2016

Kucing merupakan makhluk yg berkat

Tahukah anda...?

'Kucing merupakan makhluk yg berkat' Mengapa?

Kisah ini dipetik drpd kisah Badiuzzaman Said Nursi.. seorang pejuang dan pemikir Islam Turki. Ketika beliau berseorangan di pondok ,beliau hanya ditemani oleh 4 ekor kucing.

Terlintas dihatinya mengapa kucing dikatakan makhluk yg berkat sedangkan kucing kerjanya hanya bermain makan dan tidur tidak seperti makhluk lain yg melakukan pekerjaan.

Pada malam itu Badiuzzaman Said Nursi ingin tidur dan datang seekor kucing duduk di tepi bantalnya. Kemudian kucing itu menghampirkan mulutnya ke telinga Badiuzzaman Said Nursi lalu berzikir "YA RAHIM" berulang kali.

Pada awalnya beliau berkira ia hanya 1 mimpi namun ia memang benar. Semakin lama beliau mendengar semakin jelas kucing2 ini mengiau dgn menyebut YA RAHIM dan ia berzikir dengan begitu fasih dan penuh kesedihan.

Kucing2 ini seperti sedang merayu kpd tuhanNya yg bersifat al-Rahim. Allahuakbar!!! Tanpa kita sedar inilah zikir dan munajat kucing setiap hari dan kerana inilah kucing adalah makhluk yg berkat di sisi Allah.

Dan kucing tidak berzikir dgn nada haiwan sebaliknya ia berzikir dengan nada insan kerana ia hidup bergaul dgn manusia. Kucing sgt memerlukan belas kasihan daripada manusia.

Selepas kucing ini mendapat kasih sayang dan makanan daripada tuannya ia tidak berhenti mengucapkan syukur dan pasti ia akan berdoa untuk kebaikan dan kemurahan rezeki buat tuannya kerana tidak kedekut berkongsi rezeki dgn makhluk sepertinya.

Dan adakah kita mengira doa daripada kucing ini tidak makbul? Ia pasti makbul kerana darjatnya tinggi di sisi Allah walau ia hanya seekor kucing.

Dan kucinglah haiwan kesayangan Rasulullah. Jadi kwn2 sayangilah kucing dan jgn pernah sesekali menzaliminya. ketahuilah bahwa doa kucing berkekalan hingga ke akhirat untuk kita.

Setidak tidaknya mungkin dengan kita berlaku ihsan pada kucing2 ini Allah akan redha pada kita dan dapat menolong kita di akhirat kelak.

Kalimah Zikir Yang Lebih Baik Dari Seisi Dunia

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Kalimah Zikir Yang Lebih Baik Dari Seisi Dunia

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَأَنْ أَقُولَ سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ أَحَبُّ إِلَيَّ مِمَّا طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ

Dari Abu Hurairah dia berkata; "Rasulullah SAW telah bersabda: 'Sesungguhnya membaca:

سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

(Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah, dan Allah Maha Besar) adalah lebih aku cintai daripada segala sesuatu yang terkena oleh sinar matahari.'"(HR Muslim No: 4861) Status: Sahih

Pengajaran:

1.  Berzikir dan bertasbih bagi mengingati Allah adalah amalan terpuji seorang Muslim

2.  Rasulullah mencintai Muslim yang membaca:

سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah, dan Allah Maha Besar

3. Al-Munawi menjelaskan 'lebih dicintai daripada sesuatu yang terkena sinar matahari' adalah empat kalimah zikir diatas lebih baik daripada dunia seisinya.

Marilah kita perbanyakkan tasbih, tahmid, tahlil dan takbir kerana kalimah ini lebih baik dari seisi dunia.

27hb Nov.  2016
27 Safar 1438H

PENYAIR SUFI : ABU AL ATAHIYAH

PENYAIR SUFI :
ABU AL ATAHIYAH
(W. 211 H/ 828 M),

Seorang penyair zuhud sezaman dengan Abu Nawas. Ia terkenal akan kezuhudannya, dengan syair-syairnya ia banak memberikan peringatan-peringatan yang jujur kepada penguasa waktu itu ( khalifah Harun Ar Rasyid), sehingga kadang sang khalifah tersedu-sedu mendengar ajaran yang diberikan lewat sair-sairnya.

Nama Ismail bin Qosim bin Suweid al Anzi, panggilanya Abu Ishak, dan terkenal dengan nama Abul Atahiyah, karena konon sering merasa bingung. Masa kecilnya tinggal di Kufah dan kemudian menetap di Baghdad.

Ia selalu mempunyai hubungan yang baik dengan para khalifah, sehingga dirinya sangat dikenal oleh mereka. Ia pernah meninggalkan profesi sebagai penyair, tetapi kemudian kembali lagi menjadi penyair.

Ia orang yang sangat tanggap dan dalam syair-syairnya banyak kreasi baru. Dalam sehari ia mampu membuat 100 bait. Diantara syair-syairnya yang terkenal dan sangat bagus adalah masalah kezuhudan, kata-kata mutiara, peribahasa dan nasehat. Ia meninggal di Baghdad.

Peranan & Pemikiran
Ia merupakan penyair zuhud yang terkenal pada zaman khalifah Harun Al Rasyid dan sering mengingatkan sang khalifah apabila lalai.

Apabila sang khalifah sudah sampai kegembiraan, sehingga lupa akan kewajibannya dan kemiskinan rakyat, ia dengan syairnya memberikan peringatan-peringatan yang jujur.

Sehingga kadang-kadang Harun Al rasyid tersedu-sedu mendengarkan ajaran yang diberikannya.

Para ahli sejarah tidak berhasil mengumpulkan semua syair-syairnya, karena jumlahnya sangat banyak. Imam Yusuf bin Abdullah al Qurthubi menulis syair-syair beliau dalam satu jilid.

Manuskripnya masih ada hingga sekarang di perpustakaan Mesir dan belum diterbitkan.

Salah seorang sastrawan kristen pernah membaca dan menyalinnya, dan menyusun syair-syairnya berdasar abjad hijaiyah dan menerangkan sebagian kata-katanya yang diberi judul Al Anwar az Zahiyah fi Diwan Abil Atahiyah.

NASEHAT ABUL 'ATAHIYAH
(Jangan Terpedaya dengan Gemerlapnya Dunia )

Sepotong roti kering yang engkau makan di pojokan….

Dan secangkir air dingin yang kau minum dari mata air yang jernih….

Dan kamar sempit yang meraja jiwamu kosong di dalamnya…

Atau mesjid yang terasing dan jauh dari manusia, lalu engkau berada di sudut mesjid tersebut…

Engkau membaca Al-Qur'an sambil bersandaran di sebuah tiang mesjid…

Seraya mengambil ibroh/pelajaran dari kisah-kisah orang-orang terdahulu yang telah tiada…

Itu lebih baik daripada berlama-lama di dalam istana-istana yang megah…

Yang akhirnya mengakibatkan dosa yang menyebabkan engkau masuk dalam api yang panas…

Ini adalah washiatku yang mengabarkan tentang dirinya…

Sungguh beruntung orang yang mendengarnya…demi Allah washiat ini sudahlah cukup (memberi pelajaran…)

Maka dengarlah nasehat orang yang sayang dan khawatir kepadamu yang dikenal dengan Abul 'Ataahiyah..

Sungguh indah sya'ir Abul 'Ataahiyah di atas, terutama bagi yang mengerti bahasa arab.

Sedikit waktu yang disempatkan untuk membaca Al-Qur'an di pojokan mesjid jauh dari pandangan manusia…

Ternyata jauh lebih bernilai dari kemegahan istana yang hanya sementara.

Benarlah jika Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam menyatakan ;

"Sholat sunnah dua rakaat qobliah subuh lebih baik daripada dunia dan seisinya"

Janganlah terpedaya dengan kenikmatan dunia…sesungguhnya ia adalah kenikmatan yg semu dan sementara…

Ingatlah akan kenikmatan akhirat yg jauh lebih baik dan abadi.

Jika seseorang di suruh memilih mendapatkan kenikmatan secangkir susu, akan tetapi kapan saja bisa ia minum dan tersedia, atau memilih kambing guling akan tetapi hanya sekali saja bisa santap, tentu orang yg berakal akan memilih secangkir susu –meskipun sedikit- akan tetapi terus tersedia selama puluhan tahun, kapan saja siap untuk diminum.

Maka bagaimana lagi jika perkaranya sebaliknya…kambing guling yg terus siap tersedia kapan saja bisa disantap, dibandingkan dengan secangkir susu yg hanya bisa sekali diminum??

Bagaimana lagi dengan hanya secangkir air putih…???

Demikianlah…kenikmatan dunia selain sedikit iapun fana dan akan sirna.

Adapun kenikmatan akhirat sangat banyak dan abadi…

Jika engkau terpedaya dan terkagum-kagum bahkan kepingin tatkala melihat kenikmatan dan kemewahan benda-benda dunia, sedangkan engkau sedang menghadapi sulitnya kehidupan dunia maka agar engkau tidak terpedaya… ucapkanlah doa yg diucapkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam

"Yaa Allah tidak kehidupan yg hakiki kecuali kehidupan akhirat"
(HR Al-Bukhari dan Muslim)

Doa ini Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam ucapkan tatkala Nabi dan para sahabat kaum Muhajirin dan Anshor sedang menggali parit dalam perang Khandak, sementara perut-perut mereka keroncongan karena kelaparan, bahkan mereka mengikatkan batu ke perut- perut mereka untuk menahan rasa lapar.

Nasehat Syair Abu al ‘Atahiyah

Tatkala pintu-pintu rizki terbentang pada masa Abbasiyah, banyak manusia terfitnah dengan harta dan kekayaan. Mereka pun condong kepada permainan dan kemewahan serta menjauh dari amal shalih yang kelak akan memberikan manfaat pada akhirat mereka. Hal itu membuat para ulama, pemberi nasehat dan penyair untuk menyeru manusia agar beramal shalih dan bersikap zuhud di dunia ini. Karena hal itu akan mengantarkan mereka pada jalan keselamatan dari adzab di hari akhir kelak.
Dan diantara penyair yang terkanal dengan zuhud adalah Abu al ‘Atahiyah, yang mempunyai nama lengkap Ismail bin al Qasim bin Suwaid Abu Ishaq. Ia lahir pada tahun 130 H / 748 M dan meninggal di Baghdad pada tahun 211 H / 868 M.

Dia mengajak manusia untuk memikirkan kematian dan beramal untuk akhirat dengan bait syairnya.
Duhai, sungguh manusia sangat mengherankan!, seandainya mereka mau berfikir dan mengintrospeksi diri, mereka akan tahu (bahwa dunia adalah tempat singgah)
Dan mereka akan menyeberang dunia menuju tempat lain (akhirat), karena dunia tiada lain hanyalah jembatan!
Sesungguhnya kebaikan, yang tidak samar lagi, adalah semua hal yang diperintahkan Allah dan kejelekan adalah  segala yang diingkari
Kematian adalah suatu kepastian dan setelahnya adalah dikumpulkannya manusia di padang mahsyar (untuk dihisab), dan itulah janji terbesar..
Tidak ada kebanggaan kecuali kebanggaan ahli taqwa, esok tatkala manusia dipertemukan satu sama lain di padang mahsyar
Agar manusia mengetahui bahwasannya ketaqwaan dan kebaikan adalah harta simpanan terbaik
Sungguh aku heran terhadap manusia yang sombong lagi congkak, sementara esok mereka akan dikubur dalam tanah
Apalah artinya kesombongan bagi sesuatu yang awalnya adalah setetes mani dan akhirnya adalah bangkai ?!
Dia tidaklah mampu menyegerakan hal yang ia senangi, tidak pula mengakhirkan urusan yang ia benci !!
Dan semua urusannya kembali pada Allah, segala hal yang telah ditetapkan dan ditakdirkan

Syair Abu Al-Atahiyah
Sungguh menakjubkan,
Apabila manusia memikirkan,
Mengoreksi diri dan menghitung hitung kesalahan,
Sadar diri penuh pemaham.

      Dan niscaya mereka tinggalkan dunia,
      Menyeberang ke negeri lainnya,
      Bukankah dunia ini bagi mereka,
      Sekadar jembatan menuju kesana?

Tiada kemuliaan yang patut dibangga,
Selain kemuliaan orang yang takwa,
Esok saat berkumpul mereka,
Di padang Mahsyar yang perkasa.

       Hendaklah manusia sekalian,
       Menyadari benar tentang kenyataan,
       Bahwa takwa dan kebajikan,
       Adalah sebaik baik harta simpanan.
.

Wan Adeli pada 6:58 PTG

PENYAIR RASULULLLAH SAW : HASAN IBN AL TSABIT

PENYAIR RASULULLLAH SAW :
HASAN IBN AL TSABIT

Ada tiga nama Sastrawan terkenal di sekeliling Nabi, yakni

1) Hasan Ibn Tsabit,

2) Ka'ab Ibn Malik dan

3) 'Abd Allah Ibn Rawahah.

Selain itu, terdapat juga sejumlah nama sahabat Nabi yang mempunyai karya dalam bidang sastra, seperti Abu Bakar al-Siddiq, Umar ibn Khattab, Utsman ibn Affan, Ali bin Abi Thalib, Zaid bin Tsabit, dan Mu'awiyah Ibn Sufyan.

Hassan bin Tsabit 

Rasulullah saw seringkali memuji karya-karya Hassan bin Tsabit. Karena dengan syairnya, Hassan membela Rasulullah saw dan menangkis hinaan dan celaan orang-orang Quraisy.

Bagi orang-orang Quraisy sendiri syair Hassan ibarat tombak yang merobek tabir aib dan cacat mereka sehingga mereka pun terdiam membisu tidak mampu menjawab.
       
Hassan bin Tsabit al-Anshari merupakan seorang sahabat yang berumur panjang, setengah umurnya dia habiskan pada masa jahiliyah dan setengah lagi dia jalani bersama Islam.

Hassan adalah salah seorang penyair Arab papan atas pada masanya, setelah dia masuk Islam dia menggunakan syairnya untuk kepentingan Islam dan membela Rasulullah saw dari celaan musuh-musuh beliau, sampai-sampai beliau bersabda, “Balaslah hinaan mereka, ya Allah dukunglah dia dengan Ruhul Qudus.” Hassan wafat tahun 54 H.

Imam Muslim dalam kitab Fadhail Ashhab al-Nabi, Bab Fadhlu Hassan Ibn Tsabit meriwayatkan dari Aisyah bahwa Rasulullah saw bersabda, “Kritiklah orang-orang Quraisy karena ia lebih berat bagi mereka daripada lemparan anak panah.”

Nabi saw mengundang Ibnu Rawahah, beliau bersabda, “Kritiklah mereka.” Lalu Ibnu Rawahah melakukan tetapi tidak memuaskan Rasulullah saw.

Kemudian Nabi beliau meminta Kaab bin Malik, namun Rasul pun belum merasa puas.

Maka datanglah Hassan bin Tsabit, Rasulullah pun berkata, “Saatnya bagi kalian mengutus kepada singa yang memukul dengan ekornya ini.”

Hassan pun termenung sejenak mencari inspirasi, tak lama kemudian lidahnya bergerak dan dia berkata,

“Demi dzat yang mengutusmu dengan kebenaran, aku akan mencincang mereka dengan lisanku seperti kulit yang dicincang.”

Rasulullah saw bersabda, “Jangan terburu-buru, Abu Bakar adalah orang Quraisy yang paling mengetahui nasab Quraisy, nasabku berasal dari mereka, biarkan Abu Bakar menjelaskan nasabku kepadamu.”

Lalu Hassan datang kepada Abu Bakar, kemudian dia kembali dan berkata, “Ya Rasulullah, dia telah menjelaskan nasabmu kepadaku, demi Dzat yang mengutusmu dengan kebenaran, aku akan mengeluarkanmu dari mereka seperti sehelai rambut yang dikeluarkan dari adonan.”

Aisyah berkata, aku mendengar Rasulullah saw bersabda kepada Hassan, “Sesungguhnya Ruhul Qudus selalu mendukungmu selama kamu membela Allah dan rasulNya.”

Aisyah berkata, aku mendengar Rasulullah saw bersabda, “Hassan mengkritik mereka dan mereka terdiam tanpa mampu membalas.”

Hassan berkata,

"Kamu menghina Muhammad maka aku membelanya

Dan di sisi Allah-lah balasan dari semua itu

Kamu menghina Muhammad yang baik lagi bertakwa

Seorang utusan Allah yang selalu menepati janji

Sesungguhnya bapakku, ibuku dan kehormatanku

Adalah pelindung bagi kehormatan Muhammad dari kalian

Aku kehilangan anak perempuanku jika kalian tidak melihat

Kuda-kuda kami mengepulkan debu di dataran Kada`

Kuda-kuda itu terbang berlomba dengan tali kekangnya

Dengan tombak haus darah yang terhunus di balik lehernya

Kuda-kuda kami terus berpacu dengan kencang

Membuat para wanita mengibaskan debu dari kerudung mereka

Jika mereka membiarkan maka kami berumrah

Dan itulah kemenangan serta tersingkapnya tabir

Jika tidak maka hadapilah peperangan suatu hari

Di mana Allah akan memuliakan siapa yang Dia kehendaki

Allah berfirman, Aku telah mengutus seorang hamba

Yang berkata benar tanpa ada kesamaran

Allah berfirman, Aku telah mengirim pasukan

Orang-orang Anshar yang terbiasa berperang

Apakah orang yang menghina Rasulullah dari kalian

Dengan orang yang memuji dan menolongnya adalah sama

Jibril Utusan Allah ada di pihak kami
Ruhul Qudus yang tidak memilki tandingan."

Hassan ibnu Tsabit - Penyair pembela Rasulullah

Ibnu Abuz Zanad meriwayatkan dari ayahnya, dari Abu Hurairah r.a, dari Aisyah r.a, bahawa Rasulullah S.a.w telah meletakkan sebuah mimbar di dalam masjid khusus buat Hassan ibnu Tsabit r.a, tempat untuk bersyair bagi membela Rasulullah S.a.w; dan Rasulullah S.a.w berdoa untuknya;

"Ya Allah, perkuatkanlah Hassan dengan Ruhul Qudus (Malaikat Jibril), sebagaimana dia berjuang membela Nabi-Mu (melalui syair-syairnya)."

Lafaz hadis ini yang dari Imam Bukhari secara ta'liq. Akan tetapi, Imam Abu Daud meriwayatkannya pula di dalam kitab Sunan-nya dari Ibnu Sirin, dan Imam Turmudzi meriwayatkannya dari Ali Ibnu Hujr dan Ismail ibnu Musa Al-Fazzari.

Ketiga-tiganya mengenengahkan hadis ini dari Abu Abdur Rahman Ibnu Abuz Zanad, dari ayahnya dan Hisyam Ibnu Urwah; keduanya meriwayatkan hadis ini dari Urwah, dari Aisyah dengan lafaz yang sama.

Imam Turmudzi mengatakan bahawa sanad hadits ini berstatus hasan atau sahih, yakni hadits Abuz Zanad.

Di dalam kitab Shahihain disebutkan dari hadits Sufyan ibnu Uyainah, dari Az-Zuhri, dari Sa'id ibnul Musayyab, dari Abu Hurairah r.a, bahawa Khalifah Umar ibnul Khattab melewati Hassan ibnu Tsabit yang sedang mendendangkan syair di dalam masjid, maka Umar r.a mendesaknya, lalu Hasan berkata,

"Sesungguhnya aku pernah mendendangkan syair di dalam masjid ini, sedangkan di dalamnya terdapat orang yang lebih baik daripada kamu (yakni Nabi Saw.)."

Kemudian Umar ibnul Khattab r.a. menoleh kepada Abu Hurairah dan berkata, "Kumohon atas nama Allah, pernahkah engkau mendengar Rasulullah S.a.w bersabda;

"Perkenankanlah bagiku, ya Allah, kuatkanlah dia (Hassan) dengan Ruhul Qudus (Malaikat Jibril)?"

Maka Abu Hurairah menjawab, "Allahumma, na'am (ya)."

Menurut sebahagian riwayat, Rasulullah S.a.w pernah bersabda kepada Hassan;

"Seranglah mereka atau hinakanlah mereka dengan syairmu, semoga Jibril membantumu."

Di dalam syair Hassan terdapat ucapan berikut;

Dan Jibril utusan Allah berada bersama kami,

dia adalah Ruhul Qudus yang tidak diragukan lagi.

[Imam Ibnu Katsir - Tafsir Ibnu Katsir, surah al-Baqarah : ayat 87]

Rasulullah tidak pandai bersyair, dan benci syair yang melalaikan

"Dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya (Muhammad), dan bersyair itu tidak layak baginya, yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan." [Surah Yasin : ayat 69]

Allah memberitahu bahawa Dia tidak mengajari Nabi Muhammad S.a.w syair. Yakni, syair itu bukan bakatnya sehingga dia bukanlah ahli, tidak menyukai, dan tidak menjadi tuntutan nalurinya.

Kerana itu ada hadits yang mengungkapkan bahawa Nabi S.a.w tidak mampu menggubah satu bait pun. Bahkan, bila baginda S.a.w menyenandungkannya, malah mengubah nadanya atau baginda tidak menyelesaikannya.

Said ibnu Abi Urwah meriwayatkan dari Qatadah, Aisyah r.a ditanya, "Apakah Rasulullah S.a.w pernah menyenandungkan syair?"

Aisyah menjawab, "Syair (yang buruk) merupakan pembicaraan yang sangat dibencinya. Memang beliau pernah menyenandungkan sebuah bait karya saudara Bani Qais. Namun beliau menjadikan permulaannya sebagai akhir dan akhirnya sebagai permulaan.

Kemudian Abu Bakr r.a berkata, "Wahai Rasulullah, puisi itu bukan begitu."

Kemudian beliau bersabda, "Demi Allah, aku bukan seorang penyair dan syair itu tidak layak bagiku." 
[HR Ibnu Abi Hatim dan Ibnu Jarir]

Namun ada pula syair yang disyariatkan, iaitu yang ditujukan untuk mengejek kaum Musyrik. Puisi sedemikian digubah oleh penyair Islam seperti Hassan ibnu Tsabit, Ka'ab ibnu Malik, Abdullah ibnu Rawahah dan sebagainya.

Semoga Allah meredhai mereka semua. Di dalam syair (puisi) pun terdapat hikmah, nasihat dan etika, sebagaimana isi sebegini pun dijumpai dalam syair-syair jahiliyah, di antaranya dalam syair Umayah ibnu Abi ash-Shalut yang dikomen oleh Rasulullah S.a.w dengan, "Syairnya beriman, namun hatinya kafir."

[Imam Ibnu Katsir - Tafsir Ibnu Katsir, surah Yasin : ayat 69]

"Dan ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat. Tidakkah engkau melihat mereka merayau-rayau dengan tidak tentu hala di tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)? 

Dan mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal shaleh (dari kalangan penyair-penyair itu), dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya, dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak ke tempat mana mereka akan kembali."
[Surah as-Syua'raa' : ayat 224 - 227]

Wan Adeli pada 6:54 PTG

JANGAN SAMPAI TERLIHAT ADANYA DIRI

Assalamualaikum.. Wbt,

Salam Makrifat Buat Semua....

Hadis Qudsi ada Menyebut,

Manusia itu Rahsia ku,
Dan Rahsia Itu Adalah Aku.

Jadi Soalnya Apakah Yang Di Katakan Rahsia itu???

Aku Adalah Rahsia Yang Tersembunyi Maka Suka Aku Untuk di Kenali.

Aku Jadikan Alam ini Mengenal Dia Akan Daku.

Man Arafa panaf sahu Fakod Arafa Parab bahu
Fakod Arafa Parobbahu Fakad la jasad.

Barang siapa Mengenal Diri Mengenal Dia Akan Allah,
Barang siapa Mengenal Allah Binasa Jasad.

Terokai,selami Ke Dalam Diri akan Ketemui lah Rahsia Yang Di Cari.

Wafi amfusikum afala tubsirun Aku Berada Di Dalam Kamu,Tidakkah Kamu Lihat.....

Amin drp MegatSiFakir.

Assalamualaikum.. Wbt,

Ayahanda Tuan Guru Haji Shaari, Tuan2 Puan2 Guru dan Sahabat2 Sekalian... Salam Hormat Kepada Semua, Salam Kasih  Sayang Allah.

4 Liku 4 Tangga 4 Tingkat 4 Jalan

1. iLmu,
2. AMAL
3. RASA
4. NYATA.

Izinkan Kalam Sifakir berbicara bagi Merungkai Di Sebalik Rahsia RASA.

❗Raa Alif Syin Alif ➡ (RASA.)

🌺Berkenaan Dengan Perkara (RASA)🌺

APA YANG DI MAKSUDKAN DENGAN PERKARA (RASA)❓

Rasa Yang Bagaimana❓
Rasa Yang Sebagaimana❓
Rasa Yang Seperti Apa❓
Rasa Kelatkah❓
Rasa Pahitkah❓
Rasa Manis2 Buah Kah❓

▶  Untuk Memahami Perkara Rasa Ini, kita Perlu Fahami Maksud perkataan RASA Pada Pandangan dan Kefahaman Marifat...

Jika Pada Kefahaman syariat Fekah kefahaman nya Adalah Tertumpu Kepada Perkara Perasaan, Rasa sedih Rasa Sayang Rasa Bosan Rasa Suka Rasa Gelisah Rasa Manis Rasa Masin dan Segala Macam Rasa, Rasa itu Tertumpu Kepada Perasaan Yang Di Alami.

▶Jika pada Kefahaman Thoriqat perkara Rasa ini tertumpu Kepada Rasa Zukk Yang Hadir Melalui Zikir2 yang Di amalkan, selagi Masih tidak Ketemui seLagi itu di banyak bilangan Zikir.

Zikir dengan Cara dan kaedah yg Di sarankan Oleh Para Guru mursyid di Jalan Thoriqat sehingga Hadir Satu Rasa Yang Asyik Di Jalan Zikir tersebut. Kita terokai pula kefahaman pada Jalan Hakikat Berkenaan dengan Perkara Rasa....

▶Jika Pada Kefahaman Hakikat Perkara RASA ini Tertumpu Kepada Gerak2 Rasa Di Hujung2 Jari, Gerak Rasa Pada Berdiri Bulu Roma, Terpancar Cahaya2 Kuning, Biru, Hijau, Bilamana Hadir nya Suatu Gerak Yang Di Katakan Kenyataan Allah Bagi Mengenalkan Diri Kepada Diri Sebenar Diri.

Perkara ini Selalu Di Pratikan Agar Gerak Rasa itu Sentiasa Hadir Pada Diri. Agar Gerak Rasa itu menyeliputi Menyelubungi dan Memenuhi Diri Sentiasa Ada RaSa itu Berkekalan.

Wala Yak zuk ala Ya Arif Hanya Merasa Sahaja Yang Tahu. Inilah Jalan2 Yang Di Lalui Jalan2 di tempuhi oleh Para wali2 Terdahulu.

▶ . Tapi soalnya.........sejauh mana dan Di Mana Perhentian RASA ini? Di mana Parking Nya? Jika Tidak ada Parking nya Bagaimana utk Kita berhenti Bagaimana Untuk Kita Duduk Bagaimana Mana untuk kita Letakan iktikad kita Pada Tahap RASA ini?

Untuk mengetahui nya ayuh Bersama saya Kita Menerokai kita merungkai Perkara Rasa ini melalui suluhan kefahaman ilmu Makrifat....

Apa Yang Di Katakan Dengan Perkara RASA ini.... Kita Tinggalkan seketika Berkenaan Kefahaman Pada Tangga Hakikat ini, kita menyeberangi Lautan ilmu Hakikat dan Kita Menyelami Ke Dasar Lautan ilmu Makrifat, ayuhh Tinggal kan Seketika, setelah Saya Jelaskan Terpulang Kepada Tuan2 Dan Puan2 untuk Mengambil nya Balik atau Tidak Ya.....

Tapi Ingat Ya Sahabat2 Semua sy Tidak mengatakan Salah Pada Kefahaman Syariat, feqah, Thoriqat dan hakikat, sama Sekali Tidak Kerana itulah Tingkat2 nya Perjalanan Menuju Kepada Allah..............kita teruskan Dengan Kefahaman Makrifat.

▶  Apakah Maksud Rasa Apa Makna Rasa melalui Suluhan kefahaman ilmu Makrifat..... Raa Alif Syin Alif (RASA). Dalam Perjalanan ilmu ada 4 Liku 4 Tangga 4 Tinggkat 4 Jalan, iaitu 1. iLMU 2. AMAL 3. RASA 4.NYATA

Jangan Kita Terlena Pada Jalan Rasa, Seharusnya Kita Terokai setingkat lagi Pelajaran ilmu iaitu setelah kita lalui jalan ilmu, jln amal, jalan RASA Terokai PuLa Jalan Rasa.

▶  Di Dalam kita Belajar Ilmu Makrifat kita Belajar ilmu Rasa Di Dalam Ilmu Rasa Kita Belajar Ilmu Nyata.....

Bukan Hayut dan Terbuai Oleh Buaian Rasa, bukan lagi Nak rasa2.... Jika masih nak Rasa2 itu, itu masih Tidak Nyata.

▶ . Raa Alif Syin Alif (RASA) RUH AKU SIRR ALLAH, RUH AKU RAHSIA ALLAH. Manusia itu Rahsia Aku dan Rahsia Itu adalah Aku......

Jika pada Kefahaman hakikat Gerak Rasa Itu adalah untuk kita Fahami apa Yang Di Dalam Diri jasad. Setelah kita Fahami apa yg Di Dalam Diri Jasad itu apakah Masih Tidak Kita Yakin akan Kenyataan Allah itu???

Apakah Masih kita Perlu Kepada Bukti Bahawasa Kenyataan Allah Itu @pon bagaimana lagi kah Perlu kita Kepada Pembuktian berkenaan dengan Kenyataan Allah ini??? Cukup2lah kita Dengan apa Yang Ada Pada Diri Ini........

Wafi amfusikum afala tubsirun Aku Berada Di dalam Kamu Tidak kah Kamu lihat? Kenyataan Allah sememangnya Jelas Nyata dan Terang, Apakah Yang Berada Di Dalam Diri Kita ini? Yang BERADA di dalam diri kita ini Adalah Diri Batin Diri Ruh...........

Sifat Ruh ini adalah Hayat iaitu Hidup!!! Hidupnya Ruh itu Sememangnya Sedia Ada ianya.... Apakah Perlu Kepada runting2 Tertentu Cara2 Tertentu Baru lah Ruh itu hidup? 

Jika begitu Bermaksud di sini Ruh Itu Perlu kepada cara dan Kaedah Baru lah di jumpai Baru Lah Di Ketemui, Baru lah Di Kenali akan Diri Sebenar Diri.

▶Pada Jalan Pengajian Ilmu hakikat itulah cara dan kaedah2 nya. Tidak salah pada Pengajian nya......

Tapi jika pada Ikhtikad, jika Kita Letak Pada cara pada Kaedah ianya sememangnya Syirik, Kerana Allah itu tidak Perlu Kepada Usaha, tidak Perlu kepada ikhtiar tidak perlu kepada sebarang cara Dan Kaedah untuk Menyatakan Allah, Kerana Yang Menyatakan Allah Yang Mengenal Allah Hanya Lah Allah.

Untuk mengenal Allah itu bukan dgn jalan ilmu, jalan amal, jalan RASA, bukan Melalui Guru, Sebagaimana Sabda baginda Nabi Muhammad saw, Ana Araftu Robbi Birobbi, sesungguhnya aku mengenal Allah itu Dengan Allah.

Jadi Bagaimana dengan ilmu, amal dan Rasa yg kita lalui ini, apakah ianya Salah? Bukan salah Tapi lihat lah Sebalik ilmu, amal, Rasa itu, Siapakah Yang Di Sebalik ilmu, amal,Rasa, Tidak Lain Dan tidak Bukan Tentunya Allahlah Di sebalik ilmu,amal,Rasa Baru lah NYATA...

▶. Belajar ilmu makrifat bukan Untuk Di rasa2, dan bukan Ilmu Rasa2, ilmu makrifat itu adalah ilmu Yang NYATA.

Jika kita nak pada Rasa kita masih Sangkut, cuba lepaskan seketika jalan Rasa Terokai jalan NYATA.........

Soalnya Bagaimana untuk Sampai Kepada Tahap NYATA.? Kita Berbalik kepada Apa Yang Di Dalam!!!!

Apa Yang Di Dalam Itu adalah Ruh, Ruh Itu Adalah Diri Sebenar Diri, Diri Sebenar Diri itu adalah Ruh, Ruh itu Yang Bergelar nya Nur Muhamad, Nur Muhamad itu tidak Lain dan tidak bukan Ianya adalah dari NuRullah.

Asap Bukan Api, Api Bukan Asap, Tapi Tidak Lain Asap itu Dari Api. Wap bukan Air, Air Bukan Wap Tapi Tidak Lain Wap itu dari Air.

▶ Man Arafa panaf sahu Fakod Arafa Parab bahu Fakod Arafa Parobbahu Fakad la jasad, Barang Siapa Mengenal Diri Mengenal Dia Akan Allah Barang Siapa Mengenal Allah Binasa Jasad.

▶ Kenal Diri Rata2 Maka Kenal Allah Dengan Nyata, Di Jalan RASA, Jangan lagi nak di Rasa2 Nyatakan lah Rasa Itu Bahawa RASA Itu Adalah Tuan Empunya, jika kita masih mencari2 berkira2 menghitung2 menilai dan bahagi2 kan berkenaan Perkara RASA ini itu makanya Tidak NYATA akan Kenyataan Allah ini.

Cuba kita ulang kaji balik Pelajaran kita di dalam pelajaran sifat 20, Di Dalam Pelajaran sifat 20 segala ianya Tertumpu kepada Allah, jika ada haq kita Cuba kita Tunjuk Mana Hak Kita??? Cuba.........

Ada Tidak Hak kita, Berkenaan Dengan Perkara RASA, PERKARA RASA ini tertumpu Kepada Ruh, Ruh ini Sifat nya Hayat, Hayat itu Hidup, Jadi Yang Hidup itulah Yang MENZAHIRKAN (RASA) apakah Barang yang Mati boleh utk Menzahirkan Rasa?

Apakah boleh utk Mengerakan Hujung2 jari? Sudah Tentu Tidakkk.......... RASA ini adalah Kenyataan Allah,  Kenyataan Allah Yang tidak Berbelah Bagi, bukan Sekadar di Hujung2 Jari, RASA INI menyeliputi Diri Baik Di Dalam Mahu Pon Di Luar!!!

Wal Awallu Wal akhiru Wa zahiru Wa Batillu. Yang Awal Yang Akhir Yang Zahir Yang Batin Kenyataan Allah lah Semata2......

LEBURKAN LEPASKAN FANA KEAKUAN DIRI DI DALAM RASA BARU LAH KENYATAAN ALLAH ITU NYATA SENYATA2 NYA.

▶ jika Masih ada aku kau itu masih Berdua, jika masih berdua syirik Adanya... Jika masih berbilang-bilang, mengira2, menghitung2 bagaimana untuk sampai kepada iktikad Tauhid.?

Untuk mencapai atau mengapai Allah itu Bukan Dengan Cara Memperdagangkan Amalan2,ianya tidak Lain dan tidak Bukan Ianya Adalah Dengan Cara (TAUBAT) iaitu kembali Kepada Allah,  kembali kan Segalanya Kepada Allah.

JANGAN SAMPAI TERLIHAT ADANYA DIRI. Raa Alif Syin Alif (RASA) RUH AKU Sirr Allah. Rasa itu adalah Kenyataan Allah Semata2........

Jadi Fahamilah Bahawasa Kenyataan Rasa itu Adalah Penzahiran Kenyataan Allah.

▶. Gapailah iktikad Tauhid Dengan Sebenar2 iktikad iaitu Kenyataan Allah itu dan ini Tiada Lain dan Tiada Bukan ianya Adalah Bagi bertujuan Menyatakan Allah senyata2 nya tiada bersakat tiada berbelah bagi kenyataan Allah itu Jelas Terang, Terang Cahaya matahari, Terang Lagi ALLAH. Lepaskan Medan ilmu, amal, Rasa masuki Medan NYATA.

▶ . Sekian Dulu Kupasan Berkenaan Dengan
4 Liku, 4 Tangga , 4 Tinggkat , 4 Jalan, 1.iLMU
2.AMAL
3.RASA
4.NYATA

▶ Bilamana Nyata Rasa Itu adalah Kenyataan Allah, maka tiadalah lagi berbelah bagi, tiada lah Lagi menghitung2 Mengira2, Kenyataan Allah itu TETAP KENYATAAN ALLAH ITU MELIPUTI SEKALIANNYA ADANYA YANG ADA. baik ilmu baik amal baik Rasa, ianya Adalah Kenyataan Allah.

JANGAN SAMPAI TERLIHAT ADANYA DIRI

Tips Perubatan Islam

🍁🍁Tips Perubatan Islam🍁🍁

Hakikatnya perawat hanya orang tengah yg membacakan doa-doa yang disusun oleh ulama' diambil dari Baginda Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam yang terdapat didalam Alquran.

Yang Menyembuhkan Itu Milik Mutlak Allah. Kita hanya berikhtiar, Kesembuhan Milik Allah.

Sebagaimana yang disabdakan Rasulullah ﷺ:

مَا أَنْزَلَ اللهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً

“Tidaklah Allah menurunkan penyakit kecuali Dia juga menurunkan penawarnya.” (HR Bukhari).

TakKenalMakaTakCinta

AllahumasolliAlaMuhammad

Kenapa kena tindih!

🍃INFO RAWATAN DARUL MUALLIJ🍃

🍁Kenapa kena tindih!🍁

👻1. Kena tidih masa tidur adalah disebabkan oleh badan dan otak yang terlalu penat....

👻2. Tidur dengan membiarkan tingkap bilik terbuka, sebab salah satu peristiwa kena tindih ialah membiarkan tingkap terbuka sampai ke pagi....

👻3. Tak baca doa tidur terlebih dahulu....

👻4. Tidur lewat, biasanya pukul 3 dan 4 pagi, akan rasa kena tindih selepas 5 minit tidur....

👻5. Orang kata biasanya kalau kena tindih sebab kita tidur tempat tidur 'dia'....sebab seblum tdur x ikut sunnah...sapu katil dahulu...

👻6. Tidur tanpa menyucikan diri dari kotoran....

Ustaz Hassan
Darul Muallij

Menurut ahli-ahli ta'bir, mimpi ada tiga macam

🍁🍁Menurut ahli-ahli ta'bir,
mimpi ada tiga macam🍁🍁

🌙1. Peristiwa yang menggembirakan yang benar yang terjadi setelah bermimpi, dan ini tidak memerlukan penafsiran.

🌙2. Mimpi yang batil atau permainan syaitan, iaitu mimpi yang tidak dapat diperincikan oleh orang yang bermimpi.

Ertinya orang yang bermimpi itu tidak sanggup mengingat tertib atau jalan cerita mimpi itu. Mimpi seperti ini dianggap batil dan tidak mempunyai sebarang makna atau takwil.

🌙3. Keinginan nafsu. Seperti kita ketahui nafsu ada tiga, iaitu nafsu mutmainnah, nafsu lawwamah dan nafsu ammarah.

Mimpi seperti ini terjadi kerana pengaruh fikiran seseorang. Sesuatu yang dia lakukan atau dia khayalkan siang hari atau menjelang tidurnya selalu menjelma ketika tidurnya.

🍂🍂DALAM RAWATAN ISLAM🍂🍂

☘Tafsiran mimpi bukan satu hujjah yg konkrit tapi sekadar maklumat awal gangguan yang berlaku untuk tindakan pesakit dan perawat dalam merawat dengan lebih berkesan.

☘Adapun mimpi yang dialami pesakit petanda awal gangguan akan berlaku dan ditafsir perawat yang berkemahiran dalam kaedah ini. Dan mimpi juga bagi pesakit supaya dapat berhati dalam urusan kehidupan...

☘Perawat hanya memerlukan mimpi pesakit sebagai tanda gangguan semasa tidur untuk mnganalisis.

Ustaz Hassan
Darul Muallij

Tanda-tanda Umum di sihir

🍁INFO RAWATAN DARUL MUALLIJ🍁

💀Tanda-tanda Umum di sihir💀

1) Pening kepala yang berpanjangan terutama pada waktu senja
2) Mimpi yang menakutkan
3) Sakit dada dan resah menjelang senja
4) Sakit di dalam perut bagaikan di pulas urat perut atau terasa bagaikan ada benda yang bergerak di dalam tubuh dan sering terasa bagai di tusuk di perut.
5) Mula nampak alam ghaib
6) Berlaku perkara yang pelik di sekitar umpamanya berbau kemenyan, hanyir, wangi dan sebagainya
7) Berlaku sakit yang tidak di ketahui punca dari doktor
8) Terdengar suara-suara yang memanggil namanya
9) Pening atau pengsan apabila dibaca ayat ruqyah kepadanya.

Us Hassan
Darul Muallij

TANDA SESEORANG ADA SAKA

🍂TANDA SESEORANG ADA SAKA 🍂

👻Gejala pada waktu tidur: 👻

👽Susah tidur malam, tidak boleh tidur kecuali setelah besusah payah.

👽Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.

👽Mimpi buruk yang dikenali kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit meminta pertolongan, malangnya tiada siapa mendengar. Biasanya terjadi dalam keadaan 'kena tindih'.

👽Mimpi perkara yang menakutkan dan menyeramkan.

👽Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus dan sbagainya. Kalau bermimpi dipatuk ular, kemungkinan petanda bahawa sihir telah pun masuk ke dalam jasadnya.

👽Bunyi gigi berlaga ketika tidur. Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika sedang tidur. Berdiri dan berjalan ketika tidur.

👽Mimpi jatuh dari tempat tinggi.

👽Mimpi berada di kawasan kotoran atau kawasan perkuburan.

👽Mimpi berada di tempat sunyi.

👽Mimpi terserempak atau melihat makhluk dengan rupa yang menakutkan atau diistilahkan sebagai hantu.

👽Mimpi melihat budak kecil.

👽 Bermimpi budak kecil menyusu dan rasa sayangkannya (ini berlaku kepada golongan wanita).

👽Mimpi melihat salib atau gereja. Mimpi bertemu paderi. 👽Merintih dan menangis ketika tidur.

👺Gejala pada waktu jaga:👺

💀Selalu pening, para pengamal perubatan moden tidak dapat mengean penyakit dan dikatakan penyakit misteri.

💀Selalu lalai daripada mengingati Allah s.w.t.

💀Hilang ingatan dan mungkin mnjadi gila.

💀Gila adalah berpunca dari jin. Dalam bahasa arab, orang gila digelar 'majnun'. majnun bermaksud dijinkan iaitu isim maf'ul.

💀Sering lesu dan malas.

💀Rasa sakit di salah satu anggota badan dan doktor tidak berupaya mengubatinya.

💀Sentiasa terasa sakit di belakang terutama di tulang belakang.

💀Lenguh di sendi-sndi utama.

💀Melihat sesuatu yang pelik semasa jaga. Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati. Biasanya doktor menakrifkannya sebagai kanser. Perlu diingat kanser berpunca daripada jin.

💀Terasa seolah-olah terdapat sesuatu di bawah tapak kaki. Seperti terpijak batu atau telur.

💀Mudah panik dan kaget apabila berhadapan dengan sesuatu ujian. Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan kehidupan.

💀Sentiasa mengantuk teutamanya dalam majlis ilmu.

💀Mudah marah dan panas baran.

💀 Emosional dan terlalu sensitif.

Us Hassan
Darul Muallij

CARA MENGGUNAKAN CD/MP3 RUQYAH SYAR'IYAH

🍁INFO RAWATAN DARUL MUALLIJ🍁

🍂CARA MENGGUNAKAN CD/MP3 RUQYAH SYAR'IYAH🍂

1/ Bagi kesihatan diri dan keluarga.
Pasangkan cd/mp3 ini didalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).

2/Bagi pesakit gangguan jin.
dilarang memasangnya didalam kereta,kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.

3/Bagi Anak yang menangis malam.
Anda perlu pasangkan dengan kuat, insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.

4/Untuk merawat histeria, sihir, saka dan lambat jodoh.
sediakan 3botol besar air mineral, buka penutupnya dan pasangkan cd/mp3 ruqyah ini 3round sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit).

Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis.

Tiap-tiap lepas solat perlu baca qursy 3x dan al insyirah 3x secara istiqomah.

Kemudian sebelah malamnya pula, cd/mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.

5/Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah.
Cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut.

6/Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat.
Perdengarkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sehari,insyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat....

KITA BERIKHTIAR
KESEMBUHAN MILIK ALLAH

Ustaz Hassan
Darul Muallij

Cara jin masuk tubuh manusia

🍁🍁Cara jin masuk tubuh manusia🍁🍁

😈Jin adalah sejenis makhluk berwujud udara sedangkan manusia memiliki lubang bulu roma, kerana itulah dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia dari bahagian manapun juga.

Makhluk jin diciptakan dari zat yang sejenis udara sebagaimana firman Allah : Ertinya,

“Dan Allah menciptakan jin dari api yang menyala”. ( Ar-Rahman: 15 )

Dalam hal ini Ibn Abbas berkata: Iaitu dari hujung nyalanya api, sedangkan hujung nyalanya api adalah merupakan udara panas yang keluar dari api.

😈Ketika jin masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung menuju ke otak, melalui otak ini dia dapat mempengaruhi bahagian mana saja yang dia sukai dari tubuh manusia.

Para doktor perubatan telah mengkaji dan membuktikan bahawa orang yang terkena penyakit kerasukan jin memiliki gelombang otak yang sangat halus dan sangat aneh yang ada di dalam otaknya.

Ditambah lagi dengan keterangan dari orang yang ahli tentang cara pengubatan orang yang kerasukan jin, bahawa jin itu memberitahunya bahawa mereka berada di otak manusia.

Ustaz Hassan
Darul Muallij

KITA BERIKHTIAR TETAPI KESEMBUHAN MILIK ALLAH

🍀TAZKIRAH DARUL MUALLIJ🍀

KITA BERIKHTIAR TETAPI KESEMBUHAN MILIK ALLAH

🌸Menangani gangguan makhluk halus ni bukanlah semudah menghadapi gangguan  nyamuk di telinga..

Sebab nyamuk itu adalah benda2 zahir yang boleh nampak dengan mata kasar. Makhluk halus ini tidak boleh dilihat dengan mata kasar mahupun menggunakan mata kanta.

Hanya mereka2 yang diberikan keizinan oleh Allah saja yang mampu untuk melihatnya.

Itupun bagi yang melihat perlu bimbingan dari perawat yang mahir …bukan perawat yang bermasalah.

🌸Kita tak mampu nak menyatakan secara yakin perkara yg kita sendiri tak nampak..

Kita cuma boleh mengagak.. begitulah juga dalam kes menghadapi serangan makhluk halus ini..

🌸Benda2 halus ini memang memberikan kesan untuk jangka masa yang panjang.. virus yang halus itu sendiri kadang2 kita tak mampu nak hapuskan seperti virus denggi yang masih ada dalam badan sekalipun pesakit kelihatan dah sembuh..

Bukan seekor virus saja yg menyebabkan kesakitan kepada tubuh, tetapi kehadiran beribu2 bahkan berjuta2 virus itulah yg menyebabkan antibodi badan menjadi lemah dan kita menjadi sakit….

🌸Jika seekor saja makhluk halus yg mendiami tubuh badan, kemungkinan untuk menghalaunya keluar itu agak besar.. sebab kita boleh tumpukan proses pemulihan dan mengeluarkan makhluk nan seekor itu saja..

Tapi kalau ada beratus2 makhluk halus dalam tubuh, siap dah buat kampung dan buat pejabat operasi dalam tubuh badan, maka ia agak susah untuk dipulihkan.

Sangat memerlukan masa dan penumpuan yang tinggi dalam usaha2 pemulihan.

🌸Sebab itulah kebanyakan kes2 serangan makhluk halus ini adalah melibatkan serangan berulang..

Iaitu kes2 lama yang masih berulang walaupun dah berkali2 berubat.

🍁Dalam mengubati penyakit akibat gangguan makhluk halus ini, yang paling penting adalah persediaan diri pesakit itu sendiri.

Sama macam kita berubat dengan doktor.. doktor cuma boleh bagi nasihat dan ubat..

Lepas tu kita sendiri yang akan meneruskan proses penyembuhan itu dengan makan ubat dan mengikuti nasihat doktor, ataupun kita simpan je ubat tu dan tak pedulikan apa yg doktor cakapkan…

🍁Kadang2 kita terlalu menyerahkan diri kepada perawat dengan keyakinan perawat itu yang menyembuhkan penyakit yang kita hadapi.

Awal2 lagi kita terlibat dalam keyakinan yg syirik seperti ini, bagaimana kita nak dapatkan bantuan Allah yang memberikan kesembuhan atas penyakit kita?

Kita tak anggap berubat itu sebagai usaha dan ikhtiar, dan hakikatnya Allah juga yg menyembuhkan penyakit kita..

sebab tu kerap kita dengar suara2 yang mengatakan “bomoh tu bagus..”, “ustaz tu pandai mengubat” dsb….

🍁Maka, sewajarnyalah para pesakit membersihkan keyakinan mereka terlebih dulu agar tak terlibat dengan keyakinan yang syirik…

KITA BERIKHTIAR TETAPI KESEMBUHAN MILIK ALLAH

US HASSAN
DARUL MUALLIJ
27hb November 2016

Perjumpaan IPBBM di Sri Gombak

Perjumpaan di rumah Pak Habib Syed Padzil Barakbah pada 25hb Nov hari Jumaat malam Sabtu


Doa yang patut di baca sebagai perlindungan

Doa yang patut di baca sebagai perlindungan diri tapi tidak diamal oleh orang Islam sekarang.

Sedang ini lah yang perlu diamalkan sayang sekali. Ramai yang sembuh namun sakit kembali, kenapa? Salah satu nya adalah doa perlindung diri tidak diamal.

Nabi Muhammad s.a.w mendoakan cucu nya Hassan dan Hussin dengan doa ini, juga Nabi Ibrahim a.s mendoakan anak nya Nabi Ishak a.s dan Nabi Ismail a.s dengan doa ini.

Kenapa mereka mendoakan kepada keturunan mereka ini?

Kerana mereka juga tahu gangguan syaiton, binatang buas serta ain mampu memudharatkan mereka.

Bagaimana dengan kita yang sentiasa iman turun naik, anak kita yang iman nya juga turun naik? Sudah kah kita mendoakan mereka?

Bagi yang ingin dalam bacaan saya papar kan diisini:

أُعِيذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ، مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّةٍ

Aku memohon perlindungan untuk kamu berdua dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna, dari semua godaan setan dan binatang pengganggu serta dari pandangan mata buruk.
(HR at-tarmizi dan ahmad).

.
a. Jika bayi yang dilahirkan perempuan,,

أُعِيذُكِ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ، مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّةٍ

U’iidzuki …..

b. Jika bayi yang lahir lelaki,

أُعِيذُكَ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ، مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّةٍ

U’iidzuka …..

c. jika ramai

أُعِيذُكُم بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ، مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّةٍ

Lindungi orang yang kita sayang dengan mendoakan mereka. mereka sangat memerlukan doa kita. dunia makin penuh pancaroba, supaya mereka kekal berada dijalan yang benar jangan kita pernah putus doa pada mereka

Sabtu, 26 November 2016

KAEDAH BOMOH YANG PERLU DI KETAHUI

🍁INFO RAWATAN ISLAM MUALLIJ🍁

KAEDAH BOMOH YANG PERLU DI KETAHUI

🍁Kebanyakkan Masyarakat tidak tahu samada rawatan yang diterima melibatkan khidmat syaitan dan jin atau tidaknya....

🍁ustaz ajarkan ada beberapa cara yang mudah digunakan untuk mengetahui secara pasti adanya penggunaan makhluk halus itu....

PERTAMA:

😈PENGGUNAAN BERBAGAI JENIS SIHIR termasuklah pukau dan hipnosis...

Unsur-unsur sihir boleh kita ketahui dengan mudah dengan melihat berlakunya perkara-perkara yang luar biasa seperti kebolehan perawat, mengeluarkan berbagai benda dari tubuh pesakit seperti batu, kaca, jarum, rambut, dawai.

Boleh mengambil alat-alat sihir seperti patung yang dicucuk-cucuk dari jarak jauh, pembedahan batin dan sebagainya....

Semua perkara yang luar biasa dan menakjubkan yang dilakukan oleh perawat bukanlah karamah atau ma’unah.....

KEDUA:

😈PENGERAS yang dianggap oleh masyarakat sebagai satu amalan adat kebiasaan berubat sahaja tidak ada maksud-maksud tersembunyi dan tidak menyalahi akidah dan syariat....

Sebenarnya pengeras adalah haram dilakukan kerana boleh menyebabkan seseorang syirik....

Pengeras pada hakikatnya adalah syarat yang ditetapkan oleh syaitan atau jin...

KETIGA:

😈TILIKAN.... Amalan tilik menilik adalah dilarang keras di dalam Islam.

Tiada siapa yang tahu perkara ghaib kecuali Allah. Allah berfirman yang bermaksud:...

Katakanlah (Ya Muhammad): Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah!”
Al-Naml: 65...

Us Hassan
Darul Muallij

Pengertian Ruqyah

🍂::INFO RAWATAN ISLAM::🍂

🍁🍁Pengertian Ruqyah🍁🍁

☘Ruqyah menurut bahasa yaitu perlindungan. Sedangkan dalam istilah syari’at Islam yaitu do’a-do’a dari Al-Quran maupun As-Sunnah As-Shohihah atau dari bacaan yang dapat dipahami, yang dibaca untuk memohon kepada Allah SWT akan kesembuhan orang yang sakit.

☘Istilah Ruqyah dalam pengertian bahasa ini sebenarnya sudah dikenal sebelum Nabi diutus menjadi Rasul.

Bahkan ada yang berpendapat, ruqyah ada sejak manusia ada. Karena itu, dalam riwayat disebutkan bahwa Rasulullah saw mennggunakan ruqyah–ruqyah yang dipakai para sahabat. Nabi saw bersabda:

“Perdengarkanlah ruqyah kalian, ruqyah itu tidak apa-apa selama tidak bermuatan syirik”. ( HR.Muslim dari sahabat ‘Auf bin Malik ).

🍂2. Dalil Ruqyah Syar’iyyah
Allah SWT berfirman:
“Dan kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi kesembuhan dan rahmat bagi orang-orang yang beriman…”. ( QS.al isra’ : 28. )

🍂Ayat ini diperkuat hadits Aisyah ra. Ketika Rasulullah masuk rumahnya, Aisyah sedang mengubati atau meruqyah seorang wanita. Kemudian Rasul saw bersabda: “Ubatilah ia dengan Al-Quran.” ( HR. Abu Daud).

🍃3. Pembahagian Ruqyah
Dari uraian di atas, dapat disimpulkan, ruqyah dibagi menjadi dua.

🍄Ruqyah Syirkiyyah
(Ruqyah yang bermuatan syirik)

🌸Ruqyah Syar’iyyah
(Ruqyah yang sesuai dengan syari’at).

🍄A. Ruqyah Syirkiyah
Ruqyah Syirkiyah adalah bacaan-bacaan yang mengandung kesyirikan (permohonan kepada selain Allah) dengan cara atau syarat-syarat yang menyimpang dari tuntunan Al Qur’an dan As sunnah.

Di antara ciri ruqyah Syirkiyah adalah :
🍄 Membaca Al-Qur'an tapi mampu menerawang atau mengetahui hal-hal yang ghoib.

🍄 Mencampur bacaan Al-Qur'an dengan mantra-mantra kesyirikan.

🍄 Membaca Al-Qur'an dengan meminta syarat-syarat yang tidak dibenarkan dalam Islam.

🍄 Membaca Al-Qur'an dan memberikan azimat, wafaq, isim dan atau benda-benda lain yang dikeramatkan.

🌸B. Ruqyah Syar’iyyah
Ruqyah syar’iyah yaitu Ruqyah yang sesuai dengan syari’at Islam. Yang menjadikan Al-Qur’an dan As-sunnah sebagai landasan.

Bacaan-bacaan dalam Ruqyah syar’iyah diambil dari ayat-ayat Al Quran, dan dari doa-doa ma’tsur yang diajarkan Rasulullah.

Ciri dan syarat Ruqyah syar’iyah:
🌸1. Jika bacaan Ruqyah diambil dari ayat Al Quran, maka tidak diperbolehkan merubah susunan dan cara bacanya (dibaca denagn tartil).

🌸2. Dibaca sesuai dengan bahasa aslinya dan dibaca sesuai dengan kaidah bacanya.

🌸3. Dibaca dengan suara yang keras, agar terdengar dengan jelas bacaannya.

🌸4. Tidak mengandung unsure-unsur kesyirikan.

🌸5. Tetap meyakini hanya Allah semata yang maha penyembuh, bukan peruqyah.

Us Hassan
Darul Muallij

PERISTIWA DIMAHSYAR

PERISTIWA DIMAHSYAR

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain.

Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab.

Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar.

Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa).

Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka.

Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan.

Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja.

Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya.

Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi.

Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT.

Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun.

Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah.

Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal.

Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab.

Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka.

Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun.

Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki.

Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain.

Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞

Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

La illaha illa Allah
Muhammadu Rasulullah.

SIMPTOM-SIMPTOM GANGGUAN JIN

SIMPTOM-SIMPTOM GANGGUAN JIN.
Keadaan semasa tidur dan mimpi:

1. Sukar tidur malam
2. Terlampau banyak tidur atau kerap mengantuk terutama pada waktu-waktu yang dilarang tidur
3. Mimpi melihat binatang berbisa
4. Bermimpi bayi atau menyusukan bayi
5. Bermimpi kanak-kanak (melihat atau bermain)
6. Bermimpi terbang atau melayang
7. Bermimpi bermain di tempat tinggi atau jatuh dari tempat tinggi
8. Mimpi mengandung atau bersalin
9. Mimpi keturunan yang telah meninggal dunia
10. Bermimpi rumah pusaka
11. Bermimpi di tempat yang kotor
12. Bermimpi lemas dalam air
13. Bermimpi melihat makhluk aneh/menakutkan
14. Mimpi kabus dan ada ancaman
15. Mimpi di kawasan kubur
16. Mimpi di tempat sunyi
17. Mimpi lihat salib/gereja
18. Mimpi bertarung sama ada dengan haiwan atau sesuatu makhluk
19. Mimpi bertemu paderi
20. Mimpi diancam benda tajam seperti pisau, kapak, parang dan lain-lain
21. Merintih, menangis ketika tidur
22. Terjaga di tengah malam dalam keadaan takut, cemas, terkejut
23. Selalu ditindih ketika tidur
24. Gigi berlaga ketika tidur
25. Ketawa, menangis, menjerit ketika tidur
26. Berdiri/berjalan ketika tidur

SIMPTOM FIZIKAL GANGGUAN JIN.
1. Sakit kepala atau bahagian tertentu badan terutama selepas waktu asar ke atas
2. Badan terasa berat dan malas
3. Sukar mendapat jodoh
4. Badan terasa bisa-bisa, sakit/lenguh sendi-sendi utama
5. Sakit ketika ziarah orang meninggal
6. Sakit pinggang tanpa sebab
7. Sakit dada bila waktu asar ke atas
8. Ada terasa benda bergerak di bawah kulit
9. Darah haid turun lebih 15 hari (istihadah)
10. Kitaran haid tidak.normal sama ada datang haid
11. Senggugut yang kuat
12. Gangguan sekitar rahim (rasa panas, keras atau rasa dibelit sesuatu)
13. Batuk yang berpanjangan
14. Kerap sendawa bila mendengar Al-Quran
15. Kerap keguguran
16. Gagal melakukan hubungan kelamin
17. Pandangan menjadi kabur, rabun
18. Sakit menusuk di.bahagian ulu hati, ari-ari, rusuk
19. Mengantuk bila dengar Al-Quran
20. Mandul
21. Kanser/ketumbuhan/fibroid
22. Seolah-olah terdapat sesuatu di bawah tapak
kaki seperti pijak kaca, paku, telur
23. Sawan yang bukan disebabkan demam panas
24. Down syndrome
25. Migrain
26. Gastrik
27. Sakit tulang belakang/belikat
28. Melihat jin secara terus
29. Lihat sesuatu yang pelik semasa jaga
30. Gatal pada kulit terutama pada waktu tertentu seperti malam/tengah hari
31. Demam yang berpanjangan (tak kebah) terutama pada waktu malam

SIMPTOM-SIMPTOM GANGGUAN JIN.
Gangguan di rumah:
1. Bunyi guli jatuh di atas syiling
2. Selalu melihat kelibat di rumah
3. Ditindih ketika tidur
4. Tidak dapat tidur atau tersentak ketika tidur
5. Ada kesan lebam pada bahagian tubuh badan
6. Terasa seolah-olah sentiasa diperhatikan
7. Anak-anak kecil kerap menangis seolah-olah takutkan sesuatu
8. Suasana dalam rumah sentiasa 'tegang' (tiada keharmonian dalam rumahtangga)
9. Demam yang berpanjangan, tidak kebah atau demam pada waktu tertentu
10. Malas dalam beribadah atau melakukan amal soleh khususnya di rumah
11. Adakalanya, jin/syaitan akan menghadirkan dalam mimpi memaklumkan bahawa ia mendiami kediaman tersebut
12. Nyalaan api atau perkara pelik di dalam rumah

SIMPTOM-SIMPTOM GANGGUAN JIN. Rumah / Premis Perniagaan

Berikut adalah antara simptom-simptom yang menunjukkan adanya gangguan Jin dan Syaiton (angkara Sihir, Saka atau Lintasan) di Rumah atau Premis Perniagaan (kedai, pejabat dll) berkenaan:

1. Bau wangian / kemenyan / busuk / hanyir / hangit yang tidak diketahui puncanya
2. Bayi kerap menangis bila berada dalam rumah / premis perniagaan
3. Benda bergerak / berubah tempat dengan sendirinya
4. Bunyi air pili dibuka di tandas / bilik mandi
5. Bunyi perabot / benda berat / tukul besi diseret / dihempas di rumah atas (flat, apartment, condo)
6. Bunyi guli / bola ping-pong / menumbuk dengan lesung di rumah atas (flat, apartment, condo)
7. Bunyi orang berjalan di dalam / tingkat atas rumah
8. Bunyi pasir / benda berat jatuh di atas syiling atau bumbung rumah
9. Bunyi sesuatu mencakar bumbung / pintu / tingkap
10. Kedai / Pejabat tidak dapat dilihat oleh pelanggan / seperti tidak beroperas
11. Lampu / alat elektrik terpadam dengan sendirinya
12. Makanan yang telah dimasak mudah menjadi basi
13. Melihat lembaga / jin / hantu secara terus
14. Mendengar suara berbisik / menyergah / memanggil nama
15. Nampak kepulan asap hitam / putih dalam rumah / bilik
16. Pintu / Tingkap bergegar / terbuka dengan sendirinya
17. Rasa resah gelisah tanpa sebab bila berada di dalam rumah / premis perniagaan
18. Sering terasa seram bila berseorangan di dalam rumah / premis perniagaan
19. Selalu melihat kelibat / bayangan di dalam rumah / premis perniagaan
20. Sering kehilangan wang secara tiba-tiba
21. Sering terjaga di waktu malam / tengah malam
22. Sesuatu menyentap kaki semasa sedar atau tidur
23. Suami isteri / penghuni rumah / pekerja kerap bertengkar walaupun perkara kecil
24. Suhu di dalam rumah / premis perniagaan terasa aliran bahang panas
25. Tanda lebam pada anggota badan
26. Terasa ada lembaga tidur bersama / bersetubuh / menganggu / berdialog ketika tidur
27. Terasa diri selalu diperhatikan / diekori
28. Terasa bahu ditepuk dari belakang
29. Terasa terkena renjisan air
30. Udara di dalam rumah / premis perniagaan berasa mampat
dan sebagainya lagi...

PENTING: Jika anda ada mengalami sekurang-kurangnya TIGA (3) simptom yang disenaraikan di atas, segeralah berjumpa dengan Perawat Islam yang diyakini untuk mendapatkan ikhtiar rawatan.

Gangguan Jin dan Syaiton yang berterusan boleh membawa kepada berbagai gejala Penyakit dan Masalah yang lebih serius. Wallahua'lam

Us Hassan
Darul Muallij