Pages

Memaparkan catatan dengan label SifatNya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SifatNya. Papar semua catatan

Selasa, 14 Jun 2016

Apakah sifat yang terkandung dalam nafsiah ?

SIFAT 20
oleh Adnan Dahlan

SIFAT NAFSIAH

Apakah sifat yang terkandung dalam nafsiah ?

Sifat yang terkandung didalam nafsiah itu, hanya satu iaitu sifat wujud.  Wujud yang membawa maksud ada.  Adanya Allah itu, meliputi segala yang zahir mahupun yang batin

Apakah maksud sifat nafsiah (menolak) ?

Sifat nafsiah itu, bermaksud menafikan keujudan yang lain selain Allah.  Hanya Allah sahaja yang ada dan hanya Allah sahaja yang wujud.

Wujudnya Allah itu, adalah ujud yang disertai sekali dengan zat, sifat, afa'al dan asma'Nya.  Zat Allah itu merupakan sifatNya dan sifat Allah itu adalah juga merupakan zatNya.  Zat dengan sifat Allah itu adalah ujud yang terpisah, berpisah, bercerai dan ujud yang tidak berasingan.

Keujudan zat dengan keujudan sifat Allah itu, adalah esa (satu juga pada hakikatnya).  Seumpama sifat ilmu dengan sifat kalam Allah.  Apabila sifatnya bersifat mendengar (sama'), bererti zatnya juga, bersifat berpendengaran (sami'un). 

Apabila Allah bersifat melihat (basor), bererti zatNya bersifat berpenglihatan (basirun).  Apabila Allah bersifat kuasa (kudrat), bererti zatNya bersifat kekuasaan (kodirun).  Begitulah seterusnya dengan sifat-sifatnya yang lain.

Sifat Allah itu seumpama sifat angin dengan sifat bergoyang (bertiup).  Apabila kita melihat pokok bergoyang, itu menandakan adanya angin. 

Bergoyangnya pokok, adalah bagi menandakan bergoyangnya angin.  Sifat bergoyang itu sebenarnya bukan sifat pokok, yang bergoyang itu sebenarnya adalah sifat angin. 

Walau bagaimana pun sifat angin dan sifat bergoyangnya pokok itu, adalah satu sifat yang sama.  Jika tidak ada angin, masakan pokok bergoyang.  Pokok tidak boleh bergoyang dengan sendiri, jika bukan kerana digoyang dan ditiup oleh angin.  Begitulah juga sifat Allah dengan ZatNya, tidak boleh bercerai.

Begitulah juga kaedahnya kita mentafsir sifat 20.  Apabila ianya dirujuk kepada diri.  Barulah kita dapat melihat dan mengenal Allah melaluinya.  Seandainya sifat 20 itu, tidak dirujuk kepada diri, selama itulah kita tidak akan dapat mengenal dan melihat Allah. 

Dalam memahami sifat nafsiah (nafi) iaitu sifat menafikan, menidakkan, atau sifat menolak.  Kita dikehendaki menidakkan sifat-sifat yang lain selain Allah.  Kita dikehendaki menidakkan kewujudan sifat alam dan sifat diri kita sendiri. 

Menidakkan sifat diri kita, supaya ianya menjadi tidak ada dan tidak wujud (binasa).  Cara untuk menidakkan sifat diri kita dan untuk mewujudkan sifat Allah itu, adalah dengan cara, menyerah atau membinasakan diri kepada Allah.

Bilamana sifat telinga telah dipulangkan, ianya akan disambut dengan sifat pendengaran Allah.  Bilamana sifat mata telah binasa, akan disambut dengan sifat penglihatan Allah. 

Sifat berfikir, akan disambut dengan ilmu Allah. Selagi sifat mata menjadi sebahagian daripada sifat kita, sudah pasti kita tidak akan dapat melihat Allah melalui pandangan dan penglihatanNya.

Setelah sifat mata kita itu dipulangkan kepada Allah, akan bertukar menjadi sifat basor Allah, barulah sifat penglihatan basirun Allah itu, boleh melalui sifat mata kita. 

Bermaknanya disini bahawa, sifat mata yang ada pada kita sekarang ini, tidak boleh dan tidak layak menerima penglihatan Allah melaluinya, melainkan sifat mata makhlok telah binasa dan bertukar kepada sifat wajah Allah.

Maka kita tidak layak untuk menanggung atau menerima sifat penglihatan Allah yang maha tinggi. 

Sifat makhlok tidak layak untuk menanggong sifat Allah, melainkan sifat kita itu ditukar milik, supaya menjadi milik Allah, setelah melalui proses penyerahan diri (penyerahan tugas dan penyerahan hak milik) kepada Allah. 

Apabila sudah menjadi milik Allah, barulah mata kita itu, dapat melihat melalui penglihatan Allah.  Apabila mata kita itu telah menjadi milik Allah, barulah sifat basirun (penglihatan) Allah itu dapat terpancar melalui mata kita.

Apabila penglihatan Allah sudah menembusi mata kita, dengan sendirinya sifat mata akan binasa.  Mata makhlok akan hangus terbakar,  binasa dan lenyap lantaran dipenuhi oleh cahaya Allah.  Cahaya penglihatan Allah itu sendiri, yang membinasakan sifat mata kita.

Hanya Allah sahaja yang dapat menanggung sifat Allah.  Sifat mata kita tidak dapat untuk menanggung sifat penglihatan Allah.

Selagi mata masih bersifat makhlok atau masih menjadi sebahagian dari anggota diri kita, selagi itulah wajah Allah tidak boleh mengambil tempat.  Selagi sifat Allah tidak dapat mengambil tempat, selagi itulah, kita tidak akan dapat mengenal dan melihat Allah melaluinya. 

Inilah konsep nafsiah, iaitu konsep menidakkan sifat makhlok supaya dapat menjadikan semuanya bersifat wajah Allah.  Setelah kita berjaya dalam menidakkan, fana' dan leburkan diri kita ke dalam cahaya Allah, maka jadilah telinga kita itu, merupakan pendengaran Allah, jadilah mata kita itu, penglihatan Allah dan sebagainya.

Mata kita tidak layak untuk menanggung penglihatan Allah.  Begitu juga dengan sifat-sifat yang lain, ianya merupakan pakaian dan persalinan Allah. 

Sifat kita selaku makhlok, tidak layak untuk memakai yang menjadi persalinan Allah.  Seandainya kita terpakai persalinan Allah, cepat-cepatlah bertaubat.

Apabila Allah bersifat basor, Allah juga bersifat basirun. Apabila Allah bersifat qudrat, Allah juga bersifat Qodirun dan sebagainya.

Oleh yang demikian bagi yang telah sampi kepada mskam (tahap) makrifat, menjadikan yang dilihat itu, adalah juga yang melihat dan yang melihat itu, adalah juga yang dilihat, yang disembah itu, adalah yang menyembah dan yang menyembah itu, adalah juga yang disembah. 

Dengan syarat diri kita telah binasa, mati, lebur, dan karam dalam zuk cahaya wajah Allah.  Walaupun Allah itu bersifat dengan 20 sifat, namun semua 20 sifat itu, adalah esa (satu) juga dalam zatNya.  Walaupun sifat Allah itu banyak, tetapi ia satu dalam zatNya.

Yang menjadikan sifat Allah itu berbilang-bilang adalah dikeranakan khayalan fikiran dan lemahnya sangkaan akal manusia.  Sedangkan pada dasar dan pada hakikatnya, kesemua sifat Allah itu adaslah satu (esa), tidak berbilang-bilang.

Mempelajari, memahami serta mengetahui sifat nafsiah bertujuan memberi peringatan kepada kita bahawa, tidak ada yang berbentuk, melainkan yang berbentuk itu adalah bentuk bagi Allah dan tidak ada yang bersifat, melainkan yang bersifat itu hanya sifat bagi Allah. Tidak ada yang berupa melainkan yang berupa itu adalah rupa bagi Allah.

Di dalam memahami sifat nafsiah, kita dikehendaki menafikan, mematikan, melenyapkan, menghilangkan dan membinasakan semua sifat-sifat yang lain selain dari sifat Allah. 

Di peringkat pengajian ilmu sifat nafsiah, kita dikehendaki melihat bahawa hanya Allah sahaja yang ada, ujud, wujud dan maujud. 

Keujudan makhlok alam pada peringkat ini belum lagi boleh diletak dalam gambaran fikiran dan belum lagi boleh dibayangkan dalam ciptaan khayalan akal.  Yang ada dan yang ujud pada peringkat sifat nafsiah itu, hanyalah Allah semata-mata.

Sifat nafsiah adalah sifat bagi mengajar kits tentang kewujudan Allah secara mutlak dan secara "wujudiah".  (wujud yang meliputi), meliputi sekslian alam, meliputi sekalian makhlok dan meliputi sekalian diri kita. 

Sifat nafsiah dalam wujudiah itu adalah membawa makna keujudan Allah secara mutlak,  secara bersendirian, secara keesaanNya, tanpa adanya lagi yang lain selain Allah.  Seumpama bukan pokok yang bergoyang tetapi yang bergoyang itu adalah angin. 

Walaupun kita nampak yang bergoyang itu pokok, didalam kefahaman pengajian ilmu makrifah yang bergoyang itu bukan lagi pokok, sesungguhnya yang bergoyang itu adalah sifat angin. Inilah kedudukan sifat nafsiah dalam tafsiran makrifat.

Di dalam kita belajar sifat nafsiah dalam sifat 20 kita jangan lupa untuk menghubungkaitkan dengan kalimah syahadah.

Pelajaran sifat nafsiah dalam sifat 20, bukan sekadar bertujuan untuk dihafal.  Pelajara sifat nafsiah itu selain bertujuan untuk mengenal sifat Allah melalui sifat 20, ianya juga adalah bertujuan bagi mentafsir kalimah syahdah. 

Sifat nafsiah itu, adalah satu kaedah kiasan sahaja.  Tujuan sebenar kiasan sifat nafsiah itu, adalah disasarkan kepada tafsiran dan pemahaman kalimah syahdah.

Sifat nafsiah apabila dikaitkan, diletak atau diterjemahkan pada tafsiran syahadah, ia berada pada kedudukan kalimah "LAA" (iaitu kalimah nafi).

Kalimah nafi adalah kalimah menolak yang lain selain Allah, membinasakan yang lain selain Allah. Kuwujudan sifat-sifat yang lain itu, seumpama bayang cahaya.  Apabila hilang cahaya maka hilanglah bayang.

Apabila kita dapat memahami dan menghayati pengertian isi ilmu nafsiah dalam sifat 20 dengan penuh penghayatan, ianya membuatkan ucapan syahdah kita, benar-benar diterima Allah.

Ahad, 8 Jun 2014

Larangan Allah

Larangan Allah
Jangan sekutukan Allah dengan sesuatu
Jangan jadikan hawa nafsu sebagai tuhan
Jangan katakan aku tuhan selain dari Allah

6.Surah Al-'An`ām (Verse 19)
قُلْ أَيُّ شَيْءٍ أَكْبَرُ شَهَادَةًۖ قُلِ اللَّهُۖ شَهِيدٌ بَيْنِي وَبَيْنَكُمْۚ وَأُوحِيَ إِلَيَّ هَٰذَا الْقُرْآنُ لِأُنذِرَكُم بِهِ وَمَن بَلَغَۚ أَئِنَّكُمْ لَتَشْهَدُونَ أَنَّ مَعَ اللَّهِ آلِهَةً أُخْرَىٰۚ قُل لَّا أَشْهَدُۚ قُلْ إِنَّمَا هُوَ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ وَإِنَّنِي بَرِيءٌ مِّمَّا تُشْرِكُونَ

Bertanyalah (wahai Muhammad): "Apakah sesuatu yang lebih besar persaksiannya?"
(Bagi menjawabnya) katakanlah: "Allah menjadi Saksi antaraku dengan kamu, dan diwahyukan kepadaku Al-Quran ini, supaya aku memberi amaran dengannya kepada kamu dan juga (kepada) sesiapa yang telah sampai kepadanya seruan Al-Quran itu. Adakah kamu sungguh-sungguh mengakui bahawa ada beberapa tuhan yang lain bersama-sama Allah?"

Katakanlah: 
"Aku tidak mengakuinya". Katakanlah lagi: "Hanyasanya Dia lah sahaja Tuhan Yang Maha Esa, dan sesungguhnya aku adalah berlepas diri apa yang kamu sekutukan (dengan Allah Azza Wa Jalla)".

ADAKAH SELAIN DARI ALLAH YANG BERSIFAT DENGAN SIFAT-SIFAT TUHAN (ALLAH)...

HANYA ALLAH SAHAJA YANG BERSIFAT DENGAN SIFAT TUHAN..

DICIPTAKAN SEGALA MAKHLOK DARI TIADA KEPADA ADA, DAN PADA CIPTAAN MAKHLOK DINYATAKAN SEGALA SIFAT-SIFAT TUHAN UNTUK MENYATAKAN ALLAH SEBAGAI TUHAN,

KENYATAAN SIFAT KETUHANAN KEPADA MAKHLOK ADALAH UNTUK MENJADI BUKTI DAN TANDA-TANDA KEESAAN ALLAH, UNTUK MENYATAKAN SIFAT ALLAH, BUKAN UNTUK DISEKUTUKAN DENGAN ALLAH..

SETELAH DINYATAKAN SEGALA SIFAT KETUHANAN KEPADA MAKHLOK, SIFAT-SIFAT KETUHANAN ITU BUKANLAH SIFAT-SIFAT MAKHLOK YANG DICIPTAKAN ITU TETAPI SIFAT KETUHANAN YANG DINYATAKAN KEPADA MAKHLOK ADALAH UNTUK MENJADI BUKTI ATAU TANDA ATAU AYAT-AYAT YANG SEDANG MENERANGKAN TENTANG KEESAAN ALLAH BUKAN UNTUK DIJADIKAN SEKUTU KEPADA ALLAH

(MAKSUDNYA SIFAT ALLAH YANG DINYATAKAN KEPADA MAKHLOK ITU TETAP SIFAT ALLAH, BUKAN BERTUKAR MENJADI SIFAT MAKHLOK, KERANA ALLAH TIDAK BOLEH DISEKUTUKAN DENGAN SEGALA SESUATU CIPTAANNYA..

MAKNANYA SETELAH DICIPTAKAN MAKHLOK DARI TIADA KEPADA ADA, MAKHLOK TETAP BERSIFAT DENGAN SIFAT ASLINYA IAITU TIADA, MATI, BODOH, LEMAH, BENCI, BUTA, TULI, BISU DAN LAIN-LAIN..

KERANA SEGALA SIFAT KETUHANAN YANG DIZAHIRKAN KEPADA MAKHLOK ITU ADALAH SIFAT-SIFAT ALLAH YANG DINYATAKAN KEPADA MAKHLOK UNTUK MENYATAKAN SIFAT ALLAH BUKAN UNTUK DISEKUTUKAN DENGAN ALLAH (BUKAN UNTUK DIMILIKI OLEH MAKHLOK)..

JADI SIFAT ALLAH TETAP DENGAN SIFAT ALLAH WALAUPUN DINYATAKAN KEPADA MAKHLOK KERANA DINYATAKAN SEGALA SIFAT-SIFAT ALLAH KEPADA MAKHLOK SEBAGAI TANDA DAN KENYATAAN KENYATAAN SIFAT-SIFAT ALLAH... BUKAN MENJADI SIFAT MAKHLOK ITU SENDIRI (BUKAN UNTUK MENJADI SEKUTU KEPADA ALLAH)
JIKA KITA BERPEGANG SETELAH DINYATAKAN SIFAT ALLAH KEPADA MAKHLOK, SIFAT-SIFAT ALLAH YANG DINYATAKAN KEPADA MAKHLOK ITU MENJADI SIFAT MAKHLOK SECARA TIDAK DISEDARI (TERAMAT TERSEMBUNYI) KITA TELAH SEKUTUKAN ALLAH DENGAN MAKHLOK CIPTAANNYA..

MERASAKAN ADA MAKHLOK DISAMPING ADA ALLAH SEBENARNYA SEDANG SEKUTUKAN ALLAH DENGAN MAKHLOK..

OLEH KERANA SEDANG MERASAKAN ADA MAKHLOK, SEGALA SIFAT TUHAN YANG SEDANG DIRASA AKAN DIRASAKAN SEBAGAI SIFAT DIRI SENDIRI...

DIDALAM ILMU TAUHID MENGATAKAN ALLAH TIDAK BOLEH DISEKUTUKAN DENGAN SESUATU SELAIN DARI ALLAH...

OLEH KERANA KITA SEDANG MERASAKAN SIFAT ADA ALLAH (YANG SEDANG DINYATAKAN UNTUK MEMBUKTIKAN SIFAT ADA ALLAH), SEBAGAI SIFAT ADA DIRI SENDIRI

SECARA AUTOMATIK AKAN TIMBUL DIDALAM AKAL FIKIRAN DAN RASA PERASAAN KITA SESIAPA YANG BERPEGANG ADA YANG TERNYATA KEPADA DIRI ADALAH ADA ALLAH YANG SEDANG DINYATAKAN SEBAGAI BUKTI KEESAAN ALLAH TELAH MENYENGUTUKAN ALLAH DENGAN DIRI SENDIRI, TELAH MENJADIKAN DIRI SENDIRI SEBAGAI TUHAN SELAIN DARI ALLAH... 

AKAN TIMBUL DIDALAM RASA DIRI ORANG YANG SEDANG MENGAKU SIFAT ALLAH ADALAH SIFAT ALLAH TELAH SEKUTUKAN ALLAH DENGAN MAKHLOK KERANA SEDANG MERASAKAN ADA MAKHLOK, DIDALAM ILMU TELAH MENJELASKAN BAHAWA ALLAH TIDAK BOLEH DISEKUTUKAN DENGAN MAKHLOK.

OLEH KERANA SEDANG MERASAKAN ADA ALLAH YANG SEDANG DINYATAKAN SEBAGAI ADA DIRI SENDIRI DAN ADA MAKHLOK MAKA SECARA TIDAK DISEDARI /AUTOMATIK AKAN TIMBUL ANGGAPAN SYIRIK KEPADA SESIAPA YANG BERPEGANG SIFAT ALLAH YANG DINYATAKAN SEBAGAI SIFAT ALLAH SENDIRI... INI BERLAKU KERANA SEDANG MERASA ADA DIRI SENDIRI DISAMPING ADA ALLAH....

SEBENARNYA SESIAPA YANG SEDANG MERASAKAN ADA DIRI SENDIRI DISAMPING ADA ALLAH YANG SEDANG MENYENKUTUKAN ALLAH DENGAN DIRINYA KERANA SEBENARNYA ADA YANG DINYATAKAN PADA DIRI ITU ADALAH KENYATAAN ADA ALLAH YANG SEDANG MEMBUKTIKAN ADA ALLAH, BUKAN ADA DIRI SENDIRI...

ORANG YANG MENJADIKAN BUKTI ADA ALLAH SEBAGAI ADA DIRI SENDIRI SEBENARNYA SEDANG SEKUTUKAN ALLAH DENGAN DIRI SENDIRI YANG TELAH DIANGGAP ADA...

KEPADA MEREKA YANG TETAP BERPEGANG HANYA ALLAH SAHAJA YANG BERSIFAT ADA KERANA SIFAT ADA YANG TERNYATA KEPADA MAKHLOK ADALAH KENYATAAN YANG SEDANG MENYATAKAN ADA ALLAH, BUKAN ADA DIRI SENDIRI DAN BUKAN ADA SELAIN DARI ALLAH...

HAL INI TERAMAT SULIT UNTUK DIFAHAMI KERANA WAJIB BERPERANG DENGAN SIFAT KEAKUAN DIRI SENDIRI (HAWA NAFSU) KERANA SEDANG MENGANGGAP ADA ALLAH ADALAH ADA DIRINYA SENDIRI, ADA ALLAH ADALAH ADA SELAIN DARI ALLAH...

SELAGI TIDAK BOLEH MELEPASKAN RASA PERASAAN YANG SEDANG MERASAKAN ADA ALLAH SEBAGAI ADA DIRI SENDIRI SELAGI ITU TETAP BERADA DIDALAM KEADAAN SYIRIK SAMPAI BILA-BILA...

Rabu, 4 Jun 2014

TAUHID

TAUHID
Untuk mengamalkan Tauhid kepada Allah hendaklah kita semua tidak menggunakan fikiran yang mendatang , fikiran yang mendatang itu adalah hijab yang akan menghijab daripada sampai kepada Allah..

Hendaklah kita semua penuh keyakinan dan terus mengaku segala firman Allah, hadis Nabi saw dan juga ilmu tauhid yang dipelajari...

Firman Allah :- 57.Surah Al-Ĥadīd (Verse 3)

هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

15.Surah Al-Ĥijr (Verse 29)

فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ

"Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya.

17.Surah Al-'Isrā' (Verse 85)

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِۖ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُم مِّنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا

Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".

Nabi Besar Muhammad saw bersabda, "Wahai pencari rahsia! Mahukah kamu melihat orang mati yang hidup, berjalan dibumi seperti orang hidup tetapi jiwanya berada dilangit, kerana beliau telah diubahpindah sebelum mati dan tidak lagi diubahpindah setelah mati. Rahsia ini berada di luar sempadan fikiran, hanya diketahui melalui mati. Barang siapa hendak melihat orang yang mati berjalan di muka bumi, lihatlah Abu Bakar, seorang yang 'alim dan 'abid kerana beliau menjadi saksi yang benar terhadap Allah swt. Menjadi putera orang-orang yang di hidupkan semula."

Berkata Ali RA..Rasulullah bersabda...Allah berfirman...............;Sesungguh AKU lah ALLAH ,, Tiada Tuhan selain AKU...Barangsiapa BERTAUHID kepadaKu niscaya masuklah ia kedalam benteng Ku,,,Dan barangsiapa yang masuk bentengKu..niscaya terselamatlah dia dari SiksaKu...(H R . Syirazi)

laa ilaaha illallaahu hisnii, faman qoolahaa dakhola hisnii, waman dakhola hisnii aamina 'adzaabii.

Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda: 

 أَسْعَدُ النَّاسِ بِشَفَاعَتِي مَنْ قَالَ لاَإِلَهَ إِلاَّ اللهُ خَالِصاً مِنْ قَلْبِهِ أَوْ نَفْسِهِِ ]رواه البخاري ” 

Manusia yang paling berbahagia dengan syafaatku kelak adalah orang yang mengucapkan La ilaaha illallah dengan penuh ikhlas dari relung hatinya atau dirinya (HR Bukhari).

Mencintai Kalimah Thayibah (Kalimat Tauhid) ini, tuntutan dan mencintai orang-orang yang mengucapkannya, mengamalkan dan konsisten dengan syarat-syaratnya, serta benci terhadap hal-hal yang membatalkannya. 

Allah Ta’ala berfirman : 

وَمِنَ النَّاسِ مَن يَتَّخِذُ مِن دُونِ اللّهِ أَندَاداً يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللّهِ وَالَّذِينَ آمَنُواْ أَشَدُّ حُبًّا لِّلّهِ وَلَوْ يَرَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ إِذْ يَرَوْنَ الْعَذَابَ أَنَّ الْقُوَّةَ لِلّهِ جَمِيعاً وَأَنَّ اللّهَ شَدِيدُ الْعَذَابِ{ سورة البقرة 

“Diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang dhalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat) bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya dan bahwa Allah sangat berat siksa-Nya( niscaya mereka tidaklah melakukannya) “. Al-Baqarah 165

[ مَنْ قَالَ لاَإِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَكَفَرَ بِمَا يُعْبَدُ مِنْ دُوْنِ اللهِ حَرَّمَ عَلَيْهِ مَالُهُ وَدَمُهُ ] 

Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa mengatakan tidak ada Ilah yang berhak disembah selain Allah dan kufur terhadap segala yang diibadahi selain Allah diharamkan harta dan darahnya” (HR Muslim)
Mengingkari thaghut yaitu segala sesuatu yang diibadahi selain Allah dan beriman kepada Allah sebagai Rabb dan sesembahan yang hak. 
Allah Ta’ala berfirman: 

لاَ إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىَ لاَ انفِصَامَ لَهَا وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيم{ (256) سورة البقرة 

“Tidak ada paksaan dalam agama. sesungguhnya Telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat . Maka barang siapa yang kufur terhadap taghut dan beriman kepada Allah ia telah berpegang teguh dengan buhul tali kuat yang tidak akan putus. Allah Maha mendengar dan Maha mengetahui “. (Al Baqarah:256)

Sabda beliau shalallahu ‘alaihi wasallam: 

 إنَّ اللهََ حَرَّمَ على النارِ مَنْ قَالَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ يَبْتَغِي بِذَلِكَ وَجْهَ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ] رواه مسم 

“Sesungguhnya Allah mengharamkan atas neraka orang yang mengucapkan La illaaha illallah yang dengan kalimat itu semata-mata ia mengharapkan wajah Allah Azza wa Jalla” (HR Muslim)
Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda: 

أَسْعَدُ النَّاسِ بِشَفَاعَتِي مَنْ قَالَ لاَإِلَهَ إِلاَّ اللهُ خَالِصاً مِنْ قَلْبِهِ أَوْ نَفْسِهِِ ]رواه البخاري 

” Manusia yang paling berbahagia dengan syafaatku kelak adalah orang yang mengucapkan La ilaaha illallah dengan penuh ikhlas dari relung hatinya atau dirinya (HR Bukhari).

Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka mengucapkan La ilaaha illallah. Barangsiapa mengucapkan Laa ilaaha illallah maka terlindungi harta dan jiwanya dariku kecuali menurut hak Islam dan perhitungannya disisi Allah Azza wa Jalla (Muttafaq Alaihi)

Laa ilaha illallah -Tiada nyata atau ada hanya Allah... Maksudnya selain daripada Allah tidak ada...

Segala keterangan telah diketahui, cuba sama-sama kita menyoal diri sendiri adakah kita pernah mengakui segala keterangan dan pengetahuan seperti diatas.....?

Kita semua sudah mengetahui, sudah yakin, tidak lagi berbelah bagi didalam ilmu pengetahuan.

Tetapi pernahkah sekali kita mengadakan pengakuan yang awal yang akhir yang zahir dan yang batin yang sedang dirasai dan dirasai itu adalah Allah seperti yang difirmankan?

Sebelum mengadakan pengakuan (mengaku) seperti yang difirmankan Allah, pelbagai pemikiran akan datang mengganggu, Jangan dilayan segala fikiran yang mendatang, mengaku sahaja seperti yang difirmankan Allah itu, tanpa perlu menyoal lagi...

Selagi kita belum mengaku yang segala sifat yang wajib bagi Allah dan sifat ketuhanan itu milik Allah, selagi itulah akan lahir didalam rasa dan perasaan kita bahawa kitalah yang memiliki segala sifat yang wajib bagi Allah, Roh kitalah yang memiliki sifat ketuhanan (Ada, hidup, tahu, kuasa, berkehendak, melihat, mendengar, berkata-kata dan lain-lain)

Kita kata dan berpegang roh itu roh kita tetapi Allah firmankan bahawa roh itu roh nya, dan juga roh itu urusannya.

15.Surah Al-Ĥijr (Verse 29)

فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ

"Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya.

17.Surah Al-'Isrā' (Verse 85)

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِۖ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُم مِّنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا

Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".

Masih tidak yakin lagikah kita kepada firman Allah, jika sudah yakin kenapa masih tidak mahu mengaku akan kebenaran firman Allah...

Kenapa masih nak mengatakan roh kita lagi, cantas segala fikiran yang mendatang, jangan banyak berfikir lagi, mengaku saja.

Bila datang fikiran cantas fikiran itu dengan mengaku yang mendatangkan fikiran itu juga adalah Allah seperti firman Allah didalam

39.Surah Az-Zumar (Verse 62)

اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ وَكِيلٌ

Allah Yang Menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Mentadbirkan serta menguasai segala-galanya.

Lagi firman Allah 37.Surah Aş-Şāffāt (Verse 96)

وَاللَّهُ خَلَقَكُمْ وَمَا تَعْمَلُونَ

"Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu!"

Jika Allah sudah berfirman sedemikian rupa, apa lagi yang hendak difikirkan lagi. Tunggu apa lagi mengakulah segala sifat yang wajib bagi Allah yang ternyata pada keseluruhan Alam dan pada insan itu adalah sifat Allah...

Jangan dibiarkan fikiran kita menghijab kita dari memandang dan mengaku yang Allah itu Allah...

Seperkara lagi tentang rasa ketiadaan kita, kebanyakkan kita selalu berkata dan faham bahawa yang Ada hanya Allah, selain dari kita tidak ada.

Persoalannya adalah kita boleh merasai letiadaan kita dan ketiadaan selain dari Allah...

Adakah satu benda atau perkara yang tidak ada?

Sesuatu yang tidak ada itu hakikatnya memang tidak ada.. Bila tidak ada bagaimana nak merasai yang tidak ada..?

Sebenarnya kita tidak pernah boleh merasakan keadaan tidak ada itu. Tidak ada itu hanya ada pada sebutan sahaja untuk menunjukkan kepada lawan sifat yang wajib bagi Allah. Tidak ada itu adalah satu keadaan yang tidak pernah ada dan keadaan tidak ada itu tidak pernah dapat dirasakan..

Perkataan tidak ada itu hanya ada pada sebutan sahaja tetapi tidak ada pada hakikat dan didalam bentuk kenyataan..

Sebenarnya tidak ada satu keadaan yang tidak dapat dirasakan keberadaan tidak ada itu...

Kita sentiasa dan tetap merasakan keadaan ada, kita sentiasa merasai ada, sebelum mengaku sifat ada yang terasa oleh kita itu sebagai sifat ada Allah, kita merasai sifat ada itu sebagai ada kita, kita telah menyangka ada yang sedang Allah nyatakan sebagai AdaNya, itu sebagai ada kita..

Kita salah sangka yang ada Allah yang sedang dinyatakan sebagai AdaNya Allah, sebagai ada diri kita sendiri..

Dengan kata lain kita merasai (menyangka), yang Ada yang terzahir yang dinyatakan oleh Allah sebagai pengenalan kepada Adanya Allah, telah dirasai dan diakui sebagai Ada kita sendiri.

Dengan merasa dan meniati Ada yang dirasai itu diAkui sebagai Ada diri kita dan ada selain dari Allah... Jadi kita merasai diri kita ada sedangkan keadaan sebenarnya ialah Allah telah menyatakan dan memperkenalkan sifat AdaNya Allah...

Sejak dari masa dan saat ini, hendaklah kita mengakui ada yang sedang dirasai itu sebenarnya adalah Ada Allah yang sedang diNyatakan sebagai pengenalan.

Setelah ada yang sedang dirasai itu telah diakui dan dirasai sebagai Ada Allah, (tidak timbul lagi didalam rasa dan perasaan yang kita ini ada)

Tidak timbul lagi rasa ada kita, itulah sebenarnya yang dipanggil dan disebut dengan keadaan tidak ada,

Kita sedang merasai Ada Allah itulah yang disebut sebagai ketiadaan kita dan selain dari Allah..

Maksudnya tidak lagi timbul rasa ada kita, itulah yang selalu yang kita katakan tidak ada kita..

Sedang merasakan ada Allah (keadaan itulah yang disebut sebagai ketiadaan kita)..

Kita tidak pernah boleh merasakan ketiadaan kita, maksudnya tidak ada kita itu hanya ada pada sebutan sahaja kerana Ada yang sedang dirasai itu adalah Ada Allah, yang sedang merasai ada Allah juga Allah sendiri...

Laa ilaha illallah - Tiada yang Ada, hanya Allah sahaja yang Ada, selain dari Allah tidak ada..
Maksudnya ada yang sedang dirasai mesti diakui sebagai Ada Allah..

Apabila ada yang sedang dirasai itu telah diakui sebagai ada Allah, dan tetap melatih melakukan pengakuan dan telah tetap dengan merasa Ada yang sedang dirasai adalah Ada Allah ( kita tidak lagi merasai ada yang sedang dirasai itu sebagai ada kita, keadaan inilah yang dikatakan ketiadaan kita)

Mengaku sahaja sifat Ada yang sedang dirasa sekarang ini sebagai ada Allah tanpa banyak soalan, tanpa perlu bertanya, tanpa disertakan dengan kepelbagaian fikiran...

Fikiran yang mendatang itu sebenarnya adalah hijab yang menghijab kita dari mengaku yang Allah itu Allah, fikiran akan mendorong kita supaya tetap mengaku Ada Allah yang sedang diperkenalkan itu sebagai ada kita.. Inilah yang dipanggil sebagai hawa nafsu...

Dengan kata lain hawa nafsu ialah kita mengaku Ada Allah yang sedang diperkenalkan, Ada Allah yang sedang ditajallikan sebagai ada kita sendiri. Apabila kita mengaku atau kita sedang merasakan Ada yang Allah sedang tunjukkan sebagai AdaNya, adalah sebagai ada kita, bermakna kita sedang menjadikan ada yang disangka ada kita itu sebagai tuhan selain Allah..

Kita sedang melaksanakan firman Allah 21.Surah Al-'Anbyā' (Verse 29)

وَمَن يَقُلْ مِنْهُمْ إِنِّي إِلَٰهٌ مِّن دُونِهِ فَذَٰلِكَ نَجْزِيهِ جَهَنَّمَۚ كَذَٰلِكَ نَجْزِي الظَّالِمِينَ

Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: "Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah", maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam; demikianlah Kami membalas golongan yang zalim.

Walaupun kita tidak melafaskan melalui mulut dan lintasan didalam hati tetapi kita sedang merasakan ada kita secara tidak langsung kita sedang mengakui "Aku diri kita itu sebagai tuhan selain dari Allah"

Ini adalah kerana sifat Ada adalah sebenarnya milik Allah sahaja. Allah tunjukkan sifat AdaNya itu sebagai pengenalan untuk memperkenalkan adanya. Tetapi kita telah salah menyangka pengenalan sifat Ada Allah itu sebagai ada kita...

Kita wajib mengaku yang Ada Allah yang sedang dirasai itu, sifat Ada Allah yang sedang diperkenalkan itu, sifat Ada Allah yang diberi rasa itu adalah sifat Ada Allah tanpa perlu disertakan dengan fikiran lagi...

Sifat Ada Allah itu bukan lain dari Allah...

Insan rahsia Aku, Aku rahsia insan. Rahsia itu sifat Aku, sifat Aku bukan lain daripada Aku

Cahaya Ke-Arifan


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Cahaya Ke-Arifan

Ertinya: Bermula ilmu itu telah sedia di dalam hidangan ini seumpama mutiara yang dikandung oleh ibuan, yakni tertutup dengan beberapa hijab yang zhulumah(kegelapan) maka tiada mengetahui ia daripada segala orang yang awam melainkan yang dapat mengetahui bagaimana yang tersebut itu ialah orang yang Alim Billah, yakni orang yang mengetahui zatnya, sifatnya dan asma’nya dan af’alnya dengan jalan mendapat khasaf dari rabbil a’lamin,
Wa Shalallahu ala Saidina Muhammadin waala alihi washahbi wasallam.
Alhamdulillahi rabbi a’lami washola tu walsalam ala Saidina Muhammad waalaalihi washahbihi wasallam. Ajmain.

Amma ba’du, ketahuilah oleh mu wahai Tholib bahawasanya hendaklah kita mengenal diri kita supaya dapat kita mengenal Tuhan seperti sabda Nabi Sholallahu Alaihi Wasallam :.
Yakni barang siapa mengenal dirinya bahawasanya mengenallah ia akan Tuhan.
Maka adapun diri itu dua martabat, satu martabat diri yang Zahir nama ia dan satu itu diri yang Bathin nama ia. Maka adapun diri yang Zahir itu iaitu tubuh kita kita yang kasar, maka dapat kita lihat dengan mata kepala kita kerana ada padanya rupa dan warna dan besar kecil.
Maka diri yang Bathin itu iaitulah nyawa kita maka tiadalah dapat kita lihat dengan mata kepala kita kerana tiada ada warna padanya pada zahir seperti bagaikan tetapi kita ketahui diri yang Bathin itu kenyataannya pada diri yang Zahir, tatkala kita lihat sifat yang Zahir itu seperti hidup dan tahu dan kuasa dan berkehendak dan mendengar dan melihat dan berkata-kata dan gerak dan diam itu iaitu nyatalah pada diri kita yang Zahir, itulah sifat diri kita yang Bathin.
Maka takala itu kita lihat nyata pada diri kita yang Zahir sifat diri kita yang Bathin itu tiada didalam dan tiada di luar dan tiada di atas dan tiada di bawah dan tiada di kiri dan di kanan melainkan hendaklah kita ketahui dengan yakin bahawa ada diri kita yang Bathin itulah Nyawa kita, yakni bayang-bayang Sifat Tuhan. 
Maka adalah kelakuan Sifat Tuhan itu nyatalah pada diri kita yang Bathin dan bagaimana kelakuan sifat diri kita yang Bathin itu nyata pada diri kita yang Zahir. Maka jikalau kita hendak lihat kelakuan diri kita yang Bathin melainkan hendaklah kita masuk kepada Alam Khayal ataupun Alam Misal melainkan dapatlah kita melihat kepada kenyataan Sifat Tuhan.
Maka apabila sudah kita faham akan yang demikian itu maka kita ketahuilah hidup Badan itu dengan sebab hidup Nyawa dan tahu Badan itu dengan sebab tahu Nyawa dan kuasa Badan itu dengan sebab kuasa Nyawa dan berkehendak Badan itu dengan sebab berkehendak Nyawa dan mendengar Badan itu dengan sebab mendengar Nyawa dan melihat Badan itu dengan dengan sebab melihat Nyawa dan berkata-kata Badan itu dengan sebab berkata-kata Nyawa dan gerak diam Badan itu dengan sebab gerak diam Nyawa.
Maka apabila sudah engkau faham seperti yang tersebut itu engkau ketahuilah hidup Nyawa itulah tempat menzahirkan hidup Tuhan dan tahu Nyawa itulah tempat menzahirkan ilmu Tuhan dan kuasa Nyawa itulah tempat menzahirkan Qudrat Tuhan dan berkehendak Nyawa itulah tempat menzahirkan Irradat Tuhan dan mendengar nyawa itulah tempat menzahirkan Samei’ Tuhan dan melihat Nyawa itulah tempat menzahirkan Bashar Tuhan, berkata-kata Nyawa itulah itulah tempat menzahirkan Qalam Tuhan dan berkata-kata yang tujuh itu pada diri kita yang bathin itu seperti nyatalah sifat diri kita yang Bathin dan diri yang Bathin itu sepertilah pada diri kita yang Zahir ini,
Maka engkau ketahuilah dan engkau kenallah bahawa diri kita yang Bathin itulah Nyawa kita tempat nyata Sifat Tuhan dan diri kita yang Zahir ini tempat tempat nyata Sifat diri kita yang Bathin. Maka janganlah engkau cari Tuhan mu itu tempat yang lain pada diri kamu itu sangat nyata kerana sekelian alam ini seperti keadaan engkau jua, tetapi nyata Tuhan mu itu pada diri kamu itu terlebih-lebih nyata daripada yang lain kerana manusia itu tempat menerima dan menzahir SifatNya dan Asma’Nya dan Af’alNya. Sifat pun Sifat Zat, Asma pun Asma Zat dan Af’al pun Af’al Zat.

Qodim keempat-empat itu Sa pada pihak tanzal dan taqrop inilah rahsia orang yang mengenal diri yakni kenal diri yang Zahir dan diri yang Bathin itu tiada memunyai wujud pada haqiqatnya segala sifat yang tersebut itu sekali-kali melainkan pada menjadi menghantarkan kepada bukan tempatnya akan tempat menjatuhkan hukum, taklik di atas hambanya yang mengerjakan amar dan nahi maka jadilah hasillah ma’rifat kita pada tiga martabat. Pertama-tamanya kenal diri yang Zahir dan kedua kenal diri yang Bathin dan ketiga kenal Tuhan.
Maka apabila sudah engkau faham segala yang tersebut itu, melainkan hendaklah engkau meng Esa kan dan meng Shahadah kan dan Mujahadah dan Murakabah dan Mengabalah dengan Tuhan mu itu pada diri kamu itu kerana Ianya jua. Permulaan nyata pada kita melainkan hendaklah kita senantiasa hadir hati kita kepada Tuhan kita itu jangan sekali-kali lalai-lalai pada duduk-duduk dan berjalan dan gerak dan diam kita dan barang sebaginya. Maka segala yang tersebut itu seperti berlaku di atas kitanya itu semuanya perintah Tuhan diatas hambanya.
Maka perintah itu adakalanya baik dan adakalanya jahat dan adakala nikmat dan adakalanya rahmat, maka jatuh perintahnya itu diatas hambanya, melainkan wajiblah di atas hamba itu membayar haknya tatkala itu datang nikmat diatas kita melainkan wajiblah membayar hakNya dengan segera kita anugerah daripadaNya. Maka apabila datang bala diatas kita maka kita pandang dengan haqiqat bahawa bala itu daripadaNya jua. 
Maka wajiblah diatas kita membayar hakNya dengan sabar dan redha serta taat, maka takala itu datang kebajikan diatas kita maka kita pandanglah kebajikan itu daripadaNya jua, maka wajiblah diatas kita membayar hakNya dengan segera anugerahNya.

Maka takala datang kejahatan maksiat diatas kita maka kita pandang dengan mata hati kita Ianya jua yang menjadikan maksiat itu diatas hambanya melainkan wajiblah diatas kita membayar hakNya dengan banyak-banyak Astaghafirul Allah Alazhim serta kita minta ampun dan kita minta berlindung kepadaNya jua kerana Ianya jua yang menjadi segala jenis yang tersebut itu melainkan Ianya jua yang mengampunkan dosanya kita melainkan Ianya jua Tuhan mengasihi akan hambaNya,
Maka jika tiada hal yang demikian itu hal kita niscaya sia-sialah hidup kita dalam dunia ini melainkan menyesallah kita didalam akhirat dengan tiada berguna lagi kerana sekeliannya itu kembali kepada mu jua, baik dan jahatnya,
wabillahi taufik. Kepada Allah jua kita minta ampun dan kita minta tolong dan kepadaNya jua kita berlindung dan kepadannya jua kita bergantung dan kepadaaNya jua kita harap wallahu alimu antahi