Pages

Memaparkan catatan dengan label diri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label diri. Papar semua catatan

Selasa, 29 Mei 2018

EMPUNYA BAYANG BAYANG

EMPUNYA BAYANG BAYANG

Pernahkah anda terfikir siapakah AKU itu?
Pernahkah anda terbayang apakah AKU kita itu?

Sebenarnya AKU kita ini adalah ROH kita, bukan badan kasar ini. Badan kasar ini akan mati sekiranya tiada ROH. Sekiranya tiada ROH, badan kita akan hancur binasa.

ROH kita inilah diri kita yang sebenarnya,.ROH ini hidup dan tidak akan mati. ROH inilah juga zat diri kita.

ROH ini juga limpahan Yang Maha Hidup iaitu Allah SWT. Allah itu hidup. Dia mempunyai sifat hidup. Maka hidup(ROH) kita adalah limpahan dari hidup Allah itu.

ROH ini juga digelar "bayangan" Yang Maha Hidup itu. ROH itu bayang kepada Yang Empunya Bayang Bayang. Yang Empunya Bayang Bayang itu ialah Allah, dan ROH kita itu adalah “bayangan” Allah itu. Demikian pendapat-pendapat ahli-ahli Sufi.

Allah itu tidak kelihatan, Maha Ghaib dan tidak ada satu pun yang seumpama denganNya. Bagaimana kita dapat tahu adanya sesuatu yang tidak kelihatan dan tidak terperikan.

Ibarat angin, kita tidak nampak angin, tetapi bagaimana kita tahu angin sedang bertiup dan angin itu ada? Jawabnya, kita tahu adanya angin itu kerana ada kesannya.

Bila daun pokok bergoyang, kita tahu angin sedang bertiup. Kalau kita rasa hembusan, maka itu adalah hembusan angin, sebagainya. Goyangan daun dan rasa hembusan itu adalah tanda-tanda adanya angin. Kita tidak nampak angin tetapi kita tahu adanya angin melalui tanda tandanya.

Demikian jugalah keadaannya dengan Allah SWT. Kita tidak nampak DIa, tetapi kita rasa dan percaya adaNya melalui tanda tandaNya. Tanda tanda Allah itu ialah alam semesta raya ini. Tanda-tanda ini dalam bahasa Arab ialah “ayat”.

Oleh itu, alam semesta raya dan diri kita ini adalah ayat-ayat Allah belaka.

ROH sangat tinggi martabatnya, melebihi peringkat malaikat. Tempatnya disisi Allah yang Maha Tinggi. ROH inilah yang mengenang Allah (zikrullah) seolah-olah kerjanya mengenang Allah sahaja. Seolah-olah makan minumnya “Zikrullah” sahaja.

ROH yang suci ini sentiasa mentauhidkan Allah Yang Maha Suci. Najis padanya ialah menyekutukan Allah. ROH ini sangat cinta kepada Allah SWT. Ia memuja dan memuji Allah sentiasa. Allah itu kekasihnya. Cukuplah Allah itu baginya.

Demikian perhubungan Allah dengan ROH, menurut pandangan ahli-ahli Sufi.

@ via awalludin makrifatullah

Jumaat, 27 Mei 2016

Ada tiga aliran yg mengaliri didlm kehidupan seseorg manusia

Ada tiga aliran yg mengaliri didlm kehidupan seseorg manusia..

1-aliran jasmani-tenaga dari makan dan minum.
2-aliran rohani-tenaga dari aliran zikir dsb
3-aliran diri-tenaga langsung dari yg maha esa.

Badan>rohani>diri@rohullah,memiliki jalan masing² dlm mengaliri kehidupan ini. Maka kita perlu pelajari ttg aliran yg paling dasar dgn merentasi aliran jasmani dan aliran rohani.

Badan>diri>Aku.

Isnin, 19 Januari 2015

Adapun Kalimah Syahadah itu mengandungi 24 huruf

Adapun Kalimah Syahadah itu mengandungi 24 huruf 
– menunjukkan kehidupan manusia sehari semalam selama 24 jam juga.

Hiduplah manusia sebagai HAMBA kepada undang undang Syariat Feqah tetapi belum pasti menjadi hamba Allah yang beriman.

Kerana apa pula dikatakan manusia itu menjadi hamba kepada Syariat dan Hukum Feqah dan tidak sebagai Hamba Allah ?

Kerana manusia PERASAN yang merekalah yang hidup dan menjalankan Sunnah Rasul dan Perintah Allah.

Dari mana datangnya Sunnah Rasul jikalau tidak tahu dan mengenal akan Rasul ?

Dari mana datangnya Perentah Allah kalau tidak kenal Allah , apa lagi berjumpa Allah ?

JAWAPAN ?
1 Tanah
2 Air
3 Angin
4 Api
5 ? = ADAM

1 Di
2 Wadi
3 Mani
4 manikam
5 ? = JASAD

1 Siddiq
2 Tabliq
3 Amanah
4 Patonah
5 ? = RASUL

1 Abu Bakar
2 Omar
3 osman
4 Ali
5 ? = MUHAMMAD

1 Nafas
2 Anpas
3 Tanapas
4 Nupus
5 ? = DIRI

1 Jibrael
2 Mikael
3 Israfil
4 Izrael
5 ? = KEMBAR


IANYA BOLEH JUGA DIFAHAMI SEPERTI DIBAWAH


Yang dikatakan sebagai Manusia itu :-

Tanah + Air + Angin + Api = ADAM

Daging + Tulang + Urat + Darah = MANUSIA

Di + Wadi + Mani + Manikam = INSAN



Yang dikatakan sebagai Malaikat itu :-

Nafas sampai di – UBUN UBUN digelar JIBRAEL

Nafas sampai di – MATA digelar MIKAIL

Nafas sampai di – PUSAT digelar ISRAFIL

Nafas sampai di – JANTUNG digelar IZRAEL


Yang dikatakan Sahabat itu :-

Abu Bakar gelaran untuk NAFAS YANG KELUAR

Omar gelaran untuk NAFAS YANG MASUK

OSMAN gelaran untuk NAFAS DI-HALKOM

ALI gelaran untuk NAFAS YANG TURUN NAIK


Yang dikatakan Pecahan Nafas itu :-

NAFAS di MULUT

ANPAS di HIDUNG

TANAPAS di BELAKANG KEPALA ANTARA 2 TELINGA

NUPUS di JANTUNG

MAQAM = MELIPUTI DIRI.

Ahad, 8 Jun 2014

Larangan Allah

Larangan Allah
Jangan sekutukan Allah dengan sesuatu
Jangan jadikan hawa nafsu sebagai tuhan
Jangan katakan aku tuhan selain dari Allah

6.Surah Al-'An`ām (Verse 19)
قُلْ أَيُّ شَيْءٍ أَكْبَرُ شَهَادَةًۖ قُلِ اللَّهُۖ شَهِيدٌ بَيْنِي وَبَيْنَكُمْۚ وَأُوحِيَ إِلَيَّ هَٰذَا الْقُرْآنُ لِأُنذِرَكُم بِهِ وَمَن بَلَغَۚ أَئِنَّكُمْ لَتَشْهَدُونَ أَنَّ مَعَ اللَّهِ آلِهَةً أُخْرَىٰۚ قُل لَّا أَشْهَدُۚ قُلْ إِنَّمَا هُوَ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ وَإِنَّنِي بَرِيءٌ مِّمَّا تُشْرِكُونَ

Bertanyalah (wahai Muhammad): "Apakah sesuatu yang lebih besar persaksiannya?"
(Bagi menjawabnya) katakanlah: "Allah menjadi Saksi antaraku dengan kamu, dan diwahyukan kepadaku Al-Quran ini, supaya aku memberi amaran dengannya kepada kamu dan juga (kepada) sesiapa yang telah sampai kepadanya seruan Al-Quran itu. Adakah kamu sungguh-sungguh mengakui bahawa ada beberapa tuhan yang lain bersama-sama Allah?"

Katakanlah: 
"Aku tidak mengakuinya". Katakanlah lagi: "Hanyasanya Dia lah sahaja Tuhan Yang Maha Esa, dan sesungguhnya aku adalah berlepas diri apa yang kamu sekutukan (dengan Allah Azza Wa Jalla)".

ADAKAH SELAIN DARI ALLAH YANG BERSIFAT DENGAN SIFAT-SIFAT TUHAN (ALLAH)...

HANYA ALLAH SAHAJA YANG BERSIFAT DENGAN SIFAT TUHAN..

DICIPTAKAN SEGALA MAKHLOK DARI TIADA KEPADA ADA, DAN PADA CIPTAAN MAKHLOK DINYATAKAN SEGALA SIFAT-SIFAT TUHAN UNTUK MENYATAKAN ALLAH SEBAGAI TUHAN,

KENYATAAN SIFAT KETUHANAN KEPADA MAKHLOK ADALAH UNTUK MENJADI BUKTI DAN TANDA-TANDA KEESAAN ALLAH, UNTUK MENYATAKAN SIFAT ALLAH, BUKAN UNTUK DISEKUTUKAN DENGAN ALLAH..

SETELAH DINYATAKAN SEGALA SIFAT KETUHANAN KEPADA MAKHLOK, SIFAT-SIFAT KETUHANAN ITU BUKANLAH SIFAT-SIFAT MAKHLOK YANG DICIPTAKAN ITU TETAPI SIFAT KETUHANAN YANG DINYATAKAN KEPADA MAKHLOK ADALAH UNTUK MENJADI BUKTI ATAU TANDA ATAU AYAT-AYAT YANG SEDANG MENERANGKAN TENTANG KEESAAN ALLAH BUKAN UNTUK DIJADIKAN SEKUTU KEPADA ALLAH

(MAKSUDNYA SIFAT ALLAH YANG DINYATAKAN KEPADA MAKHLOK ITU TETAP SIFAT ALLAH, BUKAN BERTUKAR MENJADI SIFAT MAKHLOK, KERANA ALLAH TIDAK BOLEH DISEKUTUKAN DENGAN SEGALA SESUATU CIPTAANNYA..

MAKNANYA SETELAH DICIPTAKAN MAKHLOK DARI TIADA KEPADA ADA, MAKHLOK TETAP BERSIFAT DENGAN SIFAT ASLINYA IAITU TIADA, MATI, BODOH, LEMAH, BENCI, BUTA, TULI, BISU DAN LAIN-LAIN..

KERANA SEGALA SIFAT KETUHANAN YANG DIZAHIRKAN KEPADA MAKHLOK ITU ADALAH SIFAT-SIFAT ALLAH YANG DINYATAKAN KEPADA MAKHLOK UNTUK MENYATAKAN SIFAT ALLAH BUKAN UNTUK DISEKUTUKAN DENGAN ALLAH (BUKAN UNTUK DIMILIKI OLEH MAKHLOK)..

JADI SIFAT ALLAH TETAP DENGAN SIFAT ALLAH WALAUPUN DINYATAKAN KEPADA MAKHLOK KERANA DINYATAKAN SEGALA SIFAT-SIFAT ALLAH KEPADA MAKHLOK SEBAGAI TANDA DAN KENYATAAN KENYATAAN SIFAT-SIFAT ALLAH... BUKAN MENJADI SIFAT MAKHLOK ITU SENDIRI (BUKAN UNTUK MENJADI SEKUTU KEPADA ALLAH)
JIKA KITA BERPEGANG SETELAH DINYATAKAN SIFAT ALLAH KEPADA MAKHLOK, SIFAT-SIFAT ALLAH YANG DINYATAKAN KEPADA MAKHLOK ITU MENJADI SIFAT MAKHLOK SECARA TIDAK DISEDARI (TERAMAT TERSEMBUNYI) KITA TELAH SEKUTUKAN ALLAH DENGAN MAKHLOK CIPTAANNYA..

MERASAKAN ADA MAKHLOK DISAMPING ADA ALLAH SEBENARNYA SEDANG SEKUTUKAN ALLAH DENGAN MAKHLOK..

OLEH KERANA SEDANG MERASAKAN ADA MAKHLOK, SEGALA SIFAT TUHAN YANG SEDANG DIRASA AKAN DIRASAKAN SEBAGAI SIFAT DIRI SENDIRI...

DIDALAM ILMU TAUHID MENGATAKAN ALLAH TIDAK BOLEH DISEKUTUKAN DENGAN SESUATU SELAIN DARI ALLAH...

OLEH KERANA KITA SEDANG MERASAKAN SIFAT ADA ALLAH (YANG SEDANG DINYATAKAN UNTUK MEMBUKTIKAN SIFAT ADA ALLAH), SEBAGAI SIFAT ADA DIRI SENDIRI

SECARA AUTOMATIK AKAN TIMBUL DIDALAM AKAL FIKIRAN DAN RASA PERASAAN KITA SESIAPA YANG BERPEGANG ADA YANG TERNYATA KEPADA DIRI ADALAH ADA ALLAH YANG SEDANG DINYATAKAN SEBAGAI BUKTI KEESAAN ALLAH TELAH MENYENGUTUKAN ALLAH DENGAN DIRI SENDIRI, TELAH MENJADIKAN DIRI SENDIRI SEBAGAI TUHAN SELAIN DARI ALLAH... 

AKAN TIMBUL DIDALAM RASA DIRI ORANG YANG SEDANG MENGAKU SIFAT ALLAH ADALAH SIFAT ALLAH TELAH SEKUTUKAN ALLAH DENGAN MAKHLOK KERANA SEDANG MERASAKAN ADA MAKHLOK, DIDALAM ILMU TELAH MENJELASKAN BAHAWA ALLAH TIDAK BOLEH DISEKUTUKAN DENGAN MAKHLOK.

OLEH KERANA SEDANG MERASAKAN ADA ALLAH YANG SEDANG DINYATAKAN SEBAGAI ADA DIRI SENDIRI DAN ADA MAKHLOK MAKA SECARA TIDAK DISEDARI /AUTOMATIK AKAN TIMBUL ANGGAPAN SYIRIK KEPADA SESIAPA YANG BERPEGANG SIFAT ALLAH YANG DINYATAKAN SEBAGAI SIFAT ALLAH SENDIRI... INI BERLAKU KERANA SEDANG MERASA ADA DIRI SENDIRI DISAMPING ADA ALLAH....

SEBENARNYA SESIAPA YANG SEDANG MERASAKAN ADA DIRI SENDIRI DISAMPING ADA ALLAH YANG SEDANG MENYENKUTUKAN ALLAH DENGAN DIRINYA KERANA SEBENARNYA ADA YANG DINYATAKAN PADA DIRI ITU ADALAH KENYATAAN ADA ALLAH YANG SEDANG MEMBUKTIKAN ADA ALLAH, BUKAN ADA DIRI SENDIRI...

ORANG YANG MENJADIKAN BUKTI ADA ALLAH SEBAGAI ADA DIRI SENDIRI SEBENARNYA SEDANG SEKUTUKAN ALLAH DENGAN DIRI SENDIRI YANG TELAH DIANGGAP ADA...

KEPADA MEREKA YANG TETAP BERPEGANG HANYA ALLAH SAHAJA YANG BERSIFAT ADA KERANA SIFAT ADA YANG TERNYATA KEPADA MAKHLOK ADALAH KENYATAAN YANG SEDANG MENYATAKAN ADA ALLAH, BUKAN ADA DIRI SENDIRI DAN BUKAN ADA SELAIN DARI ALLAH...

HAL INI TERAMAT SULIT UNTUK DIFAHAMI KERANA WAJIB BERPERANG DENGAN SIFAT KEAKUAN DIRI SENDIRI (HAWA NAFSU) KERANA SEDANG MENGANGGAP ADA ALLAH ADALAH ADA DIRINYA SENDIRI, ADA ALLAH ADALAH ADA SELAIN DARI ALLAH...

SELAGI TIDAK BOLEH MELEPASKAN RASA PERASAAN YANG SEDANG MERASAKAN ADA ALLAH SEBAGAI ADA DIRI SENDIRI SELAGI ITU TETAP BERADA DIDALAM KEADAAN SYIRIK SAMPAI BILA-BILA...

Selasa, 8 April 2014

Siapa Diri Kita Yang Sebenar?

Siapa Diri Kita Yang Sebenar?

Jasad kasar ini . . ada yang cantik, tampan dan rupawan. Tidak kurang juga yang hodoh, cacat dan sumbing. Diri yang nyata inilah yang selalu disanjung dan juga dikeji, tetapi awas! Jasad kasar inilah yang hancur dimamah bumi. 

Yang dikatakan DIRI adalah, yang berada didalam jasad kasar. diri yang sebenar inilah yang menghidupkan jasad. Bergerak, tidur, berfikir . . tanpanya jasad akan MATI.

Diri ini dinamakan RUHANI (RUH) datangnya dari Allah dan menjadi rahsiaNya. Carilah jalan untuk mengenal diri ini dan sekiranya sudah ketemu jalan itu maka sudah tentu akan SELAMAT (ISLAM).

Ajarlah diri ini untuk mengESAkan Allah, ajarlah diri ini untuk mengUTAMAkan (RAJA) Allah. Yang ada (WUJUD) hanyalah Allah. ........................................................................................................................... Carilah dalam Buku Makrifat Tok Kenali.....
Siapa Diri Kita Yang Sebenar?
Jasad kasar ini . . ada yang cantik, tampan dan rupawan. Tidak kurang juga yang hodoh, cacat dan sumbing. Diri yang nyata inilah yang selalu disanjung dan juga dikeji, tetapi awas! Jasad kasar inilah yang hancur dimamah bumi.
Yang dikatakan DIRI adalah, yang berada didalam jasad kasar. diri yang sebenar inilah yang menghidupkan jasad. Bergerak, tidur, berfikir . . tanpanya jasad akan MATI.
Diri ini dinamakan RUHANI (RUH) datangnya dari Allah dan menjadi rahsiaNya. Carilah jalan untuk mengenal diri ini dan sekiranya sudah ketemu jalan itu maka sudah tentu akan SELAMAT (ISLAM).
Ajarlah diri ini untuk mengESAkan Allah, ajarlah diri ini untuk mengUTAMAkan (RAJA) Allah. Yang ada (WUJUD) hanyalah Allah.