Pages

Memaparkan catatan dengan label Al-Araaf. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Al-Araaf. Papar semua catatan

Selasa, 21 Oktober 2014

ULAMA YANG BAGAIKAN ANJING

ULAMA YANG BAGAIKAN ANJING
Surah al-A'raf ayat 175-176.
Firman Allah: (maksudnya) “Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat kami. kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar darinya, lalu syaitan mengikutnya, maka jadilah dia daripada orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia mahu kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya seperti ANJING, jika engkau menghalaunya, dia menjelirkan lidahnya, dan jika engkau membiarkannya: dia juga menjelirkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir”. (Surah al-A’raf: ayat 175-176).
Ayat ini menceritakan perihal kisah seorang ilmuwan agama yang meninggalkan ajaran Allah semata-mata kerana keinginannya kepada dunia. Riwayat-riwayat Israiliyyat menyebut nama orang tersebut ialah Bal'am. 

Apa yang penting, ayat ini telah menyamakan ulama yang menjual nilai ajaran Allah hanya untuk kepentingan dunianya sama seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidah. Padahal jika dia berpegang atas prinsip ilmu dia tetap akan mendapat kemuliaan. Namun, dia gopah dengan silauan tawaran dunia. Samalah dia seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidah. 

Anjing menjelirkan lidah disebabkan kepanasan badannya, atau oksigen yang tidak cukup bagi tubuhnya. Demikian ilmuwan yang sentiasa kepanasan kerana gilakan dunia, atau sentiasa merasa tidak memadai dengan kedudukan mulianya sebagai ilmuwan, lalu dia menjelirkan lidahnya yang hodoh mencari yang lain habuan yang lain. 

Pelbagai fatwa mengampu dikeluarkan. Jika pihak yang diampu membuat salah, dia mencari dalil menjustifikasikannya. Jika musuh pihak yang diampu membuat salah, dia mencari puluhan dalil yang memasukkan mereka ke dalam neraka. Jika pihak yang diampu itu betul, berlebih-lebihan dia memuji dengan segala dalil agama. Jika musuh pihak yang diampu betul, dia cuba mencari dalil agama untuk melihat kelemahan dari sudut yang lain.

Maka Allah menjanjikan bagi ulama yang menyembunyikan kebenaran balasan yang dahsyat. Allah berfirman: (maksudnya) “Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa-apa keterangan Kitab suci yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya harga yang sedikit, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain daripada api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab yang perit”. (Surah al-Baqarah: ayat 174).
Ya! ulama itu bukan malaikat atau nabi yang maksum. Mereka seperti insan lain yang terdedah kepada salah dan dosa. Namun walau apapun keadaannya, mereka tidak boleh menyelewengkan fakta, atau menyembunyikan kebenaran sehingga mengelirukan manusia tentang hakikat ajaran Allah S.W.T. Ini kerana yang menyebabkan mereka itu dianggap ulama kerana ilmu yang dimiliki oleh mereka. Peranan mereka adalah menjaga ilmu dan memastikan ilmu itu berfungsi untuk kemaslahatan manusia.
Menjadi mat rempit, atau perompak, atau pemimpin yang tidak jujur tidak lebih buruk daripada ulama yang menyembunyikan kebenaran atau menyelewengkan fakta sehingga manusia tersesat. Maka al-Quran menyamakan ulama yang memutarkan kebenaran itu seperti anjing yang menjelirkan lidah.

Selasa, 1 Julai 2014

Berpegang teguhlah kita pada kalimah tauhid dgn sebenar benarnya



Al-'A`rāf:69 - "Adakah kamu merasa ragu-ragu dan hairan tentang datangnya kepada kamu nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, melalui seorang lelaki dari golongan kamu, untuk memberi peringatan kepada kamu? Dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum Nabi Nuh, dan Allah telah menambahkan kamu kelebihan (dan kekuatan) pada bentuk kejadian tubuh kamu. Maka kenanglah akan nikmat-nikmat Allah supaya kamu berjaya".

Al-'A`rāf:70 - Mereka berkata: "Adakah engkau datang kepada kami supaya kami hanya menyembah Allah semata-mata, dan meninggalkan apa yang pernah disembah oleh datuk nenek kami? (Kami tidak akan menurut) maka datangkanlah azab yang engkau janjikan kepada kami, jika betul engkau dari orang-orang yang benar".

Berpegang teguhlah kita pada kalimah tauhid dgn sebenar benarnya. Demi Allah swt pada Dia segala kekuasaan di langit dan dibumi,sujud syukurlah pd Nya sesungguhnya kita memasuki fasa yg terakhir iaitu fasa khilafah.in syaa Allah dgn izin dan limpah kurnia drpadaNya.

لااله آلا الله محمدر سول الله
لااله آلا الله محمدر سول الله
لااله آلا الله محمدر سول الله


Ikhlas, redha, sabar dan tawakkal jadikanlah ia senjata IMAN didlm diri kita semua mengharungi segala ujian dan dugaan didlm kehidupan kita seharian.

An-Nisā':125 - Dan tidak ada yang lebih baik ugamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah (dengan ikhlas), sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, dan ia pula mengikut ugama Nabi Ibrahim yang lurus (yang tetap di atas dasar tauhid); dan (kerana itulah) Allah menjadikan Nabi Ibrahim kesayanganNya.

Al-Furqān:64 - Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri,

Al-Baqarah:153 - Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar

At-Tawbah:51 - Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal".

Amin ya Rabb

Selasa, 27 Mei 2014

KAEDAH MUDAH UNTUK MENCAPAI IKTIQAD TAUHID DAN MAKRIFATULLAH MENGIKUT AL-QURAN

IKTIQAD TAUHID TELAH DIPINGGIRKAN, KAEDAH MUDAH UNTUK MENCAPAI IKTIQAD TAUHID DAN MAKRIFATULLAH MENGIKUT AL-QURAN... KAEDAH MENGADAKAN PENGAKUAN BAHAWA ALLAH ITU ADALAH ALLAH..

ALLAH BERFIRMAN :-

"Hai manusia, sesungguhnya engkau harus berusaha dengan sungguh-sungguh untuk menemui Tuhan-mu, sampai engkau bertemu dengan-Nya" (QS Al Insyqaq 84 : 6)

“Dan kembali kamu kepada Tuhanmu dan berserah dirilah kepada-Nya, sebelum datang kepadamu azab kemudian kamu tidak dapat tertolong lagi “. (QS Az Zumar 39 : 54)

“Maka segeralah kamu kembali kepada Allah, sesungguhnya aku pemberi peringatan yang terang dari Allah kepada kamu “. ( QS Adz Dzariyat 51 : 50)

"Barang siapa yang mengharapkan bertemu dengan Allah, sesungguhnya waktu yang dijanjikan oleh Allah akan tiba. Dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" (QS Al Ankabut 29 : 5)

"Apabila hamba-Ku ingin menemui-Ku, Akupun ingin menemui-nya dan bila ia enggan menemui-Ku, Akupun enggan menemui-nya" (HR Bukhari dari Abu Hurairah)

"Jika seorang hamba mendekat kepada-Ku sejengkal, maka Aku mendekati-Nya sehasta dan jika ia mendekat kepada-Ku sehasta, Aku mendekat padanya sedepa dan jika ia datang menemui-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang menemui-Nya dengan berlari" (HR Bukhari dari Salman ra)

“Sesungguhnya merugilah orang-orang yang mendustakan akan menemui Allah, sehingga apabila datang Hari Kebangkitan dengan tiba-tiba mereka berkata:“ Aduhai, penyesalan kami atas kelengahan kami di dunia “. Sungguh mereka memikul dosa, amat berat apa yang mereka pikul itu “. (QS Al An’am 6 : 31)

“Katakanlah : “ Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang merugi amal perbuatannya ? yaitu orang yang telah sia-sia amalnya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka beramal sebaik-baiknya. Mereka itu adalah orang-orang yang ingkar terhadap ayat-ayat Tuhan mereka dan ingkar terhadap perjumpaan dengan-Nya. Maka hapuslah amalan-amalan mereka. Dan Kami tidaklah menilai amal mereka pada hari Kiamat “. (QS Al Kahfi 18 : 103 – 105)

“Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan menemui Kami, sedang mereka senang dengan kehidupan dunia serta puas hatinya terhadap yang demikian, begitu pula orang-orang yang lalai dari berita-berita Kami. Mereka itu tempatnya dalam Neraka, disebabkan apa yang telah mereka usahakan “. (QS Yunus 10 : 8)

“Dan orang-orang yang kafir dengan ayat-ayat Allah dan menemui-Nya, mereka itu terputus dengan Rahmat-Ku dan mereka itu mendapat azab yang pedih “. (QS Al Ankabut 29 : 23)

“….. Maka Kami biarkan orang-orang yang tidak mengharapkan pertemuan dengan Kami itu bingung di dalam kesesatannya “. ( QS Yunus 10 : 11)

“Dan sesungguhnya kami jadikan untuk (isi neraka jahanam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati tapi tidak mempergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (Qalam Allah). Mereka itu adalah binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai”. (QS Al A’raaf 7 : 179).

“….karena sesungguhnya bukanlah mata jasmani yang buta tetapi mereka buta adalah mata hati yang ada di dalam dada”. (QS Al Isra’ 17 : 72).

“….seperti gelap gulita di lautan yang dalam dan awan hitam yang gelap gulita berlapis-lapis. Apabila ia mengeluarkan tangannya, maka tidaklah dia mempunyai Cahaya Allah, maka tidaklah dia mempunyai Cahaya sedikitpun”. (QS An Nur 24 : 40).

TERDAPAT PELBAGAI CARA UNTUK MENCAPAI KEPADA IKTIQAD TAUHID DAN MAKRIFATULLAH

17.Surah Al-'Isrā' (Verse 41)
وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِيَذَّكَّرُوا وَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا نُفُورًا

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan mematuhi kebenaran); dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.

SALAH SATU DARI PRLBAGAI CARA..

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8)
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا

Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta
tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 9)
رَّبُّ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ فَاتَّخِذْهُ وَكِيلًا

Dia lah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia; maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu.

TUMPUKAN RASA PERASAAN KITA KEPADA KEBERADAAN YANG SEDANG DIRASAI DENGAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN, MENGAKULAH ADA YANG SEDANG DIRASAI DENGAN SEPENUH TUMPUAN ITU ADALAH ADA ALLAH YANG SEDANG DIRASAI HANYA DENGAN MENYBUT ALLAH SEBANYAK-BANYAKNYA..

SEBUT NAMA ALLAH HENDAKLAH DISERTAI DENGAN RASA PERASAAN YANG SEDANG TERTUMPU KEPADA RASA ADA YANG SEDANG DIRASAI DENGAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN, BUKAN DIDALAM KEADAAN LALAI.

TUMPUKAN RASA PERASAAN KEPADA TURUN NAIKNYA PERNAFASAN (SIFAT HIDUP) YANG SEDANG DIRASAI DENGAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN, MENGAKULAH SIFAT HIDUP YANG DIRASAI DENGAN SEPENUH TUMPUAN ITU ADALAH SIFAT HIDUP ALLAH DENGAN HANYA MENYEBUT ALLAH SEBANYAK-BANYAKNYA.

TUMPUKAN RASA PERASAAN KEPADA FIKIRAN YANG SEDANG BERLAKU (ILMU) DENGAN SEPENUH TUMPUAN, MENGAKULAH SIFAT TAHU YANG SEDANG DIRASAI ITU ADALAH SIFAT TAHU ALLAH HANYA DENGAN MENYEBUT ALLAH SEBANYAK-BANYAKNYA

TUMPUKAN RASA PERASAAN YANG SEDANG DIRASA KEPADA GERAK DAN DIAM (KUDRAT DAN IRIDAT) YANG SEDANG DIALAMI DENGAN SEPENUH DAN SEBULAT TUMPUAN, MENGAKULAH QUDRAT DAN IRODAT YANG SEDANG DIRASAI ITU ADALAH SIFAT QUDRAT DAN IRODAT ALLAH HANYA DENGAN MENYEBUT ALLAH SEBANYAK-NYA.

TUMPUKAN RASA PERASAAN DENGAN SEBULAT TUMPUAN KEPADA PENGLIHATAN YANG SEDANG DILIHAT, MENGAKULAH PENGLIHATAN YANG SEDANG DISEDARI ITU ADALAH SIFAT BASOR ALLAH HANYA DENHAN MENYEBUT ALLAH SEBANYAK-BANYAKNYA...

TUMPUKAN RASA PERASAAN DENGAN SEPENUH TUMPUAN KEPADA PENDENGARAN YANG SEDANG DIDENGAR, MENGAKULAH PENDENGARAN YANG SEDANG DIDENGAR ITU ADALAH SIFAT SAMA' ALLAH HANYA DENGAN MENYEBUT ALLAH SEBANYAK-BANYAKNYA.

TUMPUKANLAH RASA PERASAAN KEPADA APA YANG SEDANG DIPERKATAKAN DENGAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN, DIDALAM MASA YANG SAMA MENGAKULAN PERKATAAN YANG SESANG DIPERKATAKAN ITU ADALAH SIFAT KALAM ALLAH HANYA DENGAN MENYEBUT ALLAH SEBANYAK-BANYAKNYA..

PRAKTIKAL SEPERTI FIATAS ADALAH MENINJUKKAN KITA SEDANG MENGAPLIKASIKAN
LAA MAUJUDUN, LAA HAIYUN, LAA ' ALIMUN, LAA KHODIRUN LAA MURIDUN LAA BASIRUN LAA SAMI'UN LAA MUTAKALLIMUN BIL HAQQI ILLALLAH KEDALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA...

PERBUATAN MENUMPUKAN RASA PERASAAN DENGAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN KEPADA APA YANG SEDANG DIRASAI SAMBIL MENYEBUT ALLAH SEBANYAK-BANYAKNYA ADALAH PERBUATAN YANG MENUNJUKKAN SEDANG MENGADAKAN PENGAKUAN YANG ALLAH ITU ADALAH ALLAH...

Jumaat, 9 Mei 2014

Bai'ah PERTAMA dari Alam Ruh.

Bai’ah pertama itu adalah janji anak manusia kepada Sang Khalik. Sejak berada di alam ruh, setiap manusia telah berbaiah dengan penciptanya yg maha Agung ALLAH S.W.T. Sesudah itu, ruh ditiupkan ke jasad dalam rahim seorang ibu, seputih bersih fitrah anak adam, saat ini lah kehidupannya bermula di alam Dunia.

Dimasukkan Allah dalam memori khazanah keilmuan manusia. Dengan pengenalan itu, maka jadilah setiap kelahiran manusia yang selamanya mengerti bahawa dirinya telah dicipta. Dan yang maha Pencipta itulah ALLAH yang Maha Besar. Semiskin mana pun manusia, lahir dari keturunan apapun, kesedaran dalam hati terhadap Sang Pencipta itu amat besar. Kecuali bagi mereka yang buta mata hatinya, dan ingkar terhadap kebenaran yang hakiki.

Bai'ah pertama saat Allah memasukkan ilmu pengenalan yang menyatakan bahawa ALLAH adalah Tuhan pencipta alam ini, dan anak-anak Adam menjawab, " "Aku bersaksi bahawa engkaulah Tuhanku." Inilah kalimah syahadat pertama yang terucap saat manusia di alam ruh.






Perjanjian pertama ini sesungguhnya merupakan “ilmu hakikat” yang pertama kali dimiliki anak manusia. Namun karena ianya masuk secara kerohanian, maka keberadaannya harus dilengkapi dengan ILMU SYARI'AT. Itulah tujuannya Allah mengutus para Nabi dan Rasul serta menurunkan kitab-kitab samawi di muka bumi, supaya manusia akan sedar dan mencari kebenaran akan kebesaran Tuhan pencipta Alam ini.

Apabila “ilmu hakekat” itu tidak dilandasi ilmu syari’at yang diajarkan para Nabi yang kemudian dilanjutkan oleh para Ulama’s sebagai  pewaris Nabi, maka kecenderungan orang mencari tuhan itu seringkali terjebak dengan IMAGINASINYA sendiri. Mereka hanya Mengikuti mitos yang asasnya hanya perkara yang sia-sia  tanpa dalil dan bukti.

Akibatnya, bintang, bulan matahari, pohon, batu, gunung, api, dan bahkan bagian anggota tubuhnya sendiri dipuja dan disembah, dikira itu tuhan mereka. Keadaan seperti itu telah digambarkan Allah melalui peristiwa terjadinya proses keyakinan dalam hati Nabi Ibrahim AS melalui firman-Nya. (Sila rujuk dalam Al Quran ayat al-An’am; 75-79).

Melalui firman ayat tersebut, ungkapan yang sangat luar biasa, hanya wahyu yang mampu mengungkapkan, ilustrasi pengembaraan rohaniah manusia melalui kemampuan rasional disaat melihat tanda-tanda yang bertebaran di alam semesta. Apabila manusia mampu mengamatinya dengan teliti, maka akan menemukan Tuhannya seperti yang pernah ditemukan Nabi Allah Ibrahim AS.

Adapun perjanjian pertama tersebut diabadikan Allah dalam firman-Nya di dalam surah al-A’raaf; 7:172 . ( Saya amat berterima kasih dengan seorang Ustaz yang membuka sebuah pengetahuan tentang bai'ah antara manusia dengan tuhan yang terkandung dalam surah al-Araf ini) saya sengaja tidak mahu berkongsi apakah firmannya kerana mahu mereka yang mebaca nota ini untuk terus rujuk dalam al Quran dan fahami isi yang diceritakan. Syukur setelah melalui sebuah ujian sebelum ini Allah ketemukan jodoh perawatan Islam dengan pelbagai orang dan pelbagai cara. Semua mereka ini juga utusan dari Allah...

Ingatlah... sebelum mana2 dari kita mengikuti mana2 bai'ah dalam mana-mana pertubuhan, Kita ini sebenarnya sudah terikat sebuah Perjanjian / Bai'ah dengan Allah dari Alam ruh lagi. Jangan hanya share banyak maklumat tanpa kita menghalusi dan memahami. Biarlah kita meneliti, jika ada perkongsian dari ayat2 Al-quran, biarlah kita memahaminya terlebih dahulu. Sama-sama kita dapat manfaatnya