Pages

Rabu, 30 April 2014

lmu Makrifat Itu, Adalah Ilmu Yang Melewati Hayalan Akal!

Ilmu Makrifat Itu, Adalah Ilmu Yang Melewati Hayalan Akal!

Konsep ilmu ketuhanan orang arifin billah yang berilmu makrifat itu, adalah konsep ilmu yang melewati hayalan akal atau mengatasi kenyataan akal. Konsep ilmu ketuhanan para-para arifin billah yang berilmu makrifat itu, adalah berlandaskan hanya dengan satu jalan, satu konsep, satu kaedah dan satu cara, iaitu jalan fana’, jalan baqa’ dan jalan berserah diri kepada Allah Taala. Berkonsepkan “hanya Allah yang wujud, hanya Allah yang ujud dan hanya Allah yang maujud”.

Kenyataan atau pendapat ahad itu, bukan berlandas atau bukan berkonsepkan kepada konsep hulul atau konsep wahdatul wujud!. Konsep ilmu makrifat itu, adalah konsep mengEsakan Allah Taala. Konsep mengEsakan Allah Taala itu, adalah konsep yang tidak berdalil kepada sebarang konsep dan konsep yang tidak pergantungan kepada dalil akal!. Allah itu, adalah Allah. Allah yang tidak ada seumpama, tidak seumapama sebagaimana yang difikir oleh akal, oleh angan-angan atau hayalan.

Makrifat itu, adalah konsep yang sudah tengelam dalam lautan makrifat kepada Allah!. Iaitu konsep yang menengelamkan diri dalam lautan ahadiah (ahad atau Esa). Iaitu suatu konsep yang semestinya tidak difahami oleh akal!. Konsep yang melewati hayalan atau melewati keyataan akal!. Untuk memahaminya hendaklah tuan-tuan ceburkan diri tuan-tuan kedalam kolam air makrifatullah!.

Ilmu Makrifat Bukan Konsep Yang DiBuat-Buat!
(Tetapi Dari Ilmu Rasulullah Dan Iman Ghazali Sendiri)

Pendapat, pegangan, pengakuan serta fahaman ilmu makrifat itu, sesungguhnya bukan dibuat-buat atau diada-adakan tetapi ianya, adalah datangnya dari Baginda Rasulullah dan disambung oleh para sahabat dan Iman Al-Ghazali sendiri. Namun tidak ramai yang mendalami, menyelami dan memahaminya!. Konsep ini, adalah satu-satunya konsep yang boleh menunjang tauhid kedalam qalbu para arifin billah, sebagaimana iman Ghazali sendiri. Inilah makam tauhid, makam ilmu rasa dan makam ilmu para arifin billah terdahulu!. Yang menjadi pegangan, pangakuan dan yang menyebabkan menunjangnya keyakinan tauhid kepada Allah Taala. Ilmu makrifat itu, merupakan inti tertinggi para ulamak arifin billah terdahulu. Yang mana sesungguhnya tidak sedikitpun menjadi percangahan atau berlawanan dengan konsep Ahli Sunnah Waljamaah!.

Hanya bagi yang tidak arif dengan ilmu makrifat sahaja yang memandang bahawa ilmu makrifat itu, salah atau sesat!. Sedangkan hanya melalui ilmu makrifat sahajalah sat-satunya ilmu yang boleh membawa, mengarah dan menghala hati-hati kita kepada arah mengEsakan Allah Taala. Inilah konsep dan inilah ilmu yang dibawa oleh Baginda Rasulullah, semasa mula-mula Baginda berpindah dari Kota Makkah ke Kota Madinah!. Iaitu konsep ilmu tauhid atau konsep ilmu megEsakan Allah Taala.

Selasa, 29 April 2014

Dari Ulama' Solihin Al-Arif Billah Tuan Guru Ust. Hj Toyyib Al-Makki

moga dipanjangkan umur dan kesihatan..Aaminnn..
Teringat kata-kata Raff'z Ahmad yg berbunyi :
Kebiasaannya kalau jumpa org alim dan 
para solihin,kita hanya bercakap perihal 
berkat mereka..

Ya bukan.?
Geng & Rakan sekalian percayalah pada 
mereka ada lg yg lebih berharga,minta la 
benda tersebut..

1. Ilmu
2. Nasihat / Kata Hikmah
3. Amalan Bekalan Taqwa 
4. Rasa Insaf dan tawakal

Inilah beliau Ulama’ Solihin Al-Arif Billah 
Tuan Guru Hj Tayyib Al-Makki,

Beliau di lahirkan pada tahun 1912 .. dan 
beliau ke Makkah sejak British jejak tanah 
melayu sehingga sekarang .. Selama di 
Makkah , beliau sempat menuntut ilmu 
dgn Masyeikh Makkah yang terkenal 
antaranya:

-Syeikh Wan Ismail Al-Fathani
-Syeikh Muhammad Amin Al-Kutbi
-Syeikh Alawi Abbas Al-Maliki
-Syeikh Hassan Masyath..Dll

*Antara rakan seguru beliau d Makkah 
adalah:

-Tuan Guru Hj Abdul Rahman Awang,pondok Guar kepayang,kedah
-Tuan Guru Hj Soleh Hj Musa,pondok Sik,Kedah
-Tuan Guru Hj Abdul Rahman Pombing.. Dll

Di Mekah beliau di kenali dengan nama ‘Hj 
Tayyib Roti’ kerana beliau hanya makan roti.. Akhlak beliau sangat indah .. Beliau mudah di dekati oleh sesiapa pun..
Jika anda meminta nasihat dari beliau .. Nasihat yang 
bakal beliau beri bertepatan dengan 
peribadi orang yg meminta nasihat. . 
Banyak mutiara kata yang di lontarkan oleh beliau.

Subhanallah .. Beliau hidup dengan penuh 
kezuhudan .. Beliau tidur beralaskan papan 
keras dan sekapit simen lama sebagai 
bantal.. Beliau seorang yang menegakkan 
kebenaran .. Oleh sebab itu setengah orang 
kampung tidak menyukai beliau tapi sangat 
disukai,dihormati dan terkenal di Makkah..

Diantara Ulama Hebat yang pernah ditemu 
dan ketemu dengan beliau ialah Habib 
Umar Bin Hafiz dan Syeikh Nuruddin Marbu 
Al Banjari Al Makki & ramai lg ulama 
muktabbar yg lain datang utk mereka 
membuat rujukan serta bertukar pendapat..

Sahabatku Semua.. Ulama Solihin ini telah 
lanjut usia .. Bila bila masa sahaja Allah 
Taala boleh menjemputnya ke Raudhah .. 
Selagi masih ada peluang .. selagi masih 
ada waktu .. ziarahilah beliau .. ciumlah pipi 
beliau .. peluklah beliau seerat eratnya .. 
Minta agar beliau mendoakan kesejahteraan 
kita .. Sampai bila kita ingin mengabaikan 
sebuah permata ummah ini ..

Wallahualam ..
Kali pertama bertemu dgn ulama ini,mmg benarlah kata org beliau seorang yg sentiasa menegakkan kebenaran serta tidak putus di bibirnya mengajak sesiapa shj yg menziarahinya utk betapa pentingnya mengenal Allah dan Nabi Muhammad dgn sebenarnya dan beliau sgt menekankan cara beriman dgn betul sekaligus selamat bila diamalkan setiap org mukmin yg akn menyerahkan amanah Allah bila tiba masa nya nanti spt beriman kpd Allah & beriman kpd Muhammad,langkah selamat ke syurga,amalan yg menyelamatkan org mukmin ketika dlm kubur,dan byk lg,yg pasti hakikat beriman kpd Al-Quran & As-Sunnah menjadi amalan..
Disini ada beberapa nasihat & amalan yg beliau kongsikan kpd sy yg sempat sy kongsikan kpd semua sahabat,semoga bermanfaat utk kita dunia akhirat,inshaallah..
Barang siapa yg amal Zatul Nur Haq iaitu 
'Subhanallah - Alhamdullilah - Allahuakhbar' 
yang mana tiap-tiap satunya sebanyak 33x 
mcm biasa kita duk buat kan tapi wajib 
sunnah selepas ni mesti diperkemaskan 
dgn tambahan ayat "Lailahailallah al malikul 
haqqul mubin muhammadurrasullulah 
sodikul wa'dil amin" 100x 
Allah Taala janji brg siapa amalkan ini,masa 
kita duduk dlm kubur Allah Taala buka Pintu 
Syurga terus dipancar ke dlm kubur sampai 
kita terasa mcm duk dlm Istana Raja lalu 
Allah Azza Wajalla kirimkan teman bidadari 
dari syurga & menyuruh Malaikat supaya 
hamparkan makanan minuman sebagai 
hidangan kita di dlm kubur,mesti diingat 
perkara yg kita takutkan selain disoaljawab 
MungkarNakir adalah kelaparan lg 
kehausan baik sama ada org mukmin atau 
tidak,keduanya tetap merasai seandainya 
tertinggal amalan ini ketika hidup di dunia 
akan tawaran Allah ini,Mashaallah Allah Itu 
Maha Pemurah lg Maha Penyayang..

(Diambil dari Hadith Saidina Ali terus dari 
Rasullulah SAW & Hadith Tarmizi)

(Perihal Perkara Tentang Solat Wajib & Solat Sunat)
Tegas kata-kata beliau :
Kena fhm molek yg Solat wajib 5 waktu tu amanah wajib beriman kpd Haq Allah,amanah solat beriman kita dgn Haq Nabi Muhammad nak letak tang mana?! Padahal Rukun Iman tiap-tiap perkara rukun WAJIB kena buat! 
Dalil Hadith Nabi ada mengatakan "soluu kamaroitu mursolli" 
Nih bila amal ikut mcm sunat wudhu,ramai org percaya yg depa duk 'sebut' solat sunat tu buat tak pa kalo tak buat pun tak pa,padahal tiap-tiap 
amal sebenar menunjukan ianya adlh WAJIB!! 
Kita hari ni tidak,kita kata SUNAT,kena 
faham betul dan teliti benda ni bkn ikutan 
kepercayaan semata-mata yg depa duk 
percaya tu,SUNAT ini IKTIBAR dlm 
menunaikan HAK kita dengan Allah Taala 
tapi sekarang ni kita dlm memahami 
keutamaan HAK Nabi Muhammad ni??

Ini bukan SUNAT!
Ini nama dia SUNNAH!! 
Ingat tiap-tiap Sunnah Nabi barang siapa 
tak ikut jahanam ugama!sebab apa? Sebab 
Nabi ni harapkan Allah Taala sebenar-benar tiada kita lebih dr Baginda,makna kita mesti ikut beriman utk dia dan sama mcm dia,makna barang siapa tak buat serupa HAK 
NABI jadi serupa dia macam tak buat HAK 
Allah Taala,berat tuh,jadi hari ni sy sudah perjelas..

Para Sahabat serta orang dulu percaya-
percaya sungguh! Kalo buat ikut taat betul! 
Orang lani mulut jaa kata percaya Nabi 
Muhammad!tapi tak ikut betul!depa ingat 
depa faham dah cara sebenar akan 
perkhabaran ikutan Nabi tapi sebenarnya 
depa sangat rugi atas apa yg depa percaya tu,sikit saja,kena perbetulkan balik iktikad iman kita tu..nyatakan yg sebenarnya bagaimana dan dimana mau letak Haq beriman kita kpd yg perintah beriman dan yg menyuruh beriman!

Hanya kerana disebabkan 
pemahaman salah kita pasal ni habis rosak 
dunia hari ni,rosak dunia islam..
Semuanya sb apa?sb nya utamakan gi hafal 
ABC,sanggup tinggalkan Islam,sanggup 
kamu semua tinggalkan ALIF BA TA?!
ketika kamu menafikan apa yg sy ckp ni,secara 
sedar atau tidak kamu semua telah 
melakukannya dgn keutamaan kpd ABC 
sekaligus meninggalkan huruf Al-Quran serta keharusan As-
Sunnah,sebenarnya awal asas pendidikan ini lah yg plg penting sekali bila seorang bayi yg dilahirkan dari ibubapa islam harus utama diajar kepada sang zuriat mereka kerana drpd ALIF sampai YAA itu adlh dari 'Nur-Haq' Al-Quran!
Barulah anak-anak & keturunan para manusia islam ini kenal serta tidak alpa dan main-main akan akuan beriman kepada Allah SWT,Nabi Muhammad & Agama Islam..
Sekali gus mereka tidak akan sesat,punah dan rosak macam sekarang ni..

Sekarang depa kena tanggung di atas apa yg ibubapa datuk moyang depa sendiri ingkar utk lakukan,tengok keturunan depa skrg,masing-masing saling mengejar,berlumba,tak tahu apa2 dan lemas dengan kehendak kehidupan depa yg depa sangka itu baik untuk depa..
Kasihanlah kat depa,anak2 dan diri kita ni,mau cakap apa nanti depan Allah?!?
Semua ni sebab apa??depa duk 'tiun' pada ABC sampai masuk sekolah tinggi sb mau sangat masuk 
universiti..sebab apa depa buat mcm 
ni??sb depa ingat baca ABC ni mudah sket 
cari duit mudah dapat kerja kerajaan dan 
manakala itu secara tak langsung depa 
tolak tepi letak sebelah Allah Taala serta kudrat dan iradat,
Allah taala ni seakan depa lupa akan segala 
ketentuan dan kehendak segala gerak untuk 
mencapai impian cita depa adalah HAK MILIK ALLAH YG MUTLAK!!!

Tapi depa semua rela lebihkan 
pengharapan pada MENTERI,lebihkan 
TUAN PEMILIK tempat kerja,lebihkan DUIT,
rela lebihkan ABC sekaligus tinggalkan asas 
Al-Quran yakni ALIF BA TA,Dengar & Ingat! inilah punca plg utama rosak islam secara total!!

Sy sebak dan hiba melihat keadaan ini 
kerana ianya adlh bermula dari KERAJAAN 
kita sendiri yg MENANAM FAHAMAN 
MENIPU dan 100% berjaya mengikut 
telunjuk PENJAJAH BRITISH! 
Apa depa tipu yg pertama ialah depa ikut 
cara kafir yg mahu melihat wajah islam kena 
telanjang tanpa depa org kafir suruh,tipu kedua 
dia bagi ke Rakyat Islam ilmu org kafir,Tipu 
yg ketiga kalo tak pandai ABC nak kerja tak 
payah,Alif Ba Ta depa buat sampai 
tak da harga utk kerja,Kerajaan org islam
kita sendiri hari ini sdg melaksanakannya!!
depa jajah org melayu lebih dr penjajah inggeris!

"Huh!bila sy dgr akn kata2 yg beliau lontarkan,terlintas dlm pemahaman benak hati sy,syeikh ni org pas ke?!?maklumlah pe'el org kita bila dgr kritikan hebat terhadap suatu pihak di malaysia ni,tapi oh tidak,sbnrnya tdk sama sekali,beliau jauh malah tdk ada langsung fahaman Politik barat yg secara tak sedar sdg diamalkan oleh Pihak Kerajaan dan Pembangkang,baik umno atau pas dll,sempat sy bertanya umno dan pas parti mana yg betul?"
Beliau jawab dua-dua tak betul,tapi bkn sy ckp semua org2 nya tak betul,ada yg tujuan betul tp hanya utk perkembangan kesatuan islam itu sendiri dan perkembangan ummah islam yg bersifat sementara,yg pasti depa kt dlm tu yg berdiri di atas Haq Allah Muhammad pasti tinggalkan parti depa tu kelak,kerna semua ni bkn kita org islam punya,ini depa org kafir reka utk pecah perintah kan kita org islam,percayalah wahai sahabat semua hati serta pemikiran beliau berada jauh di sudut jarang2 org melayu islam kita kt malaysia ni ada,tak percaya?lg indah kalo anda semua jumpa sendiri 


Sempat lg sy bercanda dgn beliau kalo semua tk betul yg mana nanti betul?!tegas beliau,yg beriman kpd Allah & Muhammad secara Mutlak dan di benderanya ada tertulis kalimah 'Laa illa ha illallah Muhammadur rasullullah'!
Tegas beliau,bkn sy kata bkn sy reka cerita nih tapi Nabi Muhammad Rasullullah yg kata! Mashaallah!

Mari kita ketahui,perjelaskan,iktiraf,iktikad,berikrar serta beriman kpd Allah & Nabi Muhammad dgn amalan harian..
Ini bkn apa untuk perkara plg berat bg org mukmin utk beriman supaya sentiasa tdk putus dlm isytiqomah :
HARI JUMAAT - YA ALLAH 1000x
HARI SABTU - LA ILA HA ILLALLAH 1000x
HARI AHAD - YA HAYYUM YA QOYYUM 1000x
HARI ISNIN - LA HAW LAWALA QUWWATA'ILA BILLAH 1000x
HARI SELASA - Selawat NABI 1000x
HARI RABU - ASTAUGHFIRULLAHAL'AZIM 1000x
HARI KHAMIS - SUBHANAROBBIYAL ALA WABIHAMDI 1000x

"Akhir kata pertemuan kami,beliau 
menyuruh sy rapatkan pendengaran lalu 
dengan suara perlahan beliau 
mengukapkan nasihat seakan memahami 
isi kehidupan yg sy sdg alami"

Pesan Beliau -
"Jangan sedih bila Allah tak bagi apa yg kita 
minta,kadang2 Allag tak bagi sb Allah tahu 
kita tak layak dgn apa yg kita minta tapi 
percayalah bukan Allah tak bagi terus,Allah 
akan ganti dgn yg sesuai sementara Allah 
akan bagi juga apa yg kita minta itu bila tiba 
waktu ketika kita mampu memikulnya nanti,
kadang2 juga Allah tak bagi sb Allah teringin 
(rindu) nak dengar suara rintihan awk 
merayu kat Dia,kadang2 Allah tak bagi sb 
Allah takut kita lupa diri akan tetapi pesan 
tokwan teruskanlah meminta sb kita 
HAMBA - NYA"

Dari Ulama' Solihin Al-Arif Billah Tuan Guru 
Ust. Hj Toyyib Al-Makki

Kepada Teh Muhammad NazrulHisham Hj.Esmail & Para Saudara Teman Bersama..
ALLAHUAKHBAR!!

Isnin, 28 April 2014

BERIBADAH TANPA MENGENAL ALLAH SWT

RENUNGAN MALAM INI ......
Allah swt berfirman :
“ Telah nampak kerusakan di darat dan di lautan disebabkan karena perbuatan tangan (maksiat) manusia,supaya Allah merasakan kepada mereka sebagian dari (akibat) perbuatan mereka,agar mereka kembali (ke jalan yang benar) ” ( Ar Ruum 41 ).
Imam asy-Syaukaani ketika menafsirkan ayat di atas berkata:
“ ( Dalam ayat tersebut ) Allah menjelaskan bahwa perbuatan SYIRIK dan MAKSIAT adalah sebab timbulnya (berbagai) kerusakan di alam semesta ” . [Fathul Qadir: 5/475]
=======================================
Salah satu perbuatan SYIRIK yang dilakukan oleh sebagian Umat Islam adalah BERIBADAH TANPA MENGENAL ALLAH SWT.......
Dari Ali bin Abi Thalib Kwh : Rasulullah Saw,bersabda : “ Berfirman Allah Ta’Ala “ :
“ Barang siapa berharap kepada selain AKU berarti tidak mengenalKU,barang siapa tidak menegenal-KU berarti tidak mengabdi kepada KU,barang siapa tidak mengabdi kepada KU maka berarti menjadi wajiblah kemurkaanKU,barang siapa takut kepada selain KU,halal baginya pembalasanKU “
Ali bin Abi Thalib ra. menyampaikan sebuah hadits qudsi yang diperoleh oleh Baginda Rasulullah Muhammad saw.,Allah swt berfirman :
“Barangsiapa berharap kepada selain-Ku,berarti dia tidak mengenal-Ku,barang siapa tidak mengenal Ku, berarti tidak mengabdi kepada-Ku,Barangsiapa tidak mengabdi kepada-Ku, berarti telah melukai-Ku. Karena itu, dia yang Mengagungkan selain-Ku sebenarnya telah melukai dirinya sendiri.”
Ibadah adalah salah satu bentuk PENGABDIAN KEPADA ALLAH SWT dan Berdasarkan Hadist tersebut diatas menjadi sangat jelas bahwa barang siapa yang tidak mengenal Allah swt berarti tidak Mengabdi ( Beribadah ) kepada Allah Swt alias SYIRIK.

Rabu, 23 April 2014

Abu Bakar al-Muari Adalah Qadi Muar dan Mufti Johor

NAMA & ASAL-USULNYA
 tahun (1881 M/1299 H.) dan pulang ke tanah air pada tahun 1915 Masihi.

GURU GURU NYA

Semua ulama yang telah disebut dalam riwayat Syeikh Abdullah Fahim dan Abdul Lathif Melaka, adalah juga guru kepada Abu Bakar. Ulama yang paling rapat dengannya ialah Syeikh Ahmad bin Muhammad Yunus Lingga. Kepada ulama yang berasal dari Lingga, Riau itu beliau mendalami hadis Bukhari. Sementara Ilmu Qiraat dipelajarinya dan menerima ijazah daripada Syeikh Abdullah bin Qasim as-Sanquri, iaitu ulama yang berasal dari dunia Melayu yang menjadi ketua qiraat tujuh di Hijaz pada zaman itu. Seperti Abdullah Fahim, beliau juga mendalami Ilmu Falak dan menerima ijazah daripada Syeikh Muhammad Nur al-Fathani. Selain itu ada dua orang ulama, gurunya yang banyak disebut dalam tulisannya, iaitu Syeikh Muhammad Mukhtar bin Atharid Bogor dan Syeikh Umar bin Abdur Rasyid as-Sumbawi.

AKTIVITI

Abu Bakar al-Muari adalah Qadi Muar dan pernah menjadi Mufti Johor, selama seminggu sahaja. Bersama-sama Abdullah bin Isa, Syed Abdul Qadir bin Muhammad, Abdus Syukur bin Ismail, Yusuf bin Muhammad, Syed Muhammad bin Othman bin Yahya, Haji Muhammad Yunus bin Haji Ibrahim dan Haji Abu Bakar bin Haji Hasan, mereka menggubal `Undang-Undang Jam`iyah Percadangan' (Bandar Maharani Muar, Mac 1925, dicetak oleh Mathba'ah al-Khairiyah Muar 1925).Abu Bakar al-Muari adalah pengasas Madrasah Al-Arabiyah Al-Khairiah di Muar. Beliau bukan hanya mendirikan madrasah, tetapi keterlibatannya di Bandar Muar meliputi keseluruhan aspek pembangunan di Muar, terutama sekali yang melibatkan urusan keIslaman.

MURID MURID NYA

Murid-muridnya sangat ramai, bukan hanya murid di madrasah tetapi termasuk murid-murid yang menadah kitab di masjid, surau dan di rumahnya, sehingga beliau dikenali dengan nama `Haji Abu Bakar Alim'. Di antara tokoh yang pernah mendapat pendidikan di Madrasah Al-Arabiyah Al-Khairiah ialah saudara sepupu beliau yang bernama Tan Sri Mohamed Noah. Setelah Mohamed Noah menerima pendidikan di madrasah tersebut, Abu Bakar lalu menghantarnya belajar ke Timur Tengah. Mohamed Noah adalah ayah mertua kepada allahyarham Tun Abdul Razak (Perdana Menteri Malaysia yang kedua). Murid Abu Bakar yang lain ialah Ustaz Muhammad Yasin. Beliaulah yang meneruskan perjuangan pendidikan madrasah yang diasaskan oleh gurunya itu. Muhammad Yasin adalah ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin (sekarang Menteri Pertanian Malaysia).Murid Abu Bakar yang lain ialah Datuk Haji Mohd. Noor. Di antara anak beliau ialah Datuk Haji Juma'at, bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, (sekarang Bendahari) Persatuan Sejarah Malaysia. Menurut keterangan Mohammad, anak kepada Abu Bakar Muar, kedua-dua tokoh di atas sangat memuji dan mengenang jasa orang tuanya (Abu Bakar). Mohamed Noah pernah berkata, ``Kalaulah aku tidak dididik oleh sepupuku, Abu Bakar, tiadalah aku dapat ke Timur Tengah. Barangkali aku pun hidup dalam kejahilan tiada kenal hukum-hakam Islam ... ``.Muhammad Yasin pula pernah berkata, ``Ketika aku akan belajar ilmu kemegahan dunia di Sumatera, setelah diketahui oleh Abu Bakar Alim, aku lalu dinasihatinya supaya belajar kepada beliau sahaja. Sekiranya aku melanggar nasihat beliau, mungkin aku menjadi seorang yang jahat.''

KARYA KARYA NYA
Abu Bakar al-Muari menghasilkan karangan dalam jumlah yang banyak. Ia ditulis dalam bahasa Arab dan Melayu. Oleh sebab ruangan yang disediakan sangat terbatas, semua karangannya tidak dapat disenaraikan di ruangan ini.

Keterangan ringkas hanyalah sebagai berikut, bahawa beberapa karyanya merupakan polemik dengan Syeikh Tahir Jalaluddin al-Minankabawi al-Azhari. Walaupun Syeikh Tahir Jalaluddin adalah sahabatnya yang sama-sama belajar di Mekah, namun pendapat kedua-duanya adalah berbeza.

Abu Bakar merupakan benteng pertahanan Kaum Tua, sedangkan Syeikh Tahir Jalaluddin adalah pelopor pergerakan Kaum Muda. Abu Bakar juga mengarang risalah menolak pendapat Hasan Bandung. Sebuah lagi karyanya di dalam bahasa Arab juga menolak beberapa pendapat Sayid Rasyid Ridha, ulama Mesir, tokoh reformis yang sangat terkenal.

Karya-karya Abu Bakar Muar yang bercorak polemik dengan Syeikh Tahir Jalaluddin yang telah ditemui ialah Taman Persuraian, ditulis pada 6 Ramadan 1346 Hijrah/1927 Masihi di Muar, Bandar Maharani.

Kandungannya menyatakan tentang sunat sembahyang ba'diyah Jumaat dan qabliyahnya. Ia membatalkan perkataan Syeikh Thahir Jalaluddin al-Minankabawi, guru Madrasah Al-Haji Taib Parit Jamil Muar yang mengatakan sembahyang qabliyah itu bidaah. Dan menyatakan sembahyang sunat Tahiyatul Masjid, rumuz-rumuz ulama fikah, tarikh Imam ar-Rafi'ie, Imam an-Nawawi dan Ibnu Hajar al-Haitami. Dicetak oleh Mathba'ah al-Khairiyah, Muar (tanpa tarikh). Dicetak dengan perbelanjaan ahli-ahli al-khair Johor, Muar, Segamat, Kota Tinggi dan Kukup. Salah satu sebab penyusunan karya ini ialah pertanyaan Haji Utsman bin Haji Muhammad Said, guru agama Bandar Maharani, 14 Syaaban 1346 Hijrah. Surat dilampirkan pada halaman awal dan setelah pada halaman akhir dilampirkan surat Haji Utsman bin Haji Muhammad Said, tarikh, Bandar Maharani, 18 Zulhijjah 1346 Hijrah yang menyambut baik kitab ini.

Judul selanjutnya ialah Taufan Yang Memalui Atas Huraian Haji Thahir Al-Minankabawi. Diselesaikan 10 Rabiulawal 1351 Hijrah/1932 Masihi dalam Bandar Maharani, Muar. Cetakan yang pertama Mathba'ah al-Jamiliyah, Muar, 1351 Hijrah/1932 Masihi. Kandungannya merupakan polemik dengan Syeikh Tahir Jalaluddin al-Minankabawi, sebagai tanggapan atas karya yang berjudul Huraian Yang Membakar.

Di dalam Taman Persuraian Haji Bakar, yang dipersoalkan ialah mengenai sembahyang qabliyah Jumaat. Ia merupakan kelanjutan judul Taman Persuraian.

Polemik dengan Hasan Bandung pula, Abu Bakar Muar menyusun risalah berjudul Majlis Uraian Muar-Johor. Diselesaikan 20 April 1932 Masihi dalam Bandar Maharani, Muar, Johor. Kandungannya menjawab dan membatalkan fatwa pengarang Al-Fatwa Persatuan Islam Bandung yang mengatakan babi itu najis dimakan bukan najis disentuh, dan mulut anjing pun belum tentu najisnya. Salah satu sebab disusun karangan ini atas permintaan anggota Gubahan Setia Kelab Muar yang ditandatangani oleh ketuanya, Abdus Syukur bin Ismail bertarikh 2 April 1932. Surat tersebut dicetak pada halaman 1-2.

Mengenai sanggahan pendapat Sayid Rasyid Ridha selain dalam bahasa Arab, terdapat terjemahannya dalam bahasa Melayu yang diberi judul Sanggamara Dalam Perkara Menolak dan Membatalkan Perkataan Sayid Muhammad Rasyid Ridha Yang Berkata Dengan Niat Ushalli Itu Bid'ah.

Sama ada yang dalam bahasa Arab atau pun yang dalam bahasa Melayu hingga kini belum ditemui.

Cogan Perikatan. Diselesaikan pada 3 Zulkaedah 1346 Hijrah/1928 Masihi, dalam Muar, Bandar Maharani, Johor. Cetakan yang pertama Mathba'ah al-Khairiyah, Muar, 15 Syawal 1346 Hijrah/1928 Masihi. Kandungan risalah ini juga merupakan polemik kerana mempertahankan pendapat golongan Mazhab Syafie daripada serangan Kaum Muda yang menolak mengucapkan lafaz `Ushalli'.

Karya Abu Bakar Muar selain yang bercorak polemik, dilengkapi pula dengan pelbagai disiplin ilmu, di antaranya tentang Ilmu Falak, ditulis dalam bahasa Arab. Ia masih dalam bentuk manuskrip dan belum diberi judul, diselesaikan pada 28 Rabiuakhir 1323 Hijrah/1905 Masihi di Mekah. Kandungan ilmu falakiyah merupakan syarah nazam al-Fadhil Abil Hasan Ali bin Abi ar-Rijal al-Katib al-Qairuani.

Ilmu Wafaq, juga dalam bahasa Arab. Ia masih dalam bentuk manuskrip dan belum diberi judul. Diselesaikan pada 1 Zulhijjah 1323 Hijrah/1905 Masihi di Mekah.

Tentang faraid (cara-cara membahagi pusaka) ditulis kitab berjudul Nihayatut Taqrib fi Ma'rifatil Irtsi wat Ta'shib, juga dalam bahasa Arab. Ia masih dalam bentuk manuskrip dan diselesaikan pada 28 Jamadilawal 1324 Hijrah/1906 Masihi di Mekah.

Tentang kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., disusun risalah bernama Peringatan. Diselesaikan pada 2 Rabiulawal 1338 Hijrah/1919 Masihi dalam Bandar Maharani, Muar, Johor. Kandungannya menyatakan kalimah-kalimah yang ada di dalam kitab Kisah Maulid an-Nabi bagi karangan Sayid Ja'far al-Barzanji yang harus diubah-ubahkan bacaannya, cetakan yang pertama, Mathba'ah al-Khairiyah, Bandar Maharani, Muar, 1938.

Juga tentang kelahiran Nabi s.a.w. beliau susun Mastika Ajaib. Diselesaikan pada 9 Safar 1350 Hijrah/26 Jun 1931 Masihi, dalam Bandar Maharani, Muar, Johor. Kandungannya menyatakan hukum dan kelebihan membaca Maulid an-Nabi s.a.w., cetakan yang pertama Mathba'ah al-Jamiliyah, Parit Jamil, Muar, 1350 Hijrah/1931 Masihi. Sebab disusun risalah ini memenuhi pertanyaan anggota Gubahan Setia Kelab Muar.

Tentang tajwid, Abu Bakar Muar menyusun risalah Pertinjauan, Penggal Pertama. Diselesaikan pada 1 Syaaban 1342 Hijrah dalam Bandar Maharani, Muar. Cetakan yang pertama, Mathba'ah al-Khairiyah, Muar, 1342 Hijrah/1924 Masihi. Pada halaman pertama sesudah halaman kulit terdapat salinan ijazah daripada gurunya, Syeikh Abdullah bin Muhammad Qasim Senggora yang dikeluarkan pada hari Jumaat, 25 Zulhijjah 1334 Hijrah di Mekah.

Hikayat Qadhi Dengan Harami, diselesaikan pada 12 Rabiulawal 1343 Hijrah dalam Bandar Maharani, Muar. Cetakan yang pertama, Mathba'ah al-Khairiyah, Muar, 1343 Hijrah/1924 Masihi. Kandungannya merupakan sastera Islam, menceritakan kisah seorang qadi pada zaman pemerintahan Harun ar-Rasyid.

Abu Bakar juga menyusun buku-buku pengetahuan lain, seperti buku mengenai masakan yang terkumpul dalam judul Jangka Rampaian yang terdiri daripada tiga jilid.

Saya simpulkan saja bahawa Abu Bakar Muar telah melakukan penulisan sejak tahun 1323 Hijrah/1905 Masihi hingga 18 Muharam 1357 Hijrah/20 Mac 1938 Masihi. Judul terakhir karyanya ialah Jadwal Tarikh Antara Nabi Adam Dengan Nabi Muhammad s.a.w. Dan Lainnya.

RUJUKAN:
Wan Mohd. Shagir Abdullah, Abu Bakar Muar Benteng Pertahanan Kaum Tua.

Isnin, 21 April 2014

MALAIKAT JIBRIL MENANGIS

MALAIKAT JIBRIL MENANGIS...

Malaikat Jibril bercerita tentang api neraka.
Bahwa ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala, telah
menyalakan api neraka itu selama 1.000
tahun, sehingga apinya menjadi merah
padam bernyala-nyala..

Lalu dipanaskan lagi 1.000 tahun,lantaran
suhu panasnya,api itu berubah warna
menjadi putih.Lalu ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala memanaskannya selama 1.000 tahun
lagi, hingga apinya berubah hitam pekat dan gelap.

"Jika ada manusia yang dilemparkan ke
dalamnya, maka sekejap saja langsung akan
musnah," ujar Jibril pun menangis.

"Mengapa engkau menangis Ya Jibril," tanya
Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wassalam.

"Aku takut kepada jiwaku," ucap Jibril.
"Bukankah engkau adalah malaikat, yang
tidak mungkin berbuat maksiat kepada
ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala," kata Nabi Muhammad Shallallahu'alaihi Wasallam.

"Benar, akan tetapi takdir ALLAH bisa
berlaku atas siapa saja.

Bukankah IBLIS itu asalnya adalah
penduduk surga, lalu berlaku takdir ALLAH
Subhanahu Wa Ta'ala atasnya. Hingga Iblis menjadi penghuni Neraka" urai Jibril.

Ya ALLAH...
Jauhkanlah hamba dan Setiap orang yang mengucapkan "AAMIIN" dari siksa api neraka & jadikanlah kami golongan Orang Orang
yg beriman yg menjadi penghuni surgaMU.

Aamiin Yaa Rabbal 'Aalamiin.

Gabung Yuk di Page Islam Agamaku
MALAIKAT JIBRIL MENANGIS...
Malaikat Jibril bercerita tentang api neraka.
Bahwa ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala, telah
menyalakan api neraka itu selama 1.000

tahun, sehingga apinya menjadi merah
padam bernyala-nyala..

Lalu dipanaskan lagi 1.000 tahun,lantaran
suhu panasnya,api itu berubah warna
menjadi putih.Lalu ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala memanaskannya selama 1.000 tahun
lagi, hingga apinya berubah hitam pekat dan gelap.

"Jika ada manusia yang dilemparkan ke
dalamnya, maka sekejap saja langsung akan
musnah," ujar Jibril pun menangis.

"Mengapa engkau menangis Ya Jibril," tanya
Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wassalam.

"Aku takut kepada jiwaku," ucap Jibril.
"Bukankah engkau adalah malaikat, yang
tidak mungkin berbuat maksiat kepada
ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala," kata Nabi Muhammad Shallallahu'alaihi Wasallam.

"Benar, akan tetapi takdir ALLAH bisa
berlaku atas siapa saja.

Bukankah IBLIS itu asalnya adalah
penduduk surga, lalu berlaku takdir ALLAH
Subhanahu Wa Ta'ala atasnya. Hingga Iblis menjadi penghuni Neraka" urai Jibril.

Ya ALLAH...
Jauhkanlah hamba dan Setiap orang yang mengucapkan "AAMIIN" dari siksa api neraka & jadikanlah kami golongan Orang Orang
yg beriman yg menjadi penghuni surgaMU.

Aamiin Yaa Rabbal 'Aalamiin.

7 Jenis Sombong Yang Dilaknat ALLAH

7 Jenis Sombong Yang Dilaknat ALLAH

1. Sombong kerana kelebihan seseorang dengan pengetahuan ilmunya, baik ilmu dunia atau ilmu akhirat. Apabila ilmu sudah penuh di dada, dia menganggap orang lain jahil belaka, semua orang buta dan jika ada pandangan yang bernas tetapi tidak diterimanya. 
Orang yang sombong seumpama ini hendak dirinya selalu dihormati oleh orang lain terutama ketika di khalayak ramai, oleh anak muridnya dan orang bawahannya serta sentiasa meminta diberi layanan mulia.

FIRMAN ALLAH SWT :
Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.( Surah AlIsraa'. Ayat 037 )

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah.” (Hadis riwayat Muslim)

2.Sombong kerana kelebihan beribadat seseorang. Penyakit orang ahli abid yang merasa diri mereka terlalu banyak beribadat berbanding dengan orang lain sehingga menganggap orang lain tidak mampu beribadat seperti mereka. Sedangkan mereka sebenarnya terpedaya dengan tipu daya syaitan. 

Rasulullah SAW telah mengingatkan melalui sabda Baginda yang bermaksud: "Bahawa siapa yang memuji dirinya sendiri atas suatu amal salih, bererti sudah tersesat daripada mensyukurinya, dan gugurlah segala amal perbuatannya.." 

FIRMAN ALLAH SWT : Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.( Surah Luqman. Ayat 018 ) 

3.Sombong kerana ego memperkasakan keturunan, bangga kita berketurunan mulia lagi bangsawan, suka menyebut nama datuk nenek moyang kita yang dulunya dikatakan keramat atau hebat. Sifat sombong seperti ini tidak ubah seperti kaum Bani Israel yang dilaknat Tuhan, seperti termaktub dalam al-Quran. Mereka bangga dengan keturunan mereka yang banyak menjadi nabi ikutan, konon keturunan mulia dikasihi tuhan. 

FIRMAN ALLAH SWT: Yang mendengar ayat-ayat penerangan Allah sentiasa dibacakan kepadanya, kemudian dia terus berlagak sombong (enggan menerimanya), seolah-olah dia tidak mendengarnya; oleh itu gembirakanlah dia dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Surah AlJatsiyah. Ayat 008 ) 

4.Sombong kerana berasa diri cantik dan sempurna malah memandang orang lain dengan hina, seperti merendah-rendah ciptaan Allah hingga sanggup menyindir atau memberi gelaran tidak baik seperti pendek, berkulit hitam atau gemuk. 

5.Sombong yang berpunca daripada kelebihan harta diberi Allah membuat kita lupa daratan, berbangga dengan kekayaan yang ada, rumah besar, kereta BMW mewah hingga memandang rendah orang yang kurang berada. 

FIRMAN ALLAH SWT : Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya). (Surah AlBaqarah. Ayat 212 ) 

6.Sombong kerana kekuatan dan kegagahan diri. Semua orang akan dibuli kerana kuatnya badan kita tidak terperi, hingga boleh memakan kaca, kunyah besi, boleh menarik bas dan lori hanya dengan gigi, boleh dihempap badan dengan batu dan besi, atau sebagainya. 

FIRMAN ALLAH SWT : Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari negerinya dengan berlagak sombong dan menunjuk-nunjuk (kekuatan mereka) kepada orang ramai (kerana hendak meminta dipuji), serta mereka pula menghalang manusia dari jalan Allah dan (ingatlah) Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka kerjakan. (Surah Al-Anfaal. Ayat 047 ) 

7.Sombong dan berbangga kerana ramainya pengikut setia di belakang diri, seperti orang yang berpangkat berbangga ada ramai anak buah yang hebat-hebat belaka , sepertinya orang alim berbangga dengan ramainya murid yang memuji. Guru silat pula berbangga dengan ramainya murid yang tidak lut ditetak parang dan dijilat api.

___________________________________________________________________
Oleh itu, hendaklah kita memeriksa diri kita betul-betul, lihat sama ada 7 perkara yang membawa kepada penyakit sombong ini ada pada kita atau tidak. Penawarnya ada di tangan sendiri kerana penyakit sombong ini hanya akan memakan diri. Tidak sekarang, mungkin di masa akan datang. Ubatilah sifat sombong itu dan jangan sesekali menghina orang lain kerana ianya sifat yang dilaknat oleh Allah. Fikirkanlah.. TAK KIRA LAH ORANG TUA KA MUDA KA . AKAL ALLAH TAALA BAGI RENUNG FIKIR BENAR-BENAR DAN BETUL-BETUL , HATI TU TOLONG CUCI SIKIT JANGAN NAK MENDABIK DADA SELALU . PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI JUGA  

FIRMAN ALLAH SWT : Sesungguhnya Qarun adalah dia dari kaum Nabi Musa, kemudian dia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Dia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu). 

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka pada Allah.” (Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dari Abu Hurairah) .
7 Jenis Sombong Yang Dilaknat ALLAH
1. Sombong kerana kelebihan seseorang dengan pengetahuan ilmunya, baik ilmu dunia atau ilmu akhirat. Apabila ilmu sudah penuh di dada, dia menganggap orang lain jahil belaka, semua orang buta dan jika ada pandangan yang bernas tetapi tidak diterimanya. 
Orang yang sombong seumpama ini hendak dirinya selalu dihormati oleh orang lain terutama ketika di khalayak ramai, oleh anak muridnya dan orang bawahannya serta sentiasa meminta diberi layanan mulia.

FIRMAN ALLAH SWT :
Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.( Surah AlIsraa'. Ayat 037 )

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah.” (Hadis riwayat Muslim)

2.Sombong kerana kelebihan beribadat seseorang. Penyakit orang ahli abid yang merasa diri mereka terlalu banyak beribadat berbanding dengan orang lain sehingga menganggap orang lain tidak mampu beribadat seperti mereka. Sedangkan mereka sebenarnya terpedaya dengan tipu daya syaitan.
Rasulullah SAW telah mengingatkan melalui sabda Baginda yang bermaksud: "Bahawa siapa yang memuji dirinya sendiri atas suatu amal salih, bererti sudah tersesat daripada mensyukurinya, dan gugurlah segala amal perbuatannya.."
FIRMAN ALLAH SWT : Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.( Surah Luqman. Ayat 018 )
3.Sombong kerana ego memperkasakan keturunan, bangga kita berketurunan mulia lagi bangsawan, suka menyebut nama datuk nenek moyang kita yang dulunya dikatakan keramat atau hebat. Sifat sombong seperti ini tidak ubah seperti kaum Bani Israel yang dilaknat Tuhan, seperti termaktub dalam al-Quran. Mereka bangga dengan keturunan mereka yang banyak menjadi nabi ikutan, konon keturunan mulia dikasihi tuhan.
FIRMAN ALLAH SWT: Yang mendengar ayat-ayat penerangan Allah sentiasa dibacakan kepadanya, kemudian dia terus berlagak sombong (enggan menerimanya), seolah-olah dia tidak mendengarnya; oleh itu gembirakanlah dia dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Surah AlJatsiyah. Ayat 008 )
4.Sombong kerana berasa diri cantik dan sempurna malah memandang orang lain dengan hina, seperti merendah-rendah ciptaan Allah hingga sanggup menyindir atau memberi gelaran tidak baik seperti pendek, berkulit hitam atau gemuk.
5.Sombong yang berpunca daripada kelebihan harta diberi Allah membuat kita lupa daratan, berbangga dengan kekayaan yang ada, rumah besar, kereta BMW mewah hingga memandang rendah orang yang kurang berada.
FIRMAN ALLAH SWT : Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya). (Surah AlBaqarah. Ayat 212 )
6.Sombong kerana kekuatan dan kegagahan diri. Semua orang akan dibuli kerana kuatnya badan kita tidak terperi, hingga boleh memakan kaca, kunyah besi, boleh menarik bas dan lori hanya dengan gigi, boleh dihempap badan dengan batu dan besi, atau sebagainya.
FIRMAN ALLAH SWT : Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari negerinya dengan berlagak sombong dan menunjuk-nunjuk (kekuatan mereka) kepada orang ramai (kerana hendak meminta dipuji), serta mereka pula menghalang manusia dari jalan Allah dan (ingatlah) Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka kerjakan. (Surah Al-Anfaal. Ayat 047 )
7.Sombong dan berbangga kerana ramainya pengikut setia di belakang diri, seperti orang yang berpangkat berbangga ada ramai anak buah yang hebat-hebat belaka , sepertinya orang alim berbangga dengan ramainya murid yang memuji. Guru silat pula berbangga dengan ramainya murid yang tidak lut ditetak parang dan dijilat api.

Oleh itu, hendaklah kita memeriksa diri kita betul-betul, lihat sama ada 7 perkara yang membawa kepada penyakit sombong ini ada pada kita atau tidak. Penawarnya ada di tangan sendiri kerana penyakit sombong ini hanya akan memakan diri. Tidak sekarang, mungkin di masa akan datang. Ubatilah sifat sombong itu dan jangan sesekali menghina orang lain kerana ianya sifat yang dilaknat oleh Allah. Fikirkanlah.. TAK KIRA LAH ORANG TUA KA MUDA KA . AKAL ALLAH TAALA BAGI RENUNG FIKIR BENAR-BENAR DAN BETUL-BETUL , HATI TU TOLONG CUCI SIKIT JANGAN NAK MENDABIK DADA SELALU . PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI JUGA

FIRMAN ALLAH SWT : Sesungguhnya Qarun adalah dia dari kaum Nabi Musa, kemudian dia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Dia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu).
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka pada Allah.” (Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dari Abu Hurairah) .

Ahad, 20 April 2014

NABI ISA ALAIHISSALAM

NABI ISA ALAIHISSALAM
Sayyidina Isa bin Maryam, seorang nabi yang diberi kelebihan oleh Allah SWT untuk menghidupkan orang yang telah wafat. Suatu ketika Sayyidina Isa membangkitkan orang yang telah wafat selama 70 tahun dikuburnya. Orang tersebut berkata "Amal shalihku banyak, aku selalu berbuat baik, tidak mengganggu orang, tapi karena satu hal yang aku perbuat, aku terpenjara dalam pertanyaan kubur selama 70 thn"
Orang tersebut berkata "Semasa hidup aku adalah seorang kuli (tukang) antar barang dari toko majikanku ke rumah para pembeli. Suatu ketika aku disuruh mengantar pesanan kayu kerumah si pemesan. Setibanya di depan rumah aku menunggu, aku menggerakkan mulutku dan kudapati ada makanan terselip diantara gigiku. Kuambil sedikit kayu dari kayu pesanan tersebut. Tidak besar ukurannya, kira-kira cukup untuk mencukil sisa makanan tersebut.Tak lama kemudian si pemesan keluar dari rumahnya, kuserahkan kayu tersebut.."
Sampai tiba aku wafat dan di dalam kubur, aku terus didesak dengan pertanyaan "Apakah orang tersebut ridho atas kayu yang kau ambil? Apakah kau izin darinya untuk mengambil haknya?.."
Apalah artinya sekecil kayu tersebut? Kalaupun diminta pun, akan diberi..namun Allah mengajarkan hambaNya untuk berakhlak dengan tidak mengambil barang orang lain tanpa seizin pemiliknya
(Al Habib Umar bin Hafidh)
Wallahu`alam

Syekh Abdul Qadir Al-Jailani dalam Fath Ar-Rabbani


SAPAAN MALAM DARI SYEKH ABDUL QADIR AL-JAILANI


“Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa merendahkan dirinya terhadap orang kaya karena menginginkan apa yang ada padanya, maka hilanglah dua pertiga agamanya,” (HR Ahmad)

Dengarlah wahai orang-orang munafik! 
Ini adalah peringatan bagi orang yang merendahkan diri terhadap orang kaya. Bagaimana mungkin seseorang yang telah mengerjakan shalat, puasa dan haji akan mendapatkan bagiannya sedangkan ia belum bisa melepaskan dari wataknya yang seperti itu? 

Wahai orang-orang musyrik!
Dengarkan! Tidakkah engkau menerima berita dari Allah dan dari rasul-Nya? Menyerahlah engkau, dan bersikap ikhlaslah dalam bertobat agar imanmu pulih, keyakinanmu tumbuh, dan tauhidmu berkembang, sehingga cabang-cabangnya dapat menjulang tinggi mencapai Arasy.

Wahai anak muda!
Apabila imanmu tumbuh dan pohonnya telah tinggi, maka Allah Azza wa Jalla akan membuatmu berkecukupan dari makhluk, melalui usaha dan penghasilanmu. Allah Azza wa Jalla akan mengenyangkan nafsumu, hati dan batinmu. Dia akan menghentikanmu di pintu-Nya dan menjadikanmu kaya dengan mengingat-Nya, dan engkau tidak peduli dengan orang yang makan dari dunia dan menyibukkan diri dengannya. Engkau tidak peduli dengan orang yang meraih kesuksesan duniawi, bahkan engkau melihat mereka dengan iba dan belas kasihan.

Wahai orang yang mengaku berilmu namun mencari dunia dan merendahkan diri kepada penghuninya! Engkau telah sesat karena ilmumu. Berkah ilmu telah hilang. Isinya telah hilang, hingga yang tersisa hanya kulitnya saja.

Wahai engkau yang mengaku menjalankan ibadah, sementara hatinya menyembah makhluk, takut kepada mereka dan menaruh harapaan terhadap mereka! Pada lahirnya ibadahmu untuk Allah, namun batinnya untuk makhluk.

--Syekh Abdul Qadir Al-Jailani dalam Fath Ar-Rabbani

Jumaat, 18 April 2014

HORMATI JENAZAH DAN TUNJUKKAN NILAI BAIK ISLAM

HORMATI JENAZAH DAN TUNJUKKAN NILAI BAIK ISLAM

Dalam hadis disebut: 

إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّتْ بِهِ جَنَازَةٌ فَقَامَ فَقِيلَ إِنَّهُ يَهُودِيٌّ فَقَالَ أَلَيْسَتْ نَفْسًا


Maksudnya: “Sesungguhnya telah lalu di hadapan Nabi s.a.w satu jenazah, lalu baginda bangun (untuk menghormati). Lalu diberitahu kepada baginda: “Itu jenazah seorang yahudi”. Baginda bersabda: “Tidakkah ia juga jiwa (insan)?” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Inilah ketinggian akhlak dan budi yang menjadikan Islam itu dihormati. Kegagalan untuk menampilkan akhlak yang baik inilah yang menimbulkan prasangka manusia terhadap Islam dan sekaligus mereka membenci penganutnya.

Seseorang non-muslim yang menolak sesuatu berkaitan Islam hendaklah diselidiki apakah dia membenci Islam ataupun dia membenci versi atau tafsiran Islam yang dibawa oleh pihak tertentu. Persis seperti seorang muslim yang menolak cakap seseorang tokoh agama, apakah dia menolak Islam ataupun menolak pendekatan yang dibawa oleh tokoh berkenaan. Jika seseorang memusuhi agama Islam itu sendiri maka dia memanglah musuh Islam. Itupun memerlukan ‘iqamah al-Hujjah’ yang bererti penjelasan mengenai Islam yang kukuh dan penuh hujah yang jitu telah dibentangkan kepadanya. Jika dia menolak tafsiran Islam yang dibuat oleh pihak tertentu, bukanlah semestinya dia membenci Islam.

Saya tidak tahu hakikat YB Karpal Singh, namun nama atas akhlak Islam yang mulia, saya ucapkan takziah kepada kaum keluarganya. Semoga Allah memberikan gantian dan keadaan yang lebih baik untuk mereka. Islam ini kebaikannya untuk semua.

DI MANA ROH ORANG MUKMIN?

DI MANA ROH ORANG MUKMIN?

Dalam hadis sahih riwayat daripada al-Imam Ahmad, dalam satu rangkaian sanad yang menarik yang menghimpun tiga imam besar mazhab Ahlus Sunnah wal Jama'ah iaitu al-Imam Ahmad, al-Imam asy-Syafi'e dan al-Imam Malik -moga Allah merahmati semua mereka- disebutkan di manakah roh orang mukmin.


Daripada al-Imam Ahmad, beliau meriwayatkan daripada al-Imam asy-Syafi'e, beliau pula meriwayat daripada al-Imam Malik bin Anas, dari Ibn Syihab al-Zuhri daripada 'Abd al-Rahman bin 'Abdillah bin Ka'ab, daripada Ka'ab bin Malik bahawa Nabi s.a.w bersabda:


إنما نسمةُ المؤمنِ طائرٌ يعلقُ في شجرِ الجنةِ حتى يرجعَه اللهُ إلى جسدِه يومَ القيامةِ

maksudnya: "Roh orang mukmin (seperti) burung yang hinggap di sebatang pokok syurga sehingga Allah mengembalikan ke jasadnya pada Hari Kiamat"

Adapun dakwaan bahawa roh mukmin berada dalam Telaga Zam-Zam tiada dalil sahih dari al-Quran ataupun as-Sunnah. Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziah dalam kitabnya Ar-Ruh juga menegaskan bahawa tiada nas al-Quran dan as-Sunnah yang menyatakan roh orang mukmin dalam Telaga Zam-Zam. Apatahlagi dakwaan boleh memanggil roh dari Telaga Zam-Zam untuk bertanya soalan. Ini sesuatu yang tidak boleh diterima.

Antara ucapan Nabi s.a.w yang menyatakan bahwa roh mukmin dalam syurga dan ucapan orang lain yang menyatakan roh orang mukmin dalam Telaga Zam-Zam, siapakah yang wajar kita percaya?

DIALOG RASULULLAH DAN IBLIS


-DIALOG RASULULLAH DAN IBLIS-
Suatu ketika Allah SWT memerintahkan seorang Malaikat menemui Iblis agar menghadap Baginda Rasul saw untuk memberitahu segala rahasianya, baik yang disuka maupun yang dibencinya. Hal ini dimaksudkan untuk meninggikan derajat Nabi Muhammad saw dan juga sebagai peringatan dan perisai umat manusia.
Kemudian Malaikat itupun mendatangi Iblis dan berkata : “Hai Iblis! Engkau diperintah Allah untuk menghadap Rasulullah saw. Bukalah semua rahasiamu dan jawablah setiap pertanyaan Rasulullah dengan jujur. Jika engkau berdusta walau satu perkataanpun, niscaya akan terputus semua anggota badanmu, uratmu serta disiksa dengan azab yang amat pedih”.
Mendengar ucapan Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan, maka segera ia menghadap Rasulullah saw dengan menyamar sebagai orang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai yang panjangnya seperti ekor lembu.
Iblis pun memberi salam sampai 3 (tiga) kali salam, Rasulullah saw tidak juga menjawabnya, maka Iblis berkata : “Ya Rasullullah! Mengapa engkau tidak menjawab salamku? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?” Maka jawab Nabi dengan marah : “Hai musuh Allah! Kepadaku engkau menunjukkan kebaikanmu? Jangan kau coba menipuku sebagaimana kau tipu Nabi Adam as sehingga beliau keluar dari syurga, kau hasut Qabil sehingga ia tega membunuh Habil yang masih saudaranya sendiri, ketika sedang sujud dalam sembahyang kau tiup Nabi Ayub as dengan asap beracun sehingga beliau sengsara untuk beberapa lama, kisah Nabi Daud as dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya karena engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendeta yang telah menanggung sengsara akibat hasutanmu.
Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah azza wa jalla, tapi aku diharamkan Allah menjawab salammu. Aku mengenalmu dengan baik wahai Iblis, Raja segala Iblis. Apa tujuanmu menemuiku?”.
Jawab Iblis : “Ya Nabi Allah! Janganlah engkau marah. Engkau dapat mengenaliku karena engkau adalah Khatamul Anbiya. Aku datang atas perintah Allah untuk memberitahu segala tipu dayaku terhadap umatmu dari zaman Nabi Adam as hingga akhir zaman nanti. Ya Nabi Allah! Setiap apa yang engkau tanya, aku bersedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya, aku tidak berani menyembunyikannya”.
Kemudian Iblispun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata : “Ya Rasulullah! Sekiranya aku berdusta barang sepatahpun niscaya hancur leburlah badanku menjadi abu”.
Ketika mendengar sumpah Iblis itu, Nabipun tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah kesempatanku untuk menyiasati segala perbuatannya agar didengar seluruh sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai seluruh umatku.
Pertanyaan Nabi (1) :
“Hai Iblis! Siapakah musuh besarmu?”
Jawab Iblis : “Ya Nabi Allah! Engkaulah musuhku yang paling besar di antara musuh-musuhku di muka bumi ini”.
Kemudian Nabipun memandang muka Iblis dan Iblispun gemetar karena ketakutan. Sambung Iblis : “Ya Khatamul Anbiya! Aku dapat merubah diriku seperti manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suarapun tidak berbeda, kecuali dirimu saja yang tidak dapat aku tiru karena dicegah oleh Allah. Andaikan aku menyerupai dirimu, maka terbakarlah diriku menjadi abu.
Aku cabut iktikad / niat anak Adam supaya menjadi kafir karena engkau berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam, begitu juga aku berusaha menarik mereka kepada kekafiran, murtad atau munafik. Aku akan menarik seluruh umat Islam dari jalan yang benar menuju jalan yang sesat supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersamaku”.
Pertanyaan Nabi (2) :
“Hai Iblis! Apa yang kau perbuat terhadap makhluk Allah?”
Jawab Iblis : “Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pahanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Aku goda semua manusia supaya meninggalkan sholat, berbuai dengan makanan dan minuman, berbuat durhaka, aku lalaikan dengan harta benda, emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan ke jalan yang haram.
Demikian juga ketika pesta di mana lelaki dan perempuan bercampur. Di sana aku lepaskan godaan yang besar supaya mereka lupa peraturan dan akhirnya minum arak. Apabila terminum arak itu, maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu aku ulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan hasad dengki hingga perbuatan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari uang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri.
Apabila mereka sadar akan kesalahan mereka lalu hendak bertaubat dan berbuat amal ibadah, akan aku rayu supaya mereka membatalkannya. Semakin keras aku goda supaya mereka berbuat maksiat dan mengambil isteri orang. Jika hatinya terkena godaanku, datanglah rasa ria’, takabur, iri, sombong dan melengahkan amalnya. Jika lidahnya yang tergoda, maka mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat. Demikianlah aku goda mereka setiap saat”.
Pertanyaan Nabi (3) :
“Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambah laknat yang besar dan siksa yang besar di neraka yang paling bawah? Hai yang dikutuk Allah! Siapa yang menjadikanmu? Siapa yang melanjutkan usiamu? Siapa yang menerangkan matamu? Siapa yang memberi pendengaranmu? Siapa yang memberi kekuatan anggota badanmu?
Jawab Iblis : “Semuanya itu adalah anugerah dari Allah Yang Maha Besar. Tetapi hawa nafsu dan takabur membuatku menjadi jahat sebesar-besarnya. Engkau lebih tahu bahwa diriku telah beribu-ribu tahun menjadi Ketua seluruh Malaikat dan pangkatku telah dinaikkan dari satu langit ke langit yang lebih tinggi. Kemudian aku tinggal di dunia ini beribadah bersama para Malaikat beberapa waktu lamanya.
Tiba-tiba datang firman Allah SWT hendak menjadikan seorang Khalifah di dunia ini, maka akupun membantah. Lalu Allah menciptakan manusia yang pertama (Nabi Adam as) dan seluruh Malaikat diperintah supaya memberi hormat sujud kepada lelaki itu, hanya aku saja yang ingkar. Oleh karena itu, Allah murka kepadaku dan wajahku yang tampan rupawan dan bercahaya itu berubah menjadi keji dan menakutkan. Aku merasa sakit hati. Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikaruniakan seorang permaisuri (Siti Hawa) yang memerintah seluruh bidadari. Aku bertambah dengki dan dendam kepada mereka.
Akhirnya aku berhasil menipu mereka melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah khuldi, lalu keduanya diusir dari syurga ke dunia. Keduanya berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di Padang Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak. Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itupun aku masih belum puas dan berbagai tipu daya aku lakukan hingga hari kiamat kelak.
Sebelum engkau lahir ke dunia, aku beserta bala tentaraku dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahasia, tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadah dan balasan pahala serta syurga mereka. Kemudian aku turun ke dunia dan memberitahu manusia yang lain tentang apa yang sebenarnya aku dapatkan dengan berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bid’ah dan kehancuran.
Tetapi ketika engkau lahir ke dunia ini, maka aku tidak diijinkan oleh Allah untuk naik ke langit dan mencuri rahasia karena banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit. Jika aku memaksa untuk naik, maka Malaikat akan melontarkan anak panah dari api yang menyala. Sudah banyak bala tentaraku yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu, maka semakin beratlah pekerjaanku dan bala tentaraku untuk menjalankan tugas menghasut manusia”.
Pertanyaan Nabi (4) :
Rasullullah bertanya “Hai Iblis! Apa yang pertama kali kau tipu dari manusia?”
Jawab Iblis : “Pertama kali aku palingkan iktikad / niatnya, imannya kepada kafir dan juga dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berhasil juga, akan aku tarik dengan cara mengurangi pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikuti kemauanku”.
Pertanyaan Nabi (5) :
“Hai Iblis! Jika umatku sholat karena Allah, apa yang terjadi padamu?”
Jawab Iblis : “Sungguh penderitaan yang sangat besar. Gemetarlah badanku dan lemah tulang sendiku, maka aku kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda manusia pada setiap anggota badannya.
Beberapa iblis datang pada setiap anggota badannya supaya malas sholat, was-was, lupa bilangan raka’atnya, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, merasa terburu-buru supaya cepat selesai sholatnya, hilang khusyuknya, matanya senantiasa melirik ke kanan dan ke kiri, telinganya senantiasa mendengar percakapan orang dan bunyi-bunyi yang lain.
Beberapa iblis yang lain duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya tidak kuat sujud berlama-lama, penat waktu duduk tahiyat dan dalam hatinya selalu merasa terburu-buru supaya cepat selesai sholatnya, itu semua membuat berkurangnya pahala. Jika para iblis tidak dapat menggoda manusia itu, maka aku sendiri akan menghukum mereka dengan hukuman yang berat”.
Pertanyaan Nabi (6) :
“Jika umatku membaca Al-Qur’an karena Allah, apa yang terjadi padamu?”
Jawab Iblis : “Jika mereka membaca Al-Qur’an karena Allah, maka terbakarlah tubuhku, putuslah seluruh uratku lalu aku lari dan menjauh darinya”.
Pertanyaan Nabi (7) :
“Jika umatku mengerjakan haji karena Allah, bagaimana perasaanmu?”
Jawab Iblis : “Binasalah diriku, gugurlah daging dan tulangku karena mereka telah mencukupkan rukun Islamnya”.
Pertanyaan Nabi (8) :
“Jika umatku berpuasa karena Allah, bagaimana keadaanmu?”
Jawab Iblis : “Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya buatku. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan seluruh Malaikat menyambut dengan suka cita. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatat dosanya selama dia berpuasa. Yang menghancurkan hatiku ialah segala isi langit dan bumi, yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam memohonkan ampunan bagi orang yang berpuasa. Satu lagi kemudian orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga. Pada hari umatmu mulai berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekalian Malaikat dengan garangnya menangkapku dan tentaraku, jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam. Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami. Setelah habis umatmu berpuasa, barulah aku dilepaskan dengan perintah agar tidak mengganggu umatmu. Umatmu sendiri telah merasa ketenangan berpuasa sebagaimana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut dibandingkan bulan biasanya”.
Pertanyaan Nabi (9) :
“Hai Iblis! Bagaimana seluruh sahabatku menurutmu?”
Jawab Iblis : “Seluruh sahabatmu termasuk musuh besarku. Tiada upayaku melawannya dan tiada satupun tipu daya yang dapat masuk kepada mereka. Karena engkau sendiri telah berkata : “Seluruh sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika kamu mengikuti mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk”.
Sayyidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum bersamamu, aku tidak dapat mendekatinya, apalagi setelah berdampingan denganmu. Dia begitu percaya atas kebenaranmu hingga dia menjadi wazirul a’zam. Bahkan engkau sendiri telah mengatakan jika ditimbang seluruh isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar. Lagipula dia telah menjadi mertuamu karena engkau menikah dengan anaknya, Sayyidatina Aisyah yang juga banyak menghafal Hadits-haditsmu.
Adapun Sayyidina Umar bin Khatab, aku tidak berani memandang wajahnya karena dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan seksama. Jika aku pandang wajahnya, maka gemetarlah seluruh tulang sendiku karena sangat takut. Hal ini karena imannya sangat kuat apalagi engkau telah mengatakan : “Jikalau ada Nabi sesudah aku, maka Umar boleh menggantikan aku”, karena dia adalah orang harapanmu serta pandai membedakan antara kafir dan Islam hingga digelar ‘Al-Faruq’.
Sayyidina Usman bin Affan, aku tidak bisa bertemu karena lidahnya senantiasa membaca Al-Qur’an. Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid dan menjadi menantumu sebanyak 2 (dua) kali. Karena taatnya, banyak Malaikat datang menghampiri dan memberi hormat kepadanya karena Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga engkau mengatakan : “Barangsiapa menulis Bismillaahirrahmaanirrahiim pada kitab atau kertas-kertas dengan tinta merah, niscaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati syahid”.
Sayyidina Ali bin Abi Thalibpun aku sangat takut karena hebatnya dan gagahnya dia di medan perang, tetapi sangat sopan santun, alim orangnya. Jika iblis, syaitan dan jin memandang beliau, maka terbakarlah kedua mata mereka karena dia sangat kuat beribadah dan beliau adalah golongan orang pertama yang memeluk agama Islam serta tidak pernak menundukkan kepalanya kepada berhala. Bergelar ‘Ali Karamullahu Wajhahu” dimuliakan Allah akan wajahnya dan juga ‘Harimau Allah’ dan engkau sendiri berkata : “Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya”. Lagipula dia menjadi menantumu, aku semakin ngeri kepadanya”.
Pertanyaan Nabi (10) :
“Bagaimana tipu dayamu kepada umatku?”
Jawab Iblis : “Umatmu itu ada 3 (tiga) macam. Yang pertama, seperti hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan yaitu ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya seperti kata Jibril as : “Ulama itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat”. Yang kedua, umat tuan seperti tanah yaitu orang yang sabar, syukur dan ridha dengan karunia Allah. Berbuat amal saleh, tawakal dan kebajikan. Yang ketiga, umatmu seperti Fir’aun, terlampau tamak dengan harta dunia dan dihilangkan amal akhirat, maka akupun bersuka cita lalu masuk ke dalam badannya, aku putarkan hatinya ke lautan durhaka dan aku ajak kemana saja mengikuti kemauanku. Jadi dia selalu bimbang kepada dunia dan tidak mau menuntut ilmu, tidak pernah beramal saleh, tidak mau mengeluarkan zakat dan malas beribadah.
Lalu aku goda agar manusia minta kekayaan lebih dulu dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka aku rayu supaya lupa beramal, tidak membayar zakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya. Bila umatmu terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia selalu bimbang akan hartanya dan berangan-angan hendak merebut kemewahan dunia, benci dan menghina kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuk kemaksiatan”.
Pertanyaan Nabi (11) :
“Siapa yang serupa denganmu?”
Jawab Iblis : “Orang yang meringankan syariatmu dan membenci orang yang belajar agama Islam”.
Pertanyaan Nabi (12) :
“Siapa yang membuat mukamu bercahaya?”
Jawab Iblis : “Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu dan suka ingkar janji”.
Pertanyaan Nabi (13) :
“Apa yang kau rahasiakan dari umatku?”
Jawab Iblis : “Jika seorang Muslim buang air besar dan tidak membaca do’a terlebih dahulu, maka aku gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sadari”.
Pertanyaan Nabi (14) :
“Jika umatku bersatu dengan isterinya, apa yang kau lakukan?”
Jawab Iblis : “Jika umatmu hendak bersetubuh dengan isterinya dan membaca do’a pelindung syaitan, maka aku lari dari mereka. Jika tidak, aku akan bersetubuh dahulu dengan isterinya dan bercampurlah benihku dengan benih isterinya. Jika menjadi anak, maka anak itu akan gemar berbuat maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua karena kealpaan ibu bapaknya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, aku santap makanannya lebih dulu daripadanya. Walaupun mereka makan, tidaklah mereka merasa kenyang”.
Pertanyaan Nabi (15) :
“Apa yang dapat menolak tipu dayamu?”
Jawab Iblis : “Jika berbuat dosa, maka cepat-cepatlah bertaubat kepada Allah, menangis menyesal akan perbuatannya. Apabila marah, segeralah mengambil air wudhu’, maka padamlah marahnya”.
Pertanyaan Nabi (16) :
“Siapakah orang yang paling engkau sukai?”
Jawab Iblis : “Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situlah aku mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu”.
Pertanyaan Nabi (17) :
“Hai Iblis! Siapakah saudaramu?”
Jawab Iblis : “Orang yang tidur meniarap / telungkup, orang yang matanya terbuka di waktu Subuh tetapi menyambung tidur lagi. Lalu aku lenakan dia hingga terbit fajar. Demikian juga pada waktu Dzuhur, Asar, Maghrib dan Isya’, aku beratkan hatinya untuk sholat”.
Pertanyaan Nabi (18) :
“Apa yang dapat membinasakan dirimu?”
Jawab Iblis : “Orang yang banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Qur’an dan sholat tengah malam”.
Pertanyaan Nabi (19) :
“Hai Iblis! ?” Apa yang dapat memecahkan matamu?”
Jawab Iblis : “Orang yang duduk di dalam masjid dan beri’tikaf di dalamnya”.
Pertanyaan Nabi (20) :
“Apa lagi yang dapat memecahkan matamu?”
Jawab Iblis : “Orang yang taat kepada kedua ibu bapaknya, mendengar kata mereka, membantu makan, pakaian mereka selama mereka hidup, karena engkau telah bersabda : Syurga itu di bawah tapak kaki ibu”.
(Dikutip dari : KH. Abdullah Gymnastiar, Muhasabah Kiat Sukses Introspeksi Diri, Penerbit Difa Press, September 2006)